as salam and welcome..♥
TAJUK 1
|
MORFOLOGI BAHASA MELAYU
|
SINOPSIS
Tajuk ini akan
membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
·
Konsep
Morfologi
·
Bentuk
kata Bahasa Melayu
·
Golongan
kata Bahasa Melayu
Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu
yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan
struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan)
yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam
kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu
yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang
bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini
diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985)
: Morfologi ialah satu
bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara
pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut
morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis
atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil
juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri.
Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa
cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya
rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan
yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan.
Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar.
Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.
Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis
imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila
digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai
golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.
Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua
kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata
majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak
boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang
menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan
secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.
HASIL
PEMBELAJARAN
Pada akhir
unit ini, anda seharusnya dapat:
1.
menjelaskan
konsep Imbuhan.
2.
menjelaskan
jenis-jenis Imbuhan.
3.
menjelaskan
konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
KERANGKA
TAJUK-TAJUK
Rajah 1.2
Kerangka Tajuk
1.0
KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini
meliputi huraian tentang konsep menjelaskan
konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan
Kata dalam Bahasa Melayu
1.1 Definisi Imbuhan
Apakah
yang dimaksudkan dengan imbuhan?
Tatabahasa Dewan (2004) :
Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar
iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk
terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi
melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu
yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan,
morfem kosong dan bentuk fleksi.
Abdullah Hassan (2004)
: Pengimbuhan ialah
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis
imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.
Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata
terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.
Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut
peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses
pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.
Raminah Hj.
Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam
pemakaiannya, imbuhan mestilah
dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk
perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan
tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa
konsep yang baharu.
1.2 Jenis-Jenis Imbuhan
Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat
dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam
bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.
1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa
Melayu
Imbuhan-imbuhan yang
telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis
iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.
1.2.1.1 Awalalan
Imbuhan yang diletakkan di
awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-,
me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam
ber+jalan dan di- dalam di+ambil,
1.2.1.2 Akhiran
Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah
kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan
dalam jalan+kan dan -i dalam akhir+i.
1.2.1.3 Apitan
Imbuhan, yang
hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di
awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an
dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i,
1.2.1.4 Sisipan
Imbuhan yang
hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em-
dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling
dan –em-, dalam g+em+uruh.
1.2.1.5 Morfem Kosong
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.
1.2.1.5 Fleksi
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.
1.2.2 Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam
bahasa Melayu
Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur
imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut.
tiga kumpulan ini ialah :
1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit
Imbuhan
yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke
dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif
dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu.
Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada bahasa Sanskrit iaitu awalan dan akhiran.
Awalan
|
Akhiran
|
maha
|
maharaja
|
man
|
seniman
|
tata
|
tatabahasa
|
man
|
budiman
|
pra
|
prakata
|
wan
|
angkawan
|
swa
|
swadaya
|
wan
|
jelitawan
|
tuna
|
tunabusana
|
wati
|
olahragawati
|
eka
|
ekabahasa
|
wati
|
seniwati
|
dwi
|
dwitahunan
|
nita
|
karyanita
|
tri
|
tribulan
|
nita
|
biduanita
|
panca
|
pancaindera
|
|
|
1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi
Pengaruh
bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam
Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa
Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan
proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya
dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis
imbuhan pinjaman daripada bahasa Arab-Parsi
iaitu awalan dan akhiran.
Awalan
|
Akhiran
|
bi-
|
biadap
|
-wi
|
duniawi
|
|
bilazim
|
-i
|
abadi
|
|
binormal
|
-iah
|
lahiriah
|
|
|
-in
|
hadirin
|
|
|
|
munafikin
|
|
|
-at
|
hadirat
|
|
|
|
munafikat
|
|
|
-ah
|
qariah
|
|
|
|
solehah
|
1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin -
Inggeris
Imbuhan
asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada
imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak
berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan
seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.
Awalan
|
Akhiran
|
pro-
|
probarat
|
-isme
|
sosialisme
|
anti-
|
antikerajaan
|
-isme
|
nasionalisme
|
poli-
|
poliklinik
|
-ik
|
prolifik
|
auto-
|
autograf
|
-ik
|
saintifik
|
sub-
|
subbidang
|
-si
|
sensasi
|
supra-
|
supranasional
|
-si
|
revolusi
|
hetero-
|
heterograf
|
-al
|
praktikal
|
heksa-
|
heksagon
|
-al
|
klinikal
|
hidro-
|
hidrolisis
|
-is
|
potensi
|
homo-
|
homogen
|
-is
|
praktis
|
hiper-
|
hiperbola
|
|
|
kilo-
|
kilometer
|
|
|
makro-
|
makrolinguistik
|
|
|
infra-
|
intrajabatan
|
|
|
inter-
|
intervokal
|
|
|
Rajah
1.4 : Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman
dalam Bahasa Melayu
Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
1.3 Proses
Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu
kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak
melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan
proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan
dan akronim
Rajah
1.5 : Proses Pembentukan Kata dalam
Bahasa Melayu
Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan
1.3.1 Proses Pengimbuhan
Proses
pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar
untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan,
akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan
kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata
kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses
pengimbuhan.
Imbuhan (Awalan)
|
Kata dasar
|
Kata terbitan
|
Pem-
|
bawa
|
pembawa
|
Memper-
|
kuat
|
memperkuat
|
-isme
|
nasional
|
nasionalisme
|
-i
|
dekat
|
dekati
|
Peng-.....-an
|
isytihar
|
pengisytiharan
|
Men-.....-i
|
ikut
|
mengikuti
|
Ke-...-an
|
sihat
|
kesihatan
|
Ber-....-an
|
lari
|
berlarian
|
-er-
|
gigi
|
gerigi
|
-em-
|
gilang
|
gemilang
|
Proses pengimbuhan boleh berlaku pada
pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar,
misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- +
tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).
Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata
dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh
proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua.
Daripada kata dasar karang, misalnya,
dapat dilahirkan pengarang melalui
imbuhan peN-. Pengarang pula dapat
menerima apitan ke-...-an, menerbitkan
kepengarangan.
Berikut ialah beberapa contoh lain :
Kata Dasar
|
Imbuhan
|
Kata Terbitan
|
libat
|
terlibat
|
keterlibatan
|
lanjur
|
terlanjur
|
keterlanjuran
|
balik
|
terbalik
|
menterbalikkan
|
sambung
|
sinambung
|
kesinambungan
|
1.3.2 PROSES
PEMAJMUKAN
Proses
pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih
dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila
dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi
malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini;
maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau *
kerusi dan malas atau * kerusi untuk
malas.
1.3.2.1Pengimbuhan
Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar
lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :
1.3.2.1.1 Apabila
kata majmuk menerima awalan atau akhiran, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya :
urus niaga
|
-
berurus niaga
|
cari gali
|
-
mencari gali
|
reka bentuk
|
-
direka bentuk
|
daya serap
|
-
daya serapan
|
1.3.2.1.2 Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya
menjadi bercantum,
Contohnya :
lipat ganda
|
-
melipatgandakan
|
surat khabar
|
-
persuratkhabaran
|
urus niaga
|
-
diurusniagakan
|
ibu bapa
|
-
keibubapaan
|
1.3.2.1
Penggandaan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan.
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.
Contohnya
:
rumah sakit
|
-
rumah-rumah sakit
|
guru besar
|
-
guru-guru besar
|
Raja Muda
|
-
Raja-raja Muda
|
Timbalan Naib Canselor
|
-
Timbalan-timbalan Naib Canselor
|
Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan
perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada
keseluruhan perkataan.
Contohnya
:
setiausaha
|
-
setiausaha-setiausaha
|
jawatankuasa
|
-
jawatankuasa-jawatankuasa
|
tanggungjawab
|
-
tanggungjawab-tanggungjawab
|
1.3.3 PROSES
PENGGANDAAN
Proses penggandaan ialah proses yang
mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis
penggandaan, iaitu ;
1.
Penggandaan penuh,
2.
Penggandaan separa, dan
3.
Penggandaan berentak.
1.3.3.1 Penggandaan
penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh
kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :
·
Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa
imbuhan.
Contohnya :
·
Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.
Contohnya :
pelari
|
|
perbualan
|
|
kekasih
|
|
kejadian
|
|
1.3.3.2 Penggandaan
separa
Penggandaan
separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar
sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :
·
pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan
pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian
hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan,
menjadikannya vokal e pepet. Proses
ini dapat digambarkan seperti yang berikut :
jari
|
jejari
|
jejari
|
siku
|
sisiku
|
sesiku
|
sungut
|
susungut
|
sesungut
|
pohon
|
popohon
|
pepohon
|
laki
|
lalaki
|
lelaki
|
·
pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang
berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan
ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian
belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.
Kata Dasar Berimbuhan
|
Imbuhan
|
tersenyum
|
tersenyum-senyum
|
bercakap
|
bercakap-cakap
|
setinggi
|
setinggi-tinggi
|
membantu
|
bantu-membantu
|
mencuit
|
cuit-mencuit
|
menari
|
tari-menari
|
mengejar
|
kejar-mengejar
|
1.3.3.3 Penggandaan
Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata
dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan
berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau
diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan
berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
1
Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal
2
Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
3
Penggandaan Berentak Bebas
·
Penggandaan
Berentak Pengulangan Bebas
Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal,
iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal,
Contohnya :
sayur
|
-
sayur-mayur
|
ramah
|
-
ramah-tamah
|
cerai
|
-
cerai-berai
|
·
Penggandaan
Berentak Pengulangan Konsonan
Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan
bunyi-bunyi konsonan tertentu,
Contohnya :
kayu
|
-
kayu-kayan
|
tanah
|
-
tanah-tanih
|
simpang
|
-
simpang-siur
|
Perhatian:
Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya,
jika ditulis *ipar duai.
1.3.4 KATA
AKRONIM
Mengikut Tatabahasa
Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata
singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau
gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
ABIM - Angkatan
Belia Islam Malaysia
Bernama - Berita
Nasional Malaysia
Kugiran - kumpulan
gitar rancak
Cara Menulis Kata
Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa
Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.
1.3.4.1 Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf
awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar,
jika kata nama khas.
Contohnya :
ABIM - Angkatan
Belia Islam Malaysia
UMNO - United Malay National
Organisation
1.3.4.2 Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan /
atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama
khas.
Contohnya :
tabika - taman
bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
kugiran - kumpulan
gitar rancak
1.3.4.2 Ditulis bermula dengan huruf besar
Jika akronim
yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi
kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya :
Bernama - Berita
Nasional Malaysia
Intan -
Institut Tadbir Awam Negara
Proton - Perusahaan
Otomobil Nasional
# Perhatian:
Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan
pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh
itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah
pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa
Melayu.
|
- Secara
individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang
definisi morfologi bahasa Melayu.
- Selain itu, anda juga
dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses Pembentukan Kata dalam
Bahasa Melayu.
|
Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
TAJUK 2
|
PERKATAAN DAN
BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU
|
SINOPSIS
Tajuk ini
membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata
majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata
tunggal dan kata terbitan.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Mengenal
pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
(ii) Mengenal
pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan
(iii) Mengenal
pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
(iv) Mengenal
pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda
(v) Mengenal
pasti Golongan Kata Tunggal
(vi) Mengenal
pasti Golongan Kata Terbitan
Kerangka
Tajuk-tajuk
Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1
2.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini
meliputi huraian tentang mengenal
pasti kata tunggal dan bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan
bentuk kata terbitan, mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal
pasti kata ganda dan bentuk kata ganda, mengenal pasti golongan kata tunggal dan mengenal pasti
golongan kata terbitan.
2.1 Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
Kata
Tunggal ialah kata
yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam
bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai
lebih daripada satu suku kata. Contohnya :
Kata Tunggal Satu Suku Kata
|
had,
am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, dram, teks, zink, golf, skrip, trak,
skru
|
Kata Tungga Dua Suku Kata
|
dia,
suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana
|
Kata Tunggal Tiga Suku Kata
|
bahaya,
cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat
|
Kata Tunggal Empat Suku
Kata dan lebih
|
universiti, sayembara, mahasiswa, cenderamata,
personifikasi
|
Kata Tunggal - Akronim
(Gabungan Huruf Awal)
|
ABIM,
UMNO, ADUN, MAS.
|
Kata Tunggal - Akronim
(Gabungan Suku Kata)
|
cerpen,
purata, tadika, taska, cereka
|
Kata Tunggal - Akronim
(Gabungan Huruf Awal dan/
Suku Kata - Nama
Khas)
|
Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
Mara
(Majlis Amanah Rakyat)
Pernas
(Perbadanan Nasional)
|
2.2 Kata Terbitan dan Bentuk
Kata Terbitan
Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada
proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan
itu pula terdiri daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk
imbuhan adalah seperti di bawah yang merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan
apitan.
Kata Terbitan
Berawalan
(Awalan Kata
Nama)
|
peN-, pel-,
per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-,
makro-, mikro-, pro-, semi-, tele-
|
Kata Terbitan
Berawalan
(Awalan Kata
Kerja)
|
meN-,
memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper-
|
Kata Terbitan
Berawalan
(Awalan Kata
Adjektif)
|
ter-, se-,
te-
|
Kata Terbitan
Berakhiran
(Akhiran Kata
Nama)
|
-an, -wan,
-man, -wati, -isme, -in, -at, -ah,
-ita, -is, -
|
Kata Terbitan
Berakhiran
(Akhiran Kata
Kerja)
|
-kan, -
|
Kata Terbitan
Berapitan
(Apitan Kata
Nama)
|
peN-, -an,
per-, -an, pel-…-an, ke-…-an
|
Kata Terbitan
Berapitan
(Apitan Kata
Kerja)
|
meN-…-kan,
ber-…-kan, ber-…, -an, di-…-kan, meN-…- , di-…- , diper-…-kan, diper--,
memper-…-kan,
memper-…-
|
Kata Terbitan
Berapitan
(Apitan Kata
Adjektif)
|
ke-…-an
|
Kata Terbitan
Bersisipan
(Sisipan Kata
Nama)
|
-el-, -em-
|
Kata Terbitan
Bersisipan
(Sisipan Kata
Adjektif)
|
-el-, -er-,
-em-, -in-
|
|
LATIHAN :
Dengan
merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contoh-contoh kata
terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan
|
2.3 Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan
merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu).
Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah.
Contohnya seperti di bawah.
Kata Majmuk
Bebas
|
bandar raya, lebuh raya, terima kasih,
tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor,
Duta Besar
|
Kata Majmuk
Istilah Khusus
|
model linear, garis pusat, lut
sinar, cakera padat, telefon dail terus
|
Kata Majmuk
Kiasan/Simpulan
Bahasa
|
anak emas, berat mulut, buah tangan,
kaki ayam, kaki bola
|
Kata Majmuk
yang Mantap
|
antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan,
matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan,
jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab
|
Kata Majmuk
Jamak
(Gandaan kata
pertama)
|
alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal
terbang,
|
Kata Majmuk
Jamak
(Penada Jamak
- semua, banyak,
sekumpulan,
persatuan, para,
pertubuhan,
barisan, sebahagian)
|
semua Ketua Setiausaha, sekumpulan
guru penolong kanan, Persatuan Bekas Perajurit,
|
Kata Majmuk
Terbitan
(Awalan dan
Akhiran)
|
dicampur aduk, mengambil alih, dikenal
pasti, daya serapan
|
Kata Majmuk
Terbitan
(Apitan)
|
mencampuradukkan, pengambilalihan,
pengenalpastian.
|
|
LATIHAN :
Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di
kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.
|
2.4 Kata
Ganda dan Bentuk Kata Ganda
Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses
mengulang kata dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata
dasar atau digandakan secara berima. Contohnya seperti di bawah.
Kata Ganda Penuh
|
rama-rama,
kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau
|
Kata Ganda Separa
|
lelaki,
lelayang, berlari-lari, tertanya-tanya, tolong-menolong
|
Kata Ganda Berentak
|
lauk-pauk,
kusut-masai,lintang-pukang, simpang-
perenang,
gunung-ganang
|
2.5 Golongan Kata Tunggal
Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal
boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku
kata.
2.5.1
Penggolongan
Kata: Kata Nama
Kata Nama Am
(Konkrit)
|
baju, seluar,
kucing, masjid
|
Kata Nama Am
(Abstrak)
|
mimpi,
perasaan, kemahuan, idaman, kehendak, keadaan
|
Kata
Nama Khas
(Hidup -
Manusia)
Kata Nama
Khas
(Hidup -
Bukan Manusia)
|
YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul
Razak, Alya Nabila, Rafeah, Sudirman
Sang Kancil,
Si Belang, Comel, Tompok, Vanda Diana (orkid)
Jibrail, Jin.
|
Kata Nama
Khas
(Tak Hidup)
|
Proton
Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah
|
Kata Ganti
Nama (Diri Pertama)
|
aku, beta,
daku, kami, patik, hamba, saya
|
Kata Ganti
Nama (Diri Kedua)
|
anda, awak,
dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba
|
Kata Ganti
Nama (Diri Ketiga)
|
baginda,
beliau, dia, ia, mereka
|
Kata Ganti
Nama (Tunjuk)
|
ini, itu
|
Kata Ganti
Nama (Tanya)
|
apa, siapa,
mana, berapa
|
Kata Ganti
Nama (Tempat)
|
sana, sini, situ
|
|
LATIHAN :
Dengan
merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya.
|
2.5.2 Golongan Kata Terbitan
Penggolongan Kata: Kata Kerja
Kata Kerja
Transitif (Aktif)
|
membeli,
menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram
|
Kata Kerja
Transitif (Pasif)
|
dibeli, digunakan, didiami, diabaikan,
dipererat, disiram
|
Kata Kerja
Tak Transitif
(Tak
Berpelengkap)
|
bangun, datang, tersenyum, kerkibaran,
menguning, membesar, terduduk,
|
Kata Kerja
Tak Transitif
(Berpelengkap)
|
tinggal, beransur, berbantalkan
|
|
LATIHAN :
Dengan
merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut
kumpulannya.
|
2.5.3 Penggolongan
Kata: Kata Adjektif
Kata Adjektif
Sifat/Keadaan
|
berani,
cerdik, cerdas, gopoh
|
Kata Adjektif
Warna
|
hitam, putih,
merah, biru
|
Kata Adjektif
Ukuran
|
cetek, dalam,
kecil, nipis, tebal
|
Kata Adjektif
Bentuk
|
bukur,
bundar, bulat, leper
|
Kata Adjektif
Pancaindera
|
ayu, buruk,
bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus
|
Kata Adjektif
Waktu
|
Baru, lama,
spontan, segera
|
Kata Adjektif
Cara
|
cepat, deras,
laju, perlahan
|
Kata Adjektif
Perasaan
|
benci, cinta,
ghairah, ingin
|
|
LATIHAN :
Dengan
merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif mengikut jenisnya.
|
2.5.4
Penggolongan Kata: Kata Tugas
Kata tugas tidak berfungsi sebagai
unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja
ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai
tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat.
Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat
dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata
pascakata
2.5.4.1 Kata
Penyambung Ayat
Kata Penyambung Ayat
|
Kata
Hubung Gabungan
|
dan, atau, tetapi, serta, lalu,
malahan, sambil, kemudian.
|
Kata
Hubung Pancangan Relatif
|
yang
|
Kata
Hubung Pancangan Komplemen
|
bahawa, untuk
|
2.5.4.2 Kata
Praklausa
Kata Praklausa
|
Kata Seru
|
wah, amboi, aduh
|
Kata Tanya
|
bagaimana, siapa, bila, berapa
|
Kata Perintah
|
sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga.
|
Kata Pembenar
|
ya, benar, betul.
|
Kata Pangkal Ayat
|
Maka, alkisah, hatta, syahadan
|
2.5.4.3 Prafrasa
Kata Prafrasa
|
Kata Bantu
|
akan, pernah, sedang, mahu, masih,
hendak, belum
|
Kata Penguat
|
amat, sangat, paling
|
Kata Penegas
|
juga, lah, kah, tah, pun
|
Kata Nafi
|
tidak, bukan
|
Kata Pemeri
|
ialah, adalah
|
Kata Sendi Nama
|
di, dari, dalam, ke, pada
|
Kata Bilangan
|
beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima
|
Kata Arah
|
atas, situ, dalam
|
2.5.4.4 Kata
Pascakata
Kata Pascakata
|
Kata Pembenda
|
yang, -nya
|
Kata Penekan
|
-nya
|
|
LATIHAN :
- Dengan merujuk keratan akhbar, garisi
fungsi ‘nya’ sebagai kata pascakata.
|
Nik Safiah dan
rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan
Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan.
(2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : PTS Profesional.
Raminah Hj. Sabran
dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab Perguruan.
Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.
TAJUK 3
|
Proses
Pembentukan Kata Bahasa Melayu
·
Kata
Tunggal
·
Kata
Terbitan
|
SINOPSIS
Tajuk ini
membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan kepada kata
tunggal dan kata terbitan.
HASIL PEMBELAJARAN
i.
Mengenalpasti
definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.
ii.
Mengenalpasti
jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.
Kerangka
Tajuk-tajuk
3.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi,
jenis-jenis dan huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.
3.1 Definisi Kata Tunggal
Perkataan-perkataan dalam bahasa
Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang
imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004).
Kata tunggal ialah bentuk kata yang
terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa
bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku
kata atau lebih daripada satu suku kata.
3.1.1 Jenis-Jenis Kata Tunggal
Kata Tunggal terdiri daripada Kata
Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan
Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ?
Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata
singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau
gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan
ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).
3.1.3
Kata Tunggal dalam bahasa Melayu
3.1.3.1 Kata Tunggal
Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa,
kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5):
i.
Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri
Contoh:
i.
Kamu.
ii.
Sudah?
iii.
Ini?
ii.
Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya
satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh:
i.
di mana?
ii.
ke Kuala Lumpur
iii.
dari Terengganu
3.1.3.1.1
Kata Tunggal Satu Suku Kata
Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad,
iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam
asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di
atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut :
- KV Contohnya : yu,
ru, ya
- VK Contohnya : am
- KVK Contohnya : cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap
- KKVK
Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek
- KVKK
Contohnya : bank, zink, golf,
- KKKV
Contohnya : skru, skaf,
- KKKVK
Contohnya : Skrip, straw
3.1.3.1.2
Kata Tunggal Dua Suku Kata
Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua
suku kata adalah seperti berikut :
- V +
KV Contohnya : aku, ini, apa, iri
- V +
VK Contohnya : ais, aur, aib, air
- V + KVK
Contohnya : izin, acah, alat, ulat
- VK + KV
Contohnya : undi, asli, unta
- VK +
KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan
- KV + V
Contohnya : dia, bau, ria
- KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih
- KV + KV
Contohnya : jala, pasu, teko
- KV +
KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris
- KVK +
KV Contohnya : lampu, binti, senda
- KVK +
KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting
#
Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu
terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal
dua suku kata.
3.1.3.1.3
Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa
Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian
besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman.
- KV + V + KV
Contohnya : cuaca, biasa, biola
- KV + V + KVK
Contohnya : siuman, tualang
- V + KV + V
Contohnya : usia, idea, urea
- KV + KV + V
Contohnya : mulia, barua
- KV + KV + VK
Contohnya : tempua, mentua, seluar
- KVK + KV +
VK Contohnya : sekian, haluan
- V + KV + VK
Contohnya : mendiang, tempias, manfaat
- V + KV + KV
Contohnya : utara, ilahi, asasi
- V + KV + KVK
Contohnya : ijazah, amaran, ibarat
- VK + KV + KV
Contohnya : almari, isteri, umpama
- KV + KV + KV
Contohnya : seteru, budaya. Teruna
- KVK + KV +
KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu
- V + KV + VK
Contohnya : ideal, akaun, elaun
- VK + KV + VK
Contohnya : ilmiah, akliah
- KV + KV + KVK Contohnya : teratak,
belukar, hikayat
- KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat,
cendawan, sembilan
- KV + KVK + KV Contohnya : belanja,
terumbu keranda
- KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna
- KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing,
kelompok
3.1.3.1.4 Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri
daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya
seperti berikut :
- KV + KV + VK
+ KV Contohnya : keluarga, biduanda
- KV + KVK +
KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana
- KVK + KV +
KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara
- KVK + KV + V
+ KV Contohnya : sentiasa
- KV + KV + KV
+ KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema
- KV + KV + KV
+ KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur
- KVK + KV +
KV + KVK Contohnya : sentimeter
- KVK + KVK +
KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana
- KV + KV + V
+ KVK Contohnya : mesyuarat, nasional
- V + KV + KVK
+ KV + KV Contohnya : universiti
- KVK + KV +
KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan
- KV + KV + KV
+ KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela
3.1.3.1.5 Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa
Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata
singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau
gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta
dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Kugiran - kumpulan gitar rancak
3.1.3.1.5.1 Cara
Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa
Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.
a. Ditulis dengan
huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf
awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar,
jika kata nama khas.
Contohnya :
ABIM - Angkatan
Belia Islam Malaysia
b. Ditulis dengan
huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan /
atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama
khas.
Contohnya :
tabika - taman
bimbingan kanak-kanak
purata - pukul
rata
kugiran - kumpulan
gitar rancak
c. Ditulis
bermula dengan huruf besar
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal
dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis
bermula dengan huruf besar.
Contohnya :
Bernama - Berita
Nasional Malaysia
Intan -
Institut Tadbir Awam Negara
Proton - Perusahaan
Otomobil Nasional
# Perhatian:
Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan
pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh
itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah
pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa
Melayu
3.2 Kata
Terbitan
Kata terbitan ialah
bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang
menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
Imbuhan
terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas
yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu:
1. awalan,
yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber-
dalam berjalan dan di- dalam diambil,
2. akhiran,
yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan
dalam jalankan dan -i dalam
ikuti,
3. apitan,
yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir
serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam keindahan dan
di-.....-i dalam diikuti,
4. sisipan,
yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el-
dalam telunjuk dan -in- dalam
sinambung.
Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud
dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini
juga banyak. Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini.
3.2.1 Imbuhan awalan
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan,
iaitu :
1. awalan kata nama
2. Awalan kata kerja
3. Awalan kata
adjektif
3.2.1.1 Awalan
Kata Nama
Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung
dengan kata dasar, membentuk kata nama,
Contohnya :
Awalan
|
Perkataan
|
peN- =
per-
pe-
ke-
juru-
maha-
tata-
pra-
sub-
supra-
eka-
dwi-
|
pe-
pem-
pen-
peng-
penge-
|
pelukis,
pewangi, penyanyi
pembalut,
pembeli, pemberi
pendatang,
pencari, penjual
pengguna,
pengayuh, pengukur
pengebom,
pengetin, pengecat
perasap,
perbara, pertapa
pesara,
pekedai, peguam
ketua,
kehendak, kelepek
jurubahasa,
jurujual, juruterbang
mahasiswa,
mahaguru, maharaja
tatabahasa,
tatanegara, tatanama
prasejarah,
prakata, prasangka
subbidang,
subsistem, subkategori
suprakelas,
suprasistem, suprakategori
ekabahasa,
ekasuku, ekahala
dwibahasa,
dwifungsi, dwibudaya
|
|
|
|
3.2.1.2 Awalan
Kata Kerja
Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan
kata dasar akan membentuk kata kerja.
Contohnya :
Awalan
|
Perkataan
|
meN- =
|
me-
mem-
men-
meng-
menge-
|
melukis,
menari, merasa
membeli,
memberi, membalut
mendaki,
menduga, mentadbir
mengaji,
mengasuh, menghasut
mengebom,
mengetin, mengecat
|
|
|
memperisteri,
memperbesar, memperoleh
berkata,
bersetuju, berbangga
terkata,
terasa, tersenyum
diatur,
dibeli, disuruh
diperisteri,
diperbesar, diperoleh
|
memper-
ber-
ter-
di-
diper-
|
3.2.1.3 Awalan
Kata Adjektif
Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung
dengan kata dasar, membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif
, iaitu :
Awalan
|
Perkataan
|
ter -
se-
|
terpandai, termerah, terpanjang
seputih, sehalus, sejernih
|
3.2.1.4 Imbuhan
Akhiran
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan
akhiran, iaitu :
1. akhiran kata nama, dan
2. akhiran kata kerja
3.2.1.5 Akhiran
Kata Nama
Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung
dengan kata dasar, membentuk kata nama.
Contohnya :
Akhiran
|
Perkataan
|
-an
-wan
-man
-wati
-isme
--in
-at
-ah
|
ajaran, silaan, bacaan
ilmuwan, budayawan, usahawan
budiman, seniman
seniwati, peragawati
nasionalisme, sosialisme, komunisme
hadirin, muslimin
hadirat, muslimat
ustazah, sultanah
|
3.2.1.6 Akhiran
Kata Kerja
Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata
dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i .
Contohnya :
Akhiran
|
Perkataan
|
-kan
-i
|
lahirkan, ambilkan, hulurkan
ikuti, jalani, sertai
|
3.2.1.7 Imbuhan
Apitan
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu :
1. apitan kata nama
2. apitan kata kerja
3. apitan kata adjektif
3.2.1.8 Apitan
Kata Nama
Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung
dengan kata dasar, akan membentuk kata nama.
Contohnya :
Apitan
|
Perkataan
|
peN-.....-an:
pe-....-an
pem-.....-an
pen-....-an
peng-.....-an
penge-.....-an
pe-......-an
per-.....-an
ke-...-an
|
pelaksanaan,
perusuhan, penyuluhan
pembukaan,
pemburuan, pemfitnahan
pendakian,
pencucian, pentauliahan
penguduran,
penggandaan, pengkhayalan
pengesahan,
pengeboman, pengekodan
pendalaman,
pesisiran, petempatan
perjumpaan,
persamaan, perlumbaan
kecantikan,
kebijakan, kelurusan
|
3.2.1.9 Apitan
Kata Kerja
Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan
dengan kata dasar, membentuk kata kerja.
Contohnya:
Apitan
|
perkataan
|
meN-......kan
me-.....-kan
mem-.....-kan
men-....-kan
meng-....-kan
menge-....kan
ber-....-kan
ber-....-an
di-...-kan
meN-.....-i
me-....-i
men-...-i
mem-...-i
meng-....-i
di-......-i
diper-.....-kan
diper-....-i
memper-.....-kan
memper-....-i
ke-....-an
|
memajukan, melakukan, menanyakan
membezakan, memfatwakan, memberikan
mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan
menggulingkan, mengelakkan, mengkhususkan
mengehadkan, mengesyorkan, mengepinkan
beralaskan, berbekalkan, berjudulkan
bertaburan, bergantungan, beratapan
ditaburkan, didorongkan, digulingkan
melalui, menyedari, mewarnai
mendahului, mencucuri, menjauhi
membanjiri, membelakangi, membasahi
menghendaki, mengawasi, mengkhianati
dianugerahi, didekati, dianuti
diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan
diperingati
memperdengarkan, memperlihatkan,
memperingati
kehujanan, kepanasan, kecurian
|
3.2.1.10 Apitan
Kata Adjektif
Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila
digabungkan dengan kata dasar, membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu
apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an.
Contohnya :
Apitan
|
Perkataan
|
ke-.....-an
ke-.....-an
ke-.....-an
|
kemelayuan
keinggerisan
kearaban
|
3.2.1.11 Imbuhan
Sisipan
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu
sebagai satu cara membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu
yang dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam
kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali
dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih
wujud, iaitu:
1. sisipan kata nama, dan
2. sisipan kata adjektif.
3.2.1.12 Sisipan
Kata Nama
Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di
celahan kata dasar, membentuk kata nama.
Contohnya :
sisipan
|
perkataan
|
-el-
-er-
-em-
|
telunjuk, telapak, kelemumur
seruling, keruping
kemuning, kemuncup
|
3.2.1.13 Sisipan
Kata Adjektif
Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabila hadir
di celahan kata dasar, membentuk kata adjektif.
Contohnya :
Sisipan
|
Perkataan
|
-el-
-er-
-em-
-in-
|
selerak, gelembung
serabut, gerodak
gemilang, gemuruh, sementara
sinambung
|
Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata tunggal
mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu
seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada
pada posisi yang berbeza.
Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata terbitan
mengikut jenisnya dalam bahasa Melayu
seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada
pada posisi yang berbeza.
1. Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan
yang bergaris berikut:
(i)
ghairah (vi) balai
(ii)
cabar (vii)
laut
(iii)
masyhur (viii) sepoi
(iv)
dekad (ix) tekukur
(v) pulau (x) sarat
2. Beri satu
contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah anda
pelajari.
Abdullah Hassan. (1980).
Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.
Raminah
Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian
Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Nik Safiah
et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
|
TAJUK 4
|
Proses Pembentukan
Kata Bahasa Melayu
·
Kata
Majmuk
·
Kata
Ganda
|
|
|
|
|
|
SINOPSIS
Tajuk ini
membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang terdapat
dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan kepada
definisi, jenis dan perinciannya.
HASIL PEMBELAJARAN
(i) Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata
Ganda dalam bahasa Melayu.
(ii) Menghuraikan
jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu.
4.0 KANDUNGAN ISI
Kandungan isi untuk topik ini
meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam
Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada perincian jenis-jenis
kata majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa
Melayu.
4.1 Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu
Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak
sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan.
(Tatabahasa Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus.
Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua
perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan
maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza
dengan rumah besar,sebuah frasa, yang
boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ).
4.2 Jenis-Jenis Kata Majmuk
Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar,
yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata
majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori, iaitu :
- Kata
Majmuk Rangkaian bebas
- Kata
Majmuk Pengimbuhan
- Kata
Majmuk Penggandaan
4.2.1 Kata Majmuk
yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas
Contohnya :
bandar hijau
hijau daun
terima kasih
guru besar
|
bom tangan
kuning langsat
campuk aduk
segi empat panjang
|
dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang
digunakan sebagai gelaran, contohnya :
Duta Besar
Setiausaha Politik
Profesor Madya
|
Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Perpustakaan
Timbalan Naib Canselor
|
4.2.2 Kata Majmuk
yang Berbentuk Istilah khusus
Contohnya :
deria rasa
telefon dail terus
|
segi tiga
pita suara
|
medan sinaran
segi empat panjang
|
4.2.3 Kata Majmuk
yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa
Contohnya :
kaki ayam
rabun ayam
|
panjang
tangan
pilih
kasih
|
anak
emas
tumbuk
rusuk
|
4.2.3.1 Bentuk
Kata Majmuk yang Telah Mantap
Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang
penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun
bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan
sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann, iaitu :
antarabangsa
sukarela
jawatankuasa
tanggungjawab
olahraga
|
setiausaha
bumiputera
tandatangan
kerjasama
pesuruhjaya
|
beritahu
suruhanjaya
kakitangan
warganegara
matahari
|
Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara
lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan
terdiri daripada gabungan perkataan.
Antaranya :
1.
Kata Nama
Contohnya : peribadi, hulubalang
2.
Kata Adjektif
Contohnya : sukacita, dukalara
3.
Kata Sendi Nama
Contohnya : daripada, kepada
4.
Kata Hubung
Contohnya : manakala, walhal, barangkali
5.
Kata Tanya
Contohnya : bagaimana
4.2.3.2
Penggandaan Kata Majmuk
Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya
melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya :
Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor,
Menteri-menteri besar, Guru-guru Besar
Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang
melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan
unsur.
Contohnya :
Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha
4.2.3.3
Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk
kata terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :
a.
Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan
akhiran sahaja dan dieja terpisah. Contohnya :
campur aduk menjadi bercampur aduk
ambil alih
menjadi mengambil alih
daya serap
menjadi daya serapan
b.
Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan
ejaannya bercantum. Contohnya :
campur aduk menjadi
mencampuradukan
ambil alih
menjadi pengambilalihan
satu padu menjadi menyatupadukan
4.3 Kata Ganda
Kata ganda ialah
perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan,
1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis,
iaitu :
1.kata ganda
penuh,
2. kata ganda
separa, dan
3. kata ganda
berentak
4.3.1 Kata Ganda
Penuh
Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan
secara keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada :
1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar.
Contohnya :
rumah-rumah
buku-buku
masjid-masjid
2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata
berimbuhan.
Contohnya :
pelajar-pelajar
ajaran-ajaran
kementerian-kementerian
4.3.2 Kata Ganda
Separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui
penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri
daripada :
1. kata ganda yang
berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata
pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet.
Contohnya :
Laki-laki menjadi lalaki menjadi
lelaki
Siku-siku menjadi sisiku menjadi sesiku
Jari-jari menjadi jajari menjadi jejari
Langit-langit menjadi lalangit menjadi lelangit
2. kata ganda yang
berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang penggandaan berlaku hanya pada
kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa jenis ini berlaku
hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak
di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan.
Contohnya :
Di
Bahagian Belakang Kata Dasar
|
Di
bahagian Hadapan Kata Dasar
|
berlari-lari
mencari-cari
sepandai-pandai
|
cinta-mencintai
bantu-membantu
kejar-mengejar
|
4.3.4 Kata Ganda
Berentak
Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami
penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar.
Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah.
Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda
berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu :
1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan
vokal.
Contohnya :
Sayur-mayur
Calar-balar
Saki-baki
|
2. kata ganda berentak melalui
pengulangan konsonan
Contohnya ;
mundar-mandir
tanah-tanih
kayu-kayan
|
3. kata ganda
berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak
melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.
Contohnya :
kusut-masai
ipar-duai
|
rempah-ratus
lintang-pukang
|
LATIHAN
1. Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh
di beri. Kemudian, Nyatakan jenis kata majmuk tersebut.
- Simpang siur
- Mengadu domba
- Penyahtaksaan
- Melatih tubi
- Pengambilalihan
2.
Teliti kata terbitan dalam
bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. Kemudian, nyatakan kata terbitan
tersebut.
a.
Gunung-ganang
b.
Lintang pukang
c.
Lelabi
d.
Pokok-pokok
e.
Anak beranak
Abdullah
Hassan. (1980). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah
Hassan. (2006). Linguistik Am Siri
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd.
Nik
Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa
Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
|
Raminah
Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian
Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
|
TAJUK 5
|
GOLONGAN
KATA BAHASA MELAYU
|
SINOPSIS
Tajuk ini akan
membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
- Konsep golongan kata Bahasa
Melayu secara umum;
- Konsep golongan kata nama dan
kata kerja Bahasa Melayu;
- Ciri-ciri golongan kata nama dan
kata kerja Bahasa Melayu;
- Jenis-jenis golongan kata nama
dan kata kerja Bahasa Melayu
Tahukah
anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke dalam golongan
tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya, kriteria struktur fonologi
atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik?.
Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa
Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan
kriteria sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi
unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.
Binaan
sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi
sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa.
Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang
minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan
frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan
frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala
frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja
(FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
HASIL
PEMBELAJARAN
Pada akhir
unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu
secara umum;
2. menghuraikan konsep golongan kata nama dan
kata kerja Bahasa
Melayu;
3. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata
nama dan kata kerja Bahasa
Melayu;
4. mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama
dan kata kerja
Bahasa Melayu;
KERANGKA
TAJUK-TAJUK
5.0 KANDUNGAN ISI
Anda perlu mengetahui bahawa,
kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata
berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza. Seterusnya, perbincangan
ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa
Melayu.
5.1 Konsep Golongan Kata
Bahasa Melayu
Walaupun Nik
Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan
kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya
berdasarkan pemahaman masing-masing (Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut:
a.
Golongan Kata Menurut
Marsden (1812):
Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut
Marsden (1812)
b.
Golongan Kata Menurut
Winstedt (1927)
Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut
Winstedt (1927)
c.
Golongan Kata Menurut
Asmah (1968):
Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut
Asmah (1968)
d.
Golongan Kata Menurut
Tatabahasa Dewan (1996):
Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut
Tatabahasa Dewan (1996)
5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata
Bahasa Melayu
Walaupun terdapat pelbagai
pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 5
dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan, iaitu kata nama,
kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sehubungan itu, perbincangan
seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa
Melayu
5.2.1 Ciri-Ciri Golongan
Kata Nama
Golongan kata nama merangkumi sejumlah
perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya
perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh
dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata
nama khas, kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah.
Rajah 5.5:Ciri-Ciri
Golongan Kata Nama
5.3 Jenis-Jenis Golongan
Kata Bahasa Melayu
Bahagian ini
pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian
kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.
5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama
Seperti yang
telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama
khas, kata nama am dan kata ganti nama.
a.
Kata Nama Khas
Kata
nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am
dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata
nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama
orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa,
pangkat, dan seumpamanya. Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan
huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu
nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada
dua, iaitu manusia dan bukan manusia.
Rajah 5.6: Kata nama khas
b.
Kata Nama Am
Kata
nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum
sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil
berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia
atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau
abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut:
Rajah 5.7: Kata Nama Am
c.
Kata Ganti Nama
Menurut Nik Safiah et.al
(1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang menjadi pengganti kata
nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil,
iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti
nama tunjuk.
Kata
ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang
dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang
dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan
ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:
Rajah 5.8: Kata Ganti Nama
5.3.2
Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja
Golongan kata kerja pula merangkumi
sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan
kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif
dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan
kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah
Karim et.al.2006) seperti berikut:
Rajah 5.5:Ciri-Ciri
Golongan Kata Kerja
5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja
Perkataan-perkataan
golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu (i) kata
kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja
pasif.
(a) Kata kerja aktif transitif
Kata
kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif
transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini,
kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri
atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan,
me-…i, memper-…kan,
memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki
kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.
Contoh:
i) Samad membacakan ayahnya surat.
ii) Pengarang itu menulis buku.
iii) Aminah sedang mencuci pakaian.
iv) Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.
(b) Kata kerja
aktif tak transitif
Kata kerja tak
transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat
yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima
sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan
pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-,
ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan
bersendirian.
Contoh :
i)
Pegawai
itu berkereta ke pejabat.
ii)
Pelajar-pelajar
itu pergi ke Pulau Besar semalam.
iii) Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.
iv) Gadis itu tersenyum.
v)
Padi
sedang menguning.
vi) Pemuda itu sedang berbual.
(c) Kata kerja
pasif
Kata kerja
pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Terdapat
tiga jenis kata kerja pasif, iaitu
(i)
Kata
kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis
dan
sebagainya.
(ii) Kata kerja pasif berawalan ter-
seperti terangkat, terbunuh, tercapai
dan
sebagainya.
(iii) Kata kerja pasif ke …..an seperti
kecurian, kedinginan, kehujanan
dan
sebagainya.
1.Secara
berpasangan, kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata
ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang
berikut:
Tugu Negara Dia
Cangkul Cantik
Sepet
Hospital
Siti Mereka
Meja Kuala Lumpur
Sedih Komputer
Kamu Tun Ali
|
2.
Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang), pilih satu petikan akhbar
yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut:
i. Kenal pasti jenis-jenis kata kerja
yang terdapat dalam petikan tersebut.
ii. Bina ayat yang tepat berdasarkan kata
kerja tersebut.
Isi tempat kosong
di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama dan kata
kerja.
i. Kata nama ialah kata yang digunakan untuk
nama_______, nama______
nama _____dan nama_______.
ii. _______ialah kata yang merujuk khusus kepada
nama orang, haiwan, benda, perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf
beasr.
iii. Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu
nama khas ________dan
nama khas_______ ___________.
iv. Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan
_____ ______.
v. Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan
____________
vi. Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan,
iaitu kata kerja ________dan kata kerja ____ ____________.
Abdullah Hassan.
(1980). Linguistik Am untuk
Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan.
(2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open
University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open
University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Raminah Hj.Sabran
dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa
untuk Pelatih Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.
TAJUK 6
|
GOLONGAN KATA
BAHASA MELAYU
|
SINOPSIS
Tajuk ini akan
membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
- Konsep golongan kata adjektif dan
kata tugas Bahasa Melayu;
- Ciri-ciri golongan kata adjektif
dan kata tugas Bahasa Melayu;
- Jenis-jenis golongan kata
adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu
Untuk pengetahuan
anda, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai
frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu, kata
adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat.
Kata tugas pula hadir
dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu
sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu,
penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.
HASIL
PEMBELAJARAN
Pada akhir
unit ini, anda seharusnya dapat:
1. menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan
kata tugas Bahasa
Melayu;
2. mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata
adjektif dan kata tugas
Bahasa Melayu;
3. mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata
tugas Bahasa Melayu
KERANGKA
TAJUK-TAJUK
6.0 KANDUNGAN ISI
Untuk pengetahuan anda, kandungan
isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata adjektif dan
kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang dikemukakan khususnya berdasarkan
pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996, 2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. Perbincangan
selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata
adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.
6.1 Konsep dan Ciri-Ciri
Golongan Kata Adjektif
Tahukah anda bahawa kata adjektif yang
juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu
atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti
kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti
contoh yang berikut:
Ahmad
sangat pandai bermain muzik.
Pemuda
itu baik sungguh.
Buah
cempedak itu enak sekali.
6.2 Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif
Anda
tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata
sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama
atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului
oleh kata penguat seperti amat,
sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar. Kata adjektif
boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima
imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al.
2007)
Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada
sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan;
(ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif
bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif
cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera
Kata adjektif sifatan atau keadaan
ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai
unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:
kuat pintar nakal
keras lemah sihat
bijak cergas jahat
Contoh
ayat: i.
Budak nakal selalu kena marah
ii. Dia
lemah dalam matematik
iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
iv. Anak Pak Kamar bijak sekali.
v. Peserta itu berdiri dengan cergas.
Kata adjektif warna sebagai unsur
keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna,
seperti contoh berikut:
jingga perang hitam
putih biru kelabu
Contoh
ayat: i. Adik suka pakai baju hijau.
ii. Pakaian
pelajar sekolah berwarna putih.
iii. Baju
kesukaan saya berwarna kuning.
iv. Kereta
merah itu kepunyaan abang.
v. Dia
memiliki mata berwarna biru.
Kata adjektif ukuran sebagai unsur
keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran,
seperti contoh yang berikut:
tebal gemuk panjang
nipis kurus pendek
tinggi rendah kecil
Contoh
ayat: i. Buku tebal itu sudah
saya baca.
ii. Anaknya
masih kecil lagi.
iii. Badannya
semakin kurus.
iv. Kertas
nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
v. Pokok
itu semakin hari semakin tinggi.
Kata
adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
lurus bulat bujur
bengkok leper bundar
lonjong buncit tajam
Contoh
ayat: i. Jalan lurus mudah
dilalui.
ii. Bentuk
buah kelapa itu lonjong.
iii. Mukanya
bujur sirih.
iv. Pinggan
leper itu untuk pinggan makan.
v. Matanya
tajam memandang ke hadapan
Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan
kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti
contoh yang berikut:
kerap awal sering
jarang lewat silam
baharu dahulu lampau
Contoh
ayat: i. Kedatangannya lewat
hari ini.
ii. Dia berada di kampus sehari suntuk.
iii. Kenangan silam sukar dilupakan.
iv. Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
v. Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal
Kata
adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang
memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:
nyaris dekat
hampir jauh
Contoh ayat: i. Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
ii. Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
iii. Dia berdiri hampir dengan kereta saya.
Kata adjektif cara sebagai unsur
keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan
kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:
pantas deras ligat
lambat gopoh perlahan
laju cermat cepat
Contoh ayat: i. Kereta itu dipandu
dengan laju.
ii. Siapa cepat
dia dapat.
iii. Gasing itu berpusing ligat.
iv. Arus sungai itu sangat deras.
v. Dia cermat
apabila berbelanja.
Kata
adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh
yang berikut:
kasih takut malu
sayang hendak geram
cinta rindu marah
Contoh ayat: i. Dia masih marah kepada saya.
ii. Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
iii. Mereka amat rindu akan kampung halaman.
iv. Kanak-kanak itu takut akan kucing.
v. Pemuda itu masih malu untuk bersuara
Kata
adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang
berikut:
§Indera sentuh
lembik kasar licin
halus kesat keras
i. Lantai
itu licin kerana baru dicuci.
ii. Kulit
mukanya sangat halus.
iii. Kain yang kesat itu
ialah kain lap.
iv. Buku
itu berkulit keras.
v. Dawai
kasar itu untuk dibuat ampaian.
§
Indera
dengar
nyaring lembut mersik
merdu garau serak
i. Suaranya merdu bagai buluh perindu.
ii. Teriakannya
nyaring sungguh.
iii. Kebanyakan lelaki bersuara garau.
iv. Saya
suka mendengar suaranya yang lembut.
v. Alunan
musik itu mersik.
§
Indera
pandang
comel hodoh molek
cantik buruk segak
i. Pemuda
segak itu guru saya.
ii. Kakaknya
suka berpakaian cantik.
iii. Rumah buruk itu
tidak berpenghuni.
iv. Dia
ingin mengahwini pemuda tampan.
vi.
Pakaian
pengantin itu molek sungguh.
§
Indera
bau
wangi hanyir harum
busuk hancing tengik
i. Bunga
ros itu harum baunya.
ii. Bangkai
ikan itu menyebabkan bau hanyir.
iii. Nasi
tengik itu tidak boleh dimakan.
iv. Setiap
hari dia memakai minyak wangi.
v. Bau
busuk itu datangnya dari lori sampah.
§
Indera
rasa
manis kelat masam
masin payau lazat
i. Setiap
hari kita minum air tawar.
ii. Semua orang suka makanan lazat.
iii. Buah limau masam
rasanya.
iv. Saya
tidak suka minum ubat pahit.
v. Kuih
tradisional itu terlalu manis.
6.3 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas
Golongan
kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan).
Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan
kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh
menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
Kata
tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk
mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata
tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung,
pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata
tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas
dalam sintaksis tertentu.
kata
hubung : dan, atau, tetapi
kata
seru : wah,amboi,cis
kata
tanya : apa, berapa, siapa
kata
perintah : sila, tolong, harap
kata
pangkal ayat : hatta, maka, syahadan
kata
bantu : akan, sudah, pernah
kata
penguat : sangat, amat, paling
kata
penegas : juga, lah, tah, kah, pun
kata
nafi : tidak, bukan
kata
pemeri : ialah, adalah
kata
sendi nama : di, dari, dalam, daripada
kata
pembenar : ya, betul, benar
kata
bilangan : dua, segala, banyak
kata
arah : atas, bawah, tepi
6.4 Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas
Kata tugas
ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau
sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian
tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)
Jenis Kata Tugas
|
Kata Tugas
|
Ayat
|
(i)
Kata Hubung Gabungan
- Menghubungkan
klausa yang sama tara sifatnya.
|
|
dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan,
sambil, kemudian
|
- Aminah
mengemas rumah dan
ibunya membasuh kain.
- Mereka
mungkin pergi ke Johor atau
ke Perak.
- Sampah
itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.
|
(ii)
Kata Hubung Pancangan
- Menyambungkan
klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa
induk.
|
|
yang
|
- Budaya
hidup yang bertoleransi dapat menjamin
kesejahteraan.
- Mereka
beramai-ramai pergi ke sekolah yang
menawarkan kursus komputer.
|
|
bahawa
|
- Guru
itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
- Semua
pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat
mencabar.
|
|
kerana, agar, meskipun, sekiranya,
semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau, semasa,
sementara, setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala, walaupun,
sungguhpun, apabila
|
- Pertandingan
badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.
- Dia
membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan.
- Sementara
menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
- Kalau
musuh menyerang, kami akan melawan.
- Sewaktu
diumumkan berita penting itu kami tiada di sini.
|
|
|
- Orang
tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.
|
(iii)
Kata Praklausa
- Sejumlah perkataan yang terletak di
hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya,
kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.
- Tugasnya yang sedemikian adalah untuk
menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang
pangkal kepada klausa
|
|
aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah,
syabas, aduhai, wahai
|
- Syabas, awak telah berjaya!
- Aduhai, awak datang lambat sangat!
|
|
berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa,
siapa, mana
|
- Harga
barang itu berapa?
- Mengapakah
dia menangis semalam?
- Kesihatannya
sekarang bagaimana?
- Berapa
tahunkah dia belajar di luar negeri?
- Manakah
baju baharu saya?
- Siapakah
yang datang semalam?
|
|
jangan, usah, sila, jemput, minta,
tolong, harap, sila, jangan,
|
- Jangan
buang sampah di sini.
- Janganlah
bersusah hati.
- Harap
saudara dapat datang petang ini.
- Silalah
masuk.
|
|
ya, benar, betul, benar
|
- Ya, itulah orangnya.
- Betul, tanyalah dia untuk mendapatkan
kepastian.
- Benar, itulah cikgu baru di sekolah kita.
|
|
hatta, maka, syahadan,
adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian
|
- Hatta
istana itu pun siaplah.
- Kalakian
berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.
- Maka
baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja.
- Sebermula
berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.
|
(iv)
Kata Prakfrasa
- Sejumlah
perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama,
frasa kerja, atau frasa adjektif.
- Mendukung
tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu,
menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan
arah, dan membilang.
|
|
- Bantu Aspek: telah, baru, pernah, sedang, masih,
akan, belum
|
- Pekerja itu telah pulang.
- Murid-murid itu baru tiba.
- Mereka pernah ke utara Malaysia.
- Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan
komputer.
- Semua pihak sedang sibuk menyiapkan kerja.
- Adik masih membersihkan meja.
- Semua kenderaan akan diperiksa esok.
- Pembesaran tasik masih belum dapat
dimulakan lagi.
|
|
- Bantu Ragam: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat
|
- Cikgu Ramli bersungguh-sungguh hendak
mengadakan kelas tambahan.
- Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri.
- Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan
lagi.
- Keputusan mesti diumumkan pada hari ini
juga.
- Semua pihak boleh memberikan pendapat
mereka.
- Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada
tahun ini.
|
|
- Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, terlalu, paling,
agak
- Kata penguat hadapan ialah perkataan yang
letaknya di hadapan kata adjektif.
|
- Bangau
itu terlalu kurus.
- Cadangan
yang dikemukakannya paling menarik.
- Pendapatnya
agak bernas.
|
|
- Penguat belakang: sekali, benar, nian
- Kata penguat belakang ialah perkataan
yang letaknya di belakang kata adjektif.
|
- Lukisan
di dinding itu cantik sekali.
- Lambat
benar bas itu tiba.
- Dia
keluar sebentar nian.
|
|
- Penguat bebas: amat, sangat, sungguh
- Kata penguat bebas ialah perkataan yang
letaknya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.
|
|
- Kata penegas -
Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
|
- Penegas frasa
predikat: -kah, -tah, -lah.
- Hanya berlaku apabila frasa predikat atau
bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.
|
- Siapakah
majikan kamu itu?
- Apatah
daya kita.
- Orang
itulah bapanya.
|
|
- Penegas frasa
subjek atau frasa predikat:
juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang
- Bersifat bebas dari segi kehadirannya
dalam ayat
|
- Kami
juga ingin ke bandar.
- Kami
ingin juga ke pekan.
- Hujan
hanya turun pada musim dingin.
- Hujan
turun hanya pada musim dingin.
|
- Kata
nafi -
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat,
iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
|
- Menjadi
unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan
|
- Itu
bukan mereka.
- Roti
bukan diperbuat daripada besi.
|
- Menjadi
unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak.
|
- Dia
tidak berlari.
- Rumah
lama itu tidak besar sangat
|
- Menjadi
unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa
mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan
|
- Dia
bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.
- Pak
Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.
|
- Kata
pemeri -
Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara
subjek dengan frasa utama dalam predikat.
|
- Hadir
di hadapan frasa nama: ialah
|
- Yang
dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya.
- Kereta
api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa.
|
- Hadir
di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah
|
- Kenyataan
itu adalah tidak benar.
- Kejadian
yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham.
|
- Kata
sendi nama
Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
|
- Menunjukkan
tempat: di
|
- Tempat:
Pengembara itu sesat di dalam hutan.
|
- Menunjukkan:
tempat, arah dituju, waktu atau masa:
ke
|
- Tempat:
Mereka akan ke Kuantan esok.
- Arah:
Mereka menuju ke selatan.
- Waktu
atau masa: Ali menunggu hingga ke petang.
|
- Menyatakan tempat
atau arah,waktu atau masa: dari
|
- Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah
selatan.
- Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula
dari esok.
|
- Menyatakan punca
bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber, asal kejadian,
perbezaan, dan perbandingan:
daripada
|
- Punca:
Dia menerima surat daripada kakak.
- Sumber
atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam.
- Perbezaan
atau perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka.
|
- Menyatakan sasaran
yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan
menyatakan perubahan keadaan:
kepada
|
- Sasaran:
Sila kembalikan borang itu kepada kerani.
- Pecahan:
Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
- Perubahan
keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik.
|
- Menunjukkan
keterangan waktu dan tempat:
pada
|
- Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi.
- Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas
ini.
|
- Menunjukkan
kegunaan untuk sesuatu: untuk, bagi
|
- Kegunaan untuk
sesuatu: Rumah untuk pekerja sedang dibaiki.
- Rumah bagi pekerja
sedang dibaiki.
|
- Menyatakan
maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk
|
- Bahagian yang
ditentukan atau diperuntukkan: Hadiah ini untukmu.
|
- Bertugas
membawa makna tujuan: demi
|
- Tujuan: Kita mesti
bersatu demi keadilan negara.
|
- Membawa
maksud rujukan: tentang
|
- Rujukan: Mereka
berbincang tentang masalah negara.
|
- Membawa
maksud perbandingan: seperti, bagai,
umpama, laksana
|
- Perbandingan:
Hatinya keras {seperti, bagai, umpama, laksana} batu.
|
- Membawa
maksud bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai atau menggunakan,
menyatakan perbandingan yang serupa:
dengan
|
- Bersama-sama: Ayah
ke pekan dengan ibu.
- Cara sesuatu
dilakukan: Dia memulakan majlis dengan doa.
- Memakai atau menggunakan:
Ani melukis potret itu dengan cat air.
- Menyatakan
perbandingan: Dia sentiasa sependapat dengan ketuanya.
|
- Membawa
maksud penanda waktu atau masa:
sejak, semenjak
|
- Penanda waktu atau
masa: Kami tinggal di kampung {sejak, semenjak} dua tahun yang lalu.
|
- Membawa
maksud rujukan: terhadap
|
- Rujukan: Tanamilah
rasa belas kasihan terhadap binatang
|
- Mendahului
kata adjektif yang bersifat emotif:
akan
|
- Mendahului kata
adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan anaknya.
|
- Membawa
maksud hubungan pembuat dalam ayat pasif, hubungan yang membawa maksud
sebab: oleh
|
- Hubungan pembuat
dalam ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya.
- Hubungan yang
membawa maksud sebab: Pemain badminton itu kalah oleh (sebab)
kekurangan latihan.
|
- Membawa
maksud perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat: hingga, sampai
|
- Perihal peringkat
dan had masa: Anaknya belajar {hingga, sampai} peringkat universiti.
|
- Membawa
pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: dalam, antara
|
- Lingkungan yang
tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa
kebangsaan kita.
- Tidak ada
perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya.
|
|
- atas, antara,
bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut,
segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara
|
- Buku itu ada di
atas meja.
- Dia duduk di
antara Ramli dan Salmah.
- Mereka bersembunyi
di bawah rumah.
- Petani itu
berjalan di tepi danau.
- Kami mendirikan
khemah di belakang rumah.
|
|
- Menunjukkan
bilangan tentu: satu, dua,
sepuluh, sejuta
|
- Bilangan tentu:
Dua hari lagi dia akan sampai.
|
- Menunjukkan
bilangan tak tentu: segala, semua,
para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit
|
- Bilangan tak
tentu: Segala persiapan telah dibuat.
|
(v)
Kata Pascakata
- -nya yang hadir selepas
perkataan.
- Berfungsi sebagai
penekan dan pembenda.
|
|
- Memberi
penegasan kepada kata yang bergabung dengannya: -nya
|
- Lapisan ozon
sesungguhnya semakin menipis.
|
|
- Menjadikan
sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama: Kata + -nya; lajunya, sakitnya
|
- Lajunya ialah 100
km sejam.
|
|
1. Secara berpasangan, catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap
jenis kata
adjektif,
iaitu (i). kata adjektif sifatan atau keadaan;
(ii) kata adjektif warna; (iii) kata
adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata
adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan
(ix) kata adjektif pancaindera.
2.
Berdasarkan petikan di bawah,
kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza, iaitu (i) kata hubung
gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata prakfrasa
dan kata pascakata.
Masyarakat
kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunikasi,
apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian
sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur
teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa,
Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentangkan kertas utama yang
bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan
Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand
Continental, Kuala Terengganu.
Tegas beliau,
“krisis pembudayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk,
iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pembudayaan tentang mutu penggunaan
bahasa Melayu dalam pelbagai ranah seperti pentadbiran, media massa,
pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian bahasa Melayu dari sudut taraf
dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi
yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu
sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.”
Seminar anjuran Institut Perguruan
Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu
ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi
komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek
penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berbahasa yang
semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini
diharapkan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan
pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan.
Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada
pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan
masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan
Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan
bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting
untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh
itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menyemarakkan rasa cinta
terhadap bahasa kebangsaan, mengangkat martabat bahasa Melayu dan menyuntik
semangat para peserta.
|
Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan
gariskan golongan kata adjektif yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis
kata adjektif tersebut.
Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang
manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan
isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil
mata merenung jauh.
"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku
katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis
di dalam cawan di hadapannya.
Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan
membuat aku malas mahu melayan.
"Hilwah... kau marah?"
Aku menggetis donat di dalam piring, lalu
menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan
yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."
"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi
berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum.
"Err, tapi maksud kau, betullah kau
bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier
dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik
nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya
pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!
|
Abdullah Hassan.
(1980). Linguistik Am untuk
Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan
(2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006).
Tatabahasa Dewan. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa
Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa
Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa
Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka
|