KEMAHIRAN MENULIS
1. Konsep Menulis
- Menulis merupakan aktiviti menghasilkan bahan-bahan bertulis.
- Menulis merupakan hasil kerja penulis-sebarang perkara diluahkan dalam bentuk huruf dan alphabet.
- Menulis merupakan huruf atau simbol bagi menggambarkan sesuatu makna.
- Menulis merupakan satu bentuk penulisan yang digunakan oleh penulis bagi mempersembahkan idea dan pendapat.
- Membolehkan kanak-kanak menulis dengan kemas, cantik dan tersusun.
- Kanak-kanak dapat mempelajari cara dan teknik penulisan dengan betul.
- Kanak-kanak dapat memahami apa yang ditulis mereka.
- Kanak-kanak dapat membaca apa yang ditulis.
2. Tujuan Menulis
i.Tujuan Serta-Merta
a) Mendirikan asas menulis yang kukuh
b) Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan menyusun ayat dengan betul
c) Membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan dengan sempurna dalam bentuk penulisan
d) Menyuburkan minat suka menulis dan mengarang
e) Menambah dan meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata,perkembangan bahasa dan tulisan
ii.Tujuan Lanjut :
a) Meluaskan pengetahuan,pengalaman,perhubungan dan matlamat menerusi penulisan
b) Memberi kepuasan jiwa dalam pemikiran, pengalaman dan perasaan
c) Menyediakan mereka dengan pengetahuan supaya dapat memenuhi kehendak dan hasrat masyarakat
3.fungsi menulis
-merangsang n melahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata, n perasaan.
-br peluang pljar teroka bdg bhs.
-perluaskn pengetahuan, lahirkn idea, n gunakn sluruh anggota mekanis9mata,tgn, akal) untuk rgsg pmbljrn.
4. Peringkat Kemahiran Menulis
peringkat 1-(Pra menulis/persediaan)
Definisi:
- Tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul
- Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan tumpuan.
- Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran membentuk lambang huruf yang betul dan tepat, latihan menulis hendaklah dirancang secara sistematik dan bebas agar tidak menimbulkan rasa bosan.
Latihan2/aktiviti2nya:
• Latihan pergerakan tangan mengikut arah yang betul
• Gerak tangan bebas mengikut bentuk huruf
• Latihan pergerakan mata melalui aktiviti menulis huruf di udara atau di atas meja
• Latihan koordinasi tangan dan mata dalam membentuk corak campuran garisan lurus dan bulatan
• Latihan membentuk bulatan di udara, di meja, di lantai, di atas pasir atau di rumput
tanpa menggunakan alat tulis
peringkat 2 - (Mendirikan asas)
Definisi:
- Membentuk lambang-lambang tulisan secara bebas di atas kertas kosong yang tiada sebarang garisan
- Kemudian, menulis dan membentuk huruf pada halaman buku bergaris empat
- Penekanan diberikan dari segi kawalan tulisan yang bertujuan.
Latihan2nya:
• Latih tubi secara berterusan
• Menulis perkataan dalam buku latihan bergaris empat
• Menulis perkataan dengan memberikan tumpuan pada bentuk, saiz dan jarak yang betul
• Melukis gambar dan menulis frasa berdasarkan gambar
Aktiviti2nya:
• Menekap huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
• Menulis huruf mengikut urutan yang ditetapkan.
• Memadan dan menyalin dua suku kata supaya menjadi perkataan bermakna.
• Menulis huruf yang tertinggal dalam ruang kosong
• Menyalin perkataan yang mudah.
• Menyalin ayat-ayat yang mudah.
peringkat 3- (peringkat untuk pelahiran)
Definisi:
- Peringkat pelahiran merupakan latihan menulis sebenar
- Melahirkan fikiran secara bertulis
- Murid telah menguasai kemahiran menulis setiap huruf / abjad dan seterusnya menulis ayat-ayat.
- Murid menulis ayat-ayat yang dicontohkan oleh guru dan selanjutnya digalakkan untuk menghasilkan ayat mereka sendiri.
Latihan2nya:
-Latihan bermula secara terkawal melalui penggunaan bahan rangsangan seperti gambar atau perkataan.
-murid menulis dan membina ayat berdasarkan bahan rangsangan tersebut.
Aktiviti2nya :
- Membina ayat bagi melengkapkan cerita.
- Meluaskan ayat dengan menambahkan frasa yang sesuai
- Menulis jawapan bagi soalan kefahaman
- Menulis rencana yang dibacakan oleh guru
- Menulis karangan berdasarkan tajuk yang disediakan
- Menyusun semula ayat dan perenggan
5.Peringkat-peringkat penulisan juga boleh diperincikan seperti yang berikut :
1. Persediaan
2. Percubaan
3. Prakomunikasi
4. Suku kata
5. Menulis ayat
6. Memperluas dan menambah maklumat
6.Lima Kategori Penulisan
• Karangan
• Penulisan ringkas
• Penulisan untuk majlis rasmi
• Surat
• Penulisan untuk papan kenyataan
7.Jenis-jenis penulisan
a. Terkawal
Definisi:
Karangan yang disediakan oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal ditentukan oleh guru,bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan. Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
Contoh:
• Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang disediakan.
• Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah karangan lengkap.
b. Separa terkawal
Definisi:
• Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.
Contoh:
• Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan perkataan lain yang telah disediakan.
c. Berpandu
Definisi:
• Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan berdasarkan panduan guru.
Contoh:
• Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.
• Menulis karangan berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk.
• Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada karangan penceritaan atau sebaliknya.
d.Bebas
Definisi:
- Jenis karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri
Contoh/bentuk:
• Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.
• Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
• Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.
• Kreatif: puisi, cerpen, drama
• Imaginatif: pengalaman.
8.kesalahan2 biasa dalam tulisan
- Kesalahan pelajar dalam menghasilkan sesuatu penulisan biasanya berdasarkan tiga faktor yang berikut:
1. isi
2. bahasa
3. tulisan
- Faktor-faktor ini berlaku kerana masalah yang terdapat dalam p&p BM itu sendiri. Akibat kurangnya penguasan pelajar-pelajar terhadap pelbagai jenis ayat bahasa Melayu maka berlakulah pelbagai kesalahan dalam penulisan
4.kesalahan ejaan
- Kesalahan ini biasa dilakukan tanpa disedari pelajar
- Ini kerana mereka kurang pengetahuan atau pun terlalu terikat dengan dialek atau loghat mereka.
5.kesalahan tatabahasa
- Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurangnya ilmu tentang penguasaan dan penggunaan dalam tatabahasa.
- Boleh juga berlaku jika kurang latihan dan perhatian dari pelajar.
9.jenis penulisan secara mentalis/penglahiran
Dikuasai setelah kanak-kanak memperoleh kemahiran menulis mekanis.
Banyak melibatkan mental.
Latihan yang dijalankan untuk mendapatkan kemahiran menulis ini ialah :
I. Latihan pernyataan fikiran atau pendapat
II. Latihan pernyataan perasaan.
III. Latihan pernyataan kehendak.
IV. Latihan mengeluarkan pendapat yang tulen dan asli.
Peringkat mengajar menulis mental:
Menyalin dan meniru.
Bahan yang diberi untuk ditiru oleh murid mestilah didahului oleh karangan-karanagn lisan atau perbincangan dalam kelas dan akhirnya ditiru dalam buku masing-masing.
Bahan yang ditiru menarik minat dan bermakna buat murid.
Contoh : seni kata lagu, resipi masakan, sajak dan kata-kata hikmat.
Menghasilkan semula
Murid menghasilkan semula tulisan tanpa bahan tulisan yang dicontohkan.
Guru menyuruh murid menghafaznya atau memperdengarkan satu bahan mudah kepada murid.
Menggabungkan
Latihan yang dibuat adalah bahan-bahan yang telah dipelajari.
Apabila murid menulisnya, mereka melakukan ubah suai bila perlu.
Contoh : latihan menggantikan perkataan, latihan tranformasi ayat.
Penulisan berpandu
Murid diberi sedikit kebebasan untuk memilih unit leksikal dan bentuk ayat tetapi dengan bahan isi yang dikawal.
Contoh : menyudahkan cerita, diberikan perenggan-perenggan, ayat-ayat mudah dan latihan diperluaskan dengan ayat itu.
Memerlukan murid bertindak balas secara individu.
Penulisan bebas
Murid membuat pemilihan perkara dengan mencipta ayat-ayat sendiri.
Hasil kerja murid lebih panjang dan murid menghasilkan karangan yang lebih kompleks.
thank 4 this note
ReplyDeleteok..
ReplyDeletesemoga nota ini membantu anda..
ada contoh tak untuk konsep menulis tue?penyarah suruh kitaorang cari maklumat tentang aktiviti yang boleh dilakukan untuk konsep yang kedua......
ReplyDelete[menulis merupakan hasil kerja penulis, iaitu sebarang perkara yang diluahkan dalam bentuk huruf dan alphabet}
semua nota ni akak amik dari buku..xde lak contoh yang diberi untuk konsep menulis.tapi, akak rasa, kita yang kena fikirkan sendiri contoh aktiviti yang bersesuaian dengan konsep yang da dinyatakan tu.
ReplyDeletebagi pandapat akak la kan, untuk konsep yang kedua ni, rasanya lebih kepada bagaimana seseorang individu meluahkan perasaan atau sebagainya melalui penulisan mereka.
jadi, kalau untuk mengajar di dalam kelas, mungkin guru boleh minta murid menulis satu perkataan,frasa atau ayat(ni mengikut tahap murid yang kita ajar la) atau sajak/pantun dan lain2 yang boleh menggambarkan perasaan mereka di dalam kertas lukisan atau lain2.kemudian, pamerkan di hadapan kelas.seterusnya adakan sesi apresiasi hasil kerja murid.
ni pendapat akak la...boleh terima atau tak k...hihi
tengs 4 dis note.. saya pun blajar di maktab, so nota ney sngt lah membantu.. tengs again.. syukran..
ReplyDeletesbg bkl guru, sudah adat kita berkongsi imu y ada kan.
ReplyDeletejadi xada salahnya kita kongsi2 apa yang kita dapat kan.
nota2 ni akak buat masa nak exam,ni ringkasan keseluruhan untuk tajuk ni, kalau tak silap ni masa sem2,
memang semua ni sangat membantu dalam exam yang lalu..
semoga membantu awk juga=)