Thursday, May 24, 2012

PERANG

as salam...
 enjoy cite tika k...........♥


menentang arus dengan keinginan kita memang sangat perit.
susah hendak digambarkan.
apa pon.
kita kena ingat,
sekali Dia bagi peluang,
tidak semestinya kita akan dapat peluang yang sama 
pada masa akan datang.

KEKUATAN.
sejak dulu saya sering tercari-cari,
tertungu-tunggu kekuatan diri.
ya kekuatan diri untuk ke arah kesempurnaan hidup.
sekarang saya mula sedar,
kekuatan tidak boleh ditunggu,
ia perlu dibina.
alQuran juga menyebut, 
"Allah tidak akan mengubah
 keadaan sesuatu kaum, 
sehingga kaum itu sendiri mengubah keadaanya."
ayat ini juga yang sering bakal suamiku melafaz setiap kali aku 
kadang-kadang tersasar dari yang sepatutnya.
 sejujurnya,
ini bukan pertama kali aku rasa begini,
berkali-kali,
tapi,
entah.
mungkin tanpa kekuatan diri dan pembimbing setia di sisi,
ia tidak berhasil.
aku mohon ini yang terakhir.
 
"Diwajibkan ke atas kamu berperang, 
padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, 
sedang kamu tidak mengetahui."
AL BAQARAH - 216

kalau tuhan sayang kita,
Dia akan bagi petunjuk awal pada kita,
biarpun hati kita derita dan perit nak mengharunginya,
agar kita tidak derita sepanjang hayat.
kadang-kadang kita marah pada takdir,
tapi takdir jugalah yang menyelamatkan kita,
penderitaan itula membuatkan kita bertambah bersyukur pada Tuhan,
kita tak nampak,
kita tak faham,
 atas setiap apa yang tuhan tentukan,
kadang-kadang,
selepas berpuluh-puluh tahun baru kita nampak,
yang pentingnya,
buruk atau baik takdir itu,
kita perlu sentiasa bersyukur.
setelah penat mencari jawapan,
akhirnya Allah akan berikan juga jawapannya.
cuma,
sama ada jawapan yang kita perolehi itu,
 berpihak pada kita atau sebaliknya.
apa pun jawapan itu,
kita perlu kuat dan tabah menerimanya.

p/s: kuatkan aku Ya Rabbi.
 

 

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog