as salam and welcome..♥
(tugasan kkp bimbingan dan kaunseling..pengenalan sahaja)
1.0 Pengenalan
Kaunseling
merupakan satu perhubungan bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan
kaunselor. Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi berkesan,
saling menghormati, penerimaan kliean secara tulen, penumpuan kepada keperluan
dan masalah klien. (Boy dan Pine : 1968).
Menurut
Profesor Dr. Othman Mohamed (2000), Kaunselor bimbingan dan kaunseling Universiti
Putra Malaysia (UPM), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.
Menurutnya lagi, bimbingan melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta
mengandungi maklumat yang sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai
oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bimbingan diberikan bagi menentukan
kebajikan dan perkembangan diri seseorang individu atau beberapa orang
individu. Manakala, kaunseling pula menurut Shertzer and Stone (1968)
ialah satu proses interaksi yang
membolehkan individu memahami diri dan situasinya.
Choong
Lean Keow di dalam bukunya, Siri Pendidikan Guru, Bimbingan dan Kaunseling
Kanak-kanak (2010), terdapat dua belas prinsip bimbingan dan kaunseling. Salah
satu daripadanya ialah semua kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapatkan
bantuan apabila mereka memerlukannya. Justeru, tugasan projek bagi subjek
Bimbingan dan Kaunseling Untuk Kanak-kanak sangat bertepatan dengan prinsip ini
yang mana kami perlu memilih seorang murid dan mengadakan sesi temu bual
dengannya untuk memastikan masalah yang dihadapinya.
Kami
telah memilih seorang murid tahap satu daripada kelas 3 Usaha, Sekolah
Kebangsaan Bukitr Lintang, Kota Tinggi iaitu Nurin Erina Syazwani. Murid ini
dipilih untuk ditemubual kerana dia tidak hadir ke sekolah selama empat hari
berturut-turut pada 14 sehingga 18 Februari 2013. Hal ini membuatkan kami terpanggil untuk mengetahui punca tersebut
memandangkan salah seorang daripada kami adalah guru mata pelajaran Dunia Seni
Visual yang mengajarnya malahan kami dimaklumkan bahawa sebelum ini juga dia
sering kali tidak hadir ke sekolah.
Setelah
mendapatkan kebenaran daripada guru kelas serta guru bimbingan dan kaunseling
Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang, kami telah menjalankan temu bual bersama
Nurin Erina Syazwani. Dalam temu bual tersebut, kami telah mengaplikasikan salah
satu teknik intervensi iaitu mengenal personaliti melalui lukisan yang mana
terdapat dalam Teori Kuadran yang diperkenalkan oleh Joles. Semasa teknik
intervensi ini dijalankan, kami menggunakan lagu Ayah dan Ibu oleh Sudirman
bagi meransang Nurin Erina Syazwani untuk berada pada minda tanpa sedar.
Setelah mendengar lagu tersebut, kami meminta Nurin untuk melukis wajah
seseorang inidvidu yang dibayanginya semassa lagu diperdengarkan. Ini untuk
membawa Nurin kembali kepada minda sedar. Selepas itu, kami menjelaskan
personaliti dirinya berdasarkan apa yang dilukis dan menghubungkaitkan
personaliti tersebut dengan perwatakannya sepanjang pemerhatian yang dilakukan
di dalam kelas.
Semasa
sesi temu bual dijalankan, kami mengaplikasikan beberapa kemahiran melayan dan
kemahiran asas kaunseling yang telah disarankan di dalam buku Siri Pendidikan
Guru, Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak (2010), yang ditulis oleh Choong
Lean Keow. Antara kemahiran melayan yang digunapakaikan ialah ciri-ciri
tingkahlaku yang terkandung dalam akronim SHOVELER iaitu S (pandang terus ke
arah kanak-kanak), H (anggukan kepala), O (kedudukan badan yang terbuka), V
(percakapan), L ( condong badan ke hadapan), E (kontek mata), dan R (berada
dalam keadaan releks). Selain itu, jarak dan kedudukan antara guru dan murid
juga penting untuk menimbulkan keselesaan murid. Kami juga menggunakan intonasi
suara dan ekspresi muka yang pelbagai di samping sentiasa senyum agar Nurin
lebih selesa untuk berkongsi masalahnya.
Kemahiran
asas kaunseling yang diaplikasikan semasa sesi temu bual dijalankan pula seperti menggunakan soalan-soalan
terbuka untuk menggalakkan Nurin berkongsi masalahnya. Kami juga banyak
menggunakan parafrasa serta dorongan minima untuk menggalakkan Nurin bercerita.
Hal ini demikian kerana, Nurin adalah murid tahun tiga yang memerlukan
ransangan untuk berkomunikasi. Kami menggunakan refleksi perasaan untuk
menyampaikan mesej kepadanya bahawa kami bukan sahaja memahami malah berempati
terhadap perasaannya. Kami juga membuat rumusan pada akhir sesi temu bula ini
untuk mengenalpasti punca utama masalah Nurin tidak hadir ke sekolah. Selain
itu, rumusan juga dilakukan untuk memotivasikan Nurin agar diaa lebih
mementingkan persekolahannya selepas ini serta berubah daripada personality
yang negatif kepada yang positif.
~harap membantu~
Sgt mbntu.time nak.exam cmni.thanx
ReplyDeleteSgt mbntu.time nak.exam cmni.thanx
ReplyDeleteSama2,,,,gd lark.sm la sy pn exam jg.
ReplyDelete