Sunday, May 20, 2012

hantaran

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


entry lapok yang kedua.
kali ni pasal hantaran pulak,
mula,mula dulu,
tika teringin sangat nak dulang hantaran macam ni,
  
ni
yang macam ni pon
 
yang gini,
cenggini jugak,

tapi,
lepas survey harga,
sume bekas n dulang hantaran ni rm30 n above.
mungkin murah je kan,
tapi,
macam tika,
i'm a student.
so tak mampu nak beli sampai 9 biji.
kalau 9x35 dah RM305.
belom masuk dengan hiasan2 + barang hantaran lagi.
hemm.
fikir punya fikir,
tika da decided dengan akak ipar tika,
kami pilih untuk buat bantal hantaran.
hemm,
ok jugak kan.
masa tunang dulu da pakai raga-raga.
lain skit la kali ni.
spo tika usha-usha tengok la pic-pic ni,





 cantikkan jugak kan?

lepas da fikir+survey+tengok cara buat,
aka tika bersetuju untuk buat kan ni,
tika dapat pic dari anak sdara,
diorang da start buat da tu,
tapi blom siap sepenuhnya lagi,
dalam 30% baru.
alamakkkk.
baru je nak amik pic dari fb dia sudah delete.
hem xpa,
nanti tika minta dia upload balik n tepek kat sini k.
ape pon,
tika sangat xsabar nak tengok hasilnya,

p/s: hint untuk bantal hantaran tika, warna hitam+turqoise blue.
 


 

kad kawen

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

yes ini adalah entry lapok.
al maklumla saya bukan yang jenis rajin meng'update' blog.
alang-alang tengah xde mood stduy ni,
naip la kejap.
ok,
tika nak cite sal kad kawen,
da 3 minggu da tika g discuss pasal kad kawen ni,
yes, tika da book,
tapi de la mslh skit,
xde la besar pon mslhnya,
cuma,
tika ngan my DIN,
kami nak pic preweding kami jd latar untuk kad kawen kami,
so,
kena la tunggu pic prewedding siap.
tarih prewedding shoot tu plak 9 jun ni,
lepas discuss ngan kak linda,
dia cakap sempat,
so,
nanti de end of jun baru tika leh tunjuk ea,
hihi.

ok ni,
nant tika nya kad kawen lebih kurang macam ni la,
3 folder,
sebenarnya tika xnak yang besar sangat,
lagipun kos die lagi mahal kan,
tapi memandangkan tika wat satu kad je untuk sblah lelaki n perempuan, jadi akak 
linda kate kena yang besar sikit.
dan satu lagi, 
sblah umah tunang tika, akan ada dua pasangan pengantin nanti,
so, kena luas-luas la sikit, nak pakai ruang banyak,
hihi.
macam pic yang tika tunjuk ni,
tika akan guna untuk sblah umah tika,
dan sbalah umah tunang,
kami pilih yang skima skit.
gini ha,,
atau ni,
 
ni 1 fold,

nanti kak linda akan design ikot kesesuain gambar yang kami bagi la,
kami pilih antara dua ni,
so dalam 1 kad tu nanti akan dua tema yang berbeza,
paham x?
hihi.
ok nanti tika update lagi k pasal ni.
...

 

Friday, May 18, 2012

risau

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


risau.
why?
sebab kamu!kamu!kamu!
kamu la!
suke tanye macam mana persiapan kawen?
macam mana itu macam mana ini?
kenapa xtepek kat blog?
kenape da lame xbercite pasal preparetion kawen?
huh.
please jangan tanya.
boleh x?
semua sedang dalam proses ye sayang-sayang tika sekalian.
sabar.
as trainer teacher,
tak sempat nak fikir sume tu dalam satu masa.
mana lagi nak update.
lagi pon,
preparetion banyak femeli yang buat.
kat rumah,
mak n ayah yang setelkan.
pasal hantaran sume tu,
akak n abang yang setelkan,
tika da tempah kad,
da book sume bende-bende yang patot book.
op+cater+bridal+MUA+banting+banner+canopy,
sume da book
tunggu balik cuti ni pegi discuss sekali lagi.
hemm,
ape lagi?
and today,
mencari baju-baju+ kelengkapan untuk prewedding.
waaaaaa.
xtau la banyak yang xsetel lagi ke banyak yang da setel.
ape pon,
soalan-soalan itu merisaukan tika..
hoihoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiihoi!
huhu.

ok tika,
 
breath in....out
  breath in....out  
 breath in....out 
 ok sudah boleh tido sekarang..

p/s: letih main netbol sampai menang tadi.hahaa.xbleh blah

 

lepas gian

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


lepas giann??
ahhhhhh..nikmat jek rase ari ni..
haha.jangan berfikiran kuning-kuning sangatlah.
after three days bersengkang mata,
study,menghafal nota+spot question(opsss kantoi..)
 hari ni rase lega sangat-sangat.
ok,
sebenarnya ari ni,
kat IPG ni ada sambutan Hari Guru,
 hepi sangat..
oh,bukan sebab sambutan ni pon.
sebenarnya hepi jugakla, 
tapi sikit jek.
hihi.
bukan pe, 
sebab ramai pensyarah yang aja tika tak de pon tadi.
nak g wish pon xboleh.
ape pon,
masa nyanyi lagu Kami Guru Malaysia,
macam biasa jugak lah,
mesti meremang bulu roma,
setiap bait kata dalam lagu tu penuh bermakna,
hanya yang pernah,sedang, dan bakal menjadi guru saja tahu perasaan itu.
hihi.
ohhhh,
macam biasa,
melalut terlalu jauh dengan tajuk entry.
sigh,sigh..
yang ni yang tak leh nak ubah lagi,
suka cakap, patot pon leh jadi cikgu,haha.

actually, seminggu dari sebelum ni lagi,
tika da plan nak lepaskan gian  masa hari guru ni.
kebetulan baru lepas exam 3 paper,
wahh,
ini sudah sangat masyuk untuk hilangkan stress.
ok, honestly, tika gian da lama da nak main bola jaring dan bola tampar ni.
aktiviti yang paling suka tika lakukan setiap petang masa zaman sekolah rendah dulu,
masa kat mrsm dulu,
bukan xsuka,
suka sangat,
tapi adat permainan berkumpulan,
kalau tak cukup satu team,
macam mana nak main.
dah kalau ada satu team je pon nak lawan ngan sape.
huh.
haa, tapi bola tampar tika aktif jugak la kat mrsm dulu,
time masa riadah mesti main.
dekat sini pon sama macam kat mrsm,
jarang ada guru pelatih yang minat nak turun padang main game-game ni.
eh.ye ke? 
(ade je budak men bola tampar.aku yang malas turun padang.haha)

kebetulan sangatla hari guru kali ni ada pertandingan ikut rumah.
alhamdulillah,
ketua rumah terima jugak permohonan tika untuk wakil rumah.
hihi.
lepas gian kot.
tadi main bola tampar kejap sangatlah.
main sekadar main kot tadi.
yang masuk bertanding tu pun tika rasa sekadar ada pengalaman blajar je kot.
tengok skil macam sorang dua je yang betul-betul boleh main.
tu yang serve dapat mata,
serve dapat mata,
peluh pon xdan nak kuar.
tension tol.
ape pon tension tu dapat diatasi masa main netball tadi.
sebenarnya name tika xde pon,
kebetulan akak yang main posisi gk da xlarat,
so alang-alang tengah gian ni,
mintak la nak masuk.

main punya main punya main,,
alhamdulillah.
wahhhh..xsia-sia gian aku ni.hihi
juara jugak rumah biru.
mula-mula main gk, 
ok xpenat sangat.
sebab bola jarang-jarang je datang.
peh,
sekali capten suoh main gs,
hambik ko,
tak bernafas kejap.
baru nak amik nafas,
bola sampai.
ape pon,
kami juara.
hihi.
yeyyyyyy..

xde la plak pic tadi-tadi,
nanti malam kompem ada yang tepek kat fb.
so untuk itu, 
letak pic ni je la dulu,

lepas gian..(xtau kene mengena kat mana dgn tajuk entry.hihi)

MOOD: rindu zaman-zaman kegemilangan bola jaring dan bola tampar dulu.
masa sekolah rendah boleh main sampai hampir ke peringkat negeri. 
yang paling bes dapat anugerah de bes netball player dari MSSD p.puteh dan dapat ganjaran pergi melancong ke langkawi.memang terbaiklah,,,
di mrsm plak, lebih aktif dalam olahraga walopon juara kg je, juara rumah sukan, bila wakil mrsm, kalah..huhu..

 

Wednesday, May 16, 2012

horoskop + metafizik ?

 as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


baru a few days  x update blog,
da rindu..
wawawa..
lambatnya habis exam nak conteng puas-puas dalam diari tika ni.
hem, 
since xmengantok lagi,
tika nak kongsi sesuatu.
ni kawan tika yang bagi.
xperlu mention name die la kat sini ea.
korang percaya tak dengan kajian ciri-ciri diri berdasarkan tarikh lahir?
hem,
tika xde la percaya sangat.
sebab takut jadi syirik plak kan.
tapi, 
tika pon xtau nak cakap macam mana bila tika try satu link ni,
masukkan tarikh lahir dan lihat ciri-ciri diri tika.
bukan nak kata link ni perfect.
tapi, it's amazing.
boleh kata 100% tika stuju. (mungkin ada ciri-ciri yang terperasan sendiri.huhu)
siries..tak tipu.. ni yang tika dapat dengan tarikh lahir tika.

Berikut adalah kajian metafizik bagi tarikh lahir 07-03-1990

Element Tenaga diri dan 5 jenis tenaga asas yang membentuk/mempengaruhi personaliti anda
ELEMENT2Elemen Tenaga Diri anda adalah AIR - kekuatan anda adalah pada komunikasi dan interaksi sosial
CORE2Kekuatan pada mulut – bercakap, banyak cakap, lembut hati, menarik wanita/lelaki
SUB-CORE4Ilmu dan perancangan, kehidupan, pandai, bijaksana, suka ilmu @ merancang, ada nilai seni, boleh dipercayai, pandai masak
DRIVE1Sendiri - tidak bergantung pada orang lain (independent), pemimpin, bijaksana, menarik pendengki & cemburu
SUB-DRIVE1Sendiri - tidak bergantung pada orang lain (independent), pemimpin, bijaksana, menarik pendengki & cemburu
LIFE-FACTOR7Sosial, berkawan, bertuah, menarik sokongan / penyokong, menarik wanita/lelaki, ‘suka keluar malam’

9 jenis tenaga asas yang membentuk/mempengaruhi kelakuan (perilaku dan tingkahlaku) anda adalah :
1) 73Orang ramai/penyokong datang dan pergi
2) 19Suka buat kerja/bisnes secara sendiri / kejayaan atas fktor sendiri, TAPI: tidak suka menurut karenah orang lain
3) 11Sendiri / orang tengah / pendamai / broker / fikiran sistematik, TAPI: buat kerja separuh hati@separuh jalan / menarik pendengki/cemburu Nota: jika kod ini di sektor ibu - akan keluar dari kampung / jauh dari keluarga
4) 84Sibuk merancang / banyak idea tapi kurang dilaksana / sentiasa mencari peluang (ilmu/ekonomi) / perancangan kerap berubah & mungkin gagal memuaskan banyak pihak / cabaran dalam keluarga/rumahtangga / tidak suka orang ramai / suka menyendiri – atas ilmu (belajar) & perancangan
5) 21Bercakap atas autoriti / rasmi, TAPI: suka mengarah / kecilkan hati orang lain tanpa sedar / berterus terang
6) 33Punya tenaga spiritual / gerak hati (instint), TAPI: galak pada yang cantik (orang/benda) / agresif / baran / mudah diprovokasi / tak sabar. Nota: jika kod ini di zon luar – duit senang masuk & keluar.
7) 91Suka berniaga secara sendiri / buat kerja sendirian / ‘lone ranger’
8) 12karier@kerja bergantung pada mulut: menyanyi, berucap, mengajar, debat, jualan, pemasaran, dll / fikiran sistematik / tersusun, TAPI: banyak cakap / tarik pendengki / cakap lepas / kadangkala mulut laser
9) 23Cakap lepas / mulut laser / kecilkan hati orang lain tanpa sedar / mudah di provokasi / cabaran akibat percakapan

tika pon tak tau kebenaran benda ni.
tapi ikot kawan tika tu,
dia da kaji n belajar metafizik a few months n dapati kebanyakkan orang yang buat ni dapat sama dengan diri dia.
ok, tika saja nak kongsi link ni je.
sape-sape nak tahu atau kaji kawan-kawan dia boleh la.
hihi..
ingat pula tika masa zaman belia remaja dulu-dulu.
suka beli majalah Remaja dan tengok kat bahagian horoskop..
haha..korang same tak same tak? lau same senyum..huhu

p/s: ok, bye.sambung study morfologi balik yokkk..haha

Friday, May 11, 2012

..mata plastik = kopi + study..

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

= +
 tajuk entry ni agak plik.
kannn..
hihi.
sebenarnya, 
tubuh rasa agak letih,
tapi gagahkan diri untuk buat contengan sekejap sebelum rehatkan badan.
huhhhh..
semalam susah nak tidur.
minum kopi lagi la ni.
yess.
macam zaman spm dulu-dulu.
cofee super adalah pilihan utama saya (macam duta coffe super da rasa..hahha)
kesaan kopi ni sangat kuat pada saya.
mata boleh jadi macam mata patung.
bak kata cikgu saya, 
mata saya adalah mata plastik.
huhu.
zaman sekolah dulu,
tika akan minum bancuhan 3packet kopi at midnight,
pagi-pagi, bangun.
buat bancuhan 2 packet kopi,
bawa bekal ke kelas.
yesss.
masa nak tido nya mana?
tika pon tak pasti bila masa tika tido,
yang pastinya masa form 5 dulu sampai pegi hospital minta ubat tidur.
(doktor bagi pang atas dahi sebiji.)
haha.
xde, doktor marah la,
nak buat macam mana,
malam nak study punya pasal, 
siang plak nak p blaja,
mana boleh tido dalam kelas,
dan kesannya,
badan susut,
kawan-kawan tegor "eh mu makan kopi kuruskan badan ko?"
ohhh..please la..
tak de masa nak bazirkan duit ke arah itu..huhu.
tapi bila da mai besar ni,
mula fikir,
kesan buruk caffein pada kesihatan.
risau jugak,
untuk masa akan datang.
so,
ubah kan diri,
kurang kan caffein dalam badan,
hanya time-time exam macam ni saja akan amik lebih caffein untuk study,
dan memperoleh mata plastik sehingga jadi macam hari ni,
langsung tak boleh tido sehinggalah selepas pukul 6 pagi tadi.
 balik dari amik slip exam,
terlintas nak tau tentang kesan buruk kopi.
cari punya cari,
jumpa pulak blog sorang saudara yang bercerita tentang kebaikan kopi.
apa lagi.
copy paste la.
hihi.
papepon,
kredit untuk tuan blog kerana kita mempunyai citarasa yang sama,
saya rasala..hihi.

ni sikit tentang fakta yang dicoret di blog beliau.

Dalam penemuan biji kopi, Imam Abul Hasan mendahului Imam Abu Bakr al-Idrus. Sehingga Imam Abul Hasan Aliy adalah penemu biji kopi sedangkan Imam Abu Bakr al-Idrus adalah penyebar kopi di pelbagai tempat.
Beliau menggubah syair mengenai kopi sebagai berikut:

قَهْوَةُ الْبُنِّ يَا أَهْلَ الْغَرَامْ سَاعَدَتْنِيْ عَلَى طَرْدِ الْمَنَامْ
وَ أَعَانَتْنِيْ بِعَوْنِ اللهِ عَلى طَاعَةِ اللهِ وَ الْعَالَمُ نِيَامْ
قَافُهَا الْقُوْتُ وَ الْهَاءُ الْهُدَى وَاوُهَا الْوُدُّ وَ الْهَاءُ هِيَامْ
لاَ تَلُوْمُوْنِيْ عَلَى شُرْبِيْ لَهَا إِنَّهَا شُرْبُ سَادَاتٍ كِرَامٍ
 “Wahai orang-orang yang asyik dalam cinta sejati dengan-Nya, kopi membantuku mengusir mengantuk.Dengan pertolongan Allah, kopi menggiatkanku taat beribadah kepada-Nya di kala orang-orang sedang terlelap.

Kopi selama ini dianggap sebagai minuman untuk menambah tenaga dan menyegarkan orang mengantuk. Benarkah kopi sehebat itu? Kandungan utama kopi ialah kafein, ianya berfungsi sebagai perangsang susunan saraf otak, sistem pernafasan serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairanlah setiap pengambilan kopi dalam jumlah wajar, tubuh kita akan menjadi segar, daya pemikiran lebih cepat dan tidak mudah mengantuk. Kandungan kafein dalam 200 gram kopi mencecah 135 mg, berbanding teh yang hanya sekitar 35 mg. Kafein sering kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada ubat sakit kepala. Ini kerana, kafein mempunyai kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak (vasokonstriksi) sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab kepada sakit kepala.


Selain itu, kafein juga dapat mengurangkan lemak. Secara fisiologi, tubuh orang yang mengalami kegemukan kurang mampu membakar lemak ketika bersenam berbanding orang bertubuh normal. Akibatnya, tubuh akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah menurun. Ini adalah penyebab mengapa orang gemuk merasa lapar kembali selepas bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga segera. Tetapi awas! Pastikan kandungan gula didalam kopi tidak terlalu banyak.


nampak tak ape yang tertulis kat atas ni ??
memang kpi terjamin mampu menghilangkan rasa mengantuk.
sapa yang minum kopi boleh tidur lena lagi tu,
memang hampa semua kuat tidoq!.
huhu.
dan kat sini,
tika tau da la kenapa badan tika susut masa dulu,
rupanya kopi pon boleh bakar lemak..
owww...
informasi terbaru untuk tika.
so pasni minum kopi banyak2 la sebab nak kurus, nak cantik time kawin nanti.
ahakkkk...

p/s: untuk info lebih lanjut tentang kopi tengok kat blok saudara jebat arjuna..=)
 

~cintan-cintun..lalala~

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

emmmm... memandangkan sekarang ni tengah mengimbau zaman-zaman skul dulu,
so, tetibe tringat la kisah cintan cintun zaman belia remaja dulu-dulu.
hihi..
ok, 
nak kongsi cerita cintan-cintan dulu-dulu kat diari tika ni.
hahhh? buka pekung di dada?
haha.
pekung ape la pulak ni..
cerita ni rasanya macam lucu jek.
kenangan-kenangan pahit manis yang mematangkan hubungan dalam percintaan.
(ecece,,bermadah pujangga plak rasa..hihi)
macam gerl-gerl yang lain,
zaman sekarang ramai yang da berkapel masa sekolah kan.
tak tahan darjah tiga da ada yang kapel ni.
uishh,
memang maju anak-anak sekarang.
huhu.
bebalik pada cintan cintun tika,
tika start kapel umo 12.
haha
jah 6 tau tak (jah=darjah)..
cinta tu bermula masa tika lepas upsr.
after dapat result upsr tu, 
kami yang dapat 5A ni
dapat ganjaran daripada pihak mana tah.
tapi yang pasti gabung-gabung sekolah yang dekat-dekat.
sekolah tika dengan sebuah sekolah yang lebih kurang 20km jauh nya antara sekolah kami.
hemm,,
nak dijadikan cerita mulanya cintan cintun ni,
masa atas bas,
2 buah sekolah ni naik 1 bas.
masa tu biasa la,
xpernah jumpa budak lain,
selalunya jumpa muka sama ja dalam kelas.
lagi-lagi zaman sekolah dulu, 
kelas tika ada empat orang ja lelaki dalam kelas.
memang pupus habis..
haha
so bila jumpa budak baru tu, 
ape lagi.
ingat lagi name die.. 
xperlu la mention,hikhik..(gelak gedik)
mr.M la.tp tinggal panggil dia Amin jek.
hihi.
kitorang pon kawan la,,
masa tu kan mane ade lagi handphone.
nak berhubung guna fon umah je.
gila sungguh.
mak diamarah kapel-kapel ni.
ye la baru jah 6 kot..haha
memang xkasik la kol umah dia.
dia ja kol umah tika.
ada la kat 3 minggu kapel,
pastu lost contact.
haha.
da nak wat cam na susah nak berhubung kan.
takkan nak men balas-balas surat.(ape klasss..haha)
haha..
itu la cinta monyet yang pertama tika..
hahahaha..(gelak guling-guling)
 ok, 
after tu, 
tika dapat masuk smk kamil.
masa kat skolah ni,
ada la senior-senior usha,
tapi xsempat kapel sebab sat sangat dok sini.
tak sampai sebulan dapat pulak mrsm kuala krai.
bila da kat sini,
semangat belajar mula-mula masuk mrsm sangat tinggi.
tak de fikir soal kapel-kapel.
lagi pun memang tika xlayan la sume tu,
lebih banyak diam kot.
kottt je la..
hihi.
tapi masa ni aktif gak la sukan.
walopon masa tu badan memang agakkkkk berisi.
oh lupa, 
tika masa sekolah rendah dulu sangat gemuk.
dan pernah digelar ayam daginggg. tengok entry ni. (sigh sigh..malu n xnak ingat)
bila masuk mrsm, 
badan makin lama makin mengecil.
sampai sekarang,
badan makin lama makin mengecil.
cuma 2 3 bulan ni ja,
da mula nak mengembang balik da.(encik tunang bagi makan cukup la katakan)
haha.
dalam diam tak diam tu, 
masuk form 3, 
tika kapel dengan clasmate,
Mr.A. tape ramai panggil die Mr...
(tak nak boh nama depa.kang baca buat marah plak.hihi)
Mr.C ni popular dalam kalangan batch kami ni.
before ngan tika,
dia da kapel dengan dak klas sebelah.
comel orangnya,
halus mulus jek.
jauh la dengan tika ni,
berisi kan.
hemm.
tapi nak wat cam na,
masa tu da orang yang nak kapel,
dia plak femes, terima jela kan.
tapi xlame jugak,
dalam 3 4 bulan cam tu je,
dekat-dekat nak pmr tu, 
kami da jarang jumpa dan cakap.
katanya fokus pada pmr.
(puiihhht..haha..)
hemmm, tapi dia memang antara top student pon,
after pmr tu kami da xde pape da,
dan tika pon xpasti ape sebabnya,
masa mula-mula tu peh memang tika marah die.
ye la, 
xtau nape-nape tetibe clash.
haha.
lawak ingat balik,, ape pon sekarang tika hepi tengok dia hepi..=)
dia pon dapat mrsm bitara masa form 4 tuh.
so memang kami xjumpa sampai sekarang.
lepas pada tu, 
masa kat umah tunggu nak naik form 4 tu, 
tika mula guna handfon.
hemmm..
masa ni la gedik terlebey-lebey.
bila da ada fon ni kompem nak bersms kan.
tekan-tekan no dapat la kenal sum1 dari penang.
sabahan.
kami pon kapel la,
dia lagi tua dari tika.
banyak tahun beza antara kami.
entah macam mana la tika leh kapel ngan die ni.huhhh..
malas cite sal die ni.
banyak yang buruk daripada baik..
abaikan yang ni.
then,
masuk form 4, 
ada penambahan pelajar dari mrsm lain.
tak nak cakap la dari mrsm mana.
hihi.
so berputik la cinta monyet yang seterusnya.
kali ni dengan peljar dari mrsm lain tuh.
kami sekelas.
mula-mula,
saja gurau-gurau dari kawan-kawan dia.
las-las lekat.
tapi kejap jugak.
hihi.
tapi kan..jujur dia sangat cute.. 
Mr.R... u memang cute tau..hihi.
tak ingat lama mana kami rapat,
(xpasti kapel or x senanye)
tapi kami selalu jumpe n sembang.(date la kononnya)
hem lepas tu kami clash.
yeyy..clash lagi..hihi.
sekarang Mr.M pon blaja kat salah satu IPG kat Malaysia ni.
opsyen matematik kalau xsilap.
bangga ex bf bakal guru jugak..hihi..
lepas pada tu,
sorang lagi dak dari mrsm tuh pulak yang kapel ngan tika.
kali ni bukan sekelas.
tapi member sebelah kelas.
hihi.
memang yang ni sume orang tak percaya.
sebabnye,
dak laki ni pendiam,
dan masa form 4 tu, 
tika da agak gedik-gedik sikit.
so maybe sebab tu kot diorang xcaye yang tika leh suka kat orang macam tu,
nak kata Mr.M ni tak ensem, 
tak jugak
dia ensem jugak
bagi mata tika kot.
tapi jujur, motif utama kapel dengan die sebab muka dia ada iras-iras kapel yang mase form 3 tu,Mr.C...
stil xleh lupa dia..=)masa tu la..
hihi..
dengan Mr.M ni, 
tika agak serius.
kenapa?
sebab dia pon jenis yang sangat setia+romantik habis la.
dan yang paling bes,
dia da siap plan untuk masa depan.
hihi.
memang dia betol-betol nak kawen ngan tikaaaaaaaa..
hemm.
masa tu tika tak terfikir lagi suma tuh.
jauh dia punya fikiran rupanya.
dia da siap gitau femeli dia,
abis ja spm dia nak masuk mintak tika..
haissshhh.
risau.
memang bagus ade lelaki yang sayang kita macam ni.
tapi, 
masa tu tika tak leh terima,
kadang-kadang rasa macam over sangat.
dia xnak tika bercakap dengan lelaki lain.
tika faham, jeles kan.
tapi..
ahhh.tah tak tau nak cakap macam.
kadang-kadang rasa sangat psiko.
hanya kawan-kawan yang dekat saja tahu perasaan masa tu.
sebab tu, tika minta putus.
pehhh..lagi truk jadinya,
dia xleh study,
ari kami clash tuh,
abis berdarah-darah tangan die.
kepala bengkak.
dia hentuk kepala n tangan kat dinding.
masa tu tika mula risau.
minta kawan nasihat dia.
after tu,
mak ayah dia datang sekolah,
minta jumpa cikgu homeroom(tutor).
gitau dia da terok.
cikgu homeroom dia cari tikaa..
haaaaaaa..apekah???
memang stress masa tu.
tapi tika wat tak layan.
lepas pada tu alhamdulillah.
semua kembali macam biasa.
awal tahun form 4..
kawan satu batch kenalkan pak sdara dia kat tika. Mr.D..
perkenalan mula di public fon..boleh tengok sini. 
hemm,, dengan dia ni, tika rasa,
tika yang lebey-lebey
tika yang ajak dia kapel dulu,
dan die taknak.
alasan die,
tika belajar lagi..
huhh.(frust nungging=kecewa sangat)
tapi, las-las, 
dok contact dalam 3 4 bulan,
kami kapel.
yes.
pandai jugak tika ngorat dia.
haha.
dan ini lah cinta terakhir tika..
tika yang sebenarnya mungkin.
tika kapel masa tahun 2007.sekarang da 2012.
kira sendiri berapa tahun kami da kenal.
2010 kami tunang.
dan bakal menamatkan zaman bujang kami beberapa bulan saja lagi..
oh..ini la yang dikatakan cinta sebenar.haha
cer kire berapa banyak Mr yang tika kapel before dengan Mr.D aka MR. Right tika?
hihi.
banyak kan,,
hihi.
biasa la,
budak-budak gedik memang kapel banyak time sekolah.
haha..

ok da,
lebih da 2 jam mengadap lappy.
sambung study blik yokkkk..
byee..

notakaki: maaf pada ex-ex tika lau korang baca, sekadar mengimbau kenangan pahit manis dengan korang dulu-dulu. dan maaf ye kalau ada yang buat kalian sakit ati sepanjang kita kapel tuh..hihi..
untuk korang, tika da maafkan korang sume..hihi..=)

saje letak pic ni.. wahai ex-ex ku sekalian, ini tika korang sekarang..haha.. lagi gedik kah??haha
 dan untuk Mr.Right.. i'm yourssssss...hihi
 

Thursday, May 10, 2012

~setadiying~

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

sape tau tentang konsep ganjaran dan peneguhan sila angkat ibu jari kaki..
hihi..
hemm,,
time-time study week macam ni memang akan ingat sume ni.
ape ingat murid darjah 1-6 ja suka adiah-adiah ni?
saye bakal guru pon suka tau.
tapi bentuk adiah tu lain la sikit kan.
xde la nak gula-gula yang ade pic barbie ke angry bird ke.
hikhik..
masuk study week je, 
mesti keinginan nak tonton drama korea tu kuattttttt sangattt..
kerajinan nak tengok 1 full drama sekali gus tu sangatla tinggi.
time ni jugak la teringin nak main feveret game (sudoku).. 
siap beli sebuah buku baru lagi.
huhhh..
dan masa ni jugak idea nak menconteng blog ni datang.
hahaa.
sampai dok stady pon dok nampak new post new post.
haha..(ni paling tak bleh blah)..
 oleh hal yang demikian,, (yey ayat karangan siap..haha)
tika buat satu perjanjian dengan diri sendiri.
setiap kali abis satu bab yang tika study,
tika baru boleh buka laptop atau buka buku sudoku..

        

yeyyy..
nampaknya stakat ni berjalan lancar lagi.
yes.
ini yang diakatakan sebagai peneguhan dan ganjaran.
bila siap study, boleh buka lappy,
buka blog,
new post: tulis n puji diri sendiri..
haha.. kan tu da namanya peneguhan positif tu.
hihi
ape pon, da hampir 2 jam da tika buka lappy ni.
ok time untuk sambung stdy balik.

daaaaaaa...

p/s: sape yang malas study macam tika, sila tiru cara saya dengan peneguhan dan ganjaran sesedap ati korang.haha..

 

~as.mjsc's.students~

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

 entry kali ni agak nostalgik untuk tika.
tah nape beberape hari ni, 
tika sangat rindukan saat-saat sekolah menengah dulu,,
hem, 
for guys yang xtahu,
tika dulu pernah sekolah kat smk kamil, p.puteh kelantan,
sebulan je rase nye,
tah-tah tak sampai.
hihi..
lepas tuh,
dapat masuk mrsm.
mrsm kuala krai, kelantan.
ramai bila tika cakap students mrsm,
reaksi diorang..
wowwwwwwwww...
yes, of cos i'm proud 2 b one of mjsc's student..
hihi..
tapi,
sebenarnya kan,
apa yang tika rasa,
kat mana-mana pon kita belajar sama saja.
kita boleh berjaya kat mana-mana saja,
sepanjang permerhatian (ecece..macam wat thesis jekk..haha) tika
kat mrsm tu, 
tika rasa, 
persekitaran+budaya belajar,
  yang membezakan mrsm dengan sekolah lain.
belajar masih sama dengan sekolah lain.
berlandaskan satu kurikulum yang sama.
tapi budaya p&p mungkin sedikit berbeza.
berdasarkan pengalaman tika, 
kat mrsm, 
tika lebih banyak belajar berpandukan buku rujukan,
dan bukan buku teks yang da ditetapkan semata-mata.
(ini yang memeningkan setiap kali masuk tahun baru..sebab kena beli buku rujukan banyak.huhu)
 yang lain, 
belajar sama je macam sekolah biasa,
rasanya la..
apa yang beza selain time p&p,
bila exam,
plak, 
tika dapat simpulkan soalan exam kami untuk setiap kali ujian lebih sukar
dari soalan sekolah biasa.
yang ni tika tak pasti kebenarannya.
hanya guru-guru mrsm ja tahu.
hihi.
tapi kenapa tika cakap gini?
hemm.
dulu-dulu,
masa kat mrsm,
tika bukan la antara pelajar yang top,
yang selalu dapat nama dalam pelajaran la.
sekadar berada dalam kalangan yang biasa-biasa saja.
dan mungkin lemah bagi beberapa subjek terutama subjek-subjek sains.
(ohh..benci sains..xsuke-xsuke)
dari lower form hinggalah upper form,
memang subjek-subjek ni la yang tika slalu dapat markah yang rendah setiap kali exam.
oleh sebab ni jugak la,
masa form 4, tika da buat keputusan awal-awal da tak amik biologi.
tika amik prinsip akaun.
tapi macam mana pon,
da berada kat maktab rendah SAINS mara kan,
da memang wajib-wajiblah amik subjek sains yang lain.
dengan hati yang tak rela dan keterpaksaan,
tika wajib amik subjek kimia dan fizik,
hanya guru-guru subjek berkenaan sahaja yang tahu betapa lemahnya tika 
dalam dua subjek tersebut.
sampai guru kimia tu dah bosan la agaknya tengok muka ni.
hihi.
setiap kali ujian, 
yang nak kena panggil untuk repeat paper,
muka ni jugakla..
hihi.
boleh katakan, 
setiap kali ujian,
markah untuk subjek kimia dan fizik tika bawah dari 60.
paling teruk pernah fail.
tapi pape pon,
tika memang respect kat cikgu-cikgu sekolah saya.
walopon rendah je selalu,
diorang tetap nak bagi tika lepas.
tak jemu-jemu diorang ajar tika.
masih ingat lagi Cikgu Fakri.
seorang yang lembut dalam p&p.
tiap kali rehat tika selalu g jumpa dia kat lab.
oh lupa,
Cikgu Fakri ajar subjek Kimia. 
dah pencen dah pon awal tahun ni kalau tika tak silap.
setiap kali jumpa, setiap kali tu la dia terpaksa ulang benda yang sama.
huhhh..
kesian dia.
tapi nak buat macam mana,
anak murid dia ni xpaham-paham.
hihi.
semangat guru macam ni la yang akan tika jadikan teladan dalam mengajar anak murid tika kelak.
ohhh,,
banyak benar melalut, 
dah lari pada landasan ni,
berbalik pada cerita tentang aras ujian tadi kan,
bila exam spm sebenar, 
tika xsangka-sangka tika boleh dapat 5 dalam fizik n kimia.
mungkin jugak grade da diturunkan.
tak kisah la,
apa yang penting, 
tika xfail lagi untuk subjek tu.
daripada pelajar yang sentiasa fail,
tika boleh skor,
dan ada pulak pelajar lain yang lagi rendah dari tika..
memang syukur sangat-sangat.
macam dalam subjek lain pon, 
bila lepas exam spm,
tika tanya kawan-kawan yang dari sekolah lain, yang dapat keputusan masa trial yang bagus-bagus,
diorang boleh kata soalan spm tu lagi susah.
tapi pada tika masa tu soalan spm tu jauh lagi senang daripada ujian bulanan kami.
hemmm..
jadi itu satu lagi perbezaan antara sekolah biasa dengan mrsm.
selain tu,
budaya belajar.
yahhh..
kebetulan pulak baru habis baca tentang tajuk-tajuk implikasi perbezaan budaya di sekolah.
memang budaya belajar ni bagi kesan yang paling banyak la pada murid.
macam di mrsm,
memang ada pelajar-pelajar yang terbaik yang selalu belajar ja kerja diorang.
hihi.
pelajar yang mcam ni, 
setiap kali prep diorang stdy je,
(prep=masa study kami, 2.30-4.30pm, 8.30-10.30 mlm)
macam pelajar lain, mungkin buat homework saja.
ataupun berborak+mengumpat (tika n de geng..haha)
je kijenya.hihi..
mungkin time-time bukan exam,
kami yang bukan yang jenis kuat study ni dok lepaking je kijanya,
tapi bila dekat nak exam,
budaya belajar kat mrsm memang terselah.
semua akan study,
kat celah-celah mana pon study+bawa buku.
hihi..
so, memang psiko la sape yang tak study tu kan.
jadi budaya ni la yang tika rasa boleh buat kami lebih skor dari sekolah lain.
macam kat sekolah biasa,
mungkin belajar di rumah,
kita tak ada nak psiko ngan sape-sape pon.
psiko ngan adik/kakak/abang/abah/mak yang tengok kartun+sinitron+carekarama ada la.
jadi komfem la yang nak study jadi xnak.
kannnnn..
so kesimpulan kat sini, 
budaya belajar tu penting.
macam pelajar yang bukan berada di sekolah berasrama,
tika sarankan,
berkawan la dengan kawan-kawan yang kuat study,
atlis time-time nak exam.
bukan pe,
ni untuk amik aura dia+terpsiko dengan kerajinan beliau-beliau.
sekali gus,
kita akan belajar sekali.
so, kat sini, jelas lagi tersuluh la pengaruh rakan tu penting.
jadi, 
untuk adik-adik yang masih belajar kat luar sana, 
pilih lah kawan yang terbaik,
jadi kawan yang baik untuk kawan anda.
tak dak masalah untuk kita enjoy dalam hidup,
tapi seimbangkan,
time nak exam, kita belajar la betul-betul.
(hihi..macam motivator x?..haha)
oh, bebalik pada result spm,
alhamdulillah,
tika berjaya dengan cemerlangnya..
hihi..
berapa skor?
hemm,
xde la sehebat kawan-kawan yang kijenya study je slalu tu.
hihi.
boleh la.
perlu ke mention kat sini?
hihi.
ok la,
tika dapat 7a, 1 b, 2c(fizik+kimia yang selalu fail tu..)
tiada ape pon nak dimalukan dan dibanggakan dengan result spm tu.
bagi pandangan tika,
itu semua tak menentukan apa-apa pun.
kuantitatif semata-mata.
apa yang penting, 
hala tuju kita selepas itu,
pilihla institusi-institusi + bidang-bidang yang betul-betul kita minat.
yang tidak menyusahkan kita,
yang kita rasa kita boleh ikut, 
kita boleh terima dan belajar sehingga bila-bila.
walau kita masuk harvard atau cambridge university sekali pon,
kalau kita tak boleh terima apa yang kita belajar,
kalau kita tak suka apa yang kita belajar,
semua tu sia-sia.
kerana itula yang menjadi landasan hala tuju kita yang sebenarnya,
berjaya atau tidak kehidupan+pelajaran bergantung pada masa ini.
kalau pandai kita buat pilihan, 
insyAllah kita berjaya dalam hidup.
belum tentu yang dapat 20 A tu boleh berjaya dalam hidup.
(pilihlah jalan yang lurus..haha,,tetibe)
walaupun tika dapat tawaran uitm machang dengan bidang perakaunan, 
(pilihan pertama dari 8 pilihan), tika tolak.
tika masuk matrikulasi tangkak. (perakaunan)
masa tu aim nak habiskan diploma kat situ dan sambung ambik education degree kat u.
tapi rezeki tuhan da letak untuk diri masing-masing.
rayuan untuk interview yang tika buat untuk masuk maktab diterima,
selepas interview, tika dapat masuk maktab di mana tika berada sekarang.
IPGKTI..
yaaa,, mungkin sesetengah guru mempertikaikan apa yang tika putuskan ini.
kate mereka, 
belajar penat-penat di mjsc, las-las masuk maktab??
opsyen BM/PJ/PSV saja?
hemm.
tak pa la cikgu-cikgu,
ini yang saya impikan,
menjadi seorang guru,
berkenaan opsyen tu,
saya boleh sambung lagi pengajian saya diperingkat master untuk mahirkan bidang bahasa.
betul tak?
jadi saya tak perlu malu untuk menjadi guru bahasa, 
kerana bukan mudah menjadi seorang guru bahasa.
berapa ramai guru subjek lain yang tahu tentang bahasa?
yang pakar tentang bahasa walaupun guru itu melayu?
jadi, 
saya akan buktikan saya mampu menjadi guru bahasa melayu yang dapat mendidik anak bangsa,
walau tak nampak di mata cikgu-cikgu tapi di mata Allah? Dia lebih mengetahui.
(luahan perasaan plak dah di sini..jauh lari tajuk..haha)

ape pon, 
saya tetap saya,
bangga menjadi bekas pelajar MRSM KUALA KRAI.
terima kasih semua guru yang mendidik saya dari dulu sehingga jadi manusia.
jasa cikgu saya kenang hingga akhir hayat dan yang baik akan saya jadikan teladan..

*dalam bilik guru SKMAJIDI BAHRU*

p/s: GURU PRINSIP AKAUN, CIKGU ROIHANA adalah PENCETUS MINAT SAYA MENJADI SEORANG GURU. TERIMA KASIH CIKGU..

 

youtuberartisssss

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥

wahh, 
sejak dua menjak ni,
ramai la artis-artis youtube yang dah muncul kat alam maya ni.
memang tak dinafikan, 
kemunculan mereka-mereka ini sebenarnya ada hubungkait yang rapat dengan artis kebanggaan tika,,
ho sape lagi kalau bukan yuna..
yuna memang ada pengikut yang ramai.
fans dia mak aihhhh.
xleh cakap la.
memang ramai,
tapi tak kisah sebab suara yuna memang world klas la kan.
tapi tika tak leh marah kat orang-orang yang tak suka dia.
semua ni subjektif.
kita boleh suka sorang tu dan boleh juga tak suka dia..
pernah sari tu, 
tika dalam satu program kat maktab,
sedang sibuk-sibuk siap kan kerja,
kami rehat seketika.
nak hilangkan penat,
tika on lappy,
buka lagu.
macam selalu,
memang hobi tika menyanyi sorang-sorang, 
(karok la kononnya..haha) 
kat mana-mana saja bila masa dan ketika tika bosan,,
so banyakla koleksi, koleksi video dari youtube berserta dengan lirik.
haha..
ok, bebalik pada cite tadi,
tengah rehat-rehat sambil tunggu makanan tu,
tika buka video yuna,
masa tu lagu yang popular sekarang,
'terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..'
jadi masa tu la ada yang kate tak suka yuna..
ok,,
tika xleh kata apa.
hihi.

so, sape yang minat najwa latif? tasha manshahar? keesamus? ainan tasneem??

by de way, banyak-banyak diorang ni, 
tika suka tasha manshahar, 
suara dia ok, bes jugak.
lagu-lagu pon ok,
comel-comel.
memang taste tika la lagu comel + kiut miut gtu.
huhu
dan keesamus, 
pon ok,
dia boleh bawa lagu yang slow,
nada rendah,
susah kot nak bawak lagu nada-nada rendah.. 
(amboi da macam adlin aman ramli dah.haha)
tapi, kengkadang, 
ade sikit sengau-sengau.
maybe tu trademark dia kot.
lagi-lagi masa dia nyanyi lagu 
nobody, nobody, but u..2
hihi..
 pastu, 
ainan tasneem tu, 
stakat ni, 
dia blom mencuti ati tika untuk suka pada lagu-lagu die..
sory dear.
keep it up..
hihi..
kesimpulannya, 
memang ramai le retis youtube skrg ni..
haaaaa.. lupe gitau,
tasha manshahar tuh dak maktab gak.
jangan kata bakal guru xleh menyanyi.
kami pon kena menyanyi lam kelas tau.
nak tarik minat murid.
macam ritu, 
saja tika tunjuk kan bakat deklamasi sajak lam kelas,
peh diorang punya sambutan lain dari lain.
hihi,
suke tauuuu..
hihi..
papepon, 
tika pasni nak jadi jugak retis youtube gituh..
opsss.
haha.
xde maknenye..
stakat karok depan lappy sorang-sorang sudah le kan.
hihi..

notakaki: kenape lau retis youtube ni memang pandai main gitar?
memang syarat-syarat nak jadi artis youtube ke?
hihi.
 

 

Search This Blog