Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Sunday, August 12, 2012

DIY wedding banner n bunting

as salam and welcome..♥

pade mulanya,
semua ni tika serah bulat-bulat pada kak linda.
tapi,
bila tegok hasilnya,
kurang berminat.
tika xkata tak cantik.
cantik ja,
tapi kurang kene dengan citarasa tika,
so tika ambil inisiatif minta kawan buatkan.
mula tu nak buat sendiri.
tapi xde sofware adobt photoshop.
y ade photoscape je.
xbes la kan.
jom tengok dulu sebelum kata ape.
huhu
yang ni banner yang kak linda design, cantikkkk..tapi tika nak style lain..

yang ni lak bunting yang kak linda design.. lebih kurang sama kan, kene dengan tema koboi tu, tapi sory kak, tak kene dengan taste saya,,,
 oleh sebab dua-dua tak kene dengan taste,
tika pon minta tolong clasmate,
faris aka abang katang hahaahaha,
tolong design kan.
tika gitau apa yang tika nak.
sebenarnya,
tika xnak full pic,
dah kene amrah pasal kad kawen dengan mak.
hihi
seksi sikit katenye.
maklumla.
kenduri dibuat di kelantan,
femeli ok.
tapi takut ape kate orang sana.
lau buat kat kampung di kedah maybe ok ja.
so,
terpaksa la tuka design macam di bawah ni.
ni cubaan pertama.
cubaan ke berapa tah. dan yang ni yang tika pilih untuk banner,
ni lak bunting. yang ni akan diletak di rumah sebelah lelaki.
memandangkan nanti masa majlis bertandang,
ada dua pengantin.
din dan abangnya.
so tak bes kalau satu je bunting ada.
lagipun,
kene jaga jugak hati abang die kan.
tika lupa nak mintak faris design kan,
sebab faris dah busy dengan praktikum,
tika terpaksa amik inisiatif buat sendiri.
tika bukan la pandai pon.
nak tak nak tepaksa la,
sebab takut jadi macam kad kawen.
tika pakai photoscape ja,
xde sofware adobt photoshop.
so ni la hasilnya.

maaf la untuk tuan bunting ni.
tika main buat ja,
satu da la pakai photoscape je,
xleh nak crop cantik2 pic tu,
pastu bukannya pandai pon.
main buat je.
dan pic tu je yang ada.
so sory sangat.
 tapi bai ada la dari xdak langsung kan.
so tak sabar nak tengok banner tu,
din baru g amik sekarang ni.
rabu jugak boleh tika tengok.
daaannnnn xpasti lagi banner tika ni mendapat kelulusan keluarga untuk digantung.
hihi.
tak pe la.
lau xdiluluskan,
tika guna je untuk kenangan.
hihi

 

Friday, August 10, 2012

DIY wedding envelope

as salam and welcome..♥

 yang ni tika DIY secara tak sengaja.
tiada dalam plan pon.
tika try godek-godek,
alhamdulillah ok jugak la.
tika pakai publisher saja.
 ni la hasilnya.
 tak tau comey tak,
tapi kawan kata comey.

try tengok.
ini untuk rakan-rakan dan jiran

dan ini untuk pensyarah dan guru-guru
ok tak?
tika buat dua.
saja je tika cuba.
if ok,
kala ade yang nak boleh la upah tikah.
hihi..



 

Wednesday, June 20, 2012

apam polkadot

as salam and welcome..♥

 semalam tika ada cerita tentang doorgift kan?
ada kan apam polkadot tu?
sebenarnya tika nak buat untuk semua guest,
pape pon,
tapi,
semalam bila discuss ngan dak kelas,
diorang kate,
apam tu just bertahan 2 3 ari je.
alamakkk..
sempat ke tika nak buat sengsorang ni?
da la rumah tika tak de ramai orang..
ayokkkk...
fikir punya fikir,
tika ejas buat apam tu untuk rombongan pihak lelaki,
dan sdara mara n rakan jek.
tapi ti kite tengok la macam mana ye..
 bulan lepas,
tika da google da resepi die.
tapi tak ingat la plak blog mane ni.
lau tuan die ada terbaca,
kredit to her..
hikhik..

ni resepinye..


Bahan-bahan untuk masak apam polkadot ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur dari peti sejuk (gred A)
275 gm tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (anggaran 1 cawan)
150 ml susu segar/ susu cair (anggaran 3/4 cawan)
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovalette**
1 sudu kecil esen vanilla
filling blueberry/ strawberry/ apa-apa ikut citarasa yang disukai
pewarna
**Nama panggilan lain bagi ovelette adalah quick 75. Ia berwarna oren atau kuning dan teksturnya seperti gel.Ovalette merupakan pengemulsi atau penstabil yang digunakan untuk membuat kek span dan dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek.
**sudu kecil = sudu teh
**filling ialah inti bagi apam.

Cara-cara penyediaan apam polkadot
1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.
2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.
4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).
6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).
7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.
8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.


cantik kan..?
cute kan..?
 tak sabar nak balik buat..!


 

Search This Blog