follower

Sunday, January 30, 2011

bERInai...b0lEh kE tidAk yE???

salam hari minggu buat readers sekalian...
pejam celik pejam celik..da datang lagi hari minggu kan...kejap je rase...rase macam tahun 2010 baru je pergi.. ni da nak masuk februari 2011 da kan..tika pun da nak masuk 3 bulan da memegang status sebagai tunangan owang..hihi...makin lama makin dekat dengan tahun depan..
haisssshhh..
nerves semacam la plak...korang mesti faham kan kenape tika kate tika nerves..ye la,,kan da tunang, so kalau bukan pasal kawen nerves pasal ape l
agi kan..hihi...

mule-mule buka laptop tadi, tibe-tibe je rase nak tengok pic-pic tunang ari tu..
usha punye usha, tertengok la satu pic ni....
haaa..pic ni la..
pic ni tika suoh anak sdare tika, si akmal syazwan tu yang amik kan.
ni sari sebelum tika tunang..tika otw nak balik umah..nak tau sa
pe yang menconteng-conteng tangan tika ni??? haaa..ni kije sowang adik kat tesco klang la ni.hihi.. macam ni, ari tu tika nak pakai sendiri sebenanye inai ni,da bli da pun inai yang siap lam kotak tu...tapi bila balik terfikir la, macam mane nak lukis atas tangan sendiri..tak ke susah tu..hihi..
so, tika pun terfikir la nak minta owang yang pasangkan pelamin tika tu pakaikan..tapi die kate, die tak pandai..die ada bagi cadangan suoh beli sticker yang memang dikhaskan untuk pakai inai tu dekat pekan klang..oleh sebab memang keesokkan harinye tu tika n fameli semua nak ke klang nak cari fresh flower untuk hantaran, so tika pon tuka la plan dari melukis kepade menekap..menekap ke ea owang panggil??huh,, watever lah..hihi
lebih kurang macam ni la kot sticker tu..tika pon tak pasti sebab tika tak jumpe mase g cari tuh..ye la mane nak jumpe.owang suoh g cari kat pekan klang, tika cari kat tesco klang..hihi..mungkin sebab excited sangat kot..hihi..mase cari kat tesco tu ade la adik yang jual inai ni tanye tika macam ni..

adik kedai tu: akak, lau akak nak sticker tu rasenye xde kat cni.lau nak saye blh lukiskn kat tangan akak
tika: tapi macam mane nak bawa barang banyak ni..
adik kedai tu: tak pe kak..bende ni cepat kering.15 minit da boleh basuh..
tika: oh ye ke?brape kene bayar ni.
adik kedai tu: 5 ringgit je sebelah..

dengan excited nye tika pun setuju je n benarkan die menconteng tangan tika ni... tapi kalian, yang membuatkan tika nak post entri pasal inai ni sebenanye sebab tika tibe-tibe terlintas nak tau pasal hukum berinai..so tadi sambil-sambil usha pic tunang, tangan tika pon gatai la menaip pasal hukum berinai n search kat tenet ni.almaklumla tenet tengah laju ni...nak cari ape pun senang... dan tika terjumpe la satu maklumat ni..
jum pakat bace ea..penting ni..walaupun remeh kadang-kadang kita tak tau kan...


Apakah hukum berinai dan adakah berinai dengan cara membuat ukiran di tangan itu dibenarkan oleh syara‘?

Terdapat perbezaan hukum berinai bagi lelaki dan perempuan.

Pertama: Hukum berinai bagi lelaki
Berinai pada dua tangan dan kaki bagi kaum lelaki hukumnya adalah haram kecuali kerana darurat seperti berinai untuk berubat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Salma, khadam Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, katanya:

“Tidak mengadu seseorang kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang sakit di kepalanya melainkan Baginda berkata: “Berbekamlah”, dan tidak mengadu seseorang kepada Baginda tentang sakit di kakinya (pecah kulit) melainkan Baginda berkata: “Inaikanlah keduanya”.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Amalan sesetengah pengantin lelaki berinai di jejari tangannya adalah haram juga hukumnya.Manakala berinai pada uban dan janggut adalah disunatkan bagi lelaki, sama ada dengan warna merah atau kuning. Akan tetapi bukan dengan warna hitam,kerana berinai dengan warna hitam adalah haram sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin ‘Abdullah Radhiallahu ‘anhuma:

“Dibawa Abu Quhafah pada hari penaklukan Makkah ke hadapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ubahkan (warna rambut dan janggut) kamu dengan sesuatu dan jauhi (warna) hitam.”
(Hadis riwayat Muslim)

Kedua: Hukum berinai bagi perempuan.
Hukum berinai bagi perempuan adakalanya sunat, adakalanya makruh, bahkan adakalanya haram mengikut keadaan, status perempuan itu sama ada bersuami atau tidak dan bagaimana cara perempuan itu berinai.

i. Berinai yang sunat
Berinai ketika hendak melakukan ihram bagi perempuan sama ada perempuan tua atau yang muda, yang bersuami atau yang tidak bersuami (janda atau belum berkahwin) hukumnya adalah sunat. Begitu juga sunat bagi perempuan yang bersuami berinai walaupun dia tidak bermaksud untuk berihram.

ii. Berinai yang makruh
Berinai bagi perempuan yang tidak bersuami dan ia tidak bermaksud untuk berihram hukumnya adalah makruh.

iii. Berinai yang haram
Berinai dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak, seperti berinai dengan warna hitam hukumnya adalah haram. Begitu juga haram berinai bagi perempuan yang berkabung kerana kematian suami.

Berinai Dengan Membuat Ukiran Di Tangan

Berinai yang disunatkan bagi perempuan yang bersuami yang ingin melakukan ihram atau tidak dan perempuan yang tidak bersuami yang ingin melakukan ihram ialah dengan cara menginai seluruh tangan hingga pergelangannya dan disunatkan juga menyapu sedikit inai pada mukanya.
Adapun berinai dengan membuat ukiran di tangan pula, Imam Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ada menyebutkan perkara ini di dalam kitabnya, Tuhfah al-Muhtaj ‘ala

“Dan tidak disunatkan baginya (perempuan yang bersuami yang tidak melakukan ihram) berinai dengan membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi, bahkan haram melakukan salah satu daripada cara sedemikian bagi perempuan yang tidak bersuami dan bagi isteri yang tidak mendapat keizinan suaminya.”

Berdasarkan petikan di atas, jelas bahawa hukum berinai dengan membuat ukiran bukanlah cara yang disunatkan, bahkan perbuatan itu haram dilakukan bagi perempuan yang tidak bersuami dan juga bagi perempuan yang sudah berkahwin yang tidak mendapat keizinan suaminya. Namun jika suami mengizinkannya, makruh jika isteri melakukan yang sedemikian itu.

Selain daripada membuat ukiran, berinai dengan warna hitam, berinai di hujung-hujung jari dan berinai dengan memerahkan pipi juga merupakan cara berinai yang tidak dibenarkan oleh syarak.Walau bagaimanapun menurut Ibnu Rif‘ah Rahimahullah, apa yang dimaksudkan dengan berinai di hujung-hujung jari yang diharamkan itu adalah menginai hujung-hujung jari dengan inai yang berwarna merah dan dicampur dengan yang berwarna hitam.

Jika menginainya hanya dengan inai yang berwarna merah, maka yang sedemikian adalah dibolehkan. Begitu juga dibolehkan ukiran yang dibuat dengan inai (warna merah) sahaja menurut Ibn Qasim al- ‘Abbadi Rahimahullah.

Sumber : Mufti Brunei.



so,,,macam mane..da dapat maklumat baru ni kan,,lepass ni kene la beringat ea...rupenye xboleh ek berinai mase tunang.mase kawen tu mungkin boleh la kan..tu pun kene minta kebenaran suami kan..tapi, kan ade diberitahu tu, yang haram hye yang inai yang dicampur dengan hitam..lau tak makruh...tapi ni sumber dari mufti brunei...yang kat malaysia tika xpasti..pade rakan-rakan readers yang membace.sila komen ape pendapat anda tentang hukum berinai ni k..

daaaaaa..MySpace..

2 comments:

  1. maaf,tumpang tanye....dkt bahagian mne dlm tesco klang yg ade jual inai tuh ye?

    ReplyDelete
  2. sory dear, saye tersilap,tu tesco shah alam.sory sebab saya pon bukan orang sana.dekat area gerai-gerai kayu tu

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog

Loading...