Wednesday, June 20, 2012

carilah ilmu hingga ke negeri China. kenapakah China?

as salam and welcome..♥

petang tadi dari kul 2-6 pm,
ada seminar gagasan 1 malaysia.
1 malaysia katanya.
ceramah disampaikan oleh btn.
tapi,
kami suma faham la kan.
ni sah-sah kempen-kempen pilihanraya.
tak kisahla.
tika tak peduli sangat pasal politik ni.
nak jadi cikgu,
tak yah la nak berpolitik sangat.
tika rase la.
bukan tak nak amik tahu hal negara,
tapi,
masalah sendiri pon tak habis nak fikir.
huhu.
tika bukan nak ulas tentang hal tu dalam entry ni.
tika cuma tertarik dengan sorang penceramah yang ada sentuh tentang pepatah
yang selalu kita dengar.
carilah ilmu hingga ke negeri China.
 menurut pencermah tadi,
frasa ni pernah diujarkan oleh Rasulullah.
dan dia ada memberi tiga sebab kenapa Nabi Muhammad memilih China,
dan bukan Malaysia atau negara-negara lain.
walhal,
pada masa tu,
baginda sendiri belum pernah sampai ke sana.
lagi kan ke China,
keluar dari tanah arab pon tidak pernah lagi pada masa tu,
melainkan diangkat ke langit.
jadi penceramah tadi menimbulkan satu persoalan yang kami  
semua kelu lidah untuk menjawabnya.
ada rakan-rakan saya yang menjawab kerana jauh,
negara itu besar dan sebagainya.
tapi semua jawapan itu salah.
rupanya,
tiga sebab yang diterangkan tu;

1.China dah ada teknologi buat kertas pada masa tu.
ini bererti, ilmu dapat disebarkan dengan sebaiknya.

2.China dah ada teknologi buat meriam dan tenteranya pakai baju sutera di sebalik baju besi mereka.
ini bermaksud, mereka sudah ada ilmu untuk berperang dan berpotensi besar untuk menang.
pakaian sutera pula dikatakan mampu menawarkan racun daripada anak panah yang tercucuk pada badan mereka. bererti mereka juga sudah ada ilmu dalam perubatan.

3.China sangat menghormati tradisi dengan mengamalkan budaya turun temurun mereka.
bererti mereka sangat menghormati ibu bapa mereka dan juga tradisi keturunan mereka. tadi pencemarah bagi contoh Botak Ching yang gengster pon, bila balik umah kena marah ngan mak dia tros nangis, sebabnye dia hormat mak die.huhu.

tu la 3 sebab yang tika dapat sepanjang 4 jam dalam dewan.
yang lain diorang cerita tentang perpaduan dan sewaktu dengannya.
bes jugak bila dapat tau ilmu yang macam ni.
ilmu yang tak dapat dalam kuliah.

p/s: leh guna wat tanya murid time bosan-bosan lam kelas ni.
hikhik.

 

BMM3111 Kuliah 1 – En.Mohd Aris bin Anis

as salam and welcome..♥

 
DEFINISI SEMANTIK
·         Bidang kajian dalam aspek makna dalam linguistik.
·         Kajian tentang makna yang diaplikasi pada aspek makna ayat dari segi logiknya.
·       Umumnya: semantik – ilmu lingustik yang mengkaji tentang makna.

TEORI-TEORI KAJIAN SEMANTIK

1.      Teori Rujukan
-Apabila penutur menuturkan sesuatu sebenarnya dia merujuk kpd sesuatu. (benda,orang, konsep, dan sebagainya)

Perbezaan antara ayat-ayat berikut:
a.      Mendung bermakna hari akan hujan.
b.      Kehadirannya bermakna dalam hidupku.
c.       Kata-katanya bermakna menyindirku.

* ‘bermakna’ satu perkataan jika dilihat sekilas pandang membawa maksud sama,tetapi sebenarnya tidak. Bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan seseorang penutur.
o   Kata nama merupakan contoh yang baik untuk menyatakan rujukan.
o   Contohnya:
§  Ali,jururawat, guru, dll.
o   Kelemahan teori ini tidak dapat merujuk kepada unsur abstrak dan ghaib.
o   Contohnya:
§  Hantu,sedih, gembira, dll.

2.      Teori Imejan
-Merujuk kepada makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam minda penuur dan pendengar.
-Seseorang mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapan dan dalam keadaan lain wujud pula ungkapan lain berkongsi imej yang sama.
-Contohnya: kuliah- bagi fikiran siswa-siswi berbeza dengan fikiran orang kampung.



3.      Teori Behaviorisme
-Analisis makna berdasarkan tingkah laku yang boleh diperhatikan dan jika tidak hanya dianggap sebagai andaian sahaja.
-Makna merupakan hasil tindak balas hasil daripada ransangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar daam komunikasi yang berlaku antara mereka.
-Penutur dan pendengar berkongsi makna. (komunikasi difahami)
-Mana-mana perkataan akan difahami jika ada komunikasi antara penutur dan pendengar.

4.      Teori Analisis Komponen
-Kata-kata mempunyai hubungan makna antara satu sama lain.
-Hubungan ini mempunyai hubungan leksikal.
-teori ini hamper sama dengan hiponim iaitu himpunan perkataan.
-Contohnya:
                                                     binatang
                              1.burung                               2.ikan
                     a.merpati     b.gagak                  a.kaloi    b.pari                         
 
 
 

TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

as salam and welcome..♥ 



Teknik bercerita:
Teknik ini dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Teknk ini mudah menarik minat murid kerana mereka akan lebih cepa menumpukan perhatian disamping situasi p&p ysng menrik dan tidak memboankan.
Teknik bersyarah :
Teknik bersyarah dikenali juga sebagai teknik kuliah dimana melibatkan pengajaran fakta – fakta secara lisan. Interaksi P&P ini dijalankan secara satu hala dan kebiasaannya tidak balas murid adalah pasif. Teknik ini sesuai dilaksanakan di peringkat – peringkat tinggi seperti universiti. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan teknik ini seperti menjimatkan masa P&P  kerana guru dapat merumuskan keseluruhan isi pengajaran dalam masa yang singkat. Justeru itu , bahan – bahan rangsangan seperti peta , bahan pengajaran sebenar dan papan tulis dapat digunakan sebagai panduan dan rujukan murid.  
Teknik berbincang
Merupakan teknik pengajaran berbentuk perbualan kerana melibatkan murid secara aktif dalam mengeluarkan idea dan pandangan.  Teknik ini dapat memperkembangkan pertumbuhan diri dan social mereka dengan baik menjadi murid yang cerdas , berani dan berkeyakinan diri sewaktu berucap.  Sebelum menggunakan teknik berbincang dalam proses pengajaan dan pembelajaran , guru hendaklah mengetahui latar belakang dan pengalaman murid serta memilih bahan – bahan pengajaran yang menarik dan memenuhi isi pengajaran mengikut tahap serta masa yang diperuntukan kepada murid – murid.
Teknik menghafaz dan latih tubi
Teknik menghafaz dilaksanakan berdasar kepada empat langkah seperti memikirkan bahan yang dipelajari , mengulang bahan yang dipelajari , mengucapkan bahan dihadapan guru , mengingai bahan yang dihafaz. Manakala latih tubi ialah pengulangan fakta – fakta yang dipelajari. Sesuai digunakan dalam mempelajari bahasa kedua , kemahiran melukis  , menyebut perkataan , ayat – ayat dan fakta – fakta penting. Namun begitu teknik menghafaz dan latih tubi mempunyai kelemahan seperti menyekat daya kreativiti murid serta mengehadkan kebebasan murid dalam berfikir.
Teknik penyelesaian masalah
Teknik pembelajaran ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru dan mengandungi lima langkah penyelesaian seperti:
1. kenal masalah
Guru hendaklah mewujudkan satu situasi masalah dimana murid dapat mengesan masalah terbabit samada melalui perbincangan ataupun menonton video yang ditayang oleh guru melalui LCD.
2. penentuan masalah
Setelah murid - murid dapat mengesan masalah tersebut , guru perlu menggalakan murid – murid agar melontar pendapat dan pandangan terhadap permasalahan yang timbul tanpa menyekat sebarang idea mahupun kreativiti murid – murid tersebbut. Hal ini bertujuan agar semua murid bertindak positif dan aktif terhadap rangsangan yang diberikan oleh guru.
3. cadangan masalah
Guru hendaklah memberi kebebasan kepada murid – murid membuat kajian ke atas semua idea dan data yang dikumpulkan samaada dalam bentuk kumpulan mahupun individu supaya dapayt menegmbangankan lagi pemikiran dan idea yang sedia ada.
4. penelitian penyelesaian atau jawapan
Setelah itu , uru memainkan peranan sebagai fasilitator dalam memandu murid memilih jawapan dan pilihan yang tepat agar dapat emmastikan murid – murid menggunakan keupayaan diri sendiri dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
5. pemeriksaan kesimpulan
Setelah murid – murid dapat menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru , guru hendaklah menguji kembali murid – murid berdasarkan jawapan yang diberikan supaya dapat mengenal pasti tahap penguasaan murid – murid dan seterusnya memperbaiki kelemahan mereka.
Teknik brainstorming/teknik sumbang saran
Teknik sumbang saran boleh juga dikenali sebagai teknik perbincangan dimana ia dapat silakasanakan samada dalam bentuk individu mahupun kumpulan. Teknik ini menggalakkan murid – murid mengeluarkan semua bah fikiran ataupun idea tanpa menolak satu pun. Kemudian , idea – idea  yang diberiakn itu , dihurai dan dikembang sehingga relevan dengan pernyataan masalah atau situasi yang diajukan oleh guru. Secara tidak langsung , teknik ini menggalakkan semua murid melibatkan diri dengan aktif dan menggunakan keyakinan diri yang ada  untuk mengeluarkan pendapat dan pandangan di hadapan umum.
Teknik tunjuk ajar
Teknik tunjuk ajar bolek juga dikenali sebagai teknik demonstrasi dimana  ia meliputi langkah – langkah , prosedur atau arahan – arahan tertentu untuk mencapai sesuatu yang dirancang. Teknik ini dapat dilaksanakan tanpa menggunakan bahasa tetaoi menggunakan aksi murid misalnya , aktiviti amali disertakan dengan lisan ataupun tidak. Contoh :
1. guru meminta murid menunjukkan cara membuat wau .
2. guru meminta murid melakonkan aksi haiwan rimba di hadapan kelas.
Secara tidak langsung , teknik ini dapat melatih murid menggunakan bahsaa lisan dengan baik sewaktu berkomunikasi dengan umum selain mendedahkan kepada mereka cara menjalinkan hubungan social yang betul dan seimbang dengan situasi yang dihadapi.
Teknik main peranan
Teknik ini merupakan suatu teknik dimana guru dapat melahirkan pengalaman spontan dan sebenar kepada murid terutamanya dalam aktiviti bahasa. Teknik main peranan ini dikenali juga sebagai teknik sosiodrama. Biasanya , teknik ini diberikan kepada murid melalui pembacaan atau gambaran – gambaran seperti siaran televisyen, rakaman suara dan radio yang mudah difahami kemudian murid melakonkan kembali penyataan yang difahami tanpa menggunakan sebarang skrip atau panduan. Teknik ini hendaklah bermula daripada yang mudah kepada yang sukar ( Ansur maju). Misalnya , murid diminta membentangkan idea yang dikumpul dalam bentuk dialog dan seterusnya melahirkan dalam bentuk lakonan.
Teknik soal jawab
Merupakan suatu median menyampaikan isi pelajaran yang paling popular kerana berjaya mewujudkan interaksi yang aktif diantara guru dan murid secara berkesan. Teknik ini dapat membina keyakinan diri murid , dan mengembangkan buah fikiran dan pendapat murid menjadi lebih kreatif dan kritis. Guru hendaklah mengemukan soalan yang jelas , mengikut aras murid dan menepati silibus P&P yang dijalani di dalam kelas.

 

contoh refleksi kendiri 2

as salam and welcome..♥

Refleksi Kendiri
            Saya telah menerima tugasan ini pada 5 Mac 2012 oleh pensyarah pembimbing bagi Kursus Kokurikulum Olahraga. Menerusi tugasan ini, saya perlu menyiapkannya sebuah cadangan kertas kerja bagi Kejohanan Olahraga Trek dan Padang di sesebuah  sekolah secara kumpulan .
            Perkara utama yang saya ingin fokuskan dalam tugasan kerja kursus pendek ini adalah tentang format penulisan kertas kerja.       Saya sebenarnya sudah beberapa kali mempelajari cara menulis kertas kerja  sebelum ini. Namun, saya masih kurang mahir untuk menguasai kemahiran ini. Menerusi tugasan pada kali, saya mendapat banyak peluang untuk melihat contoh-contoh hasil kertas kerja bagi pengelolaan kejohanan olahraga di sesebuah sekolah. Hal ini banyak membantu saya bagi lebih menguasai kemahiran menulis kertas kerja.
            Selain itu, menerusi kertas kerja yang perlu dibina juga banyak mengajar saya untuk memahami rasional, matlamat, dan objektif sesuatu program khususnya kejohanan olahraga di sekolah. Sebagai seorang bakal guru Pendidikan Jasmani, saya berkemungkinan besar akan diminta membuat kertas kerja bagi mengelolakan kejohanan olahraga di sekolah nanti. Justeru, tugasan ini sangat membantu saya dalam menyediakan diri untuk perkara tersebut. Walaupun ketiga-tiga tersebut hampir sama, namun saya belajar cara untuk menulis setiap bahagian dengan lebih betul berbanding sebelum ini.
            Setelah merujuk beberapa bahan serta membuat perbincangan dengan rakan sekumpulan, saya semakin jelas dengan format penulisan kertas kerja. Saya juga belajar untuk membuat pengiraan bagi bahagian kewangan untuk sesuatu program. Secara khususnya, saya mempelajari bajet kewangan yang perlu diperuntukkan untuk kejohanan olahraga di sesebuah sekolah. Menerusi aturcara yang perlu dirancang juga banyak membuka mata saya tentang hari kejohanan olahraga di peringkat sekolah yang sebenar. Hal ini secara tidak langsung memberi gambaran sebenar kepada saya tentang kejohanan olahraga yang biasanya dijalankan di sekolah.
Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di institusi ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh hal yang demikian, saya rasa tugasan ini sangat-sangat membantu saya untuk menguruskan sesuatu kejohanan olahraga di sekolah kelak. Tugasan ini secara jujurnya, menjadikan saya lebih bersemangat untuk mempelajari lebih banyak kemahiran dan pengetahuan daripada pensyarah-pensyarah yang mempunyai banyak pengalaman di institut ini. Hal ini sekali lagi mendorong saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti serta mampu menjadikan setiap pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan sentiasa berkesan. Semua yang telah saya fahami dan pelajari ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru kelak.
Disediakan oleh:
…………………………………………
(SITI NUR ‘ATIQAH MOHD ZUKHI)
5PISMP BAHASA MELAYU/PENDIDIKAN JASMANI/PENDIDIKAN SENI VISUAL
 

PERKEMBANGAN BAHASA-esaimen pkk

as salam and welcome..♥ 

PERKEMBANGAN BAHASA
1.0 DEFINISI BAHASA
Bahasa adalah atau bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.
            Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996: 87), bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia ( antara seorang individu yang lain dan sebagainya ).
            Arbak ( 1983: 40 ), mengeluarkan pendapatnya tentang ahli-ahli bahasa telah terlebih dahulu mengeluarkan pendapatnya tentang mengapa ahli-ahli bahasa telah terlebih dahulu berusaha memberikan pengertian kepada apa yang dikatakan ‘bahasa’ itu. Tegasnya, hal ini penting kerana bahasa itu sendiri merupakan bahan langsung yang menjadi tumpuan pengkajiannya, terutama dalam usaha memperlihatkan fungsinya sebagai alat yang dipakai oleh manusia untuk berhubung sesama manusia.
                                          ( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2003); Teori bahasa )
            Menurut  Asmah Omar ( 1983: 376 ), bahasa hanyalah bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia. Di sebalik ciri fizikal ini terdapat makna. Tegasnya, ikatan antara bunyi dan makna yang disyaratkan oleh pelbagai satuan itulah yang memungkinkan orang bukan sahaja berkomunikasi, tetapi juga mencipta konsep-konsep.
                                            ( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2003); Teori bahasa )
Menurut  Wilhelm Von Humboldt seorang sarjana Jerman,(abad ke-19 ) mendefinisikan bahasa sebagai sintesis bunyi . Bahasa ialah satu aktiviti yang dapat dihuraikan menurut satu set prinsip yang jumlahnya terbatas berdasarka ragam-ragam ucapan yang tidak terbatas jumlahnya, dapat diterbitkan. ( Mangantar Simanjuntak, ( 1982: 2-3 ).
                                 ( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2003); Teori bahasa )
Bloch dan Trager (1984 ),  pula mendefinisikan bahasa sebagai satu lambang pertuturan yang arbitrari yang digunakan anggota masyarakat untuk berkomunikasi . Sapir (1921:8) mendefinisikan, bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi, dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar. Crystal (1995), mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan.
                                ( Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, ( 2003); Teori bahasa )
            Dengan demikian, berdasarkan dfinisi-definisi bahasa yang di atas, jelaslah bahawa bahasa itu mempunyai sistem, terdiri daripada bunyi-bunyi, bersifat arbitrari, dipelajari dan bukan diwarisi serta sebagai alat komunikasi.
 
2.0.  KEPENTINGAN MEMAHAMI PERKEMBANGAN BAHASA 
Memahami kepentingan bahasa adalah penting kerana :
2.1.1. Bahasa sebagai pemangkin perkembangan kanak-kanak. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan sebaya, mereka membina kefahaman  dan idea-idea tentang perkara-perkara yang berlaku di persekitaran mereka.
2.1.2. Perkembangan bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis. Dengan meningkatkan bahasa, ia akan memudahkan pelajar mempelajari konsep-konsep abstrak.
2.1.3. Kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri dan sosial. 

3.0 . SIFAT BAHASA

            Bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan artikulator-artikulator lain. Setiap bahasa mempunyai susunan tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau sintaksis yang dikatakan bersistem.  Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna bagi penutur dan pendengar.
 Bahasa berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi antara penutur. bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear. bahasa adalah kreatif, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu terdapat 28 huruf yang dapat membentuk beribu-ribu perkataan. Dengan penyingkiran masa dan tempat, manusia boleh menggunakan bahasanya untuk bercakap tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, sebelum atau selepasnya. Wujud dua pola dalam bahasa, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu ada vokal dan konsonan.Bahasa boleh dipelajari dalam konteks budaya dan kebudayaan .

4.0 TEORI DALAM KEMAHIRAN BAHASA
Teori dalam kemahiran bahasa dijelaskan dalam tiga perspektif iaitu :
4.1. Perspektif Behavioris
Mengikut mazhab behavioris, peneguhan penting dalam perkembangan bahasa. Menurut Skinner (1957), ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anak. Ibu bapa atau penjaga boleh membantu perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan atau ayat dengan betul dan mudah difahami.
            Peringkat permulaan, ibu bapa meneguhkan perkataan-perkataan yang hampir dengan sebutan yang betul. Sebagai contoh anak berkata kepada ibu “ nak mamam ”. Ibu perlu meneguhkan apa yang dikatakan iaitu “ Ani nak makan ya ?” lalu memberi makanan kepada anak. Kemudian secara berperingkat ibu bapa lebih meneguhkan perkataan yang disebut dengan betul oleh oleh kanak-kanak sehingga dapat menyebutnya dengan baik. Selain itu, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan. Apabila anak bercakap untuk meminta sesuatu, ibu bapa bertindak balas dengan apa yang diinginkan oleh anak. Tindakbalas ibu hasil daripada perkataan anaknya memberi maklumbalas kepada anak bahawa bahasa yang digunakan adalah betul.
            Jadi, kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibu bapanya seringkali memuji dan meneguhkan percakapan beliau. Ibu bapa boleh berinteraksi dengan menggunakan laras bahasa yang betul.
4.2. Perspektif Kognitif
Perkembangan kognitif dan bahasa anak-anak tidak berkembang dalam suatu situasi sosial yang hampa. Lev Vygotsky (1896-1934), seorang psikolog berkebangsaan Rusia, mengenal poin penting tentang pikiran anak ini lebih dari setengah abad yang lalu. Teori Vygotsky mendapat perhatian yang makin besar ketika memasuki akhir abad ke-20.

                                             ( Valmband, ( 2008 ), http://Valmband.multiply.com. )

Teori kognitif oleh Vygotosky ini menekankan tentang peranan pemodelan. Contohnya kanak-kanak meniru percakapan, maklumbalas dan gaya bahasa orang dewasa. kanak-kanak mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka akan meniru dan mengulangi apa yang diteguhkan.
            Vygotosky (1896),  memandang bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara interaksi setiap hari dengan orang-orang di sekeliling. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka agar sesuai dengan kefahaman kanak-kanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa.
            Kanak-kanak menggunakan bahasa untuk meluahkan kehendak keperluan. Orang dewasa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak dan tahapnya akan semakin meningkat daripada yang susah kepada yang kompleks. Guru dan orang dewasa boleh meluaskan penggunaan dan kemahiran berbahasa di kalangan kanak-kanak melalui interaksi dan maklumbalas yang membantu mereka membetulkan, mencantum dan meluaskan penggunaan bahasa tersebut.
4.3. Perspektif Nativis
Perspektif Nativis berdasarkan kepada perkembangan otak yang lebih cenderung melihat perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopri oleh Noam Chomsky (1950- an)  yang menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris.Beliau mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Maksudnya, individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang tersendiri yang dilabelkan sebagai “ Tatabahasa Universal” . Ini adalah asas kepada semua bahasa yang ada. 
                   ( Haliza Hamzah; Joy N. Samuel, ( 2008), Perkembangan Kanak-kanak )
Kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa universal ini. Mereka akan memerhati dan memadam cara-cara penyusunan ayat dengan bahasa yang digunakan di persekitaran mereka. Kemudian mereka akan menyesuaikan pembentukan ayat tadi dengan gaya bahasa yang terdapat di persekitaran mereka. Kemahiran ini tidak dipelajari secara langsung daripada rang-orang dewasa di sekitar kanak-kanak tetapi dikuasai secara tidak langsung .
            Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu alat pembelajaran bahasa yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan. Ia bersifat semulajadi dan diwarisi. Alat ini dikenali sebnagai  “ Alat Penguasaan Bahasa ” ( Language Acquisition device ).

5.0 PERINGKAT – PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA
Kanak – kanak mengalami perkembangan bahasa dalam tiga peringkat iaitu peringkat bayi , peringkat kanak – kanak dan peringkat remaja.
Peringkat perkembangan
Huraian
Peringkat bayi
Pada mulanya bayi memperoleh bahasa melalui tangisan dan sebutan yang ringkas seperti ‘ma’, ‘da’, ‘bah’, ‘pa’, dan sebagainya. Kanak-kanak di peringkat awal usianya memperoleh bahasa ibundanya dengan memanjangkan makna tertentu yang mungkin boleh difahami ataupun tidak. Naapie Mat (1992)
0 – 1 bulan
Bayi menangis pada awal kelahiran  menunjukkan ketidakselesaan , lapar dan sakit
1 – 2 bulan
Bayi mengeluarkan bunyi ‘oo’ , ‘coo’ , ‘goo’ untuk berinteraksi dengan orang sekeliling
8 – 12 bulan
Bayi mula menunjukkan interaksi babbling dan isyarat seperti anggukan kepala , menunding jari dan melambai tangan
13 – 18 bulan
Bayi mula mengingati perkataan – perkataan penting dan menyebutnya menggunakan satu perkataan dalam komunikasi harian
Contoh :
“ Makan”. Perkataan makan disini boleh membawa maksud “ saya nak makan” atau “ saya sudah kenyang dan idak mahu makan lagi”
18 – 24 bulan
Bayi mula berinteraksi dengan menggunakan dua perkataan
Contoh :
“ Itu kucing” , “Mama jalan”
Peringkat kanak – kanak
Awal Kanak – Kanak (2 – 6 Tahun)

Kanak – kanak mula menutur menggunakan perkataannya sendiri tanpa menghiraukan kesalahan tatabahasa kerana bersifat egosentrik.
2 Tahun
Ayat yang dituturkan oleh kanak – kanak hanya terdiri daripada dua perkataan sahaja. Ini akan berlipat ganda sebanyak dua kali ketika mencapai umur 3 tahun.
3 Tahun
Berupaya menyusun suku kata yang ringkas iaitu berdasarkan keperluan diri mereka atau yang biasa didengar. Vygotsky
4 Tahun
Perbendaharaan kata semakin meningkat iaitu lebih daripada 1000 perkataan. Kanak-kanak TADIKA atau Pra-sekolah biasanya berupaya mendengar dengan teliti apa yang diajar oleh guru dan boleh menceritakan semula jika disuruh. Brown & Chapman (1981)
5 Hingga 6 Tahun
Ketika ini kanak – kanak sudah boleh menyusun kata-kata dengan betul apabila bersama-sama dengan kumpulan rakan sebayanya. Mereka akan bermain bersama-sama, bercerita, berjenaka dan bergurau dengan rakan sebaya mereka. Garney (1975)

Pertengahan Kanak – Kanak

7 Tahun
Pada peringkat ini, kanak-kanak telah pun memasuki sekolah rendah. Penguasaan perbendaharaan kata telah meningkat, telah menunjukkan penguasaan dan sebutan bahasa yang betul atau ‘standard’. Mereka boleh menterjemahkan idea melalui aktiviti lisan dan penulisan iaitu dalam bentuk ayat yang ringkas.
9 Tahun
Kanak-kanak sekurang-kurangnya telah memperoleh sebanyak 30000 perbendaharaan kata. Perbendaharaan kata ini akan bertambah melalui pembacaan, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dan juga pergaulan harian iaitu termasuk di rumah dan juga di sekolah.
10 – 12 Tahun
Kanak-kanak tidak lagi menumpukan pada diri sendiri ketika menceritakan sesuatu. Sebaliknya, mereka mula mengambil tahu tentang hal orang lain dan menceritakannya. Mereka sudah boleh berkomunikasi dengan baik dan seterusnya dapat membuat satu karangan pendek apabila diminta oleh guru. Chomsky (1969)
14 Tahun
Pada peringkat ini , kefahaman membaca seseorang meningkat dan dapat memahami pembacaan yang kompleks malah dapat berbincang secara analitikal tentang sastera , ekonomi dan politik. 

Peringkat remaja
Awal Remaja

(12-15 Tahun)
Perkembangan bahasa praremaja peringkat ini pada
mulanya mencapai tahap yang baik iaitu mereka dapat menguasai gaya dan berbagai-bagai struktur ayat. Penguasaan
ini disebabkan mereka banyak membaca berbagai-bagai bahan bacaan termasuk akhbar, majalah, buku-buku cerita dan
juga buku-buku pelajaran
(15-20 Tahun)
Remaja berkembang menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Remaja mampu memanipulasi bahasa kepada bentuk yang kompleks seperti puisi , laporan dan cerpen.
Kemahiran bahasa berkembang kepada kemahiran penulisan.
Remaja mampu membuat refleksi dan menganalisis maklumat dan menjalinkan hubungan sosial dengan masyarakat melalui penciptaan dialek yang melambangkan identity individu tersebut.
Jadual 1: Peringkat Perkembangan Bahasa

5.1 KAEDAH SUMBANGAN IBU BAPA DALAM PERKEMBANGAN     BAHASA  KANAK – KANAK.
Ibu bapa merupakan individu penting dan rapat di sisi kanak – kanak. Oleh yang demikian , ibu bapa dan penjaga dapat menyumbang kepada perkembangan bahasa kanak – kanak  sejak mereka lahir lagi. Misalnya  berbual dengan bayi melalui rangsngan bunyi – bunyian. Sewaktu peringkat bayi , mereka dapat memahami apa yang di tutur sekiranya ibu bapa dan penjaga menggunakan bahasa yang ringkas tetapi jelas dan betul gaya bahasa. Contohnya mimik muka dan emosi yang sesuai dengan situasi. Bayi tidak akan mengalami kesukaran memahami pertuturan yang di ujarkan setelah mereka mencapai tahap kematangan sedikit demi sedikit.
Meniti tahap perkembangan kanak – kanak sekitar 2 – 14 tahun ibu bapa dapat merangsang kanak – kanak dengan mneeruskan aktiviti perbualan untuk membentuk perbendaharaan kata dan pengalaman berbahasa kanak – kanak tersebut. Selain itu , luangkan masa untuk mendengar percakapan dan idea kanak – kanak dengan memberi rangsangan positif agar diri mereka rasa dihargai dalam perbualan harian. Ibu bapa perlu menggunakan bahasa yang mudah dan senang difahami seloain memandu kanak – kanak menggunakan sistem bahasa yang tepat dan betul. Akhir sekali , ibu bapa hendaklah mengelakkan daripada membanding – banding kanak – kanak ini dengan kanak – kanak lain agar tidak menghilangkan keyakinan diri mereka untuk berinteraksi dengan masyarakat di sekeliling.

6.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BAHASA
Perkembangan bahasa adalah sebuah proses yang bermula awal dalam kehidupan manusia ketika seseorang mulai menguasai bahasa dengan proses belajar. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula dari yang sederhana sampai kepada yang lebih kompleks. Biasanya, bahasa bermula daripada mengingati kata-kata sederhana yang berkaitan tanpa makna, tapi sebagai kanak-kanak yang membesar, kata-kata yang memperoleh makna dengan hubungan antara kata-kata yang terbentuk. Pada waktunya, ayat bermula dari kata-kata yang bergabung bersama untuk mencipta makna yang logik.  Apabila meningkat usia seseorang, makna-makna baru dan persatuan-persatuan baru dicipta dan kosa kata meningkat dengan lebih berdasarkan perkataan dipelajari. Lantaran itu, terdapat dua faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak iaitu faktor biologi dan persekitaran.
6.1  BIOLOGI
Ahli Bahasa tidak bersetuju tentang faktor biologi yang menyumbang kepada perkembangan bahasa, namun sebahagian besar bersetuju bahawa kemampuan untuk mendapatkan sistem yang rumit seperti itu adalah unik untuk spesies manusia. Selain itu, banyak yang percaya bahawa kemampuan kita untuk mempelajari bahasa lisan mungkin telah dikembangkan melalui proses evolusi dan dasar untuk berbahasa mungkin diturunkan secara genetik.  Kemampuan untuk bercakap dan memahami bahasa manusia memerlukan vokal tertentu serta sistem saraf dengan kemampuan tertentu.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (Noam Chomsky,1957), beliau menegaskan bahawa seseorang individu telah diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa. Malah, beliau juga menyatakan kanak-kanak yang dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau LAD (Language Acquisition Device) iaitu suatu mekanisme penguasaan bahasa yang membolehkan mereka mengesan ciri-ciri dan peraturan dalam penguasaan bahasa yang digunakan di sekeliling mereka. Kanak-kanak secara semulajadinya mempunyai kebolehan untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa tersebut misalnya, penggunaan kata tanya dalam berbahasa yang diperolehi melalui perbualan harian antara ibu bapa dan kanak-kanak tersebut.
Selain itu, menurut kajian Santrock (2007), jika berlaku kecederaan pada bahagian otak terutama pada bahagian Broca dan Wernicke yang kedua-duanya terletak dibahagian hemisfrera kiri otak boleh menyebabkan seseorang individu itu hilang keupayaannya untuk berbahasa. Ini kerana kawasan Bronca dalam otak yang mengawal pergerakan otot adalah alat yang menghasilkan pertuturan untuk kanak-kanak itu berkomunikasi dan kawasan Wernicke pula adalah bahagian yang terlibat untuk memproses kefahaman berbahasa. Justeru, jika kanak-kanak tersebut mempunyai kecederaan di bahagian ini mereka masih lagi boleh bercakap akan tetapi percakapan yang sukar untuk difahami dan kanak-kanak tersebut juga mempunyai kesulitan untuk memahami percakapan orang lain. 
6.2 PERSEKITARAN
Perilaku melihat perkembangan bahasa tidak lagi dianggap sebagai penjelasan yang layak tentang bagaimana anak memperoleh bahasa, namun banyak kajian menggambarkan persekitaran mempengaruhi kemampuan bahasa kanak - kanak. Michael Tomasello (2003, 2006; Tomasello & Carpenter, 2007) menekankan bahawa anak-anak muda sangat tertarik dalam dunia sosial mereka dan pada awal perkembangan, mereka dapat memahami bahasa melalui persekitaran.
Dalam konteks ini, keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kemahiran berbahasa, malah sokongan padu daripada ibu bapa dan guru adalah penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Misalnya, di rumah aspek perkembangan bahasa berlaku secara tidak langsung melalui perbualan harian antara keluarga dan rakan sebaya menerusi ajukan percakapan serta peniruan bahasa. Di sekolah, pemerolehan bahasa diperolehi melalui komunikasi antara guru dan rakan-rakan sekolah serta pembelajaran bahasa dalam mata pelajaran contohnya Bahasa Melayu.
Namun demikian, kajian mengenai masa interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibu bapa tersebut juga antara yang mempengaruhi pemerolehan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menurut Betty Hart dan Todd Risley (Santrock,2007) mendapati ibu bapa daripada golongan profesional menyediakan suasana persekitaran yang lebih baik untuk perkembangan bahasa kanak-kanak berbanding dengan golongan bukan profesional contohnya menyediakan perpustakaan mini  dan penggunaan teknologi seperti komputer di rumah membolehkan kanak-kanak itu meneroka menerusi aktiviti pembacaan dan penerokaan maklumat, berbanding kalangan golongan bukan profesional yang hanya bergantung kepada pembelajaran bahasa di sekolah sahaja. Tambahan lagi,  sebahagian golongan bukan profesional juga kurang berinteraksi dan susah untuk menerangkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak mereka. Malah dalam kajian lain menyatakan kanak-kanak yang banyak berkomunikasi dengan ibu bapa mereka mempunyai empat kali ganda lebih perbendaharaan kata berbanding kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang pendiam.
Kajian di sebuah prasekolah di Amerika (1998-1999), mendapati ibu bapa yang membaca buku kepada anak-anak mereka yakni tiga hingga empat kali seminggu akan menyebabkan anak-anak ini mempunyai kemahiran berbahasa lebih baik berbanding ibu bapa yang tidak berbuat sedemikian. Justeru itu, aspek perkembangan bahasa melalui persekitaran adalah penting dalam pembentukkan kemahiran berbahasa kanak-kanak samada di sekolah mahupun di rumah.

 7.0 MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA
Dalam memperoleh perkembangan bahasa yang baik, Halliday (1975) berpendapat bahawa kanak–kanak memperolehi bahasa kerana mereka memperoleh keperluan untuk berinteraksi dengan masyarakat. Namun demikian, masih ada kanak-kanak yang belum mampu untuk menguasai bahasa disebabkan oleh kekangan yang dihadapi kanak-kanak tersebut. Antaranya adalah mungkin disebabkan kanak-kanak menghidap autisme atau pervasive developmental disorders (PDD) iaitu kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri dan mengasingkan diri daripada dunia luar, (Leo Kanner). Dalam hal ini, kanak-kanak autisme mempunyai perkembangan bahasa yang lambat atau pun tidak mempunyai perkembangan bahasa langsung kerana kanak-kanak ini jarang berbahasa dan sukar untuk diajak berbual. Malah, kadang kala dapat menuturkan sesuatu namun hanya untuk seketika sahaja dan menggunakan bahasa yang ganjil dan sukar difahami menyebabkan interaksi kana-kanak autisme berbanding kanak-kanak normal adalah sukar. Tambahan lagi, kanak-kanak ini suka bersendirian dan tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Namun demikian, bagi kanak-kanak yang boleh bertutur dan berbahasa, mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif.
Berbanding pula perkembangan bahasa kanak-kanak yang boleh dikategorikan sebagai lewat bercakap. Dianggarkan lima hingga 10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan menjadi lambat. Perkembangan bahasa kanak-kanak ini tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat, tulisan dan kemahiran visual. Kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangan kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menuding jari ke arah objek diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.
Kanak-kanak ini juga menunjukkan kefahaman normal terhadap percakapan orang lain, kemahiran mendengar (mengenal dan menoleh ke arah bunyi), mematuhi arahan mudah tanpa perlukan ditunjuk dengan perbuatan oleh orang yang memberi arahan, boleh tunjuk anggota badan atau objek yang disebut walaupun sesetengahnya turut mengalami sedikit kelewatan reseptif. Lantaran itu, jika diberikan rawatan awal (terapi pertuturan) kebanyakan kanak-kanak boleh bertutur dengan baik apabila masuk sekolah.
Justeru, sebagai seorang guru kita seharusnya peka mengenai aspek perkembangan bahasa dan menggunakan pendekatan yang sesuai dengan peringkat kanak-kanak tersebut terutama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, mengajar kanak-kanak yang mengalami masalah di atas guru tersebut perlulah menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai seperti menunjukkan bahan bergambar dan berwarna untuk merangsang penumpuan dan ingatan murid, berinteraksi dengan murid melalui penceritaan dan perbualan dan sebagainya dengan menggunakan pendekatan dan kaedah yang berbeza.

8.0       IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  (P&P)
8.1       PENGENALAN
Perkembangan bahasa kanak-kanak memberi implikasi yang positif terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P).Sebagai bakal guru, pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan bahasa membawa banyak faedah kepada kita.Setiap sesi P&P akan mencapai matlamat yang seiring dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan.
Seseorang guru dapat mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman yang konkrit.Sebagai contoh, apabila kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti,kita boleh meminta mereka menceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa sesi membaca,guru haruslah memberi tumpuan kepada perkataan yang susah dan menerangkan makna perkataan dengan ayat yang mudah difahami.
Seterusnya seseorang guru dapat menggunakan strategi pengajaran yang pelbagai seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid, ataupun strategi berpusatkan masalah bagi memperkembangkan bahasa dalam kalangan murid semasa P&P yang dikendalikan.Dalam pengajaran bahasa kedua contohnya,guru boleh memasangkan kanak-kanak dengan rakan sebaya yang lebih mahir dalam kedua-dua bahasa (bahasa ibunda dan bahasa kedua) kemudian menggunakan kaedah bercerita, teknik simulasi,teknik sumbangsaran dan pendekatan pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran berbahasa dalam sesi P&P tersebut.
Sebagai seorang guru, kita perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan bahasa. Contohnya dalam aktiviti koperatif, setiap ahli diberi peluang untuk menceritakan hasil kerja masing-masing. Kita perlu menggalakkan pembentangan di dalam kelas dan memberi peluang kepada mereka untuk memberi maklum balas terhadap aktiviti yang dilakukan. Semua aktiviti ini mampu menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan bahasa mereka.
Apabila kanak-kanak menguasai bahasa, mereka akan lebih yakin untuk berdepan dengan masyarakat untuk berkomunikasi dan hasilnya mereka tidak akan menjadi seseorang yang terlalu pendiam, jadi ibu bapa tidak harus memarahi anak mereka semasa proses perkembangan bahasa berlaku supaya kanak-kanak tidak akan rasa rendah diri dan malu dengan diri mereka sendiri. Kenyataan ini dinyatakan oleh Sigmund Freud.
(DraKusmawati Hatta,M Pd G:\opini_kusmawati_soal_sigmund_freud.htm)
Kemahiran komunikasi adalah diperlukan apabila kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan kerana apabila kanak-kanak mempunyai kemahiran ini, mereka akan mudah memahami dan menerima segala isi kandungan pelajaran yang disampaikan oleh guru mereka di sekolah.Kanak-kanak akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran dan rakan-rakan mereka yang baru.Isu-isu di persekitaran mereka yang sedang berlaku akan diambil tahu oleh kanak-kanak kerana mereka dapat mengetahui dan memahami apa yang sedang diperkatakan.Mereka akan dapat membantah sekiranya terdapat perkara yang tidak adil berlaku ke atas diri mereka dan boleh memberi alasan untuk keadilan bagi diri mereka. Keyakinan yang diperolehi boleh menjadi pemangkin kepada kanak-kanak untuk menempa kejayaan dalam hidup mereka.
 
8.2       IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  (P&P) MENURUT PERSPEKTIF BEHAVIORIS, KOGNITIF DAN NATIVIS.  
8.2.1 PERSPEKTIF BEHAVIORIS
Dalam perspektif behavioris, dinyatakan bahawa peneguhan adalah salah satu aspek yang penting dalam perkembangan bahasa. Menurut Skinner(1957) yang merupakan seorang tokoh dalam mazhab ini, ibu bapa merupakan golongan yang perlu memainkan peranan dalam perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut perkataan-perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.
(Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008).“Perkembangan kanak-kanak”)
 Justeru, sebagai guru, kita merupakan ibu bapa kedua di sekolah haruslah mengaplikasikan aspek peneguhan agar murid dapat memberi gerak balas ataupun tingkah laku yang positif dalam berbahasa.
Berdasarkan perspektif ataupun teori behavioris, untuk meningkatkan perkembangan bahasa murid, seseorang guru boleh menggunakan teknik-teknik seperti sosiodrama, main peranan, simulasi, dialog, dan bercerita. Untuk mengaplikasikan teori behavioris menerusi teknik-teknik ini, guru perlu memberikan peneguhan kepada murid setiap kali selepas aktiviti dijalankan. Hal ini demikian kerana, murid-murid akan lebih gemar bercakap dan berkomunikasi di dalam kelas apabila guru memuji dan meneguhkan percakapan mereka. Peneguhan yang boleh diberikan guru kepada murid adalah seperti memberi kata-kata perangsang, motivasi ataupun berbentuk hadiah. 

          8.2.2 PERSPEKTIF KOGNITIF
Dalam perspektif kognitif pula, peranan pemodelan ditekankan dalam perkembangan bahasa. Peranan pemodelan bermaksud bagaimana kanak-kanak meniru percakapan, maklumbalas dan gaya bahasa orang dewasa. Oleh hal yang demikian, sebagai guru kita perlulah menunjukkan perlakuan yang baik supaya dapat menjadi model positif kepada murid.
Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran individu.
(Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008).“Perkembangan kanak-kanak”)
Lantaran itu, sebagai warga pendidik kita perlulah menggunakan kaedah pengajaran yang dilakukan secara demonstrasi dalam aspek berbahasa misalnya, kaedah oral-aural dan ajuk hafaz dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Contohnya guru memberikan petikan dialog situasi kepada murid untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Dalam hal ini,secara langsung murid-murid dapat memperkembangkan kemahiran berbahasa dan menambahkan perbendaharaan kata seterusnya dapat diaplikasikan dalam komunikasi seharian.
Seterusnya, untuk mengaplikasikan perspektif kognitif ini, seseorang guru juga boleh menggunakan pendekatan komunikatif. Sebagaimana yang diketahui, pendekatan komunikatif menekankan komunikasi dalam p&p. Oleh hal yang demikian, guru boleh menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan komunikasi seperti pengaplikasian teknik seperti teknik sosiodrama, teknik forum, teknik simulasi, perbincangan dan soal jawab. Dengan penggunaan pendekatan komunikatif ini, guru boleh mendemostrasikan terlebih dahulu teknik seperti simulasi dengan menggunakan bahasa-bahasa yang betul dan bertatasusila. Melalui demonstrasi ini, murid akan meniru gaya serta percakapan guru tersebut. Hal ini dapat mempertingkatkan perkembangan bahasa murid.
 
          8.2.3 PERSPEKTIF NATIVIS
                        Menurut Naom Chomsky proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan seperti yang ditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif. Beliau juga mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah proses dalaman dan dipengaruhi oleh individu itu sendiri.
(Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008).“Perkembangan kanak-kanak”)
Oleh itu, dalam mengaplikasikan perspektif ini guru perlulah mempelbagaikan teknik pengajaran dalam pemupukan perkembangan bahasa kanak-kanak dan remaja di sekolah. Dalam pengajaran, guru tersebut boleh menggunakan teknik perbahasan yang berhubungkait dengan tajuk pelajaran untuk melatih murid-murid berfikir secara kritis dan kreatif dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur. Pada masa yang sama murid-murid tersebut dapat menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai serta dapat memupuk kebolehan berbahas dalam kalangan murid.







8.3       IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  (P&P) DARI ASPEK PENYEDIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Antara faedah yang dapat membantu dan membentuk P&P adalah menyediakan isi pengajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid-murid. Kandungan isi perlu dirancang terlebih dahulu dan dikaji keberkesanannya  agar mencapai matlamatnya.
Guru juga perlulah menyediakan objektif P&P yang sesuai arasnya, mengikut tahap individu murid dan menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang membantu kepada perkembangan bahasa murid.
Seterusnya, guru juga perlu menyediakan P&P yang bermakna dan menyeronokkan.Ini dapat membantu penglibatan setiap individu murid dalam aktiviti yang dirancang.Aktiviti yang dirancang perlulah sesuai dengan perkembangan bahasa individu murid.
Di samping itu, guru juga mesti menyusun dan mempertingkatkan isi pelajaran dalam P&P agar mudah difahami oleh murid. Dalam aspek bahasa, guru perlu menyusun dan menggunakan bahasa-bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Hal ini demikian kerana, setiap murid mempunyai tahap perkembangan bahasa masing-masing. Kefahaman yang berkesan terhadap sesi (P&P) sangat penting agar murid bersedia untuk melangkah dan menghadapi masa akan datang.
Selain itu, guru haruslah menyediakan sumber  (P&P) yang menarik minat dan perhatian murid. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan sumber-sumber daripada internet dan media massa seperti televisyen di dalam sesi p&p. Dengan ini, murid akan berasa seronok dengan setiap aktiviti yang dilakukan.
Penyediaan P&P yang senang kepada yang susah, yang konkrit kepada abstrak, dan yang umum kepada khusus mampu menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar dan mencapai objektif. Bagi p&p bahasa, guru boleh menjalankan proses pelajaran secara berperingkat-peringkat mengikut setiap bab subjek yang akan diajar. Contohnya, sebelum mengajar murid membaca, guru boleh mengajar murid mengenal huruf, membatangkan suku kata dan kemudiannya barulah membaca ayat-ayat pendek dan seterusnya karangan yang lebih panjang. Ini dapat membantu kepada kefahaman, penghayatan, penghafalan, dan pengalaman murid terhadap kemahiran berbahasa dalam kehidupan seharian mereka.
  
8.4       IMPLIKASI PERKEMBANGAN BAHASA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN  (P&P) DARI ASPEK ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
Implikasi perkembangan bahasa terhadap P&P juga boleh dilihat dari aspek ABM. Salah satunya ialah melalui penggunaan buku-buku cerita. Aktiviti bercerita menggunakan buku besar dan pelbagai lagi merupakan aktiviti pembelajaran yang berguna kepada kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak dapat meningkatkan lagi perkembangan bahasa mereka melalui pembacaan.Justeru sebagai seorang guru, teknik bercerita sudah tentu boleh diaplikasikan dalam p&p. Dengan menggunakan teknik ini, murid bukan sahaja akan berminat untuk meneruskan sesi pembelajaran malah dapat mempelajari intonasi bercerita yang betul serta mampu menonjolkan bakat mereka di dalam kelas.
Seterusnya, melalui penggunaan alat rakaman. Alat rakaman dapat digunakan dalam menjalankan aktiviti lisan seperti mendengar. Melalui aktiviti tersebut kanak-kanak akan boleh membezakan bunyi dan boleh memahami apa yang didengar. Kanak-kanak juga dapat menguasai kemahiran bertutur dengan lebih cepat kerana mendengar perkataan-perkataan baru yang diperolehi. Oleh itu, kanak-kanak akan dapat menyebut bunyi dan perkataan dengan betul serta dapat menyatakan pemikiran dan perasaan mereka secara berkesan dan bertatasusila.Secara tidak langsung ianya dapat memperkembangkan kemahiran berbahasa mereka.
Di samping itu, implikasi perkembangan bahasa terhadap P&P juga dapat dilihat melalui penggunaan cakera padat pembelajaran. Cakera padat-cakera padat pembelajaran yang disediakan oleh pihak sekolah dapat digunakan oleh guru dalam sesi p&p. Oleh itu, melalui aktiviti pembelajaran menggunakan cakera padat pembelajaran membolehkan kanak-kanak dapat belajar dan mengingati dengan jelas tentang apa yang dipelajarinya. Melalui animasi dan audio yang ditunjukkan di skrin komputer dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk terus mengikuti apa yang bakal diajar seterusnya.Hal ini kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi kerana secara lumrahnya kanak-kanak suka bertanya dan ingin mengetahui semua pekara disekeliling mereka.Secara tidak langsung aktiviti pembelajaran tersebut dapat memperkembangkan tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Ini demikian kerana, mereka dapat membaiki penggunaan kosa kata mereka pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.

RUMUSAN
            Bahasa adalah suatu medium komunikasi global yang penting pada masa ini. Manusia menggunakan pertuturan khususnya sebagai alat termudah untuk menyampaikan maklumat dan perasaan agar berlaku kitaran hidup yang seimbang dan sempurna. Penting untuk kita sebagai individu pendidik agar memahami perkembangan bahasa dalam kalangan kanak–kanak supaya tumbesaran mereka dapat menyumbang kepada kemodenan negara kelak.
            Perkembangan bahasa dapat dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif behaviorisme, perspektif kognitif dan perspektif nativis serta berkembang dalam tiga peringkat seperti peringkat bayi , peringkat kanak – kanak dan peringkat remaja.
            Melihat dalam konteks fahaman Skinner (1957) , ibu bapa merupakan guru pertama kanak–kanak seawal usia bayi dalam menyediakan sejumlah perbendaharaan kata dan peneguhan yang betul dan mudah difahami. Hal ini disokong apabila melihat sifat bayi yang lembut dan bergantung kepada individu lain dalam mengharapkan percambahan bahasanya sendiri. 
            Justeru , dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan bahasa individu amat bergantung kepada usaha dan persekitarannya dalam membentuk kemahiran berbahasa yang baik dan sempurna. Individu yang dipengaruhi oleh pengaruh yang lemah dan salah pendekatan berbahasanya akan membesar dengan situasi yang sama. Misalnya , kanak – kanak menjadi bisu meskipun tidak bisu apabila membesar bersama ibu bapa yang bisu dan tidak terdedah dengan persekitaran luar yang normal. Oleh itu , ibu bapa dan guru hendaklah memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak dalam mencorakkan perwatakan kanak-kanak tersebut ke arah pembentukkan keperibadian yang unggul dalam arus globalisasi kini.
           
RUJUKAN
BUKU:
  1. Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel. (2009). Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Perguruan, Edisi ke-2. Subang Jaya : Kumpulan Budiman.
  2. Kamus Dewan Edisi Ketiga, (2002), Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan Pustaka
  3. Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, (2009), Teori Bahasa; Implikasinya Terhadap Pengajaran Tatabahasa, Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Laman Web :
  1. Portal SMK Tengku Ampuan Intan, (2008). Autisme: Dunia yang penuh misteri.
  2. http://pkbp.smkintan.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=85&Itemid=61. Diakses pada 23 Febuari  2010
  3. Aspiah Zaidi, (2010). Bahasa Kanak-kanak Lemah Pembelajaran.
  4. http://www.docstoc.com/docs/22588752/bahasa-kanak-kanak. Diakses pada 23 Febuari 2010.
  5. Azfarhah Zulkifli (3081017481). Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak. http://www.scribd.com/doc/22848841/PERKEMBANGAN-BAHASA-KANAK-KANAK. Diakses pada 2 Mac 2010.
  6. KPLI Julai 2008. (2008). Mengenali Kanak-kanak Autisme.
  7. Valmband (2008),Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky. http://kplijulai08intake.blogspot.com/2009/02/mengenali-kanak-kanak-autisme.html. Diakses pada 2 Mac 2010.Kognitif Vygotsky. http:// Valmband.multiply.com/journal/item/11. Diakses pada 5 Mac 2010.
  8. Dra Kusmawati Hatta,M Pd G:\opini_kusmawati_soal_sigmund_freud.htm diakses pada 6 Mac 2010.
 

Search This Blog