as salam and welcome..♥
pengalaman mendengar dan pengalaman merasai sendiri,
adalah dua perkara yang jauh berbeza..
simpati dan empati..
simpati itu apa?
apa pula empati?
cuba buka kamus dewan,
cari sendiri definisinya.
dengan mendegar sahaja,
belum tentu kita dapat rasai keperitan/kegembiraan/kesedihan,
yang dialami seseorang,
tetapi,
dengan lalui sendiri kita akan tahu,
dan sedar tentang sesuatu hal yang sebenar.
jangan cuba tunding jari pada saya,dia, kamu, mereka,
kalau tidak rasainya sendiri.
jangan fikir semua orang sama.
jangan nilai orang dari luaran,
kemudian kita hukum dia,dia dan dia.
kaji asal usul dia.
kaji apa yang pernah terjadi pada dirinya,
tentu ada sebab dan musabab kenapa dia begitu.
jangan mudah hukum orang.
cuba tilik diri sendiri,
sudah cukup baguskah kita?
sudah cukup hebatkah kita?
adakah di sekeliling kita ini,
semuanya menyukai kita?
adakah dengan apa yang kita ada,
kita sudah mampu mempengaruhi mereka?
cukupkah dengan itu semua,
untuk kita rasa yang kita ini betul.
janganlahhhh..
tolonglahhhh..
tika,
fikir juga pada diri anda,
ukur baju pada diri sendiri.
jangan salahkan orang lain,
dan jangan juga salahkan diri sendiri.
habis mahu salahkan siapa???
diri sendirikah?
dia kah?
ibu yang mengandungkah?
bapa yang memberikah?
haaaaahaaaaaaaa..ini lucu!
pernah dulu,
ada seorang murid katakan pada saya,
cikgu, bila kita tunding satu jari pada orang lain,
empat jari menunding pada diri kita.
saya mengiakannya.
lalu saya menjawab,
masakan pokok bergoyang jika tiada penyebabnya,
tentu angin yang goncang.
dijawabnya pula,
cikgu, macam mana jika ada monyet yang goncang?
kan itu juga adalah penyebabnya,
bukan tiba-tiba saja ia bergoncang sendirinya.
tersengeh-sengeh murid itu.
bila direnung balik,
tika tak mahu salahkan siapa-siapa,
cukup sekadar ingatkan diri sendiri,
sekadar bersabar,
muhasabah diri.
betulkan persepsi.
dalam dunia ini,
jangan terlalu rapat dengan mereka,
yang tiada pertalian darah dengan kita.
bila terlalu rapat,
mungkin mengundah masalah,
bukan apa,
tersilap kata,
terluka di dada.
hidup perlu berkawan,
jangan terlalu berlebihan.
hidup perlu bergaul,
jangan sampai tersasul.
silap perhitungan,
membawa padah.
silap perbuatan,
membawa masalah.
jadi diri kita yang sebenar,
jangan bersikap hipokrit.
jangan pandai mengampu sahaja,
jangan hanya menggunaka sesiapa untuk kepentingan sahaja.
ingat itu tika..
No comments:
Post a Comment
my ♥,,,