Showing posts with label praktikum fasa 2. Show all posts
Showing posts with label praktikum fasa 2. Show all posts

Sunday, October 7, 2012

i love dancing..(*,*)

as salam and welcome..♥

weekend ni totally weird.
tika tak balik rumah suami.
so,
memang bosan tahap gaban.
oh bahasaku.
huhu.
nanti tak pasal kena komen lagi.
huahuahua.. 
sekali saya mengingatkan pembaca sekalian, 
blog saya hanya sekadar diari hidup saya,
walopon kekadang ada juga pengisian
tentang tugasan dan subjek yang dipelajari.
sekian.=)
sebab saya bosan,
saya tak habis-habis mencari motif dan point untuk 
ditepek dalam diari saya ini.
ok, sekarang saya da dapat.
berbalik pada tajuk entry.
tika sangat suka menari.
siriesly.
dengar muzik je mesti badan nak ikut goyang,
mak cakap turun arwah moyang dulu,
yang pernah bekerja dengan orang istana kelantan.
tak tau la cite tu betul atau tak.
kalau mak tipu tika,
maksudnya tika tipu korang.
dua kali tipu,
ohh.
sudahh! terus pada tajuk please.. =)
ari tu tika ada post entry tentang tika ajar menari kat skts.
da tika pernah cakap tika pernah masuk menari.
ari ni nak tepek gambar la.
takut tak percaya kan.
hihi.
ni masa tadika kemas alor star. lagu ulik mayang. tika no 2 dari kanan korang. yes y rambut pendek tu.hihi

masih lagu yang sama.
ni masa darjah 3, lagu arab.tajuk tak ingat. tika sebelah kiri korang.

ni masa darkjah 2.lagu dikir puteri, Noraniza Idris. tika baju biru, y blakang tu.
sama macam yang atas .

ni lak masa darjah 5. tika baju biru muda paling kiri. sory pic ni kabur sikit.
sama macam yang atas-atas tadi. lagu arab, darjah 3.
 so terbukti tak cikgu tika suka menari?
i love dancing..(*,*)
 
las pic.
cikgu tika ngan cikgu alia.
siapkan penari-penari cikgu.
huhu

Sunday, September 23, 2012

tarian lodeh mak lodeh versi saya


as salam.
lame nya tak update blog.
kerajinan tiada, sekadar datang menjengah sahaja.
hemm.
ape pon,
tika dah habis menjalani praktikum fasa 2.
alhamdulillah.
walaupun banyak suka duka semasa praktikum kali ni,
tapi perkara yang paling tika puas hati,
pada hari terakhir berada di sekolah kebangsaan taman suria.
berbalik pada tajuk entry.
agak menyampah membacanya.
kahkah.
walaupun sedar,
tapi tetap mau post dengan tajuk ni jugak.degil. (*,*) 
 sebenarnya,
tika ade masalah sikit semasa praktikum 2 ni.
malam ni kalau ada kerajinan tika update tentang masalah tu.
sebab masalah tu,
tika berpeluang mengajar murid-murid tarian lodeh mak lodeh.
opppsss.
bukan tarian lodeh mak lodeh.
tapi tarian dengan iringan lagu lodeh mak lodeh.
entahla tika pon tak pasti tarian pae yang sesuai nak dispesifikan tarian yang tika ajar ni.
ada kata zapin.
tapi tika rasa bukan.
sebab kalau zapin memang tika tak pandai pon.
sekolah akan buat karnival kokurikulum pada 22.9.2012.
sempena dengan karnival ni la,
ada pertandingan tarian, lakonan, action song,
bual bicara, dan nasyid.
kebetulan masa dekat sekolah,
tika terlibat dengan kelab kebudayaan,
jadi cikgu kelab ni minta tika ajarkan tarian,
kebetulan cikgu yang sepatot ajar perlu latih murid lain untuk action song.
menggunakan pengalaman yang ada,
tika menyambung ape yang dah cikgu tu ajar.
sebenarnya,
cikgu tu, atau tika panggil kak lin,
dah ajar hampir separuh tarian.
tapi sebab da hampir sebulan,
murid da lupa.
dalam masa tiga hari.
tika terpaksa ajar dari awal balik.
nasib baik,
tika ada idea.
dan ada sikit pengalaman masuk persembahan dan pertandingan tarian zaman sekolah dulu.
tika masuk masa tadika lagu ulik mayang,
darjah 1 lagu dikir puteri,
darjah 2 lagu arab,
darjah 5 lagu siti, tak ingat tajuk,
sekolah menegah tak ingat tingkatan berape tapi ade la masuk.
dekat maktab ada jugak masuk tarian tahun lepas masa ade pertandingan teater muzikal.
boleh la cedok ape yang ada untuk ajar budak.
dalam masa tiga hari,
tika memang betul-betul semangat nak murid ingat semua step.
mula-mula,
tika ajar separuh-separuh dengan harapan setiap penari tika tu,
mesti buat gerakan dengan sharp dan cantik.
sekali dekat2 hari terakhir tu,
ade banyak lagi step belum ajar,
jadi terpaksa minta murid ingat step saja,
asal diorang boleh buat sampai habis lagu.
kemas atau cantik belakang kira da masa tu.
pasal pakaian pulak,
kak lin ade sediakan pakaian untuk setiap penari.
tapi mula-mula tika tengok macam tak sesuai.
jadi tika masuk sendiri stor muzik,
macthing sendiri ape yang patot.
malam sebelum pertandingan,
tika g cari aksesori untuk penari perempuan.
mulanya,
tika teringin nak cucuk bunga-bunga.
tapi,
kedai banyak da tutup.
jadi tika beli ja apa yang ada,
tika beli cekap warne biru, ade rame-rame kaler silver.
nasib baik murah.
rm1.50.
terpakse keluarkan duit sendiri.
takpe leh simpan dan guna untuk murid lain lak nanti.
hihi.
lepas da beli,
tika rasa macam tak match kalau pompuan ade aksesori kat kepale tapi lelaki xde.
dah la kaler biru,
baju da match warne pink.
so,
tika amik inisiatif,
lukis bintang atas kertas biru dan gunting.
letak dekat songkok.
hasilnya,
memang awesome.
xde yang puji.
tapi dari respon cikgu-cikgu,
tika faham memang idea yang menarik.
kiki.puji sendiri.
suke!.
pagi kat sekolah,
sebelum pertandingan,
tika isau sangat.
tika lak yang nerves lebih.
semua tika yang handle kan.
memang la nerves.
lepas mintak murid salin baju,
tika pakai kan sampin,
pakai kan serempang,
yang pompuan,
nak kene ikat balik rambut walaupon mmg pakai tudung,
maklumla budak sekolah rendah belum reti melawa.
kene betulkan tudung, 
then,
make up n touch up sikit.
tika xberani nak make up tebal sebab sayang kulit budak-budak ni
suci lagi.
tak de jerawat.
kang kene make up ni abis muke.
hihi.
tika just make up bagi menyerlah sikit je la.
laki pakaikan lipbalm sikit.
tu pon menjerit marah.
sory anak murid cikgu.
xde niat nak tukarkan jantina awak pon,
sekadar bagi nampak berkilat sikit je.
sory-sory.
alhamdulillah, 
sebelum giliran diorang,
tika sempat curi-curi minta diorang berlatih.
geram jugam kat sesetengah cikgu yang  marah,
padahal giliran kami lambaaatttttt sangat lagi.
bia la,sifat dengki sentiasa ada dalam diri manusia.
masalahnya,
orang lain buat latihan boleh,
tu je motif geram.
huhu.
masa giliran diorang,
tika dok depan-depan,
bagi semangat,
cakap kat diorang buat yang terbaik macam praktis,
kalau tak ingat,
jangan panik,
teruskan step seterusnya,
ikut kawan sebelah,
yang paling bes,
masa pertandingan tu,
diorang senyum je,
dan ade sikit-sikit je yang xkemas,
alhamdulillah sekali lagi.
awak memang tak malukan cikgu.
betul orang kata kalau kita ajar dengan ikhlas,
dengan bersungguh hasil kita dapat walaupun tak la sehebat penari profesional,
tapi tika puas,
kami juara,
dan ada cikgu yang selalu ajar tarian sekolah dah merisik 3 4 orang penari tika.
syukran.
tika mesti teruskan minat tika ni di sekolah lain.
.........
senyum lebar.!
latihan tiga hari sebelum karnival
latihan sehari sebelum karnival
muka-muka nerves menanti giliran. ;)
saat-saat kemenangan. kebetulan cikgu tika sendiri di atas pentas.
yeyyy..kami juara..btw xcukup sorang lagi. dan bintang pon da tercabut. bila namenya budak. hem..

 kenangan paling manis di sk taman suria.
thanks semua yang beri kerjasama pada cikgu.
=)
 
 

Tuesday, August 14, 2012

iftar geng bujang sk taman suria

as salam and welcome..♥

alhamdulillah..
sempat jugak join iftar bersama cikgu-cikgu bujang sk taman suria.
bess..
makin rapat la hubungan kami sekeluarga.
ececece.
hihi.
sebelum ni tak banyak cakap,
bila da join event gini,
jadi makin rapat,
kami berbuka dekat anjung warisan,
buffet berhampiran hutan bandar johor bahru.
cantik tempatnya.
macam berada di kampung.
 kami boleh pilih nak duduk atas kerusi or bersimpuh saja.
ade bahagian main angklung.
tapi masa kami pegi xde yang mainkan,
teringin nak g sentuh tapi segan.
hihi.
ape pun,
jom tengok pic kitorang..












ok,,
da puas tengok?
sume bujang-bujang ni.
ada yang berkenan?
lau ada, gitau la.
tapiu da available kot sume nya.
hihi
ok, last but not lis..
pic tuan tanah la..comey x comey x? haha..gedik kan.. leya nye kije edit2 pic ni.tq leya..muahh3..hihi



 

Thursday, August 2, 2012

cerita praktikum 2 part 2

as salam and welcome..♥

tika rasa la kan,
praktikum kali ni,
tika lebih tahu  macam mana nak kawal kelas berbanding sebelumnya.
memang betul orang kata,
pengalaman mengajar erti hidup.
ececeeeeee,
haha.
tapi serius.
sekarang tika lebih tahu macam mana nak mesra dengan murid.
macam mana nak dekati murid yang pasif,
macam mana nak biasakan diri panggil murid dengan istilah 'sayang',
macam mana nak tarik minat murid yang tak fokus, 
yang paling penting tika lebih selesa dengan kanak-kanak sekarang ni.
sebelum ni,
tika tak pandai nak rapat dengan murid.
alhamdulillah.
bila masuk kelas ja,
murid suka,
kadang-kadang murid request suruh masuk kelas.
bes katanya,
boleh main-main, belakon, nyanyi-nyanyi, dan tengok video.
memang la bes sebab korang tak suke belajar kan.
hihi.
tapi rasanya memang sume guru praktikum disukai dan digemari murid.
kannnn.
pengalaman tika kat sekolah taman suria ni,
kebanyakkan murid suka sangat aktiviti berlakon.
tak malu pulak tu.
boleh pulak simulasi secara spontan.
tapi,
ada yang tak besnya.
kebanyakkan kelas yang tika ajar,
tahap dan aras akademik diorang rendah.
so sangat terhad untuk tika lakukan aktiviti kemahiran berbahasa terutama menulis.
kebanyakkannya boleh membaca,
tapi bab menulis lambat..banyak kesalahan dan selalu lari je daripada soalan yang tika sediakan.
stress jugak fikir soal ni.
nak tak nak,
terpaksa merendahkan aras objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang.
kena banyakkan aktiviti lisan seperti yang diorang suka,
terutama bab lakonan,berpantun,bersajak dan bercerita.
oh,
sebut pasal berpantun,
tika sangat teruja dengan seorang murid yang tika ajar.
baru tahun 4 tapi mahir mencipta pantun.
bagi sahaja apa tema,
pasti boleh buat.
ayat dia pon bes-bes.
macam yang dah sekolah menengah da.
tika pon rasa tahap tika sama ja dengan dia.
hebat la dak Haikal ni.
ok nanti tika sambung cerita lagi...
;)

 

cerita praktikum 2 part 1

as salam and welcome..♥
 
lamanya tak update blog.
ok sekarang tika update.
ecece..
macam sempat sangat nak update time praktikum ni.
praktikum 2 adalah praktikum yang paling hebat dugaannya.
dah tanya senior pon.
diorang pon kata gitu..
dalam masa dua bulan,
13 kali observe dari pensyarah dan guru pembimbing perlu dijalankan.
memang agak terkejar-kejar dan memenatkan.
 sampai minggu ni,
dah dua kali observe.
satu pensyarah dan satu oleh guru pembimbing.
memandangkan tengah bulan ramadhan,
jadi dugaannya lagi la banyak.
letih,
dengan banyak pakai suara.
panas pulak tu sekarang ni.
apa pon yang berlaku,
hidup perlu diteruskan.
so,
enjoy,,!

 

Tuesday, June 26, 2012

sk taman bukit kempas

as salam and welcome..♥

 tika baru balik mandi hujan.
oyeaaahhh.
basah lencun satu badan.
tadi pegi kua makan dengan klasmate, 
ain dan ika.
tengah kami discuss pasal sekolah praktikum,
farhana junior satu blog, 
datang tegur kat kedai makan tuh.
kebetulan dia kata nak g bayar broadband kat kempas.
so dia ajak tika g cari sekolah tu.

rupanya ada dua sekolah yang ada nama kempas tu.
satu sk kempas,
dan satu lagi,
sk taman bukit kempas.
sk kempas dekat jugak la dengan maktab.
kalau sekolah ni,
memang dok lam maktab ja pon da untung.

sekali cari sk taman bukit kempas.
mak aihhhhh..
jauh derrrr..
dah macam kat ujung jb dah rase.
boleh kata sekolah tu dok kat jalan mati la.

nak g sekolah tu,
farhana kata ada lam 20km.
20 km tu jauh ke tak ea?
tapi tika xde transport.
memang rasa jauh.
dan lagi jauh dari sekolah dulu.
omg.
brape la sari nak tambang kat pak cik teksi ni?
dah kalau pegi balik.
darab dengan dua bulan..
mak aiiiiiiii...
oh no..
pengsan la gini..
help me.

wahai klasmate,
tolong la bersimpati.
kalian kan ada transport.
kereta tak pon motor.
g la korang jauh sikit.
jangan fikir diri sendiri boleh tak?
stress tau fikir!
 

praktikum fasa 2-1

as salam and welcome..♥

sk bukit kempas.
tapi lom dapat kepastian penuh lagi ni.
aduyai,
betul ke  ni?
jauh ke dekat sekolah ni?
lau kempas tu,
memang la dekat-dekat je dok rase.
lau la jauh,
kena dok luar la.
menyewa luar?
huh.
mana nak cari rumah sewa?
duit sewa rumah?
ahhhhhh..
sape la memandai tentukan sekolah ni.
bukan ke sem lepas
bagi pilihan sekolah?
damn!
 

Search This Blog