Saturday, July 28, 2012

kad kawen lagiiii

as salam and welcome..♥

 okay kali ni
tika ade rase 3 rasa.
haha.
amende la kan tika ni.
geram+marah+sedih+suka.
geram sebab kad kawen yang dijanjikan siap awal tapi lambat siap.
marah sebab kene marah dengan mak la..haha
sedih..ye la da lambat,sedih la takut tak sempat edar.
suka..akhirnya siap jugak kannn.
huhu.
ok semalam da pos balik ke kg dan ke shah alam dah separuh.
dan ari ni busy melipat kad
dan jugak masukkan dalam sampul.
letih jugak rupenye.
ape pon.
perlu berkejar kejaran mengedar kad la pulak dik oii.
ok sesape nak kad leh bagi alamat kat fb tika ea..
salam..
 

praktikum fasa 2-sk taman suria

as salam and welcome..♥ 



alhamdulillah hari ni hari yang ke 8 kita berpuasa..
dah hampir nak berbuka untuk hari ke lapan ramadhan ni.
lame tak update blog.
al maklum la praktikum fasa 2 da start.
dan kali ni,
2 bulan la tika kat sekolah
 hari tu tika bising sal dapat skolah jauh kan,
alhamdulillah sekali lagi,
tuhan tentukan tika dan nurul dapat tukar sekolah
sk taman suria.
memang dekat ja dengan maktab.
hari first,
kami bertolak kol 6.30 lagi.
naik teksi.
bila balik,
alhamdulillah lagi,
pok li atau juga salah sorang kawan yang satu maktab dan praktikum sekali ngan
kami offer untuk tumpangkan kami.
syukur..
banyak betul perkara yang Allah tentukan tanpa tika 
sendiri sedar.
Dia dah tentukan jalan hidup kita elok je kan.
kalau ada masalah tu,
anggap sebagai dugaan.
ssekarang tika faham.
Dia bagi sedikit kesulitan di awalnya,
namun sekarang tika dapat yang lebih baik.
semoga praktikum di sk taman suria kali ni
lebih baik dari sebelumnya.
amin.
 .
 

Saturday, July 21, 2012

last ramadhan

as salam and welcome..♥

las ramadhan.
huhu.
las ramadhan bergelar cik atiqah ok..
huhu.
nak kate excited x jugak,
letih jugak nak kawen rupanya.
macam-macam kene fikir.
dan pada hari pertama di bulan ramadhan ni,
saya DEMAM!
ayoooookk.
sape la punya kije ni sampai demam tika.
haha.
ni mesti sebab banyak sangat fikir kan.
seriusly sangat sakit kepala.
badan tak panas,
tapi  nafas, muka dan kepala rasa macam panas sangat.
macam bahang api ade depan muka.
mata berair jek.
nak makan ubat taknak kan.
nasib ko la tikah.
huhu.
saya takut makan ubat.
eh ye ke?
huhu.
yap it's true.
ini la jawapan untuk yang bertanya.
saya pasti ada yang bertanya sebab memang dia da tanya pon before.
huhu.
oh ni la entri selepas hampir dua minggu menyepi.
busy dengan pembikinan drama Cerita Seorang Abang.
diadaptasi cerpen Puan Maskiah Masrom.
ok nanti tika cerita sikit sinopsis cerita tu ea.
solat yok...
=)
 

Wednesday, July 11, 2012

barang hantaran

as salam and welcome..♥

 alhamdulillah..
elaun da masuk.
so tika pon boleh la beli barang-barang hantaran.
sangat hepi.
yeyy..
huhu..
antara barang hantaran yang dah dibeli:
1. sunglasses RAYBEN
2.tshirt+seluar
3.belt+wallet
4.fondant cake (booked)
5.set deodorent (din yang nak, tika nak kasi set perfume die xnak..jimat,huhu..)
6.baju melayu (dah tempah jahit)

 yang belum tinggal sikit 4 je lagi.
  
7.cincin+sireh
8.buah
9.coklat

buah dan coklat nanti lepas raya la baru beli kan.
so tinggal cincin je la lagi..
alhamdulillah..
ade rezki nak setelkan semua ni tanpa minta bantuan sape-sape
walaupun masih belajar..
..winkwink..

untuk tika plak,
din beli dah beberapa barang jugak la.

1.handbeg +purse
2.set pencuci muka simplysiti
3.fondant cake (booked)
  
dan yang tak beli lagi.

4.gelang
5.buah
6.kasut
7. sireh
 
die xpe la ramai sponser..
uwaaaa...jelesnye..
untung adik beradik ramai,
nanti nak bernak ramai-ramai la..
hahaha

sekarang tunggu kete din tengah repair je nak gi beli lagi 
semua siap-siap..
nanti makin lama duit lam tangan ni,
makin cepat la lesap..
huhu..

 

MODUL BMM 3109 - MORFOLGI BAHASA MELA

as salam and welcome..♥

 TAJUK 1
MORFOLOGI BAHASA MELAYU

SINOPSIS


Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:
·               Konsep Morfologi
·               Bentuk kata Bahasa Melayu
·               Golongan kata Bahasa Melayu

Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain dalam kumpulan yang sama. Kesimpulannya, morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Abdullah Hassan (2006) : Morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep bentuk ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukkannya. Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri. 

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju – baju.

Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:
1.            menjelaskan konsep Imbuhan.
2.            menjelaskan jenis-jenis Imbuhan.
3.            menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK


Rajah 1.2 Kerangka Tajuk


1.0         KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan, menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu


1.1 Definisi Imbuhan
Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan?
Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi.
Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.
Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa konsep yang baharu.

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan
Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada bahasa asing.  
1.2.1   Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu
Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.


































































































1.2.1.1 Awalalan
 Imbuhan yang diletakkan di awal perkataan (sebelum kata dasar) dalam pemakaiannya. Misalnya ter-, ber-, me-, men-, mem-, meng-, meny, pe-, per-, di-, se-, ke-, dan lain-lain. Misalnya ber- dalam ber+jalan dan di- dalam di+ambil,

1.2.1.2 Akhiran
Imbuhan yang ditambah pada bahagian belakang kata dasar (sesudah kata dasar) dalam pemakaian. Misalnya –kan  dalam jalan+kan  dan  -i  dalam akhir+i.
1.2.1.3 Apitan
Imbuhan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam ke+cantik+an dan di-.....-i dalam di+ikut+i,
1.2.1.4 Sisipan
Imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Sisipan terbahagi kepada empat iaitu er-, el-, em- dan in-. Misalnya –el- dalam t+el+unjuk, -in- dalam s+in+ambung,-er- dalam s+er+uling  dan –em-, dalam g+em+uruh.
1.2.1.5 Morfem Kosong
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.
1.2.1.5 Fleksi
Tidak Wujud dalam bahasa Melayu.

1.2.2  Imbuhan-imbuhan Pinjaman dalam bahasa Melayu
Umumnya, dapat dibahagikan unsur-unsur imbuhan asing ini kepada tiga kumpulan mengikut asal imbuhan-imbuhan tersebut. tiga kumpulan ini ialah : 
1.2.2.1 Imbuhan Sanskrit
Imbuhan yang berasal daripada bahasa Sanskrit ialah jenis imbuhan yang telah lama ke dalam sistem tatabahasa bahasa Melayu. Penggunaan imbuhan ini amat produktif dan telah menjadi sebati dengan perkataan-perkataan dasar dalam bahasa Melayu. Namun, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada   bahasa Sanskrit  iaitu awalan dan akhiran.

Awalan
Akhiran
maha
maharaja
man
seniman
tata
tatabahasa
man
budiman
pra
prakata
wan
angkawan
swa
swadaya
wan
jelitawan
tuna
tunabusana
wati
olahragawati
eka
ekabahasa
wati
seniwati
dwi
dwitahunan
nita
karyanita
tri
tribulan
nita
biduanita
panca
pancaindera


 
1.2.2.2 Imbuhan Arab Parsi
Pengaruh bahasa Arab-Parsi terhadap bahasa Melayu bermula sejak kedatangan Islam ke alam Melayu kira-kira abad ke-13 masihi. Sebagai bahasa rasmi agama Islam, bahasa Arab telah mendapat tempat dalam kalangan orang Melayu dan ini memudahkan proses asimilasi unsur-unsur bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu, terutamanya dari segi pengambilan bentuk-bentuk katanya. Namun demikian, terdapat dua jenis imbuhan pinjaman daripada   bahasa Arab-Parsi iaitu awalan dan akhiran.

Awalan
Akhiran
bi-
biadap
-wi
duniawi

bilazim
-i
abadi

binormal
-iah
lahiriah


-in
hadirin



munafikin


-at
hadirat



munafikat


-ah
qariah



solehah

1.2.2.3 Imbuhan Yunani – Latin - Inggeris
Imbuhan asing yang paling banyak dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu berasal daripada imbuhan bahasa Yunani – Latin – Inggeris. Tetapi umumnya tersebut tidak berfungsi sebagai imbuhan dalam bahasa Melayu kecuali beberapa imbuhan awalan seperti pro-,anti-, mono-, poli-, auto- dan supra-.
 
Awalan
Akhiran
pro-
probarat
-isme
sosialisme
anti-
antikerajaan
-isme
nasionalisme
poli-
poliklinik
-ik
prolifik
auto-
autograf
-ik
saintifik
sub-
subbidang
-si
sensasi
supra-
supranasional
-si
revolusi
hetero-
heterograf
-al
praktikal
heksa-
heksagon
-al
klinikal
hidro-
hidrolisis
-is
potensi
homo-
homogen
-is
praktis
hiper-
hiperbola


kilo-
kilometer


makro-
makrolinguistik


infra-
intrajabatan


inter-
intervokal





Rajah 1.4 :   Bentuk-Bentuk Imbuhan Pinjaman dalam Bahasa Melayu
Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan


1.3   Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses tertentu. Proses-proses ini ialah pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim





Rajah 1.5 :   Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu
Mengikut Tatabahasa Bahasa Dewan

1.3.1   Proses Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif. Berikut diperlihatkan beberapa contoh proses pengimbuhan.

Imbuhan (Awalan)
Kata dasar
Kata terbitan
Pem-
bawa
pembawa
Memper-
kuat
memperkuat
-isme
nasional
nasionalisme
-i
dekat
dekati
Peng-.....-an
isytihar
pengisytiharan
Men-.....-i
ikut
mengikuti
Ke-...-an
sihat
kesihatan
Ber-....-an
lari
berlarian
-er-
gigi
gerigi
-em-
gilang
gemilang

            Proses pengimbuhan boleh berlaku pada pelbagai tahap. Pengimbuhan boleh berlaku pada sejumlah kecil kata akar, misalnya ber- + tapa ( bertapa ), ke- + tawa ( ketawa ) dan ke- + mudi ( kemudi ).
           
Sebahagian besar proses pengimbuhan berlaku pada kata dasar, yang menghasilkan kata terbitan. Kata terbitan yang dihasilkan oleh proses pengimbuhan boleh menjadi kata dasar bagi proses pengimbuhan kali kedua. Daripada kata dasar karang, misalnya, dapat dilahirkan pengarang melalui imbuhan peN-. Pengarang pula dapat menerima apitan ke-...-an, menerbitkan kepengarangan.

Berikut ialah beberapa contoh lain :
Kata Dasar
Imbuhan
Kata Terbitan
libat
terlibat
keterlibatan
lanjur
terlanjur
keterlanjuran
balik
terbalik
menterbalikkan
sambung
sinambung
kesinambungan

1.3.2   PROSES PEMAJMUKAN

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Sebagai contoh, kerusi dan malas masing-masing mempunyai makna tersendiri, tetapi apabila dirangkaikan membentuk kata majmuk kerusi malas. Tidak dapat diselitkan apa-apa unsur antara dua kata dasar ini; maksudnya, dalam bahasa Melayu tidak terdapat ungkapan * kerusi yang malas atau * kerusi dan malas atau * kerusi untuk malas.

1.3.2.1Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan seperti kata dasar lain. Cara pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk, iaitu :

1.3.2.1.1 Apabila kata majmuk menerima awalan atau akhiran,     ejaannya tetap terpisah.
Contohnya :

urus niaga
-       berurus niaga
cari gali
-       mencari gali
reka bentuk
-       direka bentuk
daya serap
-       daya serapan
1.3.2.1.2    Apabila kata majmuk menerima apitan, ejaannya menjadi bercantum,
Contohnya :

lipat ganda 
-       melipatgandakan
surat khabar
-       persuratkhabaran
urus niaga 
-       diurusniagakan
ibu bapa 
-       keibubapaan

1.3.2.1 Penggandaan Kata Majmuk  
Kata majmuk boleh mengalami proses penggandaan. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama sahaja.
           
Contohnya :
rumah sakit 
-        rumah-rumah sakit
guru besar 
-        guru-guru besar
Raja Muda 
-        Raja-raja Muda
Timbalan Naib Canselor
-        Timbalan-timbalan Naib Canselor

Satu kekecualian ialah penggandaan yang melibatkan perkataan yang telah mantap. Dalam hal ini, penggandaan berlaku kepada keseluruhan perkataan.

Contohnya :
setiausaha  
-        setiausaha-setiausaha
jawatankuasa  
-        jawatankuasa-jawatankuasa
tanggungjawab  
-        tanggungjawab-tanggungjawab

1.3.3   PROSES PENGGANDAAN
            Proses penggandaan ialah proses yang mengulangi kata dasar, sama ada secara penuh, separa atau berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dengan kata lain, terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu ;
1.    Penggandaan penuh,
2.    Penggandaan separa, dan
3.    Penggandaan berentak.

1.3.3.1   Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang mengulangi seluruh kata dasar. Terdapat dua jenis penggandaan penuh, iaitu :
·         Yang melibatkan kata dasar yang tidak menerima apa-apa imbuhan.
Contohnya :
Sekolah  
  • sekolah-sekolah
makan  
  • makan-makan
besar  
  • besar-besar
baju  
  • baju-baju
     
·         Yang melibatkan kata dasar yang menerima imbuhan.
Contohnya :
pelari  
  • pelari-pelari
perbualan  
  • perbualan-perbualan
kekasih  
  • kekasih-kekasih
kejadian 
  • kejadian-kejadian









1.3.3.2   Penggandaan separa
Penggandaan separa ialah proses yang mengulangi sebahagian kata dasar sahaja. Penggandaan separa berlaku pada dua jenis kata dasar, iaitu :
·         pada kata dasar tunggal dan lazimnya melibatkan pengulangan suku kata pertamanya serta letak pengulangan itu pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan ini mengalami proses pelemahan, menjadikannya vokal e pepet. Proses ini dapat digambarkan seperti yang berikut :

jari 
jejari
jejari
siku
sisiku
sesiku
sungut
susungut
sesungut
pohon
popohon
pepohon
laki
lalaki
lelaki

·         pada kata dasar yang berimbuhan. Penggandaan separa yang berlaku hanya mengulangi kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan. Penggandaan ini berlaku pada kata kerja dan kata adjektif, dan boleh terletak di bahagian belakang kata dasar atau di bahagian hadapan kata dasar.
Kata Dasar Berimbuhan
Imbuhan
tersenyum
tersenyum-senyum
bercakap
bercakap-cakap
setinggi
setinggi-tinggi
membantu
bantu-membantu
mencuit
cuit-mencuit
menari
tari-menari
mengejar
kejar-mengejar










1.3.3.3   Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak ialah proses yang mengulangi kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi demikian, penggandaan berentak terbahagi kepada tiga jenis, iaitu :
1             Penggandaan Berentak Pengulangan Vokal
2             Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
3             Penggandaan Berentak Bebas

·               Penggandaan Berentak Pengulangan Bebas
Dalam penggandaan ini, bunyi yang diulang ialah vokal, iaitu yang mempunyai ciri-ciri keharmonian vokal,
Contohnya :
sayur  
-       sayur-mayur
ramah  
-       ramah-tamah
cerai   
-       cerai-berai

·               Penggandaan Berentak Pengulangan Konsonan
Dalam penggandaan ini, penggandaan berlaku pada persamaan bunyi-bunyi konsonan tertentu,
Contohnya :
kayu  
-             kayu-kayan
 tanah  
-             tanah-tanih
simpang  
-             simpang-siur

Perhatian:
Kata ganda mesti dieja dengan sempang. Salah, misalnya, jika ditulis *ipar duai.
1.3.4   KATA  AKRONIM
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
                        ABIM              -  Angkatan Belia Islam Malaysia
                        Bernama        -  Berita Nasional Malaysia
                        Kugiran          -  kumpulan gitar rancak

Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.

1.3.4.1   Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya :
ABIM              -           Angkatan Belia Islam Malaysia
UMNO            -           United  Malay  National Organisation

1.3.4.2   Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika   -   taman bimbingan kanak-kanak
purata   -   pukul rata
kugiran  -  kumpulan gitar rancak

1.3.4.2   Ditulis bermula dengan huruf besar
   Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.
Contohnya :
Bernama        -           Berita Nasional Malaysia
Intan               -           Institut Tadbir Awam Negara
Proton            -           Perusahaan Otomobil Nasional

#          Perhatian:  Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu.

  1. Secara individu anda dikehendaki melayari internet untuk mendapat bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.
  2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpul maklumat tentang Proses Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu.

                      

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan.  Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.

TAJUK 2
PERKATAAN DAN BENTUK PERKATAAN BAHASA MELAYU



SINOPSIS         

Tajuk ini membincangkan kata dan bentuk tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata majmuk. Selain itu, tumpuan juga diberi untuk mengenal pasti golongan kata tunggal dan kata terbitan.

HASIL PEMBELAJARAN  

(i)         Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
(ii)        Mengenal pasti Kata Tunggal dan Bentuk Kata Terbitan
(iii)       Mengenal pasti Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
(iv)       Mengenal pasti Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda
            (v)        Mengenal pasti  Golongan Kata Tunggal
            (vi)       Mengenal pasti Golongan Kata Terbitan

 

Kerangka Tajuk-tajuk

           
     Rajah 2.1: Kerangka Tajuk 1



2.0       KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata tunggal, mengenal pasti kata tunggal dan bentuk kata terbitan, mengenal pasti kata majmuk dan bentuk kata majmuk, mengenal pasti kata ganda dan bentuk kata ganda, mengenal pasti  golongan kata tunggal dan mengenal pasti golongan kata terbitan.

2.1       Kata Tunggal dan Bentuk Kata Tunggal
            Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata. Contohnya :

Kata Tunggal Satu Suku Kata
had, am, rak, cam, wang, bom,cas, das, cat, dram, teks, zink, golf, skrip, trak, skru

Kata Tungga Dua Suku Kata
dia, suka, akan, asal, bulat, meja, jauh, dekat, sini, sana

Kata Tunggal Tiga Suku Kata
bahaya, cahaya, gembira, berita, almari, laksana, isyarat

Kata Tunggal Empat Suku
Kata dan lebih
universiti, sayembara, mahasiswa, cenderamata, personifikasi

Kata Tunggal - Akronim
(Gabungan Huruf Awal)

ABIM, UMNO, ADUN, MAS.
Kata Tunggal - Akronim
(Gabungan Suku Kata)

cerpen, purata, tadika, taska, cereka

Kata Tunggal - Akronim
(Gabungan Huruf Awal dan/
 Suku Kata - Nama Khas)
Intan (Institut Tadbiran Awam Negara)
Mara (Majlis Amanah Rakyat)
Pernas (Perbadanan Nasional)




2.2       Kata Terbitan dan Bentuk Kata Terbitan

Kata terbitan ialah kata yang terhail daripada proses pengimbuhan iaitu proses mengandingkan imbuhan pada kata dasar.imbuhan itu pula terdiri daripada kata nama, kata kerja dan lain-lain. Contoh bentuk imbuhan adalah seperti di bawah yang merangkumi awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

Kata Terbitan Berawalan
(Awalan Kata Nama)

peN-, pel-, per-, ke-, juru, maha, tata-, pra-, sub-, eka-, dwi-,anti, infra-, ko-, makro-, mikro-, pro-, semi-, tele-

Kata Terbitan Berawalan
(Awalan Kata Kerja)

meN-, memper-, ber- bel-, ter-, di-, diper-

Kata Terbitan Berawalan
(Awalan Kata Adjektif)
ter-, se-, te-


Kata Terbitan Berakhiran
(Akhiran Kata Nama)
-an, -wan, -man, -wati, -isme, -in, -at, -ah,
-ita, -is, -

Kata Terbitan Berakhiran
(Akhiran Kata Kerja)
-kan, -


Kata Terbitan Berapitan
(Apitan Kata Nama)

peN-, -an, per-, -an, pel-…-an, ke-…-an

Kata Terbitan Berapitan
(Apitan Kata Kerja)
meN-…-kan, ber-…-kan, ber-…, -an, di-…-kan, meN-…- , di-…- , diper-…-kan, diper--,
memper-…-kan, memper-…-

Kata Terbitan Berapitan
(Apitan Kata Adjektif)
ke-…-an


Kata Terbitan Bersisipan
(Sisipan Kata Nama)
-el-, -em-


Kata Terbitan Bersisipan
(Sisipan Kata Adjektif)
-el-, -er-, -em-, -in-



LATIHAN  :
Dengan merujuk setiap bentuk imbuhan di atas, kenal pasti contoh-contoh kata terbitan dan senaraikan dalam lajur yang berasingan

2.3       Kata Kata Majmuk dan Bentuk Kata Majmuk
Kata Majmuk ialah kata yang terbentuk dengan merangkaikan kata dasar atau lebih dan membawa makna yang tertentu (baharu). Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan kebanyakkannya dieja terpisah. Contohnya seperti di bawah.

Kata Majmuk Bebas
bandar raya, lebuh raya, terima kasih, tengah hari, kereta lembu, Ketua Menteri, Perdana Menteri, Naib Canselor, Duta Besar
Kata Majmuk Istilah Khusus
model linear, garis pusat, lut sinar, cakera padat, telefon dail terus
Kata Majmuk Kiasan/Simpulan
Bahasa
anak emas, berat mulut, buah tangan, kaki ayam, kaki bola
Kata Majmuk yang Mantap
antarabangsa, suruhanjaya, tandatangan, matahari, kerjasama, pesuruhjaya, bumiputera, beritahu, kakitangan, jawatankuasa, sukarela, setiausaha, olahraga, warganegara, tanggungjawab

Kata Majmuk Jamak
(Gandaan kata pertama)
alat-alat tulis, guru-guru besar, kapal-kapal terbang,

Kata Majmuk Jamak
(Penada Jamak - semua, banyak,
sekumpulan, persatuan, para,
pertubuhan, barisan, sebahagian)

semua Ketua Setiausaha, sekumpulan guru penolong kanan, Persatuan Bekas Perajurit,


Kata Majmuk Terbitan
(Awalan dan Akhiran)

dicampur aduk, mengambil alih, dikenal pasti, daya serapan
Kata Majmuk Terbitan
(Apitan)
mencampuradukkan, pengambilalihan, pengenalpastian.


LATIHAN  :
Senaraikan contoh-contoh kesalahan penulisan kata majmuk di kampus anda yang kerap dilakukan oleh pengguna bahasa.




2.4       Kata Ganda dan Bentuk Kata Ganda
Kata ganda ialah kata yang terhasil melalui proses mengulang kata dasar. Pengulangan kata dasar itu boleh melibatkan seluruh kata dasar atau digandakan secara berima. Contohnya seperti di bawah.

Kata Ganda Penuh
rama-rama, kupu-kupu, cantik-cantik, elok-elok, kalau-kalau, jangan-jangan, pulau-pulau

Kata Ganda Separa
lelaki, lelayang, berlari-lari, tertanya-tanya, tolong-menolong

Kata Ganda Berentak
lauk-pauk, kusut-masai,lintang-pukang, simpang-
perenang, gunung-ganang



2.5       Golongan Kata Tunggal
Kata Tunggal ialah kata yang tidak mengalami proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Dalam bahasa Melayu, kata tunggal boleh terdiri hanya satu suku kata atau mempunyai lebih daripada satu suku kata.









2.5.1   Penggolongan Kata:  Kata Nama

Kata Nama Am (Konkrit)

baju, seluar, kucing, masjid

Kata Nama Am (Abstrak)
mimpi, perasaan, kemahuan, idaman, kehendak, keadaan

Kata Nama Khas
(Hidup - Manusia)


Kata Nama Khas
(Hidup - Bukan Manusia)
YAB Datuk Seri Dr. Mahathir, Allahyarham Tun Abdul Razak, Alya Nabila, Rafeah, Sudirman
Sang Kancil, Si Belang, Comel, Tompok, Vanda Diana (orkid)
 Jibrail, Jin.
Kata Nama Khas
(Tak Hidup)
Proton Perdana V6, Proton Waja, Bangunan Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Kementah

Kata Ganti Nama (Diri Pertama)
aku, beta, daku, kami, patik, hamba, saya


Kata Ganti Nama (Diri Kedua)
anda, awak, dikau, engkau, kamu, kalian, tuanku, tuan hamba

Kata Ganti Nama (Diri Ketiga)
baginda, beliau, dia, ia, mereka

Kata Ganti Nama (Tunjuk)
ini, itu

Kata Ganti Nama (Tanya)
apa, siapa, mana, berapa

Kata Ganti Nama (Tempat)
sana, sini, situ


LATIHAN  :
Dengan merujuk akhbar, kelompokkan kata ganti mengikut jenisnya.




2.5.2   Golongan Kata Terbitan
Penggolongan Kata: Kata Kerja

Kata Kerja Transitif (Aktif)
membeli, menggunakan, mendiami, mengabaikan, mempererat, menyiram

Kata Kerja Transitif (Pasif)
dibeli, digunakan, didiami, diabaikan, dipererat, disiram

Kata Kerja Tak Transitif
(Tak Berpelengkap)
bangun, datang, tersenyum, kerkibaran, menguning, membesar, terduduk,

Kata Kerja Tak Transitif
(Berpelengkap)

tinggal, beransur, berbantalkan

LATIHAN  :
Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata kerja mengikut kumpulannya.

2.5.3   Penggolongan Kata: Kata Adjektif

Kata Adjektif Sifat/Keadaan
berani, cerdik, cerdas, gopoh

Kata Adjektif Warna
hitam, putih, merah, biru

Kata Adjektif Ukuran
cetek, dalam, kecil, nipis, tebal

Kata Adjektif Bentuk
bukur, bundar, bulat, leper

Kata Adjektif Pancaindera
ayu, buruk, bising, mersik, merdu, hapak, lazat, manis, basah, halus

Kata Adjektif Waktu

Baru, lama, spontan, segera
Kata Adjektif Cara
cepat, deras, laju, perlahan

Kata Adjektif Perasaan

benci, cinta, ghairah, ingin
        
LATIHAN  :
Dengan merujuk keratan akhbar, kelompokkan jenis-jenis kata adjektif  mengikut jenisnya.

2.5.4   Penggolongan Kata: Kata Tugas
            Kata tugas tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai  tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat. Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsi dalam binaan ayat, kata tugas dapat dikelompokkan kepada : kata penyambung ayat, kata praklausa, prafrasa dan kata pascakata


2.5.4.1 Kata Penyambung Ayat

Kata Penyambung Ayat
Kata Hubung Gabungan       
dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian.
Kata Hubung Pancangan Relatif
yang
Kata Hubung Pancangan Komplemen
bahawa, untuk


2.5.4.2 Kata Praklausa

Kata Praklausa
Kata Seru
wah, amboi, aduh
Kata Tanya
bagaimana, siapa, bila, berapa
Kata Perintah
sila, jemput, tolong, jangan, usah, harap, semoga.
Kata Pembenar
ya, benar, betul.
Kata Pangkal Ayat
Maka, alkisah, hatta, syahadan



2.5.4.3 Prafrasa

Kata Prafrasa
Kata Bantu
akan, pernah, sedang, mahu, masih, hendak, belum
Kata Penguat
amat, sangat, paling
Kata Penegas
juga, lah, kah, tah, pun
Kata Nafi
tidak, bukan
Kata Pemeri
ialah, adalah
Kata Sendi Nama
di, dari, dalam, ke, pada
Kata Bilangan
beberapa, banyak, ramai,dua, tiga, kelima
Kata Arah
atas, situ, dalam

2.5.4.4 Kata Pascakata

Kata Pascakata
Kata Pembenda
yang, -nya
Kata Penekan
-nya

LATIHAN  :
  1. Dengan merujuk keratan akhbar, garisi fungsi ‘nya’ sebagai kata pascakata.





                      

BACAAN TAMBAHAN

Nik Safiah dan rakan-rakan. (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. (1985). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan.  Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd.


 
TAJUK 3
 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
·        Kata Tunggal
·        Kata Terbitan


SINOPSIS         


Tajuk ini membincangkan proses pembentukan kata bahasa Melayu yang menumpukan kepada kata tunggal dan kata terbitan.

HASIL PEMBELAJARAN  

      i.        Mengenalpasti definisi Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.

    ii.        Mengenalpasti jenis-jenis Kata Tunggal dan Kata terbitan dalam bahasa Melayu.



Kerangka Tajuk-tajuk
 

3.0      KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis dan huraian Kata Tunggal dan Kata Terbitan bahasa Melayu.

3.1      Definisi Kata Tunggal

            Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak menerima sebarang imbuhan atau  tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian (Tatabahasa Dewan, 2004).

            Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk dasar, iaitu  tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata.

3.1.1   Jenis-Jenis Kata Tunggal

            Kata Tunggal terdiri daripada Kata Tunggal Satu Suku Kata, Dua Suku Kata, Tiga Suku Kata, Empat Suku Kata dan Akronim. Tahukah anda, apa yang dimaksudkan akronim sebagai Kata Tunggal ? Akronim sebagai Kata tunggal itu adalah akronim yang berasal daripada kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar (Tatabahasa Dewan, 1996).

3.1.3     Kata Tunggal dalam bahasa Melayu
3.1.3.1 Kata Tunggal
Dengan berasaskan pelaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada dua jenis (rujuk Rajah 1.5):
                      i.        Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri
Contoh:
                                      i.        Kamu.
                                     ii.        Sudah?
                                    iii.        Ini?

                     ii.        Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh:
                                      i.        di mana?
                                     ii.        ke Kuala Lumpur
                                    iii.        dari Terengganu
3.1.3.1.1    Kata Tunggal Satu Suku Kata
Jumlah kata tunggal dalam bahasa Melayu terhad, iaitu dipercayai kira-kira 500. Sesetengahnya terdiri daripada kata pinjam asing, terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Berdasarakan rajah 1 di atas, pola gabungan kata tunggal bahasa Melayu adalah seperti berikut :
  1. KV       Contohnya :  yu,  ru,  ya
  2. VK       Contohnya :  am
  3. KVK    Contohnya :  cat, bah, tin, bin, lap, dan, cap
  4. KKVK Contohnya : staf, draf, krim, gred, blok, brek
  5. KVKK Contohnya : bank, zink, golf,
  6. KKKV Contohnya : skru, skaf,
  7. KKKVK Contohnya : Skrip, straw

3.1.3.1.2    Kata Tunggal Dua Suku Kata
Antara pola-pola Kata Tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut :
  1. V + KV  Contohnya : aku, ini, apa, iri
  2. V + VK  Contohnya : ais, aur, aib, air
  3. V + KVK Contohnya : izin, acah, alat, ulat
  4. VK + KV Contohnya : undi, asli, unta
  5. VK + KVK Contohnya : ambil. Iblis, umpan
  6. KV + V Contohnya : dia, bau, ria
  7.  KV + VK Contohnya : jauh, liar, kuih
  8. KV + KV Contohnya : jala, pasu, teko
  9. KV + KVK Contohnya : jarum, telur dan hiris
  10. KVK + KV Contohnya : lampu, binti, senda
  11. KVK + KVK Contohnya : sandar, jemput, sunting
#  Perhatian: Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Terdapat 11 pola suku kata bagi kata tunggal dua suku kata.

3.1.3.1.3    Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata dalam bahasa Melayu agak kecil, tetapi pola suku katanya agak banyak, iaitu 19. Sebahagian besar daripada perkataan tiga suku kata merupakan kata pinjaman.
  1. KV + V + KV Contohnya : cuaca, biasa, biola
  2. KV + V + KVK Contohnya : siuman, tualang
  3. V + KV + V Contohnya : usia, idea, urea
  4. KV + KV + V Contohnya : mulia, barua
  5. KV + KV + VK Contohnya : tempua, mentua, seluar
  6. KVK + KV + VK Contohnya : sekian, haluan
  7. V + KV + VK Contohnya : mendiang, tempias, manfaat
  8. V + KV + KV Contohnya : utara, ilahi, asasi
  9. V + KV + KVK Contohnya : ijazah, amaran, ibarat
  10. VK + KV + KV Contohnya : almari, isteri, umpama
  11. KV + KV + KV Contohnya : seteru, budaya. Teruna
  12. KVK + KV + KV Contohnya : menteri, mesteri, soldadu
  13. V + KV + VK Contohnya : ideal, akaun, elaun
  14. VK + KV + VK Contohnya : ilmiah, akliah
  15.  KV + KV + KVK Contohnya : teratak, belukar, hikayat
  16.  KVK + KV + KVK Contohnya : matlamat, cendawan, sembilan
  17.  KV + KVK + KV Contohnya : belanja, terumbu keranda
  18.  KVK + KVK + KV Contohnya : sempurna
  19.  KV + KVK + KVK Contohnya : belimbing, kelompok
3.1.3.1.4    Kata Tunggal Empat Suku Kata dan Lebih
Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata. Kebanyakkan merupakan kata pinjaman. Antaranya seperti berikut :
  1. KV + KV + VK + KV Contohnya : keluarga, biduanda
  2. KV + KVK + KV + KV Contohnya : belantara, bijaksana
  3. KVK + KV + KV + KV Contohnya : laksamana, sandiwara
  4. KVK + KV + V + KV Contohnya : sentiasa
  5. KV + KV + KV + KV Contohnya : bidadari, sanubari, selesema
  6. KV + KV + KV + KVK Contohnya : muzakarah, kelemumur
  7. KVK + KV + KV + KVK Contohnya : sentimeter
  8. KVK + KVK + KV + KV Contohnya : dispensari, singgahsana
  9. KV + KV + V + KVK Contohnya : mesyuarat, nasional
  10. V + KV + KVK + KV + KV Contohnya : universiti
  11. KVK + KV + KV + KV + KVK Contohnya : kosmopolitan
  12. KV + KV + KV + KV + KV + KV Contohnya ; maharajalela

3.1.3.1.5    Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa Dewan, turut tergolong ke dalam bentuk kata tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
Contohnya :
                        ABIM      -  Angkatan Belia Islam Malaysia
                        Bernama  -  Berita Nasional Malaysia
                        Kugiran   -  kumpulan gitar rancak

3.1.3.1.5.1 Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung pada cara pembentukkannya.


a. Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika kata nama khas.
Contohnya :
ABIM              -           Angkatan Belia Islam Malaysia

b. Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama khas.
Contohnya :
tabika   -   taman bimbingan kanak-kanak
purata   -   pukul rata
kugiran  -  kumpulan gitar rancak

c. Ditulis bermula dengan huruf besar
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula dengan huruf besar.

Contohnya :
Bernama        -           Berita Nasional Malaysia
Intan               -           Institut Tadbir Awam Negara
Proton            -           Perusahaan Otomobil Nasional

#          Perhatian:  Lazimnya kata akronim terbentuk untuk kata nama khas dan pembentukannya agak longgar serta tidakberdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan kata seperti ini tidak digalakan sebagai satu kaedah pembentukan kata bagi membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu

3.2 Kata Terbitan 
Kata terbitan ialah bentuk perkatan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
            Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan , iaitu:
1.         awalan, yang hadir sebelum kata dasar, misalnya ber- dalam berjalan dan di- dalam diambil,
2.         akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, misalnya –kan dalam jalankan dan  -i dalam ikuti,
3.         apitan, yang hadir secara mengepit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan diakhir kata dasar, misalnya ke-.....-an dalam keindahan dan di-.....-i dalam diikuti,
4.         sisipan, yang hadir di celahan kata dasar, misalnya –el- dalam telunjuk dan  -in- dalam sinambung.
Dalam bahasa melayu, sejumlah besar perkataannya wujud dalam bentuk kata terbitan dan jumlah imbuhan yang membentuk kata terbitan ini juga banyak. Imbuhan- imbuhan ini dihuraikan di bawah ini.

3.2.1  Imbuhan awalan
Dalam bahasa melayu terdapat tiga jenis imbuhan awalan, iaitu :
1. awalan kata nama             
2. Awalan kata kerja   
3.  Awalan kata adjektif

3.2.1.1 Awalan Kata Nama
Awalan kata nama ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama,
Contohnya :
Awalan
Perkataan
peN-  =




per-
pe-
ke-
juru-
maha-
tata-
pra-
sub-
supra-
eka-
dwi-
pe-
pem-
pen-
peng-
penge-
pelukis, pewangi, penyanyi
pembalut, pembeli, pemberi
pendatang, pencari, penjual
pengguna, pengayuh, pengukur
pengebom, pengetin, pengecat
perasap, perbara, pertapa
pesara, pekedai, peguam
ketua, kehendak, kelepek
jurubahasa, jurujual, juruterbang
mahasiswa, mahaguru, maharaja
tatabahasa, tatanegara, tatanama
prasejarah, prakata, prasangka
subbidang, subsistem, subkategori
suprakelas, suprasistem, suprakategori
ekabahasa, ekasuku, ekahala
dwibahasa, dwifungsi, dwibudaya



3.2.1.2 Awalan Kata Kerja
Awalan kata kerja ialah yang, apabila bergabung dengan kata dasar akan membentuk kata kerja.
Contohnya :
Awalan
Perkataan
meN-      =




me-
mem-
men-
meng-
menge-
melukis, menari, merasa
membeli, memberi, membalut
mendaki, menduga, mentadbir
mengaji, mengasuh, menghasut
mengebom, mengetin, mengecat



memperisteri, memperbesar, memperoleh
berkata, bersetuju, berbangga
terkata, terasa, tersenyum
diatur, dibeli, disuruh
diperisteri, diperbesar, diperoleh
memper-
ber-
ter-
di-
diper-

3.2.1.3 Awalan Kata Adjektif
Awalan kata adjektif ialah awalan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata adjektif . terdapat hanya dua awalan adjektif , iaitu :

Awalan
Perkataan
ter -
se-
terpandai, termerah, terpanjang
seputih, sehalus, sejernih


3.2.1.4 Imbuhan Akhiran
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya dua jenis imbuhan akhiran, iaitu :
1. akhiran kata nama, dan
2. akhiran kata kerja

3.2.1.5 Akhiran Kata Nama
Akhiran kata nama ialah akhiran yang, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata nama.
Contohnya :
Akhiran
Perkataan
-an
-wan
-man
-wati
-isme
--in
-at
-ah
ajaran, silaan, bacaan
ilmuwan, budayawan, usahawan
budiman, seniman
seniwati, peragawati
nasionalisme, sosialisme, komunisme
hadirin, muslimin
hadirat, muslimat
ustazah, sultanah


3.2.1.6 Akhiran Kata Kerja
Akhiran kata kerja ialah, apabila bergabung dengan kata dasar, membentuk kata kerja. Terdapat hanya dua akhiran kata kerja, iaitu –kan dan –i .
Contohnya :
Akhiran
Perkataan
-kan
-i
lahirkan, ambilkan, hulurkan
ikuti, jalani, sertai

3.2.1.7 Imbuhan Apitan
Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis apitan, iaitu :
1. apitan kata nama
2. apitan kata kerja
3. apitan kata adjektif

3.2.1.8 Apitan Kata Nama
Apitan kata nama ialah apitan yang, apabila bergabung dengan kata dasar, akan membentuk kata nama.
Contohnya :
Apitan
Perkataan
peN-.....-an:
pe-....-an
pem-.....-an
pen-....-an
peng-.....-an
penge-.....-an

pe-......-an
per-.....-an
ke-...-an

pelaksanaan, perusuhan, penyuluhan
pembukaan, pemburuan, pemfitnahan
pendakian, pencucian, pentauliahan
penguduran, penggandaan, pengkhayalan
pengesahan, pengeboman, pengekodan

pendalaman, pesisiran, petempatan
perjumpaan, persamaan, perlumbaan
kecantikan, kebijakan, kelurusan

3.2.1.9 Apitan Kata Kerja
Apitan kata kerja ialah apitan yang, apabila bergabungan dengan kata dasar, membentuk kata kerja.
Contohnya:
Apitan
perkataan
meN-......kan
me-.....-kan
mem-.....-kan
men-....-kan
meng-....-kan
menge-....kan
ber-....-kan
ber-....-an
di-...-kan
meN-.....-i
me-....-i
men-...-i
mem-...-i
meng-....-i
di-......-i
diper-.....-kan
diper-....-i
memper-.....-kan
memper-....-i
ke-....-an

memajukan, melakukan, menanyakan
membezakan, memfatwakan, memberikan
mendirikan, mentakrifkan, mensyaratkan
menggulingkan, mengelakkan, mengkhususkan
mengehadkan, mengesyorkan, mengepinkan
beralaskan, berbekalkan, berjudulkan
bertaburan, bergantungan, beratapan
ditaburkan, didorongkan, digulingkan

melalui, menyedari, mewarnai
mendahului, mencucuri, menjauhi
membanjiri, membelakangi, membasahi
menghendaki, mengawasi, mengkhianati
dianugerahi, didekati, dianuti
diperdengarkan, diperlihatkan, diperbahaskan
diperingati
memperdengarkan, memperlihatkan,
memperingati
kehujanan, kepanasan, kecurian

3.2.1.10 Apitan Kata Adjektif
Apitan kata adjektif ialah apitan yang, apabila digabungkan dengan kata dasar, membentuk kata adjektif. Hanya terdapat satu apitan kata adjektif , iaitu ke-.....-an.
Contohnya :
Apitan
Perkataan
ke-.....-an
ke-.....-an
ke-.....-an
kemelayuan
keinggerisan
kearaban


3.2.1.11 Imbuhan Sisipan
Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam bahasa Melayu sebagai satu cara membentuk perkataan. Maksudnya, tidak ada perkataan baharu yang dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan dan tidak dapat hadir dala m perkataan-perkataan lain, kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Terdapat dua sisipan yang masih wujud, iaitu:
1. sisipan kata nama, dan
2. sisipan kata adjektif.

3.2.1.12 Sisipan Kata Nama
Sisipan kata nama ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata nama.
Contohnya :
sisipan
perkataan
-el-
-er-
-em-
telunjuk, telapak, kelemumur
seruling, keruping
kemuning, kemuncup


3.2.1.13 Sisipan Kata Adjektif
Sisipan kata adjektif ialah sisipan yang, apabila hadir di celahan kata dasar, membentuk kata adjektif.
Contohnya :
Sisipan
Perkataan
-el-
-er-
-em-
-in-
selerak, gelembung
serabut, gerodak
gemilang, gemuruh, sementara
sinambung

 Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata tunggal mengikut jenisnya dalam  bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.

Secara berkumpulan, berikan lima contoh perkataan yang mengandungi setiap kata terbitan mengikut jenisnya dalam  bahasa Melayu seperti yang telah anda pelajari. Pastikan contoh perkataan tersebut berada pada posisi yang berbeza.




 


LATIHAN

1.    Nyatakan jenis kata Tunggal untuk perkataan yang bergaris berikut:

       (i)    ghairah                                   (vi)  balai
       (ii)   cabar                                      (vii)  laut
       (iii)   masyhur                              (viii) sepoi
       (iv)   dekad                                 (ix)   tekukur
       (v)     pulau                                  (x)   sarat  

2.    Beri satu contoh perkataan untuk keempat-empat jenis kata terbitan yang telah anda pelajari.       


BAHAN BACAAN



Abdullah Hassan.   (1980).  Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.  Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya:  Penerbit Fajar Bakti.

Nik Safiah et. Al (1996). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.









TAJUK 4
 Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu
·        Kata Majmuk
·        Kata Ganda







SINOPSIS         


Tajuk ini membincangkan definisi dan jenis-jenis kata majmuk dan kata ganda yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap kata majmuk dan kata ganda pula dihuraikan kepada definisi, jenis dan perinciannya.

HASIL PEMBELAJARAN  

(i)   Mengenal pasti definisi Kata Majmuk dan Kata Ganda  dalam bahasa Melayu.

(ii)  Menghuraikan jenis-jenis kata majmuk Kata Ganda dalam bahasa Melayu.




4.0       KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang definisi, jenis-jenis Kata Majmuk dan Kata Ganda dalam Bahasa Melayu. Perbincangan juga turut ditumpukan kepada perincian jenis-jenis kata majmuk dan Kata Ganda dalam  Bahasa Melayu.    
                                                                                                            
4.1       Definisi Kata Majmuk Bahasa Melayu    


Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan. (Tatabahasa Dewan, 1996). Contoh kata majmuk : kerusi malas, terima kasih, biru laut, dan telefon dail terus.
           
Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Antara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( *rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu ). Ini berbeza dengan rumah besar,sebuah frasa, yang boleh menerima yang (rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (pinggan mangkuk ).

4.2       Jenis-Jenis Kata Majmuk


Dalam bahasa Melayu, jumlah kata majmuk adalah besar, yang sebahagiannya besar terdiri daripada kata nama. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat digolongkan kepada tiga kategori, iaitu :
  1. Kata Majmuk Rangkaian bebas
  2. Kata Majmuk Pengimbuhan
  3. Kata Majmuk Penggandaan

4.2.1 Kata Majmuk yang Terdiri daripada Rangkaian Kata Bebas
Contohnya :
bandar hijau
hijau daun
terima kasih
guru besar
bom tangan
kuning langsat
campuk aduk
segi empat panjang

dalam kategori ini juga termasuk bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran, contohnya :

Duta Besar
Setiausaha Politik
Profesor Madya
Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Perpustakaan
Timbalan Naib Canselor

4.2.2 Kata Majmuk yang Berbentuk Istilah khusus
Contohnya :
deria rasa
telefon dail terus
segi tiga
pita suara
medan sinaran
segi empat panjang

4.2.3 Kata Majmuk yang Mendukung Maksud Kiasan, iaitu Simpulan Bahasa
Contohnya :
kaki ayam
rabun ayam
panjang tangan
pilih kasih
anak emas
tumbuk rusuk


4.2.3.1 Bentuk Kata Majmuk yang Telah Mantap
Lazimnya kata majmuk dieja secara terpisah, misalnya kertas kerja dan urus setia. Namun, terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mempunyai dua kata dasar. Perkataan-perkataan sedemikian (sebanyak 15) tetap dieja sebagai satu perkataann, iaitu : 

antarabangsa
sukarela
jawatankuasa
tanggungjawab
olahraga
setiausaha
bumiputera
tandatangan
kerjasama
pesuruhjaya
beritahu
suruhanjaya
kakitangan
warganegara
matahari

Selain itu, terdapat sejumlah perkataan yang secara lazimnya dianggap satu perkataan dan dieja secara bercantum walaupun kelihatan terdiri daripada gabungan perkataan.
Antaranya :

1.                                               Kata Nama
Contohnya : peribadi, hulubalang
2.                                               Kata Adjektif
Contohnya : sukacita, dukalara
3.                                               Kata Sendi Nama
Contohnya : daripada, kepada
4.                                               Kata Hubung
Contohnya : manakala, walhal, barangkali
5.                                               Kata Tanya
Contohnya : bagaimana

4.2.3.2 Penggandaan Kata Majmuk
Dalam penggandaan kata majmuk, pada kebiasaannya melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja.
Contohnya :
Alat-alat tulis, gambar-gambar rajah, Naib-naib Canselor, Menteri-menteri besar, Guru-guru Besar

Namun, kekecuali berlaku iaitu penggandaan yang melibatkan benntuk yang telah mantap dan melibatkan penggandaan keseluruhan unsur.
Contohnya :
Warganegara-warganegara, tandatangan-tandatangan, setiausaha-setiausaha

4.2.3.3 Pengimbuhan Kata Majmuk
Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan. Terdapat dua kata majmuk yang melibatkan pengimbuhan, iaitu :

a.    Kata majmuk yang menerima imbuhan merupakan awalan dan akhiran sahaja dan dieja terpisah. Contohnya :

campur aduk         menjadi     bercampur aduk
ambil alih             menjadi    mengambil alih
daya serap           menjadi    daya serapan
        
b.    Kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan dan ejaannya bercantum. Contohnya :

campur aduk         menjadi          mencampuradukan
ambil alih              menjadi           pengambilalihan
satu padu               menjadi          menyatupadukan


4.3 Kata Ganda

Kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasar (Tatabahasa Dewan, 1996). Kata Ganda dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu :
1.kata ganda penuh,
2. kata ganda separa, dan
3. kata ganda berentak


4.3.1 Kata Ganda Penuh
Kata ganda penuh ialah kata ganda yang mengalami ulangan secara keseluruhan. Kata ganda penuh boleh terdiri daripada :
1. kata ganda penuh yang tediri daripada kata dasar.
Contohnya :
rumah-rumah
buku-buku
masjid-masjid
2. kata ganda penuh yang terdiri daripada kata berimbuhan.
Contohnya :
pelajar-pelajar
ajaran-ajaran
kementerian-kementerian

4.3.2 Kata Ganda Separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda separa boleh terdiri daripada :
1.  kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang penggulangannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet.
Contohnya :
Laki-laki         menjadi          lalaki               menjadi          lelaki
Siku-siku       menjadi          sisiku              menjadi          sesiku
Jari-jari           menjadi          jajari                menjadi          jejari
Langit-langit  menjadi          lalangit           menjadi          lelangit

2.  kata ganda yang berasal daripada kata berimbuhan, tetapi yang penggandaan berlaku hanya pada kata dasar dan tidak melibatkan imbuhannya. Pengganda separa jenis ini berlaku hanya pada golongan kata kerja dan kata adjektif. Bentuk gandaan boleh terletak di belakang kata dasar atau dibahagian hadapan.
Contohnya :
Di Bahagian Belakang Kata Dasar
Di bahagian Hadapan Kata Dasar
berlari-lari
mencari-cari
sepandai-pandai
cinta-mencintai
bantu-membantu
kejar-mengejar

4.3.4 Kata Ganda Berentak
Kata ganda berentak ialah kata ganda yang mengalami penggulangan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan pengubahan dan pengulangan bunyi-bunyi tertentu, kata ganda berentak terbahagi kepada tiga jenis iaitu :

1. kata ganda berentak yang terbentuk melalui pengulangan vokal.
    Contohnya :
Sayur-mayur
Calar-balar
Saki-baki

           

2. kata ganda berentak melalui pengulangan konsonan
               Contohnya ;
mundar-mandir
tanah-tanih
kayu-kayan

3. kata ganda berentak bebas, iaitu yang terbentuk berdasarkan rentak bunyi, tetapi tidak melibatkan ciri-ciri persamaan bunyi.
           Contohnya :
kusut-masai
ipar-duai
rempah-ratus
lintang-pukang

 LATIHAN

1.     Teliti kata majmuk dalam Bahasa Melayu berdasarkan contoh di beri. Kemudian, Nyatakan jenis kata majmuk tersebut.
      1. Simpang siur
      2. Mengadu domba
      3. Penyahtaksaan
      4. Melatih tubi
      5. Pengambilalihan


2.            Teliti kata terbitan dalam bahasa Melayu berdasarkan contoh diberi. Kemudian, nyatakan kata terbitan tersebut.

a.     Gunung-ganang
b.    Lintang pukang
c.    Lelabi
d.    Pokok-pokok
e.    Anak beranak





 


BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan.   (1980).  Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia.  Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Nik Safiah Karim et.al. (2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan. Petaling Jaya:  Penerbit Fajar Bakti.



TAJUK 5
GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU


SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

  • Konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;
  • Konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
  • Ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu;
  • Jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu

Tahukah anda bahawa perkataan dalam sesuatu bahasa boleh digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria misalnya, kriteria struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik?. Walaupun demikian, perbincangan dalam topik ini menjurus kepada Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim et.al. 1996) yang menggolongkan perkataan berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik sebagai satu bentuk bebas yang menjadi unsur dalam binaan tatabahasa, iaitu frasa, klausa dan ayat.

Binaan sintaksis merujuk kepada konstruksi yang dibentuk oleh perkataan yang berfungsi sebagai ayat ataupun sebagai konstituen dalam ayat, iaitu klausa dan frasa. Oleh itu, perkataan daripada sudut binaan sintaksis ialah bentuk bebas yang minimum yang menjadi unsur setiap konstruksi sintaksis, iaitu ayat, klausa dan frasa. Ayat dan klausa mengandungi dua konstituen utama, iaitu frasa subjek dan frasa predikat. Sehubungan itu, frasa subjek dibentuk oleh frasa nama, manakala frasa predikat dibentuk oleh empat jenis frasa, iaitu frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

            
HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1.   menjelaskan konsep golongan kata Bahasa Melayu secara umum;
2.   menghuraikan konsep golongan kata nama dan kata kerja Bahasa 
   Melayu;
3.   mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa 
   Melayu;
4.   mencerakinkan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja
   Bahasa Melayu;

KERANGKA TAJUK-TAJUK

5.0 KANDUNGAN ISI

Anda perlu mengetahui bahawa, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata berdasarkan pendapat ahli-ahli bahasa yang berbeza. Seterusnya, perbincangan ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu.
5.1 Konsep Golongan Kata Bahasa Melayu

Walaupun Nik Safiah Karim et.al. (1996) menggolongkan perkataan Bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan kriteria semantik namun, ahli-ahli bahasa lain pula membahagikannya berdasarkan pemahaman masing-masing  (Ali Mahmood et.al. 2010) seperti berikut:
a. Golongan Kata Menurut Marsden (1812):

Rajah 5.1: Golongan Kata Menurut Marsden (1812)
b.    Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)

Rajah 5.2: Golongan Kata Menurut Winstedt (1927)
c. Golongan Kata Menurut Asmah (1968):

Rajah 5.3: Golongan Kata Menurut Asmah (1968)
d. Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996):

Rajah 5.4: Golongan Kata Menurut Tatabahasa Dewan (1996)

5.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Bahasa Melayu
Walaupun terdapat pelbagai pendapat tentang golongan kata Bahasa Melayu, namun perbincangan dalam topik 5 dan topik 6 hanya menjurus kepada empat golongan perkataan, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Sehubungan itu, perbincangan seterusnya ditumpukan kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja Bahasa Melayu
5.2.1 Ciri-Ciri Golongan Kata Nama

Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya perkataan ini menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh dibahagikan pula kepada sub golongan berdasarkan ciri-ciri semantik, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama seperti rajah di bawah.


Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Nama


5.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Bahasa Melayu

Bahagian ini pula membincangkan jenis-jenis golongan kata Bahasa Melayu, iaitu perincian kepada ciri-ciri golongan kata nama dan kata kerja.

5.3.1 Jenis-Jenis Golongan Kata Nama

Seperti yang telah dibincangkan, jenis-jenis golongan kata nama terdiri daripada kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.
a.  Kata Nama Khas  
Kata nama dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama (Rajah 2.1). Nik Safiah Karim et al.(1996) menyatakan, kata nama khas ialah kata yang digunakan untuk rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan seumpamanya.  Huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar dalam tulisan. Kata nama khas pula dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas hidup dan nama khas tidak hidup. Nama khas hidup dibahagikan kepada dua, iaitu manusia dan bukan manusia.

Rajah 5.6: Kata nama khas
b.  Kata Nama Am  
Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Kata nama am boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu (i) hidup atau tidak hidup, (ii) manusia atau bukan manusia, (iii) Institusi atau bukan institusi, (iv) konkrit atau abstrak dan (v) berbilang atau tak berbilang seperti berikut:

Rajah 5.7: Kata Nama Am
c.   Kata Ganti Nama  
Menurut Nik Safiah et.al (1996), kata ganti nama sebagai perkataan yang  menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama dibahagikan kepada dua golongan kecil, iaitu (i) Kata ganti nama diri; dan (ii) kata ganti nama tunjuk.
Kata ganti nama diri pula dibahagikan kepada dua, iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama diri tanya. Seterusnya, kata ganti nama diri orang dibahagikan kepada tiga, iaitu kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga. Penggolongan kata ganti nama ditunjukkan seperti berikut:

Rajah 5.8: Kata Ganti Nama

5.3.2 Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja

Golongan kata kerja pula merangkumi sejumlah kata dasar yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif pula boleh dibahagikan kepada kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif (Nik Safiah Karim et.al.2006) seperti berikut:
 
Rajah 5.5:Ciri-Ciri Golongan Kata Kerja


5.3.3 Jenis-Jenis Golongan Kata Kerja

Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu (i) kata kerja aktif transitif, (ii) kata kerja aktif tak transitif dan (iii) kata kerja pasif.

(a) Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat  dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-…kan, me-…i, memper-…kan, memper-…i atau akhiran –i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat.
Contoh:
i)       Samad membacakan ayahnya surat.
ii)      Pengarang itu menulis buku.
iii)    Aminah sedang mencuci pakaian.
iv)    Ibu sedang menggoreng ikan di dapur.

(b) Kata kerja aktif tak transitif
        
Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhan-imbuhan : me-, ber-, ber-…an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.
Contoh :

i)          Pegawai itu berkereta ke pejabat.
ii)        Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Besar semalam.
iii)       Anak Pak Mat menangis di dalam bilik.
iv)       Gadis itu tersenyum.
v)        Padi sedang menguning.
vi)       Pemuda itu sedang berbual.
        
(c) Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif. Terdapat tiga jenis kata kerja pasif, iaitu
(i)        Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis
         dan sebagainya.
(ii)       Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai
         dan sebagainya.
(iii)     Kata kerja pasif ke …..an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan
         dan sebagainya.



 


AKTIVITI

1.Secara berpasangan, kenal pasti kata nama am, kata nama khas dan kata 
   ganti nama berdasarkan senarai perkataan yang berikut:

Tugu Negara                   Dia
Cangkul                            Cantik
Sepet                                  Hospital
Siti                                       Mereka
Meja                                 Kuala Lumpur
Sedih                                Komputer
Kamu                               Tun Ali                                     

2. Secara berkumpulan (tiga hingga empat orang), pilih satu petikan akhbar   
    yang sesuai dan jalankan aktiviti berikut:
i.  Kenal pasti jenis-jenis kata kerja yang terdapat dalam petikan tersebut.
ii. Bina ayat yang tepat berdasarkan kata kerja tersebut.








 


LATIHAN

Isi tempat kosong di bawah ini dengan jawapan yang tepat tentang golongan kata nama dan kata kerja.
i.     Kata nama ialah kata yang digunakan untuk nama_______, nama______       
       nama _____dan nama_______.
ii.    _______ialah kata yang merujuk khusus kepada nama orang, haiwan, benda, perbadanan dan sebagainya serta dieja dengan huruf beasr.
iii.   Kata nama khas dibahagikan kepada dua, iaitu nama khas ________dan  
      nama khas_______  ___________.
iv.   Kata ganti nama ialah kata yang menggantikan _____ ______.
v.    Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan ____________
vi.   Kata kerja dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu kata kerja ________dan kata kerja ____ ____________.   




 


BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan.   (1980).  Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan. (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam. (1985). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan:Penerbit Fajar Bakti.



TAJUK 6
GOLONGAN KATA BAHASA MELAYU


SINOPSIS

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara berikut:

  • Konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
  • Ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu;
  • Jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu

Untuk pengetahuan anda, kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Oleh itu, kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Sehubungan itu, kata adjektif boleh disertai oleh kata keterangan amat, sungguh dan sangat.

Kata tugas pula hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain. 

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1.   menghuraikan konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa    
 Melayu;
2.   mengklasifikasikan ciri-ciri golongan kata adjektif dan kata tugas  
     Bahasa Melayu;
3.   mencerakinkan golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu 
  
KERANGKA TAJUK-TAJUK

6.0 KANDUNGAN ISI

Untuk pengetahuan anda, kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu, seperti yang dikemukakan khususnya berdasarkan pendapat Nik Safiah Karim et.al (1996, 2006) dan ahli-ahli bahasa yang lain. Perbincangan selanjutnya pula ditumpukan kepada ciri-ciri dan jenis-jenis golongan kata adjektif dan kata tugas Bahasa Melayu.

6.1 Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Adjektif

Tahukah anda bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif?. Frasa adjektif pula boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain seperti kata bantu atau kata penguat. Ayat yang mempunyai kata adjektif adalah seperti contoh yang berikut:
  
                                       Ahmad sangat pandai bermain muzik.
                                       Pemuda itu baik sungguh.
                                       Buah cempedak itu enak sekali.


6.2  Jenis-Jenis Golongan Kata Adjektif

Anda tentu telah mengetahui bahawa kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan perkataan yang menjadi unsur inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi.
Kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif mudah dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.  Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan (Ali Mahmood et.al. 2007)
Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2006) kata adjektif terbahagi kepada sekurang-kurangnya sembilan jenis, iaitu (i) kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii) kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera      
        
            Kata adjektif sifatan atau keadaan ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama, seperti contoh berikut:

                              kuat                pintar              nakal
                                    keras              lemah             sihat
                                    bijak                cergas            jahat

            Contoh ayat:    i.  Budak nakal selalu kena marah
                                      ii. Dia lemah dalam matematik
                                      iii. Kubu pertahanan pemberontak itu amat kuat.
iv.  Anak Pak Kamar bijak sekali.
v.  Peserta itu berdiri dengan cergas.
       
            Kata adjektif warna sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:

                                      jingga           perang           hitam
                                      putih             biru                 kelabu

            Contoh ayat:    i.      Adik suka pakai baju hijau.
                                        ii.     Pakaian pelajar sekolah berwarna putih.
                                        iii.    Baju kesukaan saya berwarna kuning.
                                        iv.    Kereta merah itu kepunyaan abang.
                                        v.     Dia memiliki mata berwarna biru.

Kata adjektif ukuran sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:

                          tebal              gemuk            panjang
                                      nipis              kurus              pendek          
                                      tinggi                        rendah           kecil

            Contoh ayat:     i.      Buku tebal itu sudah saya baca.
                                        ii.     Anaknya masih kecil lagi.
                                        iii.    Badannya semakin kurus.
                                        iv.    Kertas nipis itu tidak boleh digunakan lagi.
                                         v.    Pokok itu semakin hari semakin tinggi.
        
            Kata adjektif bentuk sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:

                                       lurus                        bulat               bujur
                                       bengkok      leper               bundar
                                       lonjong        buncit             tajam
            Contoh ayat:      i.     Jalan lurus mudah dilalui.
                                         ii.    Bentuk buah kelapa itu lonjong.
                                         iii.   Mukanya bujur sirih.
                                         iv.   Pinggan leper itu untuk pinggan makan.
                                          v.   Matanya tajam memandang ke hadapan

            Kata adjektif waktu sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian konsep masa, seperti contoh yang berikut:

                                       kerap                       awal                sering
                                       jarang                      lewat               silam
                                       baharu                    dahulu           lampau

            Contoh ayat:    i.       Kedatangannya lewat hari ini.
                                       ii.      Dia berada di kampus sehari suntuk.
                                       iii.     Kenangan silam sukar dilupakan.
                                       iv.     Nenek masih menyimpan barang-barang lama.
                                       v.      Cikgu menasihatkan kami supaya datang awal

            Kata adjektif jarak sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi makna konsep ruang seperti contoh yang berikut:

                                       nyaris          dekat
                                       hampir         jauh   

            Contoh ayat:    i.       Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.
                                       ii.      Universiti itu dekat dengan lebuhraya.
                                       iii.     Dia berdiri hampir dengan kereta saya.

            Kata adjektif cara sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam, seperti contoh yang berikut:

                                      pantas          deras              ligat
                                      lambat          gopoh             perlahan       
                                      laju                cermat            cepat

            Contoh ayat:    i.       Kereta itu dipandu dengan laju.
                                       ii.      Siapa cepat dia dapat.
                                       iii.     Gasing itu berpusing ligat.
                                       iv.     Arus sungai itu sangat deras.
                                       v.      Dia cermat apabila berbelanja.
        
            Kata adjektif perasaan ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep perasaan, seperti contoh yang berikut:

                                       kasih           takut               malu
                                       sayang        hendak          geram
                                       cinta                        rindu               marah

            Contoh ayat:    i.       Dia masih marah kepada saya.
                                       ii.      Nenek itu terlalu kasih akan cucunya.
                                       iii.     Mereka amat rindu akan kampung halaman.
                                       iv.     Kanak-kanak itu takut akan kucing.
                                       v.      Pemuda itu masih malu untuk bersuara
        
            Kata adjektif pancaindera sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau, dan rasa seperti contoh yang berikut:
§Indera sentuh

                             lembik           kasar              licin
                             halus                        kesat               keras

                             i.        Lantai itu licin kerana baru dicuci.
                           ii.        Kulit mukanya sangat halus.
                           iii.       Kain yang kesat itu ialah kain lap.
                           iv.       Buku itu berkulit keras.
                           v.        Dawai kasar itu untuk dibuat ampaian.

§            Indera dengar

                             nyaring                     lembut            mersik
                             merdu           garau              serak

                             i.        Suaranya merdu bagai buluh perindu.
                           ii.        Teriakannya nyaring sungguh.
                                 iii.          Kebanyakan lelaki bersuara garau.
                           iv.       Saya suka mendengar suaranya yang lembut.
                           v.        Alunan musik itu mersik.

§            Indera pandang

                             comel            hodoh                        molek
                             cantik            buruk              segak

                           i.         Pemuda segak itu guru saya.
                           ii.        Kakaknya suka berpakaian cantik.
                           iii.       Rumah buruk itu tidak berpenghuni.
                           iv.       Dia ingin mengahwini pemuda tampan.
vi.        Pakaian pengantin itu molek sungguh.

§            Indera bau

                             wangi           hanyir             harum
                             busuk           hancing         tengik

                           i.         Bunga ros itu harum baunya.
                           ii.        Bangkai ikan itu menyebabkan bau hanyir.
                         iii.         Nasi tengik itu tidak boleh dimakan.
                          iv.        Setiap hari dia memakai minyak wangi.
                           v.        Bau busuk itu datangnya dari lori sampah.

§            Indera rasa

                             manis           kelat                masam
                             masin           payau             lazat

                            i.        Setiap hari kita minum air tawar.
                             ii.       Semua orang suka makanan lazat.
                           iii.       Buah limau masam rasanya.
                           iv.       Saya tidak suka minum ubat pahit.
                            v.       Kuih tradisional itu terlalu manis.




6.3  Konsep dan Ciri-Ciri Golongan Kata Tugas

Golongan kata tugas merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis (keterangan). Dengan perkataan lain, golongan kata tugas bukan sahaja mengandungi golongan kecil yang berbeza malah turut menunjukkan sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti untuk frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.
            Kata tugas juga menjadi salah satu unsur dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu. Sehubungan itu, fungsi kata tugas dalam ayat adalah sebagai pemeri, penerang, penentu, penghubung, pembenar, penguat, penegas, dan sebagainya. Berikut disenaraikan kelompok kata tugas dan contoh-contoh perkataan yang berfungsi untuk mendukung sesuatu tugas dalam sintaksis tertentu.

kata hubung             :           dan, atau, tetapi
kata seru                    :           wah,amboi,cis
kata tanya                  :           apa, berapa, siapa
kata perintah             :           sila, tolong, harap
kata pangkal ayat     :           hatta, maka, syahadan
kata bantu                 :           akan, sudah, pernah
kata penguat             :           sangat, amat, paling
kata penegas            :           juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi                     :           tidak, bukan
kata pemeri                :           ialah, adalah
kata sendi nama       :           di, dari, dalam, daripada
kata pembenar          :           ya, betul, benar
kata bilangan            :           dua, segala, banyak
kata arah                    :           atas, bawah, tepi

6.4  Jenis-Jenis Golongan Kata Tugas

Kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas tertentu seperti kata penyambung ayat, berfungsi sebagai kata praklausa, prafrasa, atau sebagai kata pascakata. Sila rujuk jadual yang berikut untuk huraian tentang jenis-jenis kata tugas (Ali Mahmood et.al.2010)
Jenis Kata Tugas
Kata Tugas
Ayat
(i)            Kata Hubung Gabungan
  1. Menghubungkan klausa yang sama tara sifatnya.
  • Gabungan
dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian
  • Aminah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain.
  • Mereka mungkin pergi ke Johor atau ke Perak.
  • Sampah itu dipungutnya kemudian dicampakkannya ke dalam tong sampah.
(ii)           Kata Hubung Pancangan
  1. Menyambungkan klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk.
  • Relatif
yang
  • Budaya hidup yang bertoleransi dapat menjamin kesejahteraan.
  • Mereka beramai-ramai pergi ke sekolah yang menawarkan kursus komputer.
  • Komplemen
bahawa
  • Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.
  • Semua pihak harus menyedari bahawa perkara yang dihadapi adalah amat mencabar.

  • Keterangan
kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andai kata, kendatipun, hingga, jikalau, semasa, sementara,   setelah, sewaktu, ketika, untuk, tatkala, walaupun, sungguhpun, apabila
  • Pertandingan badminton akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan.
  • Dia membaca terlalu banyak hingga terlupa untuk makan.
  • Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.
  • Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.
  • Sewaktu diumumkan berita penting itu kami tiada di sini.


  • Orang tua itu berdoa semoga keluarganya sentiasa sihat.
(iii)          Kata Praklausa
  1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa, iaitu yang terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.
  2. Tugasnya yang sedemikian adalah untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengiyaan, atau sebagai penerang pangkal kepada klausa
  • Kata seru
aduh, amboi, cis, oh, celaka, eh, wah, syabas, aduhai, wahai
  • Syabas, awak telah berjaya!
  • Aduhai, awak datang lambat sangat!


  • Kata tanya
berapa, bila, bagaimana, mengapa, apa, siapa, mana
  • Harga barang itu berapa?
  • Mengapakah dia menangis semalam?
  • Kesihatannya sekarang bagaimana?
  • Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?
  • Manakah baju baharu saya?
  • Siapakah yang datang semalam?
  • Kata perintah
jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap, sila, jangan,
  • Jangan buang sampah di sini.
  • Janganlah bersusah hati.
  • Harap saudara dapat datang petang ini.
  • Silalah masuk.
  • Kata pembenar
ya, benar, betul, benar
  • Ya, itulah orangnya.
  • Betul, tanyalah dia untuk mendapatkan kepastian.
  • Benar, itulah cikgu baru di sekolah kita.




  • Kata pembenar
hatta, maka, syahadan, adapun, alkisah, kalakian, sebermula, sekali peristiwa, arakian
  • Hatta istana itu pun siaplah.
  • Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua kerajaan itu.
  • Maka baginda pun bertitah kepada Bendahara Paduka Raja.
  • Sebermula berburulah baginda bersama-sama hulubalangnya.
(iv)          Kata Prakfrasa
  1. Sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja, atau frasa adjektif.
  2. Mendukung tugas maksud yang terkandung dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang.
  • Kata bantu
  1. Bantu Aspek: telah, baru, pernah, sedang, masih, akan, belum
  • Pekerja itu telah pulang.
  • Murid-murid itu baru tiba.
  • Mereka pernah ke utara Malaysia.
  • Mereka sedang menyiapkan pengaturcaraan komputer.
  • Semua pihak sedang sibuk menyiapkan kerja.
  • Adik masih membersihkan meja.
  • Semua kenderaan akan diperiksa esok.
  • Pembesaran tasik masih belum dapat dimulakan lagi.

  1. Bantu Ragam: hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat
  • Cikgu Ramli bersungguh-sungguh hendak mengadakan kelas tambahan.
  • Ramai graduan yang mahu bekerja sendiri.
  • Halaman di hadapan rumah harus dibesarkan lagi.
  • Keputusan mesti diumumkan pada hari ini juga.
  • Semua pihak boleh memberikan pendapat mereka.
  • Atuk dapat mengerjakan fardhu haji pada tahun ini.
  • Kata penguat
  1. Penguat Hadapan: terlalu, paling, agak, terlalu, paling, agak
    • Kata penguat hadapan ialah perkataan yang letaknya di hadapan kata adjektif.
  • Bangau itu terlalu kurus.
  • Cadangan yang dikemukakannya paling menarik.
  • Pendapatnya agak bernas.

  1. Penguat belakang: sekali, benar, nian
    • Kata penguat belakang ialah perkataan yang letaknya di belakang kata adjektif.
  • Lukisan di dinding itu cantik sekali.
  • Lambat benar bas itu tiba.
  • Dia keluar sebentar nian.




  1. Penguat bebas: amat, sangat, sungguh
    • Kata penguat bebas ialah perkataan yang letaknya bebas, sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif.

  • Kata penegas -
    Kata penegas memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat.
  1. Penegas frasa predikat: -kah, -tah, -lah.
    • Hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian yang ditegaskan mengalami proses pendepanan.
  • Siapakah majikan kamu itu?
  • Apatah daya kita.
  • Orang itulah bapanya.

  1. Penegas frasa subjek atau frasa predikat: juga, pun, jua, hanya, lagi, hanya, memang
    • Bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat
  • Kami juga ingin ke bandar.
  • Kami ingin juga ke pekan.
  • Hujan hanya turun pada musim dingin.
  • Hujan turun hanya pada musim dingin.
  • Kata nafi -
    Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
  1. Menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: bukan
  • Itu bukan mereka.
  • Roti bukan diperbuat daripada besi.
  1. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif: tidak.
  • Dia tidak berlari.
  • Rumah lama itu tidak besar sangat



  1. Menjadi unsur nafi frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa mendukung maksud pertentangan maklumat: bukan
  • Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.
  • Pak Ali bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.

  • Kata pemeri -
    Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa utama dalam predikat.
  1. Hadir di hadapan frasa nama: ialah
  • Yang dapat dilihat ialah usaha dan kerajinannya.
  • Kereta api laju ke KLIA ialah jenis pengangkutan yang dapat menjimatkan masa.
  1. Hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama: adalah
  • Kenyataan itu adalah tidak benar.
  • Kejadian yang berlaku itu adalah disengajakan bagi mengelakkan salah faham.
  • Kata sendi nama
    Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
  1. Menunjukkan tempat: di
  • Tempat: Pengembara itu sesat di dalam hutan.
  1. Menunjukkan: tempat, arah dituju, waktu atau masa: ke
  • Tempat: Mereka akan ke Kuantan esok.
  • Arah: Mereka menuju ke selatan.
  • Waktu atau masa: Ali menunggu hingga ke petang.
  1. Menyatakan tempat atau arah,waktu atau masa: dari
  • Tempat atau arah: Angin bertiup dari arah selatan.
  • Waktu atau masa: Tempoh pembayaran bermula dari esok.
  1. Menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda, unsur mujarad, sumber, asal kejadian, perbezaan,   dan perbandingan:     daripada
  • Punca: Dia menerima surat daripada kakak.
  • Sumber atau asal kejadian: Ukiran itu diperbuat daripada logam.
  • Perbezaan atau perbandingan: Kami tiba lewat daripada mereka.
  1. Menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan: kepada
  • Sasaran: Sila kembalikan borang itu kepada kerani.
  • Pecahan: Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
  • Perubahan keadaan: Keadaan berubah kepada yang lebih baik.
  1. Menunjukkan keterangan waktu dan tempat: pada
  • Waktu: Bas bertolak pada pukul tujuh pagi.
  • Tempat: Tuliskan nama anda pada kertas ini.
  1. Menunjukkan kegunaan untuk sesuatu: untuk, bagi
  • Kegunaan untuk sesuatu: Rumah untuk pekerja sedang dibaiki.
  • Rumah bagi pekerja sedang dibaiki.
  1. Menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: untuk
  • Bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan: Hadiah ini untukmu.

  1. Bertugas membawa makna tujuan: demi
  • Tujuan: Kita mesti bersatu demi keadilan negara.

  1. Membawa maksud rujukan: tentang
  • Rujukan: Mereka berbincang tentang masalah negara.
  1. Membawa maksud perbandingan: seperti, bagai, umpama, laksana
  • Perbandingan: Hatinya keras {seperti, bagai, umpama, laksana} batu.


  1. Membawa maksud bersama-sama, cara sesuatu dilakukan, memakai atau menggunakan, menyatakan perbandingan yang serupa: dengan
  • Bersama-sama: Ayah ke pekan dengan ibu.
  • Cara sesuatu dilakukan: Dia memulakan majlis dengan doa.
  • Memakai atau menggunakan: Ani melukis potret itu dengan cat air.
  • Menyatakan perbandingan: Dia sentiasa sependapat dengan ketuanya.
  1. Membawa maksud penanda waktu atau masa: sejak, semenjak
  • Penanda waktu atau masa: Kami tinggal di kampung {sejak, semenjak} dua tahun yang lalu.
  1. Membawa maksud rujukan: terhadap
  • Rujukan: Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang
  1. Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: akan
  • Mendahului kata adjektif yang bersifat emotif: Wanita itu amat rindu akan anaknya.
  1. Membawa maksud hubungan pembuat dalam ayat pasif, hubungan yang membawa maksud sebab: oleh
  • Hubungan pembuat dalam ayat pasif: Kuih itu dibeli olehnya.
  • Hubungan yang membawa maksud sebab: Pemain badminton itu kalah oleh (sebab) kekurangan latihan.
  1. Membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu, atau tempat: hingga, sampai
  • Perihal peringkat dan had masa: Anaknya belajar {hingga, sampai} peringkat universiti.



  1. Membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: dalam, antara
  • Lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak: Kita harus bertutur dalam bahasa kebangsaan kita.
  • Tidak ada perbezaan besar antara pendapatnya dengan pendapat saya.
  • Kata arah
  1. atas, antara, bawah, tepi, belakang, tengah, dalam, luar, sisi, penjuru, sudut, segi, selatan, samping, timur, barat, hadapan, utara
  • Buku itu ada di atas meja.
  • Dia duduk di antara Ramli dan Salmah.
  • Mereka bersembunyi di bawah rumah.
  • Petani itu berjalan di tepi danau.
  • Kami mendirikan khemah di belakang rumah.
  • Kata bilangan
  1. Menunjukkan bilangan tentu: satu, dua, sepuluh, sejuta
  • Bilangan tentu: Dua hari lagi dia akan sampai.
  1. Menunjukkan bilangan tak tentu: segala, semua, para, beberapa, sekalian, seluruh, banyak, sedikit
  • Bilangan tak tentu: Segala persiapan telah dibuat.
(v)           Kata Pascakata
  1. -nya yang hadir selepas perkataan.
  2. Berfungsi sebagai penekan dan pembenda.
  • Kata penekan
  1. Memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya: -nya
  • Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.
  • Kata pembenda
  1. Menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama: Kata + -nya; lajunya, sakitnya
  • Lajunya ialah 100 km sejam.






 


AKTIVITI


1.  Secara berpasangan, catatkan dua contoh kata adjektif untuk setiap jenis kata 
adjektif, iaitu (i). kata adjektif sifatan atau keadaan; (ii) kata adjektif warna; (iii)  kata adjektif ukuran; (iv) kata adjektif bentuk; (v) kata adjektif waktu; (vi) kata adjektif jarak; (vii) kata adjektif cara; (viii) kata adjektif perasaan; dan (ix) kata adjektif pancaindera.

2.  Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti jenis-jenis kata tugas yang berbeza, iaitu (i) kata hubung gabungan; (ii) kata hubung pancangan; (iii) kata praklausa; (iv) kata prakfrasa dan kata pascakata.
          Masyarakat kita sedang menghadapi krisis pembudayaan bahasa Melayu dalam komunika­si, apatah lagi komunikasi yang bersifat rasmi. Kian ketara ialah pengabaian sejumlah anggota masyarakat pelbagai lapisan terhadap bahasa sebagai unsur teras kebudayaan dan tamadun.” Demikian ditegaskan oleh tokoh bahasa, Profesor Dr. Haji Awang Sariyan ketika membentang­kan kertas utama yang bertajuk Melestarikan Bahasa Melayu dalam Komunikasi dalam Seminar Kesantunan Berbahasa Peringkat Kebangsaan pada 28 hingga 29 Mac 2007 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu.
       Tegas beliau, “krisis pembu­dayaan bahasa Melayu dapat diperhatikan dalam dua bentuk, iaitu, krisis pembudayaan dalam hal taraf dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu, dan krisis pem­budayaan tentang mutu penggu­naan bahasa Melayu dalam pel­bagai ranah seperti pentadbiran, media massa, pendidikan dan di tempat awam. Pelestarian baha­sa Melayu dari sudut taraf dan fungsinya serta penggunaannya penting untuk menyuburkan amalan komunikasi yang baik dan berkesan, sekali gus dapat mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa tonggak tamadun bangsa.”
       Seminar anjuran Institut Perguruan Sultan Mizan, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur dan Kerajaan Negeri Terengganu ini bertujuan untuk menghayati dan menerapkan bentuk serta strategi komunikasi yang bersopan dan beretika bagi mengatasi kepincangan aspek penghayatan nilai serta adab ke-sopanan dan kesantunan berba­hasa yang semakin diabaikan dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, seminar ini diharap­kan dapat memberikan input dan maklumat baharu kepada para ilmuwan dan pentadbir sekolah agar dapat menerapkan aspek kesantunan berbahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) sekali gus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa komunikasi dan bahasa perpaduan.
          Seminar yang dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah, pegawai kerajaan, guru, bakal pendidik, penggiat bahasa dan masyarakat umum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Institut Perguruan Sultan Mizan, Tuan Haji Nik Arif Raja Yusof. Dalam uca­pan perasmiannya, beliau menegaskan bahawa “penerapan kesantunan dan budi bahasa dalam komunikasi amat penting untuk membentuk generasi yang berkualiti dan berkeperibadian tinggi. Oleh itu, beliau berharap agar seminar ini dapat menye­marakkan rasa cinta terhadap bahasa kebangsaan, mengang­kat martabat bahasa Melayu dan menyuntik semangat para peser­ta.

                                  Sumber: http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf
                                                                        







 


LATIHAN

Berdasarkan petikan cerpen di bawah, kenal pasti dan gariskan golongan kata adjektif yang terdapat. Kemudian kenal pasti jenis-jenis kata adjektif tersebut.

Kopi yang masih panas kucicip perlahan. Kurang manis. Aku mencapai satu paket gula, mengoyakkan bucunya lalu mencurahkan isinya ke dalam cawan putih bermulut heksagon. Tanganku mengacau sudu sambil mata merenung jauh.  
"Kenapa kau diam? Tak betulkah apa yang aku katakan?". Pandangannya menuntut jawapan. Dia turut menghirup teh manis di dalam cawan di hadapannya.  
Aku masih diam. Persoalan yang dihamburkan membuat aku malas mahu melayan.  
"Hilwah... kau marah?" 
Aku menggetis donat di dalam piring, lalu menyuapkannya ke mulut. "Buat apa aku nak bertekak tentang persoalan yang kau sendiri telah punya jawapan dan pilihan."  
"Aku bukan mengajak bertekak, Hilwah. Tapi berkongsi pandangan," balasnya. Dia mengorak senyum.
"Err, tapi maksud kau, betullah kau bersetuju bila aku katakan profesion perguruan itu serendah-rendah karier dalam kelas profesional? Aku teguk lagi kopi yang masih hangat. Menarik nafas. "Ya... dan tidak." Aku menjawab acuh tidak acuh. Hakikatnya pantai hatiku sedang diamuk gelora. Rasa terhina!

 



 


BAHAN BACAAN


Abdullah Hassan.   (1980).  Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.
Abdullah Hassan (penyunting) (1983). Rencana Linguistik.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2006). Morfologi:Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Petaling Jaya:Penerbit Fajar Bakti.Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah.Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Ali Mahmood et.al. (2007). Modul Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia.
Ali Mahmood et.al. (2010). Modul Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu:Kuala Lumpur:Open University Malaysia
Nik Safiah Karim et.al (1996; 2006). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka




 

Search This Blog