Tuesday, March 5, 2013

tugasan kkbi bimbingan dan kaunseling-refleksi teknik inventori

as salam and welcome..♥ 

(tugasan kkbi bimbingan dan kaunseling-refleksi teknik inventori)

4.0 Refleksi kesan penggunaan teknik intervensi dalam sesi temubual

Kami telah mengaplikasikan salah satu teknik intervensi iaitu mengenal personaliti melalui lukisan yang mana terdapat dalam Teori Kuadran yang diperkenalkan oleh Joles semasa sesi temu bual bersama XXX murid tahun tiga Usaha, Sekolah Kebangsaan XX. Semasa teknik intervensi ini dijalankan, kami menggunakan lagu Ayah dan Ibu oleh Sudirman bagi meransang XXX untuk berada pada minda tanpa sedar. Setelah mendengar lagu tersebut, kami meminta xxx untuk melukis wajah seseorang inidvidu yang dibayanginya semassa lagu diperdengarkan. Ini untuk membawa xxx kembali kepada minda sedar. Selepas itu, kami menjelaskan personaliti dirinya berdasarkan apa yang dilukis dan menghubungkaitkan personaliti tersebut dengan perwatakannya sepanjang pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas.
Setelah menggunakan teknik intervensi yang disarankan dalam Teori Kuadran oleh Joles ini, boleh dikatakan hampir 80 peratus ciri personaliti yang dinyatakan sama dengan personaliti dan perwatakan XXX yang sebenar. Hal ini berdasarkan pemerhatian yang dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam kelas berlangsung serta melalui maklum balas daripada temu bual tentang murid ini dengan guru kelasnya semasa XXX berada di tahun satu dan tahun 2. Personaliti yang pertama yang dapat dikesan melalui intervensi lukisan ini ialah kuat berusaha dan gigih. Jika dilihat di dalam lukisan yang dilukisnya, XXX banyak menggunakan sebelah atas pada kertas lukisan. Ini sangat terbukti kerana di dalam kelas, XXX sememangnya dilantik sebagai penolong ketua kelas kerana sikapnya yang rajin dan gigih berusaha. Selain itu, semasa pdp Pendidikan Seni Visual dijalankan XXX juga diperhatikan merupakan seorang yang gigih melakukan apa sahaja tugasan yang diberikan walaupun kadang-kadang apa yang dilakukannya tidak berhasil. XXX tidak mudah berputus asa, malah mencubanya buat kali yang berikutnya.
Begitu juga dengan personaliti yang seterusnya iaitu banyak idea. XXX sering bertanyakan soalan dan menyumbangkan idea semasa pdp dijalankan. Namun begitu, kadang kala apabila pdp dijalankan, didapati XXX seolah-olah suka bersendirian dan ada waktunya dia seorang yang sukar untuk didekati. Tidak hairanlah jika di dalam kelas, XXX ditempatkan berseorangan di kedudukan paling belakang di dalam kelas. Kemudian, dia dipindahkan pula di sebelah murid lelaki di dalam kelasnya. Apabila menemu bual guru kelasnya, kami diberitahu bahawa XXX seorang murid yang sukar dijangka kerana sikapnya di dalam kelas kadang kala mengikut ‘mood’ yang tersendiri. Kadang kala dia mudah didekati dan gigih berusaha tetapi kadang kala dia seolah-olah seperti tidak fokus pada pdp dan ingin bersendirian.
Personaliti suka bersendirian ini menepati dengan ciri personaliti seterusnya dalam intervensi lukisan yang dilakukan iaitu suka mengikut perasaan. Hal ini demikian kerana dalam lukisan yang dilukis XXX, pemberatan lukisannya banyak ke sebelah kiri. Apabila ditanya kepada XXX sama ada dia suka membuat sesuatu mengikut perasaan, dia mengakuinya. Di tambah dengan maklumat daripada guru kelasnya yang mana XXX seorang murid yang mengikut ‘mood’ semasa pdp dijalankan, maka jelaslah bahawa ciri personaliti yang dinyatakan dalam Teori Kuadran membantu kami mengenali XXX dengan lebih tepat. Dalam teori Kuadran juga dinyatakan bahawa individu yang banyak menggunakan sebelah kiri di dalam lukisan yang dilukis ialah seorang yang  memerlukan ransangan. Perkara ini jelas terbukti semasa sesi temu bual dijalankan. XXX boleh bercerita dan meluahkan apa yang terpendam di benak fikirannya jika diransang melalui soalan-soalan terbuka serta penggunaan parafrasa dan dorongan minima yang diberikan. Begitu juga semasa di dalam kelas. XXX lebih suka ke hadapan untuk bertanya apa yang perlu dilakukan semasa aktiviti penghasilan produk seni visual dilakukan. Apabila didemonstrasikan, dia mendapat ransangan dan acuba untuk melakukan sendiri walaupun tidak dapat melakukan dengan tepat. Ini membuktikan bahawa inventori ini sangat membantu kami mengenali XXX dengan lebih dekat.
Selepas temu bual di jalankan, saya telah menggunakan hasil personaliti yang diperolehi daripada inventori yang dijalankan untuk memotivasikan XXX agar sentiasa datang ke sekolah dan berusaha dalam pelajaran untuk membantu bapanya yang telah berpisah dengan ibunya. Kesan daripada inventori ini juga dapat menyedarkan XXX bahawa dia sebenarnya seorang murid yang gigih dan rajin berusaha. Personaliti positif yang dapat dikenal pasti daripada inventori ini telah kami gunapakaikan untuk menggalakkan XXX untuk terus berusaha dalam pelajarannya memandangkan dia ada mengatakan yang dia berasa sedih kerana adiknya yang masih kecil dan belum pandai dalam pelajaran. Oleh itu, kami menyedarkannya untuk memajukan diri dalam pelajaran memandangkan dia seorang yang gigih dan kuat berusaha. Pada akhir sesi temu bual ini, kami dapati XXX lebih bermotivasi untuk terus belajar dan datang ke sekolah kerana gembira dengan personaliti dirinya yang telah dikenal pasti melalui inventori yang telah dijalankan.
 

 

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog