follower

Wednesday, October 10, 2012

Pemodenan dan Perancangan Bahasa Melayu

PENGENALAN
Perkembangan bahasa Melayu melalui beberapa tahap sebagaimana yang telah
dijelaskan dalam Topik 3. Kini bahasa Melayu merupakan bahasa yang
dituturkan oleh rakyat Malaysia dalam komunikasi harian. Pengetahuan
masyarakat di Malaysia tentang bahasa ini tidak dapat dinafikan amat tinggi
kerana hubungan sosial atau hubungan dagang mengutamakan bahasa Melayu
khususnya dalam kalangan masyarakat umum di luar bandar. Perkembangan ini
juga menyaksikan era pemodenan bahasa Melayu. Di Malaysia, istilah bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan membawa maknanya tersendiri. Bahasa
kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara
serta berfungsi sebagai alat perpaduan rakyat. Identiti bahasa kebangsaan
haruslah mencerminkan penggunaan bahasa yang menggambarkan keseluruhan
masyarakat yang mendiami negara Malaysia. Bahasa rasmi pula menekankan
penggunaan bahasa dalam situasi rasmi misalnya pentadbiran, sistem
pendidikan negara, urusan perdagangan, acara rasmi dan sebagainya.
Kedudukan bahasa rasmi amat tinggi prestijnya dalam kalangan pengguna
bahasa kerana bahasa itu merupakan bahasa komunikasi harian dalam segala

Topik4-Pemodenan dan
Perancangan
Bahasa Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti klasifikasi perancangan bahasa;
2. Menghuraikan perancangan taraf bahasa; dan
3. Membincangkan perancangan korpus bahasa.


TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
KONSEP DAN DEFINISI
Pemodenan bahasa mempunyai pengertian yang khusus bagi menilai
perkembangan sesuatu bahasa. Sukar untuk ditentukan garis pemisah antara
moden dan tradisi dalam perkembangan bahasa Melayu. Pemodenan ialah
proses menjadikan bahasa-bahasa yang sudah berkembang maju sebagai bahasa
media komunikasi, iaitu proses menyatukan masyarakat dunia bahasa-bahasa
yang kian saling menterjemahkan yang dikenali sebagai cara yang wajar bagi
bentuk-bentuk moden dalam wacana (Ferguson,1968:32 dipetik daripada Ismail
Dahaman 2007). Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula dengan
pemodenan kosa kata bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam
bidang ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah. Perkembangan ini
memperlihatkan kemunculan bahasa Melayu tinggi yang digunakan dalam
wacana ilmiah yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata khusus,
struktur morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks.
Alisjahbana (1965) (Lihat Rajah 4.1) pula
mengatakan pemodenan itu sebagai
usaha-usaha menyesuaikan konsepkonsep,
fikiran-fikiran dan cara-cara
berfikir kebudayaan negara-negara
sedang membangun dengan konsepkonsep,
fikiran-fikiran dan cara berfikir
dunia moden, iaitu memodenkan
kebudayaan untuk kemajuan ilmu,
teknologi dan ekonomi dunia moden.
Pemodenan bahasa dapat dilihat dari
segi fungsi bahasa Melayu itu sendiri,
yakni pada masa dahulu merupakan
bahasa lingua franca kemudian
berkembang menjadi bahasa wacana
ilmu bersifat ilmiah melalui pengayaan
kosa kata atau perbendaharaan kata
dalam bahasa Melayu.
Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi dengan
cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta satu situasi
bahasa. Perancangan bahasa merupakan pembangunan matlamat, objektif, dan
strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat
atau komuniti. Hal ini melibatkan perekasayaan sosial penggunaan bahasa bagi

4.1TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
sesebuah negara. Perancangan bahasa merangkumi dua komponen penting,
iaitu perancangan taraf atau status dan perancangan korpus. Perancangan taraf
mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa
(Asmah:1987). Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf
bahasa dalam sesebuah negara. Usaha ini merupakan urusan rasmi di peringkat
kerajaan atau pemerintah tentang pemilihan dan peningkatan penggunaan satu
bahasa dalam pentadbiran negara. Usaha ini dilakukan dengan bersungguhsungguh
oleh individu, kumpulan, atau organisasi untuk mempengaruhi
penggunaan atau pembangunan satu bahasa sebagai bahasa rasmi. Perancangan
korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri yang
melibatkan penciptaan perbendaharaan kata yang baharu dan pembakuan atau
penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa.
Dari segi sistem pendidikan, perancangan bahasa yang meletakkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu telah menggalakkan pelajar, pengajar, guru dan pensyarah,
penggubal kurikulum, penyedia soalan peperiksaan, dan pentadbiran menuntut
kegiatan peristilahan bahasa Melayu dipacu dengan lebih laju. Ini memperlihatkan
proses pemodenan bahasa Melayu berlaku secara terancang, iaitu melalui
perancangan bahasa. Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke peringkat
institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Banyak Jawatankuasa Istilah (JKI) telah
ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi awam untuk
mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa Melayu dalam bidang
sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan perancangan korpus
bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.
Globalisasi menyaksikan perkembangan ilmu tanpa sempadan yang boleh
diterokai oleh mana-mana pihak yang berminat untuk mempertingkatkan
pengetahuan dalam pelbagai bidang. Hal ini juga memperlihatkan keutamaan
diberikan kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu antarabangsa di samping
beberapa bahasa utama lain seperti Perancis, Jerman, Mandarin dan sebagainya.
Aspek ini amat berkait rapat dengan perancangan bahasa, khususnya bagi
negara-negara membangun seperti Malaysia yang sedang berusaha untuk
mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan sosial. Bahasa Melayu, sama
ada dalam penggunaan umum ataupun penggunaan bidang khusus, merupakan
wahana penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan. Perancangan bahasa
juga merupakan fenomena yang berlaku dalam bahasa untuk tujuan umum
(BUTU) dan juga bahasa untuk tujuan khusus (BUTK). Asas bagi perancangan
bahasa bagi bidang khusus ini adalah untuk membolehkan komunikasi
profesional berlangsung dalam bahasa Melayu.
Perancangan bahasa adalah satu proses yang berterusan dan mengambil jangka
masa yang agak panjang. Perancangan bahasa oleh mana-mana negara

68 TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
memerlukan pembentukan satu dasar oleh pemerintah. Noss (1971) melihat hal
ini dari sudut perancangan dasar bahasa yang terbahagi kepada tiga, iaitu dasar
bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan, dan dasar bahasa am. Dasar bahasa
rasmi ialah dasar yang dikeluarkan oleh pemerintah yang menentukan bahasa
yang seharusnya digunakan dalam mencapai matlamat tertentu. Dasar bahasa
pendidikan ialah dasar bahasa yang dipegang dalam menggunakan bahasa
sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar yang secara
tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam
perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan dengan orang-orang,
badan-badan atau negara-negara luar (Asmah, 1985. ms 23).
Dalam perkembangan perancangan bahasa, terdapat beberapa istilah yang
merujuk kepada usaha-usaha untuk merancang atau merencanakan pembinaan
dan pengembangan bahasa secara sedar. Antaranya :
(a) Perancangan bahasa (language planning),
(b) Perekasayaan bahasa (language engineering),
(c) Politik bahasa (glottopolitics and glossopolitics),
(d) Pengurusan bahasa (language management),
(e) Pemupukan bahasa (language cultivation),
(f) Perawatan bahasa (language treatment), dan
(g) Pembinaan bahasa (language development).
Francis X. Karam (1974) telah memetik pendapat Einar Haugen (Lihat Rajah 4.2)
bahawa orang yang pertama menggunakan perkataan language planning ialah
Uriel Weinreich dalam satu seminar yang diadakan di Universiti Colombia.
Namun demikian, orang yang pertama yang menggunakannya sebagai satu
konsep dan menjelaskan konsep ini sebagai istilah ialah Einar Haugen sendiri
berdasarkan sebuah makalah yang berjudul Planning for a Standard Language

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
in Modern Norway (1959) dan kemudian makalah ini ditukar kepada Language
Planning in Modern Norway. Einar Haugen mengatakan bahawa perancangan
bahasa itu merangkumi kerja-kerja normatif akademi atau jawatankuasa bahasa,
terhadap semua bentuk usaha yang biasa dikenali sebagai pembinaan bahasa
dan semua cadangan perubahan atau reformasi bahasa atau pembakuan
standard.
Dalam versi klasik, skema perancangan bahasa Haugen merangkumi empat
dimensi membentuk pasangan matriks dua-dengan-dua. Bahasa dilihat sebagai
norma dan fungsi, dan objek perancangan dilihat sebagai masyarakat dan
bahasa. Satu norma dipilih dan dikodkan melalui ortografi, tatabahasa dan
leksikal. Pemilihan bahasa tertentu dibuat untuk menduduki tempat tertentu
seperti bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Kodifikasi dilakukan dengan menentukan norma sesuatu bahasa. Pada aras
fungsi, bentuk yang dipilih dikodkan untuk dijadikan identifikasi standard atau
digunakan (implementasi sebagai satu amalan sosial), dan kemudian dihuraikan.
Peluasan perlu dilakukan untuk membuktikan kemampuan bahasa menghadapi
kehendak-kehendak semasa dalam segala bidang pengetahuan.
Istilah language planning ini juga digunakan oleh beberapa ahli bahasa lain
seperti Joshua A. Fishman dalam Advances in Language Planning (1974) dan
The Impact of Nationalism on Language Planning (1970), Valter Tauli (dalam
Theory of Language Planning (1974), Bonafacio P. Sibayan (dalam Language
Planning Processes and the Language Policy: Survey in the Philipines 1970),
Rubin Jernudd (dalam Can Language be Planned? 1970), Joan Rubin (dalam Cost
Benefit Analysis in Language Planning 1970), Chaim Rubin (dalam Tentative
Classification of Language Planning Aims 1970), Paul Gavin (dalam Some
Comments on Language Planning 1970), Fernando Penalosa (1984), Roger T. Bell
(1976), Khaidir Anwar (1980), Richard B. Noss (1984) dan S. Takdir Alisyahbana
(1976) (dalam Language Planning for Modernization), dan Asmah Haji
Omar(1979) (dalam Language Planning for Unity and Efficiency).
Language engineering atau perekasayaan bahasa digunakan oleh G.P. Springer
dalam Early Soviet Theories in Communication (1956), Takdir Alisyahbana
dalam Language Engineering Moulds Indonesian Language (1961) dan
Language Policy, Language Engineering and Literacy in Indonesia and Malaysia
(1971), Richard B. Noss (1984), Stephen A. Wurm (1974), Bonifacio P.
Sibayan(1974) dan Henri Lavondes (1974). Glottopolitics atau politik bahasa
diperkenalkan oleh Robert A. Hall Jr. (dalam tulisannya berjudul American
Linguistics 1925-1950 (1951). Selain itu, tokoh bahasa dari Indonesia seperti
Amran Halim (Politik Bahasa Nasional 1980) dan Lembaga Bahasa Nasional
Indonesia 1974 turut menggunakan istilah yang sama. Istilah glossopolitics juga
digunakan oleh Asmah Haji Omar. Language development atau pembinaan

70 TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
bahasa dikemukakan juga oleh Richard B. Noss dalam Language Policy and
Higher Education 1967 untuk pengertian perancangan bahasa yang dilakukan di
negara-negara di Asia Tenggara. Bagi Noss istilah ini merupakan sebahagian
daripada ruang lingkup dalam Language Planning (Richard Noss 1984). Tokoh
lain yang menggunakan istilah ini ialah Charles A. Ferguson 1968. Language
treatment atau perawatan bahasa digunakan oleh Ferdinand Penalosa (1981)
untuk berbagai-bagai jenis perhatian yang diberikan oleh masyarakat tentang
bahasa. Jenis perawatan bahasa yang terpenting menurut beliau ialah
perancangan bahasa. Oleh itu perancangan bahasa merupakan sebahagian sahaja
daripada perawatan bahasa. Language management atau pengurusan bahasa,
iaitu bahasa itu dibina dan dipupuk untuk menjadi satu bahasa yang
berkeupayaan dan mampu digunakan untuk mendukung budaya yang tinggi
serta moden.
Neustupny (1974) menyebut dua istilah lagi, iaitu Cultivation Approach dan
Cultivation of Language yang menyentuh „...persoalan ketepatan, kecekapan,
tahap linguistik memenuhi fungsi-fungsi khusus, masalah stail, sekatan terhadap
kapasiti perhubungan dan sebagainya‰ Istilah Cultivation of Language menurut
Neustupny mula digunakan oleh P.L. Garvin dalam tulisannya yang berjudul A
Prague School Reader on Aesthetics Structure and Style (1964). Selain itu,
terdapat beberapa istilah lain yang dikaitkan dengan perancangan bahasa, iaitu
A. Peskovskij telah menemukan istilah practical linguistics, iaitu ilmu bahasa
amali atau linguistik amali. Bruno Migliorini dan Hspang-Hansen menggunakan
pula istilah applied linguistics atau linguistik terapan atau gunaan. Punya Sloka
Ray pula memberikan nama prescriptive linguistics atau linguistik preskriptif.
Einar Haugen telah menggunakan istilah normative linguistics atau linguistik
normatif. Akhir sekali, Valter Tauli menggunakan istilah Theory of Language
Planning atau teori perancangan bahasa (lihat Valter Vauli (1974 dan 1968)
dalam J.A. Fishman Advances in Language Planning.)
Rubin dan Jernudd dalam bukunya Can Language Be Planned? (1970) (atau
bolehkah bahasa dirancang?), telah mengatakan bahawa perancangan bahasa itu
membawa maksud pembuatan keputusan tentang bahasa atau decision making
about language yakni segala keputusan yang dibuat untuk bahasa. Hal ini
merangkumi keputusan penetapan taraf bahasa dan bahan bahasa seperti ejaan,
tatabahasa, istilah, sebutan, dan kosa kata serta hal-hal lain yang berkaitan
dengan bahasa. Dalam tahun 1971 dan 1974, kedua-duanya mengutarakan
pandangan lanjutan, iaitu perancangan bahasa sebagai usaha-usaha yang
tersusun yang diarahkan kepada perubahan yang difikirkan dan ditimbangkan
secara teliti mengenai kod bahasa atau pertuturan atau kedua-duanya sekali.
Fishman (1972) (Lihat Rajah 4.3) memberikan takrifan istilah ini sebagai „usaha
yang tersusun bagi menyelesaikan masalah-masalah bahasa terutama pada
peringkat kebangsaan‰. Valter Tauli mendefinisikan istilah ini sebagai kegiatan

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
mengawal atur yang berkaedah dan membaiki bahasa-bahasa yang baru dan
sepunya di peringkat daerah, negara atau antarabangsa (Valter Tauli 1974). Das
Gupta (dalam Penalosa 1981) berpendapat bahawa perancangan bahasa itu ialah
rangkap kegiatan yang difikirkan dan ditimbangkan dengan hati-hati, dan
direkasayakan secara bersistem untuk menyusun dan membina daya sumber
bahasa sesebuah masyarakat secara terstruktur dan mengikut jadual waktu yang
tertentu.
Weinstein (1980) berpandangan bahawa perancangan
bahasa ialah usaha mendapat kuasa dan juga kerajaan
yang bersifat jangka panjang, mempertahankan berserta
dengan penuh sedar (berusaha) bagi mengubah fungsi
sesuatu bahasa dalam sesebuah masyarakat untuk
tujuan menyelesaikan masalah-masalah perhubungan
atau komunikasi.
Springer (1956) dan (1974) yang menggunakan istilah language engineering telah
memberikan takrif istilah ini sebagai rujukan kepada usaha-usaha penulisan dan
pembakuan bahasa-bahasa separa baku di Kesatuan Soviet. Alisyahbana (1961
dan 1974) menggunakan istilah yang sama bagi maksud pedoman pembinaan
bahasa secara sedar dalam konteks perubahan masyarakat, kebudayaan dan
teknologi yang lebih besar. Juga dikatakan bahawa istilah ini juga membawa
maksud pemindahan pengalaman-pengalaman pengekodan yang lalu pada
bahasa-bahasa di Eropah dalam bidang ejaan, kosa kata dan tatabahasa kepada
bahasa-bahasa yang baru dibina dengan perancangan dan dipertimbangkan
dengan teliti dan rasional.
Ronald Wardhaugh (1988) mengatakan bahawa terdapat dua fokus perancangan
bahasa, iaitu perancangan taraf atau status, dan perancangan korpus atau bahan.
Pertama, analisis keperluan dilakukan yang melibatkan analisis komunikasi pola
sosiopolitik dalam masyarakat. Kemudian, pemilihan satu bahasa pelbagai
bahasa untuk tujuan perancangan. Tahap ini kadangkala dikenali sebagai
perancangan status yang merangkumi kodifikasi dan penstandardan. Kodifikasi
menentukan kriteria yang dikatakan bahasa yang baik manakala penstandardan
berlaku apabila satu bahasa dipilih sebagai standard yang diikuti. Kedua-dua
Rajah 4.3: Joshua Fishman.
Sumber: Dipetik daripada
http://images.google.com/images?

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
tahap ini merupakan perancangan status bahasa. Tahap seterusnya ialah
peluasan dan pelaksanaan. Peluasan melibatkan sebarang aktiviti yang
mengembangkan pembangunan sesuatu bahasa termasuklah peluasan leksikal
yang memungkinkan perkembangan bahasa yang dinamis. Pelaksanaan
merupakan proses pemupukan bahasa melalui penghasilan kamus dan
penulisan ilmiah dalam bahasa tersebut. Sebagai tambahan kepada pelaksanaan
melalui perancangan status dan korpus, penilaian dan maklum balas perlu
sebagai mekanisme bagi menentukan bagaimana perkembangan usaha
perancangan bahasa bergerak dan sejauh mana keberhasilan usaha yang
dilaksanakan.
PERANCANGAN TARAF BAHASA
Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam
hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan. Perancangan taraf
atau status melibatkan perubahan-perubahan fungsi sesuatu bahasa atau
kelainan bahasa dan hak-hak mereka yang menggunakannya. Hal ini
mementingkan peranan yang dimainkan bahasa dalam pembinaan bangsa.
Penggunaan satu bahasa rasmi merupakan penetapan taraf bahasa dalam
sesebuah negara. Perancangan taraf bahasa memberi pertimbangan kepada
beberapa faktor, iaitu identiti kebangsaan, pengetahuan bahasa, prestij
kebangsaan dan penyertaan bangsa dalam dunia antarabangsa (Asmah,1987).
Oleh itu perancangan ini dikatakan perancangan dasar bahasa. Dasar ini
menetapkan peranan yang dipegang oleh sesuatu bahasa dalam sesebuah
4.2
(a) Berdasarkan buku „Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus
Kepada Perancangan Bahasa Malaysia‰, bincangkan tiga dimensi
perancangan bahasa.
(b) Bezakan dasar perancangan bahasa di Malaysia dengan di
Singapura dan di Filipina.
AKTIVITI 4.1
(a) Huraikan dua konsep perancangan bahasa yang dikemukakan
oleh Robin Jernudd dan Fishman.
(b) Bezakan konsep bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
SEMAK KENDIRI 4.1
TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
negara. Fernando Penalosa (1981) memetik pandangan Heinz Kloss yang
mengatakan bahawa terdapat enam unsur dalam perancangan taraf bahasa:
(a) Pertama, dasar bahasa rasmi yang tunggal seperti di Indonesia, negara
Thai, dan Perancis. Di negara-negara tersebut, bahasa rasmi digunakan
dalam semua sistem pentadbiran kerajaan. Tidak ada bahasa-bahasa lain
yang digunakan dalam sebarang upacara rasmi kerajaan.
(b) Kedua, dasar bahasa rasmi yang mengandungi lebih daripada satu bahasa.
Misalnya di Brunei Darussalam yang menggunakan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi secara bersama. Di Kanada juga,
bahasa Inggeris dan bahasa Perancis digunakan secara meluas, manakala di
Switzerland menggunakan empat bahasa rasmi, iaitu Perancis, Jerman, Itali
dan Romansch.
(c) Ketiga, bahasa rasmi di negeri bahagian (regional official language) seperti
bahasa Ibo di Nigeria Timur dan bahasa Tamil di Tamil Nadu.
(d) Keempat, bahasa yang dinaikkan taraf (promoted language), iaitu bahasa
yang tidak mempunyai taraf rasmi tetapi digunakan oleh kerajaan untuk
berurusan dengan masyarakat dalam urusan rasmi. Misalnya bahasa
Sepanyol di barat daya Amerika Syarikat oleh penduduk setempat dan
pegawai kerajaan.
(e) Kelima, bahasa yang diizinkan (tolerated language), iaitu bahasa yang
bukan bahasa rasmi tetapi dibenarkan untuk digunakan oleh penuturnya.
Ini berlaku di sempadan negara Perancis, antara negara Perancis dan
Sepanyol terdapat satu suku bangsa yang mempunyai bahasa mereka
sendiri, iaitu bahasa Basque.
(f) Keenam, bahasa yang dilarang, iaitu bahasa yang tidak dibenarkan oleh
pemerintah seperti bahasa Turki di Asia Tengah sewaktu pemerintahan
Tzar Rusia.
Pembuatan keputusan tentang dasar dan perancangan bahasa lahir daripada
keperluan sosiopolitik. Perancangan bahasa juga dilakukan demi mengurangkan
kepelbagaian linguistik dalam sesebuah negara yang multibahasa dan
multibangsa. Pada kebiasaannya perancangan dalam bahasa untuk tujuan
khusus (BUTK) pula digerakkan ke arah perkembangan peristilahan yang belum
lagi wujud dalam bahasa berkenaan. Misalnya negara-negara di Afrika yang
perlu mengembangkan peristilahan bahasa ibunda mereka untuk berkomunikasi
dalam bidang khusus. Terdapat juga negara-negara yang memilih untuk
menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Perancis bagi mendapatkan ilmu
bidang khusus kerana menganggap bahasa ibunda mereka tidak dapat
mendukung konsep-konsep yang terdapat dalam bidang khusus ini. Apa pun
keputusan yang diambil oleh pihak yang berwibawa dalam menentukan
perancangan taraf bahasa, semangat kecintaan kepada bahasa ibunda perlulah

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
menjiwai pembuat dasar. Perancangan taraf bahasa Melayu di Malaysia boleh
dibahagikan kepada dua zaman, iaitu zaman sebelum merdeka dan zaman
selepas merdeka.
4.2.1 Perancangan Taraf Bahasa Melayu Sebelum
Merdeka
Bagi zaman pertama, yakni sebelum tahun 1957, Malaysia yang dikenali sebagai
Tanah Melayu berada di bawah penjajahan British. Kerajaan British tidak
membuat sebarang dasar untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan negara ini. Oleh itu usaha perancangan bahasa bersifat
individu semata-mata. Usaha-usaha ini dijalankan oleh tokoh seperti Abdullah
bin Abdul Kadir Munsyi. Beliau merupakan orang Melayu yang pertama
menyatakan pendiriannya sikap orang Melayu terhadap bahasa Melayu.
Kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya telah menyebabkan mereka
bertindak memajukan dan memperjuangkan kedudukannya dalam masyarakat
Melayu di semenanjung Tanah Melayu. Kumpulan ini merupakan kumpulan
guru dan wartawan Melayu menggunakan ruang akhbar untuk menyuarakan
pandangan mereka. Fungsi dan perkembangan bahasa Melayu seperti ejaan,
sebutan, istilah, tatabahasa, perkamusan dan sebagainya sering dijadikan bahan
perbincangan. Pertubuhan yang terlibat pula ialah Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa (1888), Persaudaraan Sahabat Pena (1949), ASAS 50 (1950),
Lembaga Bahasa Melayu (1950) dan Persekutuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya (1955). Kegiatan ini berlangsung dalam bentuk kongres, iaitu Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama (1952), Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu Ke-2 (1954), dan Kongres Persuratan Melayu Ke-3 (1956). Antara perkara
yang telah dicadangkan dalam ketiga-tiga kongres tersebut meliputi keperluan
penggunaan tulisan Rumi bagi bahasa Melayu, memorandum penubuhan Balai
Pustaka, penyatuan Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia, dan
perkembangan bahasa Melayu dalam dunia pendidikan khususnya di sekolahsekolah
rendah dan menengah.
4.2.2 Perancangan Taraf Bahasa Melayu Selepas
Merdeka
Perkembangan perancangan bahasa Melayu selepas tahun merdeka (1957)
menyaksikan peningkatan taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Perlembagaan ini hanya membenarkan
penggunaan bahasa Inggeris dalam tempoh sepuluh tahun selepas merdeka.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang berkuatkuasa pada 11 April 1963
memperuntukkan pula mengenai tulisan bagi bahasa kebangsaan, bentuk angka

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Pada 1 Julai 1972, Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/1967 diluluskan hasil semakan kepada Akta Bahasa
Kebangsaan tahun 1963 dan 1967. Akta ini menjelaskan bahawa bahasa
kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi. Akta-akta ini memberi
taraf dan kedudukan undang-undang kepada bahasa Melayu menjadi bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan disebabkan beberapa
faktor seperti yang berikut (Raja Muktaruddin Raja Mohd. Dain, 1982:13):
(a) Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca di kepulauan asia
tenggara? sejak awal lagi. Oleh itu kaum bumiputera di daerah ini,
walaupun menuturkan bahasa mereka sendiri, mereka menerima dan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara. Bahasa Melayu
telah tersebar luas sejak awal lagi kerana perhubungan yang dijalankan
oleh penduduk daerah ini sejak dahulu lagi. Kegiatan perdagangan dan
pengembangan agama melahirkan interaksi antara penduduk dengan
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
(b) Bahasa Melayu mempunyai ciri-ciri sejarah, keetnikan, autonomi dan daya
hidup. Bahasa Melayu mempunyai tradisi kesusasteraan bertulis sejak dulu
lagi. Bahasa Melayu telah mempunyai sistem tulisannya tersendiri,
bermula dengan tulisan Melayu kuno, sistem tulisan Jawi dan sekarang
sistem tulisan rumi. Bahasa Melayu begitu fleksibel dan boleh menyerap
unsur asing dan sifat ini membolehkan Bahasa Melayu maju.
(c) Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang besar. Pada masa itu
penutur bahasa Inggeris hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja.
Begitu juga halnya dengan kaum lain. Orang Cina mempunyai banyak
dialek dan hal yang sama dengan orang India. Oleh itu tidak praktikal
memilih bahasa lain kecuali bahasa Melayu.
(d) Bahasa Melayu boleh diterima sebagai lambang untuk dijadikan
identiti/jati diri kedaulatan negara. Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa yang menyatukan rakyat.
Perancangan bahasa biasanya amat rapat dengan masalah sosiopolitik. Oleh itu ahli
sosiologi dan ahli sains politik merupakan golongan pertama dikenal pasti dapat
membantu perkembangan ini. Badan politik Melayu yang menjadikan isu bahasa
sebagai bahan kempen, iaitu UMNO dengan lantang memperjuangkan keunggulan
bahasa Melayu di samping parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan
nasionalisme lain seperti PAS, Kesatuan Melayu di Semenanjung, ASAS 50,
Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, PENA, Persatuan Pelajar-Pelajar
Maktab Perguruan Bahasa, dan sebagainya. UMNO sebagai sebuah parti politik,
telah menjadikan isu bahasa sebagai bahan kempen. UMNO telah memenangi
pilihan raya dengan mempertahankan isu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan

 TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
bahasa kebangsaan. Berikutan ini, Allahyarham Tun Abdul Razak telah
mengumumkan penubuhan Balai Pustaka (kini DBP), iaitu Jabatan Bahasa dan
Kesusasteraan pada tahun 1956. ASAS 50 􀄃 sebuah pertubuhan karyawan seni yang
memperjuangkan kepentingan bahasa Melayu dari segi menentukan ejaan hingga
kepada perjuangan memberi status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
ASAS 50 telah memperjuangkan pemakaian tulisan rumi secara rasmi dan
mencadangkan agar Balai Pustaka ditukar menjadi Dewan Bahasa dan Pustaka
1956. Laporan Pelajaran Razak 1956 mencadangkan penggunaan satu jenis sekolah
yang menggunakan bahasa kebangsaan dan memperjuangkan supaya bahasa
Melayu diberikan nilai ekonomi. Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
(PBMUM) telah bergerak sejak tahun 1955 dan telah juga turut dalam perjuangan
menentukan kedudukan Bahasa Melayu. Persatuan Pelajar-Pelajar Maktab
Perguruan Bahasa (PPBPM) tahun 1959 telah mengadakan tunjuk perasaan untuk
menuntut supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di maktab perguruan.
PENA yang ditubuhkan pada Februari 1961 telah memperjuangkan pelaksanaan
bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Barisan Bertindak Bahasa
Kebangsaan (BBBK) turut berjuang melaksanakan kehendak perlembagaan seperti
termaktub dalam Perlembagaan 152.
Satu akta untuk mendiri dan menubuhkan satu badan yang bernama Lembaga
Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menggalakkan perkembangan
bahasa dan kesusasteraan Melayu. Akta ini hanya boleh dipakai di Malaysia
Barat sahaja. Akta ini dinamakan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 Akta 213
(disemak 1978). Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1995 Akta 930 (pindaan dan
perluasan 1995) merupakan satu akta untuk meminda Akta Dewan Bahasa dan
Pustaka 1959, dan untuk memperluas Akta tersebut, sebagaimana yang dipinda,
ke negeri Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Bahagian 6A 􀄃
Lembaga hendaklah menjadi pihak berkuasa penyelaras yang tunggal berkenaan
membentuk, mencipta dan membakukan istilah dalam bahasa kebangsaan.
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada mulanya ditubuhkan sebagai sebuah
jabatan di bawah Kementerian Pelajaran pada bulan Jun 1956 dan dikenali
sebagai Balai Pustaka. Balai Pustaka kini dijadikan sebagai perbadanan di bawah
Kementerian Pelajaran dan diberi nama baru, iaiatu Dewan Bahasa dan Pustaka
pada bulan Ogos 1959. Matlamat DBP yang ditetapkan oleh Seksyen 5(1)
Ordinan 1959, dengan pindaan pada tahun 1972 adalah seperti yang berikut:
(i) Memaju dan memperkayakan bahasa kebangsaan
(ii) Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan
(iii) Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau
penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan
dalam bahasa kebangsaan

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
(iv) Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah yang sesuai
dalam bahasa kebangsaan
Matlamat jangka panjang DBP ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang terutama dalam
bidang pentadbiran negara, dalam bidang pengajian tinggi, dan dalam kegiatan
yang maju dan kompleks seperti kegiatan intelektual, kegiatan kebudayaan,
ekonomi dan perdagangan. Tugas DBP adalah untuk menimbulkan keyakinan
orang ramai terhadap kecekapan bahasa Melayu, terutama melalui pembinaan
dan pengembangan korpus bahasa. Jelas, perancangan taraf bahasa Melayu telah
berjaya menentukan dasar yang harus diikuti oleh kerajaan dalam menentukan
hala tuju dan pembangunan pendidikan yang seharusnya berteraskan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dan meletakkan bahasa Melayu sebagai salah satu
daripada bahasa utama setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia ini.
PERANCANGAN KORPUS BAHASA
Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu sendiri
yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan atau
pemiawaian termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu bahasa),
pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan dipertimbangkan dengan
teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan penggunaannya (sumber-sumber
baru kosa kata dan penciptaan perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan
istilah, penyediaan kamus, dan kesusasteraan. Asmah Haji Omar (1985:22)
mengatakan bahawa perancangan korpus bahasa tidak lain daripada pembinaan
bahasa kerana perancangan bahasa ini meliputi penciptaan istilah-istilah baharu,
perubahan-perubahan yang dilakukan dalam sistem ejaan dan morfologi,
pengambilalihan sistem tulisan baharu, dan sebagainya. Perancangan korpus
atau bahan melibatkan pembinaan ortografi yang menetapkan sistem ejaan
rasmi bagi sesuatu bahasa.
Ismail Dahaman (2007) mengatakan bahawa usaha perancangan korpus bahasa
termasuklah aktiviti pengayaan kosa kata umum dan ilmu melalui pembentukan
istilah baharu, penyusunan kamus pelbagai jenis, penyempurnaan sistem ejaan
Rumi dan Jawi, sebutan baku, penyelidikan dan pendokumentasian korpus
4.3
(a) Bincangkan peranan yang dimainkan oleh badan bukan kerajaan
dalam perancangan bahasa di Malaysia.
(b) Huraikan peranan DBP dalam melaksanakan perancangan
bahasa di Malaysia.
SEMAK KENDIRI 4.2
TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
bahasa pada peringkat nasional dan dalam pelbagai sektor kehidupan
masyarakat. Ferguson (1968) mengatakan bahawa apabila bahasa vernakular
dirancang untuk membentuk bahasa baku, terdapat tiga komponen penting,
iaitu pengabjadan, pemodenan, dan pembakuan. Pengabjadan ialah proses
merancang penulisan bahasa, iaitu pemilihan aksara, sistem ejaan, pemantapan
tatabahasa, penggubalan istilah, penambahan kosa kata, perkamusan, dan
sebagainya. Usaha ini bagi memastikan bahawa sesuatu bahasa itu mampu
untuk bersaing dan hidup supaya menjadi wahana untuk penyampaian ilmu
dalam sains dan teknologi serta membentuk peradaban moden yang teguh,
kukuh dan mantap.
Ronald Wardhaugh (1998) mengatakan bahawa perancangan korpus bahasa itu
termasuklah pembinaan ortografi, sumber-sumber baharu kosa kata, kamus,
kesusasteraan dan penggunaan bahasa. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa
perancangan korpus bahasa melibatkan beberapa unsur, iaitu pemilihan dan
perancangan aksara, penyusunan ejaan, pemantapan tatabahasa, penggubalan
istilah, penyeragaman sebutan baku, pembakuan kosa kata dan penyusunan
kamus, pembakuan ungkapan, penyelarasan laras bahasa, penyelarasan wacana
bahasa, penulisan hasil karya kesusasteraan, dan pengajaran bahasa pertama dan
bahasa kedua. Logistik perancangan bahasa mengandungi tiga perkara penting,
iaitu pakar bahasa dan perancang bahasa, institusi perancangan bahasa, dan
sumber kewangan bagi membiayai perancangan bahasa.
Perancangan bahasa melibatkan banyak tahap. Pertama, analisis keperluan
dilakukan yang melibatkan analisis komunikasi pola sosiopolitik dalam
masyarakat. Kemudian, pemilihan satu bahasa pelbagai bahasa untuk tujuan
perancangan. Tahap ini kadangkala dikenali sebagai perancangan status yang
merangkumi kodifikasi, penstandardan, perluasan dan pelaksanaan. Sebagai
tambahan kepada pelaksanaan melalui perancangan status dan korpus, penilaian
dan maklum balas perlu sebagai mekanisme bagi menentukan bagaimana
perkembangan usaha perancangan bahasa bergerak.
4.3.1 Peristilahan Dalam Kerangka Perancangan
Bahasa Melayu
Asmah Haji Omar (2000) menyifatkan istilah Bahasa Melayu merupakan pengisi
kepustakaan ilmu abad ke-21. Ahli linguistik merupakan golongan yang
berfungsi sebagai anggota yang membantu penilaian menentukan bahasa, atau
dialek khususnya dari segi pemiawaian morfologi dan sintaksis atau
perkembangan perbendaharaan kata teknikal. Pendidik pula membantu
melaksanakan dasar pendidikan negara yang menggunakan bahasa Melayu
dalam sistem pendidikan melalui program yang telah dirancang secara nasional.

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA
Penulis dan seluruh anggota masyarakat perlu digerakkan supaya menulis
dalam bahasa Melayu.
Antia (2000) mengatakan bahawa perancangan bahasa berorientasikan
pengurusan peristilahan amat penting kerana peristilahan dan Bahasa Untuk
Tujuan Khusus (BUTK) sebagai komuniti akademik mempunyai kontak yang
agak terhad. Sebagai label (linguistik dan bukan linguistik) dalam bidang
khusus, peristilahan mempunyai peranan sebagai pemeroleh, penyimpan,
pencipta, penghubung, perwakilan, dan pemindah ilmu dalam bidang khusus.
Di Malaysia, peristilahan merupakan unsur yang penting dalam perancangan
bahasa sebagai korpus bagi pengembangan dan pengayaan khazanah
perbendaharaan bahasa, khususnya bahasa Melayu. Peristilahan sebagai bidang
ilmu menamakan konsep, menghasilkan istilah baharu, menyimpan dan
menyebarkan istilah, melancarkan komunikasi dalam bidang khusus selalunya
dikaitkan dengan perancangan bahasa. Perancangan bahasa dan peristilahan
dalam komuniti akademik seharusnya saling berhubungan agar ilmu
pengetahuan daripada luar dapat dipindahkan ke dalam bahasa ibunda.
Peristilahan merupakan aspek penting dalam perancangan bahasa.
Komuniti peristilahan lebih banyak menumpukan kepada subjek bidang khusus
yang mengkaji ilmu tentang unit, struktur, representasi, evolusi dan
pemerolehan pengetahuan. Komuniti perancangan bahasa pula melihat evolusi
ini berterusan dalam masyarakat dan pilihan bahasa oleh pakar bidang sudah
beralih daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Bahasa Melayu
memerlukan satu mekanisme untuk mengawal perluasan fungsi bahasa Inggeris
dalam domain khusus ini. Walaupun terdapat rungutan tentang ketidakupayaan
bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu namun usaha badan perancang
bahasa di Malaysia yang ditubuhkan berdasarkan Akta yang diluluskan oleh
Parlimen, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, perlu dianggap penting. Peristilahan
dalam kerangka perancangan bahasa khususnya di Malaysia perlulah
mengambil kira beberapa aspek penting, iaitu bahan yang digunakan sebagai
korpus, teori dan kaedah yang diterapkan sebagai salah satu aspek penting
dalam perancangan bahasa Melayu.
Peristilahan juga membantu pengguna bahasa memberikan makna kepada
bentuk istilah tertentu. Di samping itu kelahiran glosari istilah atau kamus istilah
merupakan usaha mengorganisasikan pengurusan peristilahan secara tersusun.
Ini juga dapat menjamin penyebaran istilah dalam kalangan masyarakat
pengguna. Selain itu, peristilahan juga membantu penilaian istilah yang
dihasilkan. Dalam peristilahan penstandardan merupakan fenomena yang biasa
dan diterima umum malah menyumbang penyelesaian kepada masalah
ketaksaan dalam komunikasi. Pemiawaian dilakukan pada tahap tertentu
misalnya lima tahun sekali untuk memastikan proses kemas kini yang dinamik
dalam peristilahan. Pengurusan peristilahan juga memerlukan bank data


TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
peristilahan yang sentiasa dikemas kini dan dihubungkan dengan semua badan
peristilahan di dunia. Penyebaran dan penggunaan istilah secara meluas perlu
dijanakan dengan adanya teknologi dan perisian terkini.
Pada peringkat awal perkembangan peristilahan, terdapat kelemahan dari segi
kepakaran dan kemudahan bagi menggerakkan kegiatan peristilahan. Pada
waktu itu mereka yang terlibat dalam peristilahan bukanlah ahli peristilahan
tetapi merupakan pakar bidang khusus. Usaha yang dijalankan oleh DBP melalui
penubuhan jawatankuasa istilah telah menghasilkan istilah dalam bidang
pentadbiran dan urusan kerajaan yang meliputi nama kementerian, jabatan,
pejabat, pangkat, jawatan, nama surat, dan borang. Kegiatan peristilahan
semakin pesat apabila pada tahun 1983, semua institusi pengajian tinggi
menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
Peristilahan semakin penting apabila kegiatan penterjemahan bidang sains juga
semakin berkembang. Sepanjang tahun 1959-1975, terdapat tiga pedoman
pembentukan istilah yang telah dihasilkan: Pedoman Membentuk Istilah Baharu
(1961); Dasar, Cara dan Pedoman Membentuk Istilah Baharu Bahasa Melayu
DBP (1971); dan Pedoman Pembentukan Istilah Universiti Malaya (1971).
Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (PUPI) menjadi penanda
bermulanya zaman pembentukan istilah selepas 1975. Pedoman ini telah
diisytiharkan pemakaiannya oleh Y.B. Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri
Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia serentak mulai 30 Ogos 1975.
Pedoman ini dikatakan umum kerana kaedah-kaedah dalam pedoman ini dapat
digunakan sebagai panduan untuk membentuk istilah dalam apa juga bidang
ilmu (Hassan Ahmad: 1981). Pedoman ini telah digunakan oleh Jawatankuasa
Istilah (JKI) di dalam DBP dan juga di luar DBP. Pedoman ini disemak semula
pada tahun 1992. Terdapat juga beberapa JKI menyediakan pedoman tambahan
yang membolehkan JKI ini membentuk istilah khusus. Pedoman tambahan ini
adalah sebagai pelengkap dan ketentuan pembentukan istilah sahaja.
4.3.2 Perkamusan Dalam Kerangka Perancangan
Bahasa Melayu
Perkamusan sebagai korpus bahasa sama pentingnya dengan peristilahan
sebagai wahana ilmu dalam meningkatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa moden. Kosa kata yang terkumpul dalam kamus merupakan rakaman
penggunaan bahasa yang digunakan pada ketika bahasa tersebut dirakamkan.
Perkamusan Melayu mempunyai sejarah yang panjang. Menurut Asmah Haji
Omar (1987), kamus Melayu yang paling awal yang pernah diketahui ialah
senarai kata Melayu-Cina yang terdiri daripada 482 kata entri yang dikumpulkan
antara 1403M-1511M, seperti yang dihuraikan oleh C.O.Blagden dalam
karangannya yang bertajuk „A Chinese Vocabulary of Malacca Malay Words dan

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
Phrases Collected Between A.D. 1403 and 1511‰, dalam Bulletin of the School of
Oriental and African Studies, Vol.VI, 1930-32, (h. 715-749). Daftar kata tertua
dikatakan merupakan catatan daftar kata Itali-Melayu yang dihasilkan oleh
Pigafetta pada tahun 1521. Senarai kata ini dinamakan Daftar Kata Orang Islam.
Pada tahun 1623 muncul kamus Melayu yang lebih baik, iaitu kamus Belanda-
Melayu yang berjudul Vacabularian ofte Woord-boek naer ordre vanden
Alphabet inEt Duytsch-Maleysch ende Maleysch-Duytsch. Kamus ini disusun
oleh Casper Wiltens dan Sebastianus Dankaerts. Sejak tahun 1950, terdapat dua
kamus yang dihasilkan, iaitu Kamus Am Bahasa Melayu dan Kamus Melayu (di
Indonesia dikenali sebagai Kamus Modern Bahasa Indonesia dan Kamus Umum
yang diterbitkan pada tahun 1954 dan 1952). Selepas tahun 1950, telah muncul
beberapa kamus besar dan juga institusi-institusi formal yang berusaha
menyusun kamus seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan juga Pusat Bahasa
Indonesia. Era ini ditandai dengan kemunculun Kamus Umum Bahasa Indonesia
susunan W.J.S Poerwadaminta pada tahun 1952 yang telah menyimpan 20 ribu
entri. Kamus ini dijadikan asas bagi penghasilan Kamus Dewan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Perbincangan tentang tajuk ini akan dinyatakan secara
perinci dalam Topik 8, Perkamusan Bahasa Melayu.
4.3.3 Sistem Ejaan Dalam Kerangka Perancangan
Bahasa Melayu
Sistem Ejaan Rumi dalam bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan.
Sistem ejaan yang terawal ialah Sistem Ejaan Marsden (1812), diikuti oleh Sistem
Ejaan Ophuisjen (1901), Sistem Ejaan Wilkinson (1902), Sistem Ejaan ZaEba
(selepas 1904), Sistem Ejaan Fajar Asia (1943), Sistem Ejaan Suwandi (1947),
Sistem Ejaan Kongres (1956/57), Sistem Ejaan Malindo (1959) dan akhir sekali,
Sistem Ejaan (Rumi) Bersama 1967. Perbincangan tentang tajuk ini akan
dinyatakan secara perinci dalam Topik 7, Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan
Rumi Bahasa Melayu.
Kesimpulannya, perancangan bahasa Melayu perlu mempunyai iltizam yang
tinggi dan pelaksanaannya juga dilakukan dengan rasa keyakinan bagi
meletakkan tarafnya sebagai salah satu bahasa ilmu di dunia ini.
(a) Huraikan perancangan peristilahan saintifik di Malaysia.
(b) Hubung kaitkan perancangan bahasa dan pembinaan negara dalam
konteks negara Malaysia.
AKTIVITI 4.2
TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
􀄆 Di Malaysia, istilah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan membawa
maknanya tersendiri. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan
identiti dan kedaulatan negara serta berfungsi sebagai alat perpaduan
rakyat.
􀄆 Pemodenan bahasa dapat dilihat dari segi fungsi bahasa Melayu itu sendiri,
yakni pada masa dahulu merupakan bahasa lingua franca kemudian
berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui
pengayaan kosa kata atau perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu.
􀄆 Pemodenan bahasa dapat dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata
bahasa Melayu melalui pembentukan korpus dalam bidang ilmiah yakni
pembentukan kata baharu atau istilah. Perkembangan ini memperlihatkan
kemunculan bahasa Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah
yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata khusus, struktur
morfologi dan fonologi menjadi lebih kompleks.
􀄆 Perancangan bahasa ialah usaha untuk mempertingkatkan komunikasi
dengan cara mengkaji hubungan antara pengguna bahasa atau mencipta
satu situasi bahasa. Perancangan bahasa merupakan pembangunan
matlamat, objektif dan strategi untuk mengubah cara penggunaan bahasa
dalam sesebuah masyarakat atau komuniti.
􀄆 Perancangan taraf bahasa meliputi kedudukan sesuatu bahasa dalam
hubungannya dengan bahasa lain dalam sistem pemerintahan.
Perancangan taraf atau status melibatkan perubahan-perubahan fungsi
sesuatu bahasa atau kelainan bahasa dan hak-hak mereka yang
menggunakannya.
􀄆 Perancangan korpus pula merujuk kepada perubahan dalam bahasa itu
sendiri yang melibatkan hal-hal seperti pembinaan ortografi (pembakuan
atau penstandardan termasuklah sistem ejaan dan tulisan dalam sesuatu
bahasa), pembinaan penggunaan kata baru yang difikirkan dan
dipertimbangkan dengan teliti supaya bahasa itu dapat diperluaskan
penggunaannya (sumber-sumber baru kosa kata dan penciptaan
perbendaharaan kata) termasuklah penggubalan istilah, penyediaan kamus
dan kesusasteraan.
SEMAK KENDIRI 4.3
Bincangkan perkamusan dalam konteks perancangan korpus di Malaysia.

TOPIK 4 PEMODENAN DAN PERANCANGAN BAHASA MELAYU
􀄆 Di Malaysia, peristilahan merupakan unsur yang penting dalam
perancangan bahasa sebagai korpus bagi pengembangan dan pengayaan
khazanah perbendaharaan bahasa, khususnya bahasa Melayu. Peristilahan
sebagai bidang ilmu menamakan konsep, menghasilkan istilah baharu,
menyimpan dan menyebarkan istilah, melancarkan komunikasi dalam
bidang khusus selalunya dikaitkan dengan perancangan bahasa.
􀄆 Perkamusan sebagai korpus bahasa sama pentingnya dengan peristilahan
sebagai wahana ilmu dalam meningkatkan kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa moden. Kosa kata yang terkumpul dalam kamus
merupakan rakaman penggunaan bahasa yang digunakan pada ketika
bahasa tersebut dirakamkan.
􀄆 Sistem Ejaan Rumi dalam bahasa Melayu telah mengalami beberapa
perubahan. Sistem ejaan yang terawal ialah Sistem Ejaan Marsden (1812),
diikuti oleh Sistem Ejaan Ophuisjen (1901), Sistem Ejaan Wilkinson (1902),
Sistem Ejaan ZaEba (selepas 1904), Sistem Ejaan Fajar Asia (1943), Sistem
Ejaan Suwandi (1947), Sistem Ejaan Kongres (1956/57), Sistem Ejaan
Malindo (1959) dan akhir sekali, Sistem Ejaan (Rumi) Bersama 1967.
􀄆 Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara
Malaysia telah dipertahankan dan diperkembang berdasarkan pelbagai
akta dan laporan semula bermula dengan Penyata Razak (1956), Laporan
Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan
(1963), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran (1979),
dan Akta Pendidikan (1996).
􀄆 Akta Pendidikan (1996) digunakan untuk menentukan dasar, hala tuju dan
garis panduan bagi mengawasi perkembangan pendidikan awam yang
berfungsi sebagai pelaburan sosial tetapi berbeza dalam pendidikan swasta
dilihat sebagai pelaburan pendidikan.

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog

Loading...