Friday, October 29, 2010

MAB-bab 1

ALAM BELAJAR

1.K
ONSEP ALAM BELAJAR

-DEFINISI
-keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.

-ASPEK2 ALAM BELAJAR

1 -fizikal
  1. persekitaran fizikal rumah, prasarana tempat tinggal, kemudahan dan kelengkapan yang tersedia di sekeliling kanak-kanak menjadikan mereka terdedah atau sebaliknya kepada perkembangan mreka secara positif atau sebaliknya.
  2. persekitaran fizikal bilik darjahdan sekolah seperti lokasi sekolah, kemudahan dan kelengkapan sekolah serta bilik darjah memberi pengaruh yang berbeza kepada murid.Contoh cara penyusunan bilik darjah: a.gaya auditorium b.gaya bersemuka c.gaya off-set d.gaya seminar e.gaya kluster.
  3. fizikal bahan bantu belajar juga turut mempengaruhi pembelajaran murid,guru perlu memberi perhatian terhadap susun atur bahan bantu belajar sama ada mahu diletakkan di sudut bacaan atau di papan kenyataan sebagai paparan. Di sini kekreatifan guru untuk menarik perhatian murid dalam pembelajaran akan teruji.
2 -psikososial
  1. iklim bilik darjah - persekitaran sekolah dan bilik darjah yang mengutamakan hubungan, layanan, pemenuhan keperluan dan perkongsian dalam pelbagai aspek akan membentuk persekitaran pembelajaran kanak-kanak yang memberangsangkan.
  2. kepimpinan guru - keupayaan guru menguruskan hubungan di dalam bilik darjah, penyediaan rutin bilik darjah, pelaksanaan peraturan bilik darjah secara adil serta bahasa dan bentuk komunikasi dan interaksi yang diamalkan merupakan satu perkara yang penting yang akan membawa kepada pewujudan persekitaran psikososial yang membantu pelajaran.guru juga boleh menjadikan Hieraki Keperluan Maslow sebagai rujukan dan panduan dalam memenuhi keperluan kanak-kanak.
  3. faktor2 yang mempengaruhi psikososial:
1. nada suara yang sesuai
2.saling berbudu bahasa
3.suasana yang kondusif
4.tingkahlaku yang diterima

3 -komuniti pembelajaran
  1. definisi- sekumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar.
  2. ciri2- a. kolaborasi sesama murid melalui pembelajaran koperatif b. penglibatan murid dalam pengalaman berkolaborasi bersama rakan sebaya c. sumber jaringan akademik dan sosial d. fokus kepada pembinaan pengetahuan dan hasil pembelajaran. e. keahlian f. pengaruh g.memenuhi keperluan individu h. berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan.
  3. pendekatan yang boleh digunakan guru adalah seperti : a.berorientasikan teori pembelajaran konstruktivitis (murid2 diberi peluang untuk membina makna melalui interaksi sesama mereka serta dengan persekitaran di mana mereka berada.) b. berpaksikan pembelajaran berkolaboratif dan aktif dalam bilik darjah c. berfokuskan kepada pembelajaran sebagai satu proses sosial di mana interaksi atau hubungan antara interpersonal dititikberatkan. d. bertumpu kepada rangkaian pendidikan antara sekolah dan komuniti.
2.PENGALAMAN BELAJAR KANAK-KANAK

PENGALAMAN LANGSUNG
-
DEFINISI: - belajar melalui proses membuat, mengalami atau melalui sendiri apa yang hendak dipelajari.berpegang kepada prinsip eksperiental.antaranya termasuklah pendidikan luar, kerja lapangan, amali, proses pembelajaran berasaskan kumpulan, lawatan sambil belajar, drama, dll.

KAEDAH2:
  1. belajar dengan sendiri - pembelajaran yang berlaku hasil refleksi ke atas pengalaman seharian ( pendidikan informal)
  2. belajar melalui pengajaran guru - guru yang merancang segala aktiviti p&p supaya murid memperoleh pengalaman berdasarkan p&p yang dijalankan.
PRINSIP2:
  1. kanak2 secara semula jadi mempunyai kekuatan daya ingin tahu dan berkeupayaan untuk belajar secara langsung tentang dunia sekitarnya.
  2. kanak-kanak mengetahui dengan sendirinya cara belajar sesuatu
  3. kanak2 tidak takut mengaku tidak tahu dan berani membuat kesilapan.
  4. kanak2 mempelajari nilai2 instrinsik dalam perkara yang dipelajari mereka.
  5. kanak2 belajar paling baik tentang dunianya melalui pengalaman langsung.
  6. kanak-kanak memerlukan jumlah masa senyap yang banyak untuk berfikir.
3.PERANAN DAN KEPENTINGAN BERMAIN DALAM PROSES PEMBELAJARAN

DEFINISI: - main adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi instrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik. ( Fromberg)
- aktiviti yang bermotivasi instrinsik serta menyeronokkan kepada individu yang berkenaan dan matlamatnya adalah penglibatan dalam proses berbanding pencapaian hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

MENGAPA perlunya BERMAIN??
  1. meluahkan idea, perasaan dan emosi
  2. tenang dang beriadah
  3. menggunakan tenaga yang berlebihan
  4. menyediakan diri kepada tahap seterusnya termasuk alam dewasa
  5. belajar menyelesaika masalah yang pelbagai
  6. melibatkan pembelajaran merentasi tiga domain iaitu kognitif, sosial, dan psikomotor.
  7. membudayakan proses pembelajaran
  8. pembentukan jati diri, ketrampilan dan nilai murni
KEPENTINGAN:
  1. fizikal - kemahiran psikomotor iaitu motor kasar, motor halus, koordinasisi mata-tangan, pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dapat dibina.
  2. sosioemosi - kanak-kanak belajar berinteraksi dengan org lain secara positif, beljar manghormati hak orang lain, mengambil giliran, berkongsi alatan serta melayani keperluan orang lain.
  3. kognitif - aktiviti main dapat meningkatkan perkembangan kemahiran bahasa, kecekapan sosial, kreativiti, imaginasi, dan kemahiran berfikir murid-murid.
KATEGORI2 MAIN:
  1. main sosial - main solitari, gabungan, selari, pemerhati, dan koperatif.
  2. main kognitif - fungsian, konstruktif, dramatik, fantasi dan main yang berperaturan.
CIRI2 MAIN:
  1. bermotivasi instrinsik
  2. berfokus kepada fungsi
  3. berubah-rubah merentasi situasi dan jenis kanak2 yang terlibat
  4. tidak bermatlamat
  5. berlaku di tempat yang selamat dan kondusif
  6. mempunyai kesinambungan
buku murid dan alam belajar ( choong lean keow PhD)
dan
buku murid dan alam belajar (noriati a.rashid, boon pong ying, sharifah fakhriah syed ahmad)

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog