Saturday, October 6, 2012

hantaran dalam balang - tema biru turqoise+purple

as salam and welcome..♥ 

ari ni sempat la nak review pasal majlis hari tu jap.
ok,
hantaran kawen tika tak banyak pon.
9 balas 7.
sebelum-sebelum ni tika ada banyak da tulis entry pasal diy la n macam-macam lagi.
masa plan meriah ja kan.
tapi ni la hasilnya.
meriah tak meriah ni la hasil tangan kayu tika.
huhu.
 jom tengok.
mana tau leh bagi idea.
 ini kesembilan-sembilan bekas hantaran kepada pihak lelaki.
start dari bantal hantaran dan semua la,
bunga organza di tepi setiap balang pon tika buat sendiri.
semua tika buat dengan bantuan akak ipar.
jom review satu-satu.
 rayben.
kemahuan incik suami.
rayben ni tak mahal sangat.
standart harga la.
mmg mencecah ratusan ringgit tapi takdela mahal sangat,
 ikut kemampuan kami je la kan.
 masuk kotak sekali nak bagi penuh ruang balang tu.
 ini pula tshirt + short.
incik suami lebih gemar pakai short dari sluar panjang2,
so dari bazir je,
baik beli yang die suka pakaikan.
baju n short tu main gulung n lipat-lipat ja sumbat dalam balang tu.
 buah-buahan.
yang ni tika tak pakai balang.
sebabnya tak muat.
so terpaksa pakai pinggan kaca/seramik yang tika beli dekat giant
beberapa hari sebelum majlis.
saja ja beli sebenarnya.
tengok ka da berguna.
 fondant cake.
tika suke colour kek ni.
kek ni sebenarnya tika beli kat muar.
bawa balik ke kelantan.
jauh perjalanan kek ni.
nasib baik tak cair.
huhu.
ape pon cake ni murah,cantik n sedap.
RM50 sahaja..
 coklat ni campur-campur.
ada fererro ado ferrerriii.
haha.
ba;ang ni tinggi woo.
kalau nak penuhkan dengan fererro semua,
bankrup tokey.
haha.
 ini pula baju melayu.
sekali lagi gubahan main gulung-gulung,
 ikat pakai riben dan sumbat dalam balang.
balang ni sempit..
 wallet n belt set.
yang ni beli kat the zon mase tengah sale ari tu,
susah sangat tak erti gubah,
senang-senang letak ja dengan kotak-kotak sekali.
huhu.
abis cite.
  
yang ni sedikit lucu ya.
sebenarnya xde dalam senarai plan pon ni.
las-las incik suami datang bagi kasut ni suruh letak atas hantaran.
padan la muka ko,
tak semapt nak gubah,
lagi pun,
bantal hantaran tu muat-muat ja,
kasut besar.
macam sardin la jawabnyoo..
 dan ini pulut semangat.
yang ni pon tika tak pernah terfikir kena ada.
masa tengah gubah tu,
mak  cakap pulutb semangat kena ada.
nak tak nak kena buat.
seb baik memang tak cukup satu bekas,
 sebab hantaran cincin dan sireh dah digunakan masa majlis akd nikah.
gabra jugak mula-mula tu.
alhamdulillah ada orang kampung yang sudi buat walaupun tak ikut tema sangat.
tapi cantik kan.
 ini pula bekas cincin dan sireh.
ni la yang guna masa akad nikah.
tapi pic ni anak sdara yang amik.
agak kecil dan gelap.


ok da habis pic.
tika nak gitau la bajet-bajet sikit yang tika ingat,
 supaya senang dan membantu untuk kalian,
 yang baru nak fikir-fikir guna bekas hantaran yang macam mana kan.
untuk bajet bantal hantaran tak ingat sangat.
 tapi murah la sebab barang-barang pon tak banyak.
tengok sini.
bunga atas bantal hantaran tu buat sendiri lagi murah.
kalau beli siap satu ada sampai hampir RM10.
sebab pakai kain organza.
padahal buat senang saja.
saya syorkan buat sendiri.
manik-manik tu pon buat sendiri.
beli yang paket dan beli tali tangsi.
balang hantaran 1= RM6.9 beli kat kedai 2N ja.
mangkuk seramik tu RM8.... beli kat giant kg pasir, alrkin.
sarang burung bekas cincin tu beli kat Nilai RM3...

sebenarnya kene pandai pilih tempat.
antara banyak tempat saya pegi,
saya suke beli dekat air hitam.
banyak barang murah kalau nak dibandingkan dengan nilai.
mungkin faktor sewaan kedai diorang.
di air hitam kedai tepi jalan,
di nilai kedai siap ber'aircond'
so faham-faham la.
better jangan beli barang dekat kedai yang mewah kalau nak save bajet.
bunga-bunga plastik saya beli dekat mydin mall kb.
siries murah.
dan banyak pilihan berbanding di tempat lain.
saya masih ade bantal hantaran tu,
kalau sape berminat boleh gitau ya.
saya boleh jual murah-murah,
hiihii..

3 comments:

  1. bestnya tengok^^ rase mcm nak kawen juga.. hahahahah :P

    ReplyDelete
  2. hi salam,,

    awak dh jual ke bantal2 tu semua,,cantik plak tgk,,
    berapa ye nak jual TQ

    ReplyDelete

my ♥,,,

Search This Blog