Showing posts with label kata-kata motivasi. Show all posts
Showing posts with label kata-kata motivasi. Show all posts

Monday, October 22, 2012

alhamdulillah.

as salam and welcome..♥

alhamdulillah.
baru rasa sedikit segar.
lega Ya Allah.
semoga kekuatan ini berlarutan hingga
ke akhir peperiksaan semester ini.
duhai badan,
tolong lah kuat.
 mari kita sama-sama baca doa untuk kesihatan kita.

 

 
semoga Allah sentiasa kuatkan kita.

amin.

contohilah JEPUN!

as salam and welcome..♥

"...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih
dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada
rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan
lupakan hakikat itu.~
O.T.Dusseck
Sumber: Pelajaran dan Perguruan
Melayu di Malaya hlm. 123 ~

Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak
di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah
juga taraf bangsa kamu. 
(The Straits Times, 1935.)

AYUH BANGSA MALAYSIA,
SAHUT DASAR TUN MAHATHIR,
'DASAR PANDANG KE TIMUR ; JEPUN'
BERBANGGALAH DENGAN BAHASA KITA,
SEPERTIMANA MASYARAKAT JEPUN BANGGA AKAN BAHASANYA
BAHASA MELAYU MAMPU MENJADI LINGUA FRANCA 
DI DUNIA JIKA KITA PERTAHANKAN BAHASA KITA.
BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU,
PERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS.

=))

Wednesday, June 20, 2012

carilah ilmu hingga ke negeri China. kenapakah China?

as salam and welcome..♥

petang tadi dari kul 2-6 pm,
ada seminar gagasan 1 malaysia.
1 malaysia katanya.
ceramah disampaikan oleh btn.
tapi,
kami suma faham la kan.
ni sah-sah kempen-kempen pilihanraya.
tak kisahla.
tika tak peduli sangat pasal politik ni.
nak jadi cikgu,
tak yah la nak berpolitik sangat.
tika rase la.
bukan tak nak amik tahu hal negara,
tapi,
masalah sendiri pon tak habis nak fikir.
huhu.
tika bukan nak ulas tentang hal tu dalam entry ni.
tika cuma tertarik dengan sorang penceramah yang ada sentuh tentang pepatah
yang selalu kita dengar.
carilah ilmu hingga ke negeri China.
 menurut pencermah tadi,
frasa ni pernah diujarkan oleh Rasulullah.
dan dia ada memberi tiga sebab kenapa Nabi Muhammad memilih China,
dan bukan Malaysia atau negara-negara lain.
walhal,
pada masa tu,
baginda sendiri belum pernah sampai ke sana.
lagi kan ke China,
keluar dari tanah arab pon tidak pernah lagi pada masa tu,
melainkan diangkat ke langit.
jadi penceramah tadi menimbulkan satu persoalan yang kami  
semua kelu lidah untuk menjawabnya.
ada rakan-rakan saya yang menjawab kerana jauh,
negara itu besar dan sebagainya.
tapi semua jawapan itu salah.
rupanya,
tiga sebab yang diterangkan tu;

1.China dah ada teknologi buat kertas pada masa tu.
ini bererti, ilmu dapat disebarkan dengan sebaiknya.

2.China dah ada teknologi buat meriam dan tenteranya pakai baju sutera di sebalik baju besi mereka.
ini bermaksud, mereka sudah ada ilmu untuk berperang dan berpotensi besar untuk menang.
pakaian sutera pula dikatakan mampu menawarkan racun daripada anak panah yang tercucuk pada badan mereka. bererti mereka juga sudah ada ilmu dalam perubatan.

3.China sangat menghormati tradisi dengan mengamalkan budaya turun temurun mereka.
bererti mereka sangat menghormati ibu bapa mereka dan juga tradisi keturunan mereka. tadi pencemarah bagi contoh Botak Ching yang gengster pon, bila balik umah kena marah ngan mak dia tros nangis, sebabnye dia hormat mak die.huhu.

tu la 3 sebab yang tika dapat sepanjang 4 jam dalam dewan.
yang lain diorang cerita tentang perpaduan dan sewaktu dengannya.
bes jugak bila dapat tau ilmu yang macam ni.
ilmu yang tak dapat dalam kuliah.

p/s: leh guna wat tanya murid time bosan-bosan lam kelas ni.
hikhik.

 

Friday, May 25, 2012

de words

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥ 


sejujurnya apa yang saya alami kini,
sangat memberi saya baru untuk meneruskan hari-hari esok,
saya lebih bersemangat untuk membuat preparetion kahwin saya.
saya lebih semangat untuk nilai balik diri saya,
sama ada betul-betul bersedia untuk ke alam baru.
tapi tidak bermakna saya was-was dengan pilihan saya ini ya.
jangan berfikir begitu.
mahasabah diri,
nilai dan perbaiki apa yang masih kurang.
sediakan diri.
yang mana kurang ditampung.
bukan mencari kesalahan diri.
insyaAllah semua berjalan lancar.
tamat saja peperiksaaan esok,
saya akan lebih fokus pada majlis bulan lapan nanti.
kuatkan saya Tuhan dari pelbagai segi.
jangan pernah pertikaikan pilihan hati saya,
pilihan hidup saya,
itu yang saya pilih,
jadi saya tahu baik buruknya.

 ~ life is not bout finding de right person, 
but creating de right relationship, 
not how we care in de beginning, 
but how much we care till de every end. ~

 

Thursday, May 24, 2012

kekuatan

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

alhamdulillah,
hari ni diberi sedikit kekuatan.
selesai berbuka,
rileks kejap 5 minit sebelum mandi dan tunaikan solat maghrib.
insyAllah baca Yasin sekali untuk keluarga,guru, sahabat handal
yang masih hidup dan juga telah pergi,
tak lupa untuk diri sendiri.
insyAllah,
jika diamalkan,
anak-anak kelak akan ikut apa yang kita lakukan.
nak anak soleh kena jadi anak yang soleh.
kan?
insyAllah.

esok pulak exam.
masih ada beberapa tajuk yang masih belum dibaca.
yang da baca pon,
tak pasti ingat ke tak.
dalam kepala dah tak de nak sebenarnya istilah exam ni.
tapi ape pon,
kena ingat,
kena jadi orang yang versatile,
bukan dari aspek syurgawi,
juga duniawi.
ilmu penting.
tanpa ilmu,
tak boleh saya nak jadi seorang bakal pendidik,
tak de la saya di ipg ini.
cuba yang terbaik selagi ada masa,
berusaha,
kemudian,
tawakal.
insyAllah Allah tidak pernah kecewakan 
hambanya yang berusaha.
amin..

p/s: semoga Dia memberi kekuatan yang lebih untuk hari mendatang,
harap dapat puasa penuh bulan ni.
persoalannya mampukah tika?

 

sekurangnya

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


saya tidak impikan satu perubahan yang besar.
yang saya impikan jalan ke arah syurga.
itu sahaja.
jangan terlalu meletakkan harapan tinggi pada diri saya,
bukan itu yang saya maksudkan.
saya ingin menjadi serba boleh.
serba boleh yang macam mana?
serba boleh mengikut cara islam.
saya tidak mengatakan bahawa saya akan memakai jilbab,
memakai purdah seperti keluarga ibu saudara saya sendiri,
sekurang-kurangnya saya ingin menjaga batas-batas aurat saya.
ya,,
saya akui,
saya tidak sealim kalian,
saya akui,
saya selalu berpakaian ketat,
singkat,
tidak menutup aurat.
ya saya akui itu semua.
saya ingin perubahan ke arah kesempurnaan.
sekurang-kurangnya saya tidak menayangkan lagi susuk badan saya,
rambut saya pada khalayak.
sekurang-kurangnya saya mampu menunaikan solat lima waktu secukupnya 
tanpa melewat-lewatkannya,
sekurang-kurangnya saya mampu puasa pada bulan ramadhan, ganti,
dan puasa sunat yang tertentu seperti puasa isnin dan jumaat.
(di saat ini saya sedang berpuasa, semoga tuhan kuatkan saya)
insyaAllah kalau itu,
saya bisa lakukan,
yang lebih daripada itu,
tak mustahil saya boleh lakukan.
saya takut pada perubahan drastik.
sejujurnya.
bukan apa,
ada beberapa rakan senior,
yang berubah secara drastik.
tidak sampai separuh jalan,
mereka berpaling kembali.
jadi,
saya minta bantuan sahabat semua.
bimbing saya.
saya yakin,
dengan bimbingan kalian,
secara perlahan saya boleh berubah.
insyAllah.
mungkin agak berterus terang secara terbuka.
kepada yanga mengenali saya saja akan tahu saya macam mana.
saya tidak ada rakan rapat untuk meluahkan semua ini.
hanya kepada bakal suami.
yang kadang-kadang sibuk dengan pekerjaannya.
memandangkan kami sedang bertungkus lumus
berusaha membina maasjid pada bulan ogos nanti insyAllah.
saya sangat berharap,
ini adalah petunjuk dariNya di saat saya bakal menempuh status baru,
sebagai isteri orang,
bakal ibu,
bakal guru.
saya memandang ia sebagai sesuatu yang paling indah dalam hidup saya.

p/s: saat ini saya teringat seorang sahabat saya.
ya dia di sini,bersama-sama menuntut di ipg ini.
yang juga pernah hanyut dulu macam saya, (saya kira)
saya harap kalau anda terbaca ini,
datanglah menghampiri saya.

 

 

PERANG

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥


menentang arus dengan keinginan kita memang sangat perit.
susah hendak digambarkan.
apa pon.
kita kena ingat,
sekali Dia bagi peluang,
tidak semestinya kita akan dapat peluang yang sama 
pada masa akan datang.

KEKUATAN.
sejak dulu saya sering tercari-cari,
tertungu-tunggu kekuatan diri.
ya kekuatan diri untuk ke arah kesempurnaan hidup.
sekarang saya mula sedar,
kekuatan tidak boleh ditunggu,
ia perlu dibina.
alQuran juga menyebut, 
"Allah tidak akan mengubah
 keadaan sesuatu kaum, 
sehingga kaum itu sendiri mengubah keadaanya."
ayat ini juga yang sering bakal suamiku melafaz setiap kali aku 
kadang-kadang tersasar dari yang sepatutnya.
 sejujurnya,
ini bukan pertama kali aku rasa begini,
berkali-kali,
tapi,
entah.
mungkin tanpa kekuatan diri dan pembimbing setia di sisi,
ia tidak berhasil.
aku mohon ini yang terakhir.
 
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, 
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, 
sedang kamu tidak mengetahui."
AL BAQARAH - 216

kalau tuhan sayang kita,
Dia akan bagi petunjuk awal pada kita,
biarpun hati kita derita dan perit nak mengharunginya,
agar kita tidak derita sepanjang hayat.
kadang-kadang kita marah pada takdir,
tapi takdir jugalah yang menyelamatkan kita,
penderitaan itula membuatkan kita bertambah bersyukur pada Tuhan,
kita tak nampak,
kita tak faham,
 atas setiap apa yang tuhan tentukan,
kadang-kadang,
selepas berpuluh-puluh tahun baru kita nampak,
yang pentingnya,
buruk atau baik takdir itu,
kita perlu sentiasa bersyukur.
setelah penat mencari jawapan,
akhirnya Allah akan berikan juga jawapannya.
cuma,
sama ada jawapan yang kita perolehi itu,
 berpihak pada kita atau sebaliknya.
apa pun jawapan itu,
kita perlu kuat dan tabah menerimanya.

p/s: kuatkan aku Ya Rabbi.
 

 

i'm not alone

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


oh.
saya tidak pernah kesorangan rupanya,
kenapa baru hari ini saya tersedar?
saya tak nak meletakkan seseorang atau sesuatu sebagai bench mark
punca saya berasa begini sejak semalam.
saya tak nak merasa begitu.
ingatkan diri sendiri,
mungkin sudah masanya Dia membuka jalan ke arah itu.
(ke arah mana?abaikan atau fahami sendiri)
menyelak beberapa laman dalam tafsir al Quran yang hampir tiga tahun tidak dihayati
pengertiannya (hanya buka untuk baca surah-surah tertentu sekali seminggu saja)
rasa sebak sikit menyelubungi diri.
entah,
bukan tak pernah saya baca pengertian surah-surah dalam al Quran.
terutama surah Luqman, 
saya sangat suka ayat-ayat dalam surah itu.
tapi,
kali ni lain,
selai demi selai saya selak,
makin lama,
maki sebak,
lantas,
bangun ambil wudhuk dan tunaikan solat .......
alhamdulillah,
selesai mengadu padaNya.
rasa lebih lega.
baru saya sedar,
saya tidak pernah kesorangan di dunia ini.

di saat membaca satu cebisan kata seorang sahabat;
Sejatinya, 
Ujian adalah cara TUHAN memeluk setiap hambaNya,
 agar kembali bersimpuh menghadapNya. 
TUHAN Maha Baik ya?

tiba-tiba saya terkedu,
huh,
teringat kembali peristiwa semalam.
di saat saya rasa sebak,
lantas saya mengambil wudhuk dan mengadu padaNya.
benar apa yang dikata saudari sahabat tadi.

saya anggap semua ini sebagai satu ujian kepada diri saya,
dia dan keluarga.
hanya ALLAH Yang Maha Mengetahui Segalanya.
InsyAllah,
saya akan berusaha memerangi diri saya sendiri.
mohon doa dari sahabat pembaca.


Wednesday, May 23, 2012

strange

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥ 


untuk reader yang follow crite-crite tika 
(ada ke??kalau ade la ye)
 saya harap entry-entry yang menyemakkan ni tidak memberi sebarang kesan kepada kalian.
hemm..
mood totally strange.
weird.uniq,uniqkah??
huhhh..
entah,
tak tau nak mula dari mana.
ye,
pangkal ceritanya bermula dari diri sendiri.
kesilapan diri sendiri.
makan diri?
ya mungkin,
tapi terus terang cakap,
rasanya semua ni lebih kepada pengajaran diri.
semoga ini menjadi pengajaran yang paling besar dalam hidup tika.
hopefully.
xperlu la tika cerita apa perkara yang mungkin bermain di kepala readers sekalian.
mesti kalian tertanya-tanya.
xperlu komen tanya sebab tika xkan jawab pon persoalan itu.
hem,
belum masanya lagi untuk tika bercerita itu di sini.
belum bersedia sejujurnya.
oh, lupe.
tika ucapkan berjuta-juta terima kasih pada yang menyedarkan tika.
berjuta-juta kemaafan atas tanggapan buruk pada kalian.

p/s: meletakkan harapan yang tinggi pada diri sendiri.
perlukan sokongan + bimbingan yang kuat.
plz help me.


 

speechless


 as salam.

speechless.
ta tau nak kata apa.
tak tau apa yang rasa sekarang ni.
rasa macam lemah satu badan.
jantung macam nak tercabut.
hati macam pedih sangat.
macam sakit dada.
tapi dalam tu,
rasa gembira.
Ya ALLAH,
semoga ini doa aku yang Engkau telah makbulkan.
bertahun aku menunggu saat-saat ini.
sejujurnya sangat mengharapkan,
masih ada sinar pelangi,
pada esok hari.
saat ini,
aku rindukan kawan-kawan rapat ku di sini.
ya,
kamu, kamu, dan kamu.
kamu yang sentiasa menasihatiku ke arah kebaikan.

p/s: harap sesuatu berlaku dalam masa kurang tiga bulan ini.
huhhhhhh..
masih belum boleh bernafas dengan baik.

 

duhai hati, tolong kuat.



jika hari ini aku terlalu gembira,
sedarkan aku dengan amaran Allah SWT,
jika aku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dengan tarbiyah penciptaNya,
jika aku lemah taka berdaya,
ingatkanlah aku dengan kehebatan syurga,
jika antara kita ada tembok pemisah,
ajaklah aku meleraikannya segera,
jika hatimu pernah terluka disebabkan daku,
luahkanlah agar aku dapat mengubah diriku,

 
 apa yang dilakukan hari ini, 
merupakan kunci kebaikan,
atau kehancuran pada hari esok.
Lakukan yang terbaik untuk hari ini.
Apapun yang terjadi pada esok hari,
adalah kerana apa yang diakukan hari ini.



p/s: tolong la.saya xboleh study tau x.

 

Search This Blog