Friday, April 20, 2012

pengalaman praktikum 1 bhgn 4

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

ok sekarang tika nak kongsi lak pengalaman tika hari pertama masuk kelas.
bukan seluruh p&p la.
tika nak cite yang permulaan saje ..
macam mana tika ugut-ugut murid..
hihi..

 sebagai guru yang baru nak merasa mengajar,
saya dinasihatkan untuk menjadi garang.
bukan pe, 
bagi murid ada rasa hormat kat kita dulu.
bila murid takut baru kita lebih senang untuk kawal kelas kan.

jadi, 
sebelum praktikum lagi,
tika da plan awal-awal ape peraturan dalam kelas tika,
ape yang nak dibuat dan budaya yang macam mana mereka kena ikot.
dengan harapan murid boleh bagi kerjasama dan ikut apa yang diarahkan.
jadi, 
kat sini tika nak kongsi la peraturan apa n budaya yang macam mana
yang tika da tetapkan untuk kelas yang tika ajarkan.

  1. bila semua da sedia+diam, bg salam n bc doa.
  2. bila cikgu cakap, tiada sapa boleh cakap, kalau nak jugak, mai cakap kat depan ganti cikgu.
  3. bila nak tanya atau nak jawab soalan, angkat tangan, cikgu sebut nama baru jawab.
  4. pastikan atas meja kosong. (u elak murid main barang atas meja) bila diminta guna baru guna.
kalau peraturan-peraturan ni tak boleh diikut, cikgu akan denda. dendanya, pakaikan "kalung emas" (buat macam kad kuar masuk tuh, guna polistrin, lekatkan kertas yang da print "saya murid yang tidak mendengar arahan guru" 1, " saya murid yang nakal" 1, "saya murid yang malas" 1. letak tali rafea @ ape2 tali).  bila da pakaikan, cakap kat diorang akan letakkan diorang kat depan kelas, kalau masih xdengar kata, letak kat luar kelas, lau xdengar kata juga, akan masukkan diorang kat kelas abang-abang n kakak-kakak diorang sambil mengaku apa yang ada kat "kalung emas" tu.

alhamdulillah ugutan ini menjadi,
murid memang takut kalau dengar denda macam ni.
memandangkan tika bukan jenis yang reti nak tengking-tengking murid,
jadi dengan cara ni, 
alhamdulillah boleh mengawal kelas 80%.
tak perlu pakai suara pon kan,,
ok lah.
tapi ada jugak kekurangannya..
t tika cite kat bawah.

selain tu,
tika ada trademark sendiri.
haaa,,
ni tika rasa penting sangat.
sebab murid akan kenal kita,
dan dengan tradenark ni la mudah kita nak terapkan budaya lam kelas tuh.
macam tika,
lau murid hilang fokus,
tika akan minta murid menyanyi lagu.

tika akan sebut,
contohnya,
 5Ccccccccccc.
c tu panjangkan sikit,
nanti murid akan sambung nyanyi lagu kat bawah ni dalam melodi lagu tema KARTUN WONDERPETS"

murid sambung,

5c, 5c,  kami bersedia,
 untuk belajar dan berusaha,
kami nak pintar,
dan kami nak handal,
bila kami fokus,
semua jadi mudah,
yeahhhh 5c, yeahhh..

jadi lepas nyanyi, 
murid kena fokus la.

dan satu lagi,
 tika akan sebut,
5c, 5c, 5c,
murid akan sambung.

diam, diam, diam, 
kami perlu diam,
baru kami faham.

tapi biasa yang ni tika buat untuk individu murid yang hilang fokus, 
kacau kawan atau main-main.
tika tuka je 5c tu dengan nama murid,
contoh,
 cikgu akan sebut, 

ida,ida,ida,

nanti murid yang namanya ida akan sambung,

diam, diam, diam, 
saya perlu diam,
baru saya faham.

jadi, lepas ja sebut, ida kenala diam,
kalau tak,
tika akan angkat kalung emas.
(biasanya bila tika angkat ja kalung tu, diorang trus diam dah)

alhamdulillah,
boleh kata berhasil jugak la cara ni.
jadi kat sini tika nak tekan kan,
kita kena betol-betol garang masa hari mula-mula kita masuk kelas.
macam tika,
tika xreti nak garang, 
jadi tika banyak guna cara gini.

tapi, tapi, TAPIII..
kena ingat tau,
sekarang sebagai guru kita da tak leh buat apa-apa da kat murid.
walopon marah atau denda berdiri sekali pon.
itu dianggap mengaibkan murid.
hemmm..
ha ni la keburukkan cara tika ni.
sebab denda gitu dianggap mengaibkan da,
padahal macam tu je kan.
tapi apa boleh buat,
kita kena lah ikot arahan orang-orang atas..

jadi, cube elakkan untuk buat denda-denda semua tuh,.
kita hanya boleh mengugut murid supaya ikot je la..
insyAllah, 
walaupun xleh jadi garang, bila kita tegas,
murid boleh dengar kata kita.


p/s: semoga perkongsian pengalaman ni berguna la untuk yang bakal berpraktikum nanti-nanti.
walopon pengalaman sangat la sikit, 
tapi boleh da kongsi-kongsi kan..
hihi.
yang mana boleh guna tu leh share,
yang mana rasa trok tu,
jangan diambil.
k...




tika jadikan lagu wonderpet sebagai trademark nak ngaja. anda bagaimana??hikhik


 
 

pengalaman praktikum 1 bhgn 3

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥



malam ni tika sangat bosan,
bukan sebab tak de kerja,
banyak je yang nak dibace,
nex week dah exam KOAM..
ape kah KOAM??
Kursus Olahraga Amatur Malaysia..
sebagai guru, kena la amik ni kan.
senang, nanti dah ngaja nak jadi refri ke tau da nak wat pe.
ye tak??
hihi..
harap-harap la kan.
tapi, susah la KOAM ni.
yang da rase tau la kan.

k da merapu,
bebalik pada tajuk entry.
tika nak kongsi pengalaman pertama tika berpraktikum.
jika sebelum ni, tika dok tampal gambar jekkkk,
ari ni nak luah perasaan lak sikit..
hihi..

mula-mula nak praktikum,
nerves yang amat.
ape bende pon kalau yang pertama kita akan nerves kan.
sama la ni pon.
tapi yang syok nye, 
berminggu-minggu sebelum tarikh yang sepatotnya lagi, 
tika da nerves..
yang da rasa tau la..
hikhik.

tapi kan, 
bila da lame kat sekolah ok sangat.
suka lagi ada.

hari pertama, 
bangun punya awalllll..
batch tika ramai, 200 lebih orang guru pelatih, 
so satu sekolah dalam 8-10 orang guru pelatih.
sekolah tika 8 orang.
4 orang daripada kami ada kenderaan sendiri.
macam tika dan 3 orang kawan tika terpaksa la mengupah pemandu peribadi.
ahakkkk..
pemandu peribadi a.k.a pakcik teksi la..
hihi..

ok, 
ari pertama tu,
5.30 a.m da bangun, 
siap-siap dan 6.30 lagi da pegi skolah..
haa..awai tak awai???
jejak je kaki kat dalam sekolah, 
dada dup dap dup dap.
biasa la hari isnin,
ada perhimpunan kan.
murid-murid semua tertumpu pada kami yang berjalan masuk.
 mata mencari-cari papan tanda yang tertulis pejabat.

dengar da murid-murid dok bisik-bisik,
cikgu baru cikgu bau.
masa tu, 
perasaan bercampur baur..
nak kata takut, 
bes jugak sebab dapat perhatian gitu,
hihi,,
tapi nerves.
da la  cari xjumpe..
pusing pusing cari pejabat las-las jumpa.
padahal dekat ja,
kami ja pusing kot jauh.
haha..

pengalaman berdepan guru besar sebagai majikan kita la kan kali tuh.
sebelum ni, 
pbs ja,
p sekolah pon dok goyang-goyang kaki ja.
kali ni nak kena ngaja,
memang lain rasanya.

bila da diberi taklimat sikit,
rasa takut + nerves dah mula hilang sikit demi sikit.
tambah-tambah pengurusan sekolah yang sangat mesra alam la katakan..
hihi..
syukur sangat dapat praktikum kat sekolah macam ni.

lepas da diberi guru pembimbing,
dapat jadual kelas,
tika n kawan-kawan pusing-pusing sekolah
hari mula-mula ni memang rasa macam pbs sikit.
tapi ok la.
sebab dengar dari kawan kat sekolah lain,
semua da sibuk da.
alhamdulillah sekali lagi..

hari pertama dapat relief kelas darjah 2.
wah..
ni sudah baik..
sebelum betol betol ngaja,
kena blaja cara kawal kelas.

haiyyooooo..
excited nya mereka menerima guru baru.
hihi..
diorang ok,
tapi kita kena pandai kawal kelas,
macam biasa,
bila relief nyanyi-nyanyi sikit,
tapi masih masukkan unsur p&p la kan.
minta murid baca dan eja perkataan.
yang mana perkataan tak faham,
tika terangkan.
kadang-kadang ada masa tak terkawal juga.
ok takpa, 
tika jadikan ini sebagai cabaran,
blaja lagi sebelum di"observe".

ok stakat ni dulu la ea.
 ada kije jap,
jap g tika sambung untuk pengalaman yang seterusnya.
insyallah lau ade lebih masa, 
nanti ika kongsi cara kawal kelas,,
ecece..
cam pro dah,
hihi..
tak la,
ni daripada pengalaman kannn.


cikgu tika ngah marah ni! tolong diam!

p/s: thanks yang sudi baca 
 

pengalaman praktikum 1 bhgn 2

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥

hanya ingin menampal pic-pic praktikum fasa 1sebagai kenangan diari ini..
itu saja motif entry ini.
hihi..

murid 5 Anggerik, yang cikgu tika sayangi..ceria semuakan?

bila diberi latihan menulis, semua khusyuk, bagus!  inipun sebab perlu dihantar segera kannn...

latihan kebakaran,,mati rentung la murid lau betul-betul berlaku ni..haha

bagus..!teruskan usaha anda..hihi

anis adriana: cikgu sini la cikguuu..haha..cikgu xsempat lari la sayang.

wat peace sume..

da sempat lari, camera lak senger,,sory dear azween, sem depan kita amik pic banyak-banyak lagi yer..hihi

dannn..
inilah yang terjadi bila cikgu suke sangat snap pic sendirikkk..haha
 
time tunggu cab pon jadikk..haha

lam bilik guru pon jadikkk..

bilik guru lagi..hahaa

dan ini paling teruk, time murid lambat masuk klas pon leh jadik jugakkk??hihi

thanks sudi melayan entry kosong ini..
hihi..


 

mural=guru praktikum

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥


hihi..
sape stju ngan tajuk entry ni sile angkat kaki..
haahaa..

ok, 
ni salah satu aktiviti sepanjang sebulan berpraktikum di sk majidi bahru,
saya buat kerana ikhlas ok.
tettttt..
ikhlas ke?
ikhlas..
ikhlas ke tak jom tengok hasil nye dulu k.
hihi..

cam ne? ok x???
 hihi..
ikhlas ke tak ni?
ikhlas tau, 
berpanas berhujan nak siapkan mural ni.
nampak cam patriotik sangat tak?
haha.
sebenanye, memang kami diarahkan untuk hiaskan dinding galeri sejarah ni.
lupe nak gitau,
setiap sekolah mulai tahun ni wajib ada galeri sejarah, 
jadi inilah tugas kamu dapat.
guru-guru lain pon dapat jugak,
bukan kami saja ok.
jadi, adil lah kan..
hikhik..

untuk mural ni, 
tika buat dengan rakan-rakan praktikum.
tika lukis n warna untuk peta malaysia,  bangunan tu, n bunga raya..
untuk bangunan kat bawah tu, lukis je,
kawan-kawan warnakan.
yang lain, kami sama-sama buat.

alhamdulillah, walaupun tak sepenuhnya,
kami sempat siapkan jugak la kan, 90% siap.
tahniah untuk semua..hihi

jom usha pic tengah ngaler jom..
ape tengok-tengok?hihi.muke penat.

letih n bosan jugak warna ni.

sebelah kanan galeri sejarah

juga sebelah kanan galeri sejarah

thanks kerana layan ini beloggg..
=))

 

Search This Blog