Showing posts with label projek pembikinan drama/filem. Show all posts
Showing posts with label projek pembikinan drama/filem. Show all posts

Saturday, October 6, 2012

cerita seorang abang-part 4

as salam and welcome..♥

dah lama tak update tentang drama,
yang bakal kami tayangkan beberape ari lagi.
hahhh? beberapa hari??
alamak!
banyak lagi babak yang belum shoot.
sabar tika sabar.
semua ni perlu rushing.
tapi tak boleh rushing sangat sebab nanti hasil nya hampeh.
setakat ni,
kami kru produksi drama CSA ekekeke.
dah buat babak-bak di sekolah,
di taman,
di kampung,
di rumah,
di kebun getah,
ada lagi babak-babak di dalam hutan,
di kem tentera,
hospital,
dan beberapa kawasan yang lain.
hari khamis yang lepas,
kami semua ke kota tinggi untuk babak kampung dan rumah
Sulaiman aka watak utama cerita ini.
alhamduillah berjalan lancar.
tuan rumah juga sangat membantu.
turut membintangi drama kami juga,
beberapa orang kampung lukut, kota tinggi ini.
cuma satu je ade sedikit perubahan pelakon.
sepatotnya kami akan ambil pelakon undangan huhu,
iaitu pensyarah kami.
tapi memandangkan faktor masa,
perkara tersebut terpaksa diubah secara drastik.
tika dan saat itu juga antara kru kami je perlu ambil watak-watak ibu dan ayah.
nasib baik fizikal da ada.
so tak banyak masalah sangat la.
memandangkan babak di kampung ni hampir 30 babak.
jadi kami terpaksa pergi sekali lagi ek kg lukut untuk shoot lagi.
isnin lagi kami akan sampai lagi ke sana.
semoga penggambaran kali ini lebih menarik.

kru-kru yang terlibat.huhu
incik pengarah..
huhu..
dan si baju kuning. saya la penulis skrip cerita ini. juga clapboard girl.haahhaa. yang lain tu pelakon.

Tuesday, June 26, 2012

cerita seorang abang - part 3

as salam and welcome..♥

baru selesai menulis skrip sehingga babak 6.
siries blank.
sebelum ni skrip yang dibuat hanya untuk pementasan secara life.
bila buat skrip untuk drama tv ni,
mak aihh..
siries blank.
jadi blur,
tak tau cam na nak combine kan satu babak ke satu babak.
macam mane nak jadikan satu babak dengan satu babak tu,
berkesinambungan,
ayookkk..
ape dah istilah untuk itu.lupe plak dah.
ape pon, harap-harap,
hari esok akan datang idea yang mencurah.
tidur dulu.
dah penat sangat rasa mata ni.
siries.
pengalaman yang sangat bes.

p/s: yeyyy..semangat buat skrip untuk drama tv ni sampai kije encik nordin kasik tak siapkan.
hikhikhik.sory encik..wat kat klas sok boleh tak?
huhu..

 

Monday, June 25, 2012

cerita seorang abang - part 2

as salam and welcome..♥
 
perkembangan pembikinan filem kami untuk hari ini.
kahkahkah.
pembikinan filem tak boleh blah..
kalau tak jadi baru malu.
kuikui.
ape pun,
hari ni,
kami dah proceed dengan satu lagi step.
hari ni,
ada perjumpaan persatuan bahasa melayu.
lepas pembentangan tentang logo dan moto persatuan,
tuan pengarah a.k.a faris terus ambil alih tugas penasihat kami,
puan rodziah.
dia arahkan tika dan zam untuk terangkan sinopsis cerita seorang abang kepada semua ahli,
then,
kami jelaskan watak-watak dalam cerita pendek yang bakal kami adaptasikan tu.
semua yang terlibat kena betul-betul fokus dengar supaya semua sekali faham apa
yang nak dibuat nanti.
kami sebenarnya agak rushing.
kalau boleh nak siapkan sebelum praktikum.
tak nak kelam kabut buat masa sibuk nak kena observe nanti.
plot dah saya siapkan bersama rakan-rakan penulis skrip.
tadi lepas semua dah balik,
tika, faris selaku pengarah, zam selaku penulis skrip 2 dan nurul penulis skrip 3,
kami sama-sama jumpa dengan dua orang pelakon jemputan.
ecece..
jemputan sangatttt..
hihi..
untuk projek kali ni,
kami tak gunakan seluruh ahli kelas kami untuk berlakon bagi setiap watak.
tapi kami pilih dalam kalangan student ipti yang ada bakat belakon.
ada beberapa orang pensyarah juga bakal terlibat sama.
setakat ni,
kami baru mendapatkan persetujuan daripada seorang pensyarah.
harap semua boleh bagi kerjasama.
alhamdulillah,
sesi penerangan pada dua orang pelakon jemputan kami tadi berjalan dengan lancar.
diorang pon setuju untuk terima watak yang diberikan tanpa sebarang bayaran.
hahahhaah..
yang ni lucu!.
tettttttt..
haha.
maaf la ye dikkk.
kami buat untuk markah.
harap-harap jualan tiket tayangan nanti dapat la kami jamu korang makan ke ape.
hihi...

p/s: kepenatan kerana jadual full minggu ni.
lecterer ramai takde hujung minggu ni.
so depa pakat dok berebut buat kelas ganti.wahai pensyarah ku sekalian, jangan berebut naaaaaaa..
haha
 

Sunday, June 24, 2012

cerita seorang abang- 1st meeting

as salam and welcome..♥

alhamdulillah.
baru selesai perjumpaan pertama,
geng-geng penulis skrip  cerita seorang abang
bersama pengarah kami.
faris mokhtar.
dan yang paling bes,
pengarah dah buat keputusan untuk adaptasikan cerpen dari antalogi 
janjiku pada mustika saja menjadi drama pendek untuk ditayangkan nanti.
alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah,
tak la berat sangat kerja kami nanti.
yeyy..
pengarah sangat baik hati.
esok,
perjumpaan pertama bersama penulisnya plak,
Dr Maskiah bt Hj Masrom.
semoga beliau memberi sepenuh sokongan,
dan bersetuju dengan cadangan kami,
krew-krew perfileman akakakaka,
dan pengarah.
huhu..

p/s: ok, dah boleh tidur dengan nyenyak buat seketika waktu, sebelum memulakan proses menulis skrip.
 

baca novel? malasnye!

as salam and welcome..♥


abaikan tajuk entry.
dah xde idea da.
haha.
kenapa saya tak macam orang lain.
kenapa saya tak suka baca novel?
huh!.
padahal zaman-zaman sekolah rendah dulu,
ni la hobi utama.
masuk library,
cari novel,
dok celah-celah meja,
baca!
kenapa kenapa!
siries malas nak habis kan sebuah novel tu.
lau sekarang,
baca pon,
skip-skip bab dalam satu novel tuh.
hihi.
ari ni tak leh,
nak tak nak kena jugak menghabiskan semua novel yang diberi oleh tuan pengarah,
a.k.a faris.
dilantik menjadi seorang penulis skrip memang bes,
saya memang suka buat skrip dan susun jalan cerita,
memang sebelum ni pon,
setiap kali pertandingan drama,
teater,
atau pusidra,
saya antara yang menjayakan skrip dan susun jalan cerita.
tapi kali ni.
nak adaptasi cerita novel/cerpen.
oh tidak!
perlu menghabiskan bacaan jugak!.
damn!!

p/s: macam mana la nak jadi cikgu bm ni?
haha
 

Search This Blog