as salam and welcome..♥
| 
KEMENTERIAN PELAJARAN
    MALAYSIA | 
| 
DOKUMEN STANDARD PRESTASI 
DUNIA SENI VISUAL 
TAHUN TIGA | 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum
Standard  Sekolah Rendah (KSSR) dibina
sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan
pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard. 
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan
maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa
yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh
kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang
lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada
pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
TAFSIRAN
o     
Band ialah satu
label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara
hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o     
Standard ialah satu
pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan
bersifat generik  bagi memberi gambaran
holistik tentang individu.
o     
Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran
murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid
dalam perkembangan  atau kemajuan
pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu
perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul
menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran. 
o     
Deskriptor ialah
pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan
standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. 
o     
Evidens
          Murid               :           Pernyataan
yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan
boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen       :           Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang
dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk
produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
o     
Instrumen ialah alat
yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu
domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.
KERANGKASTANDARD PRESTASI
| 
BAND | 
STANDARD | 
| 
1 | 
Tahu | 
| 
2 | 
Tahu dan Faham  | 
| 
3 | 
Tahu, Faham dan Boleh Buat  | 
| 
4 | 
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab | 
| 
5 | 
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji | 
| 
6 | 
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali | 
TAFSIRAN BAND
| 
BAND | 
PERNYATAAN BAND | 
TAFSIRAN | 
| 
1 | 
TAHU | 
Murid
  tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons
  terhadap perkara yang asas. | 
| 
2 | 
TAHU  DAN FAHAM  | 
Murid
  menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta
  menjelaskan apa yang telah dipelajari. | 
| 
3 | 
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT  | 
Murid
  menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu
  situasi. | 
| 
4 | 
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB | 
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
  prosedur atau secara sistematik. | 
| 
5 | 
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI | 
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada
  situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal
  dan bersikap positif. | 
| 
6 | 
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI | 
Murid mampu
  menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, 
  mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk
  mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh
  berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang
  sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. | 
MATLAMAT
KURIKULUM
Matlamat Kurikulum Standard
Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Dunia Seni Visual adalah melahirkan insan yang harmonis, kritis,
kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual dan berupaya
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
OBJEKTIF
KURIKULUM
Kurikulum Standard
Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Dunia Seni Visual membolehkan murid:
1.     menghargai
keindahan alam ciptaan Tuhan
2.     melibatkan
diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3.     menajamkan
daya imaginasi melalui pancaindera
4.     mengenali
asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5.     mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6.    membiasakan
diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat
7.    memupuk
nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan bertanggungjawab
8.    mengenal
dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9.    menggunakan
kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10.   melibatkan
diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah
| 
BAND | 
PERNYATAAN STANDARD | 
| 
1 | 
Mengenal dan mengetahui
  bahasa seni visual, media dan nilai baik. | 
| 
2 | 
Mengetahui
  dan memahami bahasa seni visual, media dan nilai-nilai baik. | 
| 
3 | 
Mengaplikasikan pengetahuan,
  kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual serta mempamerkan nilai-nilai baik
  dalam menghasilkan karya. | 
| 
4 | 
Menghasilkan karya menggunakan media, teknik dan proses
  penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan
  kemahiran bahasa seni visual di samping menghargai nilai baik dalam semua
  aspek kehidupan. | 
| 
5 | 
Menghasilkan karya yang menarik menggunakan pelbagai
  media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan mengaplikasikan
  pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual dan mengamalkan nilai
  baik dalam semua aspek kehidupan. | 
| 
6 | 
Menghasilkan karya yang kreatif dan unik berpandukan
  bahasa seni visual dan proses penghasilan yang betul dengan menggunakan
  pelbagai media dan teknik secara kreatif dan mempunyai elemen nilai tambah
  serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri, tokoh seni dan warisan
  seni negara di samping memiliki  nilai
  baik dalam semua aspek kehidupan. | 
| 
BAND | 
PERNYATAAN STANDARD | 
DESKRIPTOR | 
EVIDENS | 
| 
1 
Tahu | 
B1 
Mengenal dan
  mengetahui bahasa seni visual, media dan nilai baik | 
B1D1 
(PERSEPSI ESTETIK) 
Tahu bahasa seni visual 
B1D2 
(APLIKASI SENI) 
Mengenal  media 
B1D3 
(APLIKASI SENI) 
Mengetahui nilai baik | 
B1D1E1 
Mengenalpastiunsur
  seni dan prinsip rekaan dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj
  dan montaj 
B1D1E2 
Mengenalpasti unsur seni dan prinsip rekaan
  dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang 
B1D1E3 
Mengenalpasti unsur seni dan prinsip rekaan dalam bidang membentuk
  dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng 
B1D1E4 
Mengenalpasti unsur seni dan prinsip rekaan dalam bidang mengenal
  kraf tradisional iaitu anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri 
B1D2E1 
Mengenalpasti alat dan bahan dalam bidang
  menggambar iaitu iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj 
B1D2E2 
Mengenalpasti alat dan bahan dalam bidang membuat
  corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang 
B1D2E3 
Mengenalpasti alat dan bahan dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka
  dan topeng 
B1D2E4 
Mengenalpasti alat dan bahan berdasarkan
  aktiviti yang dilakukan dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan
  diri 
B1D3E1 
Mematuhi arahan guru | 
| 
BAND | 
PERNYATAAN STANDARD | 
DESKRIPTOR | 
EVIDENS | 
| 
2 
Tahu dan Faham  | 
B2 
Mengetahui
  dan memahami bahasa seni visual, media dan nilai-nilai baik | 
B2D1 
(PERSEPSI ESTETIK) 
Memahami bahasa seni visual 
B2D2 
(APLIKASI SENI) 
Memahami media yang sesuai untuk berkarya 
B2D3 
(APLIKASI SENI) 
Memahami nilai baik | 
B2D1E1 
Mengkategorikan unsur seni dan prinsip rekaan dalam
  bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj dan montaj  
B2D1E2 
Mengkategorikan unsur seni dan prinsip
  rekaan  dalam bidang membuat corak dan
  rekaan iaitu terancang dan tidak terancang 
B2D1E3 
Mengkategorikan unsur seni dan prinsip
  rekaandalam bidang membentuk
  dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng 
B2D1E4 
Mengkategorikan unsur seni dan prinsip
  rekaan dalam bidang mengenal
  kraf tradisional iaituanyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri 
B2D2E1 
Mengkategorikan media yang sesuai  dalam bidang menggambar iaitu lukisan,
  catan, kolaj dan montaj  
B2D2E2 
Mengkategorikan media yang sesuai  dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu
  terancang dan tidak terancang 
B2D2E3 
Mengkategorikan media yang sesuai  dalam
  bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka dan topeng 
B2D2E4 
Mengkategorikan media yang sesuai dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu
  anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri 
B2D2E5 
Menyatakan 
  fungsi asas media 
B2D3E1 
Mempamerkan disiplin kendiri | 
| 
BAND | 
PERNYATAAN STANDARD | 
DESKRIPTOR | 
EVIDENS | 
| 
3 
Tahu, Faham dan Boleh
  Buat  | 
B3 
Mengaplikasikan pengetahuan,
  kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual serta mempamerkan nilai-nilai baik
  dalam menghasilkan karya | 
B3D1 
(PERSEPSI ESTETIK) 
Meneroka
  bahasa seni visual 
B3D2 
(APLIKASI SENI) 
Meneroka penggunaan media, teknik dan proses dalam
  penghasilan karya 
B3D3 
(APLIKASI SENI) 
Memperlihatkan nilai baik pada diri dan rakan 
B3D4 
(EKSPRESI KREATIF) 
Mengetahui dan memilih bahan yang sesuai dalam
  penghasilan karya | 
B3D1E1 
Meneroka unsur seni dan prinsip rekaan sebelum penghasilan
  karya  dalam bidang menggambar iaitu lukisan,
  catan, kolaj dan montaj  
B3D1E2 
Meneroka unsur seni dan prinsip rekaan sebelum
  penghasilan karya dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan
  tidak terancang 
B3D1E3 
Meneroka unsur seni dan prinsip rekaan  sebelum penghasilan karya dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka
  dan topeng 
B3D1E4 
Meneroka unsur seni dan prinsip rekaan  sebelum penghasilan karya dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman,
  alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri 
B3D2E1 
Meneroka alat, bahan, teknik  dan  proses dalam bidang menggambar 
B3D2E2 
Meneroka alat, bahan, teknik  dan  proses dalam bidang membuat corak dan rekaan 
B3D2E3 
Meneroka alat, bahan, teknik  dan  proses dalam bidang membentuk dan membuat
  binaan 
B3D2E4 
Meneroka alat, bahan, teknik  dan  proses dalam bidang mengenal kraf tradisional 
B3D3E1 
Menunjukkan nilai baik seperti disiplin
  kendiri dan kerjasama 
B3D4E1 
Menghasilkan
  karya menggunakan  alat, bahan , teknik
  dan proses yang sesuai dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan, kolaj
  dan montaj  
B3D4E2 
Menghasilkan
  karya menggunakan  alat, bahan , teknik
  dan proses yang sesuai dalam
  bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang 
B3D4E3 
Menghasilkan
  karya menggunakan  alat, bahan , teknik
  dan proses yang sesuai dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu mobail,boneka
  dan topeng 
B3D4E4 
Menghasilkan
  karya menggunakan  alat, bahan , teknik
  dan proses yang sesuai dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman,
  alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri | 
| 
BAND | 
PERNYATAAN STANDARD | 
DESKRIPTOR | 
EVIDENS | 
| 
4 
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab  | 
B4 
Menghasilkan
  karya menggunakan media, teknik dan proses penghasilan yang betul dengan
  mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual di samping
  menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan. | 
B4D1 
(PERSEPSI ESTETIK) 
Menggunakan
  bahasa seni visual yang betuldalam penghasilan karya 
B4D2 
(APLIKASI
  SENI) 
Memilih
  dan memanipulasikan media, teknik dan proses yang betul 
B4D3 
(EKSPRESI
  KREATIF) 
Menggunakan
  dan memanipulasikan media yang sesuai dengan aktiviti 
B4D4 
(EKSPRESI
  KREATIF) 
Menghayati
  nilai baik 
B4D5 
(APRESIASI
  SENI) 
Membuat
  apreasiasi terhadap karya 
sendiri | 
B4D1E1 
Menghasilkan
  karya dalam bidang menggambar iaitu  lukisan, catan, kolaj dan montaj yang
  mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan yang betul 
B4D1E2 
Menghasilkan
  karya dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu  terancang dan tidak terancangyang mempamerkan
  unsur seni dan prinsip rekaan yang betul 
B4D1E3 
Menghasilkan karya dalam bidang membentuk dan membuat binaan iaitu  mobail,boneka dan topengyang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan yang betul 
B4D1E4 
Menghasilkan karya dalam bidang mengenal kraf
  tradisional iaitu  anyaman, alat
  pertahanan diri dan alat perhiasan diriyang mempamerkan unsur
  seni dan prinsip rekaan yang betul 
B4D2E1 
Menggunakan alat dan bahan yang betul  dalam berkarya   
B4D2E2 
Menggunakan
  teknik dan proses  yang betul dalam
  berkarya 
B4D3E1 
Menghasilkan
  karya yang menarik dan menepati tajuk dalam bidang menggambar iaitu lukisan,
  catan, kolaj dan montaj 
B4D3E2 
Menghasilkan
  karya yang menarik  dan menepati tajuk
  dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu terancang dan tidak terancang 
B4D3E3 
Menghasilkan karya yang menarik  dan menepati tajuk dalam bidang membentuk
  dan membuat binaan iaitu mobail, boneka dan topeng 
B4D3E4 
Menghasilkan
  karya yang menarik  dan menepati tajuk
  dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu anyaman, alat, pertahanan diri
  dan alat perhiasan diri 
B4D4E1 
Mengamalkan
  nilai baik semasa menjalankan aktiviti seperti bertanggungjawab, berdisiplin
  dan yakin diri 
B4D5E1  
Mempamerkan karya yang dihasilkan 
B4D5E2 
Menceritakan karya sendiri secara ringkas | 
| 
BAND | 
PERNYATAAN STANDARD | 
DESKRIPTOR | 
                             EVIDENS | 
| 
5 
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji | 
B5 
Menghasilkan
  karya yang menarik menggunakan pelbagai media, teknik dan proses penghasilan
  yang betul dengan mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa
  seni visual dan mengamalkan nilai baik dalam semua aspek kehidupan. | 
B5D1 
(PERSEPSI ESTETIK) 
Menggunakan
  bahasa seni visual dengan betul dan kreatif dalam berkarya 
B5D2 
(APLIKASI
  SENI) 
Mempelbagaikan penggunaan  media, teknik dan proses dengan betul dan
  kreatif 
B5D3 
(EKSPRESI
  KREATIF) 
Mengguna, memanipulasi dan mempelbagaikan media yang
  bersesuaian secara kreatif 
B5D4 
(EKSPRESI
  KREATIF) 
Mengaplikasi alam ciptaan Tuhan sebagai sumber ilham. 
B5D5 
(EKSPRESI
  KREATIF) 
Menghayati
  nilai baik 
B5D6 
(APRESIASI
  SENI) 
Membuat
  apresiasi terhadap karya sendiri | 
B5D1E1 
Menghasilkan
  karya dalam bidang menggambar iaitu 
  lukisan, catan, kolaj dan montaj  yang mempamerkan unsur seni dan prinsip
  rekaan dengan betul dan kreatif 
B5D1E2 
Menghasilkan
  karya dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu  terancang dan tidak terancang yang
  mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan dengan betul dan kreatif 
B5D1E3 
Menghasilkan karya dalam bidang membentuk
  dan membuat  binaaniaitu 
  mobail,boneka dan topeng yang mempamerkan unsur seni dan prinsip
  rekaan dengan betul dan kreatif 
B5D1E4 
Menghasilkan karya dalam bidang mengenal
  kraf tradisional  iaitu 
  anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diriyang mempamerkan unsur seni dan prinsip rekaan dengan betul dan
  kreatif 
B5D2E1 
Mempelbagaikan
  pengunaan alat , bahan, teknik dan proses dengan betul serta kreatif dalam
  bidang menggambar  iaitu  lukisan, catan, kolaj dan montaj   
B5D2E2 
Mempelbagaikan
  pengunaan  alat , bahan, teknik dan
  proses dengan betul serta kreatif dalam bidang membuat corak dan rekaan  iaitu 
  terancang dan tidak terancang 
B5D2E3 
Mempelbagaikan
  pengunaan  alat , bahan, teknik dan
  proses dengan betul serta kreatif dalam bidang membentuk dan membuat binaanb iaitu 
  mobail,boneka dan topeng 
B5D2E4 
Mempelbagaikan
  pengunaan  alat , bahan, teknik dan
  proses dengan betul serta kreatif dalam bidang mengenal kraf tradisional iaitu 
  anyaman, alat pertahanan diri dan alat perhiasan diri 
B5D3E1 
Menghasilkan karya seni secara menarik dan kreatif
  dalam bidang menggambar iaitu 
  lukisan, catan, kolaj dan montaj 
   
B5D3E2 
Menghasilkan karya seni secara menarik dan kreatif
  dalam bidang membuat corak dan rekaan iaitu  terancang dan tidak terancang 
B5D3E3 
Menghasilkan karya seni secara menarik dan kreatif
  dalam bidang membentuk dan membuat binaan 
  binaan  iaitu  mobail,boneka dan topeng 
B5D3E4 
Menghasilkan karya seni secara menarik dan kreatif
  dalam bidang mengenal kraf tradisional 
  iaitu  anyaman, alat pertahanan
  diri dan alat perhiasan diri 
B5D4E1 
Menghasilkan
  karya yang menarik  dengan membuat
  olahan idea berdasarkan alam ciptaan Tuhan 
B5D5E1 
Mengamalkan  nilai baik semasa menjalankan aktiviti  seperti bertanggungjawab, berdisiplin dan
  yakin diri 
B5D6E1 
Mempamerkan
  karya yang dihasilkan 
B5D6E2 
Menceritakan karya sendiri dengan menggunakan bahasa
  seni visual secara lisan | 
| 
BAND | 
PERNYATAAN STANDARD | 
DESKRIPTOR | 
EVIDENS | 
| 
6 
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali | 
B6 
Menghasilkan karya yang kreatif dan unik berpandukan
  bahasa seni visual dan proses penghasilan yang betul dengan menggunakan
  pelbagai media dan teknik secara kreatif dan mempunyai elemen nilai tambah
  serta dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri, tokoh seni dan warisan
  seni negara di samping memiliki  nilai
  baik dalam semua aspek kehidupan. | 
B6D1 
(PERSEPSI 
  ESTETIK) 
Murid dapat berfikir secara kritis dan
  kreatif untuk menghasilkan karya berpandukan bahasa seni visual 
B6D2 
(APLIKASI SENI) 
Menggunakan 
  pelbagai media dan teknik secara kreatif dengan proses  yang betul dan tepat 
B6D3 
(EKSPRESI KREATIF) 
Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni
  visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai kajian dan  teknologi dalam penghasilan karya seni 
B6D4 
(EKSPRESI KREATIF) 
Menggunakan  Elemen Merentas Kurikulum (EMK) 
B6D5 
(EKSPRESI KREATIF) 
Membudayakan nilai baik dalam setiap
  aktiviti yang dilakukan 
B6D6 
(APRESIASI SENI) 
Membuat apreasiasi terhadap karya sendiri dan rakan
  berpandukan bahasa seni visual 
B6D7 
(APRESIASI SENI) 
Membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta
  hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain 
B6D8 
(APRESIASI SENI) 
Mensyukuri keindahan
  alam ciptaan Tuhan | 
B6D1E1 
Menghasilkan
  karya  yang mempunyai unsur seni dan
  prinsip rekaan secara kreatif dan unik serta dapat menghubungkaitkannya
  dengan disiplin ilmu yang lain dalam bidang menggambar iaitu lukisan, catan,
  kolaj dan montaj   
B6D1E2 
Menghasilkan
  karya  yang mempunyai unsur seni dan
  prinsip rekaan secara kreatif dan unik serta dapat menghubungkaitkannya
  dengan disiplin ilmu yang lain  dalam
  bidang membuat corak dan rekaan iaitu 
  terancang dan tidak terancang 
B6D1E3 
Menghasilkan
  karya  yang mempunyai unsur seni dan
  prinsip rekaan secara kreatif dan unik serta dapat menghubungkaitkannya
  dengan disiplin ilmu yang lain  dalam
  bidang membentuk dan membuat binaan iaitumobail,boneka
  dan topeng 
B6D1E4 
Menghasilkan
  karya  yang mempunyai unsur seni dan
  prinsip rekaan secara kreatif dan unik serta dapat menghubungkaitkannya
  dengan disiplin ilmu yang lain  dalam
  bidang mengenal kraf tradisionaliaitu  anyaman, alat pertahanan diri dan alat
  perhiasan diri 
B6D2E1 
Mempelbagaikan penggunaan alat, bahan, teknik dan
  proses dengan betul , tepat dan kreatif dalam bidang menggambar iaitu
  lukisan, catan, kolaj dan montaj   
B6D2E2 
Mempelbagaikan penggunaan alat, bahan, teknik dan
  proses dengan betul , tepat dan kreatif dalam bidang membuat corak dan rekaan
  iaitu  terancang dan tidak terancang 
B6D2E3 
Mempelbagaikan penggunaan alat, bahan, teknik dan
  proses dengan betul , tepat dan kreatif dalam dalam bidang membentuk dan
  membuat binaan iaitu mobail,boneka dan
  topeng 
B6D2E4 
Mempelbagaikan penggunaan alat, bahan, teknik dan
  proses dengan betul , tepat dan kreatif dalam bidang mengenal kraf
  tradisionaliaitu  anyaman, alat pertahanan diri dan alat
  perhiasan diri 
B6D3E1 
Menghasilkan karya dengan mengggunakan pelbagai jenis
  sumber, kajian dan teknologi 
B6D4E1 
Menghasilkan karya yang menggunakan Elemen Merentas
  Kurikulum (EMK) 
B6D5E1 
Membuat pertimbangan yang sewajarya apabila berhadapan
  dengan pelbagai situasi 
B6D5E2 
Menjadi pembimbing kepada rakan sebaya  sewaktu menjalankan aktiviti 
B6D6E1 
Mempamerkan karya yang dihasilkan 
B6D6E2 
Menceritakan karya sendiri dengan
  menggunakan bahasa seni visual  dengan
  yakin secara lisan  
B6D6E3 
Menceritakan karya rakan menggunakan
  bahasa seni visual  dengan yakin secara
  lisan secara lisan  
B6D7E1 
Membuat perbincangan  dan penaakulan bersama guru dan rakan  berdasarkan hasil  kerja atau karya pilihan 
B6D8E1 
Menunjukkan rasa kesyukuran
  terhadap Tuhan | 

 
No comments:
Post a Comment
my ♥,,,