Sunday, June 17, 2012

sem baru

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

 pejam celik pejam celik.
tika da sem 6 dah.
rasa macam baru semalam daftar,
tak sangka dah 4 tahun berada di bumi johor bahru ni.
tika daftar kat ipg kti bulan julai 2008.
foundation 3 sem = setahun setengah.
sekarang da sem 6 degree.
cepat masa berlalu.
ada lagi 3 sem termasuk sem ni..
selama hampir 4 tahun lebih ni,
banyak jugak yang tika dapat.
dari 0 tak tau apa pon tentang seorang guru,
alhamdulillah, 
banyak yang perubahan dalam penyampaian terutamanya,
kalau dulu,
segan-segan je nak bergerak sana sini dalam kampus ni.
segan ngan senior.
gedik plak rase bila tengok adik-adik junior gedik2 depan kengkawan sekarang.
agak-agak macam tu la kak senior rasa dulu-dulu kat kita.
haha..
itu tak penting, 
yang penting sekarang da jadi senior,
da boleh buli junior puas-puas.
haha.
xla.
tika bukan jahat sangat..hikhik
dah sem 6 ni,
rasa macam takut plak.
cukup kah ilmu yang dipelajari nak jadi guru kelak.
nak jadi teladan pada murid.
cukup kah?
aduh.
sakit kalau fikir betul-betul ni.
ada lagi 3 sem,
boleh lagi perbaiki sebarang kelemahan.
.......................

p/s: sem 6. bermakna sem ni akan bertukar status.oh nerves nye.
sigh sigh..

 
 

hidup tanpa handphone

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

hidup tanpa handphone.
sape boleh sila angkat tangan!
ok, kalau korang angkat pon bukan tika nampak kan.
nak gitau kengkawan, sdara mara, abang, mak ayah, abah, sepupu sepapat semua,
start ari ni,
tika tak guna kan fon.
betul..
tak tipu.
hahaa..
mesti tak caya kan.
siries tak guna.
tapi bukan tak nak guna,
tak dapat nak guna.
alkisahnya macam ni.
saya dan din ni kalau nak marah je,
nak lepas geram, 
benda kat tangan habis la menghempap bumi.
hihi.
sama-sama baran.
da dekat 10 buah fon da rase nya yang hancur berkecai jasa kami berdua.
bajet kaya kan.
haha.
so,
sekarang padan muka saya sebab da tak de fon.
susah jugak tau nak dapatkan maklumat pape.
terutama pasal kelas.
harapkan fb,
 time kol 5pm baru boleh on9.
nasib la labu.
fon tika ada ngan incik tunang.
tika kasi dia pinjam dulu fon tika.
sian plak kat dia kalau xde fon.
tika xpe la.
blaja-blaja susah sikit.
dulu-dulu boleh je xde fon.
masa ni la nak uji kesabaran, kesetian tika sebelum kawen.
ece..hihi..


p/s: kepada yang ada nak contact tika tu,
just pm kat inbox fb la ea..
after 5pm tika buka..
hjg bulan ni tika leh guna fon da kot.

prosedur nikah-kawen di kelantan

as salam... 
 enjoy cite tika k..........♥

 sebelum ni,
tika ingat semua negeri sama saja prosedur nikah ni.
rupanya tak.
tapi tak de la beza seratus peratus.
masa tika kursus kawen 26,27 mei kat pasir gudang ari tu,
banyak yang tika dapat belajar tentang prosedur ni.
kalau kat johor,
sume borang-borang,
perlu diambil di pejabat agama daerah kita nak kawen tu,
termasuk borang test hiv.
lepas isi-isi dan disahkan(cop),
kena hantar balik kat pejabat agama tu,
then,
ada sesi interview sikit.
siries tika cakap,
agak cuak mula-mula dengar ni.
memandangkan tika akan kawen kat kelantan,
so jauh dan makan masa kalau nak uruskan semua ni kat kampung kan.
so, masa kursus tu,
ustaz aka kadi kat jb tu,
ade sarankan isi borang dan interview kat johor.
pon boleh jugak cara ni,
cuma nanti perlu isi satu lagi borang kebenaran/pengesahan je.
tika dan din pon ingat nak setelkan kat jb je.
tapi,
bila balik cuti ari tu,
tika tanya ayah dan mak.
diorang kata kat kelantan berbeza.
ape yang beza nya?
ok, tika jelaskan step by step yang tika buat kat kelantan ari tu.
  1. kursus kawen (tika buat kat pasir gudang,sebelum balik kampung).
  2. bakal suami ambil borang dengan tok imam masjid mukimnye, isi dan sahkan, kemudian serah pada bakal isteri.
  3. bakal isteri ambil borang dengan tok imam yang masjid mukimnye, isi dan sahkan. 
  4. pergi klinik, dan buat test hiv. (nanti akan diberikan sampul berisi result test tersebut.)
  5. fotostat sume yang patot.
    • ic bakal suami
    • ic 2 orang saksi bakal suami 
    • ic bakal isteri
    • ic 2 orang saksi bakal isteri
    • ic wali
    • sijil kursus kawen
  6. serahkan semua pada kadi yang akan nikahkan kite nanti.
    1. borang2
    2. semua ic yang difotostat
    3. sijil kursus kawen (ori)
    4. sijil kursus kawen (salinan)
    5. result test hiv
    6. gambar bakal pengantin 2 keping setiap orang
nampak tak bezanya dengan yang tika belajar kat kursus kawen tu?
x?
ok, tika cite sikit.
kat kelantan,
borang pihak lelaki ambil dengan tok imam masjid kg die, 
borang perempuan plak ambil dengan tok imam masjid kg die.
xperlu g pejabat agama amik kat sana.
bila siap isi, tak payah hantar kat pejabat agama,
bagi terus kat tok kadi.
borang test hiv tak payah ambil kat mana-mana.
pergi je klinik kerajaan test dan akan dapat result,
resultnye terus bagi tok kadi jugak sekali dengan borang-borang dan semua salinan
yang da difotostat.
tak de sesi interview.(yeyyy..yang ni paling suke..hihi)
tapi,
masa nak nikah nanti,
ayah kata die ade jugak tanya sikit-sikit,
tu pon kat bakal suami je.
yeyyy sekali lagi.
hihi..

 
 

pointer

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

syukran Ya Allah.
dalam kesibukkan + kepeningan,
fikir macam-macam sem lepas,
result masih lagi ok.
alhamdulillah.
3.65.
tak la banyak sangat,
tapi sudah cukup untuk tika berpuas hati dengan usaha yang ciput ari tu.
las-las minit baru study.
campur dengan masalah-masalah + dugaan-dugaan nak kawen.
3.65 sudah berbaloi.
yang paling xsangka,
subjek-subjek yang rasa susah dapat result baik,
rezeki orang kata.
semoga sem ni,
tika mampu dapat lagi baik.
al maklumla,
exam sem ni nanti,
sudah berstatus isteri orang.
hihi..
moga dia bagi dorongan yang lebih.
amin.

 

Friday, June 15, 2012

kursus kawen

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥ 

entry lapok ni sebenanye da diperam.
sigh sigh.
gram rase ari tu before balik kampung,
blog tika buat hal.
tak boleh nak upload pic,
26 n 27 may ari tu,
tika n din da g kursus kahwin.
setel je exam,
kami berdua trus prepare perkara-perkara penting da.
da tak sempat da nak prepare bila masuk sem baru nanti.
tika bakal praktikal 2 bulan,
bila da start mengajar,
memang tak sempat fikir ape-ape da.
biasa la guru praktikal kan..
hikhik..
ok,
nak cite masa kursus kawen tuh.
memandangkan las minit wat keputusan nak kursus kawen pada tarikh tu,
tika n din terpaksa pegi kursus kat pasir gudang.
jauh tau.
dengan tempat din dalam 40km.
so die kene bangun pagi-pagi nak elak jem kan.
kursus kawen start kol 8.
so fikir la ea kol bape die bangun.
cian lak die. tapi terpaksa da.
tanpe sijil kursus ni,
nanti balik kampung,
lagi masalah nak setelkan borang-borang lain.
ape yang besnye,
kursus kawen ni buat kat hotel.
lupe plak ape name hotel tu.
pic2 pon sume da hilang,
fon da rosak lak.
hadoiiyaiii.
(kat-kat nak kawen ni la banyak yang nak pakai duit)
masa daftar tu,
ramai sangat-sangat.
mule tu nerves gak.
tah pape kan.
sebabnye,
tika tak tau macam mana kursus kawen,
tika ingat nanti masa kursus tu,
dia akan soal-soal sume.
tu yang takot.
rupenya tika tertukar dengan interview.
lain rupenye.
dalam kursus ni,
banyak yang tika dapat.
walopon kebanyakkannya yang kita memang da faham kan,
tapi bes jugak.
ustaz n ustazah banyak cerita pengalaman-pengalaman orang lain.
so leh la blaja n jadikan teladan or sempadan kan.
masa kursus ni,
tika n din ja yang akan kawen kat luar johor.
so banyak kali gak la nama kami disebut.
femes akakkk..haha
dan apa yang paling penting,
masa kursus kawen ni la tika tau banyak bende pasal prosedur kawen.
tapi,
bila balik kelate.
rupanya lain sikit cara setiap negeri.
xde la lain semua kan.
macam borang2 suma,
kat jb kene amik kat pjbt agama daerah.
kat kelate, 
just amik ngan tok imam yang nak nikahkan kita.
nanti tika update balik step-step nye kat entry lain.
lebih senang la..
suke sangat sebab xyah interview bagaii..
=)))

p/s: suma kata bayaran mahal. RM120 per kepala.
tapi bes, wat kat hotel. selesa. makanan sedap-sedap.. ustaz suma bes.
terbaik la leh kata.

prewedding photoshoot 1

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥

sangat excited sebenarnya hari ni.
bukan pe,
sebab baru dapat tengok hasil my OP shoot pre wedding pic ari rabu ari tu.
sangat-sangat berpuas hati.
tika n din bukan la pandai pon berposing.
ye la bukan artis mahupun model kan.
alhamdulillah.
hasil jari-jari yang terer ni,
pic kami sangat lawa tika rasa.

memandangkan tika pon belum dapat lagi softcopy nye.
so tika upload pic yang mana encik Jari tepek kat fb die dulu la ye..
arap-arap abe jari kito dop maroh lah deh.
hihi..

suke background ni..kude pon macam ngah pose jekk..


yang ni pon.
tika suka pic tika yang ni. tapi sayang nye mata din nampak macam ngantok.. tapi tetap superb abe jari ni.
yang ni lak, pic solo.hihi.
 ok x? 
bagi tika sangat cantik.
bukan muka kami tau,
pic tuh,
background, lighting n sume la.
kan..
sebenanya ni kat kawan pantai.
ada lagi banyak pic yang tika suka tapi xde kat fb,
nanti tika update lagi ye.

p/s: banyak kenangan masa photoshoot ni. seb bek x jatoh kena bawa kuda.haha
 

alhamdulillah

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


alhamdulillah selamat samapi di bumi johor bahru.
 selepas hampir 3 minggu menyibuk kan diri dengan persiapan kahwin,
akhirnya balik smula ke jb untuk blaja.
eh cam skema jek plak.
hihi.
ape pun,
rasa lebih lega sebab da banyak yang da disetelkan.
balik ni tinggal bende kecik-kecik jek nak buat.
amin amin amin.
moga-moga dipermudahkan segala urusan..
 

 

Sunday, June 3, 2012

why?


ape hal pulak dengan blog tika ni.
da banyak entry taip.
tapi xleh nak pos.
dok save lam draf je ni.
stress la.
 

Saturday, June 2, 2012

express preparetion

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥

okssspresssss wedding preparetion ni memang penat.
dalam sari,
tika leh DIY 3 benda sekali gus.
huhu.
naseb badan.
sape suruh ko nak belaki masa belajar.
tanggung sendiri la kan.
hahaha.
memandangkan sekarang tengah sibuk,
so nanti-nanti tika update DIY tika ek..
salam.


 

Monday, May 28, 2012

kezutan

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥

6.30pm naik bas ke shah alam.
tika nak g umah abang kat klang.
dia tak tau ni.
oyeaaaaahhhh.
saje nak bagi kezutan kat die.
eric kate sepraisssssssssssssss..
haha..
22 mei ritu befday die,
nak kasik adiah,
bajet lari meh.
huhu.
so wat kezutan la.
die memang rindu kan adik kesayangan die sorang ni.
i tau.
ahakkk.
tapi kan,
takut jugak ni,
satu, takut dia marah,
kang col2 suoh g amik, 
die bising lak xcakap awal-awal.
dua, takut kezutan tak menjadi,
almaklumla,
ari tu mak tika call dia cakap tika balik umah dia dulu b4 balik kelantan.
haisssshhh
lupe pulak nak berpakat dengan emak tersayang,
tapi da cover da kat abang,
n da pesan balik da kat mak.
arap-arap die tak syak ape-ape la.


p/s: arap2 die xtdo lagi la nant bila tika kol suoh amik.lau x
kompem kene 'blebel'.huhu xmenjadi la suprise.



 

Search This Blog