Tuesday, June 19, 2012

prewedding pic otw daaa..

as salam and welcome..♥

baru mendapat panggilan daripada myDin encik tunang tersayang,
katanya,
our op dah menghantar cd pic-pic prewedding.
oh sangat tak sabar nak menunggu hari esok.
nak lihat hasil nya.
mesti cantik setelah di edit.
yang tak edit sudah ummmm..
yang da di edit harap-harap lagi terbaik la..
yeyeye..
hikhik..
 

guna-guna

as salam and welcome..♥

semalam kat kelas,
dua tiga orng clasmates tegur tika.
diorang tanya tika sakit ke ape,
diorang kata muka tika nampak pucat,
lesu,
macam orang sakit dan tak bermaya.
tika senyum je dengar diorang kata gitu.
dan tika jawab sambil gelak-gelak.
tika kata tika tak sakit.
da memang betul pun kan.
cuma nak tergelak sebab diorang caring pulak pasal tika.
padahal yang tegur tu dak laki.
tapi,
jauh di sudut ati tika,
tika tau diorang semua memang da macam adik beradik tika.
kami da kat 4 tahun setengah bersama.
tak mustahil perasaan sayang satu sama lain sebagai adik beradik tu ada.
tika tanya diorang muka tika nampak hitam ke?
diorang kate bukan.
macam tak sihat.
mata lebam sume.
masa tu tika syak maybe sebab tika baru tuka pencuci muka.
tika try bio essence.
saja-saja tukar nak test sesuai tak.
memang ari tu,
kat kampung,
mak tika ada tegur muka nampak hangus.
padahal tika tak de plak main aktiviti kat padang masa kat-kat nak balik ritu.
g mandi pantai pon tak.
balik dari kelas,
tika start fikir bukan-bukan.
risau pulak kalau-kalau ada yang guna-gunakan tika ke ape.
bukanla nak percaya.
tapi risau.
kalau tak de masalah tak kan nak risau ye dokk?
ari tu kat kampung,
mak ada cakap dia selalu mimpi ada orang bagi tika makan benda-benda tak elok.
tika buat-buat malas fikir.
tika cakap mengarut sume tuh.
tapi walhal,
memang risau.
mak tak dak la nak percaya sangat,
tapi hati ibu kan.
risau tetap risau kat anak pompuan sorang ni.
yang bongsu lak tuh.
so,
mak suoh tika baca ayat al quran yang leh guna sebagai pelindung.
bukan ayat apa pon.
4 Qul dan ayat qursi.
pastu mak bagi buku Uztaz Syarhan.
tika baca buku tu,
then terkejut jugak,
ada tanda-tanda yang kena betul-betul dengan diri tika.
selalu tika alami.
nanti tika ceritakan len kali.
nak rest jap, 
baru balik kelas.
jap g sambung kelas lagi.
 
mood: risau jugak. tapi berserah pada Allah. Ya Allah, Ya Rahim, kau lindungi la hambamu ini
daripada segala malapetaka. kau jauhi aku dari sebarang gangguan jin dan syaitan.
amin.

 

Monday, June 18, 2012

list diy

as salam and welcome..♥

 pehh..
list siap.
haha.
walhal tak de la banyak yang DIY pon,
dan banyak yang buat pic suma amik guna fon abang, 
frust betol bila semua pic dari fon tu ade problem.
nay buat tutorial DIY tak kesampaian.
just boleh gitau ape yang tika DIY kan je la.

1.bunga dip 
2.bunga stokin
3.bunga organza
4.handbouquet
5.guestbook
6.poskad untuk guestcorner
7.bantal hantaran
8.signage
9.centerpiece

untuk bunga sume tu tika cube-cube dulu mula-mula tu.
nak test mana yang sesuai untuk buat bunga hantaran dan handbouquet.
bila da siap tika tengok bunga stokin cantik jugak.
bunga organza pon ok.
kain dia lebih berkilat.
so tika decided guna bunga organza untuk buat bunga hantaran.
dan handbouquet pula tika guna bunga stokin.
bunga dip,
kalau pandai buat,
cantik la,
tika ni jenis tak sabar,
so,
hasil dia kurang cantik
tapi kalau ada banyak masa boleh je buat bagi cantik lagi senaye.
allaaaaaaa.
xbes cite sebab pic xde kan.
gipun mesti susah nak gambarkan.
acaner tu johan?
haha.
nanti tika try usahakan pic la dulu ea.
huh..!


 

DIY bantal hantaran

as salam and welcome..♥

ok ini entry peram jugak.
entry sebenarnya tika da taip beberapa kali,
tapi blog tika wat hal ari tu,
xdapat nak publish.
so terpaksa naip balik,

tika just nak kongsi DIY yang tika buat masa cuti skolah ari tu.
DIY bantal hantaran.
tapi tika tak tau la nak panggil bantal hantran ke ape ni.
sebab bukan bantal.
mula tu ingat nak buat bantal,
at last,
buat pakai span.
ok let's proceed.

bahan yang diperlukan:
  1. span polistrin (saiz/bentuk yang korang suka,tika guna square)
  2. kain seting (ikot kaler yang korang suka, tika guna hitam)
  3. renda2 + manik2 (ikot kaler dan pattern korang suka)
  4. hot glue gun + gun
langkah-langkahnya pulak :
1. ukur dan gunting kain seting ikot saiz span polistrin.

2.lekatkan kain seting pada polistrin dengan hot glue

3.lekatkan  renda2 + manik2 pada kain seting tadi.

4.kemaskan.(gunting-gunting benang yang berurai,dll)
5.siap.

simple je kan.
memang pon.
tu tika cakap tika tak pasti ni bantal ke tak.
haha.
ape pon untuk yang nak save bajet memang sangat boleh la.
try la.
tika da try gubah-gubah dengan mangkuk+bunga hiasan+pearl,
cantik gak,
nanti tika update balik ye..

p/s: rasa-rasa ada problem dgn fail gambar yang tika transfer guna fon abang tika,
letak pic je xboleh publish entry.
sory xleh nak masukkan pic.
stres rase.=(

 

fesyen tudung

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥

sebuat pasal tudung,
macam-macam sekarang.
kalau nak kejar tak terkejar.
sekarang ni pulak,
ramai artis yang da berhijab/bertudung.
entah nak kata macam trend or ikhlas hati.
itu bukan tugas kita, sebagai manusia untuk pertikaikan,
biar Allah yang menentukan keikhlasan mereka.
yang penting mereka dah melakukan perubahan itu sudah cukup baik.
ye dokkk?
entry tika ni,
tak de la nak menyentuh isu artis berhijab.
cuma terimbau kembali fesyen-fesyen tudung yang pernah tika pakai sampai hari ni.
ikotkan tu,
xde la banyak mana pon.
tika bab-bab fesyen ni,
tika ikut jugak.
tapi lambat sikit la.
kalau orang da mula pakai tudung aidijuma hari ni,
4 5 bulan kemudian baru tika pakai.
lampi bab-bab ni tak pa kan?
hukhuk.

'fesyen tudung tika'
memandangkan tika ni bekas pelajar mrsm,
dah tentu-tentu zaman sekolah dulu tika tak mengikuti langsung fesyen tudung.
di mrsm,
kebanyakkan mrsm hanya membenarkan pelajar perempuan memakai tudung 
tanpa sebarang fesyen.
maksud tika,
kami hanya boleh lepas tudung di depan dada ke bawah tanpa belit or pin 
sana sini.
dan tudung tu mesti berjahit antara kiri dan kanan.
buat macam tudung bulat/labuh tu.
alim tak alim tak?
hihi.
da peraturan kan.
so ikot jek.
then,
lepas jek sekolah,
masuk matrik,
masuk maktab.
ingat lagi,
fesyen tudung yang tika slalu sangat ikot,
fesyen belit-belit macam ni.
 
dulu-dulu kan tak banyak sangat belit-belit.
wat macam ni pon kira stail dah ni..
haha.
jenis tudung masa ni plak,
bawal yang biasa.
cuma yang femes masa ni,
ada batu-batu kat tepi tudung,
macam ni.
 
lagi lebat lagi  menarik la masa tuh.
ahakkk..
ada jugak jenis tudung yang macam bukan bawal,
(kain keras sikit)
ada corak-corak bunga printed macam ni,
 
lepas fesyen ni,
seingat tika,
kua pula shawl/selendang.
ramai pulak yang berminat ngan selendang.
rasanya,
kalau tak silap,
sejarah shawl ni bermula dengan yuna,
ikutkan sebelum ada tudung yang terus sarung macam ikin suka pakai tu.
tapi tika tak berminat dengan tudung pattern.
selendang atau shawl ni jugak ada banyak jenis.
dan cara pakai dia pon boleh dipelbagaikan.
ni masa mula-mula shawl muncul.
kebanyakan pakai macam ni je.
 
sama ada lilit kemas di atas kepala atau
 
sebarkan macam tu ja kat atas bahu.
dan macam-macam lagi la cara yang lain.
lepas tu pulak, 
muncul pulak fesyen shawl yang dipakaikan dengan anak tudung,
contoh macam ni haa..

yang ni kira shawl yang jenis plain, 
murah ja,
dalam RM4 pon dah boleh dapat sekarang ni.
tika suka pakai yang plain sebab boleh pakai dengan macam-macam baju.
inner pon hitam plain.
 ni plak masih cara pakai sama macam yang atas,
cuma jenis shawl printed.
dan inner kaler kelabu.
warna-warni sikit la kan.
tup tap tup tap,
kua pulak fesyen pin untuk tudung.
macam ni.
macam-macam pattern ada,
yang ni macam sepit rambut,
kira style la sapa pakai masa ni,
cara pakai shawl yang sama cuma pinkan dengan sepit rambut macam tu.
 ni pattern pin macam kerongsang baju,
pon cantik, 
dan nampak lagi mewah la.
shawl tu plak,
jenis kain yang jarang macam organza.
walopon jarang,
inner yang dipakai tu boleh tutup rambut,
cuma kena pandai belit supaya tak nampak leher.
lepas tu keluar pulak dah shawl yang ada rambu rambai kat hujungnya.
macam ni.
nampat tak kristal-kristal kat bucu/hujung tudung?
haa yang tu la..
tak cukup dengan berbagai-bagai jenis shawl,
keluar pulak jenis inner/anak tudung.

kat inner tu dihias dengan pin dan macam-macam.
macam fesyen orang arab lak tengok kan?
lepas yang jenis shawl dan anak tudung,
keluar pulak dah cara pakai tudung yang baru,
yang ni kalau tika tak silap,
fesyen ala-ala hana tajima,
pereka baju untuk yuna lau tak silap la.
macam ni plak dah ramai yang pakai..
 
 
cara pakai ni lain sikit dari biasa,
ada banyak cara sebenarnya,
tapi tika slesa pakai yang cara macam ni.
lepas tu,
tika da start buat gaya sendirii..
haha..
tadaaaa..
haha.. belit sana sini dengan tudung/shawl lama-lama.
yang ni pakai shawl.
 
yang ni pulak try pakai tudung 4 segi.
nampak tak belit-belit yang tika dandan tu?
lepas tu,
muncul tudung aidijuma.
tudnung aidijuma ni sebenarnya kembalikan balik fesyen tudung bawal 
yang makin dilupai oleh anak gadis sekarang,
cara pakai pada mulanya macam biasa.
tapi muncul pulak Dian Pelangi dengan gaya tudung yang lebih berbeza.

macam ni haaa...
ni tudung bawal aidijuma (2 ton) dengan cara Dian Pelangi.
macam-macam lagi,
tika tak sempat nak explore dan befesyen dengan tudung jenis ni,
muncul plak tudung bawal printed.
yang macam tika pakai untuk prewedding photoshhoot ari tu.
 
abaikan model-model tak bertauliah dan berbayar tu.
tudung yang tika pakai tu dikenali sebagai tudung bawal printed.
tika pon barun ada dua helai ja.
tak sempat nak kumpul koleksi sejak dekat nak kahwin ni.
hihi.

ape pon fesyen yang kita pakai,
asal tutup aurat itu sudah bagus.
kannnn..

 
 dan tika akhiri entry ini dengan fesyen tudung masa mula-mula lepas habis spm dulu.
haha.
lawak plak.
nampak jelas tak pandai pakai dan berfesyen lagi.

p/s: second time date ngan incik tunang masa ni.. 
merangkap pakwe lagi masa tu..
kirenye, gambar ni dah berusia 5 tahun setengah la.
ni masa umo tika 17..
hikhik..
 

sorry

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

sorry.
saya tak dapat nak bagi apa yang awak nak.
thanks for everything.
fullstop.
 

time table

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

macam biasa.
mula sem baru akan dapat time table baru.
dan macam biasa jugak.
muka-muka terkejut dengan time table baru pasti menjelma.
menjelma?kahkahkah..
pon boleh la kan..
hikhik..
time table untuk tika, bagi sem 6 ni agak mengejutkan.
kebanyakkan kelas sampai 4.30 petang kecuali jumaat.
jumaat sampai 11.30 am.
yang peliknya tu,
ada dua tiga hari, kol 9 or 11 baru start kelas.
untuk kawan-kawan yang dok kat u maybe perkara biasa.
tapi luar biasa bagi saya yang berada di ipg.
ikut kebiasaannya,
kelas kami start macam budak sekolah.
kate nak jadi cikgu sekolah kannn..
hihi.
biasa kol 7.45 sampai 12.30 atau 1.30pm.
pastu sambung pulak petang.
kelas petang tak bes tau.
mengantuk.
lagi pun panas.
ceiittt..
macam-macam alasan.
orang dulu-dulu sanggup je belajar kat atas tanah,
bawah pokok,
tengah padang, ada ke?
semata-mata nak dapatkan ilmu.
orang kata nak seribu daya tak nak seribu dalih.
berpantun pulak.
eh silap,
pepatah kan tu..ke peribahasa?huhu..
ape da cikgu bm macam ni..haha..
tak pe masih boleh belajar lagii. 
taktik nak cover muka..
huhu..
naseb baik subjek sem ni tak banyak.
pj pon da tak de.
lega rase..
tapi,
biasanya akan ada perubahan jadual.
arap-arap berubah la.
yang paling penting dan sangat berharap adalah perubahan kelas.
tak nak kelas di blok baru.
jauh ooo nak kena menapak.
ada kat 1 km lebih.
ok dulu,
nak g persatuan.
haishhh..
macam budak-budak je rase.
jangan merungut tika!
hihi.
saje je tuh,
nak tak nak,
kat sekolah nanti pon kena jugak kan.
so sediakan diri lebih awal..

mood: jeles tengok rumate yang tengah tidur kat atas katil yang empuk.
dengan angin kipas yang sepoi-sepoi je rase nih..haha..nyamannya,,


 

rindu boleh tak?

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


baru lima jam,
dan tika sudah rindu incik tunang.
macam tak rindu,
tak boleh dengar suara.
eh gedik je kan.
hihi.
tapi memang betul.
every night before tidur,
kami akan calling-calling dulu.
ikot petua yang diturunkan mak.
sebelum tidur minta ampun,
bagi salam dan ucap selamat malam.
jadi malam ni tak leh la.
tah leh tido tak ni ea.
biasa mesti da ngamok ni.
tapi fon tak de tak leh la lepas perasaan lam sms.
haha..
pape pon nak g tido da.
lame tak bangun pagi.
hikhik.jujur tak jujur tak?
hahaa.
iron baju dan tidur untuk mulakan sem baru..
azam baru.. ekkk???
 

Sunday, June 17, 2012

barakallah hulakuma

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

sebelum bermulanya semester yang sibuk,
malam ni nak naip puas-puas.
da dapat agak lepas ni,
mesti jarang-jarang ja nak naip.
 entry ni,
tika just nak wish selamat pengantin baru dan selamat bertunang 
kepada kawan-kawan yang kawen dan tunang masa cuti skolah baru-baru ni.
maaf tak dapat hadiri.
hihi..

Najwa Farez
wawa (satu batch) dan farez (senior)

abe hairy (senior pj) ngan isterinya
kak maziah ngan  boboy gatsu (2'2 senior)
kak dayah (senior) dan suaminya.
kak wawa ngan shamsul (sume lam gambar ni senior n sorg junior)
lia (member fb) dan kamal
kak lizah (ex rumate yang cute) dan tunangnya
kak sarah dan suhaifi (2'2 senior)
 ramai tak ramai tak?
ade lagi rasa nya.
tapi tak dapat jumpa pic..
untuk semua kawan-kawan dan senior.
selamat pengantin baru.
semoga hubungan rumah tangga kekal ke akhir hayat.
amin.
barakallah hulakuma wabaroka a'laikuma wajamaa' bainakuma firqoir.

p/s: tengok kawan-kawan kawen, tika lak nerves.. 
2 bulan lagi oiii..
 

1st checklist

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


bila da masuk sem baru ni,
kompem-kompem tika da tak dapat nak prepare lebih-lebih da untuk wedding.
sem ni lagi busy la.
praktikal 2 bulan.
dalam masa praktikal tu la tika akan akad nikah n sanding.
praktikal sebulan, 
balik cuti raya,
kawen,
then sambung lagi praktikal sebulan.
memang busy.
sape-sape guru pelatih tu tau la busy nya macam mana.
kengkadang tak tido malam,
semata-mata nak siapkan lesson plan dan bahan bantu mengajar.
tapi nak wat cam ne.
tika yang pilih nak kawen awal kan.
redha.
ayat macam pasrah gile.
hihi..
jadi memang tak sempat la nak fikir tentang kawen lagi masa ni kan.
nasib baik masa balik cuti ari tu tika da pecut 100m 
siapkan banyak perkara.
ok, 
sekarang masa nya buat checklist.
tengok ape lagi yang tak setel.
yang kaler merah tu pending la tuh..huhu..
  1. save the date
    • nikah           = 23.08.2011
    • resepsi         = 24.08.2011
    • bertandang   = 25.8.2011
  2. prosedur nikah
    • kursus pra perkahwinan
    • borang nikah
    • test hiv
    • sijil nikah
    • tok imam/saksi
    • kad nikah (lepas kawen)
  3. venue
    • nikah            = masjid tualang rendah lama
    • resepsi          = rumah kg tualang rendah lama, slising
    • bertandang   = rumah bukit marak (dpn umah datok anuar musa..perlu mention ke?huhu)
  4. theme/concept
    • nikah            = putih + baby blue
    • resepsi          = purple + blue turqoise/baby blue
    • bertandang   = purple + green apple
  5. catering/canopy
    • nikah            = sendiri
    • resepsi          = sendiri
    • bertandang   = n touch bridal
  6. wedding planner : N touch bridal
    • nikah     
      • baju nikah LP = putih + baby blue
      • make up          = sepupu/member 
      • veil,crown,dll = N touch bridal
      • tudung
      • bantal akad nikah
      • handbouquet       
    • resepsi          
      • baju sanding LP = turqoise
      • make up             = N touch bridal
      • veil,crown,dll    = N touch bridal
      • tudung
      • pelamin             = N touch bridal
      • handbouquet
    • bertandang   
      • baju LP              = N touch bridal
      • make up            = N touch bridal
      • veil,crown,dll    = N touch bridal
      • tudung
      • handbouquet
  7. photographer : Jari Foto & ?
    • prewedding = pantai senai, tawang, kb. (tema cowboy) jari foto
    • akad nikah  = jari foto
    • resepsi        = jari foto
    • bertandang = ?
    • outdoor      = jari foto
  8. kad kahwin
    • 2 belah pihak = 1000pcs: kak linda
    • banting          = 2pcs: kak linda
    • banner           = 1pcs: kak linda
  9. hantaran
    • hiasan dan bekas (tinggal nak letak barang jek)
    • barang hantaran
  10. ukiran inai               = DIY sendiri
  11. doorgift
    • rombongan pihak lelaki
    • kawan rapat dan sdara mara
    • tetamu lain
  12. cake
    • hantaran
    • sesi potong cake
  13. guest
    • rombongan pihak lelaki         = 50-1ratus
    • kawan rapat dan sdara mara  = 2-3ratus
    • tetamu lain                             = 6-7ratus
  14. wedding prop
    • bunga telur pelamin
    • bunga manggar
    • arrow signage DIY (dalam proses)
    • guestbook DIY (dalam proses)
    • guestbook table
p/s:dah siap-siap taip ni baru prasan banyak lagi yang tak setel.
rasa-rasa yang tak setel tu semua yang kecil-kecil je kan.
boleh setel kot.
insyaAllah.
 permudahkan segala urusan ku Ya Allah..
 
 

Search This Blog