Thursday, August 2, 2012

cerita praktikum 2 part 2

as salam and welcome..♥

tika rasa la kan,
praktikum kali ni,
tika lebih tahu  macam mana nak kawal kelas berbanding sebelumnya.
memang betul orang kata,
pengalaman mengajar erti hidup.
ececeeeeee,
haha.
tapi serius.
sekarang tika lebih tahu macam mana nak mesra dengan murid.
macam mana nak dekati murid yang pasif,
macam mana nak biasakan diri panggil murid dengan istilah 'sayang',
macam mana nak tarik minat murid yang tak fokus, 
yang paling penting tika lebih selesa dengan kanak-kanak sekarang ni.
sebelum ni,
tika tak pandai nak rapat dengan murid.
alhamdulillah.
bila masuk kelas ja,
murid suka,
kadang-kadang murid request suruh masuk kelas.
bes katanya,
boleh main-main, belakon, nyanyi-nyanyi, dan tengok video.
memang la bes sebab korang tak suke belajar kan.
hihi.
tapi rasanya memang sume guru praktikum disukai dan digemari murid.
kannnn.
pengalaman tika kat sekolah taman suria ni,
kebanyakkan murid suka sangat aktiviti berlakon.
tak malu pulak tu.
boleh pulak simulasi secara spontan.
tapi,
ada yang tak besnya.
kebanyakkan kelas yang tika ajar,
tahap dan aras akademik diorang rendah.
so sangat terhad untuk tika lakukan aktiviti kemahiran berbahasa terutama menulis.
kebanyakkannya boleh membaca,
tapi bab menulis lambat..banyak kesalahan dan selalu lari je daripada soalan yang tika sediakan.
stress jugak fikir soal ni.
nak tak nak,
terpaksa merendahkan aras objektif atau hasil pembelajaran yang dirancang.
kena banyakkan aktiviti lisan seperti yang diorang suka,
terutama bab lakonan,berpantun,bersajak dan bercerita.
oh,
sebut pasal berpantun,
tika sangat teruja dengan seorang murid yang tika ajar.
baru tahun 4 tapi mahir mencipta pantun.
bagi sahaja apa tema,
pasti boleh buat.
ayat dia pon bes-bes.
macam yang dah sekolah menengah da.
tika pon rasa tahap tika sama ja dengan dia.
hebat la dak Haikal ni.
ok nanti tika sambung cerita lagi...
;)

 

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog