as salam and welcome..♥
hemm, nak memulakan entry tentang kajian tindakan dulu lah.
sebab dah lama sangat tak update, maka otak blur lah.
pengisian apa yang patut ditaip/ditulis/ditampal di sini.
hihi.
ok,
sebelum tika kongsi apa tajuk kajian tindakan tika,
tika nasihatkan agar adik-adik yang bakal berada di semester 7
di IPG bersedialah dari awal tahun lagi.
walaupun kajian tindakan ni perlu disiapkan dan dijilidkan pada semester 8.
memang masa sem 7 dah kena buat proposal,
tapi biasanya proposal tu tak kan digunakan oleh guru pelatih bila
nak laksanakan kajian yang sebenar.
macam tika sendiri,
saya sebenarnya da pilih da betul-betul nak buat tentang tanda baca serta jarak tulisan.
sesuai la untuk murid tahap satu kan.
malangnya, kajian ni ramai pulak yang berminat.
jadi,
pensyarah arahkan tukar tajuk.
terpaksa la berhempas pulas cari masalah lain dalam waktu internship.
memang sangat memenatkan jiwa dan raga tau.
sebulan adalah satu masa yang sangat singkat.
cadangan untuk adik-adik,
sebelum buat proposal tu bincangkan dengan rakan sekelas tajuk dan masalah yang dipilh.
baru tak kena buat dua kali kerja.
macam saya.
=)
ok,
tajuk kajian tindakan tika
Penggunaan
Kaedah Robolik Membantu Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membina Ayat
Majmuk Gabungan dalam Kalangan Murid Tahun Dua.
kaedah ROBOLIK ni sebenarnya tika cipta sendiri.
gabungan daripada kata robot dan simbolik.
yakni, kaedah ini berkonsepkan visual dan simbol.
sebenarnya kalau nak diikutkan kaedah yang berkonsepkan visual dan simbol ni banyak digunakan dalam subjek matematik.
terutamanya dalam aktiviti penyelesaian masalah soalan matematik berayat.
betul kan?
kita semua pon memang dah belajar konsep ni masa pra sekolah lagi.
jadi,
tiada masalah lah untuk murid lebih faham dengan kaedah ini.
kaedah ROBOLIK ni sebenarnya digunakan untuk fahamkan murid tentang fungsi kata hubung.
setuju tak kalau tika kata,
murid sebenarnya tak dapat kuasai ayat majmuk sebab mereka tak faham fungsi kata hubung tu.
setuju tak?
kalau tak percaya, dalam kajian yang tika jalankan memang ada membuktikan perkara ni.
banyak juga kajian lepas yang juga perolehi maklumat dan dapatan yang sama.
jadi, sapa-sapa yang berminat nak teruskan kajian tentang aspek ayat majmuk gabungan ni, boleh la tanya tika.
insyaAllah tika boleh kongsi-kongsi pengalaman dan ilmu yang tika dapat sepanjang kajian dilaksanakan.
rasanya stakat ni,
itu sahaja dulu.
lepas ni tika kongsikan lagi ye.
bukan pe,
kajian ni belom dijilidkan,
maka tak bes nak kongsi lebih-lebih.]
almaklumla,
menurut penilai masa viva ari tu,
dia kata
kajian ni adalah HAK CIPTA TERPELIHARA.
kang ade yang ngaku dia yang buat plak.
haha.
~~~
No comments:
Post a Comment
my ♥,,,