Showing posts with label psv. Show all posts
Showing posts with label psv. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

bidang 3 - MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

as salam and welcome..♥


1. Pengenalan
Membentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.

2. Kandungan
Tajuk ini disediakan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik membentuk dan membuat binaan. Semua hasil karya dalam unit ini adalah berbentuk tiga dimensi.

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.

Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin, tanah liat, tepung dan papier mache.

3. Alat dan Bahan
Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

4. Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan
Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

4.1 Teknik Picitan
4.2 Teknik Lipatan
4.3 Teknik Potongan
4.4 Teknik Cantuman
4.5 Teknik Pembungkusan
4.6 Teknik Guntingan
4.7 Teknik Luakan

5. Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat Binaan
Terdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami.

Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.

5.1 Arca Timbul
Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.
5.2 Arca Mobail
Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.
5.3 Arca Stabail
Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.
5.4 Asemblaj
Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.

5.5 Model
Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.
5.6 Diorama
Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.

5.7 Boneka
Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.
5.8 Topeng
Mewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan.
5.9 Origami
Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.


 

contoh RPH PSV- bidang membentuk dan membuat binaan

as salam and welcome..♥ 

 CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Tarikh                                      :           4 Oktober 2011

Matapelajaran                          :           Pendidikan Seni Visual
Tahun 2                                   :           6 Cerdas
Jumlah Pelajar                         :           30 orang
Bidang Kegiatan                     :           Membentuk dan Membuat Binaan
Jenis Kegiatan                         :           Membentuk dan Membuat Binaan dengan kaedah cantuman pencungkil gigi
Isi Kandungan                                   
            - Tema                         :           Perabot Rumah
            - Tajuk                         :           Katil Comel Adikku
Kemahiran                               :           3.1.3 Memerhati bentuk, benda-benda alam, dan buatan manusia untuk memahami fungsinya.
3.2.2 Meneroka dan memastikan kesesuaian ciri-ciri bahan dan alat untuk menghasilkan rekaan     3.3.2 Mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan sesuatu objek.
3.4.1 Berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat olahan bahan, unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan.

Objektif Eksplisit                    :           Pada akhir pembelajaran murid-murid dapat:
1.  Menyebut empat contoh perabot di rumah dengan betul.
2. Menggunakan alat & bahan  yang sesuai dengan betul untuk membuat binaan model katil  kadar  siap  80%.
3.  Menceritakan aspek-aspek seni yang terdapat pada penghasilan binaan model katil dengan betul.
Penerapan Nilai                       :           Sabar dan tekun.
Penggabungjalinan                  :           Kemahiran Hidup
KBKK                                                :           Mencetus idea, menganalisis
Bahan Bantu Mengajar           :           Komputer riba, carta, dan nota guru.
Bahan Bantu Belajar               :            Lembaran kerja, Model katil.
Alat,Bahan,Media                   :           pisau, gunting, cotton bud, pencungkil gigi, gam kasut.
Pemulihan                               :           Menjarakkan susunan antara pencungkil gigi
Pengayaan                               :           Membuat kemasan untuk model katil yang dihasilkan.



Isi Kandungan
Aktiviti P & P
BBM
Catatan/Lakaran
Guru
Murid
Set Induksi
(5 minit)
- Permainan Teka Kata.






-Sesi soal jawab
a.  Di antara jawapan yang diberikan, yang manakah yang berbeza?
b.  Mengapakah kerusi berbeza?
c. Adakah kerusi tergolong dalam kategori alatan elektrik?
1. Guru membahagi kelas kepada tiga kumpulan.
2. Guru meminta  wakil dari setiap
    kumpulan tampil  menjawab soalan.
3. Guru memberi pujian kepada
    kumpulan yang menjawab dengan    betul..
4. Guru menjalankan sesi soal jawab:

-           Apakah peralatan yang berbeza antara kesemua jawapan yang diberikan. (Kerusi)

-          Mengapa kerusi berbeza daripada jawapan lain?    (Kerusi merupakan perabot, manakala yang  lain adalah peralatan elektrik)

1. Murid membentuk tiga
    kumpulan
2. Murid tampil ke
    hadapan untuk
    menjawab Teka Kata.
3. Kumpulan yang menjawab dengan betul mendapat pujian.


- Teka Kata










KBKK:
Mencetus idea
Mengkategori
Menganalisis





Langkah 1
(15 min.)
1. Pengenalan

2. Mencari & berkongsi
    maklumat

Isi Penting

i.      Maksud membina.
ii.     Teknik-teknik membina.
iii.   Contoh-contoh  perabot.

Aras 1

Menyebut empat contoh perabot di rumah.




3. Mempamerkan dan
    menerangkan carta
    langkah





4.  Tunjukcara

1.1     Guru memperkenalkan tajuk
2.1     Guru membahagi kelas kepada 3
        stesyen – a, b, c
2.2   Guru memberi tugasan mencari
        dan mencatat maklumat pada
        lembaran kerja  dan menggunakan
        resos yang disediakan di setiap
        stesyen.
2.3    Guru  meminta wakil dari setiap
        stesyen membaca jawapan
        lampiran  kerja dan pelajar-pelajar
        lain mencatat jawapan di lampiran
        kerja yang berkenaan
2.4 Guru menghuraikan maklumat yang diberikan oleh murid.


3.1   Guru mempamerkan carta langkah

3.2     Guru meminta murid-murid
        membaca carta secara inividu,
        berkumpulan
3.3     Guru menerangkan langkah-langkah penghasilan.

4.1 Guru menunjukcara penghasilan
         Model Katil Bayi
1.Murid-murid mendengar
   dan melihat bbm yang
   ditunjukkan.
1. Murid-murid bergerak ke
    stesyen.
2. Murid-murid
   menggunakan resos dan
   menjalankan  tugasan
3. Wakil dari setiap  stesyen
    membaca dan ,murid- 
    murid lain mencatat.







1.Murid-murid melihat bbm
   yang ditunjukkan.
2.Murid-murid membaca
   carta langkah

3..Murid-murid mendengar
   dengan teliti.

1. Murid melihat tunjukcara
    guru dengan teliti.
- Stesyen A
Resos A – Pautan internet dan  bahan fotostat – Komputer riba (Maksud membina)
- Stesyen B
Resos B Peta minda ( Teknik-teknik penghasilan dalam bidang membina)
- Stesyen C
Resos CKomputer riba (Jenis perabot)
1. Lampiran kerja(Guru)
  2. Lampiran kerja (Murid)



-Carta Langkah




Pencungkil gigi.
Kemahiran:
3.1.3



Gabungjalin: Kemahiran hidup





Strategi:
Kemahiran ICT


* dilampirkan



Langkah
2
(30 min.)
Aktiviti Penghasilan
Produk


Aras 2

Menghasilkan model katil dengan teknik binaan.




Aras 3

Melengkapkan peralatan pada model  katil.


1.Guru meminta murid membahagi enam kumpulan.

2. Guru meminta murid membentuk
   kumpulan kerja dan mengeluarkan
   alat dan bahan

3.Guru meminta murid membuat binaan model perabot (katil) dengan pencungkil gigi.


1. Murid membentuk
    kumpulan kerja dan
    mengeluarkan alat &
    bahan
2. Murid membina model perabot katil.



Bahan fotostat bergambar topi, kertas untuk templat, pensil warna / krayon, pisau/ gunting
-Penerapan nilai: Kerjasama, Ketekunan,
Kesabaran

Kemahiran:
3.3.2
Strategi:
Masteri

*Aras rendah


*Aras tinggi
-guru menyelia dan
  membimbing
  murid di semua
   aras
Strategi : BCB

Pengayaan
Pemulihan

Langkah 3
(5 min.)
Apresiasi
1. Guru memilih beberapa hasil kerja
    murid, menjalankan apresiasi dan
    menjalankan sesi soal jawab:
    a. Diantara semua hasil kerja berikut,
        yang manakah yang paling cantik?
        Yang manakah kurang menarik?
    b. Mengapakah A lebih cantik?


    c.  Mengapakah C kurang menarik?
1.A- paling cantik
   C- kurang menarik

A.


A : Bentuk – menarik
Susunan – kemas

C : Bentuk – menarik
Susunan – bengkang bengkok
Produk yang dihasilkan.
Menegaskan penggunaan bahasa seni visual.
Asas-asas Seni








Penutup
(5min.)
Rumusan

1. Guru meminta beberapa murid
    menyebut langkah-langkah 
    penghasilan produk.
2. Guru memberitahu alat & bahan yang
    diperlukan untuk minggu depan.
3.Guru meminta murid mengemas
    tempat

1. Beberapa orang murid
    memberitahu langkah-
    langkah penghasilan.
2. Murid mendengar dan
    mencatat.
    Murid mengemas tempat.


Kemahiran:
2.4.1



Nilai:
Kebersihan





 

Search This Blog