Sunday, October 7, 2012

tika ingin kongsikan modul BMM3112  yang tika ada dengan semua.
mungkin kadang-kadang ada antara rakan-rakan yang menggunakan wireless maktab atau mana-mana tempat, ada yang kene block, tika pernah rasa perkara yang sama.
jadi saya mengambil inisiatif untuk membantu rakan yang perlu. semoga ilmu ini dapat kita kembangkan bersama.

1- PENGENALAN
Pengenalan tentang asal-usul bahasa dan bangsa Melayu telah anda pelajari
dalam HMBL3703 Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu yang telah memperincikan
perkembangan bahasa Melayu dengan jelas. Dalam modul ini, topik 1 dan topik
2 merupakan imbasan kembali sejarah awal tersebut secara ringkas dan bagi
topik-topik seterusnya anda akan diperkenalkan kepada perkembangan bahasa
Melayu selepas merdeka, cabaran yang dihadapi, perancangan bahasa,
kemunculan sistem tulisan, perkamusan Melayu dan kaedah penterjemahan.
Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi kata
„Melayu‰. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan oleh ahli
sejarah. Apa yang dapat dilakukan ialah meneliti beberapa bukti yang dapat
dikaitkan dengan kata Melayu, iaitu catatan Cina yang menyatakan bahawa
sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja
Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada juga yang berpandangan bahawa
kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera yang diberikan namanya
berdasarkan sebatang sungai bernama Sungai Melayu. Satu catatan orang Cina

Topik1-Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan asas usul bangsa dan bahasa Melayu;
2. Mengenal pasti rumpun bahasa Austronesia dan keluarga bahasa
Melayu; dan
3. Menjelaskan bahasa Melayu Kuno dan Melayu Klasik.

2- TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
ialah seorang sami Buddha yang bernama I-Tsing menggunakan perkataan
tersebut apabila menceritakan tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya
sekitar tahun 675 Masihi. Dalam bahasa Jawa Kuno pula, perkataan „Mlayu‰
bermaksud berlari atau mengembara. Ini dapat dikaitkan dengan kedatangan
Indo-Melayu (Austronesia) yang dikatakan bergerak dari Yunan ke Tanah
Melayu.

Istilah Melayu dapat dilihat dari dua segi, iaitu pengertian yang sempit dan
pengertian yang luas (Asmah,1985:37). Bagi pengertian pertama, istilah ini
merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di semenanjung
Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut sebagai gugusan pulaupulau
Melayu, yakni pulau-pulau yang meliputi Indonesia hari ini. Pengertian
kedua??

Pada tahun 1972, pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi
merujuk kepada suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami
semenanjung Tanah Melayu, pantai timur Sumatera dan beberapa tempat lagi
yang berdekatan. Bahasa yang digunakan oleh penduduk di kawasan ini ialah
bahasa Melayu. Bahasa ini menjadi bahasa kebangsaan di Malaysia, manakala di
Indonesia dikenal pula sebagai bahasa Indonesia yang merupakan bahasa
kebangsaan di negara itu juga.

ASAL USUL BAHASA MELAYU
Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang
bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan
antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. Antara pengkaji yang terkenal
termasuklah R.H. Geldern, J.H.C. Kern, Wilhem von Humboldt, van der Tuuk,
Otto Demwolff, P.W. Schmidt, Brandstetter, William Marsden dan lain-lain.
Sarjana tempatan yang turut memberi sumbangan terhadap usaha ini ialah
Asmah Haji Omar, Amat Juhari Moain, Harun Aminurrashid, Ismail Hussien
dan lain-lain.

Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara
(kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para
pengkaji, iaitu R.H. Geldern, iaitu seorang ahli pengkaji prasejarah yang
mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan
kajian yang dibuat terhadap kapak tua (beliung batu) yang ditemui. Kapak tua
tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang,
Salween dan Yangtze yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di
kawasan Nusantara. Beliau menyimpulkan bahawa kapak tua di Nusantara itu
dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya
sekali.

3- TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Pengkaji seterusnya ialah J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga
mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Asia Tengah berdasarkan
persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang
terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Madagaskar, Taiwan,
beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati
bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu
Asia.
Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap
bahasa Melayu mendapati bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan
bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu
berasal dari Nusantara yang bermaksud bahasa Melayu itu bermula dari
Nusantara. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan
kelompok bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh para pengkaji, bahasa Melayu
didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga
rumpun utama: bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia (Rajah 1.1).

Rajah 1.1: Pembahagian Filum Austris
1.1.1 Keluarga Bahasa-Bahasa Austronesia
Perkataan Austronesia merupakan gabungan dua perkataan, iaitu austro dan
nesos. Perkataan w berasal daripada bahasa Latin, yang bermaksud selatan;
manakala perkataan nesos berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud
pulau. Oleh itu, istilah austronesia membawa pengertian „pulau-pulau selatan‰
(Asmah,1985:35). Istilah ini diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah
Malayo-Polenesia digunakan oleh Wilhem von Humboldt, ahli bahasa yang telah
mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara bahasa Melayu dengan bahasabahasa
di daerah Polinesia. Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang
tergolong dalam satu filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun
bahasa Austroasia dan Tibet􀄃China. Istilah rumpun digunakan bagi

4 - TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

menggambarkan sekelompok bahasa yang mempunyai tempoh masa antara
2,500 􀄃 5,000 tahun.
Rumpun bahasa Austronesia terbahagi kepada empat rumpun, iaitu bahasabahasa
di kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasabahasa
di Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori),
Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian dan New Caledonia), dan Mikronesia
(bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan Marianna) (Rajah
1.2).

Rajah 1.2 : Pecahan Rumpun Bahasa Austronesia
1.1.2 Rumpun Bahasa Melayu
Bahasa Melayu tergolong dalam keluarga Nusantara di bawah rumpun bahasa
Austronesia. Asal-usul bahasa Melayu adalah dari filum Austris. Filum Austris
terpecah kepada tiga rumpun bahasa yang besar iaitu rumpun Austroasia dan
rumpun Austronesia (dulu dikenali sebagai Malayo-Polinesia), dan rumpun
Tibet-China. Rumpun Austronesia pula dipecahkan kepada empat keluarga,
iaitu Indonesia (Nusantara), Melanesia, Mikronesia dan Polinesia (Rajah 1.2).
Dalam keluarga bahasa Nusantara terdapat kira-kira 200 hingga 300 bahasa.
Namun begitu, bahasa-bahasa tersebut dikelaskan kepada golongan tertentu
seperti golongan Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-Sasak, Muna-
Butung, Gorontalo, Tomini, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi selatan, Bima-
Sumba, Ambon-Timul, Sula-Bacon, dan Halmahera selatan-Irian Jaya. Bahasa
Melayu tergolong ke dalam kumpulan bahasa Sumatera.
Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur-penutur bahasa Melayu
berasal daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Mereka
datang dari daerah Yunan dan telah turun dalam dua gelombang pergerakan ke
wilayah Asia Tenggara. Golongan pertama disebut Melayu Proto yang datang
sejak tahun 2,500 sebelum Masihi. Tidak dijelaskan mengapa mereka berpindah.
Mereka tinggal di kuala-kuala sungai dan pantai untuk memudahkan kerja-kerja
TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 􀁗 5
mencari makan. Golongan kedua disebut Melayu Deutro yang datang kira-kira
dalam tahun 1,500 sebelum Masihi. Perpindahan mereka juga tidak dapat
dipastikan sebab-sebabnya. Melayu Deutro ini telah berpindah mengikut jalan
dan laluan yang dilalui Melayu Proto. Apabila sampai di selatan mereka
mendesak golongan pertama ke daerah pinggiran, ke hulu sungai, ke kawasan
gunung atau ke tempat-tempat yang terpencil, manakala Melayu Deutro tinggal
di kawasan tanah pamah, tanah rendah, lembah sungai dan di tepi laut.
Selain daripada itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu
berasal dari Tanah Besar Asia Tenggara. Pendapat ini didukung oleh pengkajipengkaji
Barat. H. Kern menyatakan bahawa penduduk di kepulauan Asia
Tenggara berasal dari Assam, di bahagian timur negara India. Beliau membuat
kesimpulan demikian lantaran terdapat persamaan-persamaan adat resam
beberapa suku di Sumatera dan Borneo dengan suku-suku di Assam seperti suku
Naga di India. Henry Yule pula berpendapat seperti J.R. Logan iaitu tentang
wujudnya persamaan adat resam antara penduduk-penduduk di daratan Asia
Tenggara dengan yang terdapat di kepulauan Melayu. Persamaan-persamaan ini
menunjukkan bahawa mereka adalah daripada keturunan yang sama.
Berdasarkan kajian-kajian ini boleh dikatakan bahawa penduduk-penduduk
kepulauan Asia Tenggara hingga ke Lautan Teduh berasal dari tanah besar Asia
Tenggara. Tetapi tidak dapat dipastikan dari mana. Ada yang mengatakan dari
Yunan, di barat daya negeri China; dari Assam, India; dari Asia Tengah; dan ada
juga yang mengatakan dari bahagian selatan tanah besar Asia Tenggara. Seorang
lagi sarjana yang membuat kajian perbandingan bahasa ialah Mees. Beliau
membuat kajian bertitik tolak daripada pembahagian oleh Schmidt dengan
sedikit perubahan dan data yang lebih perinci. Menurut Mees lagi, bahasa dan
dialek di Tanah Melayu tidak dapat tidak, mempunyai hubungan dengan bahasa
yang digunakan di pantai Timur Sumatera, iaitu bahasa Melayu. Malah, daerah
bahasa Melayu di luar Tanah Melayu merangkum kepulauan Riau, Palembang,
Kampar, Jambi dan Medan. Bahasa Melayu-Sriwijaya memperlihatkan sisa-sisa
tua daripada salah satu bahasa Austronesia berdasarkan prasasti yang terdapat
pada batu bersurat Talang Tuwo bertarikh 680 Masihi. Di bahagian utara pula,
terdapat kelompok bahasa Aceh, bahasa Batak seperti Karo, Toba, Simalungan,
dan Angkola-Mandiling, Nias, Mentawai, Minangkabau dan Lampung.

6 - TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang
kurang daripada 2,500 tahun. Berdasar Rajah 1.3, kita dapati bahawa keluarga
bahasa Melayu juga mempunyai pecahannya tersendiri. Kumpulan bahasa
Melayu Johor mempunyai induknya yang bermula daripada bahasa Melayu
Johor kemudian bahasa Melayu tengah sebelum ke bahasa Melayu induk yang
dikatakan berasal daripada bahasa Melayu Proto yang juga merupakan
kumpulan bahasa Austronesia.
Daripada keluarga Indonesia (Nusantara), bahasa Melayu terpecah kepada 16
subkeluarga atau bahasa, iaitu bahasa Filipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan, Bali-
Sasak, Gorontalo, Tomini, Toraja, Loinang, Bunku-Laki, Sulawesi Selatan, Muna-
Butung, Bima-Sumba, Ambon-Timur, Sula-Bacon, Halmahera Selatan-Irian Jaya.
Dalam subkeluarga Sumatera termasuk bahasa Aceh, Batak, Minangkabau,
Melayu, Nias, Lampung, dan orang Laut.

7- TOPIK 1 - SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Osman Omar (1961:3) mengatakan bahawa percabangan bahasa Indonesia begitu
tersebar luas kerana dikembangkan oleh suku bangsa yang seketurunan dengan
bangsa Melayu dan penyebaran ini terjadi disebabkan sifat semula jadi bangsa
Melayu sendiri sebagai ahli pelayaran dan perantau yang masyhur. Ciri-ciri pelaut
dan perantau bangsa Melayu ini mengakibatkan berlakunya dua pertembungan
penting pada induk bahasa Indonesia menjadi berbagai-bagai bahasa lain. Menurut
Asmah (1985) kawasan penyebaran bahasa-bahasa Indonesia dianggap sebagai
pusat keseluruhan kawasan Austronesia atas beberapa sebab. Antara lain, keluarga
bahasa ini melebihi mana-mana keluarga bahasa dari segi bentuk-bentuk
bahasanya. Malah daripada keluarga bahasa inilah terdapatnya bahasa Melayu,
iaitu bahasa yang pesat perkembangannya sehingga dijadikan bahasa kebangsaan
bagi negara Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam. Malah kerajaan yang
memerintah alam nusantara semuanya terdapat di kawasan Indonesia, misalnya
Kerajaan Sriwijaya-Melaka dan kerajaan Melayu-Johor.
Hal ini diperjelaskan oleh Ismail Hussien (1948:5) yang mengatakan bahawa
bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa
dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya yang amat sederhana dan
kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat
memenuhi keperluan semasa, maka jadilah bahasa Melayu sebagai satu bahasa
yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu. Ahli bahasa
membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada beberapa tahap, iaitu i)
bahasa Melayu Kuno, ii) bahasa Melayu Klasik, dan iii) bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar jumlahnya dibandingkan
dengan bahasa lain seperti bahasa Jawa atau bahasa Tagalog. Bahasa Melayu
Purba dikatakan wujud pada zaman prasejarah namun tidak ada bukti yang
bertulis pada masa itu. Perbincangan dalam modul ini lebih tertumpu kepada
perkembangan bahasa Melayu Kuno dan bahasa Melayu Klasik yang menjadi
asas kepada perkembangan bahasa Melayu Moden.
BAHASA MELAYU KUNO
Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit.
Bahasa Sanskrit dikatakan banyak mempengaruhi kosa kata dalam bahasa
Melayu. Bahasa Melayu Kuno melalui zaman kegemilangannya semasa berada
1.2
(a) Huraikan dengan ringkas sejarah asal usul kata „Melayu‰.
(b) Bincangkan konsep rumpun dan keluarga bahasa Melayu.
SEMAK KENDIRI 1.1

8 - TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
di bawah kerajaan Sriwijaya, kira-kira pada abad ke-7 hingga abad ke-13.
Kegemilangannya terbukti apabila bahasa Melayu mampu menjadi lingua franca
dan bahasa pemerintah. Kerajaan Sriwijaya berjaya menghasilkan bahasa Melayu
yang dipertuturkan oleh semua masyarakat sehingga bahasa Melayu menjadi
bahasa komunikasi di kepulauan Melayu, kepulauan Riau dan juga Sumatera.
Kewujudan bahasa ini dibuktikan melalui penemuan-penemuan batu-batu
bersurat seperti batu bersurat di Kedukan Bukit, Palembang (683SM); batu
bersurat di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M); batu bersurat di Kota Kapur,
Pulau Bangka (686M); dan batu bersurat di Karang Brahi, Jambi (686M). Batu
bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832M) ialah batu bersurat yang pertama
ditemui menerima pengaruh tulisan Nagiri.
Rumpun ini merupakan keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari abad
ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua franca.
Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan Riau dan
Sumatera. Kepentingannya sebagai bahasa lingua franca kerana sifatnya yang
sederhana dan mudah menerima pengaruh asing, tidak terikat kepada perbezaan
susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding
dengan bahasa Jawa. Bahasa ini banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit
yang banyak menyumbang kepada pengayaan kosa kata bahasa Melayu.
Pengaruh Sanskrit kuat akibat kaitannya dengan agama Hindu, kedudukannya
sebagai bahasa golongan bangsawan dan hirarkinya yang tinggi. Ciri-ciri bahasa
Melayu Kuno dapat dilihat berdasarkan butiran yang berikut:

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO
1. Banyak kata-kata pinjaman Sanskrit
2. Susunan ayat bersifat Melayu
3. Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno (Contoh: bulan - wulan)
4. Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh dengan - dngan atau dangan)
5. Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno (contoh: berlepas-marlapas)
6. Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu Kuno (Contoh: diperbuat - niparwuat)
7. Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h (Contoh:
sukhatshitta)
8. Huruf h hilang dalam bahasa moden (Contoh: semua-samuha, saya: sahaya)
Tulisan yang digunakan merupakan tulisan yang berasal dari India seperti
Devanagiri dan Pallava. Tulisan ini dikatakan pengaruh tulisan India seperti
Jawa Kuno dan tulisan Kawi. Ini didapati pada prasasti dengan banyaknya
pengaruh kata pinjaman Sanskrit yang berkait rapat dengan pengaruh
kebudayaan India dan agama Hindu. Bahasa Melayu Kuno tidak mempunyai
pengaruh bahasa Arab baik dari segi kosa kata atau tulisan. Bahasa Melayu

9 - TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Kuno ternyata disebarkan pada zaman beberapa buah kerajaan lama seperti
kerajaan Campa dan empayar Funan di Vietnam Tengah dan selatan, Thailand
tengah dan selatan, kerajaan Sailendra di Pulau Jawa dan empayar Sriwijaya
yang terdapat di Sumatera Utara, Pulau Jawa dan Tanah Semenanjung hingga
ke Segenting Kra. Anda boleh meneliti semula perincian tentang bahasa Melayu
Kuno dalam modul HMBL 3703 Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu sebagai
ulang kaji untuk pemahaman yang lebih jelas.

BAHASA MELAYU KLASIK
Menurut Awang Sariyan, bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam
periodisasi bahasa Melayu, sesudah bahasa Melayu Purba dan bahasa Melayu
Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir
pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan
Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah
Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan langsung kedatangan agama
Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai dengan kemunculan
prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan 1303 Masihi.
Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab
berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti bahasa Melayu Klasik banyak
terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri
Sembilan, Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini
juga ditemui di Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan
Aceh.
Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa
oleh agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara
banyak mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu ketika itu terutama dari
aspek kosa kata, struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan bahasa Melayu Kuno
kepada bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu
bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama
yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan
rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula mempunyai sedikit perbezaan dengan
batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya. Bahasa Melayu Klasik dikatakan
mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di bawah kerajaan Melaka,
Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan tersebut pernah menjadi

1.3
Perihalkan perkembangan bahasa Melayu Kuno berdasarkan tulisan
Ismail Hussein (1966) atau Darwis Harahap (1992).
AKTIVITI 1.1

10 -  TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan perkembangan Islam dan
seterusnya bahasa pada ketika itu.
Kemunculan bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu
Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di
beberapa buah negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua
ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis
yang bertarikh tahun 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab
AqaÊid al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H). Terdapat juga manuskrip lama lain
seperti Tutinameh (1600), Hikayat Seri Rama (1633), surat Raja Aceh kepada Harry
Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Aceh
kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan bahasa
Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada masa itu.
Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan.
Kebanyakan data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang
sebenar. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas
kepada tiga sahaja, iaitu i, a dan u (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun
demikian dapat diandaikan bahawa bahasa Melayu klasik mempunyai enam bunyi
vokal sebagaimana yang terdapat dalam bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i,
o, dan u. Dari segi bunyi konsonan pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan
bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam bahasa Melayu Moden.
Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang jelas menggunakan huruf „ra‰ dalam
bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir tertutup
menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam
bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi
diftong dalam bahasa Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi.
Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan
dalam bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses
morfofonemik, penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam
bahasa ini memanfaatkan empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk
yang sama rumusannya dengan bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat
pasif.

Ciri-ciri bahasa Melayu Klasik ialah
􀄆 Ayat yang panjang dan berbelit-belit
􀄆 Banyak ayat pasif
􀄆 Menggunakan bahasa istana
􀄆 Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul dan sebagainya

11 -  TOPIK 1 - SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
- Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti
sebermula, alkisah, hatta, adapun dan sebagainya
- Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel pun dan lah
Kajian Asmah haji Omar tentang kitab ÂAqaiÊid al-Nasafi, iaitu teks tertua bahasa
Melayu menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata bahasa
Melayu asli. Kata pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan
Sanskrit. Terdapat juga penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi
dalam bahasa Melayu Moden, iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakian dan
seumpamanya.

Gaya bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya
bahasa Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat
songsang. Hal ini disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang
jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga
menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan pada zaman
tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang
berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan
penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan
inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan
bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai
bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan, historiografi, sastera,
perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu Klasik juga
mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.
Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama
khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam,
dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam bahasa Melayu Klasik
ialah ÂAqaiÊid al-Nasafi. Kitab ini membicarakan tentang hakikat kejadian benda,
kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan ilmu, teori cakerawala, hakikat
Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik awal bidang ilmu
yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam bahasa
Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa ilmu.
Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau
Syamsudin al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli
ilmu dari luar Alam Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal
dengan karya prosa seperti Asrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-
Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal
ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair
Perahu.

12 - TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya
tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Klasik juga memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan
munculnya tulisan Jawi yang digunakan secara meluas di Alam Melayu.
Peranannya juga penting sebagai asas kepada pembentukan bahasa baku,
konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai jenis laras bagi
memulakan transformasi ciri budaya yang penting.
- Sejarah perkembangan bahasa Melayu perlu dilihat dari sudut etimologi
kata „Melayu‰. Asal usul perkataan ini sebenarnya masih belum disahkan
oleh ahli sejarah.
- Catatan Cina yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu
mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645
Masihi.
- Pertubuhan UNESCO telah memilih istilah Melayu bagi merujuk kepada
suku bangsa yang berbahasa Melayu yang mendiami Semenanjung tanah
Melayu, pantai timur Sumatera, dan beberapa tempat lagi yang berdekatan.
-Bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara
(kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh
para pengkaji, iaitu R.H. Geldern dan J.H.C. Kern.
-Dalam kajian ini istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok
bahasa yang menjangkau lebih 5,000 tahun. Berdasarkan kajian yang telah
dilakukan oleh para pengkaji, bahasa Melayu didapati tergolong dalam
(a) Jelaskan perkembangan bahasa Melayu Kuno dan hubungannya
dengan penemuan batu bersurat.
(b) Huraikan dengan ringkas ciri-ciri bahasa Melayu Kuno
berdasarkan batu bersurat yang ditemui.

SEMAK KENDIRI 1.2
Jelaskan kesignifikanan bahasa Melayu Klasik sebagai asas kepada
perkembangan bahasa Melayu Moden.
AKTIVITI 1.2

13-TOPIK-1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
 filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama, iaitu
bahasa Austroasia, Tibet-China dan Austronesia.
-Istilah rumpun digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang
mempunyai tempoh masa antara 2,500 - 5,000 tahun. Rumpun bahasa
Austronesia terbahagi kepada empat cabang, iaitu bahasa-bahasa di
Kepulauan Melayu (Nusantara), bahasa-bahasa Polinesia (bahasa-bahasa di
Hawaii, Tonga dan New Zealand iaitu di kalangan bangsa Maori),
Melanesia (bahasa-bahasa di Fiji, Irian, dan New Caledonia), dan
Mikronesia (bahasa-bahasa di kepuluan Gilbert, Carolina, Marshall dan
Marianna).
-Istilah keluarga digunakan bagi menggambarkan sekelompok bahasa yang
kurang daripada 2,500 tahun. Kumpulan bahasa Melayu Johor mempunyai
induknya daripada bahasa Melayu Johor kemudian bahasa Melayu tengah
sebelum ke bahasa Melayu induk yang dikatakan berasal daripada bahasa
Melayu Proto yang merupan kumpulan bahasa Austronesia.
-Bahasa Melayu Kuno keluarga bahasa Nusantara dan berkembang dari
abad ke-7 hingga abad ke-13 sebagai bahasa pentadbiran dan bahasa lingua
franca. Penuturnya terdapat di semenanjung Tanah Melayu, kepulauan
Riau dan Sumatera.
-Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir
pada abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya
kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-
Pasai di bawah Sultan Malikul Salih.
-Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya
semasa berada di bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau
-Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama
khususnya bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang
Islam, dan tasawuf. Karya agama yang tertua dihasilkan dalam bahasa
Melayu Klasik ialah ÂAqaiÊid al-Nasafi.
-Dari segi sejarah, bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya
tersendiri. Bahasa ini dikatakan sebagai titik bermulanya bahasa Melayu
Moden.

14 -TOPIK 1 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
Asal usul bangsa Melayu
Bahasa Austroasia
Bahasa Austronesia
Bahasa Melayu Klasik
Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu Purba
Batu bersurat
Filum
Keluarga bahasa
Konsep Melayu
Manuksrip lama
Prasasti
Rumpun bahasa
Surat lama

-Asmah Haji Omar. (1985). Susur galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
-Kamarudin Husin et al. (1997). Pengajian Melayu 1. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman.
- Dr. R. Soekmono. (1992). Pengantar sejarah kebudayaan Indonesia I dan II:
Yogyakarta: Kanisius
- Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Malaysia Pub. & Distributors.
- Nik Safiah Karim et al. (2004). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
- Awang Sariyan dipetik daripada Ensiklopedia kebudayaan Melayu (1998)
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

i love dancing..(*,*)

as salam and welcome..♥

weekend ni totally weird.
tika tak balik rumah suami.
so,
memang bosan tahap gaban.
oh bahasaku.
huhu.
nanti tak pasal kena komen lagi.
huahuahua.. 
sekali saya mengingatkan pembaca sekalian, 
blog saya hanya sekadar diari hidup saya,
walopon kekadang ada juga pengisian
tentang tugasan dan subjek yang dipelajari.
sekian.=)
sebab saya bosan,
saya tak habis-habis mencari motif dan point untuk 
ditepek dalam diari saya ini.
ok, sekarang saya da dapat.
berbalik pada tajuk entry.
tika sangat suka menari.
siriesly.
dengar muzik je mesti badan nak ikut goyang,
mak cakap turun arwah moyang dulu,
yang pernah bekerja dengan orang istana kelantan.
tak tau la cite tu betul atau tak.
kalau mak tipu tika,
maksudnya tika tipu korang.
dua kali tipu,
ohh.
sudahh! terus pada tajuk please.. =)
ari tu tika ada post entry tentang tika ajar menari kat skts.
da tika pernah cakap tika pernah masuk menari.
ari ni nak tepek gambar la.
takut tak percaya kan.
hihi.
ni masa tadika kemas alor star. lagu ulik mayang. tika no 2 dari kanan korang. yes y rambut pendek tu.hihi

masih lagu yang sama.
ni masa darjah 3, lagu arab.tajuk tak ingat. tika sebelah kiri korang.

ni masa darkjah 2.lagu dikir puteri, Noraniza Idris. tika baju biru, y blakang tu.
sama macam yang atas .

ni lak masa darjah 5. tika baju biru muda paling kiri. sory pic ni kabur sikit.
sama macam yang atas-atas tadi. lagu arab, darjah 3.
 so terbukti tak cikgu tika suka menari?
i love dancing..(*,*)
 
las pic.
cikgu tika ngan cikgu alia.
siapkan penari-penari cikgu.
huhu

Search This Blog