follower

Sunday, June 17, 2012

prosedur nikah-kawen di kelantan

as salam... 
 enjoy cite tika k..........♥

 sebelum ni,
tika ingat semua negeri sama saja prosedur nikah ni.
rupanya tak.
tapi tak de la beza seratus peratus.
masa tika kursus kawen 26,27 mei kat pasir gudang ari tu,
banyak yang tika dapat belajar tentang prosedur ni.
kalau kat johor,
sume borang-borang,
perlu diambil di pejabat agama daerah kita nak kawen tu,
termasuk borang test hiv.
lepas isi-isi dan disahkan(cop),
kena hantar balik kat pejabat agama tu,
then,
ada sesi interview sikit.
siries tika cakap,
agak cuak mula-mula dengar ni.
memandangkan tika akan kawen kat kelantan,
so jauh dan makan masa kalau nak uruskan semua ni kat kampung kan.
so, masa kursus tu,
ustaz aka kadi kat jb tu,
ade sarankan isi borang dan interview kat johor.
pon boleh jugak cara ni,
cuma nanti perlu isi satu lagi borang kebenaran/pengesahan je.
tika dan din pon ingat nak setelkan kat jb je.
tapi,
bila balik cuti ari tu,
tika tanya ayah dan mak.
diorang kata kat kelantan berbeza.
ape yang beza nya?
ok, tika jelaskan step by step yang tika buat kat kelantan ari tu.
  1. kursus kawen (tika buat kat pasir gudang,sebelum balik kampung).
  2. bakal suami ambil borang dengan tok imam masjid mukimnye, isi dan sahkan, kemudian serah pada bakal isteri.
  3. bakal isteri ambil borang dengan tok imam yang masjid mukimnye, isi dan sahkan. 
  4. pergi klinik, dan buat test hiv. (nanti akan diberikan sampul berisi result test tersebut.)
  5. fotostat sume yang patot.
    • ic bakal suami
    • ic 2 orang saksi bakal suami 
    • ic bakal isteri
    • ic 2 orang saksi bakal isteri
    • ic wali
    • sijil kursus kawen
  6. serahkan semua pada kadi yang akan nikahkan kite nanti.
    1. borang2
    2. semua ic yang difotostat
    3. sijil kursus kawen (ori)
    4. sijil kursus kawen (salinan)
    5. result test hiv
    6. gambar bakal pengantin 2 keping setiap orang
nampak tak bezanya dengan yang tika belajar kat kursus kawen tu?
x?
ok, tika cite sikit.
kat kelantan,
borang pihak lelaki ambil dengan tok imam masjid kg die, 
borang perempuan plak ambil dengan tok imam masjid kg die.
xperlu g pejabat agama amik kat sana.
bila siap isi, tak payah hantar kat pejabat agama,
bagi terus kat tok kadi.
borang test hiv tak payah ambil kat mana-mana.
pergi je klinik kerajaan test dan akan dapat result,
resultnye terus bagi tok kadi jugak sekali dengan borang-borang dan semua salinan
yang da difotostat.
tak de sesi interview.(yeyyy..yang ni paling suke..hihi)
tapi,
masa nak nikah nanti,
ayah kata die ade jugak tanya sikit-sikit,
tu pon kat bakal suami je.
yeyyy sekali lagi.
hihi..

 
 

4 comments:

  1. appreciate this kind of information...
    by the way i pun akan nikah kat kelantan by next year...
    tp i yang agak kelam kabut coz i siapkan or cari info tuk my fiancee coz he very busy until end of the year...
    die org selangor...even my brother last year nikah kat kelantan pun tak banyak membantu..huhuhu

    ReplyDelete
  2. oh,hihi,membantu jugak ea? memang kawen kat kelantan lebih mudah.semoga segala urusan berjalan dengan lancar tau.

    ReplyDelete
  3. Hi,assalamualaikum,nak tanya la psl prosedu kahwin kt kelantan nie,
    sy org kelate la,n tunang org kedah.ada keliru sikit,,kami berdua bekerja di Melaka.

    untuk urusan kahwin,mksudnye sy kena blk kelantan ambil borang2 tu, n kena cop kt kelntan semua la eh? n lelaki pon sama, kena balik kedah, ambil borang2 n cop kat kedah jugak? betul ke?

    n y hiv test tu ambil kt mana2 pon xpe kan,sbb kami berdua ambil kt hpital kerajaan melaka,,borang x perlu ambil kt kelantan or kedah kan?

    sebab sy ada dengar,,kalau kita dah bermastautin kat satu tempat nie,,sume borang2 kahwin tu boleh setel tmpt mastautin,,dgn syarat ada surat pengesahan mastautin.

    jadi sy pon keliru,,mintak saudari y berpengalamn bantu saya,,TQ

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog

Loading...