Friday, October 12, 2012

emotions disorder

as salam and welcome..♥

serba salah?
start dua hari lepas,
kuliah da habis untuk semester ni,
jadi,
tika sangat rileks,
tapi kan,
peliknya,
tika asyik letih dan mengantuk,
tidurlah awal ke,
lambat ke,
mesti tetap letih dan mengantuk,
mulanya tu,
tika rasa mungkin ni sebab mind set la ni.
biasanya,
time free macam ni,
mesti minda da set awal-awal
nak cover tidur untuk ari-ari yang memenatkan sebelum tu.
tapi,
start minggu lepas lagi,
hati tika ni start rasa was-was.
malam-malam,
mesti rasa sakit kat bahagian belakang tengkuk,
nak kene picit sikit baru rasa lega.
perut asyik lapar ja,
biasanya kat bilik kalau da lapar 
tika telan magee ja.
tapi makan dua tiga mulut da xnak dah.
haisssshhh.
paham tak paham tak?
dan satu lagi,
tika selalu sakit perut,
rasa macam nak buang air besar.
tapi tak boleh. (sembelit).
jadinya,
tika pon startla baca artikel 
berkenaan awal kehamilan.
seriusly tak percaya tika akan baca bende-bende gini,
oh no..
dalam artikel tu,
betul la,
tanda-tanda yang tika alamai tu ada persamaan dengan 
tanda-tanda awal kehamilan.
oh nooo noooo..
semakin merisaukan diri.
bila tika gitau encik suami,
dengan hepi nya dia balas
"yeyyyyy,,dah nak jadi papa betul-betul"
wahai encik suami,
ini bukanla gurauan.
dan dia kata dia pon bukan bergurau.
tiba-tiba bila dengar dia hepi macam tu,
rasa serba salah.
macam-macam perasaan muncul.
hepi sebab dia hepi,
nerves sebab first time. (kalau betul la)
tapi, takut+risau .
sejujurnya saya memang nak 
sangat memiliki cahaya mata,
lagi-lagi,
orang kata bayi adalah tanda cinta kita pada suami.
eh eh eh.. hihi.
tapi tak boleh lagi.
bukan soal umur tika yang masih muda,
bukan soal tika nak jaga body ka apa. haha.
atau soal kewangan dan lain-lain.
tapi ni soal masa depan.eceh.haha.
ikhlas cakap,
bila terlintas ja rasa diri pregnant,
terus tika mengira-ngira 9 bulan.
haha.lawak dak?
ke normal?
kalau ikut 9 bulan tu,
kira bulan 7 tahun depan.
haishhh.
jangan wooo.
sayang sangat.
kalau masa tu,
lagi 4 bulan lagi untuk tika tamatkan pengajian 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN,
secara rasminya akan konvo dalam 3 4 bulan selepas tu.
tak pasal-pasal sebab cuti bersalin kena
extend 2tahun(sebab kat sini junior yang paling hampir beza dua tahun)
rugi-rugi.
yang sepatot habis 4bulan lagi,
da jadi dua tahun.
so apa pun,
belum pasti pon lagi saya seorang ibu mengandung sekarang.
hihi
ini hanyalah
andaian diri semata-mata.
tah-tah tika demam.
ye la sekarang kan musim hujan.
selalu sangat kene hujan masa tengah shooting drama CAS.
atau sebab pengaruh tengok ramai senior yang kawen tahun ni da pregnant,
or sebab ramai senior yang da kawen tahun lepas da selamat 
meneimang cahaya mata,
ayat sedapkan hati belaka .hihi
tak pun memang ada masalah lain.
sebab tahun-tahun  lepas pon,
tika selalu alami masalah constipation ni.
bila da xleh buang secara normal,
makanan akan naik ke atas (vomitting).
tika memang ada masalah usus ni tahun-tahun lepas.
baru jap tadi call encik suami,
tanya dia sama ada nak gitau my mum tak.
dia kata jangan dulu.
bende tak kompem apa lagi.
ok la sayang.
ape pon,
sejujurnya dalam hati ni
berharap sangat-sangat agar bende ni bukan kenyataan.
bukan kenyataan ok!.
tunggu la dulu setahun ja lagi.
lepas tahun 2013 nanti nak ngandung tiap tahun pon tak pa.
haisshh.
doa ka kalau macam ni?
hihi.
jangan la,
kang kene buat padang bola pulak depan rumah nanti.
huhu.
ape pon,
yang membaca,
tolong doakan tika selamat untuk menghabiskan 
pengajian di IPG pada tahun depan dan bukan 3 tahun depan.
tolong tau tolong tau.
hihi..



Search This Blog