Thursday, March 14, 2013

praktikum praktikum

as salam and welcome..♥

minggu yang sangat busy.
tiga observation berturut setiap hari.
agak letih tetapi tika perlu habiskan observation secepat mungkin.
kalau dah habis cepat,
barulah boleh enjoyyyyyy.
yiihaaa..
enjoy la sangat kan.
puan gb sudah mengarahkan beberapa tugas oww.
mural la lagi.
haisshh, 
setiap sekolah memang nak kena buat mural.
tau tau je saya terer.
haahaa.
terer menconteng dan meusnahkan dinding sekolah la kot.
vandalisme namanya tuh.
kikiki.
ape pon,
perlu menunjukkan prestasi yang baik di sekolah ni.
lagi-lagi gb sekolah ni pandang tinggi kat kitorang stakat ni.
selalu puji kata prestasi baik la,
sangat memberi kerjasama la.
pensyarah la bagitau, 
sebab gb yang dok puji kami.
terangkat-angkat je rase.
haha.
dan hari ini,
apabila tak dinilai,
relief dari kol 8.30-12..
terbaik...
bye-bye.
nak g relief.
toink toink.
hihi.
salam.

 

Saturday, March 9, 2013

22 + 1 = 23

as salam and welcome..♥

 22 + 1 = 23
kikiki,,
pengiraan apa pula tu kan?
huhu, sebenarnya 7 Mac ari tu genap la umur saya 23 tahun.
hoho,, bertambah satu lagi nombor pada usia saya.
masih tek percaya lagi dah 20-an..
kiki,,
ni befday pertama selepas bergelar isteri orang.
hemmm..
ade beza or x?
sama saja,
cuma bila da bersuami ni,
celebrate dengan suami je la.
dulu dengan kawan-kawan kan.
ape pon,.
kami xcelebrate besar-besar pon.
iA 16hb ke genting.
tu pun sebab family day company suami.
tapi kena bayar jugak,
tak pergi pun kena bayar balik pula.
haissh poning tika dibuatnya.
16hb lak sekolah ganti.
haduyaiii..
nak tak nak kene pilih salah satu.
mc menipu la jawabnya ni.
hahahaaa.
ok, 
tika kat sekolah ni.
memang rajin kan,?
pagi2 cikgu lain belum sampai tika  da sampai,
petang2 kol 5 6 masih di sekolah, 
ape pon,
suka dok kat sekolah ni,
tenang saja rasa..
ok,
nak sambung kerja.
salam.
 

Tuesday, March 5, 2013

tugasan kkbi bimbingan dan kaunseling-refleksi teknik inventori

as salam and welcome..♥ 

(tugasan kkbi bimbingan dan kaunseling-refleksi teknik inventori)

4.0 Refleksi kesan penggunaan teknik intervensi dalam sesi temubual

Kami telah mengaplikasikan salah satu teknik intervensi iaitu mengenal personaliti melalui lukisan yang mana terdapat dalam Teori Kuadran yang diperkenalkan oleh Joles semasa sesi temu bual bersama XXX murid tahun tiga Usaha, Sekolah Kebangsaan XX. Semasa teknik intervensi ini dijalankan, kami menggunakan lagu Ayah dan Ibu oleh Sudirman bagi meransang XXX untuk berada pada minda tanpa sedar. Setelah mendengar lagu tersebut, kami meminta xxx untuk melukis wajah seseorang inidvidu yang dibayanginya semassa lagu diperdengarkan. Ini untuk membawa xxx kembali kepada minda sedar. Selepas itu, kami menjelaskan personaliti dirinya berdasarkan apa yang dilukis dan menghubungkaitkan personaliti tersebut dengan perwatakannya sepanjang pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas.
Setelah menggunakan teknik intervensi yang disarankan dalam Teori Kuadran oleh Joles ini, boleh dikatakan hampir 80 peratus ciri personaliti yang dinyatakan sama dengan personaliti dan perwatakan XXX yang sebenar. Hal ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam kelas berlangsung serta melalui maklum balas daripada temu bual tentang murid ini dengan guru kelasnya semasa XXX berada di tahun satu dan tahun 2. Personaliti yang pertama yang dapat dikesan melalui intervensi lukisan ini ialah kuat berusaha dan gigih. Jika dilihat di dalam lukisan yang dilukisnya, XXX banyak menggunakan sebelah atas pada kertas lukisan. Ini sangat terbukti kerana di dalam kelas, XXX sememangnya dilantik sebagai penolong ketua kelas kerana sikapnya yang rajin dan gigih berusaha. Selain itu, semasa pdp Pendidikan Seni Visual dijalankan XXX juga diperhatikan merupakan seorang yang gigih melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan walaupun kadang-kadang apa yang dilakukannya tidak berhasil. XXX tidak mudah berputus asa, malah mencubanya buat kali yang berikutnya.
Begitu juga dengan personaliti yang seterusnya iaitu banyak idea. XXX sering bertanyakan soalan dan menyumbangkan idea semasa pdp dijalankan. Namun begitu, kadang kala apabila pdp dijalankan, didapati XXX seolah-olah suka bersendirian dan ada waktunya dia seorang yang sukar untuk didekati. Tidak hairanlah jika di dalam kelas, XXX ditempatkan berseorangan di kedudukan paling belakang di dalam kelas. Kemudian, dia dipindahkan pula di sebelah murid lelaki di dalam kelasnya. Apabila menemu bual guru kelasnya, kami diberitahu bahawa XXX seorang murid yang sukar dijangka kerana sikapnya di dalam kelas kadang kala mengikut ‘mood’ yang tersendiri. Kadang kala dia mudah didekati dan gigih berusaha tetapi kadang kala dia seolah-olah seperti tidak fokus pada pdp dan ingin bersendirian.
Personaliti suka bersendirian ini menepati dengan ciri personaliti seterusnya dalam intervensi lukisan yang dilakukan iaitu suka mengikut perasaan. Hal ini demikian kerana dalam lukisan yang dilukis XXX, pemberatan lukisannya banyak ke sebelah kiri. Apabila ditanya kepada XXX sama ada dia suka membuat sesuatu mengikut perasaan, dia mengakuinya. Di tambah dengan maklumat daripada guru kelasnya yang mana XXX seorang murid yang mengikut ‘mood’ semasa pdp dijalankan, maka jelaslah bahawa ciri personaliti yang dinyatakan dalam Teori Kuadran membantu kami mengenali XXX dengan lebih tepat. Dalam teori Kuadran juga dinyatakan bahawa individu yang banyak menggunakan sebelah kiri di dalam lukisan yang dilukis ialah seorang yang  memerlukan ransangan. Perkara ini jelas terbukti semasa sesi temu bual dijalankan. XXX boleh bercerita dan meluahkan apa yang terpendam di benak fikirannya jika diransang melalui soalan-soalan terbuka serta penggunaan parafrasa dan dorongan minima yang diberikan. Begitu juga semasa di dalam kelas. XXX lebih suka ke hadapan untuk bertanya apa yang perlu dilakukan semasa aktiviti penghasilan produk seni visual dilakukan. Apabila didemonstrasikan, dia mendapat ransangan dan acuba untuk melakukan sendiri walaupun tidak dapat melakukan dengan tepat. Ini membuktikan bahawa inventori ini sangat membantu kami mengenali XXX dengan lebih dekat.
Selepas temu bual di jalankan, saya telah menggunakan hasil personaliti yang diperolehi daripada inventori yang dijalankan untuk memotivasikan XXX agar sentiasa datang ke sekolah dan berusaha dalam pelajaran untuk membantu bapanya yang telah berpisah dengan ibunya. Kesan daripada inventori ini juga dapat menyedarkan XXX bahawa dia sebenarnya seorang murid yang gigih dan rajin berusaha. Personaliti positif yang dapat dikenal pasti daripada inventori ini telah kami gunapakaikan untuk menggalakkan XXX untuk terus berusaha dalam pelajarannya memandangkan dia ada mengatakan yang dia berasa sedih kerana adiknya yang masih kecil dan belum pandai dalam pelajaran. Oleh itu, kami menyedarkannya untuk memajukan diri dalam pelajaran memandangkan dia seorang yang gigih dan kuat berusaha. Pada akhir sesi temu bual ini, kami dapati XXX lebih bermotivasi untuk terus belajar dan datang ke sekolah kerana gembira dengan personaliti dirinya yang telah dikenal pasti melalui inventori yang telah dijalankan.
 

 

tugasan kkp bimbingan dan kaunseling

as salam and welcome..♥

(tugasan kkp bimbingan dan kaunseling..pengenalan sahaja)

1.0 Pengenalan
Kaunseling merupakan satu perhubungan bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi berkesan, saling menghormati, penerimaan kliean secara tulen, penumpuan kepada keperluan dan masalah klien. (Boy dan Pine : 1968).
Menurut Profesor Dr. Othman Mohamed (2000), Kaunselor bimbingan dan kaunseling Universiti Putra Malaysia (UPM), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Menurutnya lagi, bimbingan melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat yang sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bimbingan diberikan bagi menentukan kebajikan dan perkembangan diri seseorang individu atau beberapa orang individu. Manakala, kaunseling pula menurut Shertzer and Stone (1968) ialah  satu proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
Choong Lean Keow di dalam bukunya, Siri Pendidikan Guru, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (2010), terdapat dua belas prinsip bimbingan dan kaunseling. Salah satu daripadanya ialah semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukannya. Justeru, tugasan projek bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kanak-kanak sangat bertepatan dengan prinsip ini yang mana kami perlu memilih seorang murid dan mengadakan sesi temu bual dengannya untuk memastikan masalah yang dihadapinya.
Kami telah memilih seorang murid tahap satu daripada kelas 3 Usaha, Sekolah Kebangsaan Bukitr Lintang, Kota Tinggi iaitu Nurin Erina Syazwani. Murid ini dipilih untuk ditemubual kerana dia tidak hadir ke sekolah selama empat hari berturut-turut pada 14 sehingga 18 Februari 2013. Hal ini membuatkan kami  terpanggil untuk mengetahui punca tersebut memandangkan salah seorang daripada kami adalah guru mata pelajaran Dunia Seni Visual yang mengajarnya malahan kami dimaklumkan bahawa sebelum ini juga dia sering kali tidak hadir ke sekolah.
Setelah mendapatkan kebenaran daripada guru kelas serta guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, kami telah menjalankan temu bual bersama Nurin Erina Syazwani. Dalam temu bual tersebut, kami telah mengaplikasikan salah satu teknik intervensi iaitu mengenal personaliti melalui lukisan yang mana terdapat dalam Teori Kuadran yang diperkenalkan oleh Joles. Semasa teknik intervensi ini dijalankan, kami menggunakan lagu Ayah dan Ibu oleh Sudirman bagi meransang Nurin Erina Syazwani untuk berada pada minda tanpa sedar. Setelah mendengar lagu tersebut, kami meminta Nurin untuk melukis wajah seseorang inidvidu yang dibayanginya semassa lagu diperdengarkan. Ini untuk membawa Nurin kembali kepada minda sedar. Selepas itu, kami menjelaskan personaliti dirinya berdasarkan apa yang dilukis dan menghubungkaitkan personaliti tersebut dengan perwatakannya sepanjang pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas.
Semasa sesi temu bual dijalankan, kami mengaplikasikan beberapa kemahiran melayan dan kemahiran asas kaunseling yang telah disarankan di dalam buku Siri Pendidikan Guru, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (2010), yang ditulis oleh Choong Lean Keow. Antara kemahiran melayan yang digunapakaikan ialah ciri-ciri tingkahlaku yang terkandung dalam akronim SHOVELER iaitu S (pandang terus ke arah kanak-kanak), H (anggukan kepala), O (kedudukan badan yang terbuka), V (percakapan), L ( condong badan ke hadapan), E (kontek mata), dan R (berada dalam keadaan releks). Selain itu, jarak dan kedudukan antara guru dan murid juga penting untuk menimbulkan keselesaan murid. Kami juga menggunakan intonasi suara dan ekspresi muka yang pelbagai di samping sentiasa senyum agar Nurin lebih selesa untuk berkongsi masalahnya.
Kemahiran asas kaunseling yang diaplikasikan semasa sesi temu bual  dijalankan pula seperti menggunakan soalan-soalan terbuka untuk menggalakkan Nurin berkongsi masalahnya. Kami juga banyak menggunakan parafrasa serta dorongan minima untuk menggalakkan Nurin bercerita. Hal ini demikian kerana, Nurin adalah murid tahun tiga yang memerlukan ransangan untuk berkomunikasi. Kami menggunakan refleksi perasaan untuk menyampaikan mesej kepadanya bahawa kami bukan sahaja memahami malah berempati terhadap perasaannya. Kami juga membuat rumusan pada akhir sesi temu bula ini untuk mengenalpasti punca utama masalah Nurin tidak hadir ke sekolah. Selain itu, rumusan juga dilakukan untuk memotivasikan Nurin agar diaa lebih mementingkan persekolahannya selepas ini serta berubah daripada personality yang negatif kepada yang positif.

 ~harap membantu~
 


 

tugasan kkbi BMM3114.

as salam and welcome..♥

( tugasan kkbi BMM3114..soalan 2.)

2.0       Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu
Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya’.  Perkataan 'budhi' yang dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal.  Perkataan 'daya' pula ialah perkataan melayu Polinesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.  Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.
Kamus Dewan (2005), pula mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya.  Tegasnya, budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
Dictionary of Philosophy (1996), memberikan maksud budaya sebagai
"The way of life of people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity.  Cultural features of forms of life are learned but are too pervasive to be readily noticed from within"
Pengertian masyarakat pula boleh dilihat dari berbagai-bagai sudut.  Dalam penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai kelompok individu.  Secara umum, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009) , dalam artikelnya yang bertajuk Konsep Masyarakat dalam Hubungan Etnik, masyarakat  membawa maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.  Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Vatoni LV (2012) , dalam sebuah laman sesawang ada menyatakan  kebudayaan sangat erat hubungannya dengan masyarakat.  Menurutnya lagi, Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski mengemukakan bahawa segala sesuatu yang terdapat dalam masyarakat ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki oleh masyarakat itu sendiri.  Menurut Edward Burnett Tylor, kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan kemampuan-kemampuan lain yang didapat seseorang sebagai anggota masyarakat.

2.1       Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Politik.
Dalam satu laman sesawang yang ditulis oleh Arif Hertanto, belia telah menulis pendapat-pendapat daripada beberapa orang tokoh tentang definisi budaya politik.   Menurut Almond dan Verba, budaya dari sudut politik merupakan sikap orientasi yang khas dari warga Negara terhadap sistem politik.  Manakala, Samuel Beer pula mentafsirkan budaya dari sudut politik sebagai nilai-nilai keyakinan dan sikap-sikap emosi tentang bagaimana pemerintahan seharusnya dilaksanakan dan tentang apa yang harus dilaksanakan oleh pemerintah.  Rusardi Kantaprawira pula mendefinisikan budaya politik sebagai persepsi manusia, pola sikapnya terhadap berbagai-bagai masalah politik dan peristiwa politik ke dalam pembentukan struktur dan proses kegiatan politik masyarakat mahupun pemerintahan.
Di Malaysia, budaya dari aspek politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan pentadbiran yang dijalankan di Negara ini.   Di Negara kita dapat lihat kepelbagaian politik di Negara ini yang merangkumi pelbagai kaum.  Pluralisme masyarakat di Malaysia menjadikan Negara ini mempunyai pelbagai bentuk dan corak acuan parti politik yang dipimpin mengikut pelbagai kaum.  Namun hal ini masih di dalam kawalan kerana masyarakat di Malaysia masih mempunya nilai-nilai patriotisme, hormat menghormati, serta menghargai antara satu sama lain.  Namun begitu, pengaruh penjajah sebelum ini telah menhyebabkan kita mengamalkan pemerintahan dan pentadbiran demokrasi. 


2.2       Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Sosial.
Dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan sudut sosial.  Antaranya ialah agama dan kepercayaan.  Orang Melayu hampir seluruhnya beragama Islam.  Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Islam tidak dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut.  Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan melayu juga dapat dilihat dalam amalan adat istiadat.  Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam Melayu. 
Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan.  Melalui “principle of co-existence” ini orang Melayu dapat menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang bertentangan tapi terus diamalkan.  Sistem kekeluargaan dan perkawinan juga boleh dikategorikan dalam aspek sosial bagi kebudayaan melayu.  Dari segi kekeluargaan, masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok. Kelompok pertama ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan kelompok kedua ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu (matrilineal system).  Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan Islam.
Seterusnya, kebudayaan melayu juga boleh dilihat dari sudut kesenian.  Dalam masyarakat Melayu seni dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu seni persembahan seperti tarian, nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, dan kuda kepang serta seni tampak seperti seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan, anyaman dan lain-lain.  Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbaga-bagai unsur tempatan dan luar.

2.3       Konsep Budaya, Masyarakat, Kebudayaan Melayu Dari Sudut Ekonomi.
 Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.
Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah diperkenalkan antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan ar-Rahnu.
Budaya malayu dari sudut ekonomi di Malaysia boleh dilihat berdasarkan aktiviti yang dijalankan masyarakat melayu di Negara ini.  Bagi orang Melayu yang tinggal di desa, majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan.  Aktiviti pertanian termasuk mengusahakan tanaman padi, kelapa sawit, kelapa, dan tanaman campuran.  Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi dalam kalangan orang Melayu secara keseluruhannya masih rendah dibandingkan dengan penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan melayu, terutamanya orang Cina.  Tetapi kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan menjadi ahli korporat.  Ramai yang tinggal di bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu juga, ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, sama ada universiti di dalam mahu pun di luar negara.




3.0       Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu.
Abad ini, dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Gelombang ini melanda masyarakat di peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Di Malaysia, gelombang ini turut berkembang pesat sehingga masyarakat di Negara ini semakin maju bersama arus kemodenan.
"Sesungguhnyalah, budaya Melayu hari ini menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman pada zaman global yang begitu pesat bergelora akibat pengaruh kuat media massa, akibat serangan hebat budaya moden asing dalam segala bidang termasuk seni budaya, perilaku manusia, bahasa dan lain-lain.”
Puan Azah Aziz, Tokoh Budaya. (2007).
Menurut Ahmad Azizi (2010) di dalam penulisannya di laman sebuah laman sesawang  gelombang kepesatan perkembangan budaya ini juga dapat dikenali sebagai fenomena budaya popular.  Menurutnya lagi, fenomena budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan menjadi sebahagian penting dalam kehidupan masyarakat moden kini. Fenomena ini yang dikatakan dapat mempengaruhi pembinaan peradaban manusia tidak dapat dinafikan. Secara sedar atau tidak, sebenarnya gelombang kepesatan perkembangan budaya ini telah menjadi cabaran dan ancaman dalam melestarikan kebudayaan melayu.
Secara khususnya, boleh disimpulkan bahawa kepesatan fenomena budaya popular ini telah menjadi cabaran dan ancaman yang paling hebat dalam melestarikan kebudayaan melayu yang semakin lama semakin dilupakan oleh masyarakat hari ini. Fenomena ini telah mempengaruhi banyak aspek dalam kebudayaan melayu terutamanya dari sudut, ekonomi, sosial, serta kesenian dan kesusasteraan.

‘Sikap orang Melayu yang ghairah meniru dan mudah terpengaruh mencelarukan lagi suasana.”
Puan Azah Aziz, Tokoh Budaya. (2007).
Pertanyaan oleh Tokoh Budaya 2007 ini membuktikkan bahawa sikap orang Melayu sendiri yang terikut-ikut dengan pengaruh budaya asing sebenarnya punca utama kebudayaan melayu sukar untuk dilestarikan.

3.1       Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Ekonomi
            Secara sedar atau tidak, pembangunan ekonomi banyak memberi cabaran dan ancaman dalam melestarikan kebudayaan melayu. Hal ini demikian kerana, terdapat begitu banyak cabang ekonomi yang telah dikembangkan di Malaysia yang pada dasarnya dibawa masuk dari negara-negara luar terutamanya Negara barat seperti Amerika Syarikat serta negara-negara asia seperti Korea dan China untuk tujuan mengikut ‘trend’ masa kini.  Tetapi hakikatnya, ‘trend’ tersebut sebenarnya telah menghakis sedikit demi sedikit budaya melayu yang ada dalam masyarakat di Malaysia ini. 
Dalam masyarakat moden kini, kita dapati keperluan-keperluan asas semakin bertambah bergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat.  Misalnya, pakaian sebagai keperluan asas.  Pada hari ini, orang ramai yang memilih pakaian mereka, tidak lagi menitikberatkan tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu iaitu pakaian yang sopan atau secara khususnya menutup aurat. Tetapi kini orang ramai berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan.
Pengaruh-pengaruh dari barat dan Korea terutamanya menjadi kegilaan dalam fesyen masyarakat melayu hari ini.  Jika dibandingkan dengan pemakaian dalam budaya melayu, hal ini sebenarnya telah banyak terpesong dari cara orang melayu berpakaian. Oleh sebab citarasa masyarakat pada hari ini lebih mementingkan fesyen yang terikut-ikut dengan fesyen dari barat dan Korea, hal ini telah menyebabkan pengusaha-pengusaha kedai mahupun butik pakaian yang menjual pakaian yang mengikut ‘trend’ ini semakin banyak seperti cendawan yang tumbuh selepa hujan. Oleh hal yang demikian, budaya pemakaian masyarakat melayu yang dahulunya lebih menkenakan kesopanan sedikit sebanyak akan terhapus akibat pembangunan ekonomi yang tercetus akibat citarasa masyarakat melayu itu sendiri.
Di samping itu, pengamalan sistem ekonomi secara kapitalis yang menjadikan faedah atau riba sebagai asasnya juga menjadi satu cabaran dan ancaman dalam melestarikan budaya melayu.
“Aliran-aliran yang ingin melemahkan pengaruh nilai-nilai budaya, agama dan moral tempatan itu dibawa masuk oleh unsur-unsur ekonomi kapitalistik tempatan atau antarabangsa yang mementingkan keuntungan kewangan semata-mata tanpa mempedulikan isu tanggungjawab sosial atau moral.”
 Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan, Panel Pemikir Islam Hadhari.
Berdasarkan kata-kata Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan, Panel Pemikir Islam Hadhari di dalam satu laman sesawang, ini membuktikan bahawa pengaruh ekonomi kapitalis yang dibawa masuk oleh penjajah pada suatu masa dahulu sedikit sebanyak mempengaruhi perubahan cara kebudayaan melayu terutama dalam aspek ekonomi.  Jika pada dahulunya, masyarakat melayu lebih ditekankan dengan sistem perniagaan yang lebih telus contohnya sistem barter yang menggalakkan sistem tukar barang suka sama suka dan biasanya barang tersebut mempunyai nilai yang hamper sama, tetapi kini  ekonomi yang dijalankan lebih dipengaruhi oleh sistem ekonomi luar, ekonomi yang menekankan faedah ini diberi keutamaan. 
Contohnya dalam berhutang, penghutang dikenakan faedah sebanyak beberapa peratus dari jumlah yang dipinjam. Ini sebenarnya menindas penghutang dengan faedah yang dikenakan.  Walhal dalam Islam, berhutang  bukanlah bertujuan untuk mengambil keuntungan, tetapi untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan semata-mata.  Sebenarnya, sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh barat ini telah banyak menghapuskan norma-norma Islamik dalam masyarakat melayu sehingga hari ini.  Namun, sekarang masyarakat melayu sudah mempunyai pilihan untuk berurusan secara Islamik ataupun bukan. Hal ini kerana, kerajaan telah mula memperkenalkan sistem urusniaga secara Islamik yang berlandaskan syariat-syariat Islam.

3.2       Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Sosial      
            Secara keseluruhannya, cabaran dan ancaman dalam melestarikan kebudayaan melayu dapat dilihat dengan jelasnya dari aspek sosial. Antara cabaran dan ancaman sosial yang menyebabkan kebudayaan melayu sukar untuk dilestarikan adalah dalam pengamalan adat istiadat dan kepercayaan masyarakat melayu kini, pendidikan, dan sisitem kekeluargaan pada hari ini.
3.2.1   Adat Istiadat dan Kepercayaan
Masyarakat hari ini lebih terpengaruh kepada cara berfikir yang dianggap moden iaitu berfikiran terbuka.  Pemikiran yang terbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan masyarakat kita terhadap perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain.  Kebiasaannya, pantang larang dianggap sebagai sesuatu hukum dalam masyarakat Melayu yang wajib dipatuhi dan akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini oleh seseorang sekiranya melanggar pantang larang itu.  Cara berfikir seperti ini sudah mula berubah sejak kedatangan barat dan menganggap perkara-perkara ini lebih kepada karut.  Masyarakat hari ini, terutamanya golongan belia sudah tidak mahu mengikut adat atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat melayu sejak zaman dahulu kerana dianggap akan dipandang kolot oleh rakan-rakan sebaya mereka.
3.3.2   Pendidikan
Pada hari ini, pendidikan adalah satu perkara yang paling diutamakan oleh semua individu kerana tanpa pendidikan seseorang sukar untuk menonjolkan diri dalam kehidupan sebenar dan mungkin sukar untuk menyara kehidupannya sendiri.  Oleh itu, masyarakat hari ini bertungkus lumus mencari pendidikan yang sempurna untuk tujuan tersebut.  Namun begitu, tanpa kita sedar, sebenarnya masyarakat hari ini kurang menekankan pendidikan yang memfokuskan terhadpa kebudayaan melayu.  Hal ini sedikit sebanyak dapat menenggelamkan kebudayaan melayu yang semakin hari semakin kurang difahami dan dikenali oleh golongan muda pada hari ini terutamanya.
“Kecenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat.”
 Chandra Muzaffar.
            Menurut Chandra Muzaffar, institut pengajian tinggi pada masa kini lebih cenderung untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik berbanding kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat. Justeru, tidak hairanlah pada hari ini golongan belia lebih fokus untuk mengejar karier mereka berbanding memilih jurusan yang berkaitan tentang kemanusiaan dan kemasyarakat.  Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan golongan yang lemah dalam pelajaran tidak mendapat peluang untuk menuruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi kerana tiadanya kursus yang menekankan tentang ilmu kemanusiaan dan kemasyarakat.  Sebenarnya, jika kursus sebegini diperkenalkan, sudah pasti Negara dapat melahirkan golongan belia yang mahir tentang kebudayaan melayu sekali gus dapat memperkembangkan budaya melayu pada generasi yang berikutnya.  Jika hal ini berlaku, kita boleh menarik nafas lega jika suatu hari nanti kita kehilangan golongan yang telah banyak mempertahankan budaya melayu di Negara ini. 
Selain daripada itu, pendidikan daripada teknologi juga adalah satu sumber pendidikan yang tidak kurang pentingnya kepada masyarakat pada hari ini.  Internet, umpamanya, membolehkan penggunanya menimba segala jenis ilmu pengetahuan dan maklumat dengan mudah, tetapi pada masa yang sama ia mengandungi banyak sekali maklumat yang bersifat destruktif, tidak bermoral dan bertentangan dengan nilai-nilai budaya dan etika umat beragama.  Pendedahan kanak-kanak, golongan remaja dan orang dewasa kepada bahan-bahan yang bersifat erotik dan lucah di dalamnya boleh menimbulkan sindrom ketagihan yang bakal merosakkan peribadi dan moral para penagihnya.  Begitu mudah dan cepat sekali bahan pornografi atau laman “adult” berada di depan mata untuk menggugat iman seseorang pengguna hanya dengan beberapa taipan kata kunci pada papan kekunci lalu diklik pada tetikus untuk melakukan “dosa di hujung jari”. 
“Baru-baru ini masyarakat Malaysia dikejutkan dengan penemuan Badan Bertindak Kesedaran Penderaan Seksual Kanak-Kanak betapa kanak-kanak dengan mudah terdedah kepada 1.5 juta laman web lucah.  Di samping itu kita diberitahu bahawa wujud 33 juta laman pornografi yang dikunjungi setiap hari oleh pengguna Internet seluruh dunia.”

Abd. Basit Bin Samat dan Mohd Rajiee Bin Idris, Fakulti Pendidikan Sains Sukan Universiti Teknologi Malaysia.

            Berdasarkan bukti yang dinyatakan oleh Abd. Basit bin Samat dan Mohd Rajiee bin Idris,  jelaslah bahawa pendidikan juga dapat menjadi ancaman dan cabaran dalam melestarikan kebudayan Melayu jika masyarakat hari ini tidak bijak menggunakannya.  Pendidikan yang sebenarnya sangat bernilai kepada individu akan menjadi satu titik hitam yang paling hebat jika kita tidak pandai mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.

3.2.3     Institusi Kekeluargaan
Budaya Melayu sangat mementingkan institusi kekeluargaan. Sejak dahulu lagi, orang melayu sangat menjaga perkara ini sehinggakan ada yang meletakkan institusi kekeluargaan adalah sesuatu yang bernilai dalam kehidupan.  Oleh hal yang demikian, sangat sinonim dengan orang melayu jika disebutkan setiap individu perlu menjaga maruah keluarga daripada tercemar.  Hal ini sebenarnya sedikit sebanyak menyebabkan masyarakat melayu berusaha untuk menjada nama baik keluarga masing-masing agar tidak tercemar dengan gejala sosial yang negatif.  Namun begitu, sejak akhir-akhir ini, Negara sering dihujani dengan berita negatif tentang isu pembuangan bayi dan seumpanya dengannya.  Hal ini sebenarnya terjadi akibat pengaruh kuat daripada barat yang telah banyak mengubah sistem institusi kekeluargaan di negara mereka.  Beberapa bulan yang lalu, barat mula menggantikan institusi kekeluargaan dan mengiktiraf bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional.  Perkara ini tidak sesuai sama sekali dengan masyarakat melayu yang rata-rata beragama Islam di Malaysia. 
Walaupun perkara ini masih belum berleluasa di Malaysia, namun masyarakat sudah mula terdedah dengan perkara yang tidak sewajarnya berlaku di dunia ini.  Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan perkara yang berlaku di barat ini telah melanda masyarakat Melayu seperti pengguguran, kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi.  Namun, perkara yang membimbangkan adalah kesan pengaruh ini terhadap masyarakat kita seperti  kemerosotan nilai-nilai kekeluargaan dalam kalangan generasi muda.  Jika perkara ini terus menjadi barah dalam masyakat melayu hari ini, kebudayaan melayu yang pada asalnya dikenali sebagai masyarakat yang bersopan santun serta bermaruah tinggi akan dipandang serong.







3.3       Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Kesenian dan Kesusasteraan
            Selain politik dan sosial, kesenian dan kesusateraan juga aspek yang penting yang perlu dititikberatkan dalam melestarikan kebudayaan melayu. Di Malaysia, antara ancaman dan cabaran yang dilihat menyukarkan kelestarian kebudayaan melayu adalah seperti bahasa melayu yang semakin kurang ditekankan dalam penggunaan seharian selain daripada tarian dan nyanyian, serta seni bina dan reka bentuk.
3.3.1   Bahasa
            “Sekiranya kita setuju dengan frasa ‘bahasa melambangkan bangsa’ kita pasti peka dengan peri pentingnya memartabatkan bahasa Melayu selaku bahasa yang telah dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan.”
Fudzail, Pelita Bahasa (2/99).
            Pernyataan di atas membuktikan bahawa bahasa adalah perkara yang paling utama dalam memartabatkan bangsa melayu.  Sekiranya bangsa melayu dapat dimartabatkan, sekali gus secara tidak langsung budaya melayu dapat dikekalkan dan diperkukuhkan.  Di Malaysia, penggunaan bahasa Melayu masih digunapakai oleh masyarakat di Negara ini namun penggunaanya tidaklah seperti mana masyarakat melayu pada suatu masa dahulu menggunakannya. Hal ini disebabkan oleh wujudnya 'trend' penggunaan bahasa yang seolah-olah berasaskan 'stratifikasi sosial' di mana bahasa melayu seolah-olah digunakan oleh kelompok berpendidikan rendah dan rakyat biasa, manakala kelompok atasan, elit, profesional, komuniti korporat dan mereka yang berpendidikan tinggi dari luar negara lebih mesra menggunakan bahasa Inggeris. 
Hal ini menyebabkan masyarakat terikut-ikut dengan gaya percakapan orang barat sehingga melupakan budaya melayu yang sering menggunakan bahasa yang lembut dan suka berkias.  Jika kita dengar percakapan remaja hari ini sangat merisaukan kerana mereka banyak menggunakan bahasa-bahasa yang kasar sehingga mungkin menyebabkan budaya luar yang mendengarnya memandang serong terhadap budaya melayu yang pada asalnya dikenali dengan budaya yang baik serta sopan percakapannya.  Masyarakat hari ini lebih gemar menggunakan bahasa rojak yakni mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris sehingga memeningkan golongan yang baru mempelajari bahasa Melayu untuk memahaminya.
3.3.2   Tarian dan Nyanyian
Selain daripada bahasa, tarian dan  nyanyian juga satu aspek lain yang menjadi ancaman dan cabaran dalam sudut kesenian yang telah menyukarkan kebudayaan melayu untuk dilestarikan.  Hal ini demikian kerana, fenomena budaya popular yang telah mempengaruhi masyarakat melayu hari ini membawa kesan kepada kelemahan kedudukan budaya Melayu tradisional. Minat orang ramai, terutama golongan muda terhadap warisan tradisi itu semakin berkurang.  Seni hiburan barat ini menjadi ikutan negara lain termasuklah Malaysia. Ini telah menyebabkan seni tradisional sudah mula dipinggirkan sehingga ke hari ini. 
Pada hari ini, Malaysia mula diperkenalkan dengan aliran-aliran muzik barat yang pelbagai.  Antaranya kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain.  Setiap aliran ini mempunyai identiti dan imej yang tersendiri.  Contohnya, imej penyanyi rock dan jazz adalah berbeza sama sekali.  Imej pemuzik aliran pop juga berbeza dengan aliran rap. Melalui kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah mendatangkan kesan buruk kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa barat ini sebenar sangat mudah mempengaruhi masyarakat melayu termasuk di Malaysia.
“Penyebaran budaya pop Amerika yang “menyegarkan pancaindera dan mematikan roh”.”
 Chandra Muzaffar.
            Berdasarkan pernyataan Chandra Muzaffar, jelas sekali bahawa budaya pop yang dibawa oleh pengaruh barat dapat menyebabkan budaya melayu akan terus lenyap kerana identiti serta imej yang bertentangan dengan budaya melayu itu sendiri.  Sebagai contoh, pemuzik ‘rock’ biasanya akan mengekalkan imej ‘rockers’ yang menggunakan seluar ‘jeans’ yang koyak, berambut panjang dan selekeh bagi lelaki.  Jika dibandingkan dengan budaya melayu, hal ini sebenarnya bercanggahan sama sekali kerana budaya melayu banyak mengikut cirri-ciri islam yakni lebih sopan dan bersih.
Sejak beberapa bulan yang lalu, dunia digemparkan dengan tarian ‘Oppa Gangnam Style’ yang dipopularkan oleh sebuah kumpulan dari Korea. Tarian ini telah menyebabkan seluruh dunia termasuklah Malaysia terikut-ikut dengan tarian tersebut. Tarian yang dikatakan mempunyai unsur-unsur negatif seperti unsur lucah menyebabkan tarian ini tidak sepatutnya menjadi kegilaan masyarakat melayu.  Galakan dari pihak kerajaan dengan membawa masuk tarian ini ke dalam Negara seolah-olah mengenenggahkan budaya asing yang bukan mengikut norma-norma budaya melayu.  Bukan itu sahaja, Negara juga banyak membenarkan artis-artis dari luar Negara masuk ke Negara ini membuat persembahan tanpa menapis terlebih dahulu corak persembahan yang bakal dipersembahkan.  Hal ini juga menjadi salah satu punca utama masyarakat hari ini terikut-ikut dengan budaya luar dan tidak lagi mencuba untuk mempelajari tarian dan nyanyian dalam kebudayaan melayu seperti zapin, inang, dan mak yong yang mempunyai nilai budaya yang sangat tinggi. 

3.3.3   Seni Bina dan Seni Reka Bentuk
Seni reka bentuk pula, boleh dilihat dari bangunan-bangunan yang dibina dengan rekabentuk yang dianggap moden oleh orang ramai.  Contohnya, Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat.  Selain itu, sesetengah reka bentuk binaan bangunan-bangunan yang terdapat di tempat kita ini juga adalah sebagai bukti pengaruh barat terhadap kita. Binaan bersenikan kebaratan boleh dilihat pada bangunan-bangunan baharu yang dibina dengan berkonsepkan kemodenan.  Selain itu, di Bandar Sunway contohnya terdapat bangunan yang berbentuk piramid yang menyerupai dengan unsur-unsur dari Negara Arab sudah lari daripada keseniaan melayu. Jika semakin banyak bangunan di Negara ini dibina mengikut corak binaan luar, sudah pasti generasi baru dan bakal berada di bumi Malaysia ini tidak kenal akan kekayaan seni bina dan seni reka melayu yang sebenarnya. 
Sepatutnya, bagi mengekalkan kebudayaan melayu, kita seharusnya membina bangunan dengan konsep kita sendiri.  Di Malaysia, seni bina dan seni reka bentuk yang paling sesuai adalah yang bermotifkan flora dan fauna.  Ukiran-ukiran boleh digunapakai di dalam rekaan seni bina bangunan penting di Negara ini.  Hal ini bukan sahaja dapat mengekalkan budaya melayu dalam masyarakat hari ini malah dapat memperkenalkan seni bina dan seni reka budaya melayu pada dunia.  Secara tidak langsung kita telah memperkenalkan budaya kita pada mata dunia.  

3.4       Cabaran dan Ancaman dalam Melestarikan Kebudayaan Melayu dari Aspek Politik
            Salah satu cabaran lain dalam pembangunan kebudayaan Negara kita ialah pendekatan politik yang berbagai-bagai dalam menyelesaikan persoalan dasar, konsep, dan tafsiran.  Menurut  A.Aziz.Deraman, dalam bukunya Asas pemikiran Kebudayaan Malaysia pada halaman 34 dan 35,  latar belakang dukungan pemimpin yang lahir daripada pelbagai-bagai latar sosiobudaya dan pendidikan mungkin menjadi faktor utamanhal ini terjadi.   Oleh hal yang demikian, pendekatan ke arah menyelesaikan masalah kadangkala menggunakan pendekatan perkauman atau kehendak yang cuba mempertahankan sosiobudaya masing-masing bukannya dalam konteks kebudayaan kebangsaan.  Justeru, ini adalah cabaran dan ancaman yang paling utama dalam melestarikan kebudayaan melayu di Negara ini.
 


~harap membantu~

 

Search This Blog