KEMAHIRAN LISAN
1.Kepentingan k.lisan
• Meningkatkan keupayaan pelajar berinteraksi
• Guru bertanggungjawab menggalakkan pelajar berkomunikasi dalam kelas.
• Kelemahan pelajar berkomunikasi boleh menyebabkan rasa tidak yakin diri, menyisihkan diri daripada rakan-rakan.
• Boleh menyusun idea dengan baik.
• Meningkatkan kebolehan berkomunikasi pelajar dengan sempurna dan berkesan
KEMAHIRAN MENDENGAR
1.konsep kemahiran mendengar
-merupakan gabungan segala yang didengar,difahami dan diingati
-berlaku pd peringkat penerimaan
-individu lebih banyak mendengar melalui pengalaman daripada kecerdasan otak.
-pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan bukan perasaan
-pendengaran untuk kritikan: perlukan pendengaran yang berpusatkan idea utama, hujah, dan bukti.
-pendengaran untuk hiburan: melibatkan tindak balas positif terhadap muzik,sastera, drama dll.
-pendengaran untuk apresiasi: memerlukan analisis kritis.
2.proses mendengar
I. mendengar deretan bunyi
II. memahami bunyi
III. menilai bunyi
IV. bertindak terhadap bunyi
3.perkara yang mempengaruhi pendengaran
-keadaan bersedia daripada pihak pendengar
-bersedia memberi perhatian y sirius
4.peringkat2 k.mendengar
I. peringkat awl
-cam bunyi2
-ajuk bunyi2
-pilih bunyi2
-sebut n dgr perkataan,rgkai kata, n ayat2.
-cam makna perkataan
-ikut arahan
-bertindak trhadap soalan mudah
-ingat pkataan n ayt mudah scr tepat
Padankn perkataan dgn ayat
II. peringat pertengahan maju
-cam n ingt fakta
-knl maklumt khusus
-knl urutan
-knl urutan n akibt
-knl phubungn org y brinteraksi
-knl sikap n perasaan org y berinteraksi
III. peringkatla maju/lanjutan
-knl isi2 ptg
-tahu fgsi tekanan n intonasi
-th cara maslh y didgr
-ikut aliran dlm dialog
-dpt tafsir tujuan penutur
5.bentuk /jenis2 k.mendengar
I. mendengar scr pasif
II. mndgr scr bertelau2
III. mndgr scr menebuk2
IV. mndgr tnpa tndk bls
V. mndgr dgn beremosi
VI. mndgr scr bhati2
VII. mndgr scr kritikal
VIII. mndgr dgn pengamatani
IX. mndgr scr kreatif
6.prinsip2 pengajaran k.mndengar
-guru perlu faham cara mndengar untuk tentukn tujuan pnp.
-guru perlu th faktor2 y pengaruhi pndgrn murid.
-kmhiran mdgr xdiajar scr terpish tp mest dgabungjalinkn dgn kmhirn bbhasa y lain.
-guru blh buat pelbagai xtvt
-guru perlu pandu dan latih murid dgr dgn betul n berterusan
7.aktiviti2 kemahiran mendengar
-kenal pasti bunyi2 sebutan, nada, intonasi, gy pengucapn dll.
-knal pasti erti kt2.
-knl pasti idea2
-penggunaan idea2
8.alat bntu mengajar mengajar k.mendengar
-pita rakaman
-gambar rajah spt carta, peta, kad imbasan dll
-bahan2 maujud/konkrit
9.tujuan utama dlm kemahiran mendgr
-Mendengar untuk mendapat maklumat
-Mendengar untuk berinteraksi
-Mendengar , memilih dan membuat tafsiran
-Mendengar untuk meningkatkan kecekapan berbahasa
KEMAHIRAN BERTUTUR
1.konsep k.bertutur
-merupakan gabungan bunyi2 bahasa y dilafazkan
-berlaku pd peringkat penglahiran
-individu bnyk belajar bertutur dr pengalaman drpd kecerdasan otak
-aspek2 fizikal,kesihatan,persekitaran, jantina, kecerdasan boleh pengaruhi kemairan bertutur
2.aspek2 pertuturan
-sebutan
-tekanan
-jeda
-intonasi
-nada
-kelancaran
-kefasihan
-tatabahasa
-laras bahasa
-mora9pnjg n pndek)
3.gaya bahasa berdasarkan nada
-gaya y sederhana
-gaya y mulia n bertenaga
-gaya y menengah
4.penjenisan ragam bhs lisan
-bhs sindiran
-bhs menggiat
-bhs mengejek
-bhs terbalik
-bhs merajuk
-bahasa tempelak
-bhs herdik
-bhs melampau
-bhs mengeluh
5.fungsi bhs
-fungsi instrumental
-fgsi interaksi
-fgsi kwln sosial
-fgsi perluhan perasaan
-fgsi heuristik(unyuk bljr)
-fgsi imaginatif
-fgsi mndptkn mklumt
6.faktor2 pengaruhi pertuturan
-umur
-kecerdasan
-kesihatan
-fizikal
-jantina
-alam sekitar
-dwi bhs
7.peringkat2 bertutur
I. awal
II. pertengahan
III. maju
8.jenis2 aktiviti k.bertutur
-berbual
-bercerita
-berpuisi
-bceramah
-bpidato
Friday, November 19, 2010
KEMAHIRAN BERBAHASA-kemahiran lisan
Friday, October 29, 2010
MAB-bab 1
1.KONSEP ALAM BELAJAR
-DEFINISI -keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.
-ASPEK2 ALAM BELAJAR
1 -fizikal
- persekitaran fizikal rumah, prasarana tempat tinggal, kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka terdedah atau sebaliknya kepada perkembangan mreka secara positif atau sebaliknya.
- persekitaran fizikal bilik darjahdan sekolah seperti lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah memberi pengaruh yang berbeza kepada murid.Contoh cara penyusunan bilik darjah: a.gaya auditorium b.gaya bersemuka c.gaya off-set d.gaya seminar e.gaya kluster.
- fizikal bahan bantu belajar juga turut mempengaruhi pembelajaran murid,guru perlu memberi perhatian terhadap susun atur bahan bantu belajar sama ada mahu diletakkan di sudut bacaan atau di papan kenyataan sebagai paparan. Di sini kekreatifan guru untuk menarik perhatian murid dalam pembelajaran akan teruji.
- iklim bilik darjah - persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang memberangsangkan.
- kepimpinan guru - keupayaan guru menguruskan hubungan di dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan merupakan satu perkara yang penting yang akan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pelajaran.guru juga boleh menjadikan Hieraki Keperluan Maslow sebagai rujukan dan panduan dalam memenuhi keperluan kanak-kanak.
- faktor2 yang mempengaruhi psikososial:
2.saling berbudu bahasa
3.suasana yang kondusif
4.tingkahlaku yang diterima
3 -komuniti pembelajaran
- definisi- sekumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar.
- ciri2- a. kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif b. penglibatan murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya c. sumber jaringan akademik dan sosial d. fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran. e. keahlian f. pengaruh g.memenuhi keperluan individu h. berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan.
- pendekatan yang boleh digunakan guru adalah seperti : a.berorientasikan teori pembelajaran konstruktivitis (murid2 diberi peluang untuk membina makna melalui interaksi sesama mereka serta dengan persekitaran di mana mereka berada.) b. berpaksikan pembelajaran berkolaboratif dan aktif dalam bilik darjah c. berfokuskan kepada pembelajaran sebagai satu proses sosial di mana interaksi atau hubungan antara interpersonal dititikberatkan. d. bertumpu kepada rangkaian pendidikan antara sekolah dan komuniti.
PENGALAMAN LANGSUNG
-DEFINISI: - belajar melalui proses membuat, mengalami atau melalui sendiri apa yang hendak dipelajari.berpegang kepada prinsip eksperiental.antaranya termasuklah pendidikan luar, kerja lapangan, amali, proses pembelajaran berasaskan kumpulan, lawatan sambil belajar, drama, dll.
KAEDAH2:
- belajar dengan sendiri - pembelajaran yang berlaku hasil refleksi ke atas pengalaman seharian ( pendidikan informal)
- belajar melalui pengajaran guru - guru yang merancang segala aktiviti p&p supaya murid memperoleh pengalaman berdasarkan p&p yang dijalankan.
- kanak2 secara semula jadi mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan berkeupayaan untuk belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya.
- kanak-kanak mengetahui dengan sendirinya cara belajar sesuatu
- kanak2 tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan.
- kanak2 mempelajari nilai2 instrinsik dalam perkara yang dipelajari mereka.
- kanak2 belajar paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung.
- kanak-kanak memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir.
DEFINISI: - main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi instrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik. ( Fromberg)
- aktiviti yang bermotivasi instrinsik serta menyeronokkan kepada individu yang berkenaan dan matlamatnya adalah penglibatan dalam proses berbanding pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.
MENGAPA perlunya BERMAIN??
- meluahkan idea, perasaan dan emosi
- tenang dang beriadah
- menggunakan tenaga yang berlebihan
- menyediakan diri kepada tahap seterusnya termasuk alam dewasa
- belajar menyelesaika masalah yang pelbagai
- melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain iaitu kognitif, sosial, dan psikomotor.
- membudayakan proses pembelajaran
- pembentukan jati diri, ketrampilan dan nilai murni
- fizikal - kemahiran psikomotor iaitu motor kasar, motor halus, koordinasisi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dapat dibina.
- sosioemosi - kanak-kanak belajar berinteraksi dengan org lain secara positif, beljar manghormati hak orang lain, mengambil giliran, berkongsi alatan serta melayani keperluan orang lain.
- kognitif - aktiviti main dapat meningkatkan perkembangan kemahiran bahasa, kecekapan sosial, kreativiti, imaginasi, dan kemahiran berfikir murid-murid.
- main sosial - main solitari, gabungan, selari, pemerhati, dan koperatif.
- main kognitif - fungsian, konstruktif, dramatik, fantasi dan main yang berperaturan.
- bermotivasi instrinsik
- berfokus kepada fungsi
- berubah-rubah merentasi situasi dan jenis kanak2 yang terlibat
- tidak bermatlamat
- berlaku di tempat yang selamat dan kondusif
- mempunyai kesinambungan
dan
buku murid dan alam belajar (noriati a.rashid, boon pong ying, sharifah fakhriah syed ahmad)
sHaRiNG iS cArinG....
6.0 KAEDAH YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH SEORANG GURU BAGI MENGATASI MASALAH PERBEZAAN INDIVIDU
Seseorang guru perlu mempunyai kesedaran tentang masalah perbezaan individu, mengetahui bagaimana perbezaan ini mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan peka pada faktor penyebab kepada perbezaan individu. Antara langkah yang perlu diambil untuk mengenal pasti tahap setiap individu murid adalah dengan mengetahui latar belakang, kekuatan dan kelemahan, minat, matlamat, aspirasi dan sikap murid. Dapatkan semua ini melalui kad kumulatif, pemerhatian tingkah laku, perbincangan dengan murid, berkongsi pendapat dan pengalaman, mentadbir ujian psikologi serta diagnostik berdasarkan sikap, nilai kerja, dan minat kerjaya. Menurut Mohd Salleh,(1991), di dalam buku Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993 yang ditulis oleh Rohaty Mohd. Majzub, guru perlu mempunyai gambaran yang jelas tentang sifat dan batasan perbezaan tersebut, memahami dan membuat persediaan untuk menghadapi serta menyelesaikan masalah-masalah yang timbul daripada perbezaan individu dengan berkesan (termasuk kaedah mengajar, BBM / ABM) tempat yang berbeza ikut minat, kebolehan & kemampuan individu.
Beberapa kaedah berikut boleh diambil oleh guru bagi mengatasi perbezaan individu :
6.1 Kaedah Kumpulan
Bagi mengatasi masalah perbezaan individu dalam kalangan murid, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan. Kaedah ini dijalankan kerana murid berbeza dari segi keupayaan dan memudahkan guru menyediakan latihan serta bahan sumber pembelajaran. Menurut Kamaruddin Hj. Hussin,(1990), di dalam buku Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993 yang ditulis oleh Rohaty Mohd.Mazjub, Kaedah berkumpulan dapat memberikan kesan yang baik kepada murid dan guru. Menurut Rohaty masjub di dalam ukunya lagi, beliau memetik ayat G. Myers Blair, R. Stewart Jones, R.H. Simpson yang mana menyatakan sebahagian besar daripada tugas guru adalah bekerja dengan kumpulan dan tidak dengan murid secara individu.Dalam kaedah kumpulan, beberapa faktor berikut perlu diambil kira:
6.1.1 Pengumpulan Mengikut Kebolehan Antara Kelas(faktor fleksibiliti)
Tujuan pengumpulan ini ialah supaya setiap kelas mengandungi murid yang homogen mengikut markat ujian pencapaian. Tiga aras pencapaian dibentuk, iaitu aras tinggi, sederhana dan rendah. Rasional mengumpulkan murid sedemikian adalah agar dia memperbaiki kecekapan dan keberkesanan guru kerana pengajaran guru akan selaras dengan ciri-ciri kebolehan murid. Murid pencapaian rendah memerlukan perhatian yang lebih, penjarak pengajaran yang agak lambat, pengulangan serta latihan. Sementara kumpulan pencapaian tinggi pula memerlukan autonomi yang lebih tinggi dan tugasan yang lebih kompleks dan mencabar.
6.1.2 Pengumpulan Menurut Pelbagai Mata pelajaran(faktor kurikulum)
Pengumpulan jenis ini adalah berdasarkan hakikat bahawa kanak-kanak mempunyai pelbagai bakat dan kebolehan dalam mata pelajaran yang berbeza-beza. Misalnya, ada kanak-kanak yang lebih berkebolehan bermain alat-alat muzik, lebih cenderung dalam kemahiran simpan kira atau dalam aspek pertukangan kayu.Oleh hal yang demikian, seseorang guru perlu mengumpulkan atau mengagihkan kumpulan murid dengan menyediakan bahan dan pengajaran yang sesuai supaya mengikut tahap kebolehan dan minat murid itu sendiri.
6.2 Kaedah Dalton
Kaedah seterusnya ialah kaedah Dalton.Melalui kaedah ini murid digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan terlebih dahulu supaya mengetahui apa yang patut dibuatnya.Dalam kaedah Dalton, guru menjadi pembimbing dan perujuk kepada kanak-kanak. Guru mencadangkan kegiatan murid serta mengadakan perbincangan dengan mereka.Guru menyimpan graf kemajuan harian murid. Dengan cara ini dianggarkan setiap murid belajar dan berjaya mengikut kebolehan dan minat sendiri.Menurut Rohaty Mohd.Majzub di dalam bukunya, Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993 Rancangan Dalton membolehkan murid bebas sediakan tugasannya dan guru sebagai pembimbing murid sahaja.
6.3 Kaedah Gerak Balas
Seterusnya Kaedah gerak balas.Kaedah ini akan melibatkan penglibatan aktif murid dalam suasana pembelajaran. Murid-murid tidak bersifat pasif atau menerima sahaja maklumat daripada pengajaran guru.Oleh yang demikian mereka digalakkan merancang projek menyelidik, merancang, menyusun dan membuat demonstrasi, dan melaporkan hasil daripada projek yang berkenaan.
6.4 Kaedah Pendidikan Pemulihan
Menerusi kaedah pendidikan pemulihan guru akan membantu kanak-kanak yang lemah dalam pelajaran mereka agar diberi pengajaran pemulihan sama ada secara formal atau tidak formal. Pendidikan pemulihan bertujuan mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid serta mengembangkan minat mereka terhadap pelajaran ke tingkat keperluan yang memuaskan.
6.5 Kaedah Pengayaan
Kaedah Pengayaan adalah sejenis kaedah pembelajaran yang memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka.Pengayaan boleh merupakan pengayaan mendatar dan menegak. Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Pengajaran menegak adalah berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.
6.6 Kaedah Pengajaran Terancang
Kaedah ini lebih memfokuskan kepada perancangan seseorang guru sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Dalam kaedah ini, guru perlu memfokuskan kepada beberapa faktor seperti berikut:
6.6.1 Perancangan Kepelbagaian Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran
Seseorang guru perlu merancang strategi sama ada pendekatan,kaedah serta teknik yang bakal digunakan sebelum melaksanakan sesuatu sesi P&P.Strategi yang bakal digunakan haruslah pelbagai untuk menarik minat semua tahap murid untuk mengikuti sesi P&P yang dijalankan.Menurut Robert Gayne di dalam bukunya The Conditions of Learning, setiap jenis pembelajaran perlu keadaan dan kaedah yang berlainan untuk perkembangannya, oleh itu program atau strategi pembelajaran bagi setiap satu mungkin berbeza.
6.6.2 Perancangan Kepelbagaian Bahan Dan Alat Bantu Mengajar (ABM dan BBM)
Guru perlu merancang penggunaan ABM dan BBM sebelum melaksanakan sesi P&P. Sebagai seorang guru, penggunaan sudut pembelajaran juga merupakan salah satu faktor yang perlu diberi perhatian kerana bahan yang menarik dan pelbagai di sudut tersebut dapat mengatasi perbezaan individu dalam kalangan murid. Rohaty Mohd Mazjub juga memetik kata-kata Glasser,1971 “penggunaan sudut pembelajaran dalam kalangan murid yang mempunyai perbezaan individu dapat memberi keselesaan dan meningkatkan minat mereka untuk belajar” di dalam bukunya Perkembangan Untuk Bakal Guru,1993.
6.6.3 Perancangan Kepelbagaian Bentuk Penilaian
Penilaian merupakan satu perkara yang penting untup memastikan tahap pencapaian murid. Kadang kala guru perlu menilai murid berdasarkan minat atau kemahiran murid belajar supaya murid yang lemah turut merasa diri mereka dihargai.Untuk itu, semasa P&P guru harus memberi peneguhan positif untuk membentuk tingkahlaku serta minat murid untuk terus berusaha mempertingkatkan diri mereka dalam pelajaran.
6.6.4 Perancangan Kepelbagaian Tugasan
Guru juga perlu mengagihkan tugasan yang sesuai mengikut tahap murid dan bervariasi. Sebagai contoh, guru boleh menyediakan tugasan seperti lakonan, nyanyian ataupun tugasan yang melibatkan penggunaan kecanggihan teknologi kini.Tugasan yang diberi haruslah sesuai dengan tahap keupayaan murid.Guru perlu mengetahui tahap kebolehan setiap murid dan sediakan tugasan selaras dengan setiap tahap.
...ni salah satu tajuk kecil di bawah tajuk PERBEZAAN INDIVIDU dalam MURID DAN ALAM BELAJAR,,, Sebagai seorang bakal guru, tajuk ini banyak membantu untuk mencari jalan penyelesaian apabila berada di sekolah nanti. di sekolah nanti, kita mungkin pasti akan berdepan dengan murid yang mempunyai perbezaan individu. Oleh hal yang demikian, ia sangat membantu kita untuk mencari strategi serta kaedah yang sesuai dan terbaik untuk mengatasi masalah perbezaan individu dalam kalangan murid-murid kita nanti....