Wednesday, October 10, 2012

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU-SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA

􀁘 PENGENALAN􀀃
Kenalkah anda dengan O.T. Dusseck (lihat Rajah 3.1)? Pada tahun 1935, beliau
memberitahu penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga pendorong dalam
hidup ini, iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau,
„...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih
dari 70 juta manusia. Ia merupakan satu daripada
rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan
lupakan hakikat itu.
Topik􀈱􀈱3􀁘Bahasa Melayu
Sebelum dan
Selepas
Merdeka
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka;
2. Menghuraikan kemajuan bahasa Melayu selepas merdeka; dan
3. Membincangkan kedudukan bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan.
Rajah 3.1 : O.T.Dusseck
Sumber: Pelajaran dan Perguruan
Melayu di Malaya hlm. 123
38 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Pelihara bahasa kamu itu; berusahalah meninggikannya ke tarafnya yang layak
di kalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah
juga taraf bangsa kamu‰. (The Straits Times, 1935.)
Demikianlah petikan ucapan daripada seorang bekas pegawai berbangsa
Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka. Ucapan beliau telah
memberikan gambaran yang jelas tentang keyakinan beliau bahawa bahasa
Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa
antarabangsa yang lain sekiranya kita berusaha untuk mempertahankan
keluhuran dan kedaulatannya. Bahasa itu sendiri menunjukkan bangsa yang
menuturkannya. Tajuk ini akan membawa anda menelusuri perkembangan
bahasa Melayu dari era sebelum merdeka, iaitu dengan penubuhan ASAS 50
hinggalah kemerdekaan 1957, dan era selepas merdeka dari tahun 1957
hinggalah tahun 1967, dan seterusnya kedudukan bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan di Malaysia.
BAHASA MELAYU SEBELUM MERDEKA
Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikatakan bahasa Melayu
pramerdeka. Era pramerdeka ialah zaman yang memperjuangkan taraf atau
status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu
pramerdeka bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (6 Ogos 1950) hingga kepada
kemerdekaan 1957. Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai
Angkatan Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah ditubuhkan di
Singapura. Persatuan itu telah diasaskan oleh beberapa orang penulis Melayu
Singapura dan sebahagian besarnya merupakan penulis-penulis dan pengarangpengarang
Tanah Melayu yang terpaksa berhijrah ke Singapura akibat tekanan
penjajah Inggeris terhadap kegiatan politik dan kreativiti mereka.
Antara tokoh-tokoh penting ASAS 50 ini ialah
Kamaluddin Muhammad atau Kris Mas, Usman
Awang atau Tongkat Waran (Lihat Rajah 3.2), Masuri
S.N., Mohd. Arif Ahmad atau MAS, Abdul Wahab
Muhamad atau Awamil
3.1
Rajah 3.2: Usman Awang
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 39
Sarkam, Asraf dan Hamzah. Secara umumnya penubuhan ASAS 50 ini adalah
untuk:
(a) Memperluas dan mempertinggikan mutu sastera Melayu;
(b) Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan para pengarang;
dan
(c) Mengadakan pembaharuan dalam sastera.
Persatuan ini bergerak dengan cita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu
sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan
fikiran, selari dengan konsep perjuangannya, 'Seni Untuk Masyarakat' atau 'Seni
Untuk Rakyat'. Dengan berpegang kepada konsep ini ASAS 50 telah berjaya
membawa satu bentuk dalam bidang penulisan cerpen dan sajak. Pada
umumnya, tema cerpen dan sajak ASAS 50 bersifat kritik masyarakat. Oleh itu,
banyak daripada cerpen atau sajak yang mereka hasilkan mengarah kepada
menentang golongan atasan dan membela kaum buruh, petani dan nelayan.
2Meskipun terdapat kelemahan-kelemahan dan tentangan-tentangan
terhadapnya, ASAS 50 telah berjaya memberi daya dan mewarnai kehidupan
sastera zamannya dalam bentuk majalah dan surat khabar. Asas 50 juga
merupakan pelopor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden, iaitu
selepas Perang Dunia Kedua (ASAS 50 Ditubuhkan, 2002).
Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan bahasa Melayu dan
merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini yang diperjuangkan melalui
saluran politik. Kewujudan bahasa Melayu pada era ini lebih kepada perjuangan
menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan negara melalui kuasa politik. Bentuk
bahasa ini belum dipawaikankan dan perkembangannya tidak dirancang secara
sistematik. Malah dari segi tatabahasa, bahasa ini begitu dipengaruhi oleh
tatabahasa ZaÊba dan sistem ejaan yang digunakan ialah Ejaan ZaÊba dan Ejaan
Kongres (1956-1957). Tema Angkatan ASAS 50 pada ketika itu ialah perjuangan atau
berkonsepkan perjuangan. Penulis ASAS 50 memperjuangkan konsep 'Seni Untuk
Masyarakat' dan 'Seni Untuk Seni' tetapi konsep 'Seni Untuk Masyarakat' lebih
menonjol kerana sebahagian besar daripada Angkatan ASAS 50 terdiri daripada
wartawan dan berkhidmat di Utusan Melayu, Berita Harian dan juga beberapa
majalah. Perjuangan mereka ditonjolkan melalui bahasa dalam penulisan cerpen,
sajak dan kerja seni lain yang dipaparkan dalam media cetak yang mereka
kendalikan. Ini memberi sumbangan yang besar terhadap masyarakat dengan
mengangkat darjat orang bawahan seperti orang kampung dengan tema-tema cerita
tertentu. Perjuangan pada ketika itu menuntut kemerdekaan dengan menggunakan
bahasa dan sastera.
Penubuhan ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa Melayu telah mendorong
sebuah pertubuhan yang diasaskan oleh guru-guru Melayu dikenali sebagai
Lembaga Bahasa Melayu (LBM) pada tahun 1951. Pertemuan guru-guru Melayu
40 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di Kelab Kota Raja, Singapura
bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan yang akan berjuang untuk
memajukan bahasa Melayu. Pertemuan ini telah digerakkan oleh Cikgu
Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura
(KGMS). Pertubuhan ini didaftarkan dan disahkan oleh kerajaan pada 26 April
1951. Mengikut Fasal 2 dalam Perlembagaan LBM, tujuan penubuhannya adalah
untuk (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1269):
(i) Mengawal, memperbaiki, memperluas, memperkaya, mempertinggi dan
menghidupkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang hidup;
(ii) Membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan
kepada orang ramai apa yang difikirkan munasabah oleh Lembaga;
(iii) Menyesuaikan penggunaan bahasa Melayu mengikut kehendak peredaran
zaman;
(iv) Menerbitkan risalah, buku, kitab, majalah, dan seumpamanya; dan
(v) Bekerjasama dengan badan-badan yang sama tujuannya dengan Lembaga.
Penubuhan LBM sebenarnya mengukuhkan lagi perjuangan untuk
mempertahankan kedudukan bahasa Melayu. Berita Lembaga merupakan
penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahli-ahlinya sahaja dan beredar sebanyak
empat keluaran. LBM tidak membawa aliran baru atau mempelopori pemodenan
dalam lapangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Dari segi perkembangan bahasa
Melayu, tahun 1950-an menyaksikan pertumbuhan subur buku-buku tatabahasa
bahasa Melayu. Minat dalam kalangan penulis Melayu sendiri semakin tinggi.
Buku-buku yang digunakan untuk pelajaran bahasa Melayu pada tahun 1956
merupakan buku-buku yang diterbitkan oleh Biro Terjemahan Melayu, Maktab
Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Antaranya ialah ‰Ilmu Mengarang
Melayu‰ dan ‰Pelita Bahasa Melayu‰ tulisan ZaÊba.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13
April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan asas perjuangan
adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Butir-butir
piagam berkenaan adalah seperti yang berikut (Ensiklopedia Kebudayaan
Melayu, hlm. 1260):
􀄆 Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan untuk
menyeralaraskan sebarang usaha badan persuratan Melayu di Persekutuan
Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan kerabat kongres
hendaklah mengambil keputusan muktamad yang sama atas sebarang hal
tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak
pengarang, sasterawan dan ahli bahasa Melayu;
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 41
􀄆 Kongres seterusnya hendaklah diadakan bila-bila masa jika perlu oleh
sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi satu;
dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan
sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan
persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuhan lain ke
kongres tersebut; dan
􀄆 Pertubuhan-pertubuhan persuratan yang menjadi kerabat kongres
hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil kongres;
pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha
melaksanakan keputusan-keputusan yang diambil kongres untuk
memajukan bahasa dan persuratan Melayu; sebarang keputusan kongres
hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala keputusan kongres
akan diambil mengikut undi yang terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan
hanya mempunyai satu undi sahaja.
Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah
digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga keputusan
lain dibuat kemudiannya kelak.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan 2
Januari 1954 di Sekolah King George, Seremban mengusulkan rapat besar bagi
ahli persuratan Melayu dengan Indonesia; mendesak penggunaan bahasa
Melayu yang seimbang dalam Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan Tanah
Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri, Majlis Mesyuarat Bandaran dan pengutamaan
bahasa Melayu oleh ketua-ketua pejabat; menganjurkan satu rupa hadiah bagi
karangan-karangan yang terbaik dalam bahagian-bahagiannya tiap-tiap tahun;
menyusun sebuah kamus yang lengkap dalam tulisan Rumi; pengambilan
juruhebah radio mestilah berkelulusan tinggi dalam bahasa Melayu; dan
melantik wakil daripada Kongres Persuratan Melayu dalam Jawatankuasa
Penapis Filem.
Pada Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan
mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. Perjuangan ASAS 50
mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka mengemukakan
memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa
pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke peringkat universiti pada 15
Disember 1954.
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan pada 16 hingga 21
September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih kurang 500 orang
perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa dan persuratan Melayu
seluruh negara (Ensiklopedia Kebudayaan Melayu, hlm. 1261). Dalam kongres ini
telah diputuskan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hendaklah
42 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
ditubuhkan sebagai pusat bagi menjaga hal ehwal persuratan Melayu supaya
tidak cacat asal usul bahasa Melayu serta menjadi pendorong kepada
perkembangan kebudayaan rakyat Tanah Melayu kelak. DBP hendaklah
menyiasat, membongkar dan mengumpulkan semula serta menghalusi hasil
kesusasteraan Melayu sejak zaman purba. Kongres tersebut juga telah
membincangkan cara mengembangkan bahasa kebangsaan menerusi
persekolahan dan pendidikan.
Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah air
begitu rancak dilaung-laungkan, Dewan Bahasa dan Pustaka (Rajah 3.3) telah
ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit Timbalan,
Johor Bahru, Johor (Penubuhan Balai Pustaka, 2008). Di situlah Dewan Bahasa dan
Pustaka mengaturkan langkah pertama, iaitu mengembangkan Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka. Setahun setelah
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan apabila Bahasa Melayu
diisytiharkan dalam perlembagaan yang baru sebagai bahasa kebangsaan dan
bahasa rasmi negara selepas merdeka, maka Dewan Bahasa dan Pustaka pun
berhijrah ke Kuala Lumpur dan ditempatkan di bangunan bekas Wad Hospital
Tangling, Jalan Young, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka kemudiannya
telah bertukar taraf daripada sebuah Jabatan Kerajaan menjadi Badan Berkanun
melalui Akta Parlimen (tahun 1959) yang memberikan autonomi kepada Dewan
Bahasa dan Pustaka untuk menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun
rancangan pembinaan dan pengembangan bahasa sastera yang lebih mantap.
Antara matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka adalah seperti berikut:
􀁸 Memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan.
􀁸 Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
􀁸 Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau
penerbitan buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan
dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain; dan
􀁸 Menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan menggubal istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Rajah 3.3: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sumber: http://images.google.com/images
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 43
Pada 31 Januari 1962, Dewan Bahasa dan Pustaka telah berpindah ke
bangunannya sendiri yang terletak di Jalan Wisma Putra (lihat Rajah 3.3).
Sesungguhnya Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan sebuah perbadanan yang
cukup penting dalam menggalakkan pembinaan ilmu pengetahuan dalam
bahasa Malaysia bagi negara ini.
Bahasa Melayu memasuki dunia pendidikan apabila sekolah-sekolah Melayu
menjadi sebahagian daripada organisasi Penang Free School (1819), iaitu sekolah
Melayu di Gelugur dianggap sekolah Melayu yang tertua di Malaysia. Sebelum
tahun 1956 kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan tidak begitu
diutamakan. Pendidikan untuk bangsa Melayu sebelum abad ke-19 lebih kepada
pendidikan agama. Kanak-kanak hanya diajar peraturan dasar agama Islam dan
membaca al-Quran. Gagasan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar di sekolah-sekolah dikemukakan dalam Laporan Razak 1956 (Rajah
3.4). Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan
taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata
Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956
merupakan titik tolak penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum
merdeka yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
Rajah 3.4: Laporan Razak 1956
Sumber: http://hids.arkib.gov.my/doc/
jilidi/mac/07_03_1957_1980.htm
44 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Penyata Razak (lihat Rajah 3.4) merupakan hasil daripada kajian Jawatankuasa
Pelajaran yang dibentuk dalam bulan September 1955 yang dipengerusikan oleh
Y.B. Menteri Pelajaran, Dato' Abdul Razak bin Hussein. Pada 14hb April, 1956
jawatankuasa ini telah menyiapkan kerja-kerjanya dan menyediakan laporannya
sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. (Penyata jawatankuasa Pelajaran
1956, m.s. 1 & 21).
Laporan Razak 1956 mengatakan hasrat untuk menubuhkan satu peraturan
pelajaran kebangsaan dan tujuannya adalah untuk menyatukan murid-murid
daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan
pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Laporan Razak juga telah
mengemukakan perkara-perkara yang berikut:
􀄆 Bahasa Melayu mestilah dipelajari di semua sekolah dan dijadikan satu
syarat pertolongan yang diberi oleh kerajaan di semua sekolah;
􀄆 Bahasa Melayu dijadikan satu pelajaran yang mustahak untuk
mendapatkan sijil rendah dan sijil pelajaran kebangsaan; dan
􀄆 Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris hendaklah diwajibkan di sekolah
menengah jenis kebangsaan.
Perbincangan tentang Laporan Razak akan diperkatakan dalam subtopik bahasa
Melayu dalam sistem pendidikan.
Huraikan dengan perinci peranan yang dimainkan oleh ASAS 50 dalam
memperjuangkan Bahasa Melayu.
AKTIVITI 3.1
(a) Terangkan peranan Lembaga Bahasa Melayu dalam
memperjuangkan bahasa Melayu era pramerdeka.
(b) Huraikan peranan pendukung bahasa Melayu melalui tiga kongres
bahasa yang telah diadakan.
SEMAK KENDIRI 3.1
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 45
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA
Era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula selepas 31 Ogos 1957
hinggalah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang
terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan
dengan jelas bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
1. Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apaapa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang oleh
Parlimen. Dengan syarat bahawa:
(a) Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (bagi apa-apa maksud, selain daripada maksud rasmi),
atau daripada mengajar atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri bagi memelihara
dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana
kaum lain dalam Persekutuan.
2. Walau apa pun peruntukan Fasal (10) selama tempoh sepuluh tahun
selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya
diperuntukkan oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan dalam
kedua-dua Majlis Parlimen, dalam Dewan Negeri tiap-tiap Negeri, dan
bagi segala maksud rasmi yang lain.
3. Walau apa pun peruntukan fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun
selepas Hari Merdeka, dan selepas daripada itu sehingga selainnya
diperuntukkan oleh Parlimen, naskhah yang sahih:
(a) Bagi segala Rang Undang-Undang yang hendak dikemukakan atau
pindaan-pindaan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam
mana-mana Majlis Parlimen; dan
(b) Bagi segala Akta Parlimen dan segala perundangan kecil yang
dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan, hendaklah dalam bahasa
Inggeris.
4. Walau apa pun peruntukan Fasal (10), selama tempoh sepuluh tahun
selepas Hari Merdeka dan selepas daripada itu sehingga selainnya
diperuntukkan oleh Parlimen, segala pembicaraan dalam Mahkahmah
Persekutuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa
Inggeris. Dengan syarat bahawa, jika mahkamah dan peguam bagi keduadua
pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang
digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan atau direkodkan dalam
bahasa Inggeris.
3.2
46 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Berdasarkan peruntukan yang diberikan, jelaslah bahawa pertimbangan
sewajarnyalah telah diberikan terhadap kedudukan bahasa Melayu. Sejak tahun
1957, apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemederkaan, bahasa
Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan yang disarankan oleh Suruhanjaya
Reid. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berasaskan beberapa
faktor, iaitu bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara
ini. Pada waktu itu, kumpulan ini membentuk 49.78 peratus, manakala kaum
Cina merupakan 37.1 peratus, dan kaum India 11.0 peratus (Ensiklopedia
Kebudayaan Melayu, hlm. 1260). Faktor kedua, ialah bahasa Melayu merupakan
bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini. Oleh itu, bahasa Melayu dapat
melahirkan jati diri penduduk negara ini. Faktor ketiga ialah penggunaan bahasa
Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan ini tidak akan
menimbulkan masalah bagi komunikasi umum. Akhirnya, keempat ialah bahasa
Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu. Peranan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan juga alat perpaduan tidak
disanggah oleh mana-mana pihak. Pengisytiharan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi dalam semua urusan pentadbiran tidak menyekat
penggunaan dan pembelajaran bahasa-bahasa lain dalam urusan bukan rasmi.
Pada dasarnya, pengiktirafan dan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dikawal oleh dasar bahasa kebangsaan dan dari segi undangundang,
dasar ini telah dimaktubkan melalui perlembagaan dan akta.
Pada 7 Mac 1957, Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan, dengan sebulat
suara meluluskan Penyata Razak. Penyata ini adalah bertujuan untuk
mewujudkan suatu sistem pelajaran nasional bagi Persekutuan Tanah Melayu
yang Merdeka yang dapat diterima oleh seluruh rakyat serta memenuhi
kehendak mereka dan yang dapat menggalakkan perkembangan kebudayaan,
sosial dan ekonomi ke arah satu bangsa dengan tujuan hendak menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini dan dalam pada itu
memelihara pertumbuhan bahasa dan budaya orang-orang bukan Melayu yang
menetap di negara ini (Undang-Undang Pelajaran 1957, 2008.). Undang-undang
Pelajaran 1957 yang diluluskan setelah dibacakan bagi kali yang ketiga adalah
digubal berdasarkan Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956. Laporan
jawatankuasa ini telah diluluskan pada dasarnya setelah dibentangkan dalam
perbahasan Majlis Perundangan Persekutuan pada 16 Mei 1956. Laporan ini
dinamakan Laporan Razak 1956. (Kita akan bincangkan perkara ini dalam
subtopik 3.3).
Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah tarafnya
daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Parlimen meluluskan
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka. Pemberian autonomi ini membolehkannya
menggubal dasar tentang matlamat yang ditetapkan dalam akta tersebut. DBP
dibenarkan menggubal dasar-dasarnya yang khusus, menyusun rancangan
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 47
pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan pihak
pengurusannya sendiri, dan menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan
buku secara lebih kompetitif menurut prinsip dan amalan perusahaan dan
profesion penerbitan yang sentiasa berkembang dan hidup. Matlamat utamanya
ialah membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan sesuai dengan dasar
negara dan hasrat rakyat yang menubuhkan DBP.
Sebagai sebuah negara yang baru merdeka dan mempunyai rakyat yang
berbilang kaum, satu orientasi baru diperlukan untuk membentuk sikap rakyat
menerima bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. DBP
melancarkan gerakan psikologi melalui kempen-kempen bahasa yang
melibatkan penyertaan rakyat daripada semua kaum dalam kegiatan bahasa
secara besar-besaran. Gerakan ini dilakukan di seluruh negara tiap-tiap tahun
selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu Bahasa
Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara yang
berlangsung hingga 6 Februari, 1961. (lihat Rajah 3.5).
Rajah 3.5: Pelancaran Pertama Minggu Bahasa Kebangsaan pada 30 Januari 1960
Sumber: Arkib Negara http://hids.arkib.gov.my/doc
Pelancaran itu dilakukan oleh pengerusi jawatankuasa pusat Minggu Bahasa
Kebangsaan, Tuan Syed Nasir bin Ismail. Minggu Bahasa Kebangsaan ini
merupakan rancangan kebangsaan yang bertujuan untuk menggalakkan seluruh
rakyat supaya menggunakan bahasa kebangsaan dalam kehidupan mereka
sehari-hari; menunjukkan kepada dunia bahawa kita sebagai bangsa yang
merdeka menggunakan bahasa kebangsaan yang difahami oleh seluruh rakyat
daripada segala keturunan sebagai bahasa perantaraan; untuk menyakinkan
orang yang masih ragu-ragu bahawa bahasa kebangsaan kita ini adalah bahasa
besar teristimewa di sebelah Timur dan menjadi bahasa ilmu pengetahuan;
memberitahu kepada dunia bahawa bahasa kebangsaan kita akan menjadi
bahasa yang kaya raya setelah mendapat jiwa baharu dalam pergolakan dunia
sekarang; dan hendak menerangkan kepada pelajar bahawa bahasa kebangsaan
kita memakai bentuk yang khas dan boleh menerima segala perkataan bahasa
48 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
asing yang dapat disesuaikan dengan keadaan bahasa itu sendiri. Keadaan yang
demikian telah berlaku beribu-ribu tahun yang Ialu dan terus berjalan hingga
sekarang, dan hendak menerangkan kepada orang ramai bahawa Dewan Bahasa
dan Pustaka yang mempunyai tugas besar dalam perkembangan bahasa
kebangsaan ini sentiasa berharapkan kerjasama daripada segala pihak untuk
kemajuan bahasa kebangsaan dan perkembangannya dalam segala lapangan.
Acara-acara dalam Minggu Bahasa Kebangsaan ini dijalankan dalam dua bentuk:
„pertama, acara umum yang ditujukan untuk menggalakkan penggunaan bahasa
kebangsaan dalam segala lapangan; dan yang kedua, ialah melalui peraduanperaduan
untuk menimbulkan keinginan menyertai dalam penggunaan dan
perkembangan bahasa itu. Dalam menjalankan acara-acara itu segala tugas
dibahagi kepada peringkat-peringkat, iaitu peringkat daerah, peringkat negeri
dan peringkat kebangsaan.‰ (Mahfudz bin Abdul Hamid, 1960)
Dalam bahagian acara umum diadakan berbagai-bagai acara penerangan seperti
mengadakan poster-poster, pelekat-pelekat cogan kata, kain-kain cogan kata,
iklan-iklan dan filem-filem serta ucapan-ucapan oleh pembesar-pembesar dan
pakar-pakar dan juga pengguna-pengguna bahasa kebangsaan dari orang-orang
Melayu dan bukan Melayu. Dalam bahagian peraduan pula diadakan peraduanperaduan
syarahan yang dimulakan pada peringkat daerah dan berakhir di
peringkat kebangsaan apabila pensyarah-pensyarah yang menang dalam
bahagian-bahagian yang tertentu bertanding untuk mencapai gelaran johan
pensyarah bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu. Di peringkat negeri
pula diadakan peraduan-peraduan bahas, peraduan melukis poster, peraduan
mengarang rencana dan sebagainya.
Pada peringkat kebangsaan rancangan Minggu Bahasa Kebangsaan ini dihadiri
dan dikelolakan oleh suatu Jawatankuasa Kerja Pusat yang dilantik oleh
persidangan Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, Setiausaha-Setiausaha
Kementerian dan jabatan-jabatan. Dalam tiap-tiap negeri pula diadakan satu
Jawatankuasa Negeri untuk memutuskan rancangan di peringkat negeri dan
juga berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Daerah untuk melancarkan
pengelolaan rancangan di tiap-tiap negeri. Pelaksanaan rancangan kebangsaan
Minggu Bahasa Kebangsaan ini dirancang untuk disertai oleh seluruh pihak
yang meliputi kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan mahupun
separuh kerajaan, institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah-sekolah,
akhbar-akhbar, syarikat-syarikat swasta, pertubuhan-pertubuhan yang mengenai
bahasa dan persuratan secara langsung atau tidak langsung dan bahkan kepada
tiap-tiap rakyat dan kumpulan rakyat dengan mengadakan rancanganrancangan
penyambutan dan perayaan yang sesuai dengan tujuan mengadakan
Minggu Bahasa Kebangsaan.
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 49
Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah diadakan di
Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Seminar anjuran
Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Perpustakaan Universiti Malaya
ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak bin Dato'
Hussein. Sebanyak 50 kertas kerja dibincangkan dalam seminar yang
berlangsung selama empat hari ini. Kertas-kertas kerja ini disumbangkan oleh
beberapa pakar bahasa dari seluruh tanah air. Antara perkara-perkara yang
dibahaskan dalam seminar tersebut termasuklah mengenai bahasa dan
kesusasteraan, ilmu pengetahuan dan buku-buku sekolah. Ini mencakupi
masalah sastera, perpustakaan juga perkembangan kesusasteraan dan persuratan
Melayu sebagai bahan dan alat pendidikan ke arah pembangunan rakyat
(Seminar Bahasa dan Sastera 􀄃 Ke Arah Meninggikan Mutu Bahasa dan
Kesusasteraan Kebangsaan, 2008).
Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa kebangsaan,
iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan dikuatkuasakan.
Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan 1967
telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1 September 1967. Akta ini
kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan
berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963
(Pindaan 1967).
Pada 27 Jun 1967 (lihat Rajah 3.6) satu keputusan muktamad mengenai satu
sistem ejaan baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan
Bahasa Indonesia telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan
bahasa Malaysia-Indonesia ini telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan
Ejaan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka) dengan Team Ahli Bahasa KOTI (Komando
Tertinggi Indonesia) yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.
Rajah 3.6: Pengisytiharan Sistem Ejaan Indonesia Malaysia
Sumber: Arkib Negaravhttp://hids.arkib.gov.my/doc/jilidii/jun/27_06_~1.htm
50 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
Rundingan antara kedua-dua belah pihak telah berjalan dengan lancar dan
dalam suasana kekeluargaan serta ramah tamah. Dalam rundingan itu
tanggapan masing-masing pihak telah dibahas bersama secara ilmiah dan
mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang
terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. Hasil pertukaran fikiran dan
pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak telah
mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan dalam
kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan
kemampuan ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah
dicapai mengenai hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang
perlu ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun tulisan.
Kesemuanya ini adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita bersama antara
rakyat Indonesia dan Malaysia. Dengan tercapainya keputusan muktamad yang
ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak itu pada tahun 1967, maka
terciptalah Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya bergantung
kepada penerimaan serta pengesahannya daripada kerajaan kedua-dua buah
negara. Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama ini
ke seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio dan televisyen,
serta melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa dan
Pustaka di merata tempat di Malaysia (Sistem Ejaan Indonesia-Malaysia, 2008).
Sepuluh tahun selepas merdeka, Parlimen meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan
1967 yang mewajibkan bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi yang
tunggal dalam semua urusan rasmi negara menggantikan tempat bahasa
Inggeris. Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara yang
tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada
tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa
Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac 1967. Dalam
warkah perisytiharan melalui Titah Diraja yang disiarkan melalui radio dan
televisyen, baginda mensifatkan pendaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa
rasmi yang tunggal merupakan permulaan suatu zaman baru dalam sejarah
kemerdekaan negara ini. Baginda telah menyeru seluruh rakyat supaya
mengguna dan memajukan bahasa Melayu dengan bersungguh-sungguh sebagai
bahasa rasmi negara ini.
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 51
YM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pertama (lihat Rajah 3.7)
pula dalam satu kenyataannya telah menegaskan bahawa pendaulatan Bahasa
Kebangsaan sebagai bahasa rasmi menjadikan kemerdekaan Malaysia lengkap
apabila penggunaannya sudah dapat diterima sepenuhnya oleh rakyat.
Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tercatat dengan jelas
sebagai Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedaulatan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah dimuatkan dalam Dasar
Pelajaran Kebangsaan sebagai bahasa rasmi dan pengantar yang tunggal di
sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi melalui Penyata Razak
1956 dan disokong kuat oleh Penyata Rahman Talib 1960.
Usaha-usaha untuk mendaulatkan dan memperluaskan penggunaan Bahasa
Kebangsaan ini telah dijalankan dengan lebih giat dan serius melalui minggu
dan bulan Bahasa Kebangsaan, perjuangan politik bahasa, serta menambahkan
buku-buku ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu. Berikutan daripada
pengisytiharan baginda itu, pada hari yang sama, Jabatan Perdana Menteri telah
mengeluarkan surat Pekeliling Am No. 12 Tahun 1967 yang mengarahkan
bahawa daripada tarikh itu, Bahasa Kebangsaan, iaitu bahasa Melayu sahaja
Rajah 3.7: Pengisytiharan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi.
Sumber: Utusan Malaysia, 1
September 1967, m.s. 10.
52 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi dalam pentadbiran seharihari
yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan,
Kerajaan-Kerajaan Negeri, Kerajaan-Kerajaan Tempatan dan Badan-Badan
Berkanun di Negeri-Negeri Tanah Melayu kecuali di Parlimen, Dewan-Dewan
Negeri dan Mahkamah di mana bahasa Inggeris boleh digunakan setakat masa
yang telah diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Jikalau Bahasa
Kebangsaan tidak dapat digunakan sepenuhnya Surat Pekeliling itu
membolehkan penggunaan bahasa Inggeris mengikut yang diperuntukkan
dalam Sek. 4 Akta tersebut.
Zaman selepas ini merupakan zaman pengembangan dan pengukuhan taraf dan
korpus bahasa Melayu sebagai bahasa pentadbiran negara yang maju, bahasa
kegiatan intelektual dan budaya, bahasa ilmu pengetahuan, bahasa sains dan
teknologi. Perbincangan tentang perkara ini akan dilanjutkan dalam Topik 4
(Pemodenan dan Perancangan Bahasa Melayu) dan Topik 5 (Masa Depan dan
Cabaran Bahasa Melayu).
BAHASA MELAYU DALAM SISTEM
PENDIDIKAN
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa
pemerintahan Inggeris. Di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang
digunakan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu hanya
diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun, bahasa Melayu
digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab
perguruan sejak tahun 1900. Siri buku tulisan ZaÊba dalam bentuk tiga jilid, iaitu
3.3
Huraikan peranan DBP dalam hubungan kerjasama kebahasaan antara
negara Indonesia-Malaysia dalam memperkukuhkan bahasa Melayu di
peringkat antarabangsa pada zaman selepas merdeka.
AKTIVITI 3.2
(a) Bincangkan akta-akta yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan
implikasinya terhadap kedudukan Bahasa Melayu selepas merdeka.
(b) Bincangkan peristiwa penting yang berlaku sepanjang era selepas
merdeka yang berkaitan dengan perjuangan Bahasa Melayu.
SEMAK KENDIRI 3.2
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 53
Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu digunakan sebagai rujukan.
Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman atau
era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (sebelum 1957), zaman pascamerdeka
(1957-1970), dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).
Zaman Pramerdeka (Sebelum 1957)
Menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan satu sistem
persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem
persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan berikut:
1. Laporan Barnes 1951 􀄃 menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan
kaum Melayu
2. Laporan Fenn-Wu 1951 􀄃 menyemak pendidikan kaum Cina
3. Ordinan Pelajaran 1952 􀄃 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak
sistem persekolahan kebangsaan
4. Laporan Razak 1956 􀄃 meletakkan asas bagi perkembangan sistem
pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran
Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan
yang sama bagi semua sekolah.
Laporan Barnes 1951
Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950 dan dipengerusikan oleh L.J.
Barnes, Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford. Cadangan jawatankuasa
ini termasuklah:
􀄆 Meningkatkan taraf pencapaian pelajar Melayu di sekolah vernakular dan
meningkatkan taraf pencapaian dalam bahasa Inggeris
􀄆 Meningkatkan kualiti guru, meningkatkan pencapaian pedagogi pelajar di
maktab dan mencadangkan kurikulum latihan guru yang lebih
bersesuaian; dan
􀄆 Mencadangkan apa-apa sahaja cara untuk membaiki pentadbiran, sama
ada dengan menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau badan
tempatan dengan fungsi yang sama.
Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan
bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai pengantar. Apabila salah satu
daripada bahasa tersebut dipilih sebagai bahasa pengantar, maka bahasa yang
satu lagi digunakan sebagai bahasa kedua. Jawatankuasa Barnes yang telah
menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan
54 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
individu ke arah kecemerlangan yang boleh dicapai dari segi pengetahuan dan
kemahiran, menggalak, merangsang, dan membolehkan komuniti Melayu
mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain
dalam masyarakat majmuk dan membantu pembinaan kewarganegaraan atau
negara yang bersatu padu yang merangkumi semua kaum. Laporan Barnes tidak
mendapat sambutan baik daripada masyarakat Cina yang menentang
pembubaran pendidikan vernakular Cina. Ini membawa kepada pembentukan
jawatankuasa yang menghasilkan laporan Fenn-Wu.
Laporan Fenn-Wu 1951
Laporan ini disediakan bagi memperkatakan tentang pendidikan Cina di Tanah
Melayu berikutan rasa tidak puas hati terhadap laporan Barnes. Laporan ini
mencadang agar usaha merapatkan jurang perbezaan lakukan dengan
menggantikan sistem persekolahan yang berasaskan kaum kepada pendidikan
yang tidak bercorak perkauman. Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu digunakan
sebagai bahasa pengantar manakala bahasa lain sebagai pilihan. Laporan Fenn-
Wu dikatakan memperkecil keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar. Bahasa Melayu dianggap bahasa yang mudah dipelajari kerana
kebanyakan pelajar Cina mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan tentang
bahasa tersebut melalui pengalaman pergaulan seharian. Laporan Fenn-Wu
dipertimbangkan bersama-sama dengan Laporan Barnes oleh satu jawatankuasa
khas yang ditubuhkan untuk mencari penyelesaian kepada cadangan yang
dikemukakan.
Ordinan Pelajaran 1952
Pada 21 November 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau dikenali juga Ordinan
Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dengan
sebulat suara. Penyata ini telah membawa perubahan besar kepada susunan
sistem pelajaran negara ini. Antara lain, matlamat Penyata Pelajaran 1952 adalah:
(i) Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan
perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu.
(ii) Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri
dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
(iii) Untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara
yang terdiri dari berbagai kaum.
Dalam usaha mencapai matlamat Penyata Pelajaran 1952 ini satu dasar dan
sistem pelajaran baru diwujudkan. Antara yang tercatat dalam penyata, iaitu:
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 55
1. Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang
mengandungi dua jenis; Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa
Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan sekolah aliran Melayu dengan
Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.
2. Sungguhpun begitu, sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara
Kua-Yu (Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid
atau lebih di dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa
perantaraan masing-masing.
3. Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan
kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun.
Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah ini akan diberi
peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional
menurut kemampuan dan kelayakan masing-masing.
Dalam perbahasan untuk meluluskan Penyata Pelajaran 1952, Datuk E.E.C.
Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran itu adalah bertujuan untuk
mengukuhkan asas perpaduan negara serta menggambarkan sistem pendidikan
"vernacular" moden dan membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan
dan keadaan ketika itu (Penyata Pelajaran 195, 2008).
Laporan Razak 1956
Pada hari 6 Mei 1956, Dato' Abdul Razak bin Dato' Hussein Menteri Pelajaran
Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran telah mengumumkan
cadangan-cadangan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pelajaran 1956. Dalam
cadangan Jawatankuasa Pelajaran ini, beberapa cadangan yang membawa
perubahan yang besar kepada dasar pelajaran bagi Tanah Melayu telah
dikemukakan. Antara cadangan itu termasuklah (Penyata Razak 1956, 2008):
1. Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada sekolah-sekolah
rendah yang menggunakan bahasa Inggeris, Tamil dan Cina untuk terus
maju.
2. Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah, juga untuk
menyusun semula sistem pengajaran di Tanah Melayu.
Selain daripada itu, Jawatankuasa juga menyentuh mengenai kedudukan guruguru
dan nazir-nazir sekolah. Pada masa akan datang, semua Perkhidmatan
Guru akan disatukan di bawah satu skim perkhidmatan dan guru-guru tidak
lagi dikenali sebagai guru Sekolah Melayu, Cina atau Tamil. Mengenai Bahasa
Melayu pula Jawatankuasa mahu supaya tumpuan diberikan kepada bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan pengantar kepada sekolah-sekolah. Oleh
56 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
itu Bahasa Melayu dikirakan sebagai syarat bagi menerima bantuan di semua
sekolah dan Bahasa Melayu hendaklah dipelajari di semua sekolah. Satu Institut
Bahasa Melayu hendaklah ditubuhkan dengan tujuan untuk melatih guru-guru
Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang bahasa yang digunakan
di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya. Bagi mengelola dan menjamin
kelicinan pentadbiran pelajaran bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu,
jawatankuasa ini telah mencadangkan supaya diwujudkan satu Kementerian
Pelajaran yang bertanggungjawab mengawal sekolah-sekolah untuk
memperbetulkan perjalanan dan meninggikan mutu pelajaran sekolah-sekolah.
Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya mengadakan sistem peperiksaan
yang dikenali sebagai Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran Persekutuan
Tanah Melayu bagi murid-murid di semua sekolah menengah, mengadakan
pelajaran menengah lanjutan dan mengatur semula serta memajukan pelajaran
teknik.
Cadangan paling penting yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyata
Pelajaran Razak ini ialah mendesak supaya semua sekolah menukar sikap
kepada yang bercorak Tanah Melayu, dengan mengadakan isi sukatan pelajaran
yang sama bagi semua sekolah dan mengambil langkah-langkah bagi
memelihara perkembangan bahasa kebangsaan dan memajukan ilmu
pengetahuan melalui bahasa itu di kalangan semua penduduk Persekutuan
Tanah Melayu. Pengumuman Jawatankuasa Pelajaran Razak ini menandakan
satu lagi detik bersejarah dalam proses pendidikan tanah air yang menuju
kepada suatu Dasar Pelajaran Kebangsaan yang akan melahirkan masyarakat
berbilang kaum yang bersatu dan sebuah negara yang aman damai.
Zaman Pascamerdeka (1957-1970)
Selepas mencapai kemerdekaan, banyak usaha ditumpukan untuk mewujudkan
satu sistem pelajaran kebangsaan. Oleh itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal
berdasarkan Laporan Razak 1956 yang mengutamakan perpaduan dan menjadi
teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pelan Akta Pelajaran 1961 yang
menggariskan bahasa Melayu menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula
oleh Jawatankuasa Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada
penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar (Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan 2006-2010, 2006, ms. 17).
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 57
Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 –
Zaman Kemas Kini
Jawatankuasa pendidikan 1960 yang dipengerusikan oleh Abdul Rahman Talib,
Menteri Pelajaran. Jawatankuasa tersebut dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu pada bulan Februari 1960 berhubung dengan cadangan Jawatankuasa
Pendidikan 1956. Pada 18 Februari 1960, Menteri Pelajaran Encik Abdul Rahman
Talib telah mengumumkan nama sembilan orang anggota jawatankuasa Penyemak
Dasar Pelajaran. Mereka ialah : 1) Encik Abdul Rahman Talib sebagai Pengerusi,
2) Menteri Kehakiman, 3) Tun Leong Yew Koh, 4) Menteri Perdagangan dan
Perusahaan, 5) Encik Mohd. Khir Johari, 6) Penolong Menteri Pelajaran, 7) Kapten
Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhawat Ali Khan, 8) Penolong Menteri Buruh,
9) Encik V. Manickavasagam, 10) Senator Koh Kim Leong, 11) Encik Mohd. Dahari
Ali, 12) Ketua Menteri Pulau Pinang, 13) Datuk Wong Pow Nee dan 14) Encik Abdul
Ghani bin Ishak. Antara tugas-tugas jawatankuasa Penyemak ini adalah : 1) untuk
mengulang kaji Dasar Pelajaran Razak yang telah diluluskan oleh Majlis Undangan
Persekutuan pada 16hb Mei, 1956; 2) mempertimbangkan kesan-kesan nasional dan
kewangan Dasar Pelajaran itu termasuk langkah untuk mengadakan pelajaran
peringkat rendah dengan percuma; dan 3) mengkaji langkah-langkah untuk
mewujudkan satu sistem pelajaran nasional yang menjadikan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar yang utama. Jawatankuasa ini akan dibantu kelak oleh
beberapa buah jawatankuasa pakar yang akan membincangkan segala aspek
mengenai soal pelajaran termasuk masalah kewangan dan latihan guru. Orang
ramai, badan-badan pelajaran, dan sebagainya diberi kesempatan untuk
mengemukakan pendapat tentang Dasar Pelajaran kepada jawatankuasa pengkaji
itu.
Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai Darjah
Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil dan Inggeris, sama ada bantuan
separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga mencadangkan supaya
bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya bahasa pengantar di semua
sekolah yang dahulunya sekolah rendah kerajaan. Kementerian Pelajaran telah
mengeluarkan peraturan yang mewajibkan pengajaran bahasa kebangsaan
menerusi arahan di bawah Peraturan-Peraturan Khusus (Kursus-Kursus
Pengajian) Sekolah 1956. Selanjutnya mata pelajaran kursus Bahasa Melayu
dijadikan wajib untuk memperoleh Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Pelajaran
Malaysia. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
menengah bermula pada tahun 1963 apabila semua mata kursus jurusan sastera
di Tingkatan Satu diajar dalam bahasa Melayu. Dasar pendemokrasian
pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada
pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan
mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan
pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964.
Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar
58 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat
perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara
berperingkat mulai tahun 1992 (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010, 2006, ms. 17).
Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Pada zaman ini sistem pendidikan mengalami banyak perubahan, antaranya bahasa
Melayu dijadikan bahasa pengantar utama yang dilaksanakan sepenuhnya pada
peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun 1982,
manakala di Sarawak pada tahun 1990. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta
1961, sekolah rendah bantuan kerajaan yang menggunakan bahasa Cina atau Tamil
sebagai bahasa pengantar diteruskan. Pada tahun 1979, semakan semula
pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan
Dasar Pelajaran 1979 telah menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru
untuk memantap sistem pendidikan. Laporan ini telah:
􀄆 Memberikan penegasan kepada pendidikan asas 3M: membaca, menulis
dan mengira
􀄆 Penegasan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin yang diingini
􀄆 Penegasan kepada kurikulum ala Malaysia ; pendidikan menengah atas
melalui dua jurusan, akademik dan vokasional
􀄆 Peluang melanjutkan persekolahan dari 9 tahun ke 11 tahun
􀄆 Melicinkan tatacara pengurusan pelajaran meningkatkan mutu pelajaran
keseluruhan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi
memperteguh hala tuju dan matlamat pendidikan negara. Falsafah ini
pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk pelajar dari segi
jasmnai, emosi, rohani dan intelek.
Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus
peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973, bahasa
Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan perguruan. Pada tahun
1980, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk Tingkatan Satu
hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah. Pelaksanaannya di Tingkatan
Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan Tingkatan Enam Atas pada tahun
1982. Di institusi pengajian tinggi, kedudukan Bahasa Melayu dalam pendidikan
dapat dilihat dari tiga aspek: pertama, Bahasa Melayu sebagai mata kursus;
kedua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar; dan akhirnya Bahasa Melayu
sebagai satu pengajian dari segi sejarah, analisis linguistik, dan aspek budaya.
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 59
Penggunaan bahasa Melayu di universiti merupakan lanjutan daripada
pelaksanaan yang telah dilakukan pada peringkat sekolah rendah dan sekolah
menengah. Apabila mereka selesai persekolahan menengah dan memasuki
universiti pada tahun 1980, kursus aliran sastera mula diajar dalam bahasa
Melayu pada tahun 1980. Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua
pengajian jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu. Sejak
tahun 1983 hingga tahun 1991, penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan 􀄃
baik pada peringkat sekolah rendah, menengah, maktab dan universiti 􀄃
terlaksana dengan lancar.
􀄆 Era pramerdeka ialah zaman memperjuangkan taraf atau status bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka
bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 (ditubuhkan pada 6 Ogos 1950)
hingga kepada kemerdekaan 1957.
􀄆 Persatuan ini terdiri daripada penulis yang dikenali sebagai Angkatan
Sasterawan 50 atau ringkasnya ASAS 50 telah di tubuhkan di Singapura.
􀄆 Pada zaman ini asas perjuangan badan ini ialah mengutamakan bahasa
Melayu dan merancang pemodenan serta perkembangan bahasa ini
diperjuangkan melalui saluran politik. Kewujudan bahasa Melayu pada era
(a) Bincangkan perkembangan Bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan persekolahan Melayu sebelum merdeka.
(b) Terangkan kedudukan Bahasa Melayu di sekolah kebangsaan Cina
dan Tamil selepas merdeka.
(a) Bincangkan kedudukan Bahasa Melayu sebelum merdeka.
(b) Huraikan perkembangan Bahasa Melayu dalam sistem
pendidikan dalam era selepas tahun 1957.
AKTIV ITI 3.3
SEMAK KENDIRI 3.3
60 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
ini lebih kepada perjuangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan
negara melalui kuasa politik.
􀄆 Pertemuan guru-guru Melayu yang telah diadakan pada 1 Oktober 1950 di
Kelab Kota Raja, Singapura bertujuan untuk menubuhkan perkumpulan
yang akan berjuang untuk memajukan bahasa Melayu. Pertemuan ini telah
digerakkan oleh Cikgu Mahmud Ahmad dengan kerjasama Kesatuan
Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS). Pertubuhan ini didaftarkan dan
disahkan oleh kerajaan pada 26 April 1951.
􀄆 Berita Lembaga merupakan penerbitan LBM yang diedarkan kepada ahliahlinya
sahaja dan beredar sebanyak empat keluaran. LBM tidak membawa
aliran baru atau mempelopori pemodenan dalam lapangan bahasa, dan
kesusasteraan Melayu.
􀄆 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12
dan 13 April 1952 diadakan di Hotel Sea View, Singapura memutuskan
asas perjuangan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
􀄆 Kongres ini juga memutuskan bahawa tulisan Rumi dan Jawi hendaklah
digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga
keputusan lain dibuat kemudiannya kelak.
􀄆 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kedua yang diadakan pada 1 dan
2 Januari 1954 diadakan di Sekolah King George, Seremban.
􀄆 Pada bulan Mac 1954, ASAS 50 telah mengemukakan memorandum
kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. Perjuangan
ASAS 50 mempertahankan bahasa Melayu diteruskan apabila mereka
mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang
menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah hinggalah ke
peringkat universiti pada 15 Disember 1954.
􀄆 Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan pada 16
hingga 21 September 1956 di Johor Bahru dan Singapura dihadiri lebih
kurang 500 orang perwakilan dan pemerhati dari 59 buah badan bahasa
dan persuratan Melayu seluruh negara.
􀄆 Pada hari 22 Jun 1956 ketika perjuangan dan semangat kemerdekaan tanah
air begitu rancak dilaung-laungkan, Dewan Bahasa dan Pustaka telah
ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah Bangunan Kerajaan di Bukit
Timbalan, Johor Bahru, Johor.
􀄆 Pada bulan September 1956 apabila Persekutuan Tanah Melayu diberikan
taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa yang dinamai Penyata
Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau dikenali sebagai Penyata Razak 1956
merupakan titik tolak penting dalam perjuangan bahasa Melayu sebelum
TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA 􀁗 61
merdeka yang dengan jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan.
􀄆 Era selepas merdeka bermula selepas 31 Ogos 1957 hinggalah tahun 1967.
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah
Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang menyatakan dengan jelas bahasa
kebangsaan ialah bahasa Melayu.
􀄆 Faktor pemilihan bahasa Melayu ialah: pertama, bahasa Melayu
mempunyai jumlah penutur yang terbesar di negara ini; kedua, ialah
bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini;
ketiga, ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah
sekian lama berjalan dan ini tidak akan menimbulkan masalah bagi
komunikasi umum; dan akhirnya, bahasa Melayu telah lama menjadi
bahasa pentadbiran di negeri Melayu.
􀄆 Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP berubah
tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila
Parlimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.
􀄆 Gerakan penggunaan bahasa bahasa dilakukan di seluruh negara tiap-tiap
tahun selama tujuh tahun dari 1960-1966. Pada 30 Januari 1960, Minggu
Bahasa Kebangsaan dilancarkan buat pertama kalinya di seluruh negara
yang berlangsung hingga 6 Februari, 1961.
􀄆 Pada 15 April 1962, satu seminar mengenai Bahasa dan Sastera telah
diadakan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
􀄆 Pada 11 April 1963, satu akta yang berkaitan khusus dengan bahasa
kebangsaan, iaitu Akta Bahasa Kebangsaan 1963 telah diluluskan dan
dikuatkuasakan. Selepas 10 tahun merdeka, iaitu pada tahun 1967, Akta
Bahasa Kebangsaan 1967 telah diluluskan dan mula dikuatkuasakan pada 1
September 1967. Akta ini kemudiannya disemak dan disatukan dengan
Akta Bahasa kebangsaan 1963 dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971 dengan
nama Akta Bahasa Kebangsaan, 1963 (Pindaan 1967).
􀄆 Pada 27 Jun 1967 satu keputusan muktamad mengenai satu sistem ejaan
baru yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan Bahasa
Indonesia telah dicapai.
􀄆 Pada 1 September 1967 DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara
yang tunggal bagi Persekutuan Malaysia. Perisytiharan ini adalah ekoran
daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang
Bahasa Kebangsaan dalam sidangnya yang berlangsung pada bulan Mac
1967.
62 􀁘 TOPIK 3 BAHASA MELAYU SEBELUM DAN SELEPAS MERDEKA
􀄆 Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dapat dilihat berdasarkan zaman
atau era yang berikut, iaitu zaman pramerdeka (seblum 1957), zaman
pascamerdeka (1957-1970), dan zaman dasar ekonomi baru (1971-1990).
􀄆 Laporan Barnes 1951 􀄃 menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan
kaum Melayu;
􀄆 Laporan Fenn-Wu 1951 􀄃 menyemak pendidikan kaum Cina
􀄆 Ordinan Pelajaran 1952 􀄃 mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak
sistem persekolahan kebangsaan
􀄆 Laporan Razak 1956 􀄃 meletakkan asas bagi perkembangan sistem
pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran
kebangsaan untuk semua, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama
serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan
yang sama bagi semua sekolah.
􀄆 Pelan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu
menyebabkan Laporan Razak 1956 dikaji semula oleh Jawatankuasa
Rahman Talib 1960. Laporan ini menjadi asas kepada penggubalan Akta
Pelajaran 1961 yang menggariskan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan
kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
􀄆 Jawatankuasa ini mencadangkan supaya bahasa kebangsaan diajar mulai
Darjah Satu dalam semua sekolah rendah Cina, Tamil, dan Inggeris sama
ada bantuan separuh atau sekolah persendirian. Jawatankuasa ini juga
mencadangkan supaya bahasa Melayu dimajukan dengan menjadikannya
bahasa pengantar di semua sekolah yang dahulunya sekolah rendah
kerajaan.
􀄆 Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 telah
menggariskan cadangan pendekatan dan strategi baru untuk memantap
sistem pendidikan.
􀄆 Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar bagi kursus-kursus
peringkat awal di maktab perguruan sejak tahun 1957. Pada tahun 1973,
bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar tunggal dalam latihan
perguruan.
􀄆 Pada tahun 1980, bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar lengkap untuk
Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di sekolah menengah.
Pelaksanaannya di Tingkatan Enam Rendah bermula pada tahun 1981 dan
Tingkatan Enam Atas pada tahun 1982.
􀄆 Proses peralihan ini selesai pada tahun 1983 apabila bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di universiti dan semua pengajian
jurusan sastera pada tahun pertama diajar dalam bahasa Melayu.
.

No comments:

Post a Comment

my ♥,,,

Search This Blog