Showing posts with label b0bElAnkU.... Show all posts
Showing posts with label b0bElAnkU.... Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

i'm back

as salam and welcome..♥



siries terlalu lama menyepi kat blog nih.
hihu..
semester akhir pada tahun akhir ijazah sememangnya menyebabkan diri sangatlah sibuk.
alhamdulillah,
semalam baru selesai pembentangan kajian tindakan.
viva,, akhirnya lega dan tenang.
ape pun masih berbaki satu esaimen perlu dilaksanakan.
menangguh-nanguh keja macam ni la jadinya.
ape pun,
hanya 38 hari lagi untuk ke garis penamat.
bergelar sebagai seorang pelajar/ siswa guru.
syukran,
5tahun setengah dapat diharungi juga akhirnya.
saat-saat untuk meluangkan masa bersama clasmate tersayang.
lepas ni susah da nak jumpa semua.
dan lepas ni, akan tika luangkan lebih masa bersama blog ni.
insyAllah.
dah lama tak berkongsi ilmu dengan semua;
ingatnya nak kongsi tentang kajian tindakan yang dilaksanakan.
mana tau berguna untuk orang lain.

~ ~ ~

 

Wednesday, October 31, 2012

analogi hidup ibarat sekeping roti

as salam and welcome..♥

sapa setuju hidup ibarat sekeping roti?
kenapa?
tah saya main taip ja.
haha.
tak cuba fikir,
roti yang baru kita beli,
tarikh luput pon lambat lagi,
sedap tak?
sedap kan.
roti kalau kita bakar,
apa jadi?
rangup tak?
rangupkan.
roti kalau dicicah dalam air,
apa jadi?
basah tak?
basah kan?
kembangkan?

macam tu juga hidup.
hidup kalau kita kereta baru,rumah baru,segala macam yang baru,
sedap tak?
sedap kan.
hidup kalau ada yang mengkhianati,
boleh terbakar tak hati?
boleh kan,
rangup jugak tu.
hidup kalau dibasahi dengan air mata,
apa jadi?
memang la basah pipi tu,
tapi bukan soal basah tak basah,
mesti hidup tu kacau kan.
hemmm.

pening juga bila fikir soal hidup ni.
motif entri ni saja-saja sebab tengah makan roti.
haha.
jom makan magie pulak.
kuikuikui..
saja nak penuhkan entry.
haha..

sepi lagi

as salam and welcome..♥

ok saya sepi lagi.
tapi tak lama pon kan?
kali ni lappy buat masalah lak.
ni pon pakai lappy rumate.
seb baik adik junior ni baik hati.
saya tak buli pon tau.
haha..
entah apa pulak penyakit lappy tika kali ni.
mula hantar kedai tu,
katanya skrin rosak.
ada ka dia kata tika guna buat lapik barang berat.
apa dia ingat tika kaya apa,
guna lappy buat talam.
haha.
las-las kol semalam kata masalah len plak.
seminggu baru siap.
dan siap sedialah rm250 melayang plak minggu depan.
sabo je la.
lappy tu nadi saya.
kalau tak dak,
tak leh hidup.
huhu.
tak la sampai takleh hidup.
tapi susah la kan nak buat keja sume.
minggu ni tika da dapat tahu sekolah untuk praktikal tahun depan.
kali ni dapat kat kota tinggi.
makin jauh la dengan incik din.
hemm.
nak wat cam na.
tika da usaha nak dok dekat.
mula tu g minta dengan pensyarah,
dia da bagi da buat kat area senai.
sekali tak boleh buat sorang.
kene buat berdua.
jadi tak leh la.
sebab kat kota tinggi tu dekat dengan umah partner praktikal tika.
kompem dia tak nak tuka dok senai.
tak pa la.
tika sabar je.
hihi.
ayat pasrah habis da ni.
huhu.
ape pon.
tika rasa kecewa dengan sikap sesetengah orang yang pentingkan diri,
makin terserlah perangai mereka ini.
maka,
saya akan lebih berhati-hati dengan yang bergelar manusia.
ok.
itu saja stakat ni.
jom sambung setadiiii..
salam.

Monday, October 22, 2012

impian.

as salam and welcome..♥

hari khamis lepas,
tika dan ahli kelas yang lain,
berjaya mengadakan tayangan perdana
Filem Pendek Cerita Seorang Abang.

alhamdulillah.
semuanya berjalan lancar.
malam tu.
sebelum majlis bermula.
tika sangat takut sebab,
penonton yang datang berpusu-pusu.
memang di luar jangkaan.
ini adalah hasil pertama
ipg KTI
mencipta sebuah Filem Pendek.
sejujurnya.
ada banyak kelemahan dan kekurangan dalam 
filem yang kami hasilkan.
tika sendiri kurang berpuas hati dengan hasilnya.
tapi bukan kerana kemampuan kami.
tika kurang berpuas hati,
sebab kami tidak mempunyai kemudahan,
dan kelengkapan yang sepatutnya untuk pembikinan 
sebuah filem.
ya,
saya kene faham,
kami di ipg bukan dididik untuk menjadi seorang pengarah,
mahu pun penulis skrip filem.
jadi siapa yang nak sediakan semua kelengkapan tu?
kebanyakan kemudahan yang digunakan pun,
hasil belian duit rakan-rakan produksi sendiri.
syukran.
walaupun tidak sehebat filem yang ditayangkan di layar perak,
hihi.
tapi kami mampu menyempurnakannya.
memang selepas habis tayangan,
banyak feedback dari rakan-rakan senior dan junior.
ya,
kami tahu segala kekurangan itu bakal kami perbaiki,.
dan segala yang baik akan kami perkemaskan pada masa
akan datang insyAllah..
dengan berkayanya membina satu naskah skrip Filem Pendek
Cerita Seorang Abang,(39 babak)
terlintas di minda tika,
untuk menghasilkan novel berkaitan diri,keluarga dan apa yang pernah dialami
oleh mereka di sekeliling.
memang dari dulu lagi mengimpikannya.
adakah dalam ruangan blog ini,
tika boleh mulakan langkah demi langkah.
mungkin bab demi bab.
akan tika fikirkan.


 insyAllah.

alhamdulillah.

as salam and welcome..♥

alhamdulillah.
baru rasa sedikit segar.
lega Ya Allah.
semoga kekuatan ini berlarutan hingga
ke akhir peperiksaan semester ini.
duhai badan,
tolong lah kuat.
 mari kita sama-sama baca doa untuk kesihatan kita.

 

 
semoga Allah sentiasa kuatkan kita.

amin.

Friday, October 12, 2012

emotions disorder

as salam and welcome..♥

serba salah?
start dua hari lepas,
kuliah da habis untuk semester ni,
jadi,
tika sangat rileks,
tapi kan,
peliknya,
tika asyik letih dan mengantuk,
tidurlah awal ke,
lambat ke,
mesti tetap letih dan mengantuk,
mulanya tu,
tika rasa mungkin ni sebab mind set la ni.
biasanya,
time free macam ni,
mesti minda da set awal-awal
nak cover tidur untuk ari-ari yang memenatkan sebelum tu.
tapi,
start minggu lepas lagi,
hati tika ni start rasa was-was.
malam-malam,
mesti rasa sakit kat bahagian belakang tengkuk,
nak kene picit sikit baru rasa lega.
perut asyik lapar ja,
biasanya kat bilik kalau da lapar 
tika telan magee ja.
tapi makan dua tiga mulut da xnak dah.
haisssshhh.
paham tak paham tak?
dan satu lagi,
tika selalu sakit perut,
rasa macam nak buang air besar.
tapi tak boleh. (sembelit).
jadinya,
tika pon startla baca artikel 
berkenaan awal kehamilan.
seriusly tak percaya tika akan baca bende-bende gini,
oh no..
dalam artikel tu,
betul la,
tanda-tanda yang tika alamai tu ada persamaan dengan 
tanda-tanda awal kehamilan.
oh nooo noooo..
semakin merisaukan diri.
bila tika gitau encik suami,
dengan hepi nya dia balas
"yeyyyyy,,dah nak jadi papa betul-betul"
wahai encik suami,
ini bukanla gurauan.
dan dia kata dia pon bukan bergurau.
tiba-tiba bila dengar dia hepi macam tu,
rasa serba salah.
macam-macam perasaan muncul.
hepi sebab dia hepi,
nerves sebab first time. (kalau betul la)
tapi, takut+risau .
sejujurnya saya memang nak 
sangat memiliki cahaya mata,
lagi-lagi,
orang kata bayi adalah tanda cinta kita pada suami.
eh eh eh.. hihi.
tapi tak boleh lagi.
bukan soal umur tika yang masih muda,
bukan soal tika nak jaga body ka apa. haha.
atau soal kewangan dan lain-lain.
tapi ni soal masa depan.eceh.haha.
ikhlas cakap,
bila terlintas ja rasa diri pregnant,
terus tika mengira-ngira 9 bulan.
haha.lawak dak?
ke normal?
kalau ikut 9 bulan tu,
kira bulan 7 tahun depan.
haishhh.
jangan wooo.
sayang sangat.
kalau masa tu,
lagi 4 bulan lagi untuk tika tamatkan pengajian 
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN,
secara rasminya akan konvo dalam 3 4 bulan selepas tu.
tak pasal-pasal sebab cuti bersalin kena
extend 2tahun(sebab kat sini junior yang paling hampir beza dua tahun)
rugi-rugi.
yang sepatot habis 4bulan lagi,
da jadi dua tahun.
so apa pun,
belum pasti pon lagi saya seorang ibu mengandung sekarang.
hihi
ini hanyalah
andaian diri semata-mata.
tah-tah tika demam.
ye la sekarang kan musim hujan.
selalu sangat kene hujan masa tengah shooting drama CAS.
atau sebab pengaruh tengok ramai senior yang kawen tahun ni da pregnant,
or sebab ramai senior yang da kawen tahun lepas da selamat 
meneimang cahaya mata,
ayat sedapkan hati belaka .hihi
tak pun memang ada masalah lain.
sebab tahun-tahun  lepas pon,
tika selalu alami masalah constipation ni.
bila da xleh buang secara normal,
makanan akan naik ke atas (vomitting).
tika memang ada masalah usus ni tahun-tahun lepas.
baru jap tadi call encik suami,
tanya dia sama ada nak gitau my mum tak.
dia kata jangan dulu.
bende tak kompem apa lagi.
ok la sayang.
ape pon,
sejujurnya dalam hati ni
berharap sangat-sangat agar bende ni bukan kenyataan.
bukan kenyataan ok!.
tunggu la dulu setahun ja lagi.
lepas tahun 2013 nanti nak ngandung tiap tahun pon tak pa.
haisshh.
doa ka kalau macam ni?
hihi.
jangan la,
kang kene buat padang bola pulak depan rumah nanti.
huhu.
ape pon,
yang membaca,
tolong doakan tika selamat untuk menghabiskan 
pengajian di IPG pada tahun depan dan bukan 3 tahun depan.
tolong tau tolong tau.
hihi..



Thursday, October 11, 2012

GOS SKSM

as salam and welcome..♥

 pertama sekali elokla tika terangkan dulu,
 apa yang tika maksudkan dengan GOS SKSM tu.
G-geng
O-old
S-school
S-sekolah
K-kebangsaan
S-suka
M-menanti
sebenarnya GOS SKSM ni grup yang exclassmate
zaman tika sekolah dengan aloq staq dulu.
satu masa yang sangat lama dulu.
tika las di SKSM
masa darjah empat,
bererti masa tika berumur 10tahun.
sekarang tika 22tahun,
tolak tambah campur,
da 12 tahun dah tika tak jumpa kawan-kawan semua.
dan akhirnya,
ssetelah penat mencari di fb,
kami jumpa semula.
sirius rindu yang teramat sangat.
walaupun tika 4 tahun saja bersama diorang,
tapi banyak kenangan yang tika ingat.
ye la,
orang kata,
pengalaman kanak-kanak pengalaman yang paling bes sepanjang
fasa kita hidup ni.
tak tahu la betul ke tidak.
itu pada tika,
mungkin pada orang lain berbeza.
itukan subjektif.
perkara yang menggamit tika untuk menulis
entry berkenaan hal ini,
sebenarnya,
tika teruja sangat bila berjumpa dengan bes fren
masa sekolah tu..
name die.
anis suhaila.
dulu,
kami selalu main sekali.
hihi.
kira rakan sepermainan la.
dia ni memang comey dari kecik lagi.
patotla susah nak cari dia sekarang,
kat fb dia pakai nama komersial dia.
oh lupa nak cita.
anis suhaila la ni da jadi model.
ye betul.
tengok la die ni
cantik ta?
syantekkkk..
kan kan..
ce tengok komen sebelah tu,
jelas tak kami baru jumpa balik?
jejak kasih ni.
die da nak tunang hujung tahun ni.
dan dia paksa saya pegi.
haha.
xde la.
saya memang kalau blh nak p sangat.
muahmuahmuah anis suhaila.
hihi..
oh,
satu lagi,
yang suwiiittnya,
bakal suami die sekarang dekat mekah,
menunaikan haji.
sebelum berkahwin menunaikan haji.
ini sangat suwit.
semua kita tahu kan,
kat mekah kita boleh doa dan doa kita lebih afdal.
mesti bakal suaminya mendoakan kebahagian mereka.
i guess la..
tapi kompem la kan.
ape pon tika doakan korang hepi2 selalu.
indu sangatttt..
tak sabar nak reunion..
yeyyyy..
 
 

Sunday, October 7, 2012

i love dancing..(*,*)

as salam and welcome..♥

weekend ni totally weird.
tika tak balik rumah suami.
so,
memang bosan tahap gaban.
oh bahasaku.
huhu.
nanti tak pasal kena komen lagi.
huahuahua.. 
sekali saya mengingatkan pembaca sekalian, 
blog saya hanya sekadar diari hidup saya,
walopon kekadang ada juga pengisian
tentang tugasan dan subjek yang dipelajari.
sekian.=)
sebab saya bosan,
saya tak habis-habis mencari motif dan point untuk 
ditepek dalam diari saya ini.
ok, sekarang saya da dapat.
berbalik pada tajuk entry.
tika sangat suka menari.
siriesly.
dengar muzik je mesti badan nak ikut goyang,
mak cakap turun arwah moyang dulu,
yang pernah bekerja dengan orang istana kelantan.
tak tau la cite tu betul atau tak.
kalau mak tipu tika,
maksudnya tika tipu korang.
dua kali tipu,
ohh.
sudahh! terus pada tajuk please.. =)
ari tu tika ada post entry tentang tika ajar menari kat skts.
da tika pernah cakap tika pernah masuk menari.
ari ni nak tepek gambar la.
takut tak percaya kan.
hihi.
ni masa tadika kemas alor star. lagu ulik mayang. tika no 2 dari kanan korang. yes y rambut pendek tu.hihi

masih lagu yang sama.
ni masa darjah 3, lagu arab.tajuk tak ingat. tika sebelah kiri korang.

ni masa darkjah 2.lagu dikir puteri, Noraniza Idris. tika baju biru, y blakang tu.
sama macam yang atas .

ni lak masa darjah 5. tika baju biru muda paling kiri. sory pic ni kabur sikit.
sama macam yang atas-atas tadi. lagu arab, darjah 3.
 so terbukti tak cikgu tika suka menari?
i love dancing..(*,*)
 
las pic.
cikgu tika ngan cikgu alia.
siapkan penari-penari cikgu.
huhu

Saturday, October 6, 2012

baby

as salam and welcome..♥

dua tiga hari ni,
ramai senior-senior yang kawen tahun lepas dapat baby.
tahniah buat semua.
da fasa berumah tangga,
harungi pulak fasa ibu bapa kan.
hemm.
tetibe rasa sangat-sangat teringin baby.
auuuummmmmmmm...
huhu..
nape saye tak boleh ada baby lagi?
ah tak adil!
hihi..
nak baby nak baby.
arap-arap tak de kawan sekelas bace entry ni.
lau tak terok aku kene bahan dalam kelas nanti.
kahkah.
semoga baby saye cute macam baby di bawah.hihi




 semuanya pic tika mase kecik.
hihi.
semoge baby saya xcute sangat pon xpe.
macam pic-pic di atas pon syukur da.
hihi.
eh pic semua girl kan?
ye ah,
sebab suke baby girl.
walopon incik suami lebih suka baby boy.
eh xkisah la,
kalau tuha bagi terima seadanya.
sesungguhnya anak itu permata hidup.
eceeeeehhh.
jauh plak fikir ni.
haish haishh haissshh.
sabor tika sabor.
setahun lagi.
tak nak kene tangguh pengajian..
=)

baby girll..comeyyyyyyyyyy!
baby boy...comeyyyyy!!!
 -
-
-
-
-
-
-
-
(^-^)
 

Sunday, September 23, 2012

tarian lodeh mak lodeh versi saya


as salam.
lame nya tak update blog.
kerajinan tiada, sekadar datang menjengah sahaja.
hemm.
ape pon,
tika dah habis menjalani praktikum fasa 2.
alhamdulillah.
walaupun banyak suka duka semasa praktikum kali ni,
tapi perkara yang paling tika puas hati,
pada hari terakhir berada di sekolah kebangsaan taman suria.
berbalik pada tajuk entry.
agak menyampah membacanya.
kahkah.
walaupun sedar,
tapi tetap mau post dengan tajuk ni jugak.degil. (*,*) 
 sebenarnya,
tika ade masalah sikit semasa praktikum 2 ni.
malam ni kalau ada kerajinan tika update tentang masalah tu.
sebab masalah tu,
tika berpeluang mengajar murid-murid tarian lodeh mak lodeh.
opppsss.
bukan tarian lodeh mak lodeh.
tapi tarian dengan iringan lagu lodeh mak lodeh.
entahla tika pon tak pasti tarian pae yang sesuai nak dispesifikan tarian yang tika ajar ni.
ada kata zapin.
tapi tika rasa bukan.
sebab kalau zapin memang tika tak pandai pon.
sekolah akan buat karnival kokurikulum pada 22.9.2012.
sempena dengan karnival ni la,
ada pertandingan tarian, lakonan, action song,
bual bicara, dan nasyid.
kebetulan masa dekat sekolah,
tika terlibat dengan kelab kebudayaan,
jadi cikgu kelab ni minta tika ajarkan tarian,
kebetulan cikgu yang sepatot ajar perlu latih murid lain untuk action song.
menggunakan pengalaman yang ada,
tika menyambung ape yang dah cikgu tu ajar.
sebenarnya,
cikgu tu, atau tika panggil kak lin,
dah ajar hampir separuh tarian.
tapi sebab da hampir sebulan,
murid da lupa.
dalam masa tiga hari.
tika terpaksa ajar dari awal balik.
nasib baik,
tika ada idea.
dan ada sikit pengalaman masuk persembahan dan pertandingan tarian zaman sekolah dulu.
tika masuk masa tadika lagu ulik mayang,
darjah 1 lagu dikir puteri,
darjah 2 lagu arab,
darjah 5 lagu siti, tak ingat tajuk,
sekolah menegah tak ingat tingkatan berape tapi ade la masuk.
dekat maktab ada jugak masuk tarian tahun lepas masa ade pertandingan teater muzikal.
boleh la cedok ape yang ada untuk ajar budak.
dalam masa tiga hari,
tika memang betul-betul semangat nak murid ingat semua step.
mula-mula,
tika ajar separuh-separuh dengan harapan setiap penari tika tu,
mesti buat gerakan dengan sharp dan cantik.
sekali dekat2 hari terakhir tu,
ade banyak lagi step belum ajar,
jadi terpaksa minta murid ingat step saja,
asal diorang boleh buat sampai habis lagu.
kemas atau cantik belakang kira da masa tu.
pasal pakaian pulak,
kak lin ade sediakan pakaian untuk setiap penari.
tapi mula-mula tika tengok macam tak sesuai.
jadi tika masuk sendiri stor muzik,
macthing sendiri ape yang patot.
malam sebelum pertandingan,
tika g cari aksesori untuk penari perempuan.
mulanya,
tika teringin nak cucuk bunga-bunga.
tapi,
kedai banyak da tutup.
jadi tika beli ja apa yang ada,
tika beli cekap warne biru, ade rame-rame kaler silver.
nasib baik murah.
rm1.50.
terpakse keluarkan duit sendiri.
takpe leh simpan dan guna untuk murid lain lak nanti.
hihi.
lepas da beli,
tika rasa macam tak match kalau pompuan ade aksesori kat kepale tapi lelaki xde.
dah la kaler biru,
baju da match warne pink.
so,
tika amik inisiatif,
lukis bintang atas kertas biru dan gunting.
letak dekat songkok.
hasilnya,
memang awesome.
xde yang puji.
tapi dari respon cikgu-cikgu,
tika faham memang idea yang menarik.
kiki.puji sendiri.
suke!.
pagi kat sekolah,
sebelum pertandingan,
tika isau sangat.
tika lak yang nerves lebih.
semua tika yang handle kan.
memang la nerves.
lepas mintak murid salin baju,
tika pakai kan sampin,
pakai kan serempang,
yang pompuan,
nak kene ikat balik rambut walaupon mmg pakai tudung,
maklumla budak sekolah rendah belum reti melawa.
kene betulkan tudung, 
then,
make up n touch up sikit.
tika xberani nak make up tebal sebab sayang kulit budak-budak ni
suci lagi.
tak de jerawat.
kang kene make up ni abis muke.
hihi.
tika just make up bagi menyerlah sikit je la.
laki pakaikan lipbalm sikit.
tu pon menjerit marah.
sory anak murid cikgu.
xde niat nak tukarkan jantina awak pon,
sekadar bagi nampak berkilat sikit je.
sory-sory.
alhamdulillah, 
sebelum giliran diorang,
tika sempat curi-curi minta diorang berlatih.
geram jugam kat sesetengah cikgu yang  marah,
padahal giliran kami lambaaatttttt sangat lagi.
bia la,sifat dengki sentiasa ada dalam diri manusia.
masalahnya,
orang lain buat latihan boleh,
tu je motif geram.
huhu.
masa giliran diorang,
tika dok depan-depan,
bagi semangat,
cakap kat diorang buat yang terbaik macam praktis,
kalau tak ingat,
jangan panik,
teruskan step seterusnya,
ikut kawan sebelah,
yang paling bes,
masa pertandingan tu,
diorang senyum je,
dan ade sikit-sikit je yang xkemas,
alhamdulillah sekali lagi.
awak memang tak malukan cikgu.
betul orang kata kalau kita ajar dengan ikhlas,
dengan bersungguh hasil kita dapat walaupun tak la sehebat penari profesional,
tapi tika puas,
kami juara,
dan ada cikgu yang selalu ajar tarian sekolah dah merisik 3 4 orang penari tika.
syukran.
tika mesti teruskan minat tika ni di sekolah lain.
.........
senyum lebar.!
latihan tiga hari sebelum karnival
latihan sehari sebelum karnival
muka-muka nerves menanti giliran. ;)
saat-saat kemenangan. kebetulan cikgu tika sendiri di atas pentas.
yeyyy..kami juara..btw xcukup sorang lagi. dan bintang pon da tercabut. bila namenya budak. hem..

 kenangan paling manis di sk taman suria.
thanks semua yang beri kerjasama pada cikgu.
=)
 
 

Saturday, September 15, 2012

rutinnnn..

as salam and welcome..♥

alhamdulillah..
dah tiga minggu bergelar isteri orang.
hihi.
seriusly cakap.
mula-mula kelam kabut bagai nak gile..
kiki..
alhamdulillah sekarang da boleh sesuaikan diri slow-slow.
almaklumla,
hanya weekend saja akan berada bersama suami tercinta..
weekday terpaksa berjauhan.
jauh la sangat kann.
haha.
ape pun,
bukan senang tau nak biasakan diri,
patot la bace blog-blog b2b dulu banyak yang cerita macam ni.
bila jadi kat diri baru faham.
start pagi ni,
bangun n kejut suami mandi n solat.
then dia tido balik,
tika ke dapur,
sebenarnya suami tika bukan yang jenis breakfast sangat.
ye ke?
rasanya mula-mula ni je kot kan.
sebab belom dimanjakan macam ni.
hihi.
tapi dua minggu sebelum ni memang tika tak sediakan la.
tak biasa.
hihi.
ye la nak bangun pagi masak bagai.
bukan nak kata malas tapi tak biasa.
sila fahamkan statement di atas.
kikiki..
so start ari ni da boleh bangun dan masak,
masak kah?
hihi.
tadi kan tika cakap dia tak biasa breakfast kan,
so dia nak makan roti bakar je.
hahaha.
kije senang je tu bang.
hihi.
ok la untuk permulaan kan,
nanti-nanti da biasa leh la bangun awal lagi n masak yang lebih berat sikit.
lepas siap buat air sume, 
kejut suami siap-siap then makan,
then dia g kije,
tinggal la saye sorang-sorang.
kutip baju2 die yang memang bersepah tak reti nak kemas tu basuh,
sambil tunggu,
kemas ruang tamu,
then naik ke bilik.
kemas lagi.
tengok mesin basuh lom siap,
mandi n cuci toilet. eh yang ni pon nak mention?
eh mesti la,
rutin.
haha..macam buat tiap ari kan.
dah tu,
jemur kain.
da siap jemur kain,
online la jap.
sementara tunggu dua jam lagi.
kita masak untuk lunch plak.
jap lagi dia kompem-kompem balik.
tempat kija suami dengan rumah dia dekat je,
10 minit tak sampai.
so memang dia slalu balik la jenguk isteri dia ni.
hihi.gedik ..
lepas luch sekali,
suami g kije.
dah boleh angkat baju yang jemur pagi-pagi tu.
lepas tu lipat,
simpan elok-elok dalam almari.
sambung online lagi.
kali ni lama sikit,
sampai ke petang.
oh lupa.
sebelum naik ke bilik.(rumah dua tingkat, bilik suami tingkat atas, maklumla dok umah bujang, lom sempat cari rumah sewa.maybe cuti hujung tahun ni.)
suami pesan buat dadih.
ok siap bang.
hahaha.
nanti dia pulang petang ni boleh makan dadih lak kan.
bagus la saya..isteri sapa la ni..haktuiii..kikiki...ngekkngokk
so sekarang saya nak rest jap,
usha-usha perkembangan kawan-kawan di facebookkkk.
ayooohh facebookingggg..
hahahahaha..

p/s: ini la rutin saya sekarang setelah bergelar PUAN,, ;)
 bukan rutin harian tau, tapi rutin hujung minggu..hikhikhik


 

Thursday, August 30, 2012

outdoor wedding photoshoot..26.8.2012

as salam and welcome..♥

dan hari terakhir yang memenatkan.
 shoot dekat Hutan Lipur Bukit Bakar.
waaaa.
sesat oowww.
tak pernah sampai sini walaupon selalu lalu masa dok ulang alik ke mrsm kuala krai dulu.
janji kol 9.30 kol 11 kami sampai.
hihi.
seb baik ada dua pengantin,
tak de la abang jari menunggu kami dengan geram.
haha.
sampai-sampai terus shoot.
masalah nya kan,
abang jari ni kata la,
kami ni susah nak senyum.
haha.
mahal sangat agaknya senyuman kami.
kalau senyum pon macam tak ikhlas.
hihi.
sorry la,
saya segan la.
yang kenal tika mesti tahu.
hahahaahaaha.
nak pecah perut je rasa.
leh pulak dia kata tak pe nanti dia edit bagi cantik.
tak nak la,
da sah-sah tu bukan real kan.
hihi.
tapi bes,
pengalaman kedua shoot kat outdoor gini.
terasa seperti model.
model tak bertauliah.
haha.
tapi bes.
rasa macam nak lagi.
tak de ke nak amik tika jadi model.
nakkkkk!
offer ni.
free pon tak pe.
tapi bukan model gigi.
yang tu saya tolak awal-awal.
haha.
dah dah.
sebelum melalut lebih,
jom yengok pic dari kamera murah tika.
memang agak tak cantik.
sebab tak di edit dan yang amik pic ni bukan la yang pro kan.
hihi.
sory anak sdara.










 

 

bertandang/ngatar nantu..25 Ogos 2012

as salam and welcome..♥

letih bersanding belum habis,
sambung lagi sari untuk majlis bertandang atau kat kelantan lebih familiar dengan panggilan
ngatar na'tu..
same je la tu maksud die.
hihi.
untuk hari ni agak rushing gak la,
tika kene bangun pagi-pagi sebab nak kene siapkan tugasan yang da disimpan oleh family.
kene dera basuh kawah.
haha,
biasa la tu,
pengantin kene dera kan,
sebab family tika tak nak buat catering,
al maklumla sorang je anak perempuan,
mak ayah kate nak rasa macam mana buat kenduri untuk anak pompuan.
so rewang la.
yang penat lepas kenduri pengantin jugakla.
nasib badan.
hihi.
3 kawah kami berdua kerjakan pagi tuh.
lepas siap ja,
makan-makan
dan siap-siap ke rumah sebelah lelaki awal daripada orang lain.
kul 10,
da janji nak dengan mua a.k.a make up artist.
huhu.
oh sebut pasal mua ni,
nantu tika nak buat entry khas tentang mua ni,
excited sebab mua tu sorang celebrity gak la.
yang betul-betul minat the red warrior dan ikuti cerita semua tentang playernye,
mesti kenal mua ni.
hihi..
nantikan entry itu, ;P
seperti biasa,
kami sampai lambat,
haha.
seb baik mua ni tak bising walopon hampir sejam menunggu,
maaf cik selebrity.
huhu.
dan lepas mua tu siap ja make up,
dalam setengah jam macam tu,
family sblah tika datang,
dalam kol 1 macam tu la,
masa tengah makan beradab,
atau sebelah johor ni panggil makan damai.
masa tu la Tan Sri Anuar Musa datang ke rumah mentua tika di Bukit Marak ni.
awwww..
bes yeee..
dapat peluang bergambar dengan beliau.
suke-suke..
rela tika dan din tinggalkan ayam golek dan udang di depan mata,
semata-mata nak bergambar dengan orang kuat bola sepak kelantan tu.
sebenarnya rumah beliau depan rumah mentua tika.
sebab tu dia datang.
hihi..
ok,
jom tengok pic dari kamera cabuk saye..
 tak banyak pic yang ok,
tunggu pic ok dari op la ea..
hihi.
biras baru.. hihi.
 oh lupa,
dulu-dulu dalam entry lama rasanya tika pernah cite yang majlis bertandang dua pengantin kan.
din dan abang die.
so ni la isterinya.
nampak macam tika lagi matured kan?
hihi.
ni akak ida ok.
dia 27 dan saya 22.
tapi jelas tak saya lagi matang?
memang la.
saya kot.haha
ni tah anak sape tikah rampas.dah din dok layan kawan-kawan,segan lak nak join.hihi,ngasuh jap.

pengantin dengan kawan-kawan din kat company die..

tadi tika ngan baby, ni din lak ngasuh baby, dak ni suke tiru gaye orang,gwam tol,da la putih.hihi
 tapi,
ari tu tika leh kata 3 4 orang baby gak la tika dok bergilir ngasuh.
sama ngan din pon.
anak kawan-kawan dia n sdara dia.
haiiiii.
jangan buat pasal noh.
bukan tak nak,.
tak leh lagi.
tengah blaja.
 tak sabarrrr.
hihi..
ok ni je dulu k,
........


 

sanding/resepsi/blarok..24 Ogos 2012

as salam and welcome..♥

malam jumaat akad nikah,
jumaat tu plak majlis persandingan/ perkahwinan/ resepsi/ blarok.
pilih sendiri yang mana kalian faham.
sama je sume tuh.
hihi..
sebenanrnye banyak yang mendukacitakan masa ari ni,
tapi takpe,
tika taip yang bes-bes je dulu untuk entry ni.
kan da cakap banyak sangat nak dikongsikan ni,
tak tau nak taip mana satu dulu.
nak senang,
tika pecah-pecahkan cerita,
baru nampak macam rajin jek naip dan pos entry.
kannnn.
hihi..
yang bes mula-mula skali,
kawan-kawan sekolah menengah,
mrsm kuala krai,
ramai yang datang,,
wooohooooo.
bes.
lame tak jumpe.
leh jumpe.
bak kate diorang.
reunion+rumah terbuka aidilfitri+tika kawen.
boleh la.
asal korang datang.
ada yang sempat tika salam-salam dan bergambar,
dan ada yang tak sempat.
sory ea untuk yang tak sempat tu,
maklumla pengantin perempuan tak leh turun selagi pengantin lelaki tak datang kan,
hihi.
mak ayah n bang kata,
ada gak dekat tiga ratus kawan-kawan termasuk sekolah menengah, maktab, dan kawan sekolah rendah.
thanks sume yang datang memeriahkan lagi majlis tika.
cikgu mrsm pon ada datang.
thanks tau ckgu yang paling rapat zaman sekolah dulu,
cikgu pj la kan,
atlet sekolah la katakan,
hihi.
cikgu Ku Ismawizan.
thanks sangat.
tak sangka cikgu datang.
hemmm,,
tak tau nak cite ape lagi,
pic ngan kawan-kawan pon tak download lagi dari internet,
hihi.
tengok pic dari kamera fon buruk tika dulu je la yekkkk..
=)


 
sempat snap ni jek la,
masa ni pengapit tersayang busy melayan kawan-kawan yang datang,
almaklum la,
kami satu sekolah,
thanks banyak-banyak untuk my besfren yang da tika anggap macam adik kembar tika sendiri da.
nanti tika letak pic banyak-banyak kami due je plak.
hihi,
luv u yang nazirawati ibrahim..

;)
 
 

Search This Blog