Tuesday, March 5, 2013

DOKUMEN STANDARD PRESTASI PSV TAHUN 3

as salam and welcome..♥





KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
DUNIA SENI VISUAL
TAHUN TIGA

 














                                                                                                                                              




FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.





PENDAHULUAN

Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard  Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


TAFSIRAN
o      Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

o      Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik  bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

o      Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan  atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o      Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

o      Evidens

          Murid               :           Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen       :           Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

o      Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.




KERANGKASTANDARD PRESTASI


BAND
STANDARD
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali




TAFSIRAN BAND
BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2
TAHU  DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif,  mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.





MATLAMAT KURIKULUM
Matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Dunia Seni Visual adalah melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual dan berupaya meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

OBJEKTIF KURIKULUM
Kurikulum Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Dunia Seni Visual membolehkan murid:

1.     menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2.     melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3.     menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4.     mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5.     mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6.    membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat
7.    memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab
8.    mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9.    menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10.   melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah






BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual, media dan nilai baik.
2
Mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media dan nilai-nilai baik.
3
Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual serta mempamerkan nilai-nilai baik dalam menghasilkan karya.
4
Menghasilkan karya menggunakan media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual di samping menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
5
Menghasilkan karya yang menarik menggunakan pelbagai media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dan mengamalkan nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
6
Menghasilkan karya yang kreatif dan unik berpandukan bahasa seni visual dan proses penghasilan yang betul dengan menggunakan pelbagai media dan teknik secara kreatif dan mempunyai elemen nilai tambah serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri, tokoh seni dan warisan seni negara di samping memiliki  nilai baik dalam semua aspek kehidupan.


BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

1

Tahu




B1
Mengenal dan mengetahui bahasa seni visual, media dan nilai baik

B1D1
(PERSEPSI ESTETIK)
Tahu bahasa seni visual



















B1D2
(APLIKASI SENI)
Mengenal  media




















B1D3
(APLIKASI SENI)
Mengetahui nilai baik


B1D1E1
Mengenalpastiunsur seni dan prinsip rekaan dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj

B1D1E2
Mengenalpasti unsur seni dan prinsip rekaan dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang

B1D1E3
Mengenalpasti unsur seni dan prinsip rekaan dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng

B1D1E4
Mengenalpasti unsur seni dan prinsip rekaan dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri


B1D2E1
Mengenalpasti alat dan bahan dalam bidang menggambar iaitu iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj

B1D2E2
Mengenalpasti alat dan bahan dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang


B1D2E3
Mengenalpasti alat dan bahan dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng

B1D2E4
Mengenalpasti alat dan bahan berdasarkan aktiviti yang dilakukan dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri


B1D3E1
Mematuhi arahan guru





BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

2

Tahu dan Faham





B2
Mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media dan nilai-nilai baik

B2D1
(PERSEPSI ESTETIK)
Memahami bahasa seni visual





























B2D2
(APLIKASI SENI)
Memahami media yang sesuai untuk berkarya




















B2D3
(APLIKASI SENI)
Memahami nilai baik


B2D1E1
Mengkategorikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj

B2D1E2
Mengkategorikan unsur seni dan prinsip rekaan  dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang

B2D1E3
Mengkategorikan unsur seni dan prinsip rekaandalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng

B2D1E4
Mengkategorikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam bidang mengenal kraf tradisional iaituanyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri












B2D2E1
Mengkategorikan media yang sesuai  dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj

B2D2E2
Mengkategorikan media yang sesuai  dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang

B2D2E3
Mengkategorikan media yang sesuai  dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng

B2D2E4
Mengkategorikan media yang sesuai dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri

B2D2E5
Menyatakan  fungsi asas media


B2D3E1
Mempamerkan disiplin kendiri




BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat








B3
Mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual serta mempamerkan nilai-nilai baik dalam menghasilkan karya

B3D1
(PERSEPSI ESTETIK)
Meneroka bahasa seni visual




























B3D2
(APLIKASI SENI)
Meneroka penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya














B3D3
(APLIKASI SENI)
Memperlihatkan nilai baik pada diri dan rakan















B3D4
(EKSPRESI KREATIF)
Mengetahui dan memilih bahan yang sesuai dalam penghasilan karya




B3D1E1
Meneroka unsur seni dan prinsip rekaan sebelum penghasilan karya  dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj

B3D1E2
Meneroka unsur seni dan prinsip rekaan sebelum penghasilan karya dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang

B3D1E3
Meneroka unsur seni dan prinsip rekaan  sebelum penghasilan karya dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng

B3D1E4
Meneroka unsur seni dan prinsip rekaan  sebelum penghasilan karya dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri









B3D2E1
Meneroka alat, bahan, teknik  dan  proses dalam bidang menggambar

B3D2E2
Meneroka alat, bahan, teknik  dan  proses dalam bidang membuat corak dan rekaan

B3D2E3
Meneroka alat, bahan, teknik  dan  proses dalam bidang membentuk dan membuat binaan

B3D2E4
Meneroka alat, bahan, teknik  dan  proses dalam bidang mengenal kraf tradisional


B3D3E1
Menunjukkan nilai baik seperti disiplin kendiri dan kerjasama
















B3D4E1
Menghasilkan karya menggunakan  alat, bahan , teknik dan proses yang sesuai dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj

B3D4E2
Menghasilkan karya menggunakan  alat, bahan , teknik dan proses yang sesuai dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang

B3D4E3
Menghasilkan karya menggunakan  alat, bahan , teknik dan proses yang sesuai dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng

B3D4E4
Menghasilkan karya menggunakan  alat, bahan , teknik dan proses yang sesuai dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri











BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab




B4
Menghasilkan karya menggunakan media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual di samping menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.


B4D1
(PERSEPSI ESTETIK)
Menggunakan bahasa seni visual yang betuldalam penghasilan karya


























B4D2
(APLIKASI SENI)
Memilih dan memanipulasikan media, teknik dan proses yang betul





B4D3
(EKSPRESI KREATIF)
Menggunakan dan memanipulasikan media yang sesuai dengan aktiviti























B4D4
(EKSPRESI KREATIF)
Menghayati nilai baik



B4D5
(APRESIASI SENI)
Membuat apreasiasi terhadap karya
sendiri


B4D1E1
Menghasilkan karya dalam bidang menggambar iaitu  lukisan, catan, kolaj dan montaj yang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan yang betul

B4D1E2
Menghasilkan karya dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu  terancang dan tidak terancangyang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan yang betul

B4D1E3
Menghasilkan karya dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu  mobail,boneka dan topengyang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan yang betul

B4D1E4
Menghasilkan karya dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu  anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diriyang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan yang betul







B4D2E1
Menggunakan alat dan bahan yang betul  dalam berkarya 

B4D2E2
Menggunakan teknik dan proses  yang betul dalam berkarya


B4D3E1
Menghasilkan karya yang menarik dan menepati tajuk dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj

B4D3E2
Menghasilkan karya yang menarik  dan menepati tajuk dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang

B4D3E3
Menghasilkan karya yang menarik  dan menepati tajuk dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail, boneka dan topeng

B4D3E4
Menghasilkan karya yang menarik  dan menepati tajuk dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman, alat, pertahanan diri dan alat perhiasan diri






B4D4E1
Mengamalkan nilai baik semasa menjalankan aktiviti seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan yakin diri


B4D5E1
Mempamerkan karya yang dihasilkan

B4D5E2
Menceritakan karya sendiri secara ringkas







BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
                             EVIDENS

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji



B5
Menghasilkan karya yang menarik menggunakan pelbagai media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dan mengamalkan nilai baik dalam semua aspek kehidupan.


B5D1
(PERSEPSI ESTETIK)
Menggunakan bahasa seni visual dengan betul dan kreatif dalam berkarya


























B5D2
(APLIKASI SENI)
Mempelbagaikan penggunaan  media, teknik dan proses dengan betul dan kreatif





















B5D3
(EKSPRESI KREATIF)
Mengguna, memanipulasi dan mempelbagaikan media yang bersesuaian secara kreatif

















B5D4
(EKSPRESI KREATIF)
Mengaplikasi alam ciptaan Tuhan sebagai sumber ilham.


B5D5
(EKSPRESI KREATIF)
Menghayati nilai baik


B5D6
(APRESIASI SENI)
Membuat apresiasi terhadap karya sendiri






B5D1E1
Menghasilkan karya dalam bidang menggambar iaitu  lukisan, catan, kolaj dan montaj  yang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan dengan betul dan kreatif

B5D1E2
Menghasilkan karya dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu  terancang dan tidak terancang yang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan dengan betul dan kreatif

B5D1E3
Menghasilkan karya dalam bidang membentuk dan membuat  binaaniaitu  mobail,boneka dan topeng yang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan dengan betul dan kreatif

B5D1E4
Menghasilkan karya dalam bidang mengenal kraf tradisional  iaitu  anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diriyang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan dengan betul dan kreatif








B5D2E1
Mempelbagaikan pengunaan alat , bahan, teknik dan proses dengan betul serta kreatif dalam bidang menggambar  iaitu  lukisan, catan, kolaj dan montaj 

B5D2E2
Mempelbagaikan pengunaan  alat , bahan, teknik dan proses dengan betul serta kreatif dalam bidang membuat corak dan rekaan  iaitu  terancang dan tidak terancang

B5D2E3
Mempelbagaikan pengunaan  alat , bahan, teknik dan proses dengan betul serta kreatif dalam bidang membentuk dan membuat binaanb iaitu  mobail,boneka dan topeng

B5D2E4
Mempelbagaikan pengunaan  alat , bahan, teknik dan proses dengan betul serta kreatif dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu  anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri


B5D3E1
Menghasilkan karya seni secara menarik dan kreatif dalam bidang menggambar iaitu  lukisan, catan, kolaj dan montaj 

B5D3E2
Menghasilkan karya seni secara menarik dan kreatif dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu  terancang dan tidak terancang


B5D3E3
Menghasilkan karya seni secara menarik dan kreatif dalam bidang membentuk dan membuat binaan  binaan  iaitu  mobail,boneka dan topeng

B5D3E4
Menghasilkan karya seni secara menarik dan kreatif dalam bidang mengenal kraf tradisional  iaitu  anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri


B5D4E1
Menghasilkan karya yang menarik  dengan membuat olahan idea berdasarkan alam ciptaan Tuhan


B5D5E1
Mengamalkan  nilai baik semasa menjalankan aktiviti  seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan yakin diri

B5D6E1
Mempamerkan karya yang dihasilkan

B5D6E2
Menceritakan karya sendiri dengan menggunakan bahasa seni visual secara lisan





BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS


6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali



B6
Menghasilkan karya yang kreatif dan unik berpandukan bahasa seni visual dan proses penghasilan yang betul dengan menggunakan pelbagai media dan teknik secara kreatif dan mempunyai elemen nilai tambah serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri, tokoh seni dan warisan seni negara di samping memiliki  nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

B6D1
(PERSEPSI  ESTETIK)
Murid dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghasilkan karya berpandukan bahasa seni visual




























B6D2
(APLIKASI SENI)
Menggunakan  pelbagai media dan teknik secara kreatif dengan proses  yang betul dan tepat






















B6D3
(EKSPRESI KREATIF)
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai kajian dan  teknologi dalam penghasilan karya seni


B6D4
(EKSPRESI KREATIF)
Menggunakan  Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

B6D5
(EKSPRESI KREATIF)
Membudayakan nilai baik dalam setiap aktiviti yang dilakukan





B6D6
(APRESIASI SENI)
Membuat apreasiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual








B6D7
(APRESIASI SENI)
Membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain



B6D8
(APRESIASI SENI)
Mensyukuri keindahan alam ciptaan Tuhan


B6D1E1
Menghasilkan karya  yang mempunyai unsur seni dan prinsip rekaan secara kreatif dan unik serta dapat menghubungkaitkannya dengan disiplin ilmu yang lain dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj 

B6D1E2
Menghasilkan karya  yang mempunyai unsur seni dan prinsip rekaan secara kreatif dan unik serta dapat menghubungkaitkannya dengan disiplin ilmu yang lain  dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu  terancang dan tidak terancang

B6D1E3
Menghasilkan karya  yang mempunyai unsur seni dan prinsip rekaan secara kreatif dan unik serta dapat menghubungkaitkannya dengan disiplin ilmu yang lain  dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitumobail,boneka dan topeng

B6D1E4
Menghasilkan karya  yang mempunyai unsur seni dan prinsip rekaan secara kreatif dan unik serta dapat menghubungkaitkannya dengan disiplin ilmu yang lain  dalam bidang mengenal kraf tradisionaliaitu  anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri


B6D2E1
Mempelbagaikan penggunaan alat, bahan, teknik dan proses dengan betul , tepat dan kreatif dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj 

B6D2E2
Mempelbagaikan penggunaan alat, bahan, teknik dan proses dengan betul , tepat dan kreatif dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu  terancang dan tidak terancang

B6D2E3
Mempelbagaikan penggunaan alat, bahan, teknik dan proses dengan betul , tepat dan kreatif dalam dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng

B6D2E4
Mempelbagaikan penggunaan alat, bahan, teknik dan proses dengan betul , tepat dan kreatif dalam bidang mengenal kraf tradisionaliaitu  anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri


B6D3E1
Menghasilkan karya dengan mengggunakan pelbagai jenis sumber, kajian dan teknologi






B6D4E1
Menghasilkan karya yang menggunakan Elemen Merentas Kurikulum (EMK)


B6D5E1
Membuat pertimbangan yang sewajarya apabila berhadapan dengan pelbagai situasi

B6D5E2
Menjadi pembimbing kepada rakan sebaya  sewaktu menjalankan aktiviti


B6D6E1
Mempamerkan karya yang dihasilkan

B6D6E2
Menceritakan karya sendiri dengan menggunakan bahasa seni visual  dengan yakin secara lisan

B6D6E3
Menceritakan karya rakan menggunakan bahasa seni visual  dengan yakin secara lisan secara lisan


B6D7E1
Membuat perbincangan  dan penaakulan bersama guru dan rakan  berdasarkan hasil  kerja atau karya pilihan




B6D8E1
Menunjukkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan





 

Wednesday, February 27, 2013

rutin aku seorang isteri..hihi

as salam and welcome..♥

oh, tajuk entry macam gedik nauzubillah.
haha..
saje nak kongsi rutin harian tika sekarang.
kalau dulu dah busy dengan kehidupan sebagai seorang pelajar,
sekarang makin busy dengan kehidupan sebagai seorang pelajar dan juga seorang isteri.
pada mulanya,
memang agak kelam kabut.
tambah-tambah lagi tika sekarang tengah praktikum di kota tinggi.
bulan pertama berpraktikum,
tika menyewa di kampung lukut.
masa tu alhamdulillah,
tak de la kalut sangat.
tapi sekarang,
tika da berulang alik dari bandar putra, kulai ke kampung lukut, kota tinggi.
siapa yang tahu jarak perjalanan dan masa perjalanan antara dua tenpat ni pada tika mesti agak terkejut.kannnnnn..hihi..
kalau da berkerja tak pe la.
dah ada pendapatan tetap.
tapi sekarang tioka banyak bergantung pada incik suami.
syukran,,, tuhan berikan rezki pada kami berdua untuk meneruskan kehidupan.
ececece..hihi..
tak de la kaya raya kami ni,
tapi stakat ni hidup kami masih berjalan lancar macam suami isteri yang lain.
kiki.
biasa la pada awal-awal perkahwinan,
dugaan kewangan tuh perkara biasa.
kannn...
lainla yang anak datuk,datin, tan sri dan lain-lain tuh.
hihi.
sory jangan marah ya kalau yang terasa.=)
so sebut balik pasal rutin harian.
sekarang kol 5 pagi lagi da bangun,
dulu kol 6 setengah baru bangun.hihi.
bangun pagi-pagi, masak untuk suami.
then lepas makan siap-siap semua,
kol 6.20 lebih kurang kami bergerak ke kota tinggi.
suami tika hantar,
then,
die bergegas balik ke senai untuk kerja kol 8.
nasib baik masa kerja kami tak sama.
boleh la ambil masa untuk bergerak balik ke tempat kerja die.
lepas sekolah,
tika akan stay rumah kawan.
ni untuk stakat ni la.
petang lepas kol 5,
suami tika datang amik.
then balik la ke bandar putra.
dah balik ingat boleh rileks??
no..
masak la pulak.
dinner.
kebetulan encik suami seorang kuat makan walopon korang tengok badangnya keding.
hihi..
dalam kol 9 baru dapat makan.
lepas tu buat rancangan mengajar a.k.a rph..
dah siap buat bahan bantu mengajar semua baru leh iron baju,
prepare barang saya dan suami untuk kerja esok lak.
dalam kol 12 baru leh tidur.
tu kira awal la tu.
esoknya seperti biasa kol 5 pagi bangun lagi..
yihuuuu...
sangat penat.
tapi itu la yang dikatakan pengorbananan.
kakakaa..
ape pon,
semoga tuhan kuatkan kami berdua untuk tempuhi semua ni.
amin...



 

refresh.....=)

as salam and welcome..♥


lame dah tak update blog.
da sem 7 ni memang sangat busy.
sekarang tengah praktikal di sk bukit lintang, kg lukut, kota tinggi johor.
dan ditambah lagi dengan esaimen-esaimen yang serentak perlu disiapkan.
satu lagi,
tika dah kena mula buat kajian tindakan,
biasala da sem 7 kan.
tahun akhir di ipg.
insyallah.
kalau tiada masalah,
bulan 4 ni,
pada pengjungnya,
tika boleh kembali aktif balik untuk menulis,
dan berkongsi semua yang tika pelajari di bumi ipg kti,
sebelum tika melangkah keluar sebagai seorang guru.
insyAllah.
semoga dipermudahkan segalanya.
amin...

 

Wednesday, October 31, 2012

Tajuk 3- Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu (nota ringkas)

salam perkongsian ilmu.

Tajuk 3- Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu 

makna leksikal ialah makna sesuatu kata itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat).
untuk memudahkan pemahaman, makna leksikal boleh dianggap sebagai makna kamus; makna kata yang diperolehi daripada kamus. terdapat beberapa bahagian makna leksikal dalam tajuk ini untuk subjek BMM3111 iaitu:

a.sinonim dan antonim
b.hiponim dan homonim
c.polisem

a.sinonim dan antonim

sinonim membawa maksud kesamaan makna perkataan iaitu kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama bentuk kata tersebut berbeza.

terdapat empat jenis sinonim iaitu:
1.sinonim pinjaman- contohnya kata [batas] dalam dialek kedah ialah timbunan tanah yang dijadikan sempadan petak-petak sawah manakala maksud kata ini dalam bahasa melayu boleh juga diertikan sebagai 'had' seperti frasa 'batas pergaulan'.
2.sinonim konteks- perkataan yang sama maknanya tetapi dalam konteks yang berbeza bentuk kata yang berbeza digunakan. contohnya [undang] digunakan dalam konteks tulisan manakala [jemput] digunakan dalam konteks lisan.
3.sinonim laras sosial-perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza mengikut peringkat atau status. contohnya perkataan [penyanyi] dan [biduan] mempunyai maksud yang sama tetapi [biduan] bermaksud penyanyi yang mempunya 'status' yang lebih tinggi dalam profesion seni suara.
4.sinonim kolokasi- maksud yang hampir sama maknanya.contohnya [ramai] dan [banyak].

antonim bererti pertentangan makna kata atau kata-kata yang mempunyai makna yang berlawanan. 

terdapat tiga jenis antonim iaitu:
1.antonim pasangan komplemen-pasangan yang melengkapi satu sama lain.contohnya tidur-jaga, hidup-mati, sihat-sakit.
2.antonim hubungan darjat/antonim berperingkat- contohnya seperti besar-kecil,tebal-nipis,panjang-pendek.
3.antonim berhubungan- kata berlawanan yang mempunyai makna setara.contohnya seperti beri-terima,jual-beli,majikan-pekerja.

b.hiponim dan homonim

hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. hiponim juga bermaksud kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus.
contohnya:
bunga - melur
          - orkid
          - kekwa
          - anggerik

homonim pula merujuk kepada hubungan antara kata. hiponim juga bererti dua kata atau lebih yang mempunyai bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna.

terdapat dua jenis hiponim iaitu:

1.homofon- kata yang sebutannya/bunyinya sama tetapi berlainan maksud. contohnya [mereka] boleh membawa erti bagi kata ganti nama orang dan juga boleh bererti kata perbuatan/kerja mencipa sesuatu.

2.homograf- kata yang ejaannya sama tetapi berlainan maksud. contohnya [sepak] boleh bererti tendang dan juga tampar.

c.polisem

polisem ialah kata yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual ataupun sedarjah.

faktor kata mempunyai banyak makna ialah:
1.keadaan semula jadi (polisem tulen)
2.konteks (polisem konteks)

contohnya polisem ialah seperti kata [bisa]-boleh/sakit sangat
contoh seterusnya kata [tentang] - lawan/kata bantu yang membawa maksud berkaitan sesuatu perkara

'semoga membantu'

analogi hidup ibarat sekeping roti

as salam and welcome..♥

sapa setuju hidup ibarat sekeping roti?
kenapa?
tah saya main taip ja.
haha.
tak cuba fikir,
roti yang baru kita beli,
tarikh luput pon lambat lagi,
sedap tak?
sedap kan.
roti kalau kita bakar,
apa jadi?
rangup tak?
rangupkan.
roti kalau dicicah dalam air,
apa jadi?
basah tak?
basah kan?
kembangkan?

macam tu juga hidup.
hidup kalau kita kereta baru,rumah baru,segala macam yang baru,
sedap tak?
sedap kan.
hidup kalau ada yang mengkhianati,
boleh terbakar tak hati?
boleh kan,
rangup jugak tu.
hidup kalau dibasahi dengan air mata,
apa jadi?
memang la basah pipi tu,
tapi bukan soal basah tak basah,
mesti hidup tu kacau kan.
hemmm.

pening juga bila fikir soal hidup ni.
motif entri ni saja-saja sebab tengah makan roti.
haha.
jom makan magie pulak.
kuikuikui..
saja nak penuhkan entry.
haha..

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu (nota ringkas)

salam perkongsian ilmu..

nota ringkas mengikut yang saya ulangkaji untuk peperiksaan semester ini.semoga membantu.

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu
a.Sifat makna
b.Kelas makna
c.Lewah dalam makna

a.Sifat makna
makna bersifat dinamis dan evolusi.
dinamis-boleh berubah-rubah
evolusi-boleh berkembang

terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna;
1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna.
2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya.
3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu.
4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal.

terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ;
1.perkembangan bahasa itu sendiri.
2.tanggapan penutur
3.perluasan makna
4.pembatasan/penyempitan makna
5.tujuan simbolik dan stilistik

b.kelas makna

1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan)
2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian)
3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar (cth;hei,lembu!)
4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen (pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi)
5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara 
6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing.

c.lewah dalam makna

lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata.
contohnya seperti :
-mereka semua
-kasut boot
-papa kedana
-demi untuk

terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna;
1. pengulangan
-mereka-mereka
-ibu bapa-ibu bapa

2.penambahan imbuhan yang tidak diperlukan
-memperbesarkan, sepatutnya memperbesar
-dipersetujui, sepatutnya disetujui
-diperhalusi, sepatutnya dihalusi

3.kata sendi yang berturut-turut
-demi untuk
-selain daripada itu



`semoga membantu'

sepi lagi

as salam and welcome..♥

ok saya sepi lagi.
tapi tak lama pon kan?
kali ni lappy buat masalah lak.
ni pon pakai lappy rumate.
seb baik adik junior ni baik hati.
saya tak buli pon tau.
haha..
entah apa pulak penyakit lappy tika kali ni.
mula hantar kedai tu,
katanya skrin rosak.
ada ka dia kata tika guna buat lapik barang berat.
apa dia ingat tika kaya apa,
guna lappy buat talam.
haha.
las-las kol semalam kata masalah len plak.
seminggu baru siap.
dan siap sedialah rm250 melayang plak minggu depan.
sabo je la.
lappy tu nadi saya.
kalau tak dak,
tak leh hidup.
huhu.
tak la sampai takleh hidup.
tapi susah la kan nak buat keja sume.
minggu ni tika da dapat tahu sekolah untuk praktikal tahun depan.
kali ni dapat kat kota tinggi.
makin jauh la dengan incik din.
hemm.
nak wat cam na.
tika da usaha nak dok dekat.
mula tu g minta dengan pensyarah,
dia da bagi da buat kat area senai.
sekali tak boleh buat sorang.
kene buat berdua.
jadi tak leh la.
sebab kat kota tinggi tu dekat dengan umah partner praktikal tika.
kompem dia tak nak tuka dok senai.
tak pa la.
tika sabar je.
hihi.
ayat pasrah habis da ni.
huhu.
ape pon.
tika rasa kecewa dengan sikap sesetengah orang yang pentingkan diri,
makin terserlah perangai mereka ini.
maka,
saya akan lebih berhati-hati dengan yang bergelar manusia.
ok.
itu saja stakat ni.
jom sambung setadiiii..
salam.

Search This Blog