Wednesday, October 10, 2012

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 2.

PENGENALAN
Perkembangan bahasa telah melalui tiga periodisasi, iaitu zaman purba, zaman
kuno dan zaman klasik. Setiap zaman tersebut mempunyai pengaruh yang kuat
terhadap bentuk bahasa Melayu. Dalam topik 1, anda telah mengimbas kembali
tentang jenis bahasa yang lahir dalam periodisasi tersebut. Topik ini pula akan
membicarakan pengaruh luar terhadap bahasa Melayu khususnya pengaruh
bahasa dari Eropah (Portugis dan Inggeris) dan juga kesan perkembangan agama
Islam yang tersebar luas di Alam Melayu melalui perdagangan saudagar dari
Tanah Arab. Agama Islam telah memberikan kesan yang penting terhadap
bahasa Melayu kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
diperkukuhkan oleh faktor tersebut.
Topik􀈱􀈱2􀁘Bahasa Melayu
Zaman Islam,
Portugis, dan
Inggeris
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Memerihalkan perkembangan Bahasa Melayu pada zaman
kedatangan Islam;
2. Menghuraikan sumbangan kedatangan Portugis kepada Bahasa
Melayu; dan
3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa
Melayu.


16 􀁘 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS
BAHASA MELAYU ZAMAN
KEDATANGAN ISLAM
Islam telah membawa huruf Arab dalam penulisan bahasa Melayu dan
berkembang menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang
dipinjam daripada perbendaharaan kata bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang berkaitan dengan falsafah,
kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa pengantar dalam kegiatan
dakwah Islam. Magellan telah mengatakan bahawa bahasa Melayu telah menjadi
bahasa lingua franca di alam Melayu dari Aceh hingga ke kepulauan Maluku.
Bahasa Melayu juga telah menjadi baku melalui penggunaannya dalam kitabkitab
agama Islam yang dibaca oleh penduduk di alam Melayu.
Pada zaman kedatangan Islam juga, bahasa Melayu telah berkembang dalam
pelbagai bidang yang sebelum ini ditulis dalam bahasa Jawa. Melalui
peminjaman daripada bahasa Arab, banyak istilah bidang teologi, falsafah dan
tasauf dikembangkan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa
rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam Melayu. Surat-surat raja Melayu pada
abad ke-16 ditulis dalam bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian
raja-raja daripada kerajaan Aceh juga menggunakan bahasa Melayu dalam
urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing.
Kedatangan Islam pada akhir abad ke-13 telah mempengaruhi keseluruhan cara
hidup masyarakat di Asia Tenggara khususnya alam Melayu. Zaman ini telah
memberikan ciri baru kepada bahasa Melayu, iaitu bentuk bahasa Melayu
Klasik. Pengaruh agama Islam bukan sahaja kelihatan dari aspek sosio budaya
malah seluruh kehidupan termasuklah unsur budaya yang penting, iaitu bahasa.
Abad ke-13 hingga abad ke-14 merupakan zaman peralihan di alam Melayu.
Apabila kita memperkatakan tentang pengaruh Islam terhadap bahasa Melayu,
terdapat tiga buah kerajaan Islam yang penting: kerajaan Samudera-Pasai,
kerajaan kesultanan Melaka dan kerajaan Islam Aceh.
2.1.1 Kerajaan Samudera-Pasai
Menurut Amat Juhari Moain (1994), apabila kerajaan Samudera-Pasai didirikan
di Sumatera Utara, pengembangan bahasa Melayu semakin aktif. Kerajaan
Samudera Pasai (Rajah 2.1) dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera
Darussalam atau Sumatera. Kerajaan ini terletak di Aceh dan merupakan
kerajaan Islam pertama di Indonesia. Perkataan "Samudera" berasal daripada
perkataan Sanskrit, iaitu Samundra atau Samandara, yang membawa pengertian
"lautan". Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, Merah Silu dikatakan ternampak
seekor semut sebesar kucing. Baginda menangkap dan memakannya lalu
2.1


TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 17
menamai tempat itu sebagai "Samandara". Kesultanan Samudera Pasai adalah
kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, kurang lebih di
sekitar Kota Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang. Kerajaan ini didirikan oleh
Merah Silu, yang bergelar Malik al-Saleh, pada sekitar tahun 1267 dan berakhir
dengan dikuasai oleh Portugis pada tahun 1521. Nama lainnya ialah Malik al
Salih, Merah Silu, Merah Silau, Mara Silu dan Muerah Silu. Setelah mangkat,
baginda digantikan oleh Sultan Mahmud Malik az-Zahir.
Rajah 2.1: Kedudukan kerajaan Samudera Pasai.
Sumber: http://images.google.com/imgres? Dipetik pada 15 Julai 2008.
Ahli Pelayaran Maghribi bernama Ibnu Batuta sempat mengunjungi Pasai pada
1346 Masihi. Ketika di China, Ibnu Batuta mendapati kapal Pasai berlabuh di
China untuk membayar ufti. Inskripsi Cina mencatatkan kerajaan Pasai
menghantar ufti ke China setiap tahun. Sultan Pasai dikatakan pernah mengirim
utusan ke Quilon, benua kecil India (Keling) pada 1282 kerana urusan diplomasi
dan perdagangan.
Pada zaman kegemilangannya, kerajaan Pasai merupakan pusat perdagangan
yang dikunjungi oleh pedagang daripada pelbagai negeri seperti China, India,
Arab, Siam, Parsi dan lain-lain. Kerajaan ini juga menggunakan mata wang yang
dinamakan dirham. Banyak karya sastera Melayu telah dilahirkan misalnya
Hikayat Raja-Raja Pasai. Zaman ini diikuti pula oleh perkembangan zaman
Melaka. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan.
Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera.


18 􀁘 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS
Pada zaman ini juga, banyak karya telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. Golongan cendekia Pasai menjadi pakar rujuk dalam bidang
keagamaan. Abad ke-13 juga merupakan permulaan bahasa Melayu Klasik yang
berkembang sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Melayu Pasai. Bahasa
Melayu Klasik merupakan kesan langsung pengaruh agama Islam yang
berkembang dengan pesat bertunjangkan tulisan Jawi yang menggunakan
aksara Arab. Ragam bahasa persuratan inilah yang menjadi bukti wujudnya
bahasa Melayu Klasik. Tradisi persuratan Melayu Klasik juga merupakan asas
kepada kemunculan bahasa Melayu baku khususnya dari segi tatabahasa yang
lahir dalam penulisan klasik sebagai sumber korpus data.
Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan
masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Namun
demikian, tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada
masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan
pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan
bahagian awal petikan Hikayat Raja-Raja Pasai yang berikut ini:
„Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama
Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya
cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama
membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua
bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja
Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua
bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga. „
Teks ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huruf Jawi
pada lembaran-lembaran berbentuk buku. Penyelidik menyatakan teks asal
ditulis sekitar 1360 Masihi kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum
/Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak. Hikayat Raja-Raja Pasai terbahagi
kepada tiga bahagian: Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai di bawah
pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan Peluasan Kekuasaan
Majapahit. Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera sejarah. Karya
sastera sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi
pentadbiran, keadaan sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah
kewujudan sesebuah negeri, perkembangannya, zaman keemasan, zaman
kekalahan dan keruntuhan. Oleh itu, Hikayat Raja-Raja Pasai bukanlah sebuah
buku teks sejarah yang murni. Sebaliknya, unsur mitos dan legenda diterapkan
dalam bahan sejarah yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk
mengetahui objektif dan tujuan pengarang istana ini.
R.O. Winstedt menjangka Hikayat Raja-Raja Pasai selesai ditulis pada abad ke-
15, Amin Sweeney berpendapat abad ke-14, dan A.H. Hill mengatakan antara
tahun 1383 M hingga 1390 M manakala Hooykaas mendakwa bahawa Hikayat
TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 19
ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir Hikayat Raja-Raja Pasai
yang diusahakan oleh R. Jones (1987) tercatat:
Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala
yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan
Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat,
berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam.
Tamat hari Isnin, kepada hari
dua puluh sa, kepada bulan
Muharam, sanat za
Hijratul Nabi
1230
Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapu (pu) nagari Demak nagari
Bagor, warsa 1742.
Tarikh yang tercatat pada bahagian akhir Hikayat Raja Pasai ini bukanlah
bermakna penulisan pertama cerita tersebut, melainkan merupakan salinan
daripada beberapa salinan cerita yang terdahulu. Penyalinan ini juga
memperlihatkan bahawa ketika itu kesusasteraan Melayu tersebar luas di
seluruh Nusantara. Karya ini merupakan bukti terbaik bagi mengkaji
perkembangan bahasa Melayu pada zaman kerajaan Aceh.
2.1.2 Kerajaan Kesultanan Melaka
Zaman penting bagi bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Zaman ini bermula pada abad ke-13. Kesultanan Melayu Melaka (Rajah 2.2)
diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang
berasal dari Palembang antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya
Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada
tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Beliau
menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Shah. Agama Islam dijadikan
sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah.
Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan
yang terpenting di kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan
pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai
pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini
dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang
menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of
Malacca has his hand on the throat of Venice.) Faktor-fakor yang menyumbang
kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya
terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.
Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat
berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut
semula.


20 􀁘 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS
Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka,
berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada
masa itu. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih
kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis
pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah
merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.
Islam mulai bertapak melalui kerajaan Melayu Melaka dan berjaya membina
empayar yang luas; dan meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa
Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan
aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu
juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu.
Bahasa Melayu juga telah mendapat bentuk tulisan baru, iaitu tulisan Jawi.
Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk
mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam.
Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri
Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada
kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja
Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran
"Sultan Abu Syahid". Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai
gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan
Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh
Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina.
Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu.
Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas
Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456,
Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau
berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di kepulauan Melayu.
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan
kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang
penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan
Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po
dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk
menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh
Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang
Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah
satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya
kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara
pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali
sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.


TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 21
Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai
kemuncak kuasanya dan terdiri daripada semenanjung Tanah Melayu,
Singapura dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di
utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun
ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua
cubaan serangan tersebut telah gagal.
Rajah 2.2: Kegemilangan Kesultanan Melaka
Sumber: http://images.google.com/imgres? Dipetik pada 20 Jun 2008
Prosa dalam bahasa Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau Sejarah
Melayu. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu
oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa Melayu yang sangat tinggi
nilainya disusun pada tahun 1612. Prosa ini mengungkapkan beberapa genre
Melayu, iaitu pantun, syair puisi, gurindam dan seloka. Terdapat sekurangkurangnya
29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear.
Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di
Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah
mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara
Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12
Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah
Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa, India. Sejarah
Melayu Sulalatus Salatin (Rajah 2.3 & 2.4) dianggap penting kerana karya ini
memberikan perincian tentang adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan
sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih


22 􀁘 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS
China. Dikatakan bahawa pada setiap pertukaran dinasti di China, sejarah
Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut. Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan,
kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis
oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk
Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.
Rajah 2.3: Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Penulis: A. Samad Ahmad
Penerbit: DBP.
Sumber: http://www.dawama.com/index.php?ch=11&pg=381&ac=868&tpt_id=11
Rajah 2.4: Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Sejarah Melayu, versi buku yang disusun
oleh Cheah Boon Kheng, dengan teks Rumi oleh Abdul Rahman Haji Ismail.
Sumber: http://images.google.com/ SejarahMelayu.jpg&imgrefurl=http://


TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 23
Pada kemuncak kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa karya kesusasteraan
yang dipengaruhi oleh tulisan Arab seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah,
Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Nabi Bercukur. Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Ali Hanafiah telah memberi semangat serta kekuatan kepada orang
Islam untuk menentang musuh di medan peperangan. Kerajaan Melayu-Melayu
telah menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pentadbirannya. Kejatuhan
Melaka menyebabkan era kerajaan Melayu berakhir di Tanah Melayu Melaka.
Namun begitu kegemilangan bahasa Melayu diteruskan oleh kerajaan Aceh dan
seterusnya kerajan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau merupakan warisan kerajaan
Melayu-Melaka telah berusaha untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan
Melaka. Walaupun kerajaan Melayu-Melaka tewas ditangan Portugis pada tahun
1511, hal ini tidak bermakna hilangnya pengaruh bahasa Melayu. Malah, bahasa
Melayu semakin berkembang ke persisiran Sumatera, khususnya di Palembang
dan Aceh yang menggantikan Melaka sebagai pusat kebudayaan dan
keintelektualan Melayu.
Hikayat Muhammad Hanafiah merupakan antara teks Melayu terawal. Hikayat
ini mengisahkan kisah percintaan dan mengandungi kandungan mengenai aspek
emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosio politik. Hikayat ini sudah dikenali sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Hikayat ini juga dikenali
sebagai 'hikayat perang' kerana hampir keseluruhan isi hikayat penuh dengan
kisah peperangan. Hikayat ini mengisahkan peristiwa yang berlaku sewaktu
Sayidina Ali dipilih menjadi khalifah dan pemberontakan dilancarkan oleh
Muawiyah terhadapnya. Setelah Ali dibunuh oleh seorang pengikut Khawarij,
Muawiyah dilantik sebagai Khalifah. Sebelum meninggal dunia, Muawiyah
melantik puteranya bernama Yazid sebagai raja. Dalam masa pemerintahannya,
Yazid merancang pembunuhan terhadap dua putera Ali, iaitu Hasan dan Husin.
Sebelum itu, berlaku beberapa peristiwa yang menyebabkan Yazid iri hati dan
berdendam dengan kedua-dua mereka. Dengan menggunakan tipu helah, dia
akhirnya berjaya membunuh kedua-dua putera Sayidina Ali itu.
Apabila Muhammad Hanafiyyah, saudara Hasan dan Husin yang menjadi Amir
di negeri Baniar mendapat berita kematian saudaranya dan putera Husin
bernama Ali Asghar atau kemudiannya dipanggil Zain al-Abidin dan ahli
keluarga Rasulullah s.a.w ditawan, dia menyiapkan satu angkatan tentera dan
menyerang Yazid. Yazid berjaya dikalahkan oleh Muhammad Hanafiyyah dan
Yazid terbunuh apabila dia terjatuh ke dalam telaga api. Zain al-Abidin
kemudiannya dilantik sebagai raja. Pada suatu hari, apabila Muhammad
Hanafiyah mendapat tahu terdapat pengikut Yazid sedang berhimpun di dalam
sebuah gua, dia menyerang mereka. Tanpa menghiraukan suara ghaib yang
melarangnya beberapa kali supaya jangan keterlaluan, dia terus membunuh
musuhnya, sehinggalah akhirnya pintu gua tertutup dan dia terkurung.


24 􀁘 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS
Hikayat Amir Hamzah daripada Naskah A - DBP MSS 4, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. Hikayat Amir Hamzah menceritakan perihal kegagahan
dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Amir Hamzah, pada zaman
sebelum dan awal kebangkitan Islam. Ia ditulis kemungkinannya dari awal abad
ke-16. Menurut pendapat orang-orang yang ahli dalam lapangan kesusasteraan,
Hikayat Amir Hamzah ialah salinan daripada bahasa Parsi sungguh pun dalam
bahasa 'Arab ada juga hikayat yang demikian. Hikayat Amir Hamzah adalah
merupai sebuah buku yang tebal mengandungi 90 bab; di dalamnya
meriwayatkan kisah keberanian dan kegagahan Sayyidina Hamzah mengepalai
tentera Islam dalam peperangan menentang tentera-tentera kafir. Seperti yang
tersebut di dalam riwayatnya bahawa Amir Hamzah ialah bapa saudara kapada
Nabi Muhammad s.a.w iaitu putera kepada Abdul Mutalib. Amir Hamzah dikatakan
mulai menerima agama Islam sesudah dua tahun Rasulullah menerima
walinya yang pertama dan telah bersama-sama mengikut Nabi Muhammad
berhijrah (berpindah) ke Madinah. Amir Hamzah adalah terkenal sebagai
pahlawan Islam yang terbilang; keberanian dan jasa-jasanya di medan-medan
perang terutama sekali dalam peperangan Badar amatlah besar ertinya di sisi
sejarah perkembangan agama Islam. Sayyidina Hamzah telah tewas tatkala
melawan orang-orang kafir Makkah yang banyak bilangannya di kaki bukit
Uhud, dekat Madinah. Maka kerana itulah riwayat Amir Hamzah sentiasa dikenang
oleh umat Islam; dan di dalam hikayatnya banyak pula diadakan tokok
tambah oleh pengarangnya.
Kesimpulannya, kerajaan Kesultanan Melaka telah memainkan peranan penting
dalam mengembangkan bahasa Melayu melalui pentadbiran, perkahwinan,
ekonomi, perdagangan dan ruang lingkup kehidupan masyarakat di Melaka dan
kawasan jajahannya. Kejatuhan Melaka tidak bermakna pupusnya bahasa
Melayu di rantau ini kerana kemunculan Aceh sebagai kuasa yang
menggantikan kerajaan Melaka telah memberikan kesan yang besar terhadap
pengembangan bahasa Melayu di rantau ini.
2.1.3 Kerajaan Aceh
Kejatuhan kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis membawa kebangkitan
Aceh di bawah kepimpinan Sultan Ali Mukayat Syah (1514-1528), Sultan
Salehuddin (1528-1537), Sultan Alauddin Riayat Syahal Kahar (1537-1568), Sultan
Ali Riayat Syah (1568-1573), Sultan Seri Alam (1576), Sultan Muda (1604-1607)
dan Sultan Mahkota Alam (1604-1607). Semua serangan Portugis dapat ditangkis
oleh sultan-sultan Aceh ini. Zaman keemasan kerajaan Aceh telah menjadikan
bahasa Melayu semakin berkembang luas dan menjadi bahasa rasmi negara.
Aceh menjadi pusat perkembangan ilmu khususnya perbincangan ilmiah
tentang ilmu tasauf dan akidah Islam dan wadahnya ialah bahasa Melayu.


TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 25
Rajah 2.5: Kerajaan Aceh
Sumber: Ahmad Haji Saleh (1975) Ringkasan Sejarah Dunia
Kerajaan Aceh (Rajah 2..5) memberi perlindungan kepada pedagang yang berniaga
di bawah kekuasaan Aceh. Surat raja Aceh (Sultan Alauddin Shah) kepada Harry
Middleton ditulis dalam bahasa Melayu pada tahun 1601 semasa kapal tersebut
berlabuh di pelabuhan Aceh. Perkataan-perkataan telah ditransliterasikan daripada
huruf Jawi kepada huruf Rumi memperlihatkan sebahagian besar bahasa Melayu
yang digunakan dalam surat ini dikatakan serupa dengan bahasa Melayu sekarang.
Terdapat beberapa perkataan yang mengalami perubahan, misalnya sarwa=segala;
sekalian=seluruh; pertuha=pertua/ketua; taÊkluk=takluk; Inglitir=Inggeris;
kapitan=kapten; memeli=membeli; suhbat=sahabat; meli berjual=berjual-beli dan
lain-lain.


26 􀁘 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS
Bahasa yang hampir sama juga kelihatan dalam surat kebenaran berniaga
daripada raja Aceh kepada James Lancester bertarikh 1602. Pada abad ke-16 juga
kerajaan Aceh banyak berutus surat dan juga mengikat perjanjian dengan
kerajaan Belanda. Kitab Thamaratul Matlub fi Anuaril Qulub memuatkan
pelbagai surat dan perjanjian antara raja-raja Melayu dengan raja-raja Bugis
dengan Belanda, serta natara Belanda dengan Inggeris.
Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab „Al-Hakim‰ oleh
Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan „Sabil Al-
Hidayat‰ oleh Sayyed Aluwi BaÊaluwi (1899 M). Hasil penulisan yang terkenal
dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu
„Bustan Al-Katibin‰ (1857 M), „Pengetahuan Bahasa‰ (1859 M), „Salasilah
Melayu dan Bugis‰ (1865 M) dan „Tuhfat Al-Nafis‰ (1865 M). Di Aceh juga,
terdapat penulis tempatan yang telah menarik pembaca untuk menghayati
Islam. Palembang dan Aceh telah menggantikan Melaka sebagai pusat
keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Aceh ialah:
(a) Sheikh Nuruddin Al-Raniri („Bustanul Salatin‰)
(b) Shamsuddin Al-Sumaterani („Mirat Al-Mukmin‰)
(c) Abdul Rauf Singkel („Mirat Al-Tullab‰)
(d) Hamzah Fansuri („Syair Perahu‰)
Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falembani dengan kitab „Hikayat
Al-Salakin‰. Selain daripada Aceh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul
di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh
(Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan „Syair Rakis‰, manakala di
Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab „Sabil Al-
Muhtadin‰. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan
„MatlaÊal Badrain‰ dan „FuruÊ Al-Masail‰.
Hamzah Fansuri merupakan penulis zaman ini yang sangat terkenal. Beliau
dikatakan berasal dari Barus, Sumatera dan suka mengembara ke pelbagai
tempat untuk menambah pengetahuannya. Antaranya ialah Makkah, Baghdad,
Pahang dan Kudus di Pulau Jawa. Beliau menguasai bahasa Arab dan Parsi di
samping bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibundanya. Hamzah Fansuri
menghasilkan karyanya pada masa Sultan Iskandar Mahkota Alam yang
memerintah Aceh pada tahun 1606-1636M. Karya ciptaannya merupakan prosa
dan syair dicipta pada awal abad ke-17. Hamzah Fansurilah yang mula-mula
memperkenalkan bentuk syair dalam bahasa Melayu. Antara prosanya yang
terkenal ialah Asrarul fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi dan
Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya pula ialah Syair
Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-Suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.
TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 27
Syamsuddin Pasai yang menjadi ulama istana Aceh pada masa pemerintahan
Mahkota Alam (1607-1636) terkenal sebagai pengikut Hamzah Fansuri. Karyanya
menyentuh bidang tasauf. Antara karyanya yang terkenal ialah MirÊat al-
Mukmin, MirÊat al-Muhakkihin, MirÊat al-Qulub, Kitab Siri al-Arifna dan Kitab fi
DhikrdaÊira kab al-Kansayna. Seorang lagi tokoh pada zaman ini ialah Abdul
Rauf Singkel yang menghasilkan kitab MirÊat aÊt-Tullab fi Tashli Makrifat al-
Ahkam aÊsh Shariyyah li Malik aÊl-Wahhab, Umdat al-Muhtajia, terjemahan
tafsir Baidhawi dan autobiografi.
Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti „Hikayat
Negeri Johor‰ dan „Kitab Pemimpin Johor‰. Kerajaan Melayu Johor-Riau terus
menjadi pusat pengembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bahasa
persatuan di seluruh Nusantara. Menurut Syed Naquib Al-Attas, karya
keagamaan yang tertua dalam bahasa Melayu ialah terjemahan bahasa Melayu
al-Nasafi, iaitu ÂAqaÊid. Karya ini mengemukakan pernyataan masalah tentang
kewujudan hakikat benda, hakikat ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan
diri manusia. Karya ini merupakan asas pengilmuan dalam bahasa Melayu yang
kemudiannya dikembangkan oleh penulis lain. Analisis kedua terhadap kitab ini
dilakukan oleh Asmah Haji Omar yang telah memberikan maklumat tentang
bahasa Melayu abad ke-16 dan seterusnya sejarah evolusi bahasa Melayu.
Pertemuan kitab ini merupakan jambatan hubungan perkembangan bahasa
Melayu antara abad ke-14 dengan abad ke-17.
Huraikan kepentingan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam
membicarakan perkembangan bahasa Melayu zaman kesultanan Melaka.
AKTIVITI 2.1
(a) Bincangkan kecemerlangan bahasa Melayu sewaktu zaman kerajaan
Aceh.
(b) Jelaskan peranan Hamzah Fansuri dalam penghasilan karya bercorak
keagamaan.
SEMAK KENDIRI 2.1


28 􀁘 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS
BAHASA MELAYU ZAMAN
KEDATANGAN PORTUGIS
Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa
Portugis di Melaka dengan kejatuhan kesultanan Melaka pada tahun 1511.
Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah kebudayaan
Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai jenis penentangan oleh
bangsa Melayu terhadap penjajahan. Namun begitu, keruntuhan kerajaan
Melayu Melaka tidak meruntuhkan bahasa Melayu. Banyak pengkaji terus
menjalankan penyelidikan tentang bahasa Melayu. Antaranya ialah Pigafetta,
seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan,
telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun
1521. Dokumen ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan
oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan
merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore
yang terletak jauh dari tempat asal bahasa Melayu menggambarkan betapa
luasnya bahasa Melayu tersebar. Seorang lagi pengkaji ialah Jan Hugen Van
Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun
1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis.
Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa bahasa Melayu dianggap
sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.
Penulisan tentang bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar kata
Pigafetta yang merakamkan perbualan Magellan dengan lelaki Melayu
beragama Kristian bernama Hendrick. Pigafetta mempelajari bahasa yang
dituturkan dan menyalin beberapa perkataan dalam bahasa Itali dan dipadankan
dengan perkataan Melayu. Oleh sebab beliau bukan ahli bahasa, maka
pertuturan yang disalin adalah berdasarkan ejaan Itali. Beliau telah berjaya
mengumpulkan 426 perkataan dan rangkai kata bahasa Melayu. Senarai ini
kemudiannya disusun semula oleh Alessandrio Bausani dan dijadikan buku
Perbendaharaan kata Itali-Melayu yang pertama.
Sarjana Barat yang berusaha mengembangkan bahasa Melayu ialah Casper
Wittens yang menyusun kamus bahasa Melayu-Belanda dan diperbaiki oleh
Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 Masihi
dan di Batavia pada tahun 1707 Masihi. Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam
bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 Masihi.
Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah
bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah kepulauan Melayu,
telah menggambarkan kepentingan bahasa Melayu seperti berikut, „Bahasa
mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi
juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur,
sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.‰
2.2


TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 29
Selain daripada itu, penggunaan bahasa Melayu meluas dalam warkah-warkah
rasmi sebagai utusan daripada raja Melayu. Antaranya ialah surat Sultan Aceh
kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah
dari Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat sultan Aceh kepada raja
Inggeris, King James (1612). Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan
Bodelein, London.
Thomas Bowrey menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1701 Masihi
dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini mencatat semua
perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak
kesalahan ejaan. George Werndley seorang sarjana Bahasa Melayu menulis
„Nahu Melayu‰ yang diterbitkan di Amsterdam pada tahun 1736 Masihi, M.
John Howison menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1801 dan P. Farve
menyusun kamus Perancis-Melayu pada tahun 1871 Masihi.
Zaman kedatangan Portugis merupakan detik permulaan pengaruh bangsa
Eropah kepada bahasa dan kebudayaan Melayu. Selain daripada kuasa Portugis,
pengaruh bahasa Belanda juga kelihatan dalam bahasa Melayu khususnya
perkembangan di Indonesia. Bagi Tanah Melayu pula, pengaruh Barat yang
paling banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah kedatangan kuasa Inggeris
pada awal abad ke-19. Pengaruh ini masih lagi kelihatan khususnya dalam
perkembangan ilmu Bahasa Melayu dan perkembangan peristilahan dalam
pelbagai bidang.
Pilih satu surat Raja Melayu kepada pemerintah asing (Barat) dan
bincangkan kandungannya dalam hubungan dengan perkembangan
bahasa Melayu.
AKTIVITI 2.2
Bincangkan kepentingan daftar kata Pigafetta dari segi perkembangan
bahasa Melayu.
SEMAK KENDIRI 2.2


30 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS
BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN
INGGERIS
Sebelum Inggeris bertapak di semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu
menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa
Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan
dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu
seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga
menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti
Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya
terdiri daripada orang Melayu. Sebelum penjajahan Inggeris, bahasa Melayu
mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan,
pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
Pada abad ke-19 bermula dengan karangan Munsyi Abdullah, zaman ini
dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden. Beberapa karya
terkenal pada zaman ini ialah hasil tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi
atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya pertama beliau ialah Syair
Singapura Terbakar. Abdullah Munsyi bukan sahaja memperlihatkan
keunggulan bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan memberikan
kesedaran tetantang betapa pentingnya nahu bahasa Melayu. Bagi beliau,
sekiranya nahu bahasa Melayu ditulis oleh orang asing maka nahu bahasa
Melayu yang ditulis itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa
mereka sendiri yang cuba dipaksakan terhadap bahasa Melayu. Perkembangan
bahasa Melayu yang diperjuangkan oleh Abdullah Munsyi tidaklah
menghairankan kerana latar pendidikannya yang berbahasa Inggeris.
Tokoh yang terkenal pada zaman ini juga ialah Muhammad Ibrahim bin
Abdullah Munsyi menulis Kitab Pemimpin Johor sejak tahun 1871 Masihi dan
diterbitkan pada tahun 1878 Masihi. Beliau menggunakan banyak ibu perkataan
dalam kitabnya kerana bentuk ini dikatakan dapat membanyakkan beberapa
perkataan lain sehingga menjadi ayat dan juga perenggan. Yang dimaksudkan
dengan ibu perkataan tersebut ialah perkataan istimewa, adapun, arakian,
alkisah, bermula, bahawasanya, bahawa, hatta, dan, dewasa, sebermula, sebagai
lagi, sebagai pula, sekali persetua, seyogiayanya, syahdan, kalian, dan maka.
Kitab ini beracuankan bahasa Inggeris namun penggunaan bahasanya terlihat
masih lebih banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab dan berusaha
mengelakkan perkataan yang keinggerisan. Muhammad Ibrahim juga telah
menubuhkan organisasi yang diberi nama Pakatan Mengajar Bahasa (1888 M).
Tujuan penubuhan ini adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu
agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebar luaskan.
Tokoh lain yang sezaman dengan Abdullah Munsyi ialah Raja Ali ibni Raja Haji
Ahmad. Walaupun sezaman dengan Abdullah Munsyi tetapi Raja Ali
2.3


TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 31
mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Abdullah Munsyi berpendidikan
Inggeris manakala Raja Ali Haji berpendidikan Arab serta seorang pendakwah.
Bukunya Bustanul Katibin bertarikh 1850 Masihi didasarkan kepada nahu
bahasa Arab. Walaupun nahu ini berdasarkan nahu bahasa Arab, buku ini
dianggap penting kerana inilah buku nahu berbahasa Melayu yang ditulis oleh
orang Melayu. Kitab Pengetahuan Bahasa pula dihasilkan pada tahun 1859
Masihi. Hasil ini merupakan sebuah kamus Melayu. Bahagian awalnya
membincangkan kamus Melayu secara ringkas dan sederhana. Namun begitu
tidak semua abjad dalam kamus diakhiri dengan sebahagian perkataan ca. Erti
perkataan disertakan dengan penjelasan walaupun berdasarkan kaedah dalam
bahasa Arab.
Raja Ali Haji dilahirkan pada tahun 1909 Masihi dan dibesarkan di Pulau
Penyengat, iaitu sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari Tanjung Pinang di Riau
yang pada ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu
pengetahuan. Beliau telah menghasilkan kitab tatabahasa Melayu yang
dinamakan Bustanil Katibina Lis SubyaniÊil Mutaalamin atau diterjemahkan
sebagai Kitab Perkebunan Juru Tuli bagi Kanak-Kanak yang Hendak Menuntut
Belajar Akan Dia merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa. Kitab ini
setebal 70 halaman mengandungi bahagian pendahuluan, 31 fasal dan khatimah
(penutup). Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian: bahagian pertama terdiri
daripada penulisan tentang bahasa Melayu dan bahagian kedua, mengenai
tatabahasa bahasa Arab. Di sini penulisnya cuba menyesuaikan dan
menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu.
Penggunaan kata-kata dan struktur ayat bahasa Melayu dipindahkan dan
diklasifikasikan secara langsung dalam bahasa Arab agar sesuai dengan kata dan
tatabahasa Arab.
Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum
berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan
urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu
Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri
Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu
dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam
jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang
tinggi terhadap bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa
Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E.
Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.
William Marsden telah menulis A Grammar of Malayan Language pada tahun
1812 masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa hal penting dalam
perkembangan bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya
teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya juga mudah dan mudah
diselaraskan dengan kata pinjaman. Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal


32 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS
daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan bahasa
Melayu. Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abjad Jawi, konsonan dan vokal,
tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian ayat, nama sifat,
perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk, sendi, keterangan, penghubung,
seruan, pengimbuhan, binaan ayat, dialek, prosodi dan praksis. Marsden
mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, dan
mencipta beberapa huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang
sudah sedia ada.

Tokoh besar dunia Melayu yang lahir pada zaman Inggeris ialah Zainal Abidin
Ahmad atau lebih dikenali dengan nama ZaÊba. Beliau dilahirkan di Kampung
Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 16 September 1895 dan banyak
menghabiskan hayatnya dalam bidang kebahasaan. Beliau mendapat pendidikan
Inggeris dengan kelulusan Senior Cambridge di St. PaulÊs Institution di
Seremban, di samping lulus di peringkat tertinggi di sekolah Melayu. Beliau
telah menghasilkan Pelita Bahasa Melayu (PBM) bertujuan untuk menyusun
kaedah buku nahu (tatabahasa) bahasa Melayu dengan lebih lengkap daripada
buku-buku nahu bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh pengkaji Melayu sebelumnya.
Buku nahu ini menghuraikan kaedah nahu bahasa Melayu atau aturan
rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu bahasa Inggeris dan sedikit
pengaruh nahu bahasa Arab yang dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati
bahasa Melayu serta pendekatan khasnya yang tersendiri. Oleh itu, nahu ZaÊba
ini lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan kata.
Pelita Bahasa Melayu (1) diterbitkan pada tahun 1940 oleh Pejabat Pelajaran
Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada cetakan
pertamanya, buku ini diterbitkan dalam tulisan Jawi yang membicarakan
masalah huruf, tulisan, ejaan, saraf dan nahu Melayu. Pelita Bahasa Melayu (2)
merupakan lanjutan terbitan yang pertama mengandungi 12 bab yang merangkumi beberapa aspek yang dimulai dengan permulaan mengarang,
latihan membuat ayat, mengarang ayat-ayat tunggal, pemakaian tanda-tanda
berhenti, cakap pindah sehingga kepada penghabisan karangan. Buku ini
dikarang untuk murid-murid darjah 2 , 3 dan 4 sekolah Melayu pada masa itu.
Seperkara yang menarik dapat dikatakan bentuk bahasa Melayu pada era ini ialah
gaya bahasanya masih mengikut cara lama, iaitu bahasa Melayu Klasik seperti
penggunaan sahaya, arakian, kemudian daripada itu, adapun, maka, sekalian dan
lain-lain. Fonem-fonem bahasa Melayu ditambah dengan fonem-fonem baharu
daripada bahasa Arab masih kekal. Kata-kata istilah baharu juga muncul buat
pertama kali terutama dalam pentadbiran moden yang diamalkan sewaktu zaman
pemerintahan keluarga Temenggung Ibrahim. Pada masa yang sama, beberapa
istilah Inggeris juga diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk urusan
pentadbiran seperti jawatankuasa, setiausaha, pejabat, pesuruhjaya dan jabatan.
Kata-kata bahasa asing dari Barat seperti kata Belanda di Indonesia juga meresap
masuk ke dalam bahasa Melayu seperti kompeni, gabenor dan lain-lain.

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 33
Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa
Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai
kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967
menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956
mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan
negara. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan bahasa
Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap
bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini,
menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi
„tuan‰ dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian
yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem
persekolahan. Dalam keadaan bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan
Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan Barat tetapi
cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.
Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu
mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka.
Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik
berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi
saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan bahasa Melayu
digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air
daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa „Bahasa
Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa
tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen‰.
Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu
bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh kepulauan Melayu.
Perbincangan tentang perkembangan bahasa seterusnya akan dibincangkan
dengan lebih perinci dalam topik-topik seterusnya.
Bincangkan pemikiran ZaÊba tentang perkembangan bahasa Melayu
berdasarkan karya penulisannya yang dihasilkan sewaktu pemerintahan
Inggeris di Tanah Melayu.
AKTIVITI 2.3


34 TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERI

 Isl
 telah membawa huruf Arab dalam penulisan bahasa Melayu dan
berkembang menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu
yang dipinjam daripada perbendaharaan kata bahasa Arab dan Parsi.
Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang berkaitan
dengan falsafah, kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa
pengantar dalam kegiatan dakwah Islam

 Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam
Melayu. Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam bahasa
Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian juga raja-raja daripada
kerajaan Aceh juga menggunakan bahasa Melayu dalam urusan diplomatik
untuk berhubung dengan kerajaan asing.

Kerajaan Samudera Pasai dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan
Samudera Darussalam atau Sumatera. Kerajaan ini terletak di Aceh dan
merupakan kerajaan Islam pertama di Indonesia. Perkataan "Samudera"
berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu Samundra atau Samandara, yang
membawa pengertian "lautan".

Abad ke-13 juga merupakan permulaan bahasa Melayu Klasik yang
berkembang sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Melayu Pasai. Bahasa
Melayu Klasik merupakan kesan langsung pengaruh agama Islam yang
berkembang dengan pesat bertunjangkan tulisan Jawi yang menggunakan
aksara Arab

 Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu,
mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu
(tulisan Jawi). Namun demikian, tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat
ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang
lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap
sebagai sesuatu yang wajar.

Hamzah Fansuri menghasilkan karyanya pada masa Sultan Iskandar
Mahkota Alam yang memerintah Aceh pada tahun 1606-1636M. Karya
ciptaannya merupakan prosa dan syair dicipta pada awal abad ke-17.
(a) Huraikan sumbangan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dalam
perkembangan bahasa Melayu.
(b) Bincangkan peranan Raja Ali Haji dalam perkembangan nahu bahasa
Melayu.
SEMAK KENDIRI 2.3


TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 􀁗 35
Hamzah Fansurilah yang mula-mula memperkenalkan bentuk syair dalam
bahasa Melayu. Antara prosanya yang terkenal ialah Asrarul fi bayan Ilm
al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-
Muwahiddin. Syairnya pula ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan
Ilm al-Suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.

Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa
Portugis di Melaka dengan kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511.
Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah
kebudayaan Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai jenis
penentangan oleh bangsa Melayu terhadap penjajahan.

Penulisan tentang bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar
kata Pigafetta yang merakamkan perbualan magellan dengan lelaki Melayu
beragama Kristian bernama Hendrick. Pigafetta mempelajari bahasa yang
dituturkan dan menyalin beberapa perkataan dalam bahasa Itali dan
dipadankan dengan perkataan Melayu.

Pada abad ke-19 bermula dengan karangan Munsyi Abdullah, zaman ini
dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Beberapa
karya terkenal pada zaman ini ialah hasil tulisan Abdullah bin Abdul Kadir
Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya pertama
beliau ialah Syair Singapura Terbakar .

Tokoh lain yang sezaman dengan Abdullah Munsyi ialah Raja Ali ibni Raja
Haji Ahmad. Walaupun sezaman dengan Abdullah Munsyi tetapi Raja Ali
mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Abdullah Munsyi
berpendidikan Inggeris manakala Raja Ali Haji berpendidikan Arab serta
seorang pendakwah. Bukunya Bustanul Katibin bertarikh 1850 M
didasarkan kepada nahu bahasa Arab.

 William Marsden telah menulis A Grammar of Malayan Language pada
tahun 1812 Masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa hal penting dalam
perkembangan bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu itu indah, susunan
ayatnya teratur dan nahunya sederhana.

 Tokoh besar dunia Melayu yang lahir pada zaman Inggeris ialah Zainal
Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama ZaÊba. Beliau telah
menghasilkan Pelita Bahasa Melayu (PBM) bertujuan untuk menyusun
kaedah buku nahu (tatabahasa) bahasa Melayu dengan lebih lengkap
daripada buku-buku nahu bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh pengkaji
Melayu sebelumnya.

Seperkara yang menarik dapat dikatakan bentuk bahasa Melayu pada era
ini ialah gaya bahasanya masih mengikut cara lama, iaitu bahasa Melayu
Klasik seperti penggunaan sahaya, arakian, kemudian daripada itu,
adapun, maka, sekalian dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog