Wednesday, October 10, 2012

Topik6Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu HASIL PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Apakah yang anda faham tentang
tulisan dan sistem tulisan? Tulisan
ialah sejenis tanda atau isyarat, sama
seperti bahasa itu sendiri. Tanda
merupakan sesuatu yang mewakili
sesuatu yang lain, iaitu maknanya.
Kajian ke atas sistem tanda ini
dinamakan semiotik atau semiologi.
Kajian ke atas sistem tulisan ini
dinamakan epigrafi atau palaeografi;
epigrafi mengkhusus kepada tulisan
yang dicatat dengan dakwat, manakala
palaeografi mengkhusus kepada
tulisan yang dipahat, diukir atau
ditoreh di atas permukaan yang keras.
Tulisan merupakan lambang yang
berbentuk coretan/loretan bagi
bahasa.
Topik6Sistem Ejaan
Jawi Bahasa
Melayu
HASIL PEMBELAJARAN

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
SEJARAH PERKEMBANGAN
TULISAN JAWI
Pada asasnya bahasa ialah ujaran yang dikeluarkan oleh organ pertuturan
manusia yang secara arbitrari melambangkan maknanya dan digunakan oleh
satu masyarakat bahasa untuk perhubungan (Hashim Musa:205). Tulisan pula
lahir apabila manusia mengetahui bagaimana hendak menyampaikan fikiran
dan perasaannya melalui tanda-tanda tampak atau visual dalam bentuk yang
dimengerti sendiri tetapi oleh orang lain juga.
Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali
juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang
Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai
Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara
terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem
tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah
manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji
naskhah Melayu lama.
Sebelum bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah
mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu
sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada
aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan
Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan
Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang
memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih
tinggi berbanding dengan yang lain.
Hingga abad ke-14, bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga
bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Jawa dan bahasa Arab. Pengaruh pertama
terhadap bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagangpedagang
India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India.
Akibatnya pengaruh indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para
sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14,
iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa
Sanskrit dianggap asas kepada bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini.
Tulisan bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa
katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali
sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah bahasa Melayu
terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan
cendekia Melayu mengenal pasti bunyi bahasa Melayu yang tidak terdapat
dalam bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih
huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda
pada huruf Arab yang sedia ada.

6.1
TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
Batu bersurat (Rajah 6.2) memperlihatkan pengaruh bahasa Arab mula menjalar
masuk ke dalam bahasa Melayu. Batu bersurat di Kuala Berang memperlihatkan
satu perubahan radikal terhadap bahasa Melayu. Tulisan pada batu bersurat
tersebut memperlihatkan penggunaan huruf-huruf yang dikatakan tulisan Jawi.
Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang memperlihatkan
bahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa Melayu dengan agak lengkap.
Misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang tertulis pada batu bersurat
tersebut. Antaranya ialah a (ada), b (bagi), c (cucuku), r (rasul) dan lain-lain.
Didapati juga bahawa keseluruhan wacana yang terdapat pada Batu bersurat
Kuala Berang itu hanya huruf Aq,v,x, dan zE sahaja yang tidak ditemui. Namun
demikian, hal ini tidaklah mengatakan bahawa huruf AqE dan AzE tidak ada pada
zaman tersebut kerana huruf tersebut sememangnya wujud dalam huruf Arab,
iaitu AQafE dan AZaiE. Pada masa tersebut juga, penulisan kitab agama mahupun
kesusasteraan berkembang dengan subur di Aceh. Ini disebabkan keutamaan
yang diberikan oleh kerajaan Aceh tentang penulisan keagamaan dan
kesusasteraan bercorak Islam. Para pujangga telah diberikan layanan istimewa.
Oleh itu, kita dapati perkembangan tulisan Jawi, sedikit demi sedikit, mula
mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu.
Pada abad ke-13 merupakan zaman kegemilangan Islam ke alam Melayu.
Perkembangan agama Islam telah meletakkan bahasa rasmi agama Islam ialah
bahasa Arab yang mulai mendapat tempat dalam kalangan penganut agama
Islam di daerah ini. Bahasa Melayu Kuno yang menggunakan huruf-huruf India

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
bertukar menggunakan huruf-huruf Arab disebut huruf Jawi. Perkataan Jawi ini
bermaksud Aorang JawaE atau Aberasal dari tanah JawaE. Penulis-penulis Arab
pada zaman klasik termasuk Ibn Batutah dalam bukunya „al-Rehlah‰
menggelarkan pulau Sumatera sebagai Al-Jawah. Oleh itu, orang Arab
memanggil orang Melayu di Jawa sebagai Jawi dan tulisan Melayu yang
menggunakan huruf Arab sebagai tulisan Jawi. Tulisan ini dicampuradukkan
dengan tulisan Arab yang menggunakan 29 huruf dengan lima huruf tambahan
bukan Arab yang dicipta oleh orang Melayu sendiri. Lima huruf bukan Arab
yang terdapat dalam tulisan Jawi ialah Ca ( 􀌧 ), Nga (􀖶), Pa (􀏕), Ga (􀌱), dan Nya
( 􀘗 ). Huruf-huruf ini dicipta untuk melambangkan bunyi-bunyi yang lazim
disebut pada lidah Melayu. Huruf-huruf baharu ini ditiru daripada huruf Arab
yang seakan-akan sama bentuknya.
Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian
disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17.
Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu
Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi
yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke-19. Ini menunjukkan
tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan
agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakannya di Johor, Kedah,
Kelantan, Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan
peranan penting dalam masyarakat. Tulisan ini digunakan sebagai perantara
penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan.
Contohnya digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak-pihak
di-Raja Melayu dengan pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris.
Selain itu, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain
juga tertulis dalam abjad Jawi (Wikipedia, 2008).
]
6.1.2 Sistem Ejaan Jawi
Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Melayu. Unsur
Arab dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap pertama,
ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat dalam mashaf
suci al-Quran. Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan bunyi yang betul
tetapi mengambil masa yang lama untuk menulisnya kerana terlalu banyak
tanda diakritik yang digunakan. Pada tahap kedua tanda baris tersebut
dihilangkan. Walau bagaimanapun, bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang
baharu belajar jawi kerana memerlukan masa untuk menguasai dan
menggunakannya. Oleh itu, tidak lama kemudian lahirlah huruf Jawi versi
Melayu yang merupakan ejaan yang menggunakan huruf saksi atau huruf vokal,
iaitu Alif, Wau dan Ya. Dalam buku William Marsden, A Dictionary of the
Malayan language (1812) dan buku R.J. Wilkinson (1903), didapati bahawa
terdapat ejaan yang bercampur dari segi pemilihan huruf. Oleh itu, pada tahun
1930-an, muncul ahli-ahli bahasa yang cuba menyusun ejaan Jawi secara

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
berasingan. Antaranya ialah Mejar DatoE Haji Mohd Said bin Haji Sulaiman
daripada Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku-Buku Diraja Johor (P.Bm. P.B.
DiRaja Johor) dan Zainal Abidin Wahid atau lebih dikenali dengan panggilan
ZaEba daripada Maktab perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim.
Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan
Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor
(P. Bm. P. B) yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, dan usaha yang
dibuat oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada
tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai
urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba
(seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939.
Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk risalah yang
berjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang mengandungi 25
halaman dan diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf Jawi.
Sistem ejaan ini agak ringkas dan kata dieja mengikut bagaimana satu-satu suku
kata dibunyikan. Kaedah ini juga mewujudkan huruf Alif ke belakang apabila
wujud imbuhan pada kata dasar. Dalam panduan ini juga terdapat peraturan
ejaan kata dalam bentuk gabungan kata yang digunakan dalam surat rasmi
kerajaan Johor dan juga dalam Buku Katan Melayu.
Sistem Ejaan ZaEba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku
berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai persamaan
dengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya keterangan yang
diberikan agak panjang. Sistem ini juga digunakan oleh guru pelatih di MPSI.
Penggunaannya juga kemudian agak meluas dan sebahagiannya digunakan
dalam penerbitan Utusan Melayu pada tahun 1939. Sistem ejaan ini diolah
semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk melahirkan Sistem Ejaan Jawi
yang Disempurnakan. Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut
(Ismail Dahman, 1991):
(i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang kemas kini
yang sekali gus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak
seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986).
(ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan
yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu
Sistem Ejaan Jawi Za'ba.
(iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan
ejaan Rumi) supaya dapat diperluas dan dipertingkatkan penggunaannya
menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan
ciri-ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan
bahasa, bangsa dan negara dalam merealisasikan wawasan tahun 2020 dan
seterusnya.

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang
dilantik oleh Y. B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem
Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah
buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan
dengan segera". Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan
Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi
pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi
DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang
mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa
Malaysia, dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan. Bidang Tugas
Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem Ejaan Jawi Za'ba
(Pelita Bahasa Melayu Penggal I [Permulaan Nahu Melayu] tahun 1941, dan
Daftar Ejaan Melayu [Jawi-Rumi] tahun 1949) , Sistem Ejaan Jawi Dian (Majalah
Dian) dan sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan
Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad, serta beberapa penerbitan Jawi yang lain.)
Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu dibentangkan dalam
Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan
Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu.
Konvensyen ini dihadiri oleh 150 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk
mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri
daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan
badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara
Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura dan Thailand. Cadangan yang
dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik
oleh peserta konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan
disusun oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan
pada tahun 1986 dalam bentuk buku berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang
Disempurnakan (seterusnya disebut PEJYD).
Pada tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan
dan menerima pandangan daripada beberapa orang pakar serta bersetuju
membuat sedikit pembaikan ke atas rumusan yang terkandung dalam PEJYD
tahun 1986 itu. Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan
diterbitkan sebagai edisi kedua dengan judul PEJYD yang sama pada tahun 1987.
6.1.3 Pedoman Ejaan Jawi Yang diSempurnakan
(PEJYD)
Sistem tulisan dan ejaan Jawi yang digunakan sekarang ialah sistem yang
termuat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan yang diterbitkan
secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986 (edisi kedua.
1987; edisi ketiga, 1993). Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
digunakan, disempurnakan atau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang
digunakan sebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi ZaEba (sebagaimana
yang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949). Pedoman
Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkan daripada rumusan
Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan yang diadakan pada tahun
1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itu telah diselaraskan dan diperkemas
dengan maklumat yang diperoleh daripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran
Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan Jawi
Peringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebut disemak dan
disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan Dewan Bahasa
dan Pustaka pada tahun 1993-1994. Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu
yang termuat dalam buku ini merupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan
Jawi yang disusun berdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang
telah diterbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yang
diselaraskan selepas itu, khususnya daripada terbitan-terbitan yang berikut:1
(i) Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.
(ii) Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.
Tulisan Jawi ditulis (dan dibaca) dari kanan ke kiri (seperti sistem tulisan bahasa
Arab). Sistem tulisan ini tidak mempunyai huruf besar atau huruf kecil seperti
tulisan Rumi, tetapi perubahan bentuk huruf akan berlaku bagi beberapa huruf
tertentu apabila dirangkaikan dengan huruf yang lain dalam penulisan sesuatu
perkataan. Abjad Jawi bahasa Melayu sekarang mengandungi 37 huruf bentuk
tunggal yang tersusun seperti di Jadual 6.2.
Jadual 6.2: Abjad Jawi, Bahasa Melayu
Huruf Jawi Nama Padanan Rumi
alif a
 ba b
 ta t
 ta marbutah t/h
 sa [tha] s, (th)
 jim j

 TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
 ca c
 a]ha [h )h, (h
 kha [khO] kh
 dal d
 zal [dhal] z, (dh)
 ra [rO] r
 zai z
 sin s
 syin sy, (sh)
 Od]sad [s )s, (s
 Od]dad [d )d, (d
 O]ta [t )t, (t
 O]za [z )z, (z
 ain [ain] awal: a, i, u
akhir: k, (‘)
ghain gh
 nga ng
 fa f
 pa P
 qaf k, q, (q)
 kaf k
 ga g
 lam l
 mim m

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
 nun n
 wau w, u, o
 va v
 ha h
 hamzah awal: gugur
akhir: k, (’)
 ya y, i, e taling
 ye [ye] e pepet akhir
 ny ny
Catatan 1: Huruf di dalam tanda kurung ialah padanan untuk transliterasi huruf
Arab kepada huruf Rumi dan padanan untuk mengeja istilah khusus daripada
`bahasa Arab.
Catatan 2: Huruf 3 (ta marbutah) disepadankan dengan huruf Rumi h dan t; dan
t bagi padanan transliterasi.
6.1.4 Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi
Daftar ejaan Melayu Jawi Rumi yang awal diusahakan oleh ZaEba. Buku ini
mengandungi huraian perinci tentang tulisan Jawi dan Rumi, petua-petua ejaan
Jwi, senarai kata Melayu, dan petua ejaan Rumi. Buku ini diusahakan oleh
Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZaEba dan diterbitkan oleh
Pejabat Karang Mengarang di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung
Malim pada tahun 1946 yang tergolong dalam „The Malay School Series No. 31‰.
Bahagian awal buku ini menghuraikan tentang tulisan Jawi dan Rumi. Daftar ini
disusun mengikut kaedah Jawi-Rumi, iaitu ejaan Jawi dahulu disusun mengikut
sususnan abjad Jawi-Rumi, kemudian diberikan ejaan Rumi setentang dengan
perkataan tersebut. Kaedah ejaan yang digunakan ialah kaedah ejaan Jawi
menurut kecenderungan ahli-ahli sekolah semenjak 40 tahun yang lalu serta
kecenderungan sebilangan penulis Melayu. Kaedah ejaan Jawi ini menurut
kaedah yang diatur oleh jawatankuasa merumikan tulisan Melayu yang telah
ditubuhkan oleh kerajaan negeri Persekutuan pada awal abad ke-19. Bahagian
akhir buku ini menjelaskan sistem atau peraturan ejaan kata bahasa Melayu yang
menggunakan tulisan Rumi dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi ZaEba.

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
Berdasarkan PEJYD (1987), Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun Daftar
Ejaan Rumi-Jawi (Rajah 6.3) yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai
kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam buku Daftar Ejaan
Daftar ejaan Rumi-Jawi kini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar
ejaan ini memuatkan senarai perkataan umum dan istilah dalam bahasa Melayu
dibuat menurut abjad Rumi dan panduan Jawi diberikan sebelahnya. Hampir
keseluruhan Daftar ini menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata terbitan atau kata
berimbuhan diterangkan di dalam pendahuluan yang lengkap dengan contohcontohnya.
Sistem ejaan Jawi yang berunsurkan sistem ejaan bahasa Arab yang
menekankan huruf saksi (vokal): Alif, Wau dan Ya. Antara sistem ejaan jawi yang
terkenal ialah Ejaan P.Bm P.B. diRaja, Sistem Ejaan ZaEba, Sistem Ejaan Jawi Yang
Disempurnakan dan Sistem Ejaan Dian. Penyemakan dan rujukan ejaan Jawi daftar
ini dibuat berdasarkan buku Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan dan
sumber lain, iaitu Daftar Ejaan Melayu ZaEba (1949), daftar Ejaan Rumi Bahasa
Malaysia DBP (1982), Istilah Agama Islam DBP (1986); Pedoman Transliterasi Arab
ke Huruf Rumi DBP (1984) dan Kamus Dewan (1984).
Rajah 6.3: Daftar Ejaan Rumi-Jawi terbitan DBP.
Sumber: http://www.dawama.com/index.php?ch=15&pg=471&ac=3968&tpt_id=11#
Dipetik pada 10 Julai 2008.
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian pendahuluan dan
bahagian daftar kata. Bahagian pendahuluan menerangkan panduan bagi
menggunakan daftar dan kaedah penyusunan daftar yang meliputi penggunaan
abjad dan huruf Jawi, perkataan yang dimasukkan (terdiri daripada kata dasar
satu suku kata, kata dasar dua suku kata, kata dasar tiga suku kata atau lebih,
kata pinjaman, kemasukan kata ulang); penulisan imbuhan, penulisan partikel;
dan penulisan kata singkat. Bahagian kedua daftar ini memuatkan pula

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
perkataan yang disusun mengikut abjad Rumi serta padanan Jawi. Keseluruhan
daftar menyenaraikan kata dasar. Penulisan kata berimbuhan atau kata terbitan
dijelaskan dalam bahagian pendahuluan.
GAGASAN MEMARTABATKAN
TULISAN JAWI
Pada 23 Mac 1898, keluaran pertama
akhbar berbahasa Melayu dalam tulisan
Jawi 'Warta Melayu' telah diterbitkan
(Rajah 6.4). Akhbar ini diterbitkan dan
dicetak di Singapura oleh American
Machine Press Singapura. Akhbar
tersebut diterbit dalam 8 halaman dan
menyiarkan pelbagai berita luar dan
dalam negeri. Berita-berita itu disiarkan
mengikut kumpulan negeri iaitu Khabar
Negeri Asing, Khabar Negeri Melayu,
Khabar Singapura dan Khabar Pulau
Pinang. Berita-berita yang berkaitan
meliputi peperangan dan pergolakan
politik di negara-negara asing. Soal-soal
agama dan cerita-cerita penglipur lara
terjemahan daripada bahasa Cina dan
Inggeris. Terdapat juga ruangan
pengenalan yang ditulis oleh
6.2
Bincangkan kaedah penulisan ejaan Jawi bagi kata berimbuhan dan kata
pinjaman berdasarkan Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan terbitan
DBP.
(a) Bincangkan penggunaan abjad dalam tulisan Jawi.
(b) Huraikan perkembangan penghasilan Daftar Ejaan Rumi-Jawi
Bahasa Melayu.
AKTIVITI 6.1
SEMAK KENDIRI 6.1
TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
pengarangnya. Mulai keluaran bulan Ogos dalam tahun yang sama, suratkhabar ini
mula bercorak komersial dengan tersiarnya iklan-iklan. Walaupun terbitnya tidak
tetap kemunculan akhbar ini dalam arena persuratkhabaran Melayu telah dapat
membuka sedikit sebanyak pandangan dan pemikiran segolongan orang-orang
Melayu terhadap perubahan-perubahan semasa.2
Dengan kehendak Kerajaan-Kerajaan Melayu Bersekutu penerbitan akhbar ini
diteruskan dalam tulisan rumi. Ini telah mengubah bentuk akbar daripada
sebuah akhbar biasa menjadi akhbar rasmi bagi Kerajaan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu. Warta Rasmi ini mengandungi perkara-perkara seperti perlantikan
dalam jabatan, undang-undang dan peraturan-peraturan am kerajaan dan
sebagainya. Perkembangan selanjutnya mengenai akhbar ini tidak dapat dikesan
kerana penerbitannya telah terhenti tanpa diketahui, manakala keluaran yang
tersimpan di Arkib Negara hanya setakat 30 September 1904.
Pada hari ini 13 Julai 1946, Pejabat Perhubungan Raya di Kuala Lumpur telah
menerbitkan naskah pertama akhbar harian tulisan Jawi yang mengandungi 4
halaman. Akhbar Cermin Malaya merupakan sebuah akhbar yang diterbitkan
oleh Pejabat Perhubungan Raya yang kemudiannya dikenali dengan nama
Pejabat Penerangan. Akhbar Cermin Malaya diterbitkan bertujuan untuk
menerangkan mengenai dasar-dasar dan usaha kerajaan Inggeris pada masa itu.
Ini termasuklah dasar-dasar kerajaan dalam usaha menghapus, menyekat dan
membasmi pengaruh komunis di Tanah Melayu, serta pembentukan
Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union. Akhbar Cermin
Malaya memainkan peranan penting sebagai saluran maklumat dan penyampai
berita tentang perkembangan politik, ekonomi dan sosial tanahair. Pada bulan
Disember 1948 akhbar Cermin Malaya telah diberhentikan penerbitannya dan
kemudiannya telah digantikan dengan Panduan Rakyat.
Pada 12 April 1952, Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya yang pertama
telah didakan di Singapura. Persidangan itu telah dihadiri oleh kira-kira 200
orang wakil pertubuhan persuratan seperti Ikatan Bahasa Melayu, Persuratan
Buku Di Raja dari negeri Johor, Kesatuan Persekutuan Guru-Guru Melayu
Semenanjung, Angkatan Sasterawan 50 dan lain-lain persatuan dari seluruh
Tanah Melayu. Persidangan itu membincangkan dengan terperinci serta
membahaskan berkenaan penggunaan tulisan Rumi dan Jawi dalam persuratan
Melayu. Angkatan Sasterawan 50 berpendapat bahawa sudah sampai masanya
tulisan Rumi diiktiraf secara rasmi tetapi tulisan Jawi juga hendaklah dipakai.
Enam buah badan persuratan lain telah menyokong syor Angkatan Sasterawan
50 itu, manakala Lembaga Bahasa Melayu berpendapat bahawa tulisan Jawi dan
Rumi adalah sama banyak digunakan dalam persuratan Melayu. Akhirnya
persidangan telah bersetuju dengan keputusan mengiktiraf kedua-dua huruf

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
Jawi dan Rumi sebagai huruf rasmi dalam persuratan Melayu. Sesungguhnya
keputusan yang diambil oleh Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya untuk
mengiktiraf tulisan Jawi dan Rumi sebagai tulisan rasmi dalam persuratan
Melayu menunjukkan suatu langkah untuk memelihara kedua-dua tulisan
tersebut khasnya tulisan Jawi daripada luput ditelan zaman.
Pada hari 6 Februari 1958, bangunan Syarikat Utusan Melayu di Jalan Chan Sow
Lin, Kuala Lumpur dibuka dengan rasminya oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor,
Tuanku Hishamuddin Alam Shah. Dengan pembukaan bangunan baru itu,
akhbar Utusan Melayu rasmilah dicetak dan diterbitkan di Kuala Lumpur,
setelah 19 tahun, iaitu semenjak pemindahannya dalam tahun 1939 dari
Singapura. Perpindahan tempat percetakan dan penerbitan ini merupakan satu
kemajuan bagi Syarikat Utusan Melayu yang kini mempunyai bangunannya
sendiri yang dilengkapkan dengan alat-alat jentera yang moden. Akhbar Utusan
Melayu merupakan satu akhbar yang terulung yang dipunyai dan diusahakan
sepenuhnya oleh orang-orang Melayu. Utusan Melayu ialah satu-satunya
akhbar nasional yang diterbitkan dalam tulisan Jawi. Oeh yang demikian,
Utusan Melayu merupakan akhbar yang sangat popular terutamanya dalam
kalangan orang-orang Melayu di kawasan luar bandar di mana tulisan Jawi
masih lagi difahami dan digunakan dengan meluas. Semenjak mula ditubuhkan,
Utusan Melayu telah banyak menyedarkan dan menyuarakan kepentingan dan
perjuangan orang-orang Melayu dalam hal-hal ekonomi, politik dan sosial
supaya mereka tidak ketinggalan di belakang dari bangsa-bangsa lain di negara
ini.
Pada 1 Januari 2003, akhbar Utusan Melayu, satu-satunya akhbar bertulisan Jawi
yang bersalut 1001 sejarah perjuangan bangsanya boleh dikatakan memasuki era
`kelumpuhan' yang serius dan mungkin akan terus berkubur tanpa nisan jika
tiada sebarang usaha untuk menyelamatkannya dilakukan.3 Berikut dipetik
keluhan dan rintihan terhadap hidup mati tulisan Jawi dalam era globalisasi hari
ini.
‰AWANG setuju dengan semua yang diperkatakan oleh Saudara
Tajuddin Saman, kecuali satu. Beliau yakin tidak ada seorang pun
Melayu yang tidak sanggup tampil untuk menyelamatkan Utusan
Melayu sekiranya mereka tahu peranan akhbar ini. Di sini beliau
silap. Pengurusan Utusan Melayu telah melakukan bermacam-macam
usaha untuk menghidupkan akhbar ini sebagai akhbar harian
termasuk meminta sokongan Melayu daripada orang seperti Hamid
Othman (Tan Sri), kepimpinan Pusat Islam serta orang politik.
Pencinta-pencinta tulisan Jawi juga berusaha dengan mengadakan
3 Awang Selamat
http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2003&dt=0119&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=
re_01.htm&arc=hive ). Dipetik pada 18 Julai 2008

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
bengkel dan sebagainya untuk mencetuskan minat terhadap tulisan
Jawi. Tapi semuanya berakhir begitu sahaja. Pernah diminta supaya
wakil-wakil rakyat membeli dan mengedarkannya kepada murid
sekolah di kawasan masing-masing. Pun tidak ke mana. Kini, apabila
Utusan Melayu terpaksa dijadikan akhbar mingguan dan
menghadapi kemungkinan ditutup terus, terdengarlah suara-suara
yang bertanya kenapa dan mengapa. Ahad lalu, Penolong Pengarang
Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain menulis tentang nasib
Utusan Melayu di bawah tajuk Melayu Matikan Utusan Melayu.
Beliau mengakhiri tulisannya dengan menyatakan: ``Ironiknya, ketika
akhbar harian Jawi yang sinonim dengan Melayu diketepikan oleh
orang Melayu, masyarakat Cina dengan bangga dan gembira
menyambut kelahiran sebuah lagi akhbar harian Cina, Oriental Daily
News. Akhbar ini bernasib baik kerana mendapat sokongan orangorang
Cina.'' Awang mahu bertanya, sanggupkah orang Melayu
tampil menghidupkan semula Utusan Melayu dengan
menyokongnya sebagaimana orang Cina menyokong akhbar Cina?‰
Daripada petikan di atas, kita dapat mengandaikan bahawa pemartaban tulisan
Jawi dalam bahasa Melayu perlu diberikan perhatian serius. Menurut Mohd
Hussein Baharuddin, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan tekanan
dalam usaha memartabatkan tulisan Jawi dalam masyarakat Melayu kini, iaitu
pendirian orang Melayu itu sendiri. Dalam mengharungi era globalisasi, orang
Melayu seolah-olah lupa akan kewujudan unsur dalam bahasa Melayu yang
paling penting, iaitu tulisan. Penggunaan tulisan Rumi telah menenggelamkan
sejarah kepentingan tulisan Jawi sebagai alat menyampaikan ilmu sewaktu
perkembangan agama Islam di rantau ini. Kanak-kanak tidak diberikan
penekanan penulisan Jawi kecuali sekadar sebagai tulisan Arab dalam kelas
agama. Oleh itu sikap orang Melayu perlulah diubah agar tulisan Jawi dapat
dikekalkan dalam persada hari ini.
Selanjutnya juga perlu difikirkan peranan pihak perancang bahasa, khususnya
badan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka mengambil inisiatif yang
lebih inovatif dalam mempertahankan tulisan Jawi dalam masyarakat hari ini.
Malah sebenarnya tulisan Jawi dapat dimantapkan melalui bidang pendidikan.
Pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah bermula daripada Tahun 1 lagi akan
memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk belajar menulis
dalam tulisan Jawi. Pendidikan bukan sahaja bersifat satu hala atau satu lawan
satu dalam kelas tetapi perkembangan multimedia dapat membantu
perkembangan tulisan Jawi dalam pendidikan melalui perisian kursus dalam CD
atau VCD yang memudahkan pengedaran yang lebih luas.
Bahan pengajaran juga perlu diperbanyakkan misalnya buku-buku latihan yang
berorientasikan pembelajaran kendiri dan juga melalui akhbar Utusan Melaysia
TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU 􀁗 127
yang dapat membantu perkembangan korpus bahasa melalui tulisan Jawi.
Penggunaan akbar Jawi dalam darjah merupakan langkah yang perlu digalakkan
di semua sekolah agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan praktikal.
Kementerian Pelajaran seharusnya mengambil inisiatif untuk mengembangkan
penulisan Jawi melalui peruntukan dalam jadual waktu persekolahan untuk
pembelajaran. Kepentingan mempelajari tulisan Jawi samalah juga dengan
kepentingan mempelajari bahasa Melayu.
Pameran seni khat juga seharusnya diperbanyakkan dan pelajar sekolah harus
digalakkan mengunjungi pameran sedemikian supaya mendapat pendedahan
yang sewajarnya tentang warisan Melayu yang kian dilupakan ini. Bengkel
tentang penulisan Jawi dalam kalangan belia dan pelajar peringkat remaja dapat
mempertingkatkan lagi kesedaran mempertahankan tulisan Jawi sebagai alat
pengembangan ilmu. Selain daripada kemudahan bahan pengajaran, guru yang
berpengalaman perlu dilahirkan untuk memenuhi keperluan pengajaran.
Latihan dapat meningkatkan kaedah pengajaran yang lebih berkesan.
Rajah 6.5: PEMBAKAR SEMANGAT... Peranan besar tulisan Jawi pada akhbar-akhbar
Melayu seperti Utusan Melayu, Utusan Zaman dan majalah Warta Ahad dalam
menyuburkan semangat kemerdekaan dan patriotisme dalam kalangan orang Melayu.
Foto: Melati Arif Sumber:Dipetik daripada
http://web5.bernama.com/events/merdeka50/newsbm.php?id=247824
128 􀁘 TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
Menurut Bukhari Lubis, pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti
Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Pengarah Penerbit
UPSI, satu kaedah untuk memartabatkan tulisan Jawi ialah setiap masa, lokasi
atau di mana saja sewajarnya diletakkan tulisan ini. Media massa turut memberi
sokongan seperti menyelitkan berita, iklan atau papan tanda dalam tulisan ini.
Apabila semua pihak saling membantu, usaha memartabatkan tulisan ini mudah
dilaksanakan, sekali gus memperluaskan pengaruh atau penggunaannya. Pada
masa sama, kegiatan menguasai ejaan ini mesti diperkasakan dalam kalangan
generasi muda kerana mereka golongan terbesar. Antaranya, mengadakan
pelbagai sayembara serta kursus umum di sekolah rendah dan menengah.
Percambahan minat terhadap golongan ini jika dijana sejak awal mampu
membentuk keseimbangan dalam pelbagai aspek sekali gus mencapai kejayaan
pada masa depan. Justeru, jika ada pelajar yang berminat menjadi pakar bahasa,
perlulah dikaji dan diteroka keistimewaan sistem tulisan Jawi. Ini perlu
dilakukan demi masa depan negara dan negara memerlukan golongan ini untuk
meneruskan kesinambungan sedia ada. Pada masa sama, penerbitan buku dalam
versi Jawi mestilah dipelbagaikan dengan memberi galakan atau insentif. Beliau
percaya, jika disokong dengan mekanisme padu, martabat untuk mengangkat
taraf tulisan ini akan tercapai. Yang penting ialah galakan serta cara
pelaksanaannya. Sudah sampai masanya masyarakat menyemarakkan tulisan ini
sebagai satu bukti terunggul kewujudan tamadun Melayu suatu ketika dulu.
Kesimpulannya, tulisan merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai
harganya. Malah tulisan Jawi merupakan nadi yang menggerakkan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkan bahasa Melayu setaraf dengan
bahasa-bahasa asing di dunia ini pada satu ketika dahulu. Kini, masyarakat
perlulah disedarkan tentang keperluan mempertahankan warisan budaya ini
agar tidak pupus ditelan dek zaman. Rakyat dan kerajaan perlu berganding
bahu untuk merealisasikan semula keagungan tulisan Jawi sebagai alat
mengembangkan ilmu dalam bahasa Melayu.
Bincangkan peranan yang seharusnya dimainkan oleh individu dan
masyarakat dalam memartabatkan tulisan Jawi.
SEMAK KENDIRI 6.2
Jelaskan kaitan antara falsafah pendidikan negara dengan usaha
memartabatkan tulisan Jawi.
AKTIVITI 6.2
TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU 􀁗 129
 Tulisan ialah sejenis tanda atau isyarat sama seperti bahasa itu sendiri.
Tanda merupakan sesuatu yang mewakili sesuatu yang lain, iaitu
maknanya. Kajian ke atas sistem tanda ini dinamakan semiotik atau
semiologi. Kajian ke atas sistem tulisan ini dinamakan epigrafi atau
palaeografi; epigrafi mengkhusus kepada tulisan yang dicatat dengan
dakwat, manakala palaeografi mengkhusus kepada tulisan yang dipahat,
diukir atau ditoreh di atas permukaan yang keras.
 Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang
dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang
Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar
orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi.
 Hingga abad ke-14, bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada
tiga bahasa, iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Jawa, dan bahasa Arab.
Pengaruh pertama terhadap bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit yang
dibawa oleh pedagang-pedangan India atau pedagang Melayu yang
berurusan dengan negara India.
 Tulisan Jawi yang terdapat pada Batu Bersurat Kuala Berang
memperlihatkan bahawa tulisan ini telah mengenal abjad bahasa Melayu
dengan agak lengkap misalnya, abjad yang terdapat dalam perkataan yang
tertulis pada batu bersurat tersebut.
 Sistem tulisan dan ejaan Jawi dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Melayu.
Unsur Arab dan Melayu mengalami dua tahap perkembangan. Pada tahap
pertama, ejaannya menggunakan tanda baris sebagaimana yang terdapat
dalam mashaf suci al-Quran. Penggunaan baris ini bertujuan mendapatkan
bunyi yang betul tetapi mengambil masa yang lama untuk menulisnya
kerana terlalu banyak tanda diakritik yang digunakan.
 Pada tahap kedua tanda baris tersebut dihilangkan. Walau bagaimanapun,
bentuk ini sukar dibaca oleh mereka yang baharu belajar jawi kerana
memerlukan masa untuk menguasai dan menggunakannya.
 Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor disusun dalam bentuk risalah yang
berjudul Risalah Bagi Helaian P.Bm. P.B. DiRaja Johor yang mengandungi
25 halaman dan diterbitkan pada tahun 1937 dengan menggunakan huruf
Jawi.
 Sistem Ejaan ZaEba pula dilengkapkan pada tahun 1938 dalam sebuah buku
berjudul Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi). Sistem ini mempunyai
persamaan dengan Sistem Ejaan P.Bm. P.B. DiRaja Johor. Bezanya
keterangan yang diberikan agak panjang.

TOPIK 6 SISTEM EJAAN JAWI BAHASA MELAYU
 Berdasarkan PEJYD (1987), Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun
Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1988.
Senarai kata masukan adalah berdasarkan senarai kata masukan dalam
buku Daftar EjaanDaftar ejaan Rumi- Jawi kini diusahakan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Daftar ejaan ini memuatkan senarai perkataan umum
dan istilah dalam bahasa Melayu dibuat menurut abjad Rumi dan panduan
Jawi diberikan sebelahnya
 Pada 23 Mac 1898, keluaran pertama akhbar berbahasa Melayu dalam
tulisan Jawi 'Warta Melayu' telah diterbitkan. Akhbar ini diterbitkan dan
dicetak di Singapura oleh American Machine Press Singapura. Akhbar
tersebut diterbit dalam 8 halaman dan menyiarkan pelbagai berita luar dan
dalam negeri.
 Pada hari ini 13 Julai 1946, Pejabat Perhubungan Raya di Kuala Lumpur
telah menerbitkan naskah pertama akhbar harian tulisan Jawi yang
mengandungi 4 halaman. Akhbar Cermin Malaya merupakan sebuah
akhbar yang diterbitkan oleh Pejabat Perhubungan Raya yang
kemudiannya dikenali dengan nama Pejabat Penerangan.
 Pada 12 April 1952, Persidangan Persuratan Melayu SeMalaya yang
pertama telah didakan di Singapura. Persidangan itu telah dihadiri oleh
kira-kira 200 orang wakil pertubuhan persuratan seperti Ikatan Bahasa
Melayu, Persuratan Buku Di Raja dari negeri Johor, Kesatuan Persekutuan
Guru-Guru Melayu Semenanjung, Angkatan Sasterawan 50 dan lain-lain
persatuan dari seluruh Tanah Melayu. Persidangan itu membincangkan
dengan terperinci serta membahaskan berkenaan penggunaan tulisan rumi
dan jawi dalam persuratan Melayu.
􀄆 Dalam mengharungi era globalisasi, orang Melayu seolah-olah lupa akan
kewujudan unsur dalam bahasa Melayu yang paling penting, iaitu tulisan.
Penggunaan tulisan rumi telah menenggelamkan sejarah kepentingan
tulisan Jawi sebagai alat menyampaikan ilmu sewaktu perkembangan
agama Islam di rantau ini. Kanak-kanak tidak diberikan penekanan
penulisan Jawi kecuali sekadar sebagai tulisan Arab dalam kelas agama.
Oleh itu sikap orang Melayu perlulah diubah agar tulisan Jawi dapat
dikekalkan dalam persada hari ini.

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog