Thursday, May 10, 2012

~setadiying~

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

sape tau tentang konsep ganjaran dan peneguhan sila angkat ibu jari kaki..
hihi..
hemm,,
time-time study week macam ni memang akan ingat sume ni.
ape ingat murid darjah 1-6 ja suka adiah-adiah ni?
saye bakal guru pon suka tau.
tapi bentuk adiah tu lain la sikit kan.
xde la nak gula-gula yang ade pic barbie ke angry bird ke.
hikhik..
masuk study week je, 
mesti keinginan nak tonton drama korea tu kuattttttt sangattt..
kerajinan nak tengok 1 full drama sekali gus tu sangatla tinggi.
time ni jugak la teringin nak main feveret game (sudoku).. 
siap beli sebuah buku baru lagi.
huhhh..
dan masa ni jugak idea nak menconteng blog ni datang.
hahaa.
sampai dok stady pon dok nampak new post new post.
haha..(ni paling tak bleh blah)..
 oleh hal yang demikian,, (yey ayat karangan siap..haha)
tika buat satu perjanjian dengan diri sendiri.
setiap kali abis satu bab yang tika study,
tika baru boleh buka laptop atau buka buku sudoku..

        

yeyyy..
nampaknya stakat ni berjalan lancar lagi.
yes.
ini yang diakatakan sebagai peneguhan dan ganjaran.
bila siap study, boleh buka lappy,
buka blog,
new post: tulis n puji diri sendiri..
haha.. kan tu da namanya peneguhan positif tu.
hihi
ape pon, da hampir 2 jam da tika buka lappy ni.
ok time untuk sambung stdy balik.

daaaaaaa...

p/s: sape yang malas study macam tika, sila tiru cara saya dengan peneguhan dan ganjaran sesedap ati korang.haha..

 

~as.mjsc's.students~

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

 entry kali ni agak nostalgik untuk tika.
tah nape beberape hari ni, 
tika sangat rindukan saat-saat sekolah menengah dulu,,
hem, 
for guys yang xtahu,
tika dulu pernah sekolah kat smk kamil, p.puteh kelantan,
sebulan je rase nye,
tah-tah tak sampai.
hihi..
lepas tuh,
dapat masuk mrsm.
mrsm kuala krai, kelantan.
ramai bila tika cakap students mrsm,
reaksi diorang..
wowwwwwwwww...
yes, of cos i'm proud 2 b one of mjsc's student..
hihi..
tapi,
sebenarnya kan,
apa yang tika rasa,
kat mana-mana pon kita belajar sama saja.
kita boleh berjaya kat mana-mana saja,
sepanjang permerhatian (ecece..macam wat thesis jekk..haha) tika
kat mrsm tu, 
tika rasa, 
persekitaran+budaya belajar,
  yang membezakan mrsm dengan sekolah lain.
belajar masih sama dengan sekolah lain.
berlandaskan satu kurikulum yang sama.
tapi budaya p&p mungkin sedikit berbeza.
berdasarkan pengalaman tika, 
kat mrsm, 
tika lebih banyak belajar berpandukan buku rujukan,
dan bukan buku teks yang da ditetapkan semata-mata.
(ini yang memeningkan setiap kali masuk tahun baru..sebab kena beli buku rujukan banyak.huhu)
 yang lain, 
belajar sama je macam sekolah biasa,
rasanya la..
apa yang beza selain time p&p,
bila exam,
plak, 
tika dapat simpulkan soalan exam kami untuk setiap kali ujian lebih sukar
dari soalan sekolah biasa.
yang ni tika tak pasti kebenarannya.
hanya guru-guru mrsm ja tahu.
hihi.
tapi kenapa tika cakap gini?
hemm.
dulu-dulu,
masa kat mrsm,
tika bukan la antara pelajar yang top,
yang selalu dapat nama dalam pelajaran la.
sekadar berada dalam kalangan yang biasa-biasa saja.
dan mungkin lemah bagi beberapa subjek terutama subjek-subjek sains.
(ohh..benci sains..xsuke-xsuke)
dari lower form hinggalah upper form,
memang subjek-subjek ni la yang tika slalu dapat markah yang rendah setiap kali exam.
oleh sebab ni jugak la,
masa form 4, tika da buat keputusan awal-awal da tak amik biologi.
tika amik prinsip akaun.
tapi macam mana pon,
da berada kat maktab rendah SAINS mara kan,
da memang wajib-wajiblah amik subjek sains yang lain.
dengan hati yang tak rela dan keterpaksaan,
tika wajib amik subjek kimia dan fizik,
hanya guru-guru subjek berkenaan sahaja yang tahu betapa lemahnya tika 
dalam dua subjek tersebut.
sampai guru kimia tu dah bosan la agaknya tengok muka ni.
hihi.
setiap kali ujian, 
yang nak kena panggil untuk repeat paper,
muka ni jugakla..
hihi.
boleh katakan, 
setiap kali ujian,
markah untuk subjek kimia dan fizik tika bawah dari 60.
paling teruk pernah fail.
tapi pape pon,
tika memang respect kat cikgu-cikgu sekolah saya.
walopon rendah je selalu,
diorang tetap nak bagi tika lepas.
tak jemu-jemu diorang ajar tika.
masih ingat lagi Cikgu Fakri.
seorang yang lembut dalam p&p.
tiap kali rehat tika selalu g jumpa dia kat lab.
oh lupa,
Cikgu Fakri ajar subjek Kimia. 
dah pencen dah pon awal tahun ni kalau tika tak silap.
setiap kali jumpa, setiap kali tu la dia terpaksa ulang benda yang sama.
huhhh..
kesian dia.
tapi nak buat macam mana,
anak murid dia ni xpaham-paham.
hihi.
semangat guru macam ni la yang akan tika jadikan teladan dalam mengajar anak murid tika kelak.
ohhh,,
banyak benar melalut, 
dah lari pada landasan ni,
berbalik pada cerita tentang aras ujian tadi kan,
bila exam spm sebenar, 
tika xsangka-sangka tika boleh dapat 5 dalam fizik n kimia.
mungkin jugak grade da diturunkan.
tak kisah la,
apa yang penting, 
tika xfail lagi untuk subjek tu.
daripada pelajar yang sentiasa fail,
tika boleh skor,
dan ada pulak pelajar lain yang lagi rendah dari tika..
memang syukur sangat-sangat.
macam dalam subjek lain pon, 
bila lepas exam spm,
tika tanya kawan-kawan yang dari sekolah lain, yang dapat keputusan masa trial yang bagus-bagus,
diorang boleh kata soalan spm tu lagi susah.
tapi pada tika masa tu soalan spm tu jauh lagi senang daripada ujian bulanan kami.
hemmm..
jadi itu satu lagi perbezaan antara sekolah biasa dengan mrsm.
selain tu,
budaya belajar.
yahhh..
kebetulan pulak baru habis baca tentang tajuk-tajuk implikasi perbezaan budaya di sekolah.
memang budaya belajar ni bagi kesan yang paling banyak la pada murid.
macam di mrsm,
memang ada pelajar-pelajar yang terbaik yang selalu belajar ja kerja diorang.
hihi.
pelajar yang mcam ni, 
setiap kali prep diorang stdy je,
(prep=masa study kami, 2.30-4.30pm, 8.30-10.30 mlm)
macam pelajar lain, mungkin buat homework saja.
ataupun berborak+mengumpat (tika n de geng..haha)
je kijenya.hihi..
mungkin time-time bukan exam,
kami yang bukan yang jenis kuat study ni dok lepaking je kijanya,
tapi bila dekat nak exam,
budaya belajar kat mrsm memang terselah.
semua akan study,
kat celah-celah mana pon study+bawa buku.
hihi..
so, memang psiko la sape yang tak study tu kan.
jadi budaya ni la yang tika rasa boleh buat kami lebih skor dari sekolah lain.
macam kat sekolah biasa,
mungkin belajar di rumah,
kita tak ada nak psiko ngan sape-sape pon.
psiko ngan adik/kakak/abang/abah/mak yang tengok kartun+sinitron+carekarama ada la.
jadi komfem la yang nak study jadi xnak.
kannnnn..
so kesimpulan kat sini, 
budaya belajar tu penting.
macam pelajar yang bukan berada di sekolah berasrama,
tika sarankan,
berkawan la dengan kawan-kawan yang kuat study,
atlis time-time nak exam.
bukan pe,
ni untuk amik aura dia+terpsiko dengan kerajinan beliau-beliau.
sekali gus,
kita akan belajar sekali.
so, kat sini, jelas lagi tersuluh la pengaruh rakan tu penting.
jadi, 
untuk adik-adik yang masih belajar kat luar sana, 
pilih lah kawan yang terbaik,
jadi kawan yang baik untuk kawan anda.
tak dak masalah untuk kita enjoy dalam hidup,
tapi seimbangkan,
time nak exam, kita belajar la betul-betul.
(hihi..macam motivator x?..haha)
oh, bebalik pada result spm,
alhamdulillah,
tika berjaya dengan cemerlangnya..
hihi..
berapa skor?
hemm,
xde la sehebat kawan-kawan yang kijenya study je slalu tu.
hihi.
boleh la.
perlu ke mention kat sini?
hihi.
ok la,
tika dapat 7a, 1 b, 2c(fizik+kimia yang selalu fail tu..)
tiada ape pon nak dimalukan dan dibanggakan dengan result spm tu.
bagi pandangan tika,
itu semua tak menentukan apa-apa pun.
kuantitatif semata-mata.
apa yang penting, 
hala tuju kita selepas itu,
pilihla institusi-institusi + bidang-bidang yang betul-betul kita minat.
yang tidak menyusahkan kita,
yang kita rasa kita boleh ikut, 
kita boleh terima dan belajar sehingga bila-bila.
walau kita masuk harvard atau cambridge university sekali pon,
kalau kita tak boleh terima apa yang kita belajar,
kalau kita tak suka apa yang kita belajar,
semua tu sia-sia.
kerana itula yang menjadi landasan hala tuju kita yang sebenarnya,
berjaya atau tidak kehidupan+pelajaran bergantung pada masa ini.
kalau pandai kita buat pilihan, 
insyAllah kita berjaya dalam hidup.
belum tentu yang dapat 20 A tu boleh berjaya dalam hidup.
(pilihlah jalan yang lurus..haha,,tetibe)
walaupun tika dapat tawaran uitm machang dengan bidang perakaunan, 
(pilihan pertama dari 8 pilihan), tika tolak.
tika masuk matrikulasi tangkak. (perakaunan)
masa tu aim nak habiskan diploma kat situ dan sambung ambik education degree kat u.
tapi rezeki tuhan da letak untuk diri masing-masing.
rayuan untuk interview yang tika buat untuk masuk maktab diterima,
selepas interview, tika dapat masuk maktab di mana tika berada sekarang.
IPGKTI..
yaaa,, mungkin sesetengah guru mempertikaikan apa yang tika putuskan ini.
kate mereka, 
belajar penat-penat di mjsc, las-las masuk maktab??
opsyen BM/PJ/PSV saja?
hemm.
tak pa la cikgu-cikgu,
ini yang saya impikan,
menjadi seorang guru,
berkenaan opsyen tu,
saya boleh sambung lagi pengajian saya diperingkat master untuk mahirkan bidang bahasa.
betul tak?
jadi saya tak perlu malu untuk menjadi guru bahasa, 
kerana bukan mudah menjadi seorang guru bahasa.
berapa ramai guru subjek lain yang tahu tentang bahasa?
yang pakar tentang bahasa walaupun guru itu melayu?
jadi, 
saya akan buktikan saya mampu menjadi guru bahasa melayu yang dapat mendidik anak bangsa,
walau tak nampak di mata cikgu-cikgu tapi di mata Allah? Dia lebih mengetahui.
(luahan perasaan plak dah di sini..jauh lari tajuk..haha)

ape pon, 
saya tetap saya,
bangga menjadi bekas pelajar MRSM KUALA KRAI.
terima kasih semua guru yang mendidik saya dari dulu sehingga jadi manusia.
jasa cikgu saya kenang hingga akhir hayat dan yang baik akan saya jadikan teladan..

*dalam bilik guru SKMAJIDI BAHRU*

p/s: GURU PRINSIP AKAUN, CIKGU ROIHANA adalah PENCETUS MINAT SAYA MENJADI SEORANG GURU. TERIMA KASIH CIKGU..

 

youtuberartisssss

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥

wahh, 
sejak dua menjak ni,
ramai la artis-artis youtube yang dah muncul kat alam maya ni.
memang tak dinafikan, 
kemunculan mereka-mereka ini sebenarnya ada hubungkait yang rapat dengan artis kebanggaan tika,,
ho sape lagi kalau bukan yuna..
yuna memang ada pengikut yang ramai.
fans dia mak aihhhh.
xleh cakap la.
memang ramai,
tapi tak kisah sebab suara yuna memang world klas la kan.
tapi tika tak leh marah kat orang-orang yang tak suka dia.
semua ni subjektif.
kita boleh suka sorang tu dan boleh juga tak suka dia..
pernah sari tu, 
tika dalam satu program kat maktab,
sedang sibuk-sibuk siap kan kerja,
kami rehat seketika.
nak hilangkan penat,
tika on lappy,
buka lagu.
macam selalu,
memang hobi tika menyanyi sorang-sorang, 
(karok la kononnya..haha) 
kat mana-mana saja bila masa dan ketika tika bosan,,
so banyakla koleksi, koleksi video dari youtube berserta dengan lirik.
haha..
ok, bebalik pada cite tadi,
tengah rehat-rehat sambil tunggu makanan tu,
tika buka video yuna,
masa tu lagu yang popular sekarang,
'terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu..'
jadi masa tu la ada yang kate tak suka yuna..
ok,,
tika xleh kata apa.
hihi.

so, sape yang minat najwa latif? tasha manshahar? keesamus? ainan tasneem??

by de way, banyak-banyak diorang ni, 
tika suka tasha manshahar, 
suara dia ok, bes jugak.
lagu-lagu pon ok,
comel-comel.
memang taste tika la lagu comel + kiut miut gtu.
huhu
dan keesamus, 
pon ok,
dia boleh bawa lagu yang slow,
nada rendah,
susah kot nak bawak lagu nada-nada rendah.. 
(amboi da macam adlin aman ramli dah.haha)
tapi, kengkadang, 
ade sikit sengau-sengau.
maybe tu trademark dia kot.
lagi-lagi masa dia nyanyi lagu 
nobody, nobody, but u..2
hihi..
 pastu, 
ainan tasneem tu, 
stakat ni, 
dia blom mencuti ati tika untuk suka pada lagu-lagu die..
sory dear.
keep it up..
hihi..
kesimpulannya, 
memang ramai le retis youtube skrg ni..
haaaaa.. lupe gitau,
tasha manshahar tuh dak maktab gak.
jangan kata bakal guru xleh menyanyi.
kami pon kena menyanyi lam kelas tau.
nak tarik minat murid.
macam ritu, 
saja tika tunjuk kan bakat deklamasi sajak lam kelas,
peh diorang punya sambutan lain dari lain.
hihi,
suke tauuuu..
hihi..
papepon, 
tika pasni nak jadi jugak retis youtube gituh..
opsss.
haha.
xde maknenye..
stakat karok depan lappy sorang-sorang sudah le kan.
hihi..

notakaki: kenape lau retis youtube ni memang pandai main gitar?
memang syarat-syarat nak jadi artis youtube ke?
hihi.
 

 

Search This Blog