Showing posts with label b2b. Show all posts
Showing posts with label b2b. Show all posts

Friday, August 17, 2012

kampung oh kampung

as salam and welcome..♥

seriusly,
sangat tak sabar nak bertolak pulang ke kampung.
tapi bukan untuk raya.
hihi.
sila faham!
tettttttttttt..
hihi.
bukan pe,
tika ni anak perempuan tunggal.
hihi
tunggal perempuan ja,
abang yang tak hensem ada la sorang.
haha.
ampun abangku ampun..
nanti raya leh mintak maaf kan,
so nak buat angah marah puas-puas dulu boleh?
hihi.
berbalik pada tak sabar pulang kampung tadi.
tika nak kene settlekan banyak bende lagi sebenarnya.
hantaran nak kene gubah.
ari tu memang dah buat,
tapi belom letak barang hantaran lagi.
nak kene settel doorgift,
packing-packing sume.
1000 bukan sikit kalau buat soran-sorang tau..
then.
kalau jadi,
teringin nak buat photo booth corner / guestbook corner.
yang ni las planning la.
lau sempat buat,
buat la.
lau tak,
redha ja.
hemm..
cepat wahai encik tunang.
tika da macam cacing kepanasan ni.
.............


 

ujian..

as salam and welcome..♥
 ari ni da 17.8.2012.
cukup2 seminguu dari tarikh tika dijadualkan bergelar isteri.
hemm.
ingat dah boleh buat entry countdown.
ujian lagi dekat-dekat saat genting ni.
patotnya,
pagi-pagi tadi lagi tika n din bertolak ke tangkak,
dan malam ni or esok pagi bertolak balik ke bumi kelantan.
tapi,
tu la,
Allah sayangkan tika.
Dia bagi lagi satu ujian.
huh.
eh xbaik mengeluh.
istigfar banyak-banyak mintak tuhan permudahkan urusan tika 
selepas ni.
kereta din meregam pulak,
pagi-pagi tadi,
masalah timing belt,
din tersilap setting macam mana tah.
da repair2,
siap ok,
member y repair pergi test la kan.
sekali,
pergi langgar amende plak dah.
pecah pulak intercooler.
dah satu hal pulak nak kene repair.
hadooiiiii.
ujian2.
eh,
mengeluh lagi.
takpe tika masih boleh sabar,
ujian sebelum kawen,
lepas kawen lagi besar kan.
so terpaksa anjak kan semua jadual yang dah d plan.
esok tengah hari skit baru tolak ke tangkak,
pagi-pagi nak kuar pergi bli ape yang patot,
ingat nak g shopping kat tangkak, 
alang-alang masih di jb,
cari di sini dulu la.
tolak pulang ke kelantan malam esok.
din xleh drive siang-siang.
panas katanya.

semoga Allah kuatkan tika,
permudahkan segala urusan kahwin tika selepas ni.
amin Ya Rabala'lamin...

 

Sunday, August 12, 2012

DIY wedding banner n bunting

as salam and welcome..♥

pade mulanya,
semua ni tika serah bulat-bulat pada kak linda.
tapi,
bila tegok hasilnya,
kurang berminat.
tika xkata tak cantik.
cantik ja,
tapi kurang kene dengan citarasa tika,
so tika ambil inisiatif minta kawan buatkan.
mula tu nak buat sendiri.
tapi xde sofware adobt photoshop.
y ade photoscape je.
xbes la kan.
jom tengok dulu sebelum kata ape.
huhu
yang ni banner yang kak linda design, cantikkkk..tapi tika nak style lain..

yang ni lak bunting yang kak linda design.. lebih kurang sama kan, kene dengan tema koboi tu, tapi sory kak, tak kene dengan taste saya,,,
 oleh sebab dua-dua tak kene dengan taste,
tika pon minta tolong clasmate,
faris aka abang katang hahaahaha,
tolong design kan.
tika gitau apa yang tika nak.
sebenarnya,
tika xnak full pic,
dah kene amrah pasal kad kawen dengan mak.
hihi
seksi sikit katenye.
maklumla.
kenduri dibuat di kelantan,
femeli ok.
tapi takut ape kate orang sana.
lau buat kat kampung di kedah maybe ok ja.
so,
terpaksa la tuka design macam di bawah ni.
ni cubaan pertama.
cubaan ke berapa tah. dan yang ni yang tika pilih untuk banner,
ni lak bunting. yang ni akan diletak di rumah sebelah lelaki.
memandangkan nanti masa majlis bertandang,
ada dua pengantin.
din dan abangnya.
so tak bes kalau satu je bunting ada.
lagipun,
kene jaga jugak hati abang die kan.
tika lupa nak mintak faris design kan,
sebab faris dah busy dengan praktikum,
tika terpaksa amik inisiatif buat sendiri.
tika bukan la pandai pon.
nak tak nak tepaksa la,
sebab takut jadi macam kad kawen.
tika pakai photoscape ja,
xde sofware adobt photoshop.
so ni la hasilnya.

maaf la untuk tuan bunting ni.
tika main buat ja,
satu da la pakai photoscape je,
xleh nak crop cantik2 pic tu,
pastu bukannya pandai pon.
main buat je.
dan pic tu je yang ada.
so sory sangat.
 tapi bai ada la dari xdak langsung kan.
so tak sabar nak tengok banner tu,
din baru g amik sekarang ni.
rabu jugak boleh tika tengok.
daaannnnn xpasti lagi banner tika ni mendapat kelulusan keluarga untuk digantung.
hihi.
tak pe la.
lau xdiluluskan,
tika guna je untuk kenangan.
hihi

 

Wednesday, July 11, 2012

barang hantaran

as salam and welcome..♥

 alhamdulillah..
elaun da masuk.
so tika pon boleh la beli barang-barang hantaran.
sangat hepi.
yeyy..
huhu..
antara barang hantaran yang dah dibeli:
1. sunglasses RAYBEN
2.tshirt+seluar
3.belt+wallet
4.fondant cake (booked)
5.set deodorent (din yang nak, tika nak kasi set perfume die xnak..jimat,huhu..)
6.baju melayu (dah tempah jahit)

 yang belum tinggal sikit 4 je lagi.
  
7.cincin+sireh
8.buah
9.coklat

buah dan coklat nanti lepas raya la baru beli kan.
so tinggal cincin je la lagi..
alhamdulillah..
ade rezki nak setelkan semua ni tanpa minta bantuan sape-sape
walaupun masih belajar..
..winkwink..

untuk tika plak,
din beli dah beberapa barang jugak la.

1.handbeg +purse
2.set pencuci muka simplysiti
3.fondant cake (booked)
  
dan yang tak beli lagi.

4.gelang
5.buah
6.kasut
7. sireh
 
die xpe la ramai sponser..
uwaaaa...jelesnye..
untung adik beradik ramai,
nanti nak bernak ramai-ramai la..
hahaha

sekarang tunggu kete din tengah repair je nak gi beli lagi 
semua siap-siap..
nanti makin lama duit lam tangan ni,
makin cepat la lesap..
huhu..

 

Saturday, June 23, 2012

prewedding photoshoot-2 (pre wedding cowboy theme)

as salam and welcome..♥

entry ni tika just nak tepek pic-pic prewedding 
yang baru je tika dapat dari op.
malas cakap banyak,
tengok dan komen ea.
hihi..
 hihi..
ok tak ok tak?
ok la kan.
senanye banyak lagi.
ada 256 keping sumenya dalam cd ni.
tapi,
cukup la yang ni ea.
tika puas hati dengan op tika,
tapi tak puas hati dengan diri sendiri.
sebab banyak rugikan pic.
sepatotnya tika leh pose macam-macam lagi.
banyak pic yang pose tika sama jek.
huh.
takpe takpe,
ade pluang tebus kerugian dalam pic kawen n outdoor nanti.
hihi..

p/s: thanks to jari foto.
sesape nak tengok page fb die.

 

Wednesday, June 20, 2012

apam polkadot

as salam and welcome..♥

 semalam tika ada cerita tentang doorgift kan?
ada kan apam polkadot tu?
sebenarnya tika nak buat untuk semua guest,
pape pon,
tapi,
semalam bila discuss ngan dak kelas,
diorang kate,
apam tu just bertahan 2 3 ari je.
alamakkk..
sempat ke tika nak buat sengsorang ni?
da la rumah tika tak de ramai orang..
ayokkkk...
fikir punya fikir,
tika ejas buat apam tu untuk rombongan pihak lelaki,
dan sdara mara n rakan jek.
tapi ti kite tengok la macam mana ye..
 bulan lepas,
tika da google da resepi die.
tapi tak ingat la plak blog mane ni.
lau tuan die ada terbaca,
kredit to her..
hikhik..

ni resepinye..


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.


cantik kan..?
cute kan..?
 tak sabar nak balik buat..!


 

Search This Blog