Wednesday, October 10, 2012

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU

PENGENALAN
Bahasa Melayu sebagai pengantar ilmu mula-mula disarankan dalam Laporan
Razak 1956 dan kemudian diperkukuh dalam Laporan Abdul Rahman Talib
1960. Terbukti kini bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu apabila
digunakan sepenuhnya di institut pengajian tinggi awam di Malaysia. Apakah
dengan pencapaian tersebut mencerminkan masa depan yang gemilang bagi
bahasa Melayu? Jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak, bergantung
kepada persepsi individu yang melihat persoalan ini. Terkadangnya kedengaran
suara sumbang yang mengatakan bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa
ilmu. Pada hakikatnya orang itu sendiri yang tidak mampu menguasai bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu bukan sebaliknya. Bahasa yang canggih dikatakan
bahasa ilmu, bahasa bagi budaya tinggi, dan lebih tegas lagi bahasa bagi sains
dan teknologi. Peningkatan ilmu dan profesionalisme dalam sesuatu bidang itu
haruslah seiring dengan peningkatan ketrampilan wahana itu sendiri, yakni
bahasa. Banyak orang berfikir bahasa itu jatuhnya di tempat kedua dan

TopikMasa Depan
dan Cabaran
Bahasa Melayu
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengeneralisasikan konsep kedwibahasaan;
2. Menghuraikan bahasa Melayu dan dasar pendidikan negara;
3. Menggariskan hubungan bahasa Melayu dan teknologi maklumat;
dan
4. Menganalisis bahasa Melayu era globalisasi.

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
pertamanya ilmu itu. Persepsi ini perlu diubah. Bahasa itu juga satu ilmu dan
sejarah membuktikan banyak ahli yang melahirkan pemikiran dan ciptaan baru
menguasai ilmu dan bahasa sebagai satu entiti yang terpadu. Kita sebenarnya
memiliki bahasa yang berkembang dan dinamis dalam menghadapi apa juga
cabaran yang bakal datang. Seharusnya tidak timbul lagi krisis kepercayaan
terhadap bahasa Melayu. Perbincangan topik ini akan menumpukan kepada
persoalan cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu, iaitu: kewujudan
masyarakat yang dwibahasa; bahasa Melayu dan Dasar Pendidikan Negara;
bahasa Melayu dalam teknologi maklumat dan komunikasi; dan akhirnya bahasa
Melayu dalam era globalisasi.
KEDWIBAHASAAN
Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak
bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti
penutur bahasa asli. Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa
komunikasi, yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan
bahasa ibunda untuk hubungan lain misalnya orang Cina dan India yang
menggunakan bahasa Melayu untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di
rumah. Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua
bahasa oleh penutur. Kedwibahasaan sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang
sekali seseorang individu dapat menguasai lebih dari satu bahasa dengan baik.
Terdapat negara yang mempunyai dua bahasa atau lebih (bilingual atau
multilingual) sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan. Negara Kanada dan
Belgium misalnya mengamalkan bilingual, manakala Switzerland pula
mengamalkan multilingual. Sesebuah negara itu tidak dapat dikatakan bilingual
kecuali sebahagian besar daripada rakyatnya bertutur dalam dwibahasa.
Menurut Mario Pei pula, kedwibahasaan ialah kualiti atau kebolehan seseorang
bertutur dalam dua bahasa. Kedwibahasaan majmuk ialah individu yang
memperoleh dua bahasa semasa kecil. Kedwibahasaan kordinat pula berlaku
apabila individu tersebut memperoleh salah satu bahasa tersebut sebagai bahasa
pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian. Kedua-dua sistem tersebut
disepadukan dan disimpan secara berasingan.
Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya, etnik,
agama, bangsa, kaum dan lain-lain. Hubungan budaya dengan budaya asing
biasanya berlaku di bandar-bandar besar dan pusat perdagangan yang
mempunyai pelbagai ragam manusia dan budaya. Penjajahan juga membawa
masuk unsur budaya baru dan bangsa asing yang menggunakan dan memaksa
rakyat pribumi menggunakan bahasa mereka dalam sistem pemerintahan,
khususnya pendidikan dan ekonomi misalnya penjajah Inggeris di Tanah
Melayu. Hartmann (1976) mengatakan bahawa kedwibahasaan melibatkan
penggunaan dua bahasa oleh penutur atau masyarakat pengguna bahasa.
Penutur dwibahasa tidak semestinya penterjemah yang baik sebab kemahiran

5.1
TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
menukar kod dari satu bahasa ke bahasa yang lain diperoleh secara berasingan
dan individu tersebut mestilah mahir dalam perbualan kedua-dua bahasa dalam
semua keadaan. Malaysia merupakan sebuah negara yang multibahasa dan
terdapat individu yang dapat memahami dua bahasa atau lebih, sama ada
Melayu-Inggeris, Cina-Melayu-Inggeris, atau India-Melayu-Inggeris, dan
sebagainya. Individu yang berpengetahuan dalam kedua-dua bahasa tetapi yang
satu lagi tidak pernah dilahirkan dalam bentuk ujaran atau tulisan, bahkan cuba
disembunyikan atas sebab-sebab tertentu dinamakan covert bilingual atau
dwibahasa terlindung. Individu dwibahasa tidak akan mempunyai pengetahuan
kedua-dua bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut hanya
memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau bertutur dengan baik.
Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai bahasa
rasmi seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang memperlihatkan penutur
mengamalkan dialek masing-masing dalam kehidupan seharian tetapi
menggunakan dialek utama yang telah dijadikan bahasa rasmi. Sama juga
halnya dengan Malaysia yang menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai
bahasa rasmi tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah misalnya
dialek Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan sebagainya.
Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi tetapi
bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan misalnya di Rusia, bahasa
Rusia dijadikan bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh menggunakan
bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi seperti bahasa Ukraine dan Estonia.
Kedwibahasaan juga berlaku akibat berpegang kepada idea bahawa penggunaan
satu bahasa asing yang dipupuk di samping bahasa ibunda terus digalakkan
dalam pembelajaran untuk tujuan mendapat pengiktirafan setaraf dengan
bangsa lain. Mengikut ideologi ini, pembelajaran satu bahasa asing dalam
keadaan tertentu akan membentuk individu yang mempunyai cara pemikiran
baru untuk menghapuskan permusuhan dalam kalangan rakyat misalnya di
Singapura.
Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana
untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia
baru juga memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk
memahami budaya bangsa merentasi pelbagai negara. Pengembangan agama
oleh mubaligh Kristian dan Islam membawa masuk bahasa asing ke alam
Melayu, iaiatu bahasa Inggeris, Belanda, Portugis, dan Arab. Dasar pendidikan
sesebuah negara mencerminkan masyarakat yang lahir misalnya Malaysia yang
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan
negara akan melahirkan penutur dwibahasa. Dasar bahasa negara juga
melahirkan penutur dwibahasa. Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi menjadikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa kedua; manakala Brunei Darussalam menetapkan

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi. Satu lagi unsur yang
mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam masyarakat
majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi.
Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa
menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.
Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya penukaran
kod atau pertukaran kod yang dikenali sebagai code switching. Berlakunya
penukaran daripada satu bahasa kepada satu bahasa yang lain disebabkan oleh
perubahan tajuk atau pertukaran siapa yang disapa. Fenomena ini begitu meluas
dalam kalangan penutur di Malaysia. Misalnya pelajar Melayu berbahasa
Inggeris dengan kawan berbangsa Cina tetapi menukar kodnya semula ke dalam
bahasa Melayu apabila bercakap dengan ibunya yang tidak fasih berbahasa
Inggeris.
Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing. Ini berlaku
apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara berganti-ganti untuk
satu tajuk yang sama dalam ujaran mereka. Misalnya seorang pelajar bangsa
Melayu bercakap dalam bahasa Inggeris untuk membincangkan sesuatu tajuk
tetapi kemudiannya mencampuradukkan dengan bahasa Melayu kerana sesuatu
hal seperti tidak tahu perbendaharaan kata yang sesuai digunakan atau
sebagainya. Fenomena percampuran kod menggambarkan keadaan bahasa
sebenar dalam tempoh pemerolehan bahasa kanak-kanak. Namun begitu,
dengan berlakunya peredaran masa dan penambahan perbendaharaan kata, ciri
ini mungkin luput apabila kanak-kanak berupaya menggunakan kata dalam
bahasa kedua untuk menyampaikan maksud. Namun demikian, di Malaysia
dengan latar pendidikan dwibahasa yang diamalkan di sekolah-sekolah dan luar
persekitaran yang didedahkan dengan bahasa Inggeris seperti media elektronik,
kanak-kanak telah didedahkan dalam situasi dwibahasa pada peringkat awal
lagi. Malah, percampuran kod bukan sesuatu yang asing lagi dalam kalangan
masyarakat kita pada hari ini.
Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku apabila
terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa kedua.
Terdapat dua jenis pemindahan bahasa, iaitu pemindahan negatif atau gangguan
dan kedua, pemindahan positif. Pemindahan negatif melibatkan pola bahasa
natif yang menyebabkan kesilapan dalam bahasa sasaran. Pemindahan positif
pula melibatkan pemindahan yang memudahkan pembelajaran dan berlaku
dalam kedua-dua bahasa natif dan bahasa sasaran yang mempunyai unsur
persamaan.
Kita juga dapat melihat bentuk pengasimilasian bahasa berlaku dalam
kedwibahasaan. Proses ini melibatkan penerimaan bahasa secara beransur-ansur
oleh generasi kedua sehingga akhirnya tidak menggunakan bahasa ibunda

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
mereka. Kesan lain ialah kelahiran bahasa pijin dan bahasa kreol. Bahasa pijin
memperlihatkan unsur kedua-dua bahasa bercampur sehingga melahirkan
bahasa baru, namun tidak boleh diklasifikasikan sebagai bahasa asal. Bahasa
kreol pula ialah bahasa pijin yang menjadi bahasa ibunda atau bahasa pertama
masyarakat penuturnya akibat pertembungan dua bahasa.
BAHASA MELAYU DAN DASAR
PENDIDIKAN
Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan
bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar yang
secara tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan bahasa dalam
perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan dengan orang-orang
luar, badan-badan atau negara-negara luar (Asmah,1985:23). Prinsip asas
pembuatan keputusan masih berfokuskan kepada pembinaan bangsa. Apa-apa
pun yang diputuskan di peringkat kerajaan, termasuklah bahasa, memberikan
kesan kepada perkembangan pembinaan bangsa. Dalam hal ini, sekiranya tidak
ada apa-apa polisi juga merupakan satu polisi kerajaan itu sendiri. Kerajaan
haruslah memberikan perhatian kepada bahasa. Bahasa merupakan komponen
yang penting dalam mendefinisikan identiti atau jati diri bangsa. Malah kita
dapati banyak negara-negara bekas Kesatuan Soviet berusaha untuk
mengekalkan bahasa ibunda mereka bagi menjaga kepentingan hak minoriti.
Bahasa juga merupakan konsep yang penting bagi menjaga kepentingan
masyarakat asli. Perjanjian Rom memberikan hak kepada orang-orang Eropah
bertutur dalam bahasa ibunda dalam urusan seharian mereka.
Perancangan taraf bahasa Melayu telah memberikan tiga aspek penting kepada
bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan
dan bahasa pendidikan. Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
pendidikan menyediakan ruang yang cukup luas untuk bahasa Melayu
berkembang sebagai bahasa ilmu. Sebagai bahasa ilmu, dua ciri penting yang
perlu ada ialah keintelektualan dan kesempurnaan. Bahasa Melayu mempunyai
kedua-dua ciri tersebut dan hakikatnya bahasa Melayu berada pada landasan
yang tepat menuju kesempurnaan sebagai bahasa ilmu moden. Ini bersesuaian
dengan ketetapan yang diisytiharkan oleh UNESCO berkaitan dengan
5.2
Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kedwibahasaan
dalam masyarakat penutur bahasa di Malaysia.
SEMAK KENDIRI 5.1
TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
perancangan bahasa dalam dasar pendidikan masyarakat yang multi bahasa.
Persidangan Antarabangsa UNESCO ke-31 pada Oktober 2001 telah
mengisytiharkan satu deklarasi prinsip yang harus dipatuhi olah anggotaanggotanya,
iaitu:
(a) Menyokong pengajaran dalam bahasa ibunda sebagai kaedah untuk
meningkatkan kualiti pendidikan dengan membina pengetahuan pelajar
dan pengajar.
(i) Pengajaran dalam bahasa ibunda amat penting bagi pendidikan awal
kanak-kanak dan seharusnya diperluaskan kepada peringkat
pendidikan yang lebih tinggi. Oleh itu, setiap kanak-kanak
seharusnya memulakan pendidikan formal dalam bahasa ibunda dan
keadaan buta huruf dalam kalangan orang dewasa juga harus dimulai
dengan pengajaran dalam bahasa ibunda.
(ii) Celik huruf hanya dapat dicapai sekiranya ada bekalan bahan bacaan
yang mencukupi bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa. Oleh itu
penghasilan dan penyebaran bahan pengajaran, sumber
pembelajaran, dan bahan bacaan yang berkaitan seharusnya
dihasilkan dalam bahasa ibunda.
(iii) Semua perancangan pendidikan seharusnya merangkumi latihan,
iltizam yang tinggi, guru yang cekap dan kompeten serta biasa
dengan kehidupan masyarakatnya sendiri agar dapat mengajar
dengan baik dalam bahasa ibunda.
(b) Menyokong pengajaran dalam dwibahasa atau multibahasa pada semua
tahap pendidikan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan kualiti sosial
dan persamaan jantina dan unsur penting bagi masyarakat yang pelbagai
linguistik.
Komunikasi, ekspresi dan keupayaan mendengar dan bertutur seharusnya
ditingkatkan, pada awalnya mestilah dalam bahasa ibunda dan kemudian
dalam bahasa kebangsaan dan selepas itu baharulah bahasa asing.
(c) Menyokong bahasa sebagai komponen penting dalam pendidikan antara
budaya dalam usaha untuk menggalakkan pemahaman antara kumpulan
populasi yang pelbagai bangsa serta menghormati hak-hak fundamental.
(i) Hak mendapat pendidikan setiap anggota kumpulan minoriti
sebagaimana juga hak bagi penduduk asli perlulah dihormati melalui
pelaksanaan hak mendapat pendidikan dalam bahasa ibunda.
(ii) Pendidikan seharusnya melahirkan kesedaran tentang nilai positif
kepelbagaian budaya dan linguistik.
Masalah kritikal yang dihadapi oleh negara multibangsa ini ialah konflik antara
kesetiaan individu terhadap komuniti etniknya berbanding dengan kesetiaan

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
terhadap komuniti yang lebih besar. Persoalan inilah yang perlu difikirkan untuk
memudahkan proses pembinaan bangsa. Masalah ini akan menjadi lebih serius
sekiranya kumpulan etnik yang ada terus menerus menggunakan penggunaan
bahasa yang pelbagai dan memperlihatkan kesetiaan mereka kepada tradisi
linguistik mereka. Kepelbagaian linguistik ini pasti menyebabkan integrasi
komunikasi yang rendah sehingga mengakibatkan pemodenan proses yang
panjang dan menyulitkan.
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara
Malaysia telah dipertahankan dan diperkembang berdasarkan pelbagai akta dan
laporan semula bermula dengan Penyata Razak (1956), Laporan Rahman Talib
(1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan (1963), Laporan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran (1979) dan Akta Pendidikan
(1996). Jawatankuasa Pelajaran Razak merupakan jawatankuasa pendidikan
pertama yang dibentuk sesudah negara mencapai taraf kerajaan sendiri pada
tahun 1956. Gagasan pendidikan kebangsaan yang dikemukakan oleh
jawatankuasa tersebut berteraskan matlamat perpaduan, dengan penggunaan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Penyata Razak (1956:
Perenggan 2 mengatakan bahawa ‰⁄usaha menyatukan budak-budak daripada
semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran
yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar yang besar (utama) walaupun perkara ini tidak dapat
dilaksanakan serta merta melainkan dengan beransur-ansur‰.
Perincian dan penegasan gagasan pendidikan kebangsaan itu dimantapkan oleh
Jawatankuasa Penyemak Pelajaran Rahman Talib (1960). Oleh itu jelaslah
bahawa selepas kemerdekaan, bahasa Melayu telah tumbuh dan berkembang
dengan pesat seiring dengan pencapaian dalam pembangunan negara
khususnya sektor pendidikan. Isunya ialah perubahan dalam dasar pendidikan
negara jugalah yang nampaknya „melupakan‰ hasrat murni dalam Penyata
Razak tersebut telah mencorakkan pemikiran masyarakat kita hari ini yang
„terlebih sudu daripada kuah‰ dalam mengutamakan bahasa Inggeris. Laporan
Razak mengatakan bahawa bahasa Inggeris ialah bahasa kedua yang wajib
diajarkan di sekolah. Kini, permasalahannya ialah dasar tersebut nampaknya
sudah mengalami perubahan apabila bahasa Inggeris bukanlah lagi bahasa
kedua malah bahasa utama bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Perubahan ini
melibatkan satu generasi yang bakal membina sebuah tamadun pada masa akan
datang. Penerimaan dasar ini sering dipertikaikan dan memperlihatkan kesan
langsung perubahan dasar ini untuk direnung bersama-sama oleh masyarakat
umum, dan khususnya mereka yang terlibat dalam membuat keputusan dan
yang melaksanakannya.
Akta Pendidikan (1996) digunakan untuk menentukan dasar, hala tuju dan garis
panduan bagi mengawasi perkembangan pendidikan awam yang berfungsi
TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
sebagai pelaburan sosial tetapi berbeza dalam pendidikan swasta dilihat sebagai
pelaburan pendidikan. Hashim Musa (1996) mengatakan bahawa cabaran yang
paling serius terhadap bahasa Melayu ialah penubuhan kolej swasta dan separuh
swasta dan institusi pengajian tinggi awam yang semuanya bergerak ke arah
menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dasar pendidikan negara
seharusnya menekankan secara menyeluruh dan bersepadu terhadap
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. Walaupun Akta
Pendidikan Tinggi Swasta (1996) mengatakan bahawa semua IPTS di negara ini
hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar tetapi ini
bukan jaminan utuh bagi pemerkasaan bahasa Melayu. Akta yang sama juga
memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan Tinggi untuk membenarkan IPTS
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utamanya. Penyata
Razak (1956) menyatakan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan
sebagai bahasa rasmi yang tunggal. Cadangan untuk mengetepikan pengajaran
bahasa Melayu di sekolah-sekolah swasta tidak harus diterima. Sistem
pendidikan kebangsaan berhasrat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang
multibahasa ke dalam satu kelompok melalui penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan haruslah diteruskan. Lebih
mencabar lagi apabila perbadanan gergasi seperti PETRONAS, Syarikat Telekom
Bhd., dan Tenaga Nasional masing-masing menubuhkan Universiti PETRONAS,
Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional
(UNITEN). Kesemua universiti ini menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar utama. Sikap membelakangkan bahasa Melayu ini seolah-olah
dimaafkan demi kepentingan negara agar berada sama taraf dengan negaranegara
barat dalam era globalisasi. Kita tidak seharusnya meminggirkan bahasa
Melayu dalam usaha memartabatkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan dunia. Negara Jepun dan Cina masih lagi terkehadapan di Asia
sebagai pusat pendidikan dunia walaupun bahasa utamanya ialah bahasa
ibunda mereka.
Namun demikian, hasrat untuk mengukuhkan bahasa Melayu menghadapi
cabaran yang paling getir apabila munculnya idea pengajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa Inggeris yang telah dibentangkan dalam perjumpaan
kabinet pada 17 April 2002. Ini diikuti pula dengan cadangan oleh Kementerian
Pendidikan menyemak semula Kurikulum Baharu Bersepadu untuk memberikan
ruang bagi pengajaran bahasa Inggeris dalam bidang Sains dan Matematik yang
dilaksanakan bagi murid tahun satu, pelajar tingkatan satu dan pelajar tingkatan
enam rendah pada tahun 2003. Alasan yang diberikan ialah pelajar masih tidak
menguasai bahasa Inggeris dengan baik, walaupun telah diberikan peluang
pemelajaran selama lebih kurang 11 tahun dalam alam persekolahan rendah dan
menengah. Sekiranya bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar di
sekolah-sekolah, maka ini dikira bercanggah dengan apa yang termaktub dalam
Dasar Pendidikan Negara.

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada 8 November 2006 telah membuat
ketetapan meminta kerajaan supaya tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah
demi mengembalikan kedudukan bahasa Melayu pada tempat yang sewajarnya,
sebagaimana termaktub dalam Laporan Razak (1956). Apa yang kurang
diberikan perhatian ialah penguasaan bahasa Inggeris itu sendiri memang lemah
dari segi penyediaan kurikulum, kemahiran pengajaran, dan pelaksanaan
strategi menyebabkan kemerosotan yang begitu ketara dalam pelajar. Namun
begitu bahasa Melayu tidak perlu ‰dihukum‰ apabila menjadikan bahasa
Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik yang telah berjaya
ditangani dengan baik sekali selama ini dalam bahasa Melayu. Sistem
pendidikan dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti
telah berjaya melaksanakan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya menjelang
1983. Anjakan dasar pendidikan terhadap bahasa Melayu kelak akan merugikan
bangsa Melayu sendiri. Apa yang perlu dilakukan ialah menjalankan kajian
semula terhadap kaedah pengajaran bahasa Inggeris di sekolah-sekolah.
Pengalaman penulis sendiri apabila membuat kajian di sekolah di sekitar
Petaling Jaya mendapati bahasa penguasaan tulisan pelajar dalam bahasa
Inggeris begitu tinggi sekali. Masalah yang timbul ialah kemahiran komunikasi
mereka dalam bahasa tersebut. Pokok persoalan inilah yang harus ditangani
dengan berhemat. Kita mempunyai tokoh-tokoh akademik yang boleh
menjalankan kajian ini dan menyarankan langkah-langkah yang berkesan
mengatasi masalah ini, tanpa mengorbankan bahasa Melayu.
Awang Sariyan (2002) mengatakan bahawa pendekatan, kaedah dan prinsip
mempelajari bahasa Inggeris perlu dipertingkat seperti membaiki kaedah
pengajaran bahasa itu di institusi pendidikan yang ternyata tidak mencapai
matlamatnya dan kegagalan sesuatu mata pelajaran tidak seharusnya membabitkan
subjek lain. Kementerian Pendidikan perlu menambah kemudahan bahan bantu
pengajaran bahasa Inggeris, termasuk penggunaan teknologi terkini, selain menyelia
atau menambah serta membaiki kemudahan makmal bahasa. Pembudayaan sains
dan teknologi dalam bahasa Melayu memerlukan keyakinan, iltizam dan usaha
bersungguh-sungguh serta berterusan semua pihak. Bahasa Inggeris, bahasa
Jerman, bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa maju yang lain terbina dalam
tempoh yang cukup lama; sebaliknya, bahasa Melayu telah berjaya dibangunkan
sebagai bahasa sains dan teknologi serta mencapai kemajuan seperti sekarang ini
dalam tempoh kira-kira 49 tahun sahaja.
Kita sedia maklum bahawa falsafah pendidikan negara dihasilkan dalam usaha
melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh
mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian serta
kemakmuran masyarakat dan negara. Dasar Pendidikan Negara mempunyai
matlamat untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum melalui
satu sistem pendidikan yang menggunakan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu. Oleh
TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU 􀁗 95
itu dasar pendidikan negara seharusnya menggalakkan penggunaan bahasa Melayu
dengan lebih berkesan dalam kalangan pelajar. Keperluan ini bukan sahaja pada
peringkat sekolah kerajaan dan institusi pengajian tinggi awam tetapi juga perlulah
diperluaskan ke peringkat sekolah swasta dan institusi pengajian tinggi swasta.
Bahasa Melayu dapat dijadikan alat perpaduan kerana pelajar berinteraksi dengan
mudah serta dapat berbincang menggunakan satu bahasa yang difahami oleh
semua golongan bangsa. Mereka dapat menyampaikan pendapat dengan mudah
dan keadaan ini akan mewujudkan sikap saling memahami dan melahirkan
semangat perpaduan yang kukuh. Bahasa dan pendidikan merupakan dua unsur
yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Peminggiran bahasa Melayu
dalam dunia pendidikan seharusnya tidak berlaku kerana hal ini jelas sekali
bertentangan dengan perlembagaan negara. Oleh itu, semua pihak yang berwajib
dan rakyat Malaysia seharusnya berkerjasama bagi mengekalkan kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam sistem pendidikan di Malaysia.
BAHASA MELAYU DALAM TEKNOLOGI
MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)
Apakah yang anda faham tentang istilah teknologi? Teknologi merupakan satu
konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Takrifan yang
pertama ialah pembangunan dan penggunaan alatan, mesin, bahan dan proses
untuk menyelesaikan masalah manusia. Istilah teknologi selalunya berkait rapat
dengan rekaan dan aksesori menggunakan prinsip sains dan proses terkini.
Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi. Maksud yang
kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yakni teknologi dilihat sebagai tahap
pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk
5.3
Bincangkan pelaksanaan pengajaran bahasa Inggeris dalam Sains dan
Matematik dan kaitkan dengan Dasar Bahasa Negara.
AKTIVITI 5.1
(a) Jelaskan konsep kedwibahasaan dalam konteks masyarakat penutur
bahasa di Malaysia.
(b) Bincangkan pelaksanaan dasar bahasa dalam falsafah pendidikan
negara di Malaysia.
SEMAK KENDIRI 5.2
TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan
teknikal kita berubah (Wikipedia, 2007).
Apakah hubungan teknologi dengan maklumat dan komunikasi? Teknologi
Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan
teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya
sangat luas, iaitu berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan
maklumat. Secara tepat dan mudah dapat dikatakan sebagai penggunaan
komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses,
memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan
waktu (Wikipedia, 2007). Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) wujud
berdasarkan perkembangan dan kemajuan pesat dalam bidang mikroelektronik
yang menghasilkan kemudahan teknologi seperti komputer meja dan komputer
riba, jaringan internet, emel, laman sesawang dan sebagainya. Bahasa Inggeris
merupakan bahasa yang digunakan dalam teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) pada peringkat antarabangsa. Namun demikian, bahasa Melayu sebagai
bahasa ilmu juga mampu menggalas tanggungjawab penting untuk
menyebarkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
kepada masyarakat di Malaysia.
Apakah pula hubungan bahasa dengan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK)? Bahasa merupakan alat untuk berhubung antara anggota masyarakat.
Komunikasi ini dilakukan secara meluas, baik secara rasmi atau tidak rasmi.
Masyarakat pada hari ini perlu menerima hakikat bahawa perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) berkait secara langsung dengan kemampuan
menjana idea, kreativiti dan inovasi bagi memantapkan penggunaan bahasa
Melayu. Strategi yang perlu dirancang ialah memperkukuhkan kekuatan bahasa
secara dalaman yang telah terbina sekian lama. Masyarakat pengguna bahasa
Melayu perlu bersikap terbuka dan bersedia menerima cabaran perkembangan
dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) yang dipengaruhi oleh bahasa
asing, iaitu bahasa Inggeris. Usaha untuk membentuk peristilahan bahasa Melayu
dalam bidang ini perlu lebih progresif dan terbuka dengan menerima penyerapan
masuk kata-kata asing bagi pengayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu. Sejarah
telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menempuh beberapa zaman yang
mencabar dengan kedatangan unsur asing ke alam Melayu misalnya kedatangan
Portugis, Belanda dan Inggeris. Evolusi bahasa Melayu turut berlaku secara
perlahan-lahan. Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) telah mencorakkan bentuk masyarakat, struktur ekonominya dan persaingan
sengit dalam pasaran antarabangsa. Kewujudan bahasa amat penting dalam konteks
ini kerana bahasa merupakan sumber komunikasi yang penting. Bahasa Melayu
perlu kukuh dan mantap untuk membolehkannya memperkatakan apa sahaja
bidang yang begitu cepat muncul dan berkembang dalam kehidupan manusia.
TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU 􀁗 97
Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari kaedah untuk membolehkan
bahasa Melayu mempunyai nilai tambah dalam masyarakat yang kelihatannya
jelas sekali mementingkan bahasa Inggeris. Perkembangan era globalisasi
memberikan cabaran baru kepada bahasa Melayu. Perkembangan pesat dalam
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) melahirkan unsur baru yang
dikenali sebagai bahasa rojak. Bahasa rojak semakin berkembang luas dalam
kalangan pengguna bahasa. Ini dicirikan dengan penggunaan bahasa Melayu
yang bercampur aduk dengan bahasa Inggeris. Kelahiran K-Ekonomi pula telah
membawa perubahan besar kepada semua bentuk perlakuan dan pemikiran
manusia. Penggunaan bahasa Melayu dalam internet juga perlu dipertingkatkan
agar seiring dengan penggunaan bahasa-bahasa utama lain di dunia.
Penggunaan bahasa Melayu dalam ruang siber ini menyebabkan berlakunya
perubahan yang ketara khususnya ruang sembang siber yang memperlihatkan
unsur bahasa yang unik dan tersendiri yakni bahasa Melayu internet. Muncul
perkataan seperti kang (nanti), aEkum (assalamualaikum), tipon (telefon), persal
(mengapa), nko(engkau) dan lain-lain. Fenomena ini merupakan unsur
perubahan yang dikhuatiri akan mencemarkan nilai-nilai asli dalam bahasa
Melayu. Ayat-ayat yang terbentuk juga tidak mematuhi hukum tatabahasa
bahasa Melayu dan kelihatan janggal. Inilah yang perlu disedari oleh pengguna
internet yang menggunakan bahasa Melayu sebagai wadah komunikasi agar
tidak menggunakan bahasa Melayu sesuka hati tanpa mengambil kira soal
peraturan yang sedia ada.
Keupayaan bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak bergantung kepada
keupayaan masyarakat penutur bahasa Melayu itu sendiri menyesuaikan diri
dengan perubahan yang berlaku. Sikap masyarakat terhadap bahasa Melayu telah
menyebabkan kesukaran untuk meletakkan bahasa Melayu di persada
antarabangsa. Ketidak yakinan terhadap bahasa ibunda berkembang menjadi
bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa dalam kalangan penutur bahasa Melayu
mengakibatkan bahasa Melayu terus tercicir dalam persaingan dengan bahasabahasa
lain di dunia. Penutur bahasa Melayu lebih senang menggunakan bahasa
Inggeris atau bahasa rojak yang kini semakin menjadi ancaman terhadap kemurnian
bahasa Melayu. Mereka menganggap bahasa Melayu tidak setanding dengan
bahasa Inggeris dan akhirnya mula meminggirkan bahasa Melayu secara perlahanlahan.
Bahasa rojak dikatakan lebih santai dan tidak begitu formal, sama seperti
penggunaan bahasa Melayu pasar. Justeru, penekanan terhadap penggunaan
bahasa Melayu yang betul harus diutamakan khususnya dalam laman sesewang
yang dikendalikan oleh anak Malaysia, walaupun menggunakan dwibahasa.
Amalan berbahasa yang baik dan betul perlu dipupuk dan dibajai daripada
peringkat sekolah lagi dan secara menyeluruh mencapai segenap anggota
masyarakat. Hanya dengan cara ini sahajalah, bahasa Melayu akan mendapat
tempat yang sewajarnya dalam dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK).

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
Kita menerima hakikat bahawa bidang teknologi maklumat dan komunikasi
merupakan ilmu yang datang dari luar. Konsep yang didukung oleh bidang ini
tidak ditemui dalam dunia Melayu. Namun begitu, ini tidak bermakna kita harus
berkiblatkan Barat dalam menghasilkan istilah bidang ini. Bahasa Inggeris
bukanlah satu-satunya bahasa bagi dunia siber, malah kini kita dapati bahasa
Arab dan bahasa Mandarin mulai mendapat tempat dalam kalangan pengguna
internet. Bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang cukup besar di dunia.
Bak kata perumpamaan Melayu, „hendak seribu daya, tidak hendak seribu
helah‰. Laman sesawang yang dibina oleh badan kerajaan dan badan bukan
kerajaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu atau dwibahasa agar
maklumat tersebar dalam bahasa Melayu selain daripada bahasa Inggeris.
Sokongan yang berterusan daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi
memastikan penggunaan bahasa Melayu berterusan, di samping pembinaan
pangkalan data yang bersesuaian bagi pengembangan bahasa Melayu. Dengan
cara ini, bahasa ini mudah dicapai oleh pusat-pusat Pengajian Melayu di luar
negara yang menggunakan bahasa Melayu.
BAHASA MELAYU ERA GLOBALISASI
Istilah 'globalisasi' ialah satu istilah yang terlalu umum dan merangkumi
berbagai-bagai perkara termasuk kesan-kesan ekonomi, budaya, teknologi, dan
maklumat yang kini sudah mampu disebarkan ke seluruh pelusuk dunia dengan
begitu cepat. Kata globalisasi diambil daripada kata AglobalE, yang bermakna
universal. Oleh itu, globalisasi bermaksud universalisasi ideologi kapitalisme,
atau menjadikan kapitalisme sebagai satu-satunya ideologi dalam peradaban
dunia. UNESCO mendefinisikan globalisasi sebagai set struktur dan proses
ekonomi, sosial, teknologi, politik, dan budaya terhasil daripada perubahan ciriciri
dalam pengeluaran, penggunaan, dan perdagangan barangan serta aset
yang merangkumi asas kepada ekonomi politik antarabangsa. Keith Porter
melihat fenomena kehidupan manusia di seluruh dunia yang lebih mudah
berhubungan antara satu sama lain, aliran maklumat, kewangan, barangan dan
perkhidmatan, perjalanan antarabangsa serta komunikasi antarabangsa sudah
menjadi perkara biasa sebagai globalisasi.
„Era Globalisasi‰ menjadi istilah yang terkenal untuk menerangkan keadaan
semasa. Sama seperti istilah zaman kemelesetan, perang dingin, era angkasa
5.4
Bincangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam usaha untuk
memantapkan penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat
dan komunikasi.
AKTIVITI 5.2
TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
lepas dan gempakan abad 20 merupakan istilah yang menjelaskan konsep
tempoh dalam sejarah manusia. Globalisasi menghuraikan suasana politik,
ekonomi dan budaya hari ini. Setengah-setengah orang mengatakan bahawa
globalisasi sinonim dengan perniagaan global tetapi sebenarnya istilah ini
memberikan makna yang lebih daripada konsep perdagangan semata-mata.
Kuasa yang sama juga yang telah membenarkan perdagangan dijalankan
merentasi sempadan negara-negara seolah-olah sempadan itu tidak wujud;
malah dalam kegiatan sosial, pertubuhan buruh, kewartawanan, golongan
akademik dan banyak lagi bidang telah mencecah ke perpantaian global.
Thomas Friedman dalam buku The Lexus and the Olive Tree (1999) menolak
andaian Keith. Bagi beliau, globalisasi bukanlah satu fenomena. Konsep ini
bukan satu tren atau aliran yang muncul dan kemudian berlalu begitu sahaja.
Globalisasi merupakan sistem antarabangsa lampau litup (overarching) yang
membentuk politik domestik dan hubungan luar tiap-tiap negara dan kita perlu
memahami konsep ini sedemikian rupa. Sebagai warga dunia yang prihatin
kepada peristiwa semasa, tugas kita ialah meneliti istilah AglobalisasiE ini dari
banyak segi, mengupasnya, dan mencari jalan bagaimana hal ini bergerak dan
kemudian kita haruslah memilih bahagiannya yang terbaik sahaja untuk
dikembangkan. Namun begitu, pemilihannya tentulah subjektif bergantung
kepada siapa dan untuk apa pilihan itu dibuat. Kita seharusnya melihat
globalisasi bukan sesuatu untuk dipuja atau digeruni, sebaliknya menguruskan
globalisasi sebaik mungkin untuk kebaikan semua pihak.
Globalisasi merupakan istilah yang dikaitkan dengan kajian ekonomi, sosiologi
dan budaya merupakan barisan depan pembuatan banyak polisi di hemisfera
Barat bagi tempoh dua abad yang lalu. Polisi terkini globalisasi tertumpu pula
kepada neo-liberalisme, satu ideologi untuk menggalakkan kebebasan
perdagangan, pasaran, hak pilihan individu dan pengurangan peraturan
pemerintah (Steger:2002). Sebenarnya tidak ada satu istilah yang benar-benar
tepat mendefinisikan globalisasi, walaupun negara-negara seperti Amerika dan
United Kingdom cuba mendefinisikan istilah ini melalui perdebatan akademik
dan wacana pidato umum. Para sarjana cuba memberikan huraian yang luas
bagi istilah ini, iaitu „peningkatan hubungan global, melibatkan proses yang
panjang dan kompleks, dipacu oleh pengaruh politik dan ekonomi dan juga
aliran kapital, manusia, dan idea merentangi sempadan kebangsaan‰ (Steger:19).
Kesukaran sarjana untuk menentukan apakah yang dimaksudkan dengan
globalisasi mungkin disebabkan istilah ini mendukung konsep dalam ekonomi,
politik dan budaya. Evolusi dalam perdagangan antarabangsa dan institusi ekonomi
seperti Kesatuan Eropah telah membawa kepada ketergantungan global antara
negara-negara tersebut. Dari sudut pandangan ekonomi, globalisasi melibatkan
hubungan pertukaran antara ekonomi nasional melalui perdagangan dan pelaburan
langsung oleh firma multinasional. Hal ini juga berkaitan dengan mobiliti buruh,

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
keupayaan menghasilkan barangan yang baik menggunakan bahan mentah dan
buruh murah dari Dunia Ketiga. Transaksi kewangan dilakukan secara
transnasional, membenarkan mobiliti yang lebih besar kepada institusi kewangan
dan meningkatkan peluang pelaburan global. Globalisasi ekonomi serta aliran
kapital, wang dan teknologi merentasi sempadan, kerap kali mempersoalkan
kawalan pemerintah ke atas dasar ekonomi. Ahli strategi perniagaan Jepun, iaitu
Kenichi Ohmae berhujah bahawa semakin kurang relevan sempadan teritorial maka
semakin kurang relevanlah peranan pemerintah dan akhirnya globalisasi politik
menghasilkan „beberapa siri ekonomi wilayah‰ yang dihubungkan dengan siri
prinsipal pasaran bebas (Steger:29).
Persoalan globalisasi sering membawa debat tentang kemungkinan globalisasi
menyebabkan kehomogenan atau keheterogenan budaya atau diversifikasi yang
lebih besar. Budaya global dibentuk oleh perbadanan media yang berkuasa
menggunakan teknologi komunikasi terkini. Bunyi dan imej dipindahkan
merentasi sempadan memberikan kesan terhadap cara berfikir masyarakat
global. Budaya tidak lagi dihadkan kepada lokaliti tertentu dan budaya global
akan sentiasa mencabar nilai yang sedia ada yang menghubungkan budaya
dengan ketetapan setempat. Budaya global yang mengandungi nilai Anglo-
Amerika inilah yang dipindahkan melalui barangan dan perkhidmatan serta
gaya hidup yang berbeza dengan masyarakat setempat. Hal ini akan
memberikan kesan dalam jangka masa panjang kepada keruntuhan budaya dan
nilai sedia ada dan mengancam jangka hayat budaya setempat tersebut.
Budaya Amerika kemungkinan besar tersebar melalui dominasi ekonomi dunia
pasaran antarabangsa. Antara persoalan keheterogenan dan kehomogenan
budaya akibat globalisasi, lahirlah idea tentang budaya niche yakni
pengwujudan dan pengekalan budaya sedia ada di setengah-setengah tempat di
dunia ini. Ahli sosiologi Roland Robertson mengatakan budaya setempat akan
mengukuhkan kedudukannya dalam niche geografi yang kecil sebagai tindak
balas terhadap globalisasi. Hal ini membawa kepada AglokalisasiE, iaitu interaksi
kompleks global dan setempat, dicirikan dengan peminjaman budaya. Dalam
konteks tulisan ini, globalisasi dapat dikatakan unsur dalam dunia ekonomi
moden perdagangan bebas, pergerakan kapital bebas, pertumbuhan badan
regulatori antarabangsa, dan pengembangan badan korporat multinasional yang
bakal mempengaruhi suasana sosiobudaya, politik dan ekonomi negara kita.
Dunia global merupakan satu jaringan saling bergantung pada jarak besar
apabila pasaran mengikat manusia secara ekonomi dan kebergantungan
enviromental, politik, ketenteraan, budaya, dan sosial. Globalisasi ini akan
memberikan kesan kepada governans domestik dan ini termasuklah
perancangan dasar bahasa negara yakni perancangan bahasa Melayu.
Globalisasi sering dikaitkan dengan proses menjadikan dunia satu
perkampungan sejagat yang berkembang pesat sejak akhir-akhir ini. Thomas

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
Friedman, dalam bukunya The Lexus and The Olive Tree: Understanding
Globalization menganggap globalisasi sebagai 'Orde Baru Dunia' yang
diwarwarkan oleh kuasa-kuasa Barat selepas tamatnya Perang Dingin dengan
blok Komunis. Ramai mengaitkan globalisasi dengan ideologi neo-liberalisme
yang kini menjadi pilihan begitu banyak kuasa-kuasa dunia. Ada pelbagai
definisi mengenai gelombang persejagatan yang melanda dunia dewasa ini.
Namun secara umumnya, bolehlah dikatakan bahawa globalisasi membawa
maksud proses saling bergantungan yang makin meningkat bagi seluruh dunia
yang semakin kecil. Dunia semakin hari menjadi entiti yang 'satu'.
Dari segi bahasa pula, jelas sekali bahasa Inggeris muncul sebagai bahasa global.
Apa yang menarik dalam hal ini ialah dalam usaha menobatkan bahasa Inggeris
sebagai bahasa global, muncul pula mitos tentang kekuatan bahasa Inggeris.
Mitos pertama ialah apabila kehomogenan telah menguasai seluruh dunia,
pengaruh budaya dan cita rasa Amerika akan menular segenap penjuru dunia
kerana bahasa Inggeris dilihat sebagai bahasa ideologi Barat dan bahasa
perdagangan. Satu lagi mitos ialah pembinaan bangsa sedang mengalami
keruntuhan akibat globalisasi. Thomas Friedman, penulis ruangan pojok dalam
New York Times, mengatakan bahawa kemunculan badan korporat global,
aliran keluar wang yang melampau serta kelahiran institusi multilateral seperti
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) merupakan unsur-unsur yang
meruntuhkan pembinaan bangsa seolah-olah dunia ini sudah menjadi
monobudaya dan monobahasa. Pun begitu mitos ini tidaklah boleh dipegang
tanpa asas-asas yang kukuh.
Perbincangan mutakhir mengenai globalisasi sering berasaskan anggapan bahawa
globalisasi merupakan fenomena yang baru dan belum pernah berlaku. Banyak
yang melihatnya sebagai satu gelombang besar yang akan menghancurkan AtemboktembokE
yang memisahkan umat manusia kepada negara, bangsa dan suku.
Setengah-setengah aspek globalisasi dewasa ini seperti kepesatan dan pencapaian
dalam sesuatu perkara misalnya teknologi komunikasi tidak pernah disaksikan
dalam sejarah. Namun, jika globalisasi dilihat sebagai satu pertembungan atau
pertemuan peradaban dan budaya, Asia Tenggara sudah melalui globalisasi selama
berabad-abad lamanya. Sejarah membuktikan bahawa tidak ada masalah bagi
masyarakat di rantau ini menyesuaikan diri walaupun apa yang berlaku itu berbeza
dengan tradisi dan kepercayaan di rantau ini. Bangsa Melayu sendiri menerima
pelbagai pengaruh luar seperti India, Cina, Belanda, Portugis, Arab dan Inggeris.
Asimilasi berlaku secara perlahan-lahan dan masyarakat menerima perubahan ini
secara beransur-ansur.
Walaupun dikatakan globalisasi meningkatkan kehomogenan tetapi sebenarnya
globalisasi juga menyebabkan keadaan keheterogenan semakin meningkat.
Dunia yang sudah bebas daripada persaingan kuasa-kuasa besar mulai
mengenali keperluan saling bergantung antara satu dengan lain dan ini

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
melahirkan dunia aneka jenis. Dunia tanpa Perang Dingin antara kuasa-kuasa
besar bermakna meningkatnya juga pusat kuasa bukan satu, malah lebih
daripada satu. Boleh dikatakan tidak terdapat satu pusat kewangan atau pusat
politik yang unggul di dunia ini. Malah dengan peningkatan dalam komunikasi
dan teknologi bermakna tidak ada lagi unit yang terpusat dan dunia semakin
difragmenkan serta individualistik. Misalnya industri pembuatan seluar jeans
Levi Strauss dipasarkan secara komputer, syarikat Dell menggunakan sistem
dalam talian untuk pemasaran, pasaran menawarkan lebih banyak pilihan dan
menembusi seluruh pelusok dunia. Dari segi penyebaran maklumat, sekiranya
anda berada di Jepun anda masih boleh membaca akhbar harian di Perancis,
atau menonton perlawanan bola sepak di Eropah dan sebagainya. Teknologi
membenarkan kewujudan komuniti maya atau virtual, satu lagi bentuk
keanekaan jenis. Tegasnya di sini, terdapat banyak pilihan bagi pengguna.
Penggunaan internet juga memperlihatkan kemunculan bahasa lain selain
daripada bahasa Inggeris. Global Reach (2001) mendapati 220 juta penutur jati
bahasa Inggeris mempunyai hubungan langsung dengan internet dan jumlah ini
akan meningkat dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, jumlah pengguna
internet bukan berbahasa Inggeris juga telah meningkat lebih daripada 560 juta
pada tahun 2003. Pun begitu perbincangan tentang peranan bahasa dalam
globalisasi dan kesannya kurang diberikan perhatian. Hal ini mungkin kerana
hakikat bahawa peratus besar penggunaan internet oleh elit berpendidikan
Inggeris dan kebanyakan penulis serta pengulas tentang isu globalisasi
berbahasa Inggeris, persoalan bahasa selain daripada bahasa Inggeris
diketepikan. Secara linguistiknya, memang tidak dinafikan bahawa bahasa
Inggeris sudah muncul sebagai bahasa lingua franca yang dituturkan untuk
tujuan komunikasi merentangi pelbagai bidang. Bahasa Inggeris sebagai bahasa
lingua franca juga merupakan bahasa pertuturan segmen elit tertentu di dunia
ini, sebagai lambang prestij atau kedudukan dalam masyarakat tetapi kita harus
ingat bahawa jumlah golongan ini tidak begitu besar dibandingkan dengan
jumlah penduduk dunia ini.

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
POPULASI BAHASA DALAM TALIAN
Rajah 5.1: Populasi bahasa dalam talian.
Populasi penggunaan bahasa di internet dapat dilihat seperti di Rajah 5.1. Secara
umumnya, jumlah pengguna yang berbahasa natif bahasa Inggeris tidak dijelaskan
di sini. Gambaran yang diberikan ialah pengguna yang menggunakan bahasa
Inggeris untuk mengakses internet. Kelihatan bahawa bahasa Cina sudah mulai
mendapat tempat di kalangan pengguna internet. Bahasa-bahasa lain mulai
berkembang seperti Sepanyol, Jepun, Jerman dan sebagainya. Oleh itu
kemungkinan bahasa Melayu juga mendapat tempat tidak mustahil. Berdasarkan
statistik menunjukkan bahasa Melayu dituturkan oleh 8.7 penutur dalam
menggunakan talian internet dan 8.1 juta pengguna bahasa Indonesia. Bahasa
Melayu juga dituturkan oleh 15% daripada 2.14 juta penduduk di Singapura.
Terdapat kira-kira 14.2 juta penutur berbahasa Melayu menggunakan internet.
Kini segenap masyarakat dunia sedang mengalami suatu transformasi yang amat
ketara. Keadaan ini bagaikan sebuah reformasi budaya sedunia yang
mempengaruhi segenap lapisan masyarakat. Perubahan dalam kehendak dan
pemikiran masyarakat amat jelas. Kita hidup dalam arus 'globalisasi' yang begitu
banyak digembar-gemburkan oleh dunia Barat. Pengertian globalisasi yang pada
asalnya diarahkan kepada keterbukaan dalam aktiviti ekonomi sedunia kini
telah mula merangkumi keterbukaan dan perubahan dalam aspek politik, sosial
dan pemikiran di negara-negara seluruh dunia. Perubahan-perubahan
mendadak dalam cara hidup segenap lapisan masyarakat dunia dikatakan
sebagai merupakan natijah daripada globalisasi. Mahu tidak mahu, tidak kira
sama ada kesan yang timbul akibat daripada perubahan ini positif atau negatif,

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
kita secara langsung dan tidak langsung terdedah kepada kesan-kesan
globalisasi. Hari ini, walau di mana kita berada, kita tidak akan dapat
mengelakkan diri daripada bahang globalisasi yang datang daripada pergerakan
bebas manusia, produk, pemikiran, dan cara hidup dari satu tempat ke satu
tempat yang lain.
Kajian tentang kaitan bahasa dan ekonomi telah dijalankan oleh Albert Breton dari
Kanada. Hal ini berkaitan dengan pendekatan yang melihat bahasa sebagai unsur
kapital manusia. Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi. Tanpa
bahasa komunikasi akan menjadi sukar dan ilmu juga tidak dapat berkembang.
Bahasa juga merupakan alat untuk kita berfikir dan mempunyai unsur-unsur yang
dapat dinilai, diubah, diperbaiki, diganti dan disesuaikan dengan bahasa lain atau
unsur-unsur lain. Antara komponen pengetahuan dalam kapital manusia ialah
bahasa ibunda dan juga bahasa-bahasa lain. Oleh itu dalam era globalisasi,
mempelajari lebih daripada satu bahasa merupakan sumber pelaburan 􀄃 yuran
pengajian, kamus, kaset serta buku-buku rujukan dan sebagainya merupakan
bentuk kapital manusia. Bahasa ibunda merupakan agen utama dalam sosialisasi
primer bagi seorang kanak-kanak dengan bantuan ahli keluarga. Bahasa ini
dikatakan kapital yang diwarisi oleh manusia. Selepas menguasai bahasa ibunda,
baharulah kanak-kanak akan mempelajari bahasa keduanya, sama ada bahasa
Inggeris, Cina, Tamil, Arab dan lain-lain. Terdapat juga dalam situasi tertentu lebih
daripada satu bahasa lingua franca boleh wujud apabila masyarakat memilih untuk
menggunakan. Bahasa Inggeris menjadi bahasa global dan boleh dikatakan lingua
franca dalam konteks ini. Bahasa Inggeris boleh wujud seiring dengan bahasa
Melayu di rantau ini. Persoalan pokoknya ialah kemahuan masyarakat penutur itu
sendiri. Apa yang berlaku hari ini ialah masyarakat dimomokkan dengan istilah
globalisasi dan keagungan bahasa Inggeris, hinggakan kita tidak yakin dengan
kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perdagangan; hanya
senang dengan nostalgia bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua
franca tetapi kini tidak lagi.
Statistik terkini memang menunjukkan bahawa bahasa Inggeris mendominasi
bahasa dalam halaman web tetapi ada dapatan menunjukkan bahasa Cina mulai
mendapat perhatian. Malah Cina melancarkan rangkaian kartunnya ke luar
negara dan Viacom pula melancarkan stesen TV kanak-kanak Nickleodeon di
China. Berbeza dengan perkembangan bahasa Cina, globalisasi memberikan
impak terhadap bahasa-bahasa di India dari segi status dan pilihan bahasa yang
menentukan pola, struktur dan fungsi dan perkembangan bahasa itu sendiri.
Bahasa-bahasa di India terpaksa berjuang untuk memastikan mendapat
pengiktirafan oleh pemerintah. Dasar Pendidikan Nasional yang diluluskan oleh
Kongres India pada tahun 1920 menjadikan bahasa-bahasa di India sebagai
bahasa pengantar tetapi bahasa Inggeris kekal menjadi bahasa rasmi, pendidikan
bahasa Inggeris terus berkembang. Apabila merdeka, tidak terdapat satu pun
dokumen yang mengisytiharkan Adasar bahasaE India. Hal ini menimbulkan

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
banyak masalah dalam pentadbiran negara dan terdapat beberapa akta yang
memberikan ruang untuk memberikan status kepada beberapa bahasa yang
terpilih dalam bahasa terjadual, bahasa rasmi, bahasa wilayah, bahasa oriental,
bahasa klasik, bahasa minor, bahasa minoriti dan bahasa tribal. Banyak penutur
dalam wilayah dan daerah di India mula bergerak ke arah penggunaan bahasa
Inggeris sepenuhnya akibat globalisasi dan kemungkinan ada bahasa yang akan
mati dalam proses tersebut. Malaysia masih lagi berpeluang untuk memperbaiki
keadaan. Globalisasi tidak seharusnya dilihat faktor utama untuk mengubah
dasar bahasa negara tetapi kita seharusnya mempertahankan bahasa Melayu dan
memperkembangkan lagi penggunaan bahasa Melayu agar kembali menjadi
bahasa lingua franca sekurang-kurangnya di rantau ini.
Globalisasi juga menerjah masuk ke dalam bahasa Jerman. Christian Meier
mengatakan kemasukan yang begitu banyak kata-kata Inggeris ke dalam
perbendaharaan kata bahasa Jerman merupakan unsur penting pengaruh
globalisasi yang dinamakan sebagai „anglizisimes‰. Beliau mendapati juga
kebanyakan syarikat, sama ada yang bergerak di peringkat antarabangsa atau
kebangsaan di Jerman, sudah mulai meninggalkan slogan dalam bahasa Jerman
sebaliknya berpindah ke bahasa Inggeris. Apabila kemasukan produk baharu,
maka pengaruh dan kaedah baharu juga diperkenalkan melalui bahasa, sama
ada dalam bahasa ibunda atau bahasa Inggeris. Ini merupakan proses biasa yang
berlaku dalam mana-mana bahasa. Bahasa yang hidup perlu menerima
perubahan bagi menjamin kesinambungan bahasa tersebut. Namun demikian,
beliau melahirkan kerisauan akan tiba masanya semua bahasa di dunia akan
berada pada tahap bahasa kedua pada satu ketika nanti.
Di Indonesia pula, pada tahun 1920-an, penutur bahasa Indonesia (pada ketika itu
bahasa Melayu) berjumlah 2.8 juta daripada sejumlah 57 juta penduduknya. Pada
tahun 1940-an meningkat sehingga 3.75 juta dan pada tahun 1990 meningkat
menjadi 131 juta. Dengan kedudukannya sebagai bahasa nasional, kehadiran bahasa
Indonesia diterima oleh seluruh warga suku bangsa dengan tangan terbuka. Dalam
hal ini, terbukti bahawa bahasa Indonesia mampu menjadi wahana pemersatu
berbagai-bagai suku bangsa yang memiliki latar sosial, budaya dan agama yang
berbeza-beza menjadi satu bangsa, iaitu bangsa Indonesia. Globalisasi memasuki
alam Indonesia hingga menyebabkan berlakunya globalisasi kebudayaan yang
pastinya melibatkan bahasa. Bahasa sebagai unsur budaya memainkan peranan
penting memenuhi wahana keperluan ekonomi di samping keperluan lain. Sebagai
sebuah negara yang berkembang dan memiliki sumber daya alam dan budaya yang
besar, Indonesia menjadi negara tumpuan bangsa asing dan berhubungan dengan
Indonesia. Walaupun telah ada wadah bahasa Inggeris untuk komunikasi
antarabangsa, namun ramai antara warga asing yang mendambakan diri untuk
bertutur dalam bahasa Indonesia dalam melaksanakan kerjasamanya. Jelas sekali
bahawa bahasa Melayu juga mampu menjadi sedemikian utuh seperti bahasa
Indonesia walaupun globalisasi menerjah masuk. Untuk menghadapi persiapan itu,

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
bahasa Indonesia berani melakukan usaha untuk memperkaya kosa kata agar dapat
menampung konsep moden setepat mungkin. Ardika (2001) berpandangan inilah
peluang yang amat baik untuk mengukuhkan bahasa Indonesia kerana bahasa
Indonesia akan menjadi jendela bagi orang asing untuk melihat keanekaragaman
budaya Indonesia melalui penguasaan bahasa Indonesia dalam mengekspresikan
kebudayaan Indonesia. Malaysia seharusnya mengambil iktibar ini dalam
memperkukuhkan bahasa Melayu. Tidak semua globalisasi itu memerlukan bahasa
Inggeris, malah peluang yang diambil oleh Indonesia dalam bidang budaya
mempamerkan kesempatan yang ada digunakan dengan bijaksana.
Kita menyedari hakikat bahawa abad ke-21 ialah abad globalisasi, yakni
kemajuan sains dan teknologi serta kemajuan teknologi maklumat yang cepat
pacuannya hinggakan bahasa Melayu terasa terpinggir dalam perlumbaan
tersebut. Tambahan pula faktor sejarah memudahkan kita memberikan alasan
untuk menggunakan bahasa Inggeris kerana kita dijajah oleh Inggeris, berbeza
dengan Indonesia yang dijajah oleh Belanda. Dalam konteks Malaysia, bahasa
antarabangsa ialah bahasa Inggeris. Kepentingan bahasa Inggeris akibat
globalisasi tidak seharusnya menutup hakikat bahawa bahasa Melayu
mempunyai jumlah penutur yang besar di negara ini. Bahasa Inggeris ialah
bahasa menimba ilmu tetapi bukan bahasa ibunda. Bahasa Inggeris perlu
dipelajari kerana fungsinya tetapi bukan untuk mengambilalih status bahasa
Melayu yang sedia termaktub dalam perlembagaan. Semua negara yang
berdaulat mempunyai bahasa mereka tersendiri walaupun Singapura mungkin
berbeza dengan mewujudkan empat bahasa rasminya, iaitu Melayu, Inggeris,
Mandarin dan Tamil.
Di Malaysia, bahasa Melayu ialah perhubungan antara rakyat dan
mencerminkan jati diri. Daya kreativiti bahasa Melayu dalam sastera masih lagi
dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu seharusnya menjadi penggerak tamadun
bangsa Malaysia. Kedinamikan bahasa Melayu dapat dilihat dalam penciptaan
istilah dan kebolehlenturan bahasa Melayu menyerap unsur asing untuk
mengungkap konsep asing harus digunakan sebaik mungkin. Kemasukan unsur
asing dikawal melalui peraturan yang ditetapkan oleh pembuat dasar dan badan
pelaksana (Dewan Bahasa dan Pustaka). Inilah yang harus disemaikan di
kalangan generasi hari ini agar tidak keliru dengan gelombang globalisasi
hinggakan terlupa peranan bahasa Melayu dalam mencorakkan pemikiran dan
pembudayaan masyarakat Malaysia yang seharusnya mengekalkan ciri-ciri
kesantunan, kehalusan, keindahan, dan keperibadian ciri-ciri Melayu.

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA
􀄆 Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan
banyak bahasa. Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua
bahasa seperti penutur bahasa asli.
􀄆 Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa
oleh penutur. Kedwibahasaan sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang
sekali terdapat seseorang individu yang dapat menguasai lebih dari satu
bahasa dengan baik.
􀄆 Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai budaya,
etnik, agama, bangsa, kaum dan lain-lain.
􀄆 Kedwibahasaan wujud di negara-negara yang menjadikan dialek sebagai
bahasa rasmi seperti di Perancis. Keadaan dwibahasa yang
memperlihatkan penutur mengamalkan dialek masing-masing dalam
kehidupan seharian tetapi menggunakan dialek utama yang telah dijadikan
bahasa rasmi.
􀄆 Kedwibahasaan berlaku akibat bahasa tempatan dijadikan bahasa rasmi
tetapi bahasa lain digunakan sebagai bahasa penyatuan. Misalnya di Rusia,
bahasa Rusia dijadikan bahasa penyatuan tetapi rakyat tempatan boleh
menggunakan bahasa tempatan sebagai bahasa rasmi seperti bahasa
Ukraine dan Estonia.
􀄆 Kesan yang paling ketara akibat kedwibahasaan ini ialah berlakunya
penukaran kod atau pertukaran code yang dikenali sebagai code switching.
􀄆 Kesan yang selanjutnya ialah percampuran kod atau code mixing. Ini
berlaku apabila seseorang menukarkan kod apabila berbicara secara
berganti-ganti untuk satu tajukyang sama dalam ujaran mereka.
􀄆 Pemindahan bahasa juga berlaku akibat kedwibahasaan. Ini berlaku
apabila terdapat penggunaan unsur-unsur bahasa pertama dalam bahasa
kedua.
􀄆 Dasar bahasa pendidikan ialah dasar yang dipegang dalam menggunakan
bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah. Dasar bahasa am ialah dasar
(a) Bincangkan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi.
(b) Huraikan sejauh manakah globalisasi mempengaruhi kedudukan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan di
Malaysia.
SEMAK KENDIRI 5.3
TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
yang secara tidak rasmi diterima oleh kerajaan mengenai penggunaan
bahasa dalam perdagangan, perhubungan rakyat dan dalam hubungan
dengan orang-orang luar, badan-badan atau negara-negara luar
(Asmah,1985:23).
􀄆 Taraf bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan menyediakan
ruang yang cukup luas untuk bahasa Melayu berkembang sebagai bahasa
ilmu.
􀄆 Persidangan Antarabangsa UNESCO ke-31 pada Oktober 2001 telah
mengisytiharkan satu deklarasi prinsip pembelajaran bahasa ibunda yang
harus dipatuhi olah anggota-anggotanya.
􀄆 Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara
Malaysia telah dipertahankan dan diperkembang berdasarkan pelbagai
akta dan laporan semula bermula dengan Penyata Razak (1956), Laporan
Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961), Akta Bahasa Kebangsaan
(1963), Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran (1979),
dan Akta Pendidikan (1996).
􀄆 Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)
atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Ruang lingkup tajuknya sangat luas, iaitu berkenaan segala aspek dalam
pengurusan dan pemprosesan maklumat.
􀄆 Strategi yang perlu dirancang ialah memperkukuhkan kekuatan bahasa
secara dalaman yang telah terbina sekian lama. Masyarakat pengguna
bahasa Melayu perlu bersikap terbuka dan bersedia menerima cabaran
perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi yang
dipengaruhi oleh bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris.
􀄆 Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi
melahirkan unsur baru yang dikenali dengan bahasa rojak. Bahasa rojak
merupakan semakin berkembang luas dalam kalangan pengguna bahasa.
􀄆 Keupayaan bahasa Melayu bertahan dalam era siber banyak bergantung
kepada keupayaan masyarakat penutur bahasa Melayu itu sendiri
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. Sikap masyarakat
terhadap bahasa Melayu telah menyebabkan kesukaran untuk meletakkan
bahasa Melayu di persada antarabangsa.
􀄆 Istilah 'globalisasi' ialah satu istilah yang terlalu umum dan merangkumi
berbagai-bagai perkara termasuk kesan-kesan ekonomi, budaya, teknologi,
dan maklumat yang kini sudah mampu disebarkan ke seluruh pelusuk
dunia dengan begitu cepat. Kata globalisasi diambil dari kata global, yang
bermakna universal.

TOPIK 5 MASA DEPAN DAN CABARAN BAHASA MELAYU
􀄆 Setengah-setengah orang mengatakan bahawa globalisasi sinonim dengan
perniagaan global tetapi sebenarnya istilah ini memberikan makna yang
lebih daripada konsep perdagangan semata-mata.
􀄆 Polisi terkini globalisasi tertumpu pula kepada neo-liberalisme, satu
ideologi untuk menggalakkan kebebasan perdagangan, pasaran, hak
pilihan individu, dan pengurangan peraturan pemerintah (Steger:2002).
􀄆 Antara komponen pengetahuan dalam kapital manusia ialah bahasa
ibunda dan juga bahasa-bahasa lain. Oleh itu dalam era globalisasai
mempelajari lebih daripada satu bahasa merupakan sumber pelaburan 􀄃
yuran pengajian, kamus, kaset, buku-buku rujukan dan sebagainya
merupakan bentuk kapital manusia. Bahasa ibunda merupakan agen
utama dalam sosialisasi primer bagi seorang kanak-kanak dengan bantuan
ahli keluarga.

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog