Wednesday, October 10, 2012

Topik7Sistem Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu HASIL

PENGENALAN
Perancangan korpus bahasa melibatkan penyediaan sistem tulisan dan ejaan
yang standard bagi sesuatu bahasa. Pada masa ini, bahasa Melayu ditulis dalam
dua jenis sistem tulisan, iaitu sistem tulisan Rumi dan sistem tulisan Jawi. Anda
telah diperkenalkan dengan sistem ejaan Jawi dalam topik 6 dan dalam tajuk ini
pula, anda akan diperkenalkan dengan sistem ejaan Rumi. Menurut Amat Juhari
Moan (1992:1066), tulisan Rumi mula berada di alam Melayu setelah kedatangan
orang Barat. Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah David
Barbosa pada tahun 1516 di Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan oleh Portugis
pada tahun 1511.

Topik7Sistem Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
LATAR BELAKANG
Salah satu kesan penting kedatangan orang Eropah ke alam Melayu ialah
kemunculan tulisan Rumi. Marco Polo dikatakan orang Eropah yang pertama
datang ke kepulauan Melayu yang mengembara dari Venice, Itali dan dikatakan
tinggal di Sumatera selama lima bulan pada tahun 1292-1293 Masihi. Kejatuhan
Melaka pada tahun 1511 pula merupakan tanggal yang diingati bermulanya
kuasa Portugis di kepulauan Melayu. Namun demikian kuasa Portugis juga
merosot dengan kedatangan kuasa Belanda, Sepanyol dan Inggeris.
Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandung lebih
kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain. Perkataan
ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba kepada Magellan yang
bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera. Sistem ejaan yang digunakan oleh
Pigafetta berdasarkan sistem ejaan bahasa Itali daripada dialek Vicentine, iaitu
tempat asal Pigafetta. Beliau menamakan daftar kata tersebut sebagai kosa kata
yang digunakan oleh orang Moorish atau Muslim. Ejaan Rumi/Latin Pigafetta
juga mengandungi abjad-abjad yang dapat dipadankan dengan abjad Rumi
bahasa Melayu moden dari segi grafem dan nilai bunyinya. Antara contoh
senarai kata adalah di tunjukkan dalam Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Ejaan Rumi/ Latin Pigafetta yang sepadan dengan Abjad Rumi
Senarai Pigafetta BI (Terjemahan Bahasa Itali
dalam senarai asal) Ejaan Rumi Kini
Allah God Allah
Caphre heathen kafir
mischit mosque masjid
bapa father bapa
mama,ambui mother mama,ibu
anach son anak
capala head kepala
Menurut Hashim Musa (2006:394), terdapat empat naskhah awal catatan
pelayaran Pigafetta yang mengandungi daftar kata Melayu, iaitu satu naskhah
Itali dan tiga naskhah Perancis, iaitu terjemahan bagi naskhah Itali tersebut.
Bausani dikatakan mendasarkan ejaan senarai itu berasaskan naskhah Itali yang
tersimpan di Ambrosiana Perpustakaan di Milan yang bertarikh 1525 atau lebih
tepat dikatakan daripada naskhah lain. Pigafetta dikatakan mempelajari bahasa
Melayu daripada Hendrick dan kemungkinan Pigafetta telah menyemak
perkataan-perkataan yang dicatatnya dengan Hendrick. Ulasan Bausani tentang
tulisan Rumi ini telah dipetik oleh Hashim Musa (ibid:394) seperti yang berikut:

7.1
TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
 (a) Abjad vokal pepet dalam bahasa Melayu/Indonesia moden
kebanyakannya dieja dengan abjad vokal dalam senarai Pigafetta,
kecuali dalam beberapa perkara, misalnya gumbili (kembiri) yang dieja
dengan abjad .
(b) Bunyi /h/ yang lemah ucapannya digugurkan sama ada di hadapan atau
di belakang perkataan, misalnya Alla} (Allah) dan }atti (hati).
(c) Bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak digunakan,
misalnya tungu (tunjuk), tumi (tumit).
(d) Alternasi antara bunyi /l/ dan /r/ merupakan pengaruh daripada bahasa
Tagalog atau bahasa tempatan yang lain, misalnya dala (darah), alli (hari),
kauir (katil).
Cornelius de Houtman, seorang pelayar Belanda pada abad ke-16 pula telah
menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam skrip Rumi.
Senarai ini terkumpul semasa beliau berada dalam penjara setelah ditangkap
oleh Sultan Bantam III, Pangeran Muhamad setelah berkonflik dengan baginda
kerana kekasaran rombongan Belanda. Houtman dikatakan ditebus semula oleh
pihak Belanda pada 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan dan menyiarkan
senarai kata tersebut dalam JMBRAS (1947,Vol.XX, Part III). Antara contohcontoh
senarai kata seperti yang berikut:
Jadual 7.2: Senarai Pigafetta yang sepadan dengan Bahasa Inggeris dan Rumi
Senarai Pigafetta Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Kini
kareya to work kerja
arijs the day hari
sana there sana
minta request minta
engat remember ingat
pegy go pergi
mary let us go (come) mari
Menurut Hashim Musa (ibid:400), sistem ejaan Rumi dalam senarai Houtman
bagi bahasa Melayu tidak begitu stabil sekiranya dibandingkan dengan yang
terdapat dalam senarai Pigafetta. Terdapat banyak bunyi bahasa Melayu
dilambangkan oleh lebih daripada satu bentuk abjad atau grafem yang berbezabeza.
Malah terdapat sepuluh jenis bunyi yang telah dilambangkan dengan tiga
grafem yang berbeza-beza atau lebih.

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Senarai kata bahasa Melayu seterusnya ialah bahasa Inggeris-bahasa Melayu
yang telah dihasilkan oleh Thomas Bowrey pada tahun 1701 yang berjudul A
Dictionary of English and Malayo, Malayo and English diterbitkan di London.
Selain daripada senarai kata, beliau juga telah menurunkan ayat perbualan
sehari-hari dan dialog pelbagai tajuk. Contoh senarai kata oleh Thomas Bowrey
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.3.
Jadual 7.3:
Senarai Thomas Bowrey Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Kini
kitta poonea my kita punya
tuan poonea thy, yours tuan punya
dea poonea his dia punya
camee poonea ours kami punya
todohan accusation tuduhan
gocho slap gocoh
toolah punishment tulah
Menurut Hashim Musa (ibid:407), sistem ejaan Thomas Bowrey ternyata
mempunyai ciri-ciri antik, iaitu penggunaan gugus konsonan yang sama
misalnya gg ,dd, ll, rr, ss dan tt, dan gugus vokal yang sama, iaitu ee dan oo, dan
kesemuanya seolah-olah melambangkan kepanjangan konsonan atau pun
tasyhdid dan juga kepanjangan vokal untuk lambang vokal tersebut.
LATAR BELAKANG
Sejarah membuktikan bahawa sistem ejaan Belanda dan Inggeris menguasai
tulisan bahasa Melayu kerana akibat Perjanjian Inggeris Belanda 1824, daerah
Melayu dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Indonesia yang diletakkan di
bawah Belanda manakala Tanah Melayu atau Malaya diletakkan pula di bawah
British atau Inggeris. Kedua-dua penjajah ini menggunakan tulisan dan ejaan
mereka untuk menulis dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka
menyeragamkan sistem ejaan. Belanda telah menggunakan sistem ejaan van
Ophuijsen (1901) untuk menulis dalam bahasa Melayu dalam semua
penerbitannya dan juga untuk berhubung derngan rakyat. Pihak Inggeris pula
menggunakan sistem ejaan Wilkinson bagi semua penerbitannya dan juga surat
menyurat dalam bahasa Melayu.
Menurut Hashim Musa (2006), pada tahun 1901 Van Ophuijsen ditugaskan oleh
pihak berkuasa Belanda untuk menyusun suatu sistem ejaan dalam bahasa
Melayu. Beliau telah menerbitkan hasil kerjanya dalam buku yang bernama
Kitab Logat Melajoe (1929, Cetakan ke-8) yang berasaskan sistem ejaan bahasa
Belanda. Beliau telah menetapkan enam lambang vokal, dua lambang diftong
dan 24 lambang konsonan (Jadual 7.4).

7.2
TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
VOKAL\
Bahasa Melayu Moden Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa
Melayu Moden
a a fana, bahasa
e e emas, pernah
e é elok, teleng
i i bimbing, wadjib
o o bohong, onggok
u oe djatuh, oetus

DIFTONG
Bahasa Melayu Moden Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa
Melayu Moden
au au poelau, saudagar
ai ai pakai, pakaian

KONSONAN
Bahasa
Melayu
Moden
Bahasa
Belanda/
Indonesia
Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa
Melayu Moden
b b baroe, sebab
c tj tjari,botjor
d d dari, Ahad
j dj djari
f f fasal
g g megah, gaib
h h hari, roemah
k k kami, takdir
kh ch chabar
l ch lari
m m mari
n n nanas
ng ng nganga
ny nj njawa
p p padi
r r ramai

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
s s sabit
sy sj sjech
t t tali
w w wang
y j jakin
z z zaman

Ophuijsen juga telah menubuhkan kaedah ejaan imbuhan, bentuk klitik, dan
partikel yang dianjur digandingkan dengan kata dasar misalnya rumahku, ke
Padang, di Betawi. Bentuk ka dan sa dieja menjadi ke dan se. Huruf h pada awal
kata tidak digugurkan. Kata majmuk pula dieja cantum.
Ejaan Wilkinson pula diperkenalkan di tanah Melayu pada tahun 1904. Ejaan ini
dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan Melayu
Bersekutu (British) yang menerbitkannya dalam buku Romanised Malay
Spelling. Hashim Musa (ibid:429) telah menyebarkan enam peraturan utama
untuk merumikan ejaan bahasa Melayu, iaitu:
(i) Semua perkataan Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu dieja
mengikut sebutan bahasa Melayu.
(ii) Kata pinjaman yang meluas dalam bahasa Melayu seperti akal dieja
mengikut sebutan orang Melayu.
(iii) Ejaan bagi perkataan yang boleh menunjukkan dengan lebih terang asal
pembentukan katanya dipilih walaupun sebutannya berbeza. Misalnya
kemudian bukan kemedian, demikian bukan demekian, arakian bukan
arekian.
(iv) Kata terbitan yang mengandungi imbuhan, kata dasarnya dieja menyamai
bentuk asalnya walaupun terdapat perubahan bunyi. Misalnya keluar
(lawan masuk) dieja berbeza dengan kaluar (arah luar).
(v) Perkataan seperti sahaja, bahaya, sahaya dan cahaya dieja dengan abjad h
ditengahnya, iaitu menyamai anjuran Ophuijsen.
(vi) Sistem pemilihan vokal antara o dan u, antara e dan i pada akhir suku kata
tertutup: Vokal o dipilih bukan u jika pada suku kata akhir yang berpola
ong, ok, oh. Misalnya kepong, buloh, merbok. Vokal u dipilih jika suku
kata akhir berpula um, ut, un, ul, us, dan ur misalnya minum, tahun, betul,
hangus dan labur.
Pada penghujung laporan ejaan Rumi ini, jawatankuasa itu telah melampirkan
satu senarai panjang sebagai contoh dan panduan ejaan Rumi bahasa Melayu
menurut sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ejaan inilah yang menjadi panduan

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
dalam pengajaran dan penulisan buku-buku teks di sekolah-sekolah, yang
terkenal dengan Ejaan Sekolah.
PEDOMAN UMUM EJAAN BAHASA
MELAYU
7.3.1 Ejaan Za’ba
Nama ZaEba sudah tidak asing lagi kepada pencinta bahasa Melayu. Jasa tokoh
ini yang tidak mungkin dilupakan ialah pembakuan sistem ejaan Rumi. Sistem
ejaan ZaEba telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan urusan rasmi
kerajaan sejak tahun 1940-an lagi. Za'ba, atau nama penuhnya Zainal Abidin bin
Ahmad (kemudian diberi gelar Pendeta oleh Kongres Bahasa dan Sastera Melayu
Ketiga, dalam tahun 1956, dan dianugerahkan PMN membawa gelar Tan Sri,
dalam tahun 1962), bertugas sebagai penterjemah dalam tahun 1923, di Bahagian
Terjemahan, Jabatan Pendidikan Tanah Melayu. Pada tahun berikutnya, beliau
berpindah ke Biro Penterjemahan, yang nama rasminya ialah Jabatan Karang
Mengarang Sultan Idris Training College, (ditubuhkan pada tahun 1924) dan
ditempatkan di Sultan Idris Training College, Tanjung Malim. Beliau kekal di
sana sehingga tahun 1939.
ZaEba telah membahagikan fonem vokal yang diistilahkan sebagai „huruf saksi‰
(istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang dilambangkan dengan enam
huruf vokal yang berikut:
7.3
Susur galurkan perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu berdasarkan
penulisan Amat Juhari Moain dan Hashim Musa.
(a) Bincangkan tentang kandungan daftar kata Pigafetta.
(b) Bandingkan ejaan Wilkinson dan ejaan Ophuijsen .
AKTIVITI 7.1
SEMAK KENDIRI 7.1
TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Bunyi atas kasar = a halus = 
Bunyi bawah kasar = e halus = i
Bunyi hadapan kasar = o halus = u
(i) Bunyi atas kasar ialah vokal luas /a/ yang dilambangkan dengan ,
misalnya anak, ayer, ajak, padang, jala, mata.
(ii) Bunyi atas halus ialah vokal tengah atau e pepet yang dilambangkan
dengan /􀅉/ misalnya 􀅉nam, 􀅉mping, 􀅉ngkau, p􀅉dang, k􀅉ras, dan s􀅉mbah.
(iii) Bunyi bawah kasar ialah vokal depan separuh sempit /e/ yang
dilambangkan dengan . Misalnya esok, elok, ekor, perak, gelek, leher.
(iv) Bunyi bawah halus ialah vokal depan sempit /i/ yang dilambangkan
dengan yang dilambangkan dengan misalnya ikan, isi, ibu, gigi,
kirim, nipis.
(v) Bunyi hadapan kasar ialah vokal belakang separuh sempit /o/ yang
dilambangkan dengan misalnya orang, oleh, olok, bodoh, poko,
tombong.
(vi) Bunyi hadapan halus ialah vokal belakang sempit /u/ yang dilambangkan
dengan misalnya ubah, ukir, ugut, hulu, turun.
(Ismail Dahaman: 1991,234)
Menurut Ismail Dahaman (1991), perbezaan yang jelas antara ZaEba dengan
penulis-penulis lain ialah pendiriannya tentang panjang-pendek bunyi vokal
dalam hubungannya dengan tulisan Jawi klasik. Penggunaan huruf saksi Alif, Ya
dan Wau dikatakan sebagai pemanjang bunyi vokal, dan penggunaan tanda
fathah, kasrah dan dammah dikatakan sebagai tanda vokal pendek. Pendirian ini
jelas menunjukkan bahawa sistem bunyi bahasa melayu yang betul dan benar,
tidak terdapat konsep panjang-pendek vokal seperti yang dihujahkan oleh
penulis sebelum ini. ZaEba tidak menggunakan tanda sirkumfleks atau aksen
apa-apa sebagai penanda panjang-pendek bunyi bagimana-mana grafem, vokal
dalam sistem ejaannya.
Ismail Dahaman (ibid:235) telah meringkaskan aturan keserasian huruf vokal
dalam ejaan ZaEba seperti yang berikut:
(i) Grafem digunakan pada suku kata yang ditutupi atau tanpa
mengira jenis vokal pada suku kata pra-akhir, misalnya aleh, adek, pileh,
puteh.
(ii) Grafem digunakan juga pada suku kata akhir ditutupi pada suku kata
akhir konsonan selain atau sekiranya suku kata pra-akhir
mengandung vokal /e/ atau /o/ misalnya seret, lereng, chomel, monyet.

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 􀁗
BAHASA MELAYU
 (iii) Grafem digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain
atau sekiranya suku kata pra-akhir mengandung /a/, /./, /i/
atau /u/ misalnya nasib, chinchin, ghaib, saing.
(iv) Grafem /i/ digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi
sekiranya hadir sebagai unsur kedua bagi vokal rangkap dengan /a/,
misalnya baik, naik.
(v) Grafem digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi , ,
, atau tanpa mengira jenis vokal pada suku kata pra-akhir.,
misalnya basoh, hidong, ukor.
(vi) Grafem digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan
selain , , , sekiranya suku kata pra-akhir mengandung
vokal /e/ atau /o/, misalnya belot, bolot, gomol.
(vii) Grafem digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan
selain , , , sekiranya suku kata pra-akhir mengandung
vokal /a/, /./, /i/, u/, misalnya bakul, hidup, huruf, kaut, laut.
(viii) Grafem digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan
, , , sekiranya hadir sebagai unsur kedua bagi vokal
rangkap dengan /a/ misalnya jauh, sauk.
Terdapat tiga bunyi diftong dalam sistem ZaEba, iaitu /ai/, /au/, dan /oi/ yang
dilambangkan dengan , , dan . Diftong wujud dalam suku kata
terbuka. Diftong yang hadir selepas vokal dapat dilihat pada perkataan yang
berikut : piai, kiai, Riau, buai, muai.
Fonem Grafem Contoh Kata
/ai/ murai, kedai, tapai
/au/ kachau, surau, pisau
/oi/ kaloi, amboi, tampoi
Huruf konsonan pula, senarai grafem Rumi dibahagikan kepada empat
kumpulan berdasarkan pada pemadanan dengan huruf Jawi seperti yang
berikut:
1. Huruf Rumi tunggal yang sepadan dengan dua huruf Jawi

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU

2. Digraf Rumi yang sepadan dengan huruf jawi tunggal

3. Tanda koma di atas kiri A yang disepadankan dengan huruf ain dan sebagai
tanda bagi bunyi vokal nasal.

Huruf , , dan tidak digolongkan sebagai grafem Rumi kerana
digunakan bagi kata daripada bahasa Inggeris sahaja.
7.3.2 Ejaan Rumi Kongres
Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16 -21 September 1956
yang membincangkan perkembangan bahasa Melayu. Jawatankuasa Ejaan dan
Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut telah membuat 16 ketetapan tentang
ejaan bahasa Melayu, dan dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu
ketetapan tentang tulisan Jawi. Oleh itu kertas kerja Asraf mencadangkan
perkara-perkara yang berikut (Abdul Jalil Haji Anuar : 1999):
TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
143
(i) Satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan diwujudkan
dalam pelaksanaan.
(ii) Sistem ejaan baku ini haruslah semudah-mudahnya tetapi tidak harus
dipermudah-mudahkan.
(iii) Ejaannya haruslah merupakan ejaan persekutuan yang boleh dijadikan
dasar untuk penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang
sebenarnya satu dan sama sahaja, atau sekurang-kurangnya pokok dasar
serta asalnya sama, iaitu bahasa Melayu.
Sistem Ejaan Kongres menurunkan peraturan mengeja dalam huruf Rumi
menggunakan kaedah yang berikut:
(a) Huruf vokal diberi nama yang sama nilai bunyi fonemnya misalnya a
diberi a seperti a dalam anak. Vokal dalam sistem ini terdiri daripada
a,e,e,i,o dan u. Vokal e terdiri daripada dua bentuk, iaitu e yang tidak
bertanda seperti pada emak, lemak, semak. Vokal ini diberi nama e pepet.
Satu lagi vokal ialah vokal e yang diberi tanda di atas (e) . Huruf e bertanda
ini diberi nama e taling misalnya semak, lepak, leher. Penggunaan e tanpa
tanda lebih banyak daripada e bertanda.
(b) Konsonan pula diberi nama setelah mendapat bantuan daripada vokal a.
Konsonan asli dalam sistem ejaan ini berjumlah 17. Konsonan yang
dimaksudkan ialah /b/, /c/, /d/, /h/, /j/, /k/, /l/, /m/, /n/, //, //,
/p/, /q/, /r/, /s/, /t/, dan /w/. Konsonan /f/, /g/, /v/, /x/ dan /z/
digolongkan ke dalam konsonan pinjaman kerana konsonan tersebut hanya
digunakan apabila mengeja kata pinjaman.
Penggunaan vokal dalam bahasa Melayu berlaku apabila:
(a) Sesuatu perkataan terdiri daripada satu suku kata.
(b Sesuatu suku kata dapat digambarkan dengan satu vokal sahaja, atau pun
huruf vokal bersama satu huruf konsonan, baik konsonan itu berada di
hadapan atau di belakang vokal letaknya, atau pun dengan satu vokal di
tengah-tengah dua huruf konsonan.
(c) Apabila dua huruf vokal yang sama atau tidak sama berdekatan letaknya,
maka itu bererti dua suku kata.
(d) Satu suku kata panjang banyak mengandungi dua konsonan, tetapi tidak
lebih daripada satu vokal.
(e) Jika vokal terletak di hadapan konsonan, maka satu suku kata yang terjadi
daripada kombinasi itu disebut suku kata mati. Jika vokal itu di belakang,
suku kata itu disebut suku kata hidup.

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
144
Konsonan yang digunakan dalam ejaan ini seperti ejaan lain, iaitu hendaklah
diikuti oleh vokal. Dalam sistem ejaan ini, tidak dibenarkan membentuk
konsonan kluster kecuali untuk kata pinjaman daripada bahasa Barat. Bagi kata
yang berasal daripada bahasa Arab, kata tersebut hendaklah dieja mengikut
peraturan ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Satu ketetapan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi (maksudnya
fonemik) bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem
atau huruf sahaja.
(a) Fonem /h/ yang terdapat pada awal kata boleh digugurkan jika dengan
berbuat demikian tidak menimbulkan keraguan.
(b) Fonem /h/ pada tengah tidak boleh digugurkan jika diapit oleh vokal yang
sama.
(c) Fonem /h/ boleh dikekalkan atau dihilangkan apabila diapit oleh vokal
yang tidak sama.
(d) Fonem /h/ boleh digugurkan pada tengah kata setelah dipastikan memang
tidak ada fonem /h/ pada katanya yang asal.
(e) Fonem /h/ pada akhir kata tidak boleh digugurkan kecuali memang
fonem tersebut todak ada pada katanya yang asal.
Penggunaan sempang (-) dalam sistem ejaan ini adalah untuk:
(a) Memisahkan kata apabila kata itu tidak lengkap ditulis kerana sudah
sampai ke hujung baris.
(b) Menulis kata ulang.
(c) Menyambung beberapa kata majmuk.
Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini sama dengan sistem ejaan yang
baik, tetapi hanya tidak pernah digunakan secara rasmi. Sistem ejaan ini hanya
digunakan oleh anggota ASAS 50 dalam karya mereka.
7.3.3 Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan baru
yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia
telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan Bahasa Malaysia-
Indonesia itu telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan Malaysia yang
dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka) dengan Kumpulan Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi Indonesia)
yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 
BAHASA MELAYU
145
Dalam rundingan itu beberapa perkara telah dibahas bersama secara ilmiah dan
mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang
terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan
pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah
mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam
kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan kemajuan
ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah dicapai mengenai
hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu
ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun tulisan.
Kesemuanya itu adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara
rakyat Indonesia dan Malaysia.
Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama itu ke
seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio, televisyen serta
melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP). Dengan tercapainya keputusan muktamad yang ditandatangani
oleh kedua belah pihak itu pada hari ini dalam tahun 1967, maka terciptalah
Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya adalah bergantung
kepada penerimaan serta pengesahannya dari kerajaan kedua-dua buah negara.
Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Baharu bagi Bahasa Malaysia-Indonesia telah
dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul Razak bin
Datuk Hussein, di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Turut hadir
dalam upacara pelancaran ini ialah Menteri Pelajaran, Encik Hussein Onn, Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujak b. Rahiman dan Tan Sri
Syed Nasir Ismail. Pelancaran penggunaan sistem Ejaan Baharu ini adalah hasil
daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia yang sejak dahulu lagi citacita
menyediakan satu sistem ejaan yang sama dengan menggunakan bahasa
yang sama dan memberi faedah kepada kedua-dua negara. Di samping itu, ini
juga bertujuan memperbaiki sistem ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan
menyesuaikannya dengan unsur-unsur dan perkembangan-perkembangan yang
telah mempengaruhi bahasa Malaysia sejak beratus tahun.
Sejarah perkembangan tulisan Rumi ini bermula pada tahun 1902, apabila tulisan
Rumi yang pertama telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J. Wilkinson.
Sistem ini kemudiannya diperbaiki oleh Pendita Zaaba dan dikenali sebagai
Sistem Ejaan Sekolah. Sistem ini dijadikan tulisan rasmi sehingga beberapa
tahun. Ketika Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan di
Singapura dan Johor Bahru pada tahun 1956 satu sistem ejaan yang dinamakan
Ejaan Kongres telah dibentuk. Malangnya, sistem ini tidak dapat dilaksanakan
kerana terdapat beberapa huruf di dalam sistem ini yang agak sukar untuk
diikuti.

 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Pada tahun 1959 sistem Ejaan Malindo diperkenalkan setelah beberapa
rundingan diadakan antara Malaya dan Indonesia tetapi sistem ini tidak dapat
dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Kemudiannya pada tahun 1966, Kerajaan
telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan yang dipengerusikan
oleh Tan Sri Syed Nasir Ismail. Jawatankuasa ini telah mengadakan siri-siri
rundingan baru dengan Indonesia sehingga tercapai persetujuannya pada 27 Jun
1967 dan ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Bersama Malaysia/Indonesia.
Perlaksanaan sistem ini juga terpaksa ditangguh sehingga bulan Jun 1972, satu
rombongan Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Sujak b. Rahiman telah pergi
ke Indonesia dan mengadakan rundingan dengan Pendita Ejaan Bahasa
Indonesia yang diketuai oleh Ibu Dra. Mulyadi. Kedua-dua pihak akhirnya
bersetuju berdasarkan kepada semangat keputusan 1967.
Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia dilancarkan
penggunaannya. Ejaan baru ini akan bertugas sebagai alat yang akan mengawal
perkembangan serta pertumbuhan bahasa Malaysia selanjutnya di masa depan.
Ini adalah satu kejayaan yang amat besar maknanya bagi masa hadapan keduadua
bahasa Malaysia-Indonesia. Dengan adanya sistem ejaan baharu ini, tidak
akan timbul lagi masalah sistem ejaan yang harus diikuti dan digunakan
terutama di sekolah-sekolah dan media massa.
PUEBM (1975) telah menetapkan lima perkara dalam ejaan Rumi bahasa Melayu,
iaitu:
(i) Pemakaian huruf:
(a) Senarai abjad Rumi yang dipakai;
(b) Lima huruf vokal a,e,i,o,u dan pola keserasian vokal dalam suku kata
pertama dan akhir tertutup, iaitu vokal u dan i digunakan pada suku
kata akhir tertutup jika vokal pada suku kata bukan akhir bukan o
atau u, dengan satu kekecualian yang tidak mematuhi keserasian itu,
iaitu dalam ejaan kata pinjaman, sama ada dari Asia atau Barat
(misalnya aneh, lakon, pamer, perabot, tulen, traktor, karbon)
(c) Tiga diftong yang dilambangkan oleh tiga pasangan huruf vokal, iaitu
ai, au, dan oi.
(d) Huruf konsonan yang berjumlah 26 termasuk q dan x bagi menulis
istilah dan huruf k untuk melambangkan huruf Jawi Ain dan
Hamzah, iaitu b,c,f,g,gh,h,j,k,l,m,n,ng,ny,p,q,r,s,sy,t,v,x,y,z.
(ii) Senarai gugus konsonan untuk mengeja kata/istilah pinjaman daripada
bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain dan juga senarai pola
persukuan kata bahasa Melayu.
TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 􀁗
BAHASA MELAYU
147
(iii) Penulisan nama khas tempat, orang dan sebagainya disesuaikan dengan
pedoman ejaan baharu ini, kecuali jika ada pertimbangan khusus untuk
mengekalkannya.
(iv) Kaedah penulisan huruf, iaitu huruf besar yang mempunyai 12 kaedah dan
huruf miring yang mengandungi tiga kaedah ejaan.
(v) Penulisan yang terdiri daripada:
(a) Kata dasar yang dieja terpisah
(b) Kata turunan, iaitu dibentuk daripada imbuhan dengan kata dasar yang
dieja secara bercantum kecuali jika bentuk imbuhan yang dipinjam
diletakkan di hadapan huruf besar, maka dieja dengan sempang (pan-
Afrikan, pan-Asian)
(c) Kata gandaan yang dieja menggunakan sempang di antara bentuk yang
diganda dan angka dua tidak boleh digunakan.
(d) Kata ganti singkatan ku, kau, mu dan nya ditulis serangkai dengan
perkataan yang mendahulu atau mengikutinya.
(e) Kata depan di, ke dan dari ditulis terpisah daripada perkataan yang
mengikutinya.
(f) Kata panggilan si dan sang dieja terpisah.
(g) Partikel lah, kah, tah dieja berangkai dengan perkataan yang
mendahuluinya, manakala pun dieja terpisah kecuali beberapa perkataan
yang pada kelazimannya ditulis bercantum misalnya adapun, walaupun,
bagaimanapun.
(h) Kata gabungan dieja dengan dua cara, iaitu secara terpisah dan secara
bercantum. Kata yang dieja terpisah terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu
bentuk rangkai kata umum termasuk istilah (air hujan, kapal terbang),
bentuk parataksis atau rangkai setara (hidup, mati, ibu, bapa), dan bentuk
simpulan bahasa (buah hati, anak emas). Kata yang dieja berangkai pula
terdiri daripada beberapa bentu. Pertama, semua bentuk gabungan yang
dieja terpisah apabila menerima gabungan apabila menerima imbuhan
hendaklah ditulis bercantum. Kedua, gabungan kata yang sudah dianggap
sebagai satu kata yang tersenarai sepenuhnya dalam daftar ejaan Rumi
Bahasa Malaysia tetap dieja sebagai satu perkataan kecuali yang tidak
tersenarai, dieja terpisah. Ketiga, gabungan kata yang dieja terpisah apabila
digandakan hanya bahagian pertama kata yang diulang.
Bahagian akhir dalam sistem ejaan adalah yang berkaitan dengan tanda baca.
Aspek yang diperkatakan ialah penggunaan tanda titik, tanda koma, tanda koma
bertindih, tanda sempang, pisah elipsis, tanya, tanda kurung, tanda kurung siku,
tanda petik, tanda petik tunggal, tanda ulang, tanda garis miring dan
penyingkat.

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Pada tahun 1981, Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia telah diterbitkan dan
sentiasa dikemas kini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Umum Ejaan
Bahasa Malaysia mempunyai beberapa siri cetakan terbaharu dan juga
dikemaskinikan oleh DBP melalui persetujuan Jawatankuasa Tetap Bahasa
Malaysia yang sekretariatnya juga ialah DBP. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa
perkembangan tulisan bahasa Melayu kini sentiasa dipantau dan diawasi
perkembangannya selari dengan perkembangan ilmu semasa.
PEDOMAN EJAAN KATA PINJAMAN
BAHASA MELAYU
Dalam proses perkembangan bahasa Melayu, banyak pengaruh daripada dunia
Melayu telah menyerap masuk khususnya bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Secara kasar kata pinjaman bahasa Inggeris dapat dikelaskan kepada dua
golongan, iaitu kata-kata yang telah meresap masuk sejak dahulu lagi. Kata-kata
ini tidak dirancang pengambilannya. Oleh itu, kata ini tidak menunjukkan ejaan
yang seragam malah ada yang telah disesuaikan dengan sebutan lidah Melayu
misalnya preman, joli, buku, sekolah dan lain-lain. Kumpulan kedua ialah katakata
yang dirancang pengambilannya khususnya istilah. Ejaan kata-kata ini lebih
mirip kepada ejaan asal dalam bahasa Inggeris misalnya asid, aktiviti, diploma,
kritik dan lain-lain.

AKTIVITI 7.2
SEMAK KENDIRI 7.2
TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU

2. a=menjadi= e=
(bagi=kata=katayang=telah=lama=terserap=ke=dalam=BM)
acre= ekar
agent= ejen
allowance =elaun
apple=epal

3. ai menjadi e
campaign kempen
mail mel
train tren
mosaic mosaik
kecuali bagi trailer tetap dieja trailer
4. au tetap au
audit menjadi audit
auditorium auditorium
autonomy autonomi
5. c (sebelum vokal a,u,o konsonan) dilafazkan sebagai (k) menjadi (k)
classic menjadi klasik
coat kot
cocoa koko
cube kiub
6. c (sebelum e, i, dan y) yang dilafazkan sebagai (s) menjadi (s)
ceiling menjadi siling
cent sen
circus sirkus
7. cc menjadi k
account akaun
accordian akordian
8. ch yang dilafazkan (c) menjadi (c)
charge caj
chart carta
March Mac

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU

. ch yang dilafazkan sebagai (k) menjadi (k)
architect menjadi arkitek
mechanic mekanik
scheme skema
10. cl menjadi kl
classic klasik
clinic klinik
clause klausa
kecuali class dan club menjadi kelas dan kelab
11. e tetap e
economy ekonomi
electric elektrik
emotion emosi
12. e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata digugurkan
arcade menjadi arked
brake brek
cake kek
case kes
13. e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata menjadi a
caste menjadi kasta
note nota
scale skala
14. ea tetap ea
creative menjadi kreatif
gear gear
ideal ideal
15. ea yang dilafakan (i) menjadi i
beefsteak menjadi bifstik
cream krim
peas pis
kecuali sergeant menjadi sarjan
16. ee menjadi i
beer menjadi bir
jeep jip
puree puri

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU

17. ei tetap ei
atheist menjadi ateis
protein protein
kecuali receipt menjadi resit
18. eo tetap eo
geometry menjadi geometri
neon neon
stereo stereo
19. eu tetap eu
neutral menjadi neutral
petroleum petroleum
kecuali amateur dan museum menjadi amatur dan muzium
20. ew menjadi u
pewter menjadi piuter
screw skru
kecuali stew tetap stew
21. f tetap f
fact menjadi fakta
focus fokus
formal formal
kecuali fiesta dan freeman menjadi pesta dan preman
22. g tetap g
gas menjadi gas
glass gelas
goal gol
kecuali bagi kata yang sudah lama terserap ke dalam BM seperti general,
margarine, giraffe menjadi jeneral, majerin, zirafah.
23. i tetap i
individual menjadi individu
script skrip
unit unit
kecuali pencil menjadi pensel

 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
152
24. i yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai
file menjadi fail
pipe paip
slide slaid
25. ia tetap ia
dialect menjadi dialek
piano piano
radiator radiator
26. ie tetap ie
diesel menjadi diesel
oriental oriental
orientation orientasi
kecuali bagi kata fiesta, plier dan science menjadi pesta, playar dan sains.
27. ie pada akhir kata menjadi i
calorie menjadi kalori
coolie kuli
28. io tetap io
polio menjadi polio
radio radio
studio studio
29. iu tetap iu
aquarium menjadi akuarium
premium premium
stadium stadium
30. ng tetap ng
congress menjadi kongres
singlet singlet
dubbing dabing
31. o tetap o
note menjadi nota
editor editor
sector sektor

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU

32. oa menjadi o
boat menjadi bot
cocoa koko
goal gol
33. oo yang dilafazkan (u) menjadi u
monsoon menjadi monsun
cartoon kartun
taboo tabu
kecuali book menjadi buku
34. ou yang dilafazkan (u) atau (e) menjadi u
coupon menjadi kupon
journal jurnal
soup sup
35. ou yang dilafakan (au) menjadi au
counter menjadi kaunter
pound paun
accountant akauntan
36. q menjadi k
quiz menjadi kuiz
squash skuasy
squadron skuadron
37. s tetap s
gas menjadi gas
stamp setem
salad salad
38. sc menjadi sk
scale menjadi skala
scope skop
script skrip
sc dilafazkan (s) bagi science menjadi sains
39. sch menjadi sk
scheme menjadi skema
scolastic skolastik
kecuali school menjadi sekolah
􀁘 TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
154
40. th menjadi t
ethics menjadi etik
marathon maraton
theory teori
41. u menjadi a
bus menjadi bas
custom kastam
truck trak
42. u tetap u
cushion menjadi kusyen
republic republik
university universiti
43. u yang dilafazkan (iu) menjadi iu
cube menjadi kiub
fuse fius
tube tiub
44. ue di akhir kata menjadi u
glue menjadi glu
issue isu
45. ue di akhir kata (selepas q atau g) digugurkan
antique menjadi antik
cheque cek
catalogue katalog
46. ui menjadi u
biscuit menjadi biskut
juice jus
recruit rekrut
47. v menjadi b (bagi kata-kata yang telah lama terserap ke dalam BM dan
telah mantap ejaannya)
governor menjadi gabenor
private prebet
violin biola

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 􀁗
BAHASA MELAYU
48. v tetap v
novel menjadi novel
vitamin vitamin
university universiti
49. x yang tidak terletak pada awal kata menjadi ks
express menjadi ekspres
maximum maksimum
sex seks
tetapi x di awal perkataan tetap x seperti x-ray
50 y yang tidak terletak pada awal kata menjadi i
harmony menjadi harmoni
lorry lori
51. y yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai
style menjadi stail
type taip
kecuali nylon menjadi nilon
52. z tetap z
zinc menjadi zink
zip zip
53. Konsonan ganda menjadi konsonan tunggal
aggresive menjadi agresif
battery bateri
lorry lori
54. Kata yang terdiri daripada suku kata ditambah a di hujungnya
lens menjadi lensa
lymph limpa
pulpa palpa
kecuali bag (beg), brake (brek), gas (gas), golf (golf) film (filem), plan
(pelan)

TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
 Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah David Barbosa pada
tahun 1516 (Mohd. Naim Daipi, 1990:28) di Melaka, iaitu setelah Melaka
ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.
 Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandung
lebih kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang
lain. Perkataan ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba kepada
Magellan yang bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera.
 Cornelius de Houtman, seorang pelayar Belanda pada abad ke-16 pula
telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam
skrip Rumi. Senarai terkumpul semasa beliau berada dalam penjara setelah
ditangkap oleh Sultan Bantam III, pangeran Muhamad setelah berkonflik
dengan baginda kerana kekasaran rombongan Belanda.
 ZaEba telah membahagikan fonem vokal yang diistilahkan sebagai „huruf
saksi‰ (istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang dilambangkan
dengan enam huruf vokal.
 Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16-21
September 1956 yang membincangkan perkembangan bahasa Melayu.
Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut telah
membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa melayu, dan dua ketetapan
tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi.
 Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini sama dengan sistem ejaan
yang baik, tetapi hanya tidak pernah digunakan secara rasmi. Sistem ejaan
ini hanya digunakan oleh anggota ASAS 50 dalam karya mereka.
Huraikan bagaimanakah ejaan akhir kata pinjaman bahasa Inggeris
dieja.
AKTIVITI 7.3
SEMAK KENDIRI 7.3


Search This Blog