Wednesday, October 31, 2012

Tajuk 3- Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu (nota ringkas)

salam perkongsian ilmu.

Tajuk 3- Makna Leksikal dalam Bahasa Melayu 

makna leksikal ialah makna sesuatu kata itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dalam ayat).
untuk memudahkan pemahaman, makna leksikal boleh dianggap sebagai makna kamus; makna kata yang diperolehi daripada kamus. terdapat beberapa bahagian makna leksikal dalam tajuk ini untuk subjek BMM3111 iaitu:

a.sinonim dan antonim
b.hiponim dan homonim
c.polisem

a.sinonim dan antonim

sinonim membawa maksud kesamaan makna perkataan iaitu kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama bentuk kata tersebut berbeza.

terdapat empat jenis sinonim iaitu:
1.sinonim pinjaman- contohnya kata [batas] dalam dialek kedah ialah timbunan tanah yang dijadikan sempadan petak-petak sawah manakala maksud kata ini dalam bahasa melayu boleh juga diertikan sebagai 'had' seperti frasa 'batas pergaulan'.
2.sinonim konteks- perkataan yang sama maknanya tetapi dalam konteks yang berbeza bentuk kata yang berbeza digunakan. contohnya [undang] digunakan dalam konteks tulisan manakala [jemput] digunakan dalam konteks lisan.
3.sinonim laras sosial-perkataan yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza mengikut peringkat atau status. contohnya perkataan [penyanyi] dan [biduan] mempunyai maksud yang sama tetapi [biduan] bermaksud penyanyi yang mempunya 'status' yang lebih tinggi dalam profesion seni suara.
4.sinonim kolokasi- maksud yang hampir sama maknanya.contohnya [ramai] dan [banyak].

antonim bererti pertentangan makna kata atau kata-kata yang mempunyai makna yang berlawanan. 

terdapat tiga jenis antonim iaitu:
1.antonim pasangan komplemen-pasangan yang melengkapi satu sama lain.contohnya tidur-jaga, hidup-mati, sihat-sakit.
2.antonim hubungan darjat/antonim berperingkat- contohnya seperti besar-kecil,tebal-nipis,panjang-pendek.
3.antonim berhubungan- kata berlawanan yang mempunyai makna setara.contohnya seperti beri-terima,jual-beli,majikan-pekerja.

b.hiponim dan homonim

hiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. hiponim juga bermaksud kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus.
contohnya:
bunga - melur
          - orkid
          - kekwa
          - anggerik

homonim pula merujuk kepada hubungan antara kata. hiponim juga bererti dua kata atau lebih yang mempunyai bunyi atau ejaan yang sama tetapi berlainan makna.

terdapat dua jenis hiponim iaitu:

1.homofon- kata yang sebutannya/bunyinya sama tetapi berlainan maksud. contohnya [mereka] boleh membawa erti bagi kata ganti nama orang dan juga boleh bererti kata perbuatan/kerja mencipa sesuatu.

2.homograf- kata yang ejaannya sama tetapi berlainan maksud. contohnya [sepak] boleh bererti tendang dan juga tampar.

c.polisem

polisem ialah kata yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual ataupun sedarjah.

faktor kata mempunyai banyak makna ialah:
1.keadaan semula jadi (polisem tulen)
2.konteks (polisem konteks)

contohnya polisem ialah seperti kata [bisa]-boleh/sakit sangat
contoh seterusnya kata [tentang] - lawan/kata bantu yang membawa maksud berkaitan sesuatu perkara

'semoga membantu'

7 comments:

  1. Right here is the right webpage for anybody who would like to find out
    about this topic. You know a whole lot its almost
    tough to argue with you (not that I personally would want to…HaHa).

    You certainly put a brand new spin on a topic which has
    been written about for ages. Great stuff, just excellent!
    Feel free to surf my blog post - free moving estimate rochester

    ReplyDelete
  2. terima kasih, sekurang kurangnya dapat membantu, nak duduk exzam nie...huhuhu

    ReplyDelete
  3. sama2.semoga membantu anda.gudlark exam.,.

    ReplyDelete
  4. ada bibliografi x?

    >><<

    ReplyDelete
  5. ni ringkasan yang saya buat untuk exam dulu2.
    saya rujuk sebuah buku yang digunakan di IPG ni. bukunya ada kat rumah tak pasti buku 1 or 2 sebab 2'2 ditulis oleh org y sama kalau xsilap.tapi rasanya yang ni.
    Siti Hajar Abdul Aziz, (2008). Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, Selangor Darul Ehsan : Oxford pelajar SDN.BHD.
    kalau nak lebih kepastian cuba rujuk mana-mana pelajar BM IPG.rasanya semua guna buku sama.maaf entry ni dah lama.dulu-dulu tak tau tentang kptgn bibliografi, jadi bnyk entry yang nak sertakan biblio.maaf.

    ReplyDelete
  6. nota ringkas, tapi padat, org yg tak belajar linguistik tapi berminat dengan bahasa pun boleh faham. terima kasih. semoga sejahtera.

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog