Friday, November 19, 2010

KEMAHIRAN BERBAHASA-kemahiran membaca

KEMAHIRAN MEMBACA

1.konsep membaca

-mengenal pasti simbol-simbol dan hubungan makna yang sesuai.

- satu proses yang kompleks yang memerlukan beberapa kemahiran tertentu.

-memerlukan seseorang itu mengenal pasti simbol dan maknanya.

-merupakan proses meletakkan pembaca untuk berhubung atau berkomunikasi dengan sesuatu idea.

-tanpa pembaca, komunikasi melalui bahan bertulis tidak akan berlaku.

-proses kognitif, iaitu berfikir melalui bahan bercetak

-matlamat utama adalah memahami

2.tujuan membaca

-untuk mendapatkan erti yang sebenar

3. Jenis-jenis Bacaan

I. Bacaan Mekanis

· membunyikan huruf dalam perkataan

· membunyikan huruf yang ditunjukkan

· membaca perkataan bergambar

· mengumpul perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf

· awal

· membaca kuat perkataan yang sama rimanya

· memadankan perkataan yang sama sebutannya

· mengecam dan menyebut sesuatu perkataan berdasarkan bunyi huruf,

· suku kata atau perkataan lain yang terkandung di dalamnya

· membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah

· dipelajari.

· membaca kuat bahan-bahan bacaan dengan perasaan yang betul

· mengikut situasi dan konteks.

II. Bacaan Mentalis

-

III. Bacaan Intensif

· Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama.

· Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci

· Bacaan Intensif memerlukan:

§ tumpuan

§ ketekunan

§ masa yang lebih panjang untuk

§ mendapat makna

§ pola-pola kalimat

§ latihan kosa kata

§ telaah kata

§ diskusi kata

tujuan:

- Memperkembangkan kebolehan dalam meneliti , memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

- Memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa.

- Meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan.

- Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

- Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

- Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

IV. Membaca Pantas

- Satu bentuk kegiatan membaca yang dilakukan dalam kadar kelajuan tertentu dan bertujuan menjimatkan masa.

- Hanya berlaku melalui bacaan senyap.

- Pergerakan mata adalah mustahak dalam hubungan dengan kadar kelajuan membaca.

V. Membaca Imbasan

- Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming.

- Tujuannya adalah untuk :

§ mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan

§ kepada sesuatu persoalan.

VI. Bacaan Secara Luncuran

- Kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat

- Bagaimanakah membuat skimming:

o membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan

o atau dokumen

o membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat

o memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca

VII. Bacaan Ekstensif

- Kegiatan membaca secara luas.

- Melibatkan perkara yang berikut:

§ membuat tinjauan

· Dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan.

· Melibatkan aktiviti memeriksa , meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku dibaca.

§ membaca sekilas

· Kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat , meperhatikan bahan-bahan untuk mencari dan mendapatkan maklumat serta penerangan.

§ membaca dangkal

· Bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran.

· Dilakukan dengan santai tetapi menyenangkan.

Tujuan:

- Untuk menambahkan minat membaca

- Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di kalangan pelajar

- Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca

- Mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa

- Memperkaya perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain

- Memperkembang daya kreatif dalam penggunaan bahasa.

4.Peringkat Kemahiran Membaca

I. Kesediaan Membaca

II. Pra bacaan

-menyesuaikan bentuk-bentuk yang sama

-memilih yang sama dan yang berbeza

-mengecam dan membiasakan diri dengan bentuk huruf

-mengelaskan benda atau gambar mengikut kumpulannya

-menyusun benda atau gambar mengikut urutan yang munasabah

-mengecam bentuk-bentuk huruf kecil dan besar

-memadankan huruf mengikut urutan yang ditetapkan

III. Membaca secara mekanis

- membunyikan huruf dalam perkataan

- membunyikan huruf yang ditunjukkan

- membaca perkataan bergambar

- mengumpul perkataan-perkataan yang mempunyai persamaan huruf

- awal

- membaca kuat perkataan yang sama rimanya

- memadankan perkataan yang sama sebutannya

- mengecam dan menyebut sesuatu perkataan berdasarkan bunyi huruf,

- suku kata atau perkataan lain yang terkandung di dalamnya

- membaca ayat yang mengandungi perkataan-perkataan yang telah

- dipelajari.

- membaca kuat bahan-bahan bacaan dengan perasaan yang betul

- mengikut situasi dan konteks.

IV. membaca dan memahami

- menyesuaikan ayat dengan gambar yang diberi

- menggambarkan isi bacaan yang dibaca dalam bentuk rajah

- memahami peta, graf, carta, rajah, jadual dan data

- menyatakan erti perkataan baru yang sesuai mengikut konteks

- mengunakan perkataan yang sesuai bagi menjelaskan maksud buah

- fikiran sendiri berdasarkan fakta-fakta yang terdapat dalam bahan

- bacaan.

- menyatakan perkara yang menjadi pokok cerita dalam sesuatu ayat.

- menceritakan semula cerita yang pernah dibaca

- memberi keterangan untuk menyokong atau menolak sesuatu

- pernyataan yang logik.

- menyatakan satu maklumat yang menarik perhatian dalam bhan

- bacaan.

- memahami bahan-bahan yang berbentuk teknikal yang bersabit

- dengan ilmu pengetahuan

V. Bacaan Intensif

· Kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukan secara saksama.

· Bacaan Intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci

· Bacaan Intensif memerlukan:

§ tumpuan

§ ketekunan

§ masa yang lebih panjang untuk

§ mendapat makna

§ pola-pola kalimat

§ latihan kosa kata

§ telaah kata

§ diskusi kata

tujuan:

- Memperkembangkan kebolehan dalam meneliti , memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengan tepat.

- Memberi tekanan kepada kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa.

- Meneliti pembentukan dan penggunaan perkataan.

- Mengenal pasti laras bahasa yang berbagai-bagai.

- Mengesan, memaham dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa.

- Membuat rumusan atau kesimpulan daripada apa yang dibaca dan sebagainya.

VI. Bacaan Ekstensif

- Kegiatan membaca secara luas.

- Melibatkan perkara yang berikut:

§ membuat tinjauan

· Dilakukan sebelum kita memulakan sesuatu bacaan.

· Melibatkan aktiviti memeriksa , meneliti indeks dan daftar kata yang terdapat dalam buku dibaca.

§ membaca sekilas

· Kegiatan membaca yang melibatkan mata bergerak dengan cepat melihat , meperhatikan bahan-bahan untuk mencari dan mendapatkan maklumat serta penerangan.

§ membaca dangkal

· Bertujuan untuk mendapatkan pemahaman yang dangkal yang bersifat luaran.

· Dilakukan dengan santai tetapi menyenangkan.

Tujuan:

- Untuk menambahkan minat membaca

- Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik di kalangan pelajar

- Mempertingkatkan mutu dan kepantasan membaca

- Mendedahkan murid-murid kepada berbagai-bagai laras bahasa

- Memperkaya perbendaharaan kata, struktur ayat dan lain-lain

- Memperkembang daya kreatif dalam penggunaan bahasa.

5.Peringkat Pemahaman

I. Lateral

- Tahap kefahaman yang paling rendah

- Pelajar perlu memahami dan berupaya untuk mencari maklumat atau mengingat semula maklumat yang terkandung dalam petikan.

- Perolehan fakta dinyatakan secara eksplisit (tepat dan jelas)

- Pembaca mengesan semula input fakta dan butirnya ataupun mengingat urutan idea.

- Memahami sesuatu yang tersurat dalam teks sahaja

- Kemahiran-kemahiran yang terlibat ialah:

1. Mendapat perkara yang ditulis secara literal (perkataan demi perkataan)

2. Mencari makna yang sama daripada perkataan, ayat dan perenggan.

3. Memilih makna yang betul dan sesuai kepada perkataan yang mempunyai pelbagai makna.

4. Mengikut arahan bertulis.

5. Boleh menyebut kembali, menceritakan semula isi kandungan petikan yang dibaca

II. Interpretasi

-

III. Inferensi

- memahami teks sehingga berupaya menginterpretasi.

- nampak atau sedar akan perkaitan dan perhubungan serta dapat pula membuat telahan.

- memahami sesuatu yang tersirat

- membuat kesimpulan teks yang dibaca

- Gabungan pemahaman literal dengan pengetahuan sedia ada digunakan bagi membuat inferens

- menaakul dengan logik dan tepat

- Kemahiran yang terlibat dalam kefahaman inferensi ialah:

1. menginterprestasi maksud pengarang

2. mengintergrasikan penerangan baru dengan yang lama.

3. membuat inferens (kesimpulan)

4. mendapat makna daripada bahasa yang berbunga atau bahasa puisi.

5. menjalin idea daripada isi kandungan yang dibaca

6. mencari maksud, sikap, nada ataupun ‘mood’ pengarang.

7. mengenal pasti gaya atau teknik penulisan pengarang.

8. mengikut cara mengorganisasi bahan-bahan bertulis

9. membuat ramalan kesudahan atau penyelesaian

10. membuat inferens

11. menganalisis perwatakan

12. membuat perhubungan antara kejadian, perwatakan dan idea

13. membezakan perkara yang benar dan khayalan, fakta dan pendapat, perkara yang berkaitan dengan yang tiada kaitan.

14. merumus keseluruhan idea

15. menganalisis rumusan pengarang.

16.

IV.Menilai

- keupayaan pembaca membentuk konsepsi dan penilaian terhadap teks.

- pembaca membandingkan pendapat pengarang dengan sesuatu kriteria

- penilaian dibuat selalunya berdasarkan pengalaman pembaca.

- pelajar dapat membuat penghakiman serta menentukan salah atau benar sesuatu fakta dari teks

- kemahiran yang terlibat ialah:

1. mengkelaskan idea

2. membezakan perkara yang benar atau khayalan

3. membezakan perkara yang nyata dengan yang tidak nyata

4. membezakan fakta dengan pendapat

5. membezakan perkara yang relevan dengan yang tidak relevan

6. menilai bahan yang dibaca

2 comments:

  1. boleh...amik lah..ni nota ringkasan y sy buat untuk exam sem lepas...semoga membantu...

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog