follower

Friday, April 20, 2012

pengalaman praktikum 1 bhgn 4

as salam... 
enjoy cite tika k...........♥

ok sekarang tika nak kongsi lak pengalaman tika hari pertama masuk kelas.
bukan seluruh p&p la.
tika nak cite yang permulaan saje ..
macam mana tika ugut-ugut murid..
hihi..

 sebagai guru yang baru nak merasa mengajar,
saya dinasihatkan untuk menjadi garang.
bukan pe, 
bagi murid ada rasa hormat kat kita dulu.
bila murid takut baru kita lebih senang untuk kawal kelas kan.

jadi, 
sebelum praktikum lagi,
tika da plan awal-awal ape peraturan dalam kelas tika,
ape yang nak dibuat dan budaya yang macam mana mereka kena ikot.
dengan harapan murid boleh bagi kerjasama dan ikut apa yang diarahkan.
jadi, 
kat sini tika nak kongsi la peraturan apa n budaya yang macam mana
yang tika da tetapkan untuk kelas yang tika ajarkan.

  1. bila semua da sedia+diam, bg salam n bc doa.
  2. bila cikgu cakap, tiada sapa boleh cakap, kalau nak jugak, mai cakap kat depan ganti cikgu.
  3. bila nak tanya atau nak jawab soalan, angkat tangan, cikgu sebut nama baru jawab.
  4. pastikan atas meja kosong. (u elak murid main barang atas meja) bila diminta guna baru guna.
kalau peraturan-peraturan ni tak boleh diikut, cikgu akan denda. dendanya, pakaikan "kalung emas" (buat macam kad kuar masuk tuh, guna polistrin, lekatkan kertas yang da print "saya murid yang tidak mendengar arahan guru" 1, " saya murid yang nakal" 1, "saya murid yang malas" 1. letak tali rafea @ ape2 tali).  bila da pakaikan, cakap kat diorang akan letakkan diorang kat depan kelas, kalau masih xdengar kata, letak kat luar kelas, lau xdengar kata juga, akan masukkan diorang kat kelas abang-abang n kakak-kakak diorang sambil mengaku apa yang ada kat "kalung emas" tu.

alhamdulillah ugutan ini menjadi,
murid memang takut kalau dengar denda macam ni.
memandangkan tika bukan jenis yang reti nak tengking-tengking murid,
jadi dengan cara ni, 
alhamdulillah boleh mengawal kelas 80%.
tak perlu pakai suara pon kan,,
ok lah.
tapi ada jugak kekurangannya..
t tika cite kat bawah.

selain tu,
tika ada trademark sendiri.
haaa,,
ni tika rasa penting sangat.
sebab murid akan kenal kita,
dan dengan tradenark ni la mudah kita nak terapkan budaya lam kelas tuh.
macam tika,
lau murid hilang fokus,
tika akan minta murid menyanyi lagu.

tika akan sebut,
contohnya,
 5Ccccccccccc.
c tu panjangkan sikit,
nanti murid akan sambung nyanyi lagu kat bawah ni dalam melodi lagu tema KARTUN WONDERPETS"

murid sambung,

5c, 5c,  kami bersedia,
 untuk belajar dan berusaha,
kami nak pintar,
dan kami nak handal,
bila kami fokus,
semua jadi mudah,
yeahhhh 5c, yeahhh..

jadi lepas nyanyi, 
murid kena fokus la.

dan satu lagi,
 tika akan sebut,
5c, 5c, 5c,
murid akan sambung.

diam, diam, diam, 
kami perlu diam,
baru kami faham.

tapi biasa yang ni tika buat untuk individu murid yang hilang fokus, 
kacau kawan atau main-main.
tika tuka je 5c tu dengan nama murid,
contoh,
 cikgu akan sebut, 

ida,ida,ida,

nanti murid yang namanya ida akan sambung,

diam, diam, diam, 
saya perlu diam,
baru saya faham.

jadi, lepas ja sebut, ida kenala diam,
kalau tak,
tika akan angkat kalung emas.
(biasanya bila tika angkat ja kalung tu, diorang trus diam dah)

alhamdulillah,
boleh kata berhasil jugak la cara ni.
jadi kat sini tika nak tekan kan,
kita kena betol-betol garang masa hari mula-mula kita masuk kelas.
macam tika,
tika xreti nak garang, 
jadi tika banyak guna cara gini.

tapi, tapi, TAPIII..
kena ingat tau,
sekarang sebagai guru kita da tak leh buat apa-apa da kat murid.
walopon marah atau denda berdiri sekali pon.
itu dianggap mengaibkan murid.
hemmm..
ha ni la keburukkan cara tika ni.
sebab denda gitu dianggap mengaibkan da,
padahal macam tu je kan.
tapi apa boleh buat,
kita kena lah ikot arahan orang-orang atas..

jadi, cube elakkan untuk buat denda-denda semua tuh,.
kita hanya boleh mengugut murid supaya ikot je la..
insyAllah, 
walaupun xleh jadi garang, bila kita tegas,
murid boleh dengar kata kita.


p/s: semoga perkongsian pengalaman ni berguna la untuk yang bakal berpraktikum nanti-nanti.
walopon pengalaman sangat la sikit, 
tapi boleh da kongsi-kongsi kan..
hihi.
yang mana boleh guna tu leh share,
yang mana rasa trok tu,
jangan diambil.
k...




tika jadikan lagu wonderpet sebagai trademark nak ngaja. anda bagaimana??hikhik


 
 

2 comments:

  1. hihi..sama2..semoga membantu.. buat trademark y lg menarik tau..hihi

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog

Loading...