Thursday, August 30, 2012

konvoi rumah terbuka

as salam and welcome..♥

esok jumaat.
31 ogos 2012.
esok kami ramai-ramai nak konvoi raya.
sangat tak sabar.
suami turut serta..yeyyy.
hihi
naik kete suami la ea esok..
bes.bes.
hihi
pastu terus balik rumah suami..
hihi..

pis comey incik suami.
sejak asyik photoshoot ni da pandai wat muka comey.
haha
gedikkksssss!haha

 

outdoor wedding photoshoot..26.8.2012

as salam and welcome..♥

dan hari terakhir yang memenatkan.
 shoot dekat Hutan Lipur Bukit Bakar.
waaaa.
sesat oowww.
tak pernah sampai sini walaupon selalu lalu masa dok ulang alik ke mrsm kuala krai dulu.
janji kol 9.30 kol 11 kami sampai.
hihi.
seb baik ada dua pengantin,
tak de la abang jari menunggu kami dengan geram.
haha.
sampai-sampai terus shoot.
masalah nya kan,
abang jari ni kata la,
kami ni susah nak senyum.
haha.
mahal sangat agaknya senyuman kami.
kalau senyum pon macam tak ikhlas.
hihi.
sorry la,
saya segan la.
yang kenal tika mesti tahu.
hahahaahaaha.
nak pecah perut je rasa.
leh pulak dia kata tak pe nanti dia edit bagi cantik.
tak nak la,
da sah-sah tu bukan real kan.
hihi.
tapi bes,
pengalaman kedua shoot kat outdoor gini.
terasa seperti model.
model tak bertauliah.
haha.
tapi bes.
rasa macam nak lagi.
tak de ke nak amik tika jadi model.
nakkkkk!
offer ni.
free pon tak pe.
tapi bukan model gigi.
yang tu saya tolak awal-awal.
haha.
dah dah.
sebelum melalut lebih,
jom yengok pic dari kamera murah tika.
memang agak tak cantik.
sebab tak di edit dan yang amik pic ni bukan la yang pro kan.
hihi.
sory anak sdara.










 

 

bertandang/ngatar nantu..25 Ogos 2012

as salam and welcome..♥

letih bersanding belum habis,
sambung lagi sari untuk majlis bertandang atau kat kelantan lebih familiar dengan panggilan
ngatar na'tu..
same je la tu maksud die.
hihi.
untuk hari ni agak rushing gak la,
tika kene bangun pagi-pagi sebab nak kene siapkan tugasan yang da disimpan oleh family.
kene dera basuh kawah.
haha,
biasa la tu,
pengantin kene dera kan,
sebab family tika tak nak buat catering,
al maklumla sorang je anak perempuan,
mak ayah kate nak rasa macam mana buat kenduri untuk anak pompuan.
so rewang la.
yang penat lepas kenduri pengantin jugakla.
nasib badan.
hihi.
3 kawah kami berdua kerjakan pagi tuh.
lepas siap ja,
makan-makan
dan siap-siap ke rumah sebelah lelaki awal daripada orang lain.
kul 10,
da janji nak dengan mua a.k.a make up artist.
huhu.
oh sebut pasal mua ni,
nantu tika nak buat entry khas tentang mua ni,
excited sebab mua tu sorang celebrity gak la.
yang betul-betul minat the red warrior dan ikuti cerita semua tentang playernye,
mesti kenal mua ni.
hihi..
nantikan entry itu, ;P
seperti biasa,
kami sampai lambat,
haha.
seb baik mua ni tak bising walopon hampir sejam menunggu,
maaf cik selebrity.
huhu.
dan lepas mua tu siap ja make up,
dalam setengah jam macam tu,
family sblah tika datang,
dalam kol 1 macam tu la,
masa tengah makan beradab,
atau sebelah johor ni panggil makan damai.
masa tu la Tan Sri Anuar Musa datang ke rumah mentua tika di Bukit Marak ni.
awwww..
bes yeee..
dapat peluang bergambar dengan beliau.
suke-suke..
rela tika dan din tinggalkan ayam golek dan udang di depan mata,
semata-mata nak bergambar dengan orang kuat bola sepak kelantan tu.
sebenarnya rumah beliau depan rumah mentua tika.
sebab tu dia datang.
hihi..
ok,
jom tengok pic dari kamera cabuk saye..
 tak banyak pic yang ok,
tunggu pic ok dari op la ea..
hihi.
biras baru.. hihi.
 oh lupa,
dulu-dulu dalam entry lama rasanya tika pernah cite yang majlis bertandang dua pengantin kan.
din dan abang die.
so ni la isterinya.
nampak macam tika lagi matured kan?
hihi.
ni akak ida ok.
dia 27 dan saya 22.
tapi jelas tak saya lagi matang?
memang la.
saya kot.haha
ni tah anak sape tikah rampas.dah din dok layan kawan-kawan,segan lak nak join.hihi,ngasuh jap.

pengantin dengan kawan-kawan din kat company die..

tadi tika ngan baby, ni din lak ngasuh baby, dak ni suke tiru gaye orang,gwam tol,da la putih.hihi
 tapi,
ari tu tika leh kata 3 4 orang baby gak la tika dok bergilir ngasuh.
sama ngan din pon.
anak kawan-kawan dia n sdara dia.
haiiiii.
jangan buat pasal noh.
bukan tak nak,.
tak leh lagi.
tengah blaja.
 tak sabarrrr.
hihi..
ok ni je dulu k,
........


 

sanding/resepsi/blarok..24 Ogos 2012

as salam and welcome..♥

malam jumaat akad nikah,
jumaat tu plak majlis persandingan/ perkahwinan/ resepsi/ blarok.
pilih sendiri yang mana kalian faham.
sama je sume tuh.
hihi..
sebenanrnye banyak yang mendukacitakan masa ari ni,
tapi takpe,
tika taip yang bes-bes je dulu untuk entry ni.
kan da cakap banyak sangat nak dikongsikan ni,
tak tau nak taip mana satu dulu.
nak senang,
tika pecah-pecahkan cerita,
baru nampak macam rajin jek naip dan pos entry.
kannnn.
hihi..
yang bes mula-mula skali,
kawan-kawan sekolah menengah,
mrsm kuala krai,
ramai yang datang,,
wooohooooo.
bes.
lame tak jumpe.
leh jumpe.
bak kate diorang.
reunion+rumah terbuka aidilfitri+tika kawen.
boleh la.
asal korang datang.
ada yang sempat tika salam-salam dan bergambar,
dan ada yang tak sempat.
sory ea untuk yang tak sempat tu,
maklumla pengantin perempuan tak leh turun selagi pengantin lelaki tak datang kan,
hihi.
mak ayah n bang kata,
ada gak dekat tiga ratus kawan-kawan termasuk sekolah menengah, maktab, dan kawan sekolah rendah.
thanks sume yang datang memeriahkan lagi majlis tika.
cikgu mrsm pon ada datang.
thanks tau ckgu yang paling rapat zaman sekolah dulu,
cikgu pj la kan,
atlet sekolah la katakan,
hihi.
cikgu Ku Ismawizan.
thanks sangat.
tak sangka cikgu datang.
hemmm,,
tak tau nak cite ape lagi,
pic ngan kawan-kawan pon tak download lagi dari internet,
hihi.
tengok pic dari kamera fon buruk tika dulu je la yekkkk..
=)


 
sempat snap ni jek la,
masa ni pengapit tersayang busy melayan kawan-kawan yang datang,
almaklum la,
kami satu sekolah,
thanks banyak-banyak untuk my besfren yang da tika anggap macam adik kembar tika sendiri da.
nanti tika letak pic banyak-banyak kami due je plak.
hihi,
luv u yang nazirawati ibrahim..

;)
 
 

akad nikah..23 Ogos 2012

as salam and welcome..♥

alhamdulillah.
lebih kurang jam 10.35 malam,
saya Siti Nur 'Atiqah bt Mohd Zukhi,
sah bergelar isteri kepada Mahyudin bin Abdullah.
oh lupa,
dengan dua kali lafaz.
hihi..
dua kali ok,
nerves katenye,
hihi..
yang lawaknya,
boleh pulak mintak ngan tok imam,
sekali lagi boleh tok?
padahal tok imam tak kata pon tak sah lagi.
hihi.
tak pe la abang,
asal sume setel..
hihi.
syukran ya Allah.
perkenalan selama hampir enam tahun setengah,
berakhir ke jinjang pelamin.
memang tak pernah duga langsung,
qado' dan qadar.
Dia dah tentukan segalanya,
kita rancang Dia tentukan. 
amin,
semoga ikatan ini hingga ke liang lahad.
semoga tuhan berkati ikatan ini,
 jaga isteri abang seperti mana abang jaga tunang abang sebelum ni.
=)

salam suami dulu,,, ;)
pakaikan gelang..
pakaikan cincin..
hemmmm..hihihi..
dan ni pic gedik before majlis.
before sesi-sesi drama titiskan air mata bagaikan..
masa ni tak nerves lagi ok, boleh la posing-posing sume,,huhu


 
 

lega

as salam and welcome..♥ 

alhamdulillah..
dah boleh rasa lega sekarang.
sebenarnya tak tau nak mula dari mana.
macam banyak sangat benda nak taip je ari ni.
yang manis ada,
yang pahit ada.
yang masam ada.
tiga rasa la leh kata.
haha.
ape pon.
tika dah leh tarik nafas panjang-panjang,
sedut dalam-dalam,
hembus slow-slow.
hihi.
LEGA!
dah bergelar isteri orang,
isterim kepada Encik Mahyudin bin Abdullah, 
no ic 86081327----..
hihi..
alamak,
yang tak besnye,
dah xleh panggil cik atiqah la pasni kan,
terasa tua la.
Puan Atiqah.
hiihii.
ape pon tak pa la kan.
asal semua selamat.
lepas ni rasa lebih selesa untuk kuar makan,
date atau berjalan bersama,
kalau ada lagi yang marah-marah,
aku lempangla.
huhu.
ok da,
nex entry lak.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-





nak pic ke?
nanti la.
entry lain.
hihi..
 
 

Search This Blog