Monday, October 22, 2012

EMAK- kisah benar ranjau hidupku part 1

as salam and welcome..♥

ohh.sebelum tu,
entry ini mungkin akan panjang walopon saya baru mula menaipnya.
harap bersabar semasa membaca.
kalau tak berminat tak payah teruskan kerana ini hanya berkaitan diri saya seratus peratus.
 
memandangkan diri terasa sedikit sihat pagi-pagi buta ni,
eloklah tika mengisi masa lapang caittt ini dengan menaip di blog tercinta.
dengan harapan ada yang sudi membaca.
haha.
tak de la,
blog ni hanya suka-suka.
if ada yang membaca,
anggaplah ini hanya perkongsian kisah hidup.
yang baik jadikan teladan,
yang tak baik jadikan sempadan.
eceeeee..hihi.
entah kenapa,
malam ni betul-betul rindu mak.
dan mak pun dua tiga hari ni asyik rindu tika la.
hihi.
betul,sumpah tak tipu.
mak cakap sendiri. ada korang kesah?
huhu.
sebenarnya tika da cerita kat mak pasal loya-loya tu,
terus dia excited walopon tuttttt.
tuttt itu sukar diceritakan.haha.
tolong faham dan diam sudah.
bukan itu yang ingin tika kongsikan pagi-pagi buta ni.
entah nak mula dari mana.
tapi tika tetap nak ceritakan jugak.
entah patut atau tidak diceritakan di sini,
tapi masih nak ceritakan jugak.
sebenarnya,
tika teringin ceritakan alkisah hidup sebenar saya,
seorang perempuan,
yang baru bergelar isteri dan baru berusia 22 tahun, (2012).
sebelum mula cerita,
tika gitau sikit kenapa dan mengapa terlintas nak cerita.
pertamanya,
sejak berada di IPG sejujurnya,
tika sedar satu perkara negatif dalam diri tika,
walaopun tak pasti patut tak cerita kat sini,
tapi tika rasa tak pa,
untuk sempadan pembaca di lua sana.
perkara tersebut ialah berkaitan sifat saya yang tidak dapat menerima kenyataan 
tentang keluarga saya.
uhhhh..entah macam mana nak ceritakan,
sifat yang macam mana?bagaimana? elok kalian baca kisah hidup tika di bawah ini,
dan simpulkan ikut kefahaman kalian.ok.

  nama saya atiqah zukhi. (bukan nama penuh)
lebih selesa dipanggil dengan nama tika/tikah ikut keselesaan yang memanggil.
tika dilahirkan di rumah.ya rumah.
di taman wira mergong, alor setar, kedah.
sebab di rumah? mak kata tak sempat ke hospital.
oh degil dari dalam perut rupanya tika,
patutla.
semasa dilahirkan,
tika memiliki seorang abah,emak,dua orang abang; along+angah.
2 3 tahun selepas itu,
ahli keluarga tika berkurangan.
bukan sebab kematian,
tapi disebabkan penceraian.
ya. mak n abah bercerai.
lalu tika dibesarkan oleh seorang ibu yang tabah dan sangat
tika sayangi; EMAK...
hidup sejak kecil tika,
tika tak tahu nak cakap susah ke senang.
baca dan kalian agakkan ok.
beberapa bulan selepas dilahirkan lagi,
keluarga da berantakan,
ini pada pandangan tika,
sebab tika tak pernah pula tergerak hati nak tanya mak,
tika pon kecil lagi masa tu jadi hanya buat andaian.
kenapa tika kata macam tu?
lepas beberapa bulan,
mak tinggalkan tika pada jiran sebab mak perlu bekerja.
kerja sebagai apa?
apa agak kerja yang sesuai untuk seorang wanita berusia lingkungan 
30-40an dengan hanya menamatkan sekolah pada darjah 6?
memang, emak tidak berpelajaran seperti ibu orang lain.
emak kawin dengan abah pada umurnya baru menjangkau 15 tahun.
nasib keluarga susah memang macam tu kot.
terpaksa berkahwin awal untuk mengurangkan beban keluarga.
ini mungkin,saya pon tidak pasti.
dengan tiada sebarang sijil,
emak meninggalkan tika di rumah jiran,
selama beberapa minggu untuk berniaga/menjaja ubat dari rumah ke rumah.
bersaMA rakan yang lain, emak
ke negeri-negeri lain dan menginap di mana-mana hotal bajet selama beberapa hari
untuk pergi ke kawasan perumahan dari rumah ke rumah bagi 
mencari rezeki membesarkan tika dan abang-abang.
oh lupa ceritakan.
beza umur tika dan abang agak jauh.
abang yang sulung berumur 14tahun dan yang kedua 10 tahun ketika
tika dilahirkan.
selema beberapa minggu ketiadaan emak,
mereka melakukan kerja sendiri.
dan dari kecik lagi,
abang-abang dah terasuh dengan bekerja sendiri
untuk mencari duit.
abang no 2 pernah ceritakan pada tika yang dia pernah 
membasuh pinggan di warung untuk mencari duit.
ini bukan cerita adaptasi filem.
ini kisah benar.
entah kenapa saya tidak rasa sedih untuk ceritakannya di sini,
tetapi rasa bangga kerana mempunyai pengalaman yang lain daripada orang lain.
tika pernah ikut emak pergi berniaga.
dari rumah ke rumah.
dan masih ingat lagi,
kadang-kadang,
ada makcik-makcik yang kesian tengok tika berjalan dengan mak,
mereka bagikan baju atau apa-apa yang da tak nak digunakan lagi.
jarang sekali kami ambilnya.
sebab emak kata,
'kakak. kita datang bukan mengemis, tapi kita datang mecari rezeki yang halal'
 ya mak, kakak pegang kata-kata mak.
walaupun tika tiada adik,
tapi,
panggilan kakak adalah panggilan yang tika sendiri inginkan sejak kecil lagi.
pernah sekali tika ikut mak berniaga ubat di sekitar rumah mona fendi.
pada mulanya,
mak tak tahu kat situ area rumah mona fendi.
bila ada sorang makcik yang bagitahu mak,
terus mak bawa tika pergi jauh dari kawasan tu.
mak kata,
masa tu mak risau sangat kalau tersilap langkah ke rumah mona fendi,
mak takut apa-apa yang jadi kat tika.
syukur semuanya selamat.
 beberepa tahun selepas tika membesar,
emak dah tak menjaja ubat lagi.
mungkin sebab faktor usia,
letih juga berjalan rumah ke rumah setiap hari.
mak mula berniaga makanan,
mak pernah buka kedai makan di kuala kedah.
yang ni tika tak ingat sebab masih kecik.
kemudian mak pernah berniaga kuih di pejabat-pejabat sekitar alor setar.
tika pernah ikut mak.
masih jelas dalam ingatan.
suatu hari,
tika letih dan mengantuk.
sebab tak larat,
mak ambil kerusi dari pejabat, dan tika
tidur di tepi lorong-lorong dalam kawasan pejabat di atas kerusi tu.
hemmmm..
masih jelas dalam ingatan.
kuat sungguh mak...
ketepikan malu dan sebagainya.
untuk dapatkan rezeki yang halal untuk aku dan abang.

kemudian,
mak pernah juga buka kedai makan dekat area taman.
yang ni abang-abang da besar.
abang pon tolong juga.
seingat tika,
mak berniaga kat sini sampai satu masa mak
dapat jadi 'bomoh'
ya BOMOH.
yang ni entahla,
percaya dengan tidak.
tapi 80% sekarang ni mak dan famali anggap semua tu mainan syaitan.
bukan apa.
memang masa mak jadi 'bomoh' tu,
mak dapat ubatkan orang.
siap ada seorang artis datang berubat.
pakai ayat al quran.
mak siap bertapa atas sejadah 44hari.
tak boleh becakap,
makan pon tak, nak cakap mak tulis atas kertas.
susah sungguh masa tu.
tapi yang peliknya.
mak dapat jadi bomoh daripada mimpi.
mak kata dia mimpi lihat ayat Al Quran penuh di langit
dan ada suara bertanyakannya untuk merasa saat mati.
entahla syaitan atau apa.
tapi masa mak bertapa mak kena pakai serba kuning.
tak pelik ke?
biasa kan putih,
tapi tika tak berani komen panjang pasal ni sebab tika taknak tersilap kata dalam soal agama.
tapi setahun dua ja,
lepas tu mak rasa tak sedap dan mak cuba lupakan semuanya.
dan sekarang ni mak cuba untuk mencari ustaz untuk tanya tentang tu.

tahun akhir tika di alor star masa tika darjah 4.
kami sekelurga pindah ke kelantan.
atas alasan apa masa tu?
mak abang dan kak ipa kata rumah kami berhantu
masa tu tika percaya.
memang ada tapak-tapak kaki macam jari binatang berwarna hitam di syiling.
masa tu kecil lagi,
tika percaya seratus peratus.
tapi sampai sekarang tika tak pasti apa punca sebenarnya.
dan rumah kami disewa oleh orang lain.
oleh kerana rumah tersebut dibeli oleh abah,
mak dah tukarkan kepada nama mak sebab belum habis dibayar semasa
abah tinggalkan kami.
 maka berpindahla kami sekeluarga ke kelantan,
negeri asal emak,along dan angah.
mula-mula kami menetap di kawasan perumahan sekitar pasir tumbuh.
keadaan makin teruk sebab kami perlu bina hidup baru.
angah dan along terpaksa cari kerja yang bersesuaian dengan umur dan sijil mereka.
hanyalah SPM.
along seorang yang pintar,
angah pula seorang aktif dalam sukan.
along fasih berbahasa inggeris,
oleh sebab masalah keluarga yang berlaku masa umur remaja angah
dan along, semuanya meninggalkan kesan pada hidup dan masa depan mereka.
along tak berminat untuk meneruskan pelajaran dan lebih suka pada dunia hiburan
dan juga mula nampak keseronokkan.
almaklumla dia dah mula berkerja pada awal usia 14tahun.
angah pula kecewa sebab tak dapat meneruskan impian mewakili negeri kedah dalam
bola sepak kerana sepasang kasut.
sukar untuk dijelaskan di sini.
tapi itu menyebabkan angah putus harapan untuk meneruskan impiannya
sebagai pemain bola sepak negara.
angah pernah bermain untuk negeri kedah bawah18..
oleh sebab tiada sebarang keistimewaan dalam pendidikan,
angah dan along berkerja sekadar untuk pendapatan mereka.
sikit-sikit boleh la tolong mak.
mak pula,
teruskan lagi berniaga ubat.
dah terpaksa buat kerja ni walaupun umur semakin meningkat.
mak tinggalkan lagi tika.
kali ni tika tinggal dengan abang-abang dan kakak ipar.
beberapa bulan lepas tu,
ada satu perkara yang menyebabkan tika tak nak lagi tinggal dan bersekolah di situ.
tika minta keluarga di kampung emak (pasir puteh)
datang dan ambil tika.
sejak hari tu kami tinggal di kampung emak.
rumah sepupu mak.
yang macam adik beradik emak sebab mak dari kecil dipelihara oleh
emak sedaranya.
hujung tahun tika darjah 4,
emak dijodohkan dengan seorang lelaki yang berusia lebih kurang 60an masa tu,
dekat kawasan tu jugak.
masa tu tika 10 tahun,
hidup tanpa ayah dari kecil,
buatkan tika benci semua lelaki yang ingin jadi ayah tika.
jadi,
tika memang takleh terima pernikahan tu.
tika tak tinggal dengan mak.
tika terus tinggal dengan mak sedara.
abang-abang pula masing-masing dah bawa haluan kerana semua dah ada keluarga sendiri.
jujurnya,
lepas mak kahwin,
tika rasa sedikit mewah.
memang tika tak tinggal dengan mak.
tapi setiap bulan,minggu mak akan bagi duit.
ayah tiri tika tu tak la kaya,
tapi boleh la.
dia ada banyak rumah sewa.
jadi hidup mak lebih senang berbanding sebelum ni.
mak duduk rumah saja.
kebetulan ayah tiri tika seorang yang beragama,
tok siak masjid.
jadi mak lebih terbimbing.
mak mula mengajar budak-budak mengaji al quran.
dengan ayah juga mak dapat sampai ke mekah untuk tunaikan umrah.
alhamdulillah.
terkilan pula tika memikirkan layanan tika kepada arwah ayah tiri tika ni.
 lepas UPSR,
tika berjaya ke MRSM.
di MRSM bermula segala perangai buruk + negatif yang tika ingin ceritakan sebenarnya.
di MRSM,
kebanyakan kawan dalah anak orang kaya.
dan tika pada masa tu,
biasa-biasa saja.
mak tika hanya ada saga lama.
keegoan mula muncul dalam diri,
mungkin juga sebab masa tinggal di rumah mak sdara tika tu,
tika agak selesa.
anak-anaknya semua kerja kerajaan.
semua berkenderaan.
hidup hebat-hebat.
dan mungkin sebab persekitaran rakan di MRSM membuatkan tika 
malu dengan diri.
tika mula menjadi seorang anak yang tidak memikirkan hati ibunya,
dari rumah,
biasanya tika dan seorang rakan akan pergi dengan teksi.
jadi tika tiada masalah dengan ini.
tapi bila ada majlis yang menjemput ibu bapa,
tika rasa malu bila mak datang dengan teksi. 
masa ni mak belum beli kereta.
entah kenapa perasaan itu muncul.
sering kali tika minta emak tak perlu datang.
cuba fikir apa perasaan mak pada masa tu?
mula-mula mak tak perasaan.
tapi bila da acap kali,
ibu mana pun akan sedar perangai anaknya
emak pernah menangis dan meluahkan hal ini kepada tika.
tapi,
masa tu tika sangat EGO, degil, keras hati,
tika tetap dengan perangai tika hinggalah tamat di MRSM.
walaupun mak terasa hati,
walaupun tika tahu mak terasa hati,
mak diam dan pendamkan.
adakah tika anak derhaka???
astafirulahal'azim..
 
lepas keluar mrsm,
tika dapat tawaran masuk uitm shah alam,
dapat kolej di melaka,
dan matrik di tangkak.
dapat bayangkan betapa gembiranya hati seorang ibu masa ni.
penat lelah mak dari tika kecil,
sampai tika besar hampir membuahkan hasil.
tika pilih ke matrik sebab tika nak cepat habis belajar.
masa ni,
ayah tiri tika dah meninggal dunia,
begitu juga dengan along,
abang sulung tika.
arwah ayah meninggal masa bulan 3 tahun tika ambil spm 2007.
along pon pada tahun sama.
tapi masa bulan september. time bulan puasa hari jumaat.
ingat lagi masa ni tika tengah percubaan spm.
sedih sangat-sangat.
tinggal tika, emak dan angah saja masa tu.
mula-mula nak ke matrik,
berat juga hati,
tika kesian dekat mak.
mak tak kan nak tinggal sorang-sorang.
dah la arwah ayah da tak ada,
duit rumah sewa pon bukan dapat dekat mak lagi sebab masa tu,
arwah ayah tak pernah baut sebarang wasiat hitam putih.
hanya lisan.
siapa nak percaya wasiat lisan.
lagi-lagi tak bersaksi.
jadi rumah sewa semua diberi pada anak angkat arwah ayah yang juga anak cina.
yang ayah jaga dari kecik lagi.
tak apa lah,
itu bukan rezeki kami.
maka keperitan emak bermula lagi.
saat tika menunggu spm lagi sebenarnya.
emak berkerja sebagai cleaner di kem khidmat negara tok bali.
 mak kata tak pa,
isi masa kosong dia.
dalam pada tu tika tahu,
mak cuba mencari duit andai kata tika dapat masuk ke universiti.
tika satu-satunya harapan keluarga.
mak pasti tak nak tika ikut jejak langkah abang.
sebab kemiskinan tak dapat teruskan apa yang tika usahakan sejak kecil.
(saat ini air mata tiba-tiba mengalir pantas)
dalam masa tengah fikir nak teruskan pengajian di mana,
tika ada minta mak kahwin lagi.
tika yang minta kali ni.
pada tika ini saja cara untuk kurangkan penderitaan mak
sebelum tika berkerja dan mampu menyara mak.
tika juga minta ipg.
dengan harapan tika dapat teruskan pelajaran tanpa menyusahkan mak.
selain masa depan tika terjamin untuk membantu mak.
jujurnya,
tika memang minat jadi cikgu.
tapi tika teringin sangat jadi cikgu akaun.
cikgu sekolah menegah, bukan sekolah rendah.
untuk itu tika perlu masuk uitm dan belajar perakaunan,
jurusan pertama pilihan tika dan tawaran yang telah diberikan uitm.
pada masa tu,
dalam tengah  buat pilihan,
tika dengar ada saudara kata,
kalau masuk u,
nak jadi cikgu,
skor pointer kene tinggi,
baru dapat ambil jurusan pendidikan.
kena fight dengan pelajar cina.
akaun bukan subjek senang.
jadi tika takut tika gagal untuk itu.
tika dalam diam,
tukar plan untuk masuk ke ipg.
alhamdulillah,
sebelum masuk matrik mak pon dah kahwin dengan seorang lelaki yang
dicari oleh kakak mak sendiri.
maka berpindahlah pula kami ke kemaman.
mak jadi orang felda.
masa ni betul betul mewah.
masa ni tika percaya yang orang felda kaya-kaya.
tika kat matrik walopon tiada masalah tentang mak,
tapi hati ni masih tetap nak ipg.
tak nak susahkan mak lagi.
alhamdulillah,
selepas gagal dipanggil untuk temuduga ipg,
tika buat rayuan,
alhamdulillah lepas temuduga tika diterima masuk ke ipgkti dalam 
opsyen bm/pj/psv.
walaupun ditentang hebat guru-guru mrsm,
tika teruskan niat tika.
masa kat maktab,
mak makin gembira.
tika boleh lihat kegembiraan mak.
walaupun mak tak pernah cakap.
tapi mak selalu bercerita dengan kawan-kawan dia.
itulah mak.
sentiasa nak menceritakan perkara yang baik tentang tika walaupun bermacam tika sakitkan hati mak.
 tahun 2010 sekali lagi mak diuji.
mak terpaksa ulang alik balik ke kelantan sebab ibu kandung mak,
sakit tenat.
sebagai seorang anak,
walaopun tok tak pernah jaga mak,
tapi mak tak nak lepas peluang jaga tok.
kemaman dengan pasir puteh agak jauh.
6 jam perjalanan.
dalam masa ni la juga,
berlaku perkara-perkara yang tak diingini lagi.
mulut dan hati manusia kita tak boleh sekat.
ada yang tak puas hati dengan mak,
anak-anak ayah tiri tika lemparkan macam-macam fitnah dekat mak.
dan akhirnya mak dan ayah bercerai.
tika dan angah sendiri yang minta mak diceraikan.
tak larat melihat mak derita.
walaupun mak terpaksa membina hidup sendiri kembali,
tika lagi rela daripada melihat mak dicaci dan difitnah.
mak menyewa sebuah rumah kayu  buruk yang ditinggalkan di kampung nenek tika.
rumah nenek tika kecik je,
nenek kan susah,
sebab tu mak dibesarkan oleh ibu saudaranya..
mak masuk AMANAH.
amanah ni macam persatuan yang membantu golongan wanita untuk berniaga,
minggu-minggu kita bayar.
ada masa tertentu kia boleh buat pinjaman wang dengan jumlah tertentu.
mak mula berniga kecil-kecilan.
lama-lama makin besar.
arwah tok pula sempat duduk dengan mak beberapa bulan saja.
lepas tu,
tok meninggal dunia.
nak tak nak,
mak terpaksa terus tinggal dekat kampung tok.
kalau tak mak nak tinggal kat mana lagi?
mak dah tak nak balik rumah kami di kedah.
mak kata sana bukan negeri asalnya.
apa-apa jadi tiada saudara mara.
tika ikutkan saja.
lagipun tika dah selesa dengan suasana kelantan.
cumanya,
perasaan dan sifat buruk tika yang masa di MRSM muncul lagi.
ni gara-gara pernah hidup senang masa di kemaman.
mudah betul tika lupa pada asal usul tika!
astafirullahala'zim..teruknya tika..

di kampung,
persekitarannya agak sederhana.
semua penduduk kampung lebih kurang sama.
tidak mementingkan pelajaran.
suka berjudi dan berdikir.
hiburan diutamakan.
itu pandangan tika.
rumah-tumah sekitar sana juga tak terurus.
budak-budak berkaki ayam,
bermain lumpur di tengah hujan,
uishhhh..
kotor sangat bila ditengok.
 perasaan ni mula makin meracau masa tika nak bertunang.
dah pasti tika taknak bertunang di situ.
maka tika bertunang di shah alam.
rumah abang.
masa ni abang pon tak nak benarkan bertunang di rumah mak.
bayangkan pada tahun 2010,
rumah yang macam mana yang disewa dengan
nilai sewaan RM50?
hati mak sekali lagi tika guriskan hujung tahun lalu.
masa ni mak dah berkahwin lagi dengan orang kampung ni.
orangnya biasa-biasa saja.
juga berniaga.
tiada anak.jadi tiada masalah macam sebelum ni insyAllah.
bila ditetapkan tika kan dinikahkan pada hujung tahun 2012.
maka tika berkira-kira untuk mengadakan majlis di shah alam.
pihak lelaki tidak bersetuju.
jauh kata mereka. menambahkan kos pengangkutan.
terpaksa buat di kg.
pada mulanya tika sedaya upaya berusaha untuk taknak adakan majlis di rumah mak.
malu lah kawan-kawan datang tengok rumah nenek yang macam tu.eiii.
segan.
itu yang ada dalam hati tika pada masa tu.
JUJUR.

maka tika merancang untuk mengadakan majlis di dewan,
tapi  ayah tiri dan mak taknak.
ayah kata nanti orang kampung tak boleh pergi,,
 jauhhhh.
tika balas, tika nak jemput kawan bukan orang kampung,.
betapa angkuhnya kata-kata tika saat itu.
tika minta buat dekat rumak ibu saudara yang pernah tika tinggal masa kecik tika.
mak membantah.
mak kata mak hanya ada seorang saja anak perempuan.
mak nak adakan majlis untuk anaknya sendiri.
mak terus kuatkan hati,
cari duit untuk renovate rumah buruk yang disewanya itu,.
masa tu mak kuatkan semangat.
kuat hati dia.
walaupun mak tahu mungkin tuan rumah akan marah,
atau naikkan harga rumah,
tapi mak tekad.
demi TIKA.
takut tika malu.
takut tika segan dengan kawan-kawan.
tika teruknya tika.
tika tolong la sedar tika.
banyaknya perngorbanan mak untuk tika.

tika mulai sedar semua ni sikit demi sikit,
dah lama tika nak kongsikan perkara ni kat sini.
tapi tak tau nak mula kan macam mana.
hari ni tika tekad menaip sampai ke subuh.
mak,,
kakak sayang mak.
mak tolong kuat.
terima kasih tuhan kerana kau ingatkan ku sebelum aku terlambat.

YA ALLAH Engkau panjangkan umur ibuku Ya Allah.
semoga emak sempat merasa gajiku sebagai seorang guru.
semoga emak sempat mendodoikan anakku sepertimana emak mendodoikan aku semasa kecil.
semoga emak sempat mendidik anakku seperti mana emak mendidikku.
semoga emak sempat mengajar ilmu agama kepada anakku seperti mana emak mengajarnya kepadaku.
semoga emak sempat mengajarku, mendidikku menjadi seorang ibu yang kuat,tabah, sabar,dan redha dengan segala cabaran dugaan sepertinya YA ALLAH.
YA ALLAH Engkau perkenankan doa hambamu yang hina ini.
aku bermohon padaMu YA RABBI, YA RAHIM,, 

p/s: sayangi ibu kalian walau bagaimana pun dia. jangan jadi macam tika yang dah besar panjang baru nak menyesal.
 
semalam mak call, sejurus masa tika dengar lagu pondok kecil,saja pasang sebab betul-betul teringatkan mak. mak kata mak sakit perut sangat-sangat.mak tak pernah rasa macam tu mak kata. tiba-tiba panggilan terputus.mungkin kredit mak habis.aku pula tak ada kredit nak telefon balik. Ya Allah sembuhkan segala penyakit ibuku,.mak tolong kuat untuk kakak sekali lagi..

 

 
 

 

3 comments:

  1. sedihnya nya cerita tika. Moga terus kuat!

    ReplyDelete
  2. tersentuh org bace entry akk.. dan bagi inspirasi kat winda utk terus belajar... :)

    ReplyDelete
  3. tq kak fareha,,tq wynda sudi baca kisah hidup tika.. iA tika terus kuat untuk mak.. sama2 kita hargai ibu bapa kita..

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog