Tuesday, November 23, 2010

BM3103-tajuk 1 (pengertian konsep pentaksiran, penilaian,dan pengujian)

PENGERTIAN KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN.

PENTAKSIRAN

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

· Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

PENGUJIAN

Definisi

Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.

Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

Menurut Cronbach (1970)

“Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan batuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa:

“Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”.

(Raminah 1991:2).

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan,kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

PENILAIAN

Definisi

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

Istilah penilaian ini merujuk kepada satu proses sistematis bagi meninjau proses atau hasil sesuatu rancangan pengajaran-pembelajaran bahasa dengan memeriksa dan menilainya untuk melihat sama ada objektif-objektif tertentu yang telah ditetapkan, tercapai atau tidak. Sifat utama penilaian itu ialah memberi ‘penghakiman’ tentang kebaikan atau kelemahan sesuatu rancangan pengajaran-pembelajaran bahasa itu. Dua aspek penting dapat dilihat daripada definisi di atas. Pertama, ‘proses yang sistematis’ memberi maksud pemerhatian pelajar-pelajar yang dapat dikawal. Kedua, lazimnya objektif pengajaran bahasa itu telah pun ditetapkan terlebih dulu, tanpa penilaian ini, maka sukarlah untuk kita menilai kemajuan pelajar-pelajar.

Apabila kita menilai, kita mencuba meletakkan sesuatu itu di satu takat yang melambangkan nilai sebenar baginya. Biasanya nilai itu dilambangkan dengan markah, gred ataupun kedua-duanya sekali di dalam satu darjah. Penilaian tidak semestinya dijalankan melalui pengujian dan peperiksaan yang formal. Tetapi cara yang formal lebih sesuai. Contoh penilaian yang formal termasuk pengujian bulanan, pengujian dalam bilik darjah, pengujian lisan dan sebagainya. Penilaian perlu dijalankan dulu sebelum gred atau markah dapat diberi. Ini bermakna kualiti prestasi pelajar tidak boleh dilambangkan matlamat tanpa penilaian dijalankan.

Penilaian sama ada formal atau tidak formal, dapat menunjukkan kepada kita kesan daripada sesuatu aktiviti. Kesan ini merupakan perubahan-perubahan yang berlaku di dalam bidang kefahaman, lisan dan sebagainya. Perubahan ini penting dan perlu untuk mencapai matlamat pengajaran-pembelajaran.

Penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu, penilaian ini juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi pelajar dalam pembelajaran. Dengan itu, guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar, sama ada pada tahap yang sangat memuaskan, memuaskan, sederhana,lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung. Daripada penilaian yang dijalankan juga, guru dapat mengenal pasti pelajar yang cepat/cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pelajar yang lemah yang memerlukan aktiviti pemulihan. Guru juga perlu membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran, supaya ia lebih bersesuaian dengan keperluan pelajar atau mengulang pelajaran dengan menggunakan strategi yang sama dan sebagainya.


Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran akan memperlihatkan kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan kemajuan pelajar secara berterusan ini akan memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi pelajar. Adakah pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar? Sekiranya pelajar menghadapi masalah, guru akan menyelidik punca masalah tersebut. Maklumat berkenaan akan digunakan guru untuk mengubah pendekatan pengajaran atau menyediakan latihan yang khusus supaya masalah yang dihadapi pelajar dapat diatasi. Tanpa bantuan khas ini, pelajar-pelajar akan terus menghadapi masalah dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dalam pembelajaran.

Tujuan lain Penilaian Ujian

1. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

2. Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

3. Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian dalam subjek lain.

4. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan lemah pencapaiannya

5. Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang berkenaan.

6. Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.

7. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

8. Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.

9. Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Monday, November 22, 2010

countdownnnnnnnnnnnn...


hemmmm....kali ni nk tuka cite la plak..asyik nota je kan..so,kali ni nk cite lak ttg prasaan aku time2 ni...28.11.2010...ni la tarikh aku akan bertunang dgn bakal suamiku..hihi....nk tau cam na kami knal?...senanye agak unik gak la cara kami knl..sbb aku rasa xdak lg kot owg len blh bertunang dgn owg y dkenalinya mcm ni... aku start knl dgn pakwe aku ni ms mmber aku ms skolah menengah dulu call pak saudara dia kat public fon..ms 2 lak, aku nk cal mak aku, olh krn mmber aku ni bergayut terlampau la lama dgn pak sdara dia ni mengalahkan gayut dgn pakwe, aku pon ape lg..tanye la lmbt agi ke kan...die pon tanye aku, nk tak ckp dgn pak sdra die?..aku pon dgn slambenya jwb blh gak..haha.almaklum la ms 2 dlm umo 17 gtuh..tgh gedik2 lg...owg kate ms 2 hormon remja ni tgh x mnentu..so xslah la kalau ms 2 gatai2 sket..haha..xde pe pon y kami b ualkan..just ckp biase2 je.jap je pom..lpas dr ari 2 la sumenye bemule...2 3 ari dr tu, mmbr aku td kate la pak sdara dia mtk no, aku pom gatai p bg..ala,,bukn pe myb dar c2 Allah nk tnjuk 2 jodoh la kot..hihi..start dr 2 la aku pom mula rapat dgn pakwe aku skrg ni n bakl tunang aku ni..hihi..
hemmm...saat2 ni korang pom mesti tau kan.. keneversan mule melanda diriku...hihi...6 ari agih aku akn melangsungkan pertunangan....lau korg, nerves x?gila xnerves..huhu..da xsmpai smgu je lg...ape buat sume xkena..da le hntarn sume xciap agih..agak sush ler lau sume wat sdiri..almaklumla aku ni adk bradik xramai...ade pon abg je sorg...mane la tau mende ape pon..y dia tau ngarah je..aku jugak penat...dulu ms abg dia xtunang..trus kawin, so my mum xbrape tau sgt psl nk wat mjlis tunang ni..makin la penim sy dbuatnye..hihi..
kowg nk tau ari ni pg ni br aku kelam kabut tmph plamin,.,...huhu..nsib ada..tak tau la cam ne ni...mjlis ni wat kt umah abg kt klang, so my mum lak lom smapai2 lg dr kg..hadoi..1 hal lg ni...makin nerves la aku..padahal ada mmbr kate ala rileks suda,,tunang je pon sari pom sempt wat sume..hihi..tp da aku y nk tunang, mmg sesuai la kalau aku y nerves kann..hihi..papepon ni aku tnjuk kn sket pic pelamin y bakal aku gunakan nnt yek..hihi...arap2 majlis tunang semua preparation akn bjln lncr..amin....

Saturday, November 20, 2010

Yang Terindah lyrics

mAsa oh MAsaaaaaaaaaaaaaa....

masa oh masaaaaaaa...hemmmm...malasnye....2 y blh tika katakan skrg ni..malas sgt bila time cuti cam ni..padahal xwat pape pon.xletih xapa pon tp mlas je...bila time banyak kija dengan asssigment nye nk study untk exam nye haa time 2 la kelam kabut.....masa 2 nk mkan pon xsempat..masa 2 xsempat da nk rileks2...wlpun mls tp msh kena buat,..terpaksa...hihi..
oh...da melebih plak..senanye, nak cite pasl masa ni...ari tu ms kat2 nk xm ingatnye tika nk wat la nota2 ringkas lpas study n upload kat blog ni untk bantu kwn,,,tp bila da mls 2 ada,,,hihi,,,y nk stdy awl jd las2 minit gak i study u..huhu..so xsmpt la nk wat cam 2...tp cam xpuas ati lah..apa y nk xtercapai..tika kena brusaha gak ni..hihi...tgk lau blh nk upload nota lam cuti ni,,,ecece,,rajinkah aku nk study blik time cuti nih??????????hahaha..apa pun kita tgu n liht n korg doa2kan la ye..hiihii..ape pun jom kita bc artikel kat bwh ni,ni tika cilok dr page APIS( alumni pelajar islam)...pape pon slamat membace..hihi

kamu,MASA, dan Islam..

kenakanlah-bala2

Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal sholih. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan Kebenaran. Dan berwasiat (nasihat-menasihati) dengan kesabaran.

(Al-’Ashr:1-3)

Bismillah.

Percaturan


Atas lamparan putih ini akan saya sampaikan apa yang saya rasa betul, dan apa yang saya kira bakal membantu kalian dalam penjagaan masa. Ayat di atas jelas menerangkan kepada kita akan kepentingan masa di sisi islam. Mahukan kita digelar sebagai golongan yang rugi? golongan yang tidak beroleh kejayaan? golongan yang senantiasa dibelenggu kecelakaan dan kehancuran? Sedarlah wahai manusia, kita hidup di atas bumi ini bertunjangkan akan perhubungan masa. Terus, wujud kata-kata hikmah seperti “masa itu emas” yang menekankan akan kepentingan masa bagi kita sebagai komuniti muslim yang berjalan di atas alam ciptaan Al-Khaliq.

Kehidupan kita bergantung sepenuhnya pada persoalan ini, “bagaimana cara anda menguruskan masa?“. Dalam ayat di atas juga, Allah mengingatkan kita sesungguhnya kita berada dalam kerugian, kerana gagal dalam percaturan masa. Pada hari ini, ramai manusia yang leka, leka akan ‘kecantikan’ dunia, membuang masa dengan melepak, menganggu kehidupan orang lain, mengeluarkan kata-kata yang tidak berfaedah, menabur fitnah dan pelbagai perlakuan yang ditegah di dalam Islam. Adakah kita dalam golongan ini, golongan yang dibenci Allah, sedahlah bahawa kehidupan ini terlalu singkat!, hanya sebagai platfom persinggahan bagi kita untuk beramal dan memuji kebesaran Al-Malik. Namun, berbahagialah kepada mereka yang tahu akan kepentingan masa, tidak mensia-siakan kehidupan yang dianugerahakan kepada mereka.

Perjalanan

muzdalifah

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. memberi galakan kepada kita supaya memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sabda baginda:

Manfaatkanlah lima masa sebelum datang lima masa; Masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakitkamu, masa lapang kamu sebelum datang masa sibuk kamu, masa muda kamu sebelum datang masa tua kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin.

(Hadis riwayat Imam al-Hakim dan al-Baihaqi dari Ibnu Abbas r.a.)

Secara ringkasnya, kita ditekankan untuk menggunakan masa dengan sebaiknya sebelum kelima-lima kondusi tersebut mengetuk pintu kehidupan kita, iaitu sewaktu kita punya masa untuk diuruskan. Sepanjang perjalanan kita sebagai manusia, mula dengan kelahiran, diselangi dengan proses tumbesaran dan pematangan minda, hadirnya cinta dan dihubungkan pertalian dan ditutupi dengan kematian, kita akan sentiasa berhubung dengan masa dari saat kita dibuai manja sehingga ke pintu kematian.

Ketahuilah bahawa, kalian akan dihisabkan atas setiap detik masa yang kalian lalui semasa perjalanan kehidupan. Dalam hadis baginda:

Tidak akan berganjak dua kaki seorang hamba Allah (dari tempat hisab di padang mahsyar) sebelum ia ditanya berkenaan: Umurnya (yakni masa-masa di sepanjang umurnya); bagaimana ia habiskannya? Ilmunya; bagaimana ia amalkannya? Hartanya; dari mana ia perolehi dan cara mana ia belanjakannya? Tubuh-badannya; bagaimana ia gunakannya?

(Hadis riwayat Imam at-Tirmizi dari Abi Barzah Nadhlah ibn Abid al-Aslami)

Pengurusan masa

calendar

Allah telah berfirman, maksudnya:

Ar-Rahman telah mengajarkan al-Quran. Telah menjadikan Insan (manusia) sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran. Matahari dan bulan (beredar) dengan perhitungan. Bintang-bintang dan pohon-pohon kedua-duanya bersujud (kepada Allah s.w.t). Langit (alamraya) ditinggikan-Nya, dan diadakan neraca Keadilan. Supaya kamu jangan aniaya dalam neraca timbangan. Dirikanlah timbangan dengan adil dan janganlah kamu merugikan pada timbangan. Bumi ditetapkanNya untuk makhlukNya, padanya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai mayang (kelopak). Biji-bijian yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman. Maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kamu dustakan?

(Ar-Rahman:1-13)

Kelebihan kita dari makhluk-makhluk lain adalah akal fikiran, keupayaan untuk membezakan mana yang benar dan mana yang batil, serta kepintarandalam menyelesaikan masalah. Memandangkan kita telah dikurnaikan dengan akal fikiran, sepatutnya kita sedar akan pengaruhnya dalam Islam. Kita seharusnya menggunakan masa yang kita ada untuk beramal, mendekatkan diri dengan Allah SWT serta mengejar matlamat hidup sebagai seorang muslaim iaitu dalam mengejar kebahagian di dunia dan diakhirat serta beroleh keredhaan dari-Nya.

Untuk itu, kita perlu ambil peluang yang ada dengan menyusus stratergi penggunaan masa. Di sini akan saya ringkaskan langkah-langkah pengurusan masa yang efektif yang telah saya pelajari dari artikel 6 Tips for Better Time Management, hasil nukilan John Casey.

Sediakan sebuah diari masa
- Jujur dalam menyenaraikan semua aktiviti harian, dari waktu makan, waktu menonton tv kepada waktu tidur, catitkan semua agar proses peracangan dapat dilakukan dengan mudah

Belajar untuk berkata “Tidak!”
- Disiplinkan diri untuk menolak segala aktiviti yang bakal menganggu pengurusan masa, aktiviti yang dimaksudkan di sini ialah, aktiviti yang boleh dielak, boleh untuk tidak dilakukan. Fokuskan minda terhadap matlamat harian, matlamat yang perlu dicapai dan perlu dilaksanakan.

Sediakan senarai ‘Apa yang perlu dilaksanakan’
- Dalam bab ini, izinkan saya pula berkongsi. Cara yang saya aplikasikan dalam kehidupan seharian adalah dengan menyediakan buku nota kecil. Senaraikan apa yang perlu dilakukan pada hari tersebuat pada awal pagi, dan potong apa yang telah dilaksanakan. Diri akan termotovasi dengan sendirinya apabila melihat perkara-perkara yang telah dilaksanakan dipotong dari senarai tersebut.

Biar teknologi membantumu
- Teknologi masa kini banyak membantu pengurusan masa. Jika kalian mampu, cuba dapatkan perisian penjadualan persendirian yang dapat mengurangkan permaslahan dari segi pengurusan waktu.

Perlaksanaan secara serentak
- Terdapat beberapa aktivitiyang dapat digabungkan agar masa dapat dijimatkan, seperti mendengar kepada buku melalui MP3. Namun kalian perlu bijak dalam menjalankannya, jangan pula menjawab telefon ketika sedang memandu, bakal mengundang kepada kemalangan.

Jauhi sifat ‘Perfectionist’
- Tidak salah untuk menjadinya, namun harus diingatkan bahawa sikap ini juga bakal mengundang kepada kehilangan masa yang bernilai serta tekanan akibat diri yang terlalu teliti dalam setiap perkara.

Selesai sudah, namun harus diingatkan juga untuk terus menghargai setiap usaha yang telah dilaksanakan dengan membelikan hadiah kepada diri sendiri atas kejayaan dalam menghargai masa.

Diharap agar apa yang telah disampaikan ini mampu mengubah persepsi kalian terhadap kepentingan masa dan terus menghargai masa yang telah Allah sediakan untuk kita agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat, insya Allah.

Friday, November 19, 2010

KEMAHIRAN BERBAHASA-kemahiran menulis

KEMAHIRAN MENULIS

1. Konsep Menulis
- Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis.
- Menulis merupakan hasil kerja penulis-sebarang perkara diluahkan dalam bentuk huruf dan alphabet.
- Menulis merupakan huruf atau simbol bagi menggambarkan sesuatu makna.
- Menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat.
- Membolehkan kanak-kanak menulis dengan kemas, cantik dan tersusun.
- Kanak-kanak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan dengan betul.
- Kanak-kanak dapat memahami apa yang ditulis mereka.
- Kanak-kanak dapat membaca apa yang ditulis.


2. Tujuan Menulis

i.Tujuan Serta-Merta
a) Mendirikan asas menulis yang kukuh
b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul
c) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk penulisan
d) Menyuburkan minat suka menulis dan mengarang
e) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,perkembangan bahasa dan tulisan
ii.Tujuan Lanjut :
a) Meluaskan pengetahuan,pengalaman,perhubungan dan matlamat menerusi penulisan
b) Memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan
c) Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat

3.fungsi menulis
-merangsang n melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata, n perasaan.
-br peluang pljar teroka bdg bhs.
-perluaskn pengetahuan, lahirkn idea, n gunakn sluruh anggota mekanis9mata,tgn, akal) untuk rgsg pmbljrn.












4. Peringkat Kemahiran Menulis

peringkat 1-(Pra menulis/persediaan)

Definisi:
- Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul
- Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan tumpuan.
- Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran membentuk lambang huruf yang betul dan tepat, latihan menulis hendaklah dirancang secara sistematik dan bebas agar tidak menimbulkan rasa bosan.

Latihan2/aktiviti2nya:
• Latihan pergerakan tangan mengikut arah yang betul
• Gerak tangan bebas mengikut bentuk huruf
• Latihan pergerakan mata melalui aktiviti menulis huruf di udara atau di atas meja
• Latihan koordinasi tangan dan mata dalam membentuk corak campuran garisan lurus dan bulatan
• Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir atau di rumput
tanpa menggunakan alat tulis


peringkat 2 - (Mendirikan asas)

Definisi:
- Membentuk lambang-lambang tulisan secara bebas di atas kertas kosong yang tiada sebarang garisan
- Kemudian, menulis dan membentuk huruf pada halaman buku bergaris empat
- Penekanan diberikan dari segi kawalan tulisan yang bertujuan.

Latihan2nya:
• Latih tubi secara berterusan
• Menulis perkataan dalam buku latihan bergaris empat
• Menulis perkataan dengan memberikan tumpuan pada bentuk, saiz dan jarak yang betul
• Melukis gambar dan menulis frasa berdasarkan gambar

Aktiviti2nya:
• Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
• Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
• Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan bermakna.
• Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang kosong
• Menyalin perkataan yang mudah.
• Menyalin ayat-ayat yang mudah.




peringkat 3- (peringkat untuk pelahiran)

Definisi:
- Peringkat pelahiran merupakan latihan menulis sebenar
- Melahirkan fikiran secara bertulis
- Murid telah menguasai kemahiran menulis setiap huruf / abjad dan seterusnya menulis ayat-ayat.
- Murid menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya digalakkan untuk menghasilkan ayat mereka sendiri.

Latihan2nya:
-Latihan bermula secara terkawal melalui penggunaan bahan rangsangan seperti gambar atau perkataan.
-murid menulis dan membina ayat berdasarkan bahan rangsangan tersebut.

Aktiviti2nya :
- Membina ayat bagi melengkapkan cerita.
- Meluaskan ayat dengan menambahkan frasa yang sesuai
- Menulis jawapan bagi soalan kefahaman
- Menulis rencana yang dibacakan oleh guru
- Menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan
- Menyusun semula ayat dan perenggan

5.Peringkat-peringkat penulisan juga boleh diperincikan seperti yang berikut :
1. Persediaan
2. Percubaan
3. Prakomunikasi
4. Suku kata
5. Menulis ayat
6. Memperluas dan menambah maklumat

6.Lima Kategori Penulisan
• Karangan
• Penulisan ringkas
• Penulisan untuk majlis rasmi
• Surat
• Penulisan untuk papan kenyataan












7.Jenis-jenis penulisan
a. Terkawal
Definisi:
 Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
Contoh:
• Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan.
• Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.

b. Separa terkawal
Definisi:
• Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.
Contoh:
• Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan lain yang telah disediakan.

c. Berpandu
Definisi:
• Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.

Contoh:
• Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.
• Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk.
• Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.

d.Bebas
Definisi:
- Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri
Contoh/bentuk:

• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.
• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.
• Kreatif: puisi, cerpen, drama
• Imaginatif: pengalaman.



8.kesalahan2 biasa dalam tulisan

- Kesalahan pelajar dalam menghasilkan sesuatu penulisan biasanya berdasarkan tiga faktor yang berikut:

1. isi
2. bahasa
3. tulisan
- Faktor-faktor ini berlaku kerana masalah yang terdapat dalam p&p BM itu sendiri. Akibat kurangnya penguasan pelajar-pelajar terhadap pelbagai jenis ayat bahasa Melayu maka berlakulah pelbagai kesalahan dalam penulisan
4.kesalahan ejaan
- Kesalahan ini biasa dilakukan tanpa disedari pelajar
- Ini kerana mereka kurang pengetahuan atau pun terlalu terikat dengan dialek atau loghat mereka.

5.kesalahan tatabahasa
- Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurangnya ilmu tentang penguasaan dan penggunaan dalam tatabahasa.
- Boleh juga berlaku jika kurang latihan dan perhatian dari pelajar.


9.jenis penulisan secara mentalis/penglahiran


 Dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis.
 Banyak melibatkan mental.
 Latihan yang dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis ini ialah :
I. Latihan pernyataan fikiran atau pendapat
II. Latihan pernyataan perasaan.
III. Latihan pernyataan kehendak.
IV. Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.

Peringkat mengajar menulis mental:
Menyalin dan meniru.
 Bahan yang diberi untuk ditiru oleh murid mestilah didahului oleh karangan-karanagn lisan atau perbincangan dalam kelas dan akhirnya ditiru dalam buku masing-masing.
 Bahan yang ditiru menarik minat dan bermakna buat murid.
 Contoh : seni kata lagu, resipi masakan, sajak dan kata-kata hikmat.
Menghasilkan semula
 Murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan.
 Guru menyuruh murid menghafaznya atau memperdengarkan satu bahan mudah kepada murid.
Menggabungkan
 Latihan yang dibuat adalah bahan-bahan yang telah dipelajari.
 Apabila murid menulisnya, mereka melakukan ubah suai bila perlu.
 Contoh : latihan menggantikan perkataan, latihan tranformasi ayat.
Penulisan berpandu
 Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi dengan bahan isi yang dikawal.
 Contoh : menyudahkan cerita, diberikan perenggan-perenggan, ayat-ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu.
 Memerlukan murid bertindak balas secara individu.
Penulisan bebas
 Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri.
 Hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks.

KEMAHIRAN BERBAHASA-kemahiran membaca

KEMAHIRAN MEMBACA

1.konsep membaca
-mengenal pasti simbol-simbol dan hubungan makna yang sesuai.
- satu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran tertentu.
-memerlukan seseorang itu mengenal pasti simbol dan maknanya.
-merupakan proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea.
-tanpa pembaca, komunikasi melalui bahan bertulis tidak akan berlaku.
-proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan bercetak
-matlamat utama adalah memahami

2.tujuan membaca
-untuk mendapatkan erti yang sebenar

3. Jenis-jenis Bacaan
I. Bacaan Mekanis
• membunyikan huruf dalam perkataan
• membunyikan huruf yang ditunjukkan
• membaca perkataan bergambar
• mengumpul perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf
• awal
• membaca kuat perkataan yang sama rimanya
• memadankan perkataan yang sama sebutannya
• mengecam dan menyebut sesuatu perkataan berdasarkan bunyi huruf,
• suku kata atau perkataan lain yang terkandung di dalamnya
• membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah
• dipelajari.
• membaca kuat bahan-bahan bacaan dengan perasaan yang betul
• mengikut situasi dan konteks.

II. Bacaan Mentalis
-

III. Bacaan Intensif
• Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama.
• Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci
• Bacaan Intensif memerlukan:
 tumpuan
 ketekunan
 masa yang lebih panjang untuk
 mendapat makna
 pola-pola kalimat
 latihan kosa kata
 telaah kata
 diskusi kata
tujuan:
- Memperkembangkan kebolehan dalam meneliti , memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.
- Memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa.
- Meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan.
- Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
- Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.
- Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.


IV. Membaca Pantas
- Satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dalam kadar kelajuan tertentu dan bertujuan menjimatkan masa.
- Hanya berlaku melalui bacaan senyap.
- Pergerakan mata adalah mustahak dalam hubungan dengan kadar kelajuan membaca.

V. Membaca Imbasan
- Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.
- Tujuannya adalah untuk :
 mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan
 kepada sesuatu persoalan.

VI. Bacaan Secara Luncuran
- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat
- Bagaimanakah membuat skimming:
o membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan
o atau dokumen
o membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat
o memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca

VII. Bacaan Ekstensif
- Kegiatan membaca secara luas.
- Melibatkan perkara yang berikut:
 membuat tinjauan
• Dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan.
• Melibatkan aktiviti memeriksa , meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku dibaca.
 membaca sekilas
• Kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat , meperhatikan bahan-bahan untuk mencari dan mendapatkan maklumat serta penerangan.
 membaca dangkal
• Bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran.
• Dilakukan dengan santai tetapi menyenangkan.
Tujuan:
- Untuk menambahkan minat membaca
- Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di kalangan pelajar
- Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca
- Mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa
- Memperkaya perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain
- Memperkembang daya kreatif dalam penggunaan bahasa.


4.Peringkat Kemahiran Membaca
I. Kesediaan Membaca

II. Pra bacaan
-menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama
-memilih yang sama dan yang berbeza
-mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf
-mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulannya
-menyusun benda atau gambar mengikut urutan yang munasabah
-mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar
-memadankan huruf mengikut urutan yang ditetapkan

III. Membaca secara mekanis
- membunyikan huruf dalam perkataan
- membunyikan huruf yang ditunjukkan
- membaca perkataan bergambar
- mengumpul perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf
- awal
- membaca kuat perkataan yang sama rimanya
- memadankan perkataan yang sama sebutannya
- mengecam dan menyebut sesuatu perkataan berdasarkan bunyi huruf,
- suku kata atau perkataan lain yang terkandung di dalamnya
- membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah
- dipelajari.
- membaca kuat bahan-bahan bacaan dengan perasaan yang betul
- mengikut situasi dan konteks.

IV. membaca dan memahami
- menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi
- menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk rajah
- memahami peta, graf, carta, rajah, jadual dan data
- menyatakan erti perkataan baru yang sesuai mengikut konteks
- mengunakan perkataan yang sesuai bagi menjelaskan maksud buah
- fikiran sendiri berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam bahan
- bacaan.
- menyatakan perkara yang menjadi pokok cerita dalam sesuatu ayat.
- menceritakan semula cerita yang pernah dibaca
- memberi keterangan untuk menyokong atau menolak sesuatu
- pernyataan yang logik.
- menyatakan satu maklumat yang menarik perhatian dalam bhan
- bacaan.
- memahami bahan-bahan yang berbentuk teknikal yang bersabit
- dengan ilmu pengetahuan
V. Bacaan Intensif
• Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama.
• Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci
• Bacaan Intensif memerlukan:
 tumpuan
 ketekunan
 masa yang lebih panjang untuk
 mendapat makna
 pola-pola kalimat
 latihan kosa kata
 telaah kata
 diskusi kata
tujuan:
- Memperkembangkan kebolehan dalam meneliti , memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.
- Memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa.
- Meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan.
- Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.
- Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.
- Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.


VI. Bacaan Ekstensif

- Kegiatan membaca secara luas.
- Melibatkan perkara yang berikut:
 membuat tinjauan
• Dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan.
• Melibatkan aktiviti memeriksa , meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku dibaca.
 membaca sekilas
• Kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat , meperhatikan bahan-bahan untuk mencari dan mendapatkan maklumat serta penerangan.
 membaca dangkal
• Bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran.
• Dilakukan dengan santai tetapi menyenangkan.
Tujuan:
- Untuk menambahkan minat membaca
- Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di kalangan pelajar
- Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca
- Mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa
- Memperkaya perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain
- Memperkembang daya kreatif dalam penggunaan bahasa.


5.Peringkat Pemahaman
I. Lateral
- Tahap kefahaman yang paling rendah
- Pelajar perlu memahami dan berupaya untuk mencari maklumat atau mengingat semula maklumat yang terkandung dalam petikan.
- Perolehan fakta dinyatakan secara eksplisit (tepat dan jelas)
- Pembaca mengesan semula input fakta dan butirnya ataupun mengingat urutan idea.
- Memahami sesuatu yang tersurat dalam teks sahaja
- Kemahiran-kemahiran yang terlibat ialah:
1. Mendapat perkara yang ditulis secara literal (perkataan demi perkataan)
2. Mencari makna yang sama daripada perkataan, ayat dan perenggan.
3. Memilih makna yang betul dan sesuai kepada perkataan yang mempunyai pelbagai makna.
4. Mengikut arahan bertulis.
5. Boleh menyebut kembali, menceritakan semula isi kandungan petikan yang dibaca

II. Interpretasi
-

III. Inferensi
- memahami teks sehingga berupaya menginterpretasi.
- nampak atau sedar akan perkaitan dan perhubungan serta dapat pula membuat telahan.
- memahami sesuatu yang tersirat
- membuat kesimpulan teks yang dibaca
- Gabungan pemahaman literal dengan pengetahuan sedia ada digunakan bagi membuat inferens
- menaakul dengan logik dan tepat
- Kemahiran yang terlibat dalam kefahaman inferensi ialah:
1. menginterprestasi maksud pengarang
2. mengintergrasikan penerangan baru dengan yang lama.
3. membuat inferens (kesimpulan)
4. mendapat makna daripada bahasa yang berbunga atau bahasa puisi.
5. menjalin idea daripada isi kandungan yang dibaca
6. mencari maksud, sikap, nada ataupun ‘mood’ pengarang.
7. mengenal pasti gaya atau teknik penulisan pengarang.
8. mengikut cara mengorganisasi bahan-bahan bertulis
9. membuat ramalan kesudahan atau penyelesaian
10. membuat inferens
11. menganalisis perwatakan
12. membuat perhubungan antara kejadian, perwatakan dan idea
13. membezakan perkara yang benar dan khayalan, fakta dan pendapat, perkara yang berkaitan dengan yang tiada kaitan.
14. merumus keseluruhan idea
15. menganalisis rumusan pengarang.
16.

IV.Menilai

- keupayaan pembaca membentuk konsepsi dan penilaian terhadap teks.
- pembaca membandingkan pendapat pengarang dengan sesuatu kriteria
- penilaian dibuat selalunya berdasarkan pengalaman pembaca.
- pelajar dapat membuat penghakiman serta menentukan salah atau benar sesuatu fakta dari teks
- kemahiran yang terlibat ialah:
1. mengkelaskan idea
2. membezakan perkara yang benar atau khayalan
3. membezakan perkara yang nyata dengan yang tidak nyata
4. membezakan fakta dengan pendapat
5. membezakan perkara yang relevan dengan yang tidak relevan
6. menilai bahan yang dibaca

KEMAHIRAN BERBAHASA-kemahiran membaca

KEMAHIRAN MEMBACA

1.konsep membaca

-mengenal pasti simbol-simbol dan hubungan makna yang sesuai.

- satu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran tertentu.

-memerlukan seseorang itu mengenal pasti simbol dan maknanya.

-merupakan proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea.

-tanpa pembaca, komunikasi melalui bahan bertulis tidak akan berlaku.

-proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan bercetak

-matlamat utama adalah memahami

2.tujuan membaca

-untuk mendapatkan erti yang sebenar

3. Jenis-jenis Bacaan

I. Bacaan Mekanis

· membunyikan huruf dalam perkataan

· membunyikan huruf yang ditunjukkan

· membaca perkataan bergambar

· mengumpul perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf

· awal

· membaca kuat perkataan yang sama rimanya

· memadankan perkataan yang sama sebutannya

· mengecam dan menyebut sesuatu perkataan berdasarkan bunyi huruf,

· suku kata atau perkataan lain yang terkandung di dalamnya

· membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah

· dipelajari.

· membaca kuat bahan-bahan bacaan dengan perasaan yang betul

· mengikut situasi dan konteks.

II. Bacaan Mentalis

-

III. Bacaan Intensif

· Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama.

· Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci

· Bacaan Intensif memerlukan:

§ tumpuan

§ ketekunan

§ masa yang lebih panjang untuk

§ mendapat makna

§ pola-pola kalimat

§ latihan kosa kata

§ telaah kata

§ diskusi kata

tujuan:

- Memperkembangkan kebolehan dalam meneliti , memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

- Memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa.

- Meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan.

- Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

- Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

- Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

IV. Membaca Pantas

- Satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dalam kadar kelajuan tertentu dan bertujuan menjimatkan masa.

- Hanya berlaku melalui bacaan senyap.

- Pergerakan mata adalah mustahak dalam hubungan dengan kadar kelajuan membaca.

V. Membaca Imbasan

- Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.

- Tujuannya adalah untuk :

§ mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan

§ kepada sesuatu persoalan.

VI. Bacaan Secara Luncuran

- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat

- Bagaimanakah membuat skimming:

o membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan

o atau dokumen

o membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat

o memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca

VII. Bacaan Ekstensif

- Kegiatan membaca secara luas.

- Melibatkan perkara yang berikut:

§ membuat tinjauan

· Dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan.

· Melibatkan aktiviti memeriksa , meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku dibaca.

§ membaca sekilas

· Kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat , meperhatikan bahan-bahan untuk mencari dan mendapatkan maklumat serta penerangan.

§ membaca dangkal

· Bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran.

· Dilakukan dengan santai tetapi menyenangkan.

Tujuan:

- Untuk menambahkan minat membaca

- Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di kalangan pelajar

- Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca

- Mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa

- Memperkaya perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain

- Memperkembang daya kreatif dalam penggunaan bahasa.

4.Peringkat Kemahiran Membaca

I. Kesediaan Membaca

II. Pra bacaan

-menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

-memilih yang sama dan yang berbeza

-mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf

-mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulannya

-menyusun benda atau gambar mengikut urutan yang munasabah

-mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar

-memadankan huruf mengikut urutan yang ditetapkan

III. Membaca secara mekanis

- membunyikan huruf dalam perkataan

- membunyikan huruf yang ditunjukkan

- membaca perkataan bergambar

- mengumpul perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf

- awal

- membaca kuat perkataan yang sama rimanya

- memadankan perkataan yang sama sebutannya

- mengecam dan menyebut sesuatu perkataan berdasarkan bunyi huruf,

- suku kata atau perkataan lain yang terkandung di dalamnya

- membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah

- dipelajari.

- membaca kuat bahan-bahan bacaan dengan perasaan yang betul

- mengikut situasi dan konteks.

IV. membaca dan memahami

- menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi

- menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk rajah

- memahami peta, graf, carta, rajah, jadual dan data

- menyatakan erti perkataan baru yang sesuai mengikut konteks

- mengunakan perkataan yang sesuai bagi menjelaskan maksud buah

- fikiran sendiri berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam bahan

- bacaan.

- menyatakan perkara yang menjadi pokok cerita dalam sesuatu ayat.

- menceritakan semula cerita yang pernah dibaca

- memberi keterangan untuk menyokong atau menolak sesuatu

- pernyataan yang logik.

- menyatakan satu maklumat yang menarik perhatian dalam bhan

- bacaan.

- memahami bahan-bahan yang berbentuk teknikal yang bersabit

- dengan ilmu pengetahuan

V. Bacaan Intensif

· Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama.

· Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci

· Bacaan Intensif memerlukan:

§ tumpuan

§ ketekunan

§ masa yang lebih panjang untuk

§ mendapat makna

§ pola-pola kalimat

§ latihan kosa kata

§ telaah kata

§ diskusi kata

tujuan:

- Memperkembangkan kebolehan dalam meneliti , memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

- Memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa.

- Meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan.

- Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

- Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

- Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

VI. Bacaan Ekstensif

- Kegiatan membaca secara luas.

- Melibatkan perkara yang berikut:

§ membuat tinjauan

· Dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan.

· Melibatkan aktiviti memeriksa , meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku dibaca.

§ membaca sekilas

· Kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat , meperhatikan bahan-bahan untuk mencari dan mendapatkan maklumat serta penerangan.

§ membaca dangkal

· Bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran.

· Dilakukan dengan santai tetapi menyenangkan.

Tujuan:

- Untuk menambahkan minat membaca

- Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di kalangan pelajar

- Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca

- Mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa

- Memperkaya perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain

- Memperkembang daya kreatif dalam penggunaan bahasa.

5.Peringkat Pemahaman

I. Lateral

- Tahap kefahaman yang paling rendah

- Pelajar perlu memahami dan berupaya untuk mencari maklumat atau mengingat semula maklumat yang terkandung dalam petikan.

- Perolehan fakta dinyatakan secara eksplisit (tepat dan jelas)

- Pembaca mengesan semula input fakta dan butirnya ataupun mengingat urutan idea.

- Memahami sesuatu yang tersurat dalam teks sahaja

- Kemahiran-kemahiran yang terlibat ialah:

1. Mendapat perkara yang ditulis secara literal (perkataan demi perkataan)

2. Mencari makna yang sama daripada perkataan, ayat dan perenggan.

3. Memilih makna yang betul dan sesuai kepada perkataan yang mempunyai pelbagai makna.

4. Mengikut arahan bertulis.

5. Boleh menyebut kembali, menceritakan semula isi kandungan petikan yang dibaca

II. Interpretasi

-

III. Inferensi

- memahami teks sehingga berupaya menginterpretasi.

- nampak atau sedar akan perkaitan dan perhubungan serta dapat pula membuat telahan.

- memahami sesuatu yang tersirat

- membuat kesimpulan teks yang dibaca

- Gabungan pemahaman literal dengan pengetahuan sedia ada digunakan bagi membuat inferens

- menaakul dengan logik dan tepat

- Kemahiran yang terlibat dalam kefahaman inferensi ialah:

1. menginterprestasi maksud pengarang

2. mengintergrasikan penerangan baru dengan yang lama.

3. membuat inferens (kesimpulan)

4. mendapat makna daripada bahasa yang berbunga atau bahasa puisi.

5. menjalin idea daripada isi kandungan yang dibaca

6. mencari maksud, sikap, nada ataupun ‘mood’ pengarang.

7. mengenal pasti gaya atau teknik penulisan pengarang.

8. mengikut cara mengorganisasi bahan-bahan bertulis

9. membuat ramalan kesudahan atau penyelesaian

10. membuat inferens

11. menganalisis perwatakan

12. membuat perhubungan antara kejadian, perwatakan dan idea

13. membezakan perkara yang benar dan khayalan, fakta dan pendapat, perkara yang berkaitan dengan yang tiada kaitan.

14. merumus keseluruhan idea

15. menganalisis rumusan pengarang.

16.

IV.Menilai

- keupayaan pembaca membentuk konsepsi dan penilaian terhadap teks.

- pembaca membandingkan pendapat pengarang dengan sesuatu kriteria

- penilaian dibuat selalunya berdasarkan pengalaman pembaca.

- pelajar dapat membuat penghakiman serta menentukan salah atau benar sesuatu fakta dari teks

- kemahiran yang terlibat ialah:

1. mengkelaskan idea

2. membezakan perkara yang benar atau khayalan

3. membezakan perkara yang nyata dengan yang tidak nyata

4. membezakan fakta dengan pendapat

5. membezakan perkara yang relevan dengan yang tidak relevan

6. menilai bahan yang dibaca

Search This Blog