Thursday, June 21, 2012

adaptasi filem..kami bakal jadi artis.!

as salam and welcome..♥

pagi-pagi tadi tika ade cite sal ari ni kelas full dan letih kan.
memang pon letih.
balik kelas tadi terus tertido.
tapi walopon letih,
bes.
tah la nape.
bila da sem 6 ni,
dok lam kelas,
rasa bes jek.
macam kat kelas tu rasa santai.
hati tak rasa stress.
nak terima ilmu pon macam bes jek.
harap sampai ke penghujung sem lah,
amin.
bukan itu yang nak difokuskan.
tika nak cite projek yang kami dapat untuk Persatuan bahasa Melayu,
kami kena create satu projek kebahasaan.
mula-mula tu,
kami rancang nak buat pertandingan drama muzikal.
tapi,
kami da beberapa kali buat ,
dan rasa macam benda ni biasa jek.
da memang adat budak kelas tika yang hyper aktif ni kan.
jenis kami yang tak nak buat bende yang biasa dan sama.
bukan tak leh buat,
tapi nanti maybe,
lepas buat,kami akan rasa tak puas hati.
so,
kami terfikir satu idea yang sangat bes,
tak pernah tika fikir sebelum ni.
zero yang mencetuskan idea ni sebenarnya.
kami akan buat satu projek untuk hasilkan satu drama/filem pendek. (hahaha,,filem kununnn,,)
 dan tayangkan pada student kat ipti ni.
cadangannya,
kami akan adaptasi novel/cerpen karya pensyarah kami juga,
yang juga penasihat persatuan.
dan juga seorang penulis yang dikenali di johor ini.
Puan Maskiah Masrom,
novel popular nya ialah Nyanyi Sunyi.
novel yang bakal kami adaptasikan menjadi satu drama/filem pendek ni adalah novel terbaru yang belum dipasarkan pon lagi.
insyAllah,
kalau betul-betul jadi,
tika akan kongsikan ceritanya di sini.
memandangkan tika dah dilantik sebagai salah seorang penulis skrip nya,
so,
tika sesangatla teruja ok.
macam teater dan drama yang kami pentaskan sebelum ni,
kami janji akan buat yang terbaik untuk projek kali ini.
bukan janji tapi pasti!
haha

mood:epi sebab impian kecik-kecik nak jadi artis bakal tercapai.
wakaka..impian jadi model tercapai dah.masa prewedding photoshoot.
haha,
 

posting di pulau bum bum?

as salam and welcome..♥

 tadi dalam kelas encik tuttttttt..
yang tika cite kan dalam entry sebelum ni,
dia ada cite sal dak kelas yang die kate slalu kene buli tu kan.
encik cakap,
masa dia aja diorang,
dia ada kata,
akak-akak n abang-abang tu sume akan posting kat sarawak.
tup tup,
tengok awal tahun ari tu,
diorang memang kene posting kat sana.
dia kata dia tengok muka dia dapat tau.
so kami wat-wat tanya,
kalau tengok kan muka kami semua kena posting kat mana.
dia diam dan pk,
pastu jawab.
dia kata muka kami semua nampak kena posting ke sabah.
huwaaaaaaaa..jauh la.
tak nak.
hikhik.
paling bes,
dia siap cakap kat area mana.
dia kata,
pulau bum bum,
sandakan sabah.
hayoo..
balik-balik tadi i terus google.
waaaaahhh,
comel tempatnya.
encik kata td,
sana ada unifi da,
semua da lengkap.
oh, nak ah g kalau gtu.
masa tu kan da kawen,
encik suami sila ikot saya.
hihi.
pastu kan,
masa lam kelas tadi,
ada kot dekat 3-4 puluh kali dia dok sebut pasal sabah.
gini ayat die.
"awak da g singapore? g la, nanti da dok sabah, susah da nak datang jb"
macam-macam lagi ayat dia yang macam ni.
ohhhh..
psiko kot.
haha.
nak tergelak tapi dalam masa tu nak marah gak rasa.
haha.
ape pon,
kalau tiap-tiap ari ada kelas ngan dia dok sebut selalu macam ni.
peh.
mau jadi doa,
doa pendidik ni biasa berkat.
risau den.


p/s: pesan pada diri sendiri dan encik suami,
kene prepare mental dan fizikal ni.
huhu
 

my clasmate,we are femeli

as salam and welcome..♥

hari ni tika belajar dengan pensyarah yang bimbing tika masa 
praktikum ari tu.
sebenarnya,
sebelum ni,
tika tak pernah langsung belajar dan ada ape-ape interaksi kelas dengan dia.
semester ni kali pertama tika dan dak kelas belajar dengan encik ni.
dulu,
sebelum praktikum,
tika ada tanya kawan-kawan yang pernah belajar dengan dia.
diorang kata,
encik ni skima.
bosan belajar dengan dia,
dan macam-macam lagi.
ikot pengalaman tika berkerjasama dengan dia masa praktikum pon,
tika tak berapa nak kenal dengan dia.
dia sempat observe pon sekali jek sebab dia sibuk.
observation yang lain dia minta lecterer lain tolong observe.
jadi,
bila dak klas tanya macam mana encik ni,
tika kata tak bes.
so bernula la belajar dengan dia start selasa dua ari lepas.
our first impression kat die,
eh incik ni not bad la.
ok jek.
leh jugak dia wat-wat lawak.
lucu gak,
dak kelas tika leh je masok kepala ngan dia.
so masa tu,
tika mula terfikir,
maybe,
cara seseorang tu mengajar dipengaruhi oleh siapa yang diajarnya jugak kot.
itu kali pertama dia masuk kelas.
pagi tadi,
bila dia masuk kelas,
dia ajar 15 minit, 5 minit ada je selingan cite tambahan.
lucu.
tambah ngan dak kelas tika yang suka menyakat plak tu,
dia makin la menjadi.
satu kepala plak dah.
sampai dia boleh kate cam ni.
"saya masuk ajar kelas awak ni,
saya teringat masa ajar senior awak dulu, (dak klas ex rumate tika dulu). 
diorang ni macam awak jugak.
suka menyakat saya, memang kalau saya ajar 
student macam awak ni,
memang kena buli je la saya lam kelas."
hahahaha..
kat situ nampak tak petrmainan die?
nampak tak?
haha.
encik suke ajar kami upenye.hihi.
patot la dak klas tika leh cepat mesra ngan lecterer.
sampai kebanyakkan lectrer yang garang-garang berjaya kami sume jadi kan kawan.
yang paling bes,
kami nye tutor.
papa Aris kami.
samapai KJ (ketua jabatan) tanya macam mana
kami buat kat encik Aris yang garang dan sentiasa serius tu sampai bila ngan kami
dia leh gelak-gelak dan sangat mesra.
haaaaaaaaaa..
itu la rahsia grup kuek-kuek.
hihihih.
ape pun jadik,
gado-gado manja ka,
slisih faham ka,
semua tu sebenarnya mengeratkan lagi hubungan kami sekelas.
hihi.
thanks untuk dak klas 5pismp bm,
korang memang bes.
time gile memang betol-betol kitorang gile,
time buat kije memang betol-betol kitorang wat kije.
tak gitu klasmate ku?
we are fameli..
kan kan kan..
hihi..

 

letih kot.

kas salam and welcome..♥

hari yang agak memenatkan.
susah kalau institut tak cukup kelas ni.
kena berkejar ke sana ke mari.
pagi ni di studio untuk subjek seni, 
ni stop rehat jap,
sambung kelas bm plak di blok baru.
jarak blok lama n baru dalam 1km.
menapak la jawabnya.
len la orang-orang yang berkenderaan.
pegang stereng, naik motor,
trus sampai.
naseb ler..
haha.
jap g tengah hari balik solat
balik ke blok lama bali k.
pastu sambung lagi ye persatuan bahasala pulak.
ke blok baru semula.
tak pe la.
redha.
niat mencari ilmu,
makin sukar makin banyak pahala yang dapat kan.
baru semalam cite sal cari ilmu hinga ke China kan.
haha.
ok dah.
salam.
huhu

 
 

esaimen bm bmm3107

as salam and welcome..♥

1.0         SUMBANGAN AHLI LINGUISTIK TERDAHULU TERHADAP        PERKEMBANGAN LINGUISTIK MODEN.
Ahli- Ahli linguistik terdahulu telah banyak memberikan sumbagan terhadap perkembangan linguistik moden. Antara ahli-ahli tersebut dan sumbangan yang telah dilakukan ialah seperti berikut:
1.1 Plato
Plato merupakan orang pertama yang menyelidiki kemungkinan mengenai tatabahasa dalam bidang pengkajian tatabahasa. Antara sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau ialah memberikan perbezaan di antara kata nama dan kata kerja. Pengertian  yang diberikan oleh beliau tidaklah begitu meluas tetapi amat bererti menurut ukuran zamannya. Selain itu Plato juga memberikan definisi kata nama sebagai istilah yang berfungsi di dalam ayat sebagai subjek kepada suatu predikat; manakala kata kerja merupakan istilah yang dapat menerangkan perbuatan atau kualiti predikat.
1.2 Aristotle ( 384-322 SM)
Beliau telah menambah satu lagi pembahagian kata lain iaitu kata penghubung yang bermaksud semua perkataan yang tidak tergolong kepada golongan utama kata nama dan kata kerja. Beliau juga membuat penggolongan tiga bahagian gender dalam bahasa Yunani iaitu kata jantina jantan “masculine”, kata jantina perempuan “ feminine” dan kata neutral “ neuter” bagi nama beberapa benda. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala ‘tense’ dalam bahasa Yunani yang tidak lain merupakan variasi bentuk-bentuk yang sistematik sesuai dengan konsep kala kini ‘present’ dan  kala lampau ‘past’.
1.3 Ahli Sarjana Stoik
Ahli bijak pandai Stoik telah banyak membuat sumbangan terhadap nahu tradisi sebagai hasil dari usaha mereka. Malahan garis-garis kasar dalam tatabahasa tradisi ini telah lama dibentuk oleh mereka sebelum timbulnya bijak pandai Iskandariah. Dalam bidang pembahagian kata, mereka telah membuat akhir-akhirnya lima golongan untuk diberikan kepada perkataan-perkataan iaitu kata nama, kata kerja, kata penghubung, dan artikel dengan membahagikan kata nama itu kepada dua bahagian iaitu kata nama khas dan gantian.
1.4. Sarjana Iskandariah
Ahli sarjana Iskandariah telah melanjutkan usaha ahli tatabahasa Stiok. Mereka menyelidik mengenai keseragaman dalam bahasa dan telah menyebabkan mereka menubuhkan pola-pola fleksi. Dionysius Thrax iaitu Tenchne ;Permulaan Ilmu Linguistik, Arbak Othman( 1983), telah menubuhkan buku nahu dan buku tersebut merupakan salah satu buku yang paling baik, komprehensif dan sistematis yang pernah dicetak di Eropah Barat. Antara perkara yang telah ditulis oleh Thrax adalah bidang fonetik. Beliau telah membezakan maksud bunyi dengan maksud bentuk. Thrax juga telah memperkenalkan pembahagian perkataan kepada adverb, partisipal, ganti nama, dan kata depan. Malahan dalam bidang sintaksis, beliau telah mentafsir ayat sebagai unit deskriptif yang terdiri daripada urutan perkataan yang mempunyai maksud yang lengkap.
1.5 Appolonius Discollus
Beliau merupakan orang pertama yang bertanggungjawab dalam mengkodifikasikan bidang sintaksis dengan bergantung kepada hasil kajian orang-orang Yunani yang terdahulu. Beliau telah member pengertian khusus dalam konteks menggunakan istilah-istilah falsafah, di samping menubuhkan satu macam klas makna yang sama kepada tiap-tiap satu golongan perkataan itu. Di antara yang menarik tentang kerja- kerja Applonius ini adalah usahanya menggunakan hubungan unsure struktur untuk merujuk kepada binaan kata kerja dan partikel dalam suatu ayat atau kata nama dengan kata kerja.
1.6  M.T Varro (116- 27 SM)
Antara kejayaan dan sumbngan Varro adalah dalam bidang pengkajian bentuk-bentuk fleksi dan bentuk-bentuk terbitan. Katanya sifat-sifat fleksi merupakan “suatu yang paling umum” dan perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk ini sentiasa serupa sahaja bagi semua penutur. Selain itu Varro juga telah menghuraikan beberapa kategori tatabahasa yang tertentu iaitu dari segi cara penggunaanya yang tidak langsung didasarkan kepada acuan penghuraian yang telah dilakukan untuk tatabahasa Yunani yang terdahulu.
1.7  Priscian ( 500 TM)
Beliau telah memberikan sumbangan tentang biadang kajian yang dilaksanakannya iaitu penjenisan bunyi-bunyi bahasa dalam hubungan abdjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan itu. Bidang fonetik melampaui kajian mengenai suku kata yang dikatakan unit yang boleh dituturkan dalam satu hembusan nafas. Dalam bidang morfologi pula, penghuraian beliau telah menyentuh di antara lain soal-soal pembentukan perkataan gabungan yang mengandungi bahan imbuhan dan sebagainya.
1.8 Erasmus ( 1513)
Beliau telah menerbitkan satu kajian mengenai sintaksis bahasa Latin iaitu dengan berdasarkan kerja-keja yang telah dilakukan oleh Donatus. Pada zaman ini bermula minat ahli bahasa ke atas bahasa vernacular dan tatabahasa-tatabahasa vernacular telah banyak diterbitkan.Bahasa juga digunakan untuk menyampaikan kesusasteraan yang menjadi matlamat pengkajian akademik di pusat-pusat pengajian tinggi.
                                                                             





2.0       LINGUISTIK GUNAAN DAN LINGUISTIK PERBANDINGAN
2.1 Kepentingan Guru menguasai Linguistik Gunaan
   Menurut Arbak Othman dalam bukunya Permulaan Ilmu Linguistik, linguistik gunaan adalah bidang yang merupakan sekumpulan beberapa disiplin yang berhubungan. Istilah ini pada mulanya digunakan di dalam ilmu linguistik umum merujuk kepada bidang linguistik yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Kesimpulannya, linguistik gunaan merupakan bahasa yang digunakan dalam pengajaran bahasa dan ia diguna pakai oleh masyarakat dan orang ramai. Ia juga saling berhubung antara fikiran dan tanggapan dalam otak si penutur bahasa yang telah dipelajarinya. Jadi,boleh dikatakan, linguistik gunaan mempunyai cabang di bawahnya iaitu bidang psikolinguistik dan sosiolinguistik.
    Linguistik gunaan penting bagi seseorang guru kerana dapat menambahkan pengetahuannya dalam memahami sifat-sifat bahasa. Seseorang yang telah mempelajari linguistik gunaan akan terdorong untuk menguasai isi bahasa seperti tatabahasa dengan baik. Hal ini sangat penting bagi seseorang guru bahasa memandangkan dengan ada sifat ingin tahu ini, guru akan mempunyai pengetahuan yang banyak dan membantu diri apabila ingin menjalankan aktiviti dalam sesuatu sesi pengajaran. Tambahan pula, guru bahasa yang berusaha untuk memiliki ilmu pengetahuan dengan mudah dapat membantu menyelesaikan jawapan yang dipersoalkan murid dengan soalan-soalan tentang bahasa yang tidak dijangkakan. Hal ini demikian kerana, bahasa bersifat arbitrari. Jadi, sekiranya murid bertanyakan soalan di luar jangkaan guru yang mempunyai pengetahuan yang banyak dapat menjawab dengan apa keadaan sekali pun. Selain itu, guru bahasa yang memahami linguistik gunaan lebih dirasakan berupaya membimbing dan mengatur pengajarannya dan pembelajaran murid-muridnya mengikut keutamaan dalam menguasai tatabahasa yang diajar.
(Arbak Othman,1983. Permulaan Ilmu Linguistik muka surat 157)
    Melalui pengetahuan yang lengkap mengenai tatabahasa yang dimiliki, seseorang guru itu akan menyumbangkan pengetahuanya dengan baik iaitu melalui teknik-teknik dan kaedah-kaedah yang sesuai. Di samping dapat memperkembangkan ilmu yang dimiliki, linguistik gunaan juga dapat menjadikan seseorang guru mampu mengatasi masalah-masalah bahasa yang dihadapi murid seperti masalah penguasaan struktur bahasa dalam pelbagai aspek dan lain-lain. Kemampuan ini juga lambat laun akan membolehkan seseorang guru mengatur kaedah-kaedah dan teknik-teknik mengajar yang sesuai bagi menyampaikan sesuatu isi bahasa.
(Arbak Othman,1983. Permulaan Ilmu Linguistik muka surat 159)
2.2 Kepentingan Guru menguasai Linguistik Perbandingan
      Linguistik perbandingan atau linguistik komparatif ialah bidang kajian yang mengadakan perbandingan antara bahasa-bahasa sekeluarga atau yang berlainan rumpun. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat ciri-ciri perubahan dan persamaan antara bahasa sekeluarga, yakni bahasa-bahasa turunan daripada satu bahasa induk yang mungkin sudah tidak ada lagi. Perbandingan yang dilakukan mungkin antara beberapa aspek tertentu sahaja atau seluruh aspek bahasa-bahasa yang dibandingkan itu.
(Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, Teori bahasa, Implikasinya Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran, muka surat 16.)

     Melalui penguasaan linguistik perbandingan, seseorang guru itu dapat mengetahui rumpun-rumpun bahasa Melayu yang terdapat di dunia ini. Oleh hal yang demikian, seseorang guru bahasa itu dapat mengenal pasti sesuatu bahasa itu adalah tergolong dalam rumpun yang mana berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan. Selain itu,  seseorang guru bahasa juga dapat melihat ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik mahupun struktur tatabahasanya antara beberapa bahasa yang dibandingkan. Daripada perbandingan yang dibuat inilah, seseorang guru dapat melihat sama ada persamaan dalam fonetik bagi rumpun bahasa yang berbeza sebenarnya berlaku oleh proses peminjaman, kebetulan, atau mempunyai hubungan kekeluargaan. Kemudian, seseorang guru  itu dapat menerangkannya kembali kepada muridnya.
      Linguistik perbandingan juga dapat memahamkan guru tentang tentang hukum fonetik. Hal ini demikian kerana, menerusi perbandingan bahasa perubahan-perubahan bunyi secara teratur dalam pelbagai bahasa kerabat dapat dilihat. Seseorang guru dapat mengajar murid-muridnya menyebut sesuatu perkataan dengan lebih mudah sekiranya guru mempelajari bidang fonetik. Oleh hal yang demikian, linguistik perbandingan sangat membantu guru untuk mengajarkan murid untuk bertutur dengan betul terutama bagi pengajaran untuk bahasa kedua. 



3.0.      CIRI-CIRI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU BERDASARKAN TEORI  BEHAVIORISME, MENTALIS DAN INTERAKSIONAL.
3.1 Teori Behaviorisme
3.1.1 Pembelajaran adalah satu proses mekanis yang terjadi daripada perhubungan antara rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respon).
Alhi-ahli behavioris berpendapat bahawa terdapat perhubungan antara satu rangsangan dengan gerak balas. Sesuatu  ujaran terbentuk kerana adanya rangsangan dalam bentuk-bentu bahasa atau bukan bahasa. Contohnya, seseorang kanak-kanak bertutur kerana ada orang yang bercakap denganya ataupun kanak-kanak itu sendiri perlu bercakap untuk memenuhi keperluan asasnya seperti inginkan makanan atau minuman dan sebagainya.  Ibu bapa juga boleh menggunakan pelbagai cara untuk meneguhkan gerak balas bahasa yang betul. Contohnya, memberi senyuman, kata pujian, menganggukkan kepala dan sebagainya.
3.1.2. Sesuatu gerak balas akan diulangi jika diikuti dengan ganjaran
Menurut Dr. Skinner (1974);Pedagogi Bahasa Melayu;Abdul. Aziz Abd Talib(2000) pembelajaran bahasa itu berlaku oleh sebab orang dewasa mengajar kanak-kanak bercakap, ( misalnya, ibu bapa dan ahli-ahli keluarga), memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut sesuatu perkataan yang diajar.
3.1.3 Sesuatu gerak balas yang diikuti dengan peneguhan yang positif juga akan sering diulangi dan gerak balas yang sering diulangi akan membentuk kebiasaan.
Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang perlu diteguhkan supaya bentuk-bentuk tadi akan diulangi lagi. Dalam proses perolehan bahasa, ibu bapa dan penjaga kanak-kanak  menggunakan pelbagai cara untuk meneguhkan gerak balas bahasa yang betul. Contohnya, memberi senyuman dan kata-kata pujian.

3.2. Teori Mentalis
3.2.1. Pembelajaran bahasa ialah satu proses mental
Seseorang guru bahasa perlu sedar bahawa pembelajaran bahasa ialah satu proses pemikiran yang dilahirkan melalui pertuturan.Proses pembelajaran bahasa boleh dihuraikan dengan tepat melalui proses “ penyelesaian masalah”. Apabila seseorang kanak-kanak terdedah kepada data-data bahasa ataupun pertuturan orang-orang dalam persekitarannya, dia akan membentuk hipotesis-hipotesis yang dibuat itu betul, kanak-kanak tersebut akan menggunakan undang-undang bahasa yang sama, jika ia berhadapan dengan situasi yang sama pada masa-masa lain. Sebaliknya jika hipotesisnya salah, kanak-kanak tersebut akan membentuk hipotesis-hipotesis yang lain untuk menahami data-data bahasanya atau pertuturan yang didengarinya.

3.2.2. Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian.
     Dalam pengajaran bahasa, guru perlu sedar bahawa dengan adanya kebolehan semula jadi ini, kanak-kanak bukan sahaja mempunyai kemampuan menganalisis pertuturan yang didengar oleh mereka tetapi mereka juga berkemampuan untuk membuat ayat-ayat yang belum pernah didengar atau digunakan mereka apabila mereka berhadapan dengan situasi yang tertentu.Dengan kata lain, kebolehan semula jadi yang ada pada kanak-kanak membolehkan mereka menjadi “kreatif” dalam penggunaan bahasa. Ini bermakna, guru perlulah menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid untuk menentukan bahan pengajaran yang akan diajar. Contohnya, latihan untuk aspek bahasa tidak dapat menghasilkan kesan dan membosankan murid-murid tetapi latihan yang berpusatkan struktur bahasa akan mendatangkan hasil yang lebih baik.


3.2.3. Dalam keadaan yang normal, kadar perkembangan bahasa sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama.
     Pada peringkat kematangan yang sama kanak-kanak lain memiliki ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Kajian-kajian bahasa menunjukkan bahawa kanak-kanak dapat menguasai struktur-struktur ayat aktif terlebih dahulu daripada ayat pasif ( Fraser, Bellugi dan Brown, 1963; Bever, 1970). Selanjutnya, ada juga kajian-kajian tentang pemerolehan bahasa ibunda kanak-kanak yang menunjukkan kesilapan-kesilapan bahasa yang umum terjadi pada peringkat umur yang tertentu. Kesilapan-kesilapan ini perlu diambil kira oleh seseorang guru bahasa, ketika memilih dan menyusun bahan pengajaran bahasa bagi murid-murid di dalam sesuatu kelas.

3.3 Teori Interaksional
3.3.1 Pembelajaran bahasa ialah proses mental dan linguistik
      Dalam pembelajaran bahasa, proses pembentukan hipotesis tentang tatabahasa amat penting. Bahkan, kebolehan untuk menggunakan struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa amat penting. Kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna penting untuk membolehkan seseorang kanak-kanak berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Dalam pengajaran bahasa juga, guru perlulah menentukan bahawa bahan-bahan pengajaran bahasa yang dipilih mempunyai perkara- perkara seperti latihan yang membolehkan murid-murid menggunakan sistem bahasa yang betul dan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna untuk membolehkan murid menggunakan struktur bahasa yang dipelajari dengan cara yang berkesan.
3.3.2. Dalam sesuatu interaksi bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa.
      Tidak terdapat pembetulan kesilapan-kesilapan secara sedar dalam proses pembelajaran bahasa pertama, tetapi ibu bapa menjalankan teknik pembentukan bahasa secara tidak sedar. Contohnya, ibu bapa mengubahsuaikan ujaran-ujaran mereka dan anak-anak mereka supaya mudah difahami ( Cross, 1977). Dalam pengajaran bahasa, selain latih tubi, struktur, guru yang perlu menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang berkesan dan bermakna. Contohnya permainan bahasa. Aktiviti seumpama ini adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai struktur-struktur yang ada dalam sistem bahasanya.
3.3.3. Struktur bahasa dapat dikuasai dengan cara yang lebih berkesan jika pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap tugas-tugas atau aktiviti yang bermakna.
      Jika guru bahasa dapat menyampaikan pelajaran bahasanya dalam bentuk aktiviti bahasa, murid-murid bukan sahaja dapat memperbaiki penggunaan sistem bahasa tetapi berkemampuan  untuk menggunakan bahasa dengan fasih.
3.3.4 Pembelajaran ialah satu proses aktif
      Sesuatu pengetahuan tidak akan diterima secara terus terang tetapi akan diproseskan terlebih dahulu. Pengetahuan baru haruslah dapat disesuaikan dengan pengetahuan sedia ada agar dapat diterima dengan berkesan
3.3.5 Proses pembelajaran berlaku dalam beberapa cara mengikut keadaan tertentu.
     Pembelajaran sering berlaku dalam pelbagai cara, misalnya sesuatu hal itu mungkin mudah diterima, sekiranya ada kaitannya dengan perkara yang mengembirakan.
3.3.6. Pengajaran dan pembelajaran tidak ada hubungan secara langsung.
       Pembelajaran tidak boleh disamakan dengan pengajaran. Sesuatu yang diajar tidak semestinya dapat dipelajari. Itulah sebabnya guru harus memahami strategi pembelajaran murid untuk menimbulkan suasana pembelajaran yang berkesan.
 4.0       PAROLE DAN LANGUE
4.1       Pengenalan
       Arbak Othman dalam bukunya Permulaan Ilmu Linguistik menyatakan Ferdinand de Saussure adalah orang pertama yang telah mengemukakan konsep langue dan parole. Langue merupakan sistem perhubungan yang dimiliki bersama oleh semua penutur yang akhirnya secara automatik menjadi rujukan bagi setiap kanak-kanak yang dilahirkan dalam sesuatu masyarakat. Manakala, parole pula adalah tingkah laku pertuturan yang sebenarnya yang ditinjau dari sudut penutur-penuturnya.
(Arbak Othman,1983. Permulaan Ilmu Linguistik muka surat 47)
      Oleh hal yang demikian, secara kesimpulannya boleh dikatakan bahawa langue adalah bahasa baku atau bahasa standart manakala parole pula adalah bahasa yang dipengaruhi oleh loghat seseorang penutur itu atau lebih mudah disebut sebagai dialek. Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Teori Behaviorisme, manusia memperolehi bahasa melalui proses peniruan. Hal ini bererti kebanyakan daripada kanak-kanak menggunakan parole terlebih dahulu sebelum mempelajari langue di sekolah. Penggunaan parole sejak dari kecil sudah pasti akan mempengaruhi murid di sekolah, memandangkan mereka perlu menggunakan langue sebagai bahasa perantaraan sama ada secara lisan mahu pun tulisan.
4.2       Kaedah Sesuai Bagi Memastikan Parole Tidak Mempengaruhi Langue Seseorang Murid Dalam Kemahiran Menulis
      Penggunaan parole bermula semenjak seorang manusia itu kecil lagi. Oleh hal yang demikian, perkara ini sangat membimbangkan semua Guru Bahasa Melayu memandangkan di sekolah, murid perlu menggunakan langue semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Lebih merisaukan lagi, ramai murid sering menggunakan parole di dalam penulisannya. Hal ini menyebabkan banyak kesalahan ejaan, tatabahasa, dan struktur ayat dilakukan oleh murid dalam penghasilan karangan. Bagi mengatasi masalah ini, kaedah-kaedah yang  sesuai perlu digunakan oleh seseorang guru untuk memastikan parole tidak mempengaruhi langue seseorang murid dalam kemahiran menulis. Terdapat beberapa kaedah yang sesuai diaplikasikan seseorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya, kaedah ajuk hafaz, kaedah audiolingual, kaedah fonetik, kaedah tatabahasa terjemahan, dan kaedah situasional. 
4.2.1   Kaedah Ajuk Hafaz
      Kaedah yang pertama yang boleh digunakan adalah Kaedah Ajuk Hafaz. Kaedah ajuk hafaz juga disebut Kaedah Informat-Drill.  Dalam kaedah ini, pengajaran yang dilakukan berbentuk demonstrasi dan latih tubi. Terdapat tiga perkara yang dapat seseorang guru fokuskan melalui kaedah ini iaitu tatabahasa, pertuturan, dan juga pembendaharaan kata. Bagi cara demonstrasi ianya berkaitan dengan pertuturan dan sebutan yang dilaksanakan oleh guru atau penutur jati di dalam kelas. Bagi cara latih tubi pula,penutur jati akan membaca ayat beberapa kali diikuti oleh murid-murid sehinggalah mereka menghafalnya. Tatabahasa pula diajar dengan cara mengemukakan ayat-ayat contoh.
       Dengan menggunakan kaedah ajuk hafaz, seseorang guru boleh memulakan sesi pengajarannya dengan membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan mengedarkan petikan dialog kepada murid. Kemudian, guru menayangkan sebuah video yang menggunakan dialog yang terdapat di dalam nota edaran sebentar tadi. Murid diminta membaca petikan dialog yang diberikan dengan melakonkan kembali video yang ditayangkan dengan menggunakan dialog dan intonasi yang sama . Langkah ini diulang beberapa kali di dalam kumpulan masing-masing. Seterusnya, murid diminta menulis kembali dialog yang ditayangkan sekali lagi tanpa melihat nota edaran.
      Berdasarkan contoh langkah pengajaran yang dinyatakan, murid dapat dilatih untuk menyebut perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang diujarkan di dalam video dengan sebutan dan intonasi yang betul. Kaedah ini banyak menggunakan Teori Behaviorisme yang mana menekankan konsep latih tubi dan pengulangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Semasa mengajuk sebutan perkataan atau ayat-ayat yang diujarkan, konsep peniruan juga ditekankan. Hal ini bererti,  kaedah ajuk hafaz banyak dipengaruhi oleh Teori Behaviorisme dan ianya mampu memastikan parole tidak mempengaruhi langue seseorang murid di dalam kemahiran menulisnya.
4.2.2   Kaedah Audiolingual
     Kaedah yang kedua yang sesuai digunakan guru untuk memastikan parole tidak mempengaruhi langue dalam kemahiran menulis seseorang murid adalah kaedah audiolingual. Kaedah  audiolingual atau kaedah dengar juga dikenali sebagai kedah oral-aural. Kaedah ini hampir sama dengan kaedah ajuk hafaz. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog  dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu.
      Dalam kaedah ini, alat pandang dengar memainkan peranan penting. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi. Prosedur pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah audiolinguistik boleh dimulakan dengan guru melakonkan dua peranan iaitu peranan jurujual dan suri rumah. Murid diminta mendengar dengan teliti dan memahamkan percakapan melalui aksi yang ditunjukkan. Aktiviti ini diulang-ulang beberapa kali untuk membolehkan murid mendapat pengalaman. Guru meminta murid mengajuk dialog yang telah disampaikan secara beramai-ramai, berkumpulan dan berpasangan. Guru memetik beberapa ayat beberapa ayat yang digunakan di dalam dialog dan meminta murid mengajuknya beberapa kali. Murid diminta menulis ayat-ayat yang disebutkan di dalam buku latihan.
       Untuk memastikan murid menggunakan langue semasa menulis ayat-ayat yang diajuk, guru perlu menekankan tentang sebutan-sebutan dan ejaan yang betul terhadap setiap perkataan dan ayat yang ditulis. Dengan ini, murid akan terbiasa dengan ayat-ayat yang telah diulang beberapa kali dan akan membiasakan diri mereka dengan perkataan dan ayat tersebut.

4.2.3   Kaedah Fonetik
       Kaedah fonetik berkait rapat dengan kaedah lisan. Namun begitu, untuk pengajaran kemahiran menulis, guru memerlukan murid mencapai dari satu tahap ke satu tahap. Oleh hal yang demikian, kaedah fonetik juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah pengaruh parole terhadap langue dalam kalangan murid semasa menulis. Kaedah ini berkait rapat dengan kaedah lisan, kaedah reform dan kaedah terus. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, seseorang guru boleh memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut.
      Biasanya, dengan menggunakan kaedah ini, guru perlu melakukan aktiviti penyebutan secara berperingkat-peringkat iaitu dimulakan dengan bunyi-bunyi suku kata, perkataan, frasa, klausa, dan barulah ayat. Hal ini bererti, dalam kaedah ini, guru akan menyebut satu demi satu perkataan kepada murid dengan menekankan bunyi-bunyi suku katanya terlebih dahulu sebelum bergerak kepada perkara yang lebih rumit. Kaedah seperti ini sangat membantu murid yang hanya fasih menggunakan parole dan sangat sukar untuk mengujarkan perkataan dan ayat dalam langue. Setelah memastikan murid sudah boleh mengujarkan ayat secara lungae, barulah seseorang guru boleh memberi latihan menulis kepada murid tersebut.
4.2.4   Kaedah Tatabahasa Terjemahan
     Kaedah ini selalu juga dinamakan kaedah klasik (Palmer). Kaedah ini dirancang bagi menekankan kemahiran menulis dan bukannya kemahiran bertutur. Oleh itu ia tidak mementingkan fonetik. Kaedah tatabahasa terjemahan menekankan ejaan dan penulisan dalam sesuatu bahasa. Kaedah ini membolehkan murid memahami tatabahasa sesuatu bahasa dan juga  melatih mereka menulis menggunakan bahasa yang betul. Selain itu, kaedah ini dapat melengkapkan murid dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.
        Bagi memulakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini, murid-murid akan diperkenalkan kepada undang-undang tatabahasa dahulu. Kemudian, guru memberi penerangan kepada murid  mengenai undang-undang ini dan kemudiannya menyatakan contoh-contoh yang bersesuaian. Undang-undang tatabahasa ini perlu dihafaz supaya murid tidak akan melakukan kesilapan ketika menulis. Seterusnya, guru akan memberi beberapa senarai pembendaharaan kata menggunakan langue. Murid-murid diminta membina ayat-ayat dengan menggunakan senarai pembendaharaan kata yang telah diberikan berdasarkan undang-undang tatabahasa yang telah mereka pelajari.
      Secara kesimpulannya, kaedah ini bersifat deduktif yang mana guru mengajarkan murid undang-undang tatabahasa terlebih dahulu dan kemudiannya meminta murid untuk membina ayat berdasarkan apa yang telah mereka pelajari. Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan. Walaupun kaedah ini tidak menekankan kemahiran lisan dan membaca, namun menggunakan kaedah ini, murid pasti mampu menulis menggunakan langue dengan tatabahasa dan struktur ayat yang betul. Oleh hal yang demikian, sekali gus dapat memastikan hasil penulisan murid tidak terpengaruh dengan parole.
4.2.5   Kaedah Situasional
       Kaedah situasional mengambil kira aspek pembendaharaan kata dengan serius. Kaedah ini menganggap kawalan pembendaharaan kata sebagai satu aspek yang paling penting dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terutamanya bagi kemahiran menulis. Aspek tatabahasa juga ditekankan dalam kaedah situasional. Bagi kaedah ini, kegagalan murid menguasai tatabahasa akan menyebabkan masalah kepada pembelajaran seterusnya. Hal ini bererti, dalam kaedah ini, seseorang guru akan menekankan kemahiran menulis serta kemahiran lisan.
      Dalam kaedah situasional, pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan. Bahan-bahan akan disediakan guru dan diajar secara lisan sebelum ia diperkenalkan dan dipersembahkan dalam bentuk tulisan. Bersesuaian dengan nama kaedah ini iaitu kaedah situasional, pengajaran bahasa dijalankan dengan situasi-situasi yang telah dirancang oleh guru. Murid akan menjalankan aktiviti berdasarkan situasi yang diberikan guru di samping memastikan aspek-aspek bahasa seperti sebutan tatabahasa digunakan dengan betul. Pengajaran tatabahasa melalui kaedah ini menggunakan prinsip penggredan iiatu bermula daripada bentuk yang mudah kepada yang lebih rumit. Setelah murid dapat menguasai kemahiran lisan, barulah penulisan diperkenalkan dan tatabahasa dapat dikuasai sepenuhnya.
       Melalui kaedah situsional, guru perlu mempunyai tiga fungsi utama jika mahu memastikan parole tidak mempengaruhi langue. Pertama, guru perlu bertindak sebagai model dengan menggunakan sebutan serta tatabahasa yang betul mengikut langue. Hal ini demikian kerana, murid akan mengikut semua yang diperlakukan seseorang guru di dalam kelas. Kedua, guru perlu merancang situasi yang sesuai dengan umur serta pengalaman murid serta menyediakan latar yang berkaitan dengan situasi dirancang. Hal ini demikian kerana, murid akan  dapat membina pengetahuan dan mengeneralisasi pemikiran murid untuk mencipta ayat-ayat mengikut sebutan dan tatabahasa yang betul sekiranya tersapatnya rangsangan persekitaran. Ketiga, guru perlu berketrampilan dalam menggunakan soalan, perintah, dan lain-lain klu bagi membolehkan murid membentuk ayat-ayat yang betul.
4.3       Penutup
      Setelah membaca dan memahami  kaedah-kaedah yang telah dicadangkan berdasarkan teori-teori pemerolehan bahasa seperti Teori Behaviorisme dan Teori Interaksionalisme, didapati semua kaedah boleh digunakan bagi memastikan parole tidak mempengaruhi langue seseorang murid dalam kemahiran menulis. Sebenarnya, bergantung kepada cara bagaimana seseorang guru merancang pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakannya dengan kaedah-kaedah yang telah dicadangkan  itu sahaja. Guru memainkan peranan penting bagi memastikan murid-murid tidak melakukan kesilapan dalam penulisan.
Memang tidak dinafikan, tugas seseorang guru adalah mengajar sesuatu sukatan pelajaran kepada muridnya. Namun, sekiranya murid masih melakukan kesilapan dalam pelajarannya, hal ini bererti terdapat kekurangan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh seseorang guru tersebut. Oleh hal yang demikian, guru mestilah mencari jalan penyelesaian dengan menggunakan kaedah, teknik, pendekatan, serta strategi yang telah disarankan dalam teori-teori pemerolehan bahasa yang bersesuaian dengan masalah murid bagi membantu mereka tidak melakukan kesilapan lagi dalam pelajaran.
 

bunyi bahasa melayu dan bunyi bukan bahasa

as salam and welcome..♥

Bunyi bahasa
Bunyi bahasa dan bukan bahasa
Dalam berkomunikasi manusia menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa ini adalah bunyi-bunyi yang dipersetujui oleh masyarakat penuturnya sebagai sesuatu yang bermakna. Bunyi-bunyi ini terlafaz dalam bentuk deretan bunyi-bunyi yang tertentu. Selain itu, bunyi-bunyi bahasa ini diwakili dengan lambing-lambang ditentukan. Di samping bunyi-bunyi bahasa, manusia juga menghasilkan bunyi-bunyi bukan bahasa seperti batuk, berdeham, bunyi klik bibir gusi, dan sebagainya. Bunyi-bunyi ini tidak mempunyai sebarang lambing untuk mewakilinya tetapi kewujudannya mempunyai makna. Kedua-dua bunyi yang dikatakan ini dalam bidang linguistik diistilahkan sebagai bunyi bahsa dan bunyi bukan bahasa.
(Indirawati, Mardian Shah, Fonetik dan Fonologi, Siri Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Muka Surat 34.)
Bunyi vokal
Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan dengan tidak melibatkan sebarang sekatan pengaliran udara. Bunyi vokal juga adalah bunyi bersuara. Klasifikasi bunyi vokal ditentukan dengan kedudukan lidah dan bentuk bibir. Ini melibatkan rongga mulut semasa melafazkannya. Bentuk bibir dan saik rongga mulut ini menentikan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan itu dalam keadaan terbuka, separuh terbuka, separuh sempit atau pun luas.
Kedudukan lidah juga penting. Kedudukan lidah semasa melafaz dan pembukaan bibir menentukan sama ada bunyi vokal yang dilafazkan tersebut adalah vokal depan, belakang atau tengah. Ini bererti apabila depan lidah terlibat, maka bunyi yang dihasilkan adalah vokal depan, apabila bahagian lidah yang terlibata dalah belakang lidah, maka vokal yang dihasilkan adalah vokal belakang, dan apabila bahagian lidah dalam keadaan tegang maka vokal yang dihasilkan dipanggil vokal tengah. Ringkasnya palebalan nama vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah. Iaitu depan, belakang, atau tengah. Bentuk bibir dan saiz rongga mulut pula menentukan jenis vokal.
Vokal depan
Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [  ], [a]. alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan saiz rongga mulut dan bentuk bibir. Manakala daerah artikulasi yang terlibat ialah lelangit keras.
1.    Vokal depan sempit [i]
Vokal ini dihasilkan apabila bahagian hujung lidah diletakkan pada titik yang paling tinggi di bahagian depan mulut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa lafaz bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Kedudukan lidah ini berada pada kedudukan yang paling tinggi dalam rongga mulut. Contoh penggunaan vokal [i] ialah [ikan], [bila], dan [hati].

2.    Vokal separuh sempit [e]
Vokal ini dihasilkan dengan bahagian depan lidah agak ke bawah sedikit, iaitu sepertiga daripada tinggi lidah semasa melafazkan bunyi [i]. lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara melalui daripada rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafaz bunyi ini, bibir berada dalam keadaan terhampar. Pembukaan bibir semasa melafazkan bunyi ini agak sederhana. Contoh penggunaan vokal [e] ialah [elok], [sepak], dan [sate].

3.    Vokal depan separuh luas [  ]
Vokal ini dihasilkan dengan depan lidah diturubkna dua pertiga daripada kedudukan semasa melafazkan bunyi [e]. lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar.

4.    Vokal depan luas [a]
Vokal ini dihasilkan dengan lidah diturunkan ke titik yang paling bawah dalam rongga mulut. Puncak dari depan lidah tertarik ke belakang sedikit.lelangit lembut diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi ini bibir berada dalam keadaan terhampar. Contoh penggunaannya ialah [aku], hati, dan [bila].

Vokal belakang

Bunyi vokal belakang adalah [u], [o], [  ], dan [  ]. Alat artikulasi yang terlibat semasa menghasilkan bunyi ini ialah lidah dan lelangit lembut. Rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan luas. Daerah artikulasi yang terlibat adalah lelangit keras.

1.    Vokal belakang sempit [u]
Vokal ini dihasilkan dengan menaikkan belakang lidah setinggi yang mungkin seperti merapati lelangit keras. Walau bagaimanapun, tiada sebarang sekatan aliran udara berlaku. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi ini, bibir berada di dalam keadaan bundar. Contohnya dalam perkataan [ulam], [suka], dan [batu].

2.    Vokal belakang separuh sempit [o]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi ini, bibir berada dalam keadaan bundar. Contoh penggunaannya ialah [ombak], [sorok], dan [soto].

3.    Vokal belakang separuh luas [  ]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan lebih rendah sedikit daripada semasa menghasilkan vokal separuh sempit [o]. lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi ini, bibir berada dalam keadaan bundar. Contoh penggunaanya [borak].

4.    Vokal belakang luas [  ]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diletakkan di titik paling bawah dan sejauh-jauhnya ke belakang etrus menerus. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa melafazkan bunyi ini, bibir berada dalam keadaan bundar. Contoh penggunaannya ialah [gulai].

5.    Vokal tengah [  ]
Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah pada lantai rongga mulut. Bibir terbuka, tetapi tidak luas. Udara melalui rongga mulut menghasilkan bunyi vokal [  ]. Contohnya ialah [emak], [lebah], dan [epal].

  

 

Search This Blog