Monday, October 22, 2012

impian.

as salam and welcome..♥

hari khamis lepas,
tika dan ahli kelas yang lain,
berjaya mengadakan tayangan perdana
Filem Pendek Cerita Seorang Abang.

alhamdulillah.
semuanya berjalan lancar.
malam tu.
sebelum majlis bermula.
tika sangat takut sebab,
penonton yang datang berpusu-pusu.
memang di luar jangkaan.
ini adalah hasil pertama
ipg KTI
mencipta sebuah Filem Pendek.
sejujurnya.
ada banyak kelemahan dan kekurangan dalam 
filem yang kami hasilkan.
tika sendiri kurang berpuas hati dengan hasilnya.
tapi bukan kerana kemampuan kami.
tika kurang berpuas hati,
sebab kami tidak mempunyai kemudahan,
dan kelengkapan yang sepatutnya untuk pembikinan 
sebuah filem.
ya,
saya kene faham,
kami di ipg bukan dididik untuk menjadi seorang pengarah,
mahu pun penulis skrip filem.
jadi siapa yang nak sediakan semua kelengkapan tu?
kebanyakan kemudahan yang digunakan pun,
hasil belian duit rakan-rakan produksi sendiri.
syukran.
walaupun tidak sehebat filem yang ditayangkan di layar perak,
hihi.
tapi kami mampu menyempurnakannya.
memang selepas habis tayangan,
banyak feedback dari rakan-rakan senior dan junior.
ya,
kami tahu segala kekurangan itu bakal kami perbaiki,.
dan segala yang baik akan kami perkemaskan pada masa
akan datang insyAllah..
dengan berkayanya membina satu naskah skrip Filem Pendek
Cerita Seorang Abang,(39 babak)
terlintas di minda tika,
untuk menghasilkan novel berkaitan diri,keluarga dan apa yang pernah dialami
oleh mereka di sekeliling.
memang dari dulu lagi mengimpikannya.
adakah dalam ruangan blog ini,
tika boleh mulakan langkah demi langkah.
mungkin bab demi bab.
akan tika fikirkan.


 insyAllah.

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog