as salam and welcome..♥
saat ini,
hatiku tiada keruan,
kenapa ada juga manusia-manusia di sekelilingku
yang berperangai sebegini??
adakah mereka tidak punya perasaan?
tidak punya rasa simpati?
tidak pernah mengerti?
atau,
aku yang tidak pernah mengambil peduli!
aku yang keras hati!
yang sentiasa fikirkan diri sendiri!
tanpa mengikutkan perkara yang pasti!
tapi,
aku pasti,
tentu aku ini puncanya juga,
yang tidak pernah melihat kekurangan diri,
sehingga mereka mendiskriminasi,
antara aku,dia,kamu, dan mereka,
walaupon sebenarnya kita semuanya sama,
egois sentiasa menguasai kita,
tidak mahu mengalah,
cuba tegakkan apa yang disalah,
cuba pertahankan apa yang dibantah,
hingga antara kita menjadi rebah,
berpecah,
berbalah,
dan akhirnya tiada sebarang noktah.
-----------------------
Ya Allah,
Kau permudahkan segala urusanku.
Kau kuatkan hatiku.
Kau tunjukkan aku kebenarannya.
Ya Allah,
jika ini adalah yang terbaik buatku,
aku redha,
aku terima dengan hati yang rela,
Ya Allah,
Kau bukakan hati-hati mereka,
Kau lapangkan dada mereka,
Kau positifkan minda mereka,
jadikanlah mereka,
orang-orang yang Engkau redhai,
orang-orang yang Engkau lindungi,
perbuatannya,
kehidupanya,
fikirannya,
percakapannya,
begitu juga untuk diriku Ya Allah,
aku mohoh Engkau kuatkan aku,
jadikan aku orang yang penyabar,
tidak pendedam,
aku mohon padaMu Ya Rabbi..
amin..
No comments:
Post a Comment
my ♥,,,