Wednesday, October 31, 2012

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu (nota ringkas)

salam perkongsian ilmu..

nota ringkas mengikut yang saya ulangkaji untuk peperiksaan semester ini.semoga membantu.

Tajuk 2- Fitur Makna dalam Bahasa Melayu
a.Sifat makna
b.Kelas makna
c.Lewah dalam makna

a.Sifat makna
makna bersifat dinamis dan evolusi.
dinamis-boleh berubah-rubah
evolusi-boleh berkembang

terdapat beberapa ciri yang menentukan sesuatu makna;
1.pilihan : ungkapan yang dihasilkan mesti dipilih mengikut kesesuaian,jika tidak ungkapan tersebut adalah tidak bermakna.
2.budaya : budaya masyarakat penutur berkait rapat dengan bahasa kerana hanya mereka yang memahami budaya masyarakat penutur dapat bertutur secara betul melalui konteks budaya.
3.konteks : makna juga ditentukan bergantung kepada situasi dan perasaan penutur semasa menyampaikan sesuatu ungkapan itu.
4.makna dalam peribaha : makna dalan peribahasa (kiasan/simpulan bahasa/pepatah dll) digunakan bagi membawa makna yang berbeza daripada makna asal.

terdapat beberapa faktor perubahan sifat makna ;
1.perkembangan bahasa itu sendiri.
2.tanggapan penutur
3.perluasan makna
4.pembatasan/penyempitan makna
5.tujuan simbolik dan stilistik

b.kelas makna

1.makna denotasi ; makna tersurat (cth-tangan,muka,hidung ;semuanya anggota badan)
2.makna konotasi ; makna tersirat (cth; bunga kemboja; kematian)
3.makna emotif ; makna yang belaku akibat reaksi induvidu daripada apa yang didengar (cth;hei,lembu!)
4.makna kognitif ; makna yang boleh dijelaskan melalui analisis komponen (pohon;tumbuhan yang ada batang,daun serta kukuh dan tinggi)
5.makna referensial ; makna yang merujuk pada sesuatu benda/perkara 
6.makna piktorikal ; makna yang muncul daripada bayangan pendengar/penutur mengikut kefahaman masing-masing.

c.lewah dalam makna

lewah bererti penggunaan kata/gabungan kata yang berlebihan dengan makna kata.
contohnya seperti :
-mereka semua
-kasut boot
-papa kedana
-demi untuk

terdapat beberapa faktor berlakunya lewah dalam makna;
1. pengulangan
-mereka-mereka
-ibu bapa-ibu bapa

2.penambahan imbuhan yang tidak diperlukan
-memperbesarkan, sepatutnya memperbesar
-dipersetujui, sepatutnya disetujui
-diperhalusi, sepatutnya dihalusi

3.kata sendi yang berturut-turut
-demi untuk
-selain daripada itu



`semoga membantu'

5 comments:

  1. salam

    tima kasih info nih. boleh saya tau awak dalam bidang bahasa melayu ke? boleh saya contact untuk nak bertanya lebih lanjut pasal isu semantik makna ni ke? boleh contact saya at delinn1612@yahoo.com

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog