Showing posts with label TikA's fWEnss. Show all posts
Showing posts with label TikA's fWEnss. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

GOS SKSM

as salam and welcome..♥

 pertama sekali elokla tika terangkan dulu,
 apa yang tika maksudkan dengan GOS SKSM tu.
G-geng
O-old
S-school
S-sekolah
K-kebangsaan
S-suka
M-menanti
sebenarnya GOS SKSM ni grup yang exclassmate
zaman tika sekolah dengan aloq staq dulu.
satu masa yang sangat lama dulu.
tika las di SKSM
masa darjah empat,
bererti masa tika berumur 10tahun.
sekarang tika 22tahun,
tolak tambah campur,
da 12 tahun dah tika tak jumpa kawan-kawan semua.
dan akhirnya,
ssetelah penat mencari di fb,
kami jumpa semula.
sirius rindu yang teramat sangat.
walaupun tika 4 tahun saja bersama diorang,
tapi banyak kenangan yang tika ingat.
ye la,
orang kata,
pengalaman kanak-kanak pengalaman yang paling bes sepanjang
fasa kita hidup ni.
tak tahu la betul ke tidak.
itu pada tika,
mungkin pada orang lain berbeza.
itukan subjektif.
perkara yang menggamit tika untuk menulis
entry berkenaan hal ini,
sebenarnya,
tika teruja sangat bila berjumpa dengan bes fren
masa sekolah tu..
name die.
anis suhaila.
dulu,
kami selalu main sekali.
hihi.
kira rakan sepermainan la.
dia ni memang comey dari kecik lagi.
patotla susah nak cari dia sekarang,
kat fb dia pakai nama komersial dia.
oh lupa nak cita.
anis suhaila la ni da jadi model.
ye betul.
tengok la die ni
cantik ta?
syantekkkk..
kan kan..
ce tengok komen sebelah tu,
jelas tak kami baru jumpa balik?
jejak kasih ni.
die da nak tunang hujung tahun ni.
dan dia paksa saya pegi.
haha.
xde la.
saya memang kalau blh nak p sangat.
muahmuahmuah anis suhaila.
hihi..
oh,
satu lagi,
yang suwiiittnya,
bakal suami die sekarang dekat mekah,
menunaikan haji.
sebelum berkahwin menunaikan haji.
ini sangat suwit.
semua kita tahu kan,
kat mekah kita boleh doa dan doa kita lebih afdal.
mesti bakal suaminya mendoakan kebahagian mereka.
i guess la..
tapi kompem la kan.
ape pon tika doakan korang hepi2 selalu.
indu sangatttt..
tak sabar nak reunion..
yeyyyy..
 
 

Saturday, October 6, 2012

cerita seorang abang-part 4

as salam and welcome..♥

dah lama tak update tentang drama,
yang bakal kami tayangkan beberape ari lagi.
hahhh? beberapa hari??
alamak!
banyak lagi babak yang belum shoot.
sabar tika sabar.
semua ni perlu rushing.
tapi tak boleh rushing sangat sebab nanti hasil nya hampeh.
setakat ni,
kami kru produksi drama CSA ekekeke.
dah buat babak-bak di sekolah,
di taman,
di kampung,
di rumah,
di kebun getah,
ada lagi babak-babak di dalam hutan,
di kem tentera,
hospital,
dan beberapa kawasan yang lain.
hari khamis yang lepas,
kami semua ke kota tinggi untuk babak kampung dan rumah
Sulaiman aka watak utama cerita ini.
alhamduillah berjalan lancar.
tuan rumah juga sangat membantu.
turut membintangi drama kami juga,
beberapa orang kampung lukut, kota tinggi ini.
cuma satu je ade sedikit perubahan pelakon.
sepatotnya kami akan ambil pelakon undangan huhu,
iaitu pensyarah kami.
tapi memandangkan faktor masa,
perkara tersebut terpaksa diubah secara drastik.
tika dan saat itu juga antara kru kami je perlu ambil watak-watak ibu dan ayah.
nasib baik fizikal da ada.
so tak banyak masalah sangat la.
memandangkan babak di kampung ni hampir 30 babak.
jadi kami terpaksa pergi sekali lagi ek kg lukut untuk shoot lagi.
isnin lagi kami akan sampai lagi ke sana.
semoga penggambaran kali ini lebih menarik.

kru-kru yang terlibat.huhu
incik pengarah..
huhu..
dan si baju kuning. saya la penulis skrip cerita ini. juga clapboard girl.haahhaa. yang lain tu pelakon.

Wednesday, June 27, 2012

salah aku atau siapa?

as salam and welcome..♥ 


saat ini,
hatiku tiada keruan,
kenapa ada juga manusia-manusia di sekelilingku
yang berperangai sebegini??
adakah mereka tidak punya perasaan?
tidak punya rasa simpati?
tidak pernah mengerti?
atau,
aku yang tidak pernah mengambil peduli!
aku yang keras hati!
yang sentiasa fikirkan diri sendiri!
tanpa mengikutkan perkara yang pasti!
tapi,
aku pasti,
tentu aku ini puncanya juga,
yang tidak pernah melihat kekurangan diri,
sehingga mereka mendiskriminasi,
antara aku,dia,kamu, dan mereka,
walaupon sebenarnya kita semuanya sama,
egois sentiasa menguasai kita,
tidak mahu mengalah,
cuba tegakkan apa yang disalah,
cuba pertahankan apa yang dibantah,
hingga antara kita menjadi rebah,
berpecah,
berbalah,
dan akhirnya tiada sebarang noktah.
 -----------------------

 
Ya Allah, 
Kau permudahkan segala urusanku.
Kau kuatkan hatiku.
Kau tunjukkan aku kebenarannya.
Ya Allah,
jika ini adalah yang terbaik buatku,
aku redha,
aku terima dengan hati yang rela,
Ya Allah,
Kau bukakan hati-hati mereka,
Kau lapangkan dada mereka,
Kau positifkan minda mereka,
jadikanlah mereka,
orang-orang yang Engkau redhai,
orang-orang yang Engkau lindungi,
perbuatannya,
kehidupanya,
fikirannya,
percakapannya,
begitu juga untuk diriku Ya Allah,
aku mohoh Engkau kuatkan aku,
jadikan aku orang yang penyabar,
tidak pendedam,
aku mohon padaMu Ya Rabbi..
amin..


 

Sunday, June 24, 2012

baca novel? malasnye!

as salam and welcome..♥


abaikan tajuk entry.
dah xde idea da.
haha.
kenapa saya tak macam orang lain.
kenapa saya tak suka baca novel?
huh!.
padahal zaman-zaman sekolah rendah dulu,
ni la hobi utama.
masuk library,
cari novel,
dok celah-celah meja,
baca!
kenapa kenapa!
siries malas nak habis kan sebuah novel tu.
lau sekarang,
baca pon,
skip-skip bab dalam satu novel tuh.
hihi.
ari ni tak leh,
nak tak nak kena jugak menghabiskan semua novel yang diberi oleh tuan pengarah,
a.k.a faris.
dilantik menjadi seorang penulis skrip memang bes,
saya memang suka buat skrip dan susun jalan cerita,
memang sebelum ni pon,
setiap kali pertandingan drama,
teater,
atau pusidra,
saya antara yang menjayakan skrip dan susun jalan cerita.
tapi kali ni.
nak adaptasi cerita novel/cerpen.
oh tidak!
perlu menghabiskan bacaan jugak!.
damn!!

p/s: macam mana la nak jadi cikgu bm ni?
haha
 

Thursday, June 21, 2012

adaptasi filem..kami bakal jadi artis.!

as salam and welcome..♥

pagi-pagi tadi tika ade cite sal ari ni kelas full dan letih kan.
memang pon letih.
balik kelas tadi terus tertido.
tapi walopon letih,
bes.
tah la nape.
bila da sem 6 ni,
dok lam kelas,
rasa bes jek.
macam kat kelas tu rasa santai.
hati tak rasa stress.
nak terima ilmu pon macam bes jek.
harap sampai ke penghujung sem lah,
amin.
bukan itu yang nak difokuskan.
tika nak cite projek yang kami dapat untuk Persatuan bahasa Melayu,
kami kena create satu projek kebahasaan.
mula-mula tu,
kami rancang nak buat pertandingan drama muzikal.
tapi,
kami da beberapa kali buat ,
dan rasa macam benda ni biasa jek.
da memang adat budak kelas tika yang hyper aktif ni kan.
jenis kami yang tak nak buat bende yang biasa dan sama.
bukan tak leh buat,
tapi nanti maybe,
lepas buat,kami akan rasa tak puas hati.
so,
kami terfikir satu idea yang sangat bes,
tak pernah tika fikir sebelum ni.
zero yang mencetuskan idea ni sebenarnya.
kami akan buat satu projek untuk hasilkan satu drama/filem pendek. (hahaha,,filem kununnn,,)
 dan tayangkan pada student kat ipti ni.
cadangannya,
kami akan adaptasi novel/cerpen karya pensyarah kami juga,
yang juga penasihat persatuan.
dan juga seorang penulis yang dikenali di johor ini.
Puan Maskiah Masrom,
novel popular nya ialah Nyanyi Sunyi.
novel yang bakal kami adaptasikan menjadi satu drama/filem pendek ni adalah novel terbaru yang belum dipasarkan pon lagi.
insyAllah,
kalau betul-betul jadi,
tika akan kongsikan ceritanya di sini.
memandangkan tika dah dilantik sebagai salah seorang penulis skrip nya,
so,
tika sesangatla teruja ok.
macam teater dan drama yang kami pentaskan sebelum ni,
kami janji akan buat yang terbaik untuk projek kali ini.
bukan janji tapi pasti!
haha

mood:epi sebab impian kecik-kecik nak jadi artis bakal tercapai.
wakaka..impian jadi model tercapai dah.masa prewedding photoshoot.
haha,
 

my clasmate,we are femeli

as salam and welcome..♥

hari ni tika belajar dengan pensyarah yang bimbing tika masa 
praktikum ari tu.
sebenarnya,
sebelum ni,
tika tak pernah langsung belajar dan ada ape-ape interaksi kelas dengan dia.
semester ni kali pertama tika dan dak kelas belajar dengan encik ni.
dulu,
sebelum praktikum,
tika ada tanya kawan-kawan yang pernah belajar dengan dia.
diorang kata,
encik ni skima.
bosan belajar dengan dia,
dan macam-macam lagi.
ikot pengalaman tika berkerjasama dengan dia masa praktikum pon,
tika tak berapa nak kenal dengan dia.
dia sempat observe pon sekali jek sebab dia sibuk.
observation yang lain dia minta lecterer lain tolong observe.
jadi,
bila dak klas tanya macam mana encik ni,
tika kata tak bes.
so bernula la belajar dengan dia start selasa dua ari lepas.
our first impression kat die,
eh incik ni not bad la.
ok jek.
leh jugak dia wat-wat lawak.
lucu gak,
dak kelas tika leh je masok kepala ngan dia.
so masa tu,
tika mula terfikir,
maybe,
cara seseorang tu mengajar dipengaruhi oleh siapa yang diajarnya jugak kot.
itu kali pertama dia masuk kelas.
pagi tadi,
bila dia masuk kelas,
dia ajar 15 minit, 5 minit ada je selingan cite tambahan.
lucu.
tambah ngan dak kelas tika yang suka menyakat plak tu,
dia makin la menjadi.
satu kepala plak dah.
sampai dia boleh kate cam ni.
"saya masuk ajar kelas awak ni,
saya teringat masa ajar senior awak dulu, (dak klas ex rumate tika dulu). 
diorang ni macam awak jugak.
suka menyakat saya, memang kalau saya ajar 
student macam awak ni,
memang kena buli je la saya lam kelas."
hahahaha..
kat situ nampak tak petrmainan die?
nampak tak?
haha.
encik suke ajar kami upenye.hihi.
patot la dak klas tika leh cepat mesra ngan lecterer.
sampai kebanyakkan lectrer yang garang-garang berjaya kami sume jadi kan kawan.
yang paling bes,
kami nye tutor.
papa Aris kami.
samapai KJ (ketua jabatan) tanya macam mana
kami buat kat encik Aris yang garang dan sentiasa serius tu sampai bila ngan kami
dia leh gelak-gelak dan sangat mesra.
haaaaaaaaaa..
itu la rahsia grup kuek-kuek.
hihihih.
ape pun jadik,
gado-gado manja ka,
slisih faham ka,
semua tu sebenarnya mengeratkan lagi hubungan kami sekelas.
hihi.
thanks untuk dak klas 5pismp bm,
korang memang bes.
time gile memang betol-betol kitorang gile,
time buat kije memang betol-betol kitorang wat kije.
tak gitu klasmate ku?
we are fameli..
kan kan kan..
hihi..

 

Friday, April 20, 2012

mural=guru praktikum

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


hihi..
sape stju ngan tajuk entry ni sile angkat kaki..
haahaa..

ok, 
ni salah satu aktiviti sepanjang sebulan berpraktikum di sk majidi bahru,
saya buat kerana ikhlas ok.
tettttt..
ikhlas ke?
ikhlas..
ikhlas ke tak jom tengok hasil nye dulu k.
hihi..

cam ne? ok x???
 hihi..
ikhlas ke tak ni?
ikhlas tau, 
berpanas berhujan nak siapkan mural ni.
nampak cam patriotik sangat tak?
haha.
sebenanye, memang kami diarahkan untuk hiaskan dinding galeri sejarah ni.
lupe nak gitau,
setiap sekolah mulai tahun ni wajib ada galeri sejarah, 
jadi inilah tugas kamu dapat.
guru-guru lain pon dapat jugak,
bukan kami saja ok.
jadi, adil lah kan..
hikhik..

untuk mural ni, 
tika buat dengan rakan-rakan praktikum.
tika lukis n warna untuk peta malaysia,  bangunan tu, n bunga raya..
untuk bangunan kat bawah tu, lukis je,
kawan-kawan warnakan.
yang lain, kami sama-sama buat.

alhamdulillah, walaupun tak sepenuhnya,
kami sempat siapkan jugak la kan, 90% siap.
tahniah untuk semua..hihi

jom usha pic tengah ngaler jom..
ape tengok-tengok?hihi.muke penat.

letih n bosan jugak warna ni.

sebelah kanan galeri sejarah

juga sebelah kanan galeri sejarah

thanks kerana layan ini beloggg..
=))

 

Tuesday, July 12, 2011

please...help her..

as salam...
enjoy cite tika k...........♥

setiap kali kalau orang celebrate befday korang ape korang rase?????
HAPPY x???
mesti happy kan???:120:
mesti la hepi..
orang ingat kite kan...kannn..
:face2:
hari ni befday seorang daripada rakan sekelas tika..
NOR SHAFIRA namenye..
petang tadi,
tika dan rakan-rakan kelas celebrate her birthday..
tapi,,
tika tak tau ape perasaan die sekarang..:124:
semoga iera suke dengan apa yang kami semua buat hari ni,,

sebenarnye bukan ini yang tika nak kongsi dalam entry kali ni..
tika pon takot sebenarnye nak menulis entry ni..
tapi,,
tika harap sangat kalau iera tau,
iera takkan marahkan tika sebab tika buat entry pasal die..
sorry dear,,
tika just nak readers buat sumthing untuk kamu jugak..
sumthing yang boleh support awak..
sumthing yang boleh bagi semangat kat awak..
tika nak awak tau..
kami semua support awak sangat-sangat...


korang yang tak tau cerita pasal iera ni mesti pelik kan...
tengok pic ni dulu...

pic ni tika tangkap petang tadi..
iera yang tengah-tengah tu..
agak-agak korang ni kat mane??


perasan tak baju yang iera pakai ni??
yeppp...
baju hijau tu..
kat ne besa orang pakai baju ni???
da leh agak kan???

dia dalam wad sekarang..
tadi kami ramai-ramai celebrate her birthday dekat sane..

tika pon susah nak mulakan cite pasal ni..
hemmmmm..
sejujurnya tika leh kate iera seorang yang sangat kuat..
banyak dugaan dia terima sejak tika kenal dia..

rasanya dugaan kali ni adalah dugaan
yang paling berat yang pernah dia lalui..
for ur information guys,,
iera sekarang mengalami blood cancer @lymphoma..
stage 3..
so korang tau la kan macam mana beratnya dugaan dia hadapi sekarang ni..

ape je tika boleh tolong untuk kawan tika ni????
duit???
kija pon belum,,
boleh tolong setakat yang mampu ja..
darah???
tak tau darah tika sesuai tak dengan dia...
kalau stakat nak bagi derma kat hospital tambahkan balik darah yang da digunakan tu,,
bolehhlaahhhh...
tapi rasenye tu tak membantu iera pon...
:face32:

2 benda je yang tika rasa tika boleh buat untuk masa sekarang..
SOKONGAN dan DOA..
dengan sokongan,
tika boleh kuatkan semangat dia untuk lawan sakit tu..
selain tu DOA...
minta dengan tuhan banyak-banyak..
insyAllah..
dengan cara ni,
tika dapat bantu iera..

tika da tak tau nak cite ape lagi pasal ni..
satu je,
tika harap sangat readers same-same doakan kawan tika ni,,
cepat sembuh..
doa kalian mungkin selamatkan dia daripada segala derita yang dia alami sekarang..
amin...

kat bawah ni gambar-gambar yang tika tangkap petang tadi..


hadiah-hadiah dari kawan-kawan..
semoga boleh buatkan iera tersenyum dan lupekan sakitnye seketika..



kami dengan iera..
insyAllah kami akan selalu melawat u dear..


tika dengan iera...
dis flowers for u dear...:face51:
senyum-senyum macam ni selalu tau...
jangan sedih-sedih...
kami ada disisi kau..


iera..
di sebalik senyumannya,
kite tak tau ape yang die rase..
semoga senyuman ini akan sentiasa terukir di wajahnya....
SELAMAT HARI LAHIR IERA..
semoga kau dipanjangkan umur..
dimurahkan rezki..
kau kena kuat tau iera..
aku n kawan-kawan sentiasa ada di sisi kau..:face75:

commentp/s: same-same kita doakan rakan tika ni sihat cepat-cepat,,amin..
help her dear friends....just pray for her health..itu saja tika harapkan dari korang...
thanks kalian...



:120::face75::face2::124:comment:face32::face51:

Monday, July 11, 2011

cute2 button..bila orang da kreatif..

as salam...
enjoy cite tika k...........♥


hai hai hai...
tadi tika teringat pasal bisnes2 on9 ni..
cam bes je kan..:132:bes cam nak makan..
(apekah????)
:120:
cam teringin gak nak buat bisnes cam tuh kan..
hihi..:face42:dududududu...


sedang tika on9 FB,,
tika teringatla member 1 batch tika..
diorang pon pandai buat bisnes on9 ni.
memang tabik la kat diorang ni..:110:(sebab tika tabik, dapat 1 mahklota dari pwicessdinika..):120::face15:
bukan pe,,
benda simple je,,
tapi,,
sebab kekreatifan mereka-mereka ini,
dapat pula terfikir untuk hasilkan barang-barang yang sangat menarik..:67:


nak tau ape yang diorang jual???

ni la..(pic curik dari blog diorang):131:
yang ni macam name tag la...
menarik kan????

(pic curik lagi)
hihi..
yang ni lak leh wat key chain kat nset...
cumil sangat..

bes tengok..
colourful kan..
lepas ni,,
kalau nak g praktikal ke,,
pbs ke,
da tau da nak kasi adiah ape kat murid-murid.:95::97::93::96::94:
yang pompuan kompem meleleh nye mulut lau bagi adiah ni ni..:face51:
hihi..


so cam ne..
menarik kan..
da kalau kreatif wat ape pon cantik kan..
so, alang-alang tika da post pasal ni,,
nak tolong la promote2..
bisnes kawan-kawan ni kite kene support..
:face64:(ne tau leh dapat komisyen)..lol(gurau-gurau je ye.)
untuk yang berminat,,
leh usha-usha blog ni..
BilleaButtons..
harga pon murah-murah....

p/s: tika pon da macam berminat ngan keychain henset tuh..:9:
lepas ni leh la tempah..:face19:
yang kaler-kaler pink tu memang berkenan sangat..
to leya n nabila, razz
pasni korang kene beli pink button banyak sebab tika nak tempah ni..:face64:
hahaha...



:132::face2::120::face42::110::120::face15::67::131:razz:face64::face19::9::face51::95::97::96::94::93::93::face64:lol

Search This Blog