PENGENALAN
Perancangan korpus bahasa melibatkan penyediaan sistem tulisan dan
ejaan
yang standard bagi sesuatu bahasa. Pada masa ini, bahasa Melayu
ditulis dalam
dua jenis sistem tulisan, iaitu sistem tulisan Rumi dan sistem
tulisan Jawi. Anda
telah diperkenalkan dengan sistem ejaan Jawi dalam topik 6 dan
dalam tajuk ini
pula, anda akan diperkenalkan dengan sistem ejaan Rumi. Menurut
Amat Juhari
Moan (1992:1066), tulisan Rumi mula berada di alam Melayu setelah
kedatangan
orang Barat. Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah
David
Barbosa pada tahun 1516 di Melaka, iaitu setelah Melaka ditawan
oleh Portugis
pada tahun 1511.
Topik7Sistem Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu
HASIL
PEMBELAJARAN
LATAR
BELAKANG
Salah satu kesan penting kedatangan orang Eropah ke alam Melayu
ialah
kemunculan tulisan Rumi. Marco Polo dikatakan orang Eropah yang
pertama
datang ke kepulauan Melayu yang mengembara dari Venice, Itali dan
dikatakan
tinggal di Sumatera selama lima bulan pada tahun 1292-1293 Masihi.
Kejatuhan
Melaka pada tahun 1511 pula merupakan tanggal yang diingati
bermulanya
kuasa Portugis di kepulauan Melayu. Namun demikian kuasa Portugis
juga
merosot dengan kedatangan kuasa Belanda, Sepanyol dan Inggeris.
Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh Pigafetta mengandung lebih
kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang lain.
Perkataan
ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba kepada Magellan yang
bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera. Sistem ejaan yang
digunakan oleh
Pigafetta berdasarkan sistem ejaan bahasa Itali daripada dialek
Vicentine, iaitu
tempat asal Pigafetta. Beliau menamakan daftar kata tersebut
sebagai kosa kata
yang digunakan oleh orang Moorish atau Muslim. Ejaan Rumi/Latin
Pigafetta
juga mengandungi abjad-abjad yang dapat dipadankan dengan abjad
Rumi
bahasa Melayu moden dari segi grafem dan nilai bunyinya. Antara
contoh
senarai kata adalah di tunjukkan dalam Jadual 7.1.
Jadual 7.1: Ejaan Rumi/ Latin Pigafetta yang sepadan dengan Abjad
Rumi
Senarai Pigafetta BI (Terjemahan Bahasa Itali
dalam senarai asal) Ejaan Rumi Kini
Allah God Allah
Caphre heathen kafir
mischit mosque masjid
bapa father bapa
mama,ambui mother mama,ibu
anach son anak
capala head kepala
Menurut Hashim Musa (2006:394), terdapat empat naskhah awal
catatan
pelayaran Pigafetta yang mengandungi daftar kata Melayu, iaitu
satu naskhah
Itali dan tiga naskhah Perancis, iaitu terjemahan bagi naskhah
Itali tersebut.
Bausani dikatakan mendasarkan ejaan senarai itu berasaskan naskhah
Itali yang
tersimpan di Ambrosiana Perpustakaan di Milan yang bertarikh 1525
atau lebih
tepat dikatakan daripada naskhah lain. Pigafetta dikatakan
mempelajari bahasa
Melayu daripada Hendrick dan kemungkinan Pigafetta telah menyemak
perkataan-perkataan yang dicatatnya dengan Hendrick. Ulasan
Bausani tentang
tulisan Rumi ini telah dipetik oleh Hashim Musa (ibid:394) seperti
yang berikut:
7.1
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
(a) Abjad vokal
pepet dalam bahasa Melayu/Indonesia moden
kecuali dalam beberapa perkara, misalnya gumbili (kembiri) yang
dieja
dengan abjad .
(b) Bunyi /h/ yang lemah ucapannya digugurkan sama ada di hadapan
atau
di belakang perkataan, misalnya Alla} (Allah) dan }atti (hati).
(c) Bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak
digunakan,
misalnya tungu (tunjuk), tumi (tumit).
(d) Alternasi antara bunyi /l/ dan /r/ merupakan pengaruh daripada
bahasa
Tagalog atau bahasa tempatan yang lain, misalnya dala (darah), alli
(hari),
kauir (katil).
Cornelius de Houtman, seorang pelayar Belanda pada abad ke-16 pula
telah
menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis dalam
skrip Rumi.
Senarai ini terkumpul semasa beliau berada dalam penjara setelah
ditangkap
oleh Sultan Bantam III, Pangeran Muhamad setelah berkonflik dengan
baginda
kerana kekasaran rombongan Belanda. Houtman dikatakan ditebus
semula oleh
pihak Belanda pada 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan dan
menyiarkan
senarai kata tersebut dalam JMBRAS (1947,Vol.XX, Part III). Antara
contohcontoh
senarai kata seperti yang berikut:
Jadual 7.2: Senarai Pigafetta yang sepadan dengan Bahasa Inggeris
dan Rumi
Senarai Pigafetta Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Kini
kareya to work kerja
arijs the day hari
sana there sana
minta request minta
engat remember ingat
pegy go pergi
mary let us go (come) mari
Menurut Hashim Musa (ibid:400), sistem ejaan Rumi dalam senarai
Houtman
bagi bahasa Melayu tidak begitu stabil sekiranya dibandingkan
dengan yang
terdapat dalam senarai Pigafetta. Terdapat banyak bunyi bahasa
Melayu
dilambangkan oleh lebih daripada satu bentuk abjad atau grafem
yang berbezabeza.
Malah terdapat sepuluh jenis bunyi yang telah dilambangkan dengan
tiga
grafem yang berbeza-beza atau lebih.
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Senarai kata bahasa Melayu seterusnya ialah bahasa Inggeris-bahasa
Melayu
yang telah dihasilkan oleh Thomas Bowrey pada tahun 1701 yang
berjudul A
Dictionary of English and Malayo, Malayo and English diterbitkan
di London.
Selain daripada senarai kata, beliau juga telah menurunkan ayat
perbualan
sehari-hari dan dialog pelbagai tajuk. Contoh senarai kata oleh
Thomas Bowrey
adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.3.
Jadual 7.3:
Senarai Thomas Bowrey Bahasa Inggeris Ejaan Rumi Kini
kitta poonea my kita punya
tuan poonea thy, yours tuan punya
dea poonea his dia punya
camee poonea ours kami punya
todohan accusation tuduhan
gocho slap gocoh
toolah punishment tulah
Menurut Hashim Musa (ibid:407), sistem ejaan Thomas Bowrey
ternyata
mempunyai ciri-ciri antik, iaitu penggunaan gugus konsonan yang
sama
misalnya gg ,dd, ll, rr, ss dan tt, dan gugus vokal yang sama,
iaitu ee dan oo, dan
kesemuanya seolah-olah melambangkan kepanjangan konsonan atau pun
tasyhdid dan juga kepanjangan vokal untuk lambang vokal tersebut.
LATAR
BELAKANG
Sejarah membuktikan bahawa sistem ejaan Belanda dan Inggeris
menguasai
tulisan bahasa Melayu kerana akibat Perjanjian Inggeris Belanda
1824, daerah
Melayu dibahagikan kepada dua kawasan, iaitu Indonesia yang diletakkan
di
bawah Belanda manakala Tanah Melayu atau Malaya diletakkan pula di
bawah
British atau Inggeris. Kedua-dua penjajah ini menggunakan tulisan
dan ejaan
mereka untuk menulis dalam bahasa Melayu. Kemudian mereka
menyeragamkan sistem ejaan. Belanda telah menggunakan sistem ejaan
van
Ophuijsen (1901) untuk menulis dalam bahasa Melayu dalam semua
penerbitannya dan juga untuk berhubung derngan rakyat. Pihak
Inggeris pula
menggunakan sistem ejaan Wilkinson bagi semua penerbitannya dan
juga surat
menyurat dalam bahasa Melayu.
Menurut Hashim Musa (2006), pada tahun 1901 Van Ophuijsen
ditugaskan oleh
pihak berkuasa Belanda untuk menyusun suatu sistem ejaan dalam
bahasa
Melayu. Beliau telah menerbitkan hasil kerjanya dalam buku yang
bernama
Kitab Logat Melajoe (1929, Cetakan ke-8) yang berasaskan sistem
ejaan bahasa
Belanda. Beliau telah menetapkan enam lambang vokal, dua lambang
diftong
dan 24 lambang konsonan (Jadual 7.4).
7.2
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
VOKAL\
Bahasa Melayu Moden Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa
Melayu Moden
a a fana, bahasa
e e emas, pernah
e é elok, teleng
i i bimbing, wadjib
o o bohong, onggok
u oe djatuh, oetus
DIFTONG
Bahasa Melayu Moden Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa
Melayu Moden
au au poelau, saudagar
ai ai pakai, pakaian
KONSONAN
Bahasa
Melayu
Moden
Bahasa
Belanda/
Indonesia
Ejaan dan Contoh Ejaan dalam Bahasa
Melayu Moden
b b baroe, sebab
c tj tjari,botjor
d d dari, Ahad
j dj djari
f f fasal
g g megah, gaib
h h hari, roemah
k k kami, takdir
kh ch chabar
l ch lari
m m mari
n n nanas
ng ng nganga
ny nj njawa
p p padi
r r ramai
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
s s sabit
sy sj sjech
t t tali
w w wang
y j jakin
z z zaman
Ophuijsen juga telah menubuhkan kaedah ejaan imbuhan, bentuk
klitik, dan
partikel yang dianjur digandingkan dengan kata dasar misalnya
rumahku, ke
Padang, di Betawi. Bentuk ka dan sa dieja menjadi ke dan se. Huruf
h pada awal
kata tidak digugurkan. Kata majmuk pula dieja cantum.
Ejaan Wilkinson pula diperkenalkan di tanah Melayu pada tahun
1904. Ejaan ini
dihasilkan oleh sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan
Melayu
Bersekutu (British) yang menerbitkannya dalam buku Romanised Malay
Spelling. Hashim Musa (ibid:429) telah menyebarkan enam peraturan
utama
untuk merumikan ejaan bahasa Melayu, iaitu:
(i) Semua perkataan Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu
dieja
mengikut sebutan bahasa Melayu.
(ii) Kata pinjaman yang meluas dalam bahasa Melayu seperti akal
dieja
mengikut sebutan orang Melayu.
(iii) Ejaan bagi perkataan yang boleh menunjukkan dengan lebih
terang asal
pembentukan katanya dipilih walaupun sebutannya berbeza. Misalnya
kemudian bukan kemedian, demikian bukan demekian, arakian bukan
arekian.
(iv) Kata terbitan yang mengandungi imbuhan, kata dasarnya dieja
menyamai
bentuk asalnya walaupun terdapat perubahan bunyi. Misalnya keluar
(lawan masuk) dieja berbeza dengan kaluar (arah luar).
(v) Perkataan seperti sahaja, bahaya, sahaya dan cahaya dieja
dengan abjad h
ditengahnya, iaitu menyamai anjuran Ophuijsen.
(vi) Sistem pemilihan vokal antara o dan u, antara e dan i pada
akhir suku kata
tertutup: Vokal o dipilih bukan u jika pada suku kata akhir yang
berpola
ong, ok, oh. Misalnya kepong, buloh, merbok. Vokal u dipilih jika
suku
kata akhir berpula um, ut, un, ul, us, dan ur misalnya minum,
tahun, betul,
hangus dan labur.
Pada penghujung laporan ejaan Rumi ini, jawatankuasa itu telah
melampirkan
satu senarai panjang sebagai contoh dan panduan ejaan Rumi bahasa
Melayu
menurut sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ejaan inilah yang menjadi
panduan
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
dalam pengajaran dan penulisan buku-buku teks di sekolah-sekolah,
yang
terkenal dengan Ejaan Sekolah.
PEDOMAN
UMUM EJAAN BAHASA
MELAYU
7.3.1
Ejaan Za’ba
Nama ZaEba sudah tidak asing lagi kepada pencinta bahasa Melayu.
Jasa tokoh
ini yang tidak mungkin dilupakan ialah pembakuan sistem ejaan
Rumi. Sistem
ejaan ZaEba telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan
urusan rasmi
kerajaan sejak tahun 1940-an lagi. Za'ba, atau nama penuhnya
Zainal Abidin bin
Ahmad (kemudian diberi gelar Pendeta oleh Kongres Bahasa dan
Sastera Melayu
Ketiga, dalam tahun 1956, dan dianugerahkan PMN membawa gelar Tan
Sri,
dalam tahun 1962), bertugas sebagai penterjemah dalam tahun 1923,
di Bahagian
Terjemahan, Jabatan Pendidikan Tanah Melayu. Pada tahun
berikutnya, beliau
berpindah ke Biro Penterjemahan, yang nama rasminya ialah Jabatan
Karang
Mengarang Sultan Idris Training College, (ditubuhkan pada tahun
1924) dan
ditempatkan di Sultan Idris Training College, Tanjung Malim. Beliau
kekal di
sana sehingga tahun 1939.
ZaEba telah membahagikan fonem vokal yang diistilahkan sebagai „huruf
saksi‰
(istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang dilambangkan
dengan enam
huruf vokal yang berikut:
7.3
Susur galurkan perkembangan tulisan dalam bahasa Melayu
berdasarkan
penulisan Amat Juhari Moain dan Hashim Musa.
(a) Bincangkan tentang kandungan daftar kata Pigafetta.
(b) Bandingkan ejaan Wilkinson dan ejaan Ophuijsen .
AKTIVITI
7.1
SEMAK
KENDIRI 7.1
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Bunyi atas kasar = a halus =
Bunyi bawah kasar = e halus = i
Bunyi hadapan kasar = o halus = u
(i) Bunyi atas kasar ialah vokal luas /a/ yang dilambangkan dengan
,
misalnya anak, ayer, ajak, padang, jala, mata.
(ii) Bunyi atas halus ialah vokal tengah atau e pepet yang
dilambangkan
dengan // misalnya nam, mping, ngkau, pdang, kras, dan smbah.
(iii) Bunyi bawah kasar ialah vokal depan separuh sempit /e/ yang
dilambangkan dengan . Misalnya esok, elok, ekor, perak,
gelek, leher.
(iv) Bunyi bawah halus ialah vokal depan sempit /i/ yang
dilambangkan
dengan yang dilambangkan dengan misalnya ikan,
isi, ibu, gigi,
kirim, nipis.
(v) Bunyi hadapan kasar ialah vokal belakang separuh sempit /o/
yang
dilambangkan dengan misalnya orang, oleh, olok, bodoh,
poko,
tombong.
(vi) Bunyi hadapan halus ialah vokal belakang sempit /u/ yang
dilambangkan
dengan misalnya ubah, ukir, ugut, hulu, turun.
(Ismail Dahaman: 1991,234)
Menurut Ismail Dahaman (1991), perbezaan yang jelas antara ZaEba
dengan
penulis-penulis lain ialah pendiriannya tentang panjang-pendek
bunyi vokal
dalam hubungannya dengan tulisan Jawi klasik. Penggunaan huruf
saksi Alif, Ya
dan Wau dikatakan sebagai pemanjang bunyi vokal, dan penggunaan
tanda
fathah, kasrah dan dammah dikatakan sebagai tanda vokal pendek.
Pendirian ini
jelas menunjukkan bahawa sistem bunyi bahasa melayu yang betul dan
benar,
tidak terdapat konsep panjang-pendek vokal seperti yang dihujahkan
oleh
penulis sebelum ini. ZaEba tidak menggunakan tanda sirkumfleks
atau aksen
apa-apa sebagai penanda panjang-pendek bunyi bagimana-mana grafem,
vokal
dalam sistem ejaannya.
Ismail Dahaman (ibid:235) telah meringkaskan aturan keserasian
huruf vokal
dalam ejaan ZaEba seperti yang berikut:
(i) Grafem digunakan pada suku kata yang ditutupi
atau tanpa
mengira jenis vokal pada suku kata pra-akhir, misalnya aleh, adek,
pileh,
puteh.
(ii) Grafem digunakan juga pada suku kata akhir ditutupi
pada suku kata
akhir konsonan selain atau sekiranya suku kata
pra-akhir
mengandung vokal /e/ atau /o/ misalnya seret, lereng, chomel,
monyet.
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
(iii) Grafem
digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi konsonan selain
atau sekiranya suku kata pra-akhir mengandung
/a/, /./, /i/
atau /u/ misalnya nasib, chinchin, ghaib, saing.
(iv) Grafem /i/ digunakan juga pada suku kata akhir yang ditutupi
sekiranya hadir sebagai unsur kedua bagi vokal rangkap dengan /a/,
misalnya baik, naik.
(v) Grafem digunakan pada suku kata akhir yang ditutupi
, ,
, atau tanpa mengira jenis vokal pada suku
kata pra-akhir.,
misalnya basoh, hidong, ukor.
(vi) Grafem digunakan juga pada suku kata akhir yang
ditutupi konsonan
selain , , , sekiranya suku
kata pra-akhir mengandung
vokal /e/ atau /o/, misalnya belot, bolot, gomol.
(vii) Grafem digunakan pada suku kata akhir yang
ditutupi konsonan
selain , , , sekiranya suku
kata pra-akhir mengandung
vokal /a/, /./, /i/, u/, misalnya bakul, hidup, huruf, kaut, laut.
(viii) Grafem digunakan juga pada suku kata akhir yang
ditutupi konsonan
, , , sekiranya hadir
sebagai unsur kedua bagi vokal
rangkap dengan /a/ misalnya jauh, sauk.
Terdapat tiga bunyi diftong dalam sistem ZaEba, iaitu /ai/, /au/,
dan /oi/ yang
dilambangkan dengan , , dan .
Diftong wujud dalam suku kata
terbuka. Diftong yang hadir selepas vokal dapat dilihat pada
perkataan yang
berikut : piai, kiai, Riau, buai, muai.
Fonem Grafem Contoh Kata
/au/ kachau, surau, pisau
/oi/ kaloi, amboi, tampoi
Huruf konsonan pula, senarai grafem Rumi dibahagikan kepada empat
kumpulan berdasarkan pada pemadanan dengan huruf Jawi seperti yang
berikut:
1. Huruf Rumi tunggal yang sepadan dengan dua huruf Jawi
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
2. Digraf Rumi yang sepadan dengan huruf jawi tunggal
3. Tanda koma di atas kiri A yang disepadankan dengan huruf ain
dan sebagai
tanda bagi bunyi vokal nasal.
Huruf , , dan tidak
digolongkan sebagai grafem Rumi kerana
digunakan bagi kata daripada bahasa Inggeris sahaja.
7.3.2
Ejaan Rumi Kongres
Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam
Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16 -21
September 1956
yang membincangkan perkembangan bahasa Melayu. Jawatankuasa Ejaan
dan
Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut telah membuat 16
ketetapan tentang
ejaan bahasa Melayu, dan dua ketetapan tentang bunyi bahasa dan
satu
ketetapan tentang tulisan Jawi. Oleh itu kertas kerja Asraf
mencadangkan
perkara-perkara yang berikut (Abdul Jalil Haji Anuar : 1999):
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
143
(i) Satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan
diwujudkan
dalam pelaksanaan.
(ii) Sistem ejaan baku ini haruslah semudah-mudahnya tetapi tidak
harus
dipermudah-mudahkan.
(iii) Ejaannya haruslah merupakan ejaan persekutuan yang boleh
dijadikan
dasar untuk penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang
sebenarnya satu dan sama sahaja, atau sekurang-kurangnya pokok
dasar
serta asalnya sama, iaitu bahasa Melayu.
Sistem Ejaan Kongres menurunkan peraturan mengeja dalam huruf Rumi
menggunakan kaedah yang berikut:
(a) Huruf vokal diberi nama yang sama nilai bunyi fonemnya
misalnya a
diberi a seperti a dalam anak. Vokal dalam sistem ini terdiri
daripada
a,e,e,i,o dan u. Vokal e terdiri daripada dua bentuk, iaitu e yang
tidak
bertanda seperti pada emak, lemak, semak. Vokal ini diberi nama e
pepet.
Satu lagi vokal ialah vokal e yang diberi tanda di atas (e) .
Huruf e bertanda
ini diberi nama e taling misalnya semak, lepak, leher. Penggunaan
e tanpa
tanda lebih banyak daripada e bertanda.
(b) Konsonan pula diberi nama setelah mendapat bantuan daripada
vokal a.
Konsonan asli dalam sistem ejaan ini berjumlah 17. Konsonan yang
dimaksudkan ialah /b/, /c/, /d/, /h/, /j/, /k/, /l/, /m/, /n/, //, //,
/p/, /q/, /r/, /s/, /t/, dan /w/. Konsonan /f/, /g/, /v/, /x/ dan
/z/
digolongkan ke dalam konsonan pinjaman kerana konsonan tersebut
hanya
digunakan apabila mengeja kata pinjaman.
Penggunaan vokal dalam bahasa Melayu berlaku apabila:
(a) Sesuatu perkataan terdiri daripada satu suku kata.
(b Sesuatu suku kata dapat digambarkan dengan satu vokal sahaja,
atau pun
huruf vokal bersama satu huruf konsonan, baik konsonan itu berada
di
hadapan atau di belakang vokal letaknya, atau pun dengan satu
vokal di
tengah-tengah dua huruf konsonan.
(c) Apabila dua huruf vokal yang sama atau tidak sama berdekatan
letaknya,
maka itu bererti dua suku kata.
(d) Satu suku kata panjang banyak mengandungi dua konsonan, tetapi
tidak
lebih daripada satu vokal.
(e) Jika vokal terletak di hadapan konsonan, maka satu suku kata
yang terjadi
daripada kombinasi itu disebut suku kata mati. Jika vokal itu di
belakang,
suku kata itu disebut suku kata hidup.
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
144
Konsonan yang digunakan dalam ejaan ini seperti ejaan lain, iaitu
hendaklah
diikuti oleh vokal. Dalam sistem ejaan ini, tidak dibenarkan
membentuk
konsonan kluster kecuali untuk kata pinjaman daripada bahasa
Barat. Bagi kata
yang berasal daripada bahasa Arab, kata tersebut hendaklah dieja
mengikut
peraturan ejaan Rumi Bahasa Melayu.
Satu ketetapan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem fonologi
(maksudnya
fonemik) bukan fonetik, iaitu melambangkan satu fonem dengan satu
grafem
atau huruf sahaja.
(a) Fonem /h/ yang terdapat pada awal kata boleh digugurkan jika
dengan
berbuat demikian tidak menimbulkan keraguan.
(b) Fonem /h/ pada tengah tidak boleh digugurkan jika diapit oleh
vokal yang
sama.
(c) Fonem /h/ boleh dikekalkan atau dihilangkan apabila diapit
oleh vokal
yang tidak sama.
(d) Fonem /h/ boleh digugurkan pada tengah kata setelah dipastikan
memang
tidak ada fonem /h/ pada katanya yang asal.
(e) Fonem /h/ pada akhir kata tidak boleh digugurkan kecuali
memang
fonem tersebut todak ada pada katanya yang asal.
Penggunaan sempang (-) dalam sistem ejaan ini adalah untuk:
(a) Memisahkan kata apabila kata itu tidak lengkap ditulis kerana
sudah
sampai ke hujung baris.
(b) Menulis kata ulang.
(c) Menyambung beberapa kata majmuk.
Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini sama dengan sistem
ejaan yang
baik, tetapi hanya tidak pernah digunakan secara rasmi. Sistem
ejaan ini hanya
digunakan oleh anggota ASAS 50 dalam karya mereka.
7.3.3
Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu
Pada 27 Jun 1967, satu keputusan muktamad mengenai satu sistem
ejaan baru
yang ilmiah, praktikal serta sesuai untuk Bahasa Malaysia dan
Bahasa Indonesia
telah dicapai. Rundingan mengenai persetujuan sistem ejaan Bahasa
Malaysia-
Indonesia itu telah dihadiri oleh Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan
Malaysia yang
dipengerusikan oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengarah Dewan
Bahasa dan
Pustaka) dengan Kumpulan Ahli Bahasa KOTI (Komando Tertinggi
Indonesia)
yang diketuai oleh Nyonya S. W. Ruddjiati Muljadi.
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
145
Dalam rundingan itu beberapa perkara telah dibahas bersama secara
ilmiah dan
mendalam dengan memerhatikan sepenuhnya kenyataan-kenyataan yang
terdapat dalam masyarakat kedua-dua negara. Hasil pertukaran
fikiran dan
pendapat serta penelitian dan pengolahan bersama, kedua-dua pihak
telah
mencapai kesimpulan dan persefahaman bahawa perkembangan ejaan
dalam
kedua-dua bahasa adalah hal yang wajar dan sesuai dengan tuntutan
kemajuan
ilmiah dan keperluan praktikal. Pengertian bersama juga telah
dicapai mengenai
hubungan antara Bahasa Indonesia dan Bahasa Malaysia yang perlu
ditingkatkan lagi melalui semua saluran, baik pertuturan mahupun
tulisan.
Kesemuanya itu adalah dalam rangka usaha mencapai cita-cita
bersama antara
rakyat Indonesia dan Malaysia.
Kempen-kempen memberikan penerangan mengenai Ejaan Bersama itu ke
seluruh negara telah dijalankan melalui akhbar-akhbar, radio,
televisyen serta
melalui majalah-majalah, dan ceramah-ceramah anjuran Dewan Bahasa
dan
Pustaka (DBP). Dengan tercapainya keputusan muktamad yang
ditandatangani
oleh kedua belah pihak itu pada hari ini dalam tahun 1967, maka
terciptalah
Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia, dan pelaksanaannya adalah
bergantung
kepada penerimaan serta pengesahannya dari kerajaan kedua-dua buah
negara.
Pada 16 Ogos 1972, Sistem Ejaan Baharu bagi Bahasa
Malaysia-Indonesia telah
dilancarkan penggunaannya oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abdul
Razak bin
Datuk Hussein, di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Turut
hadir
dalam upacara pelancaran ini ialah Menteri Pelajaran, Encik
Hussein Onn, Ketua
Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujak b. Rahiman dan
Tan Sri
Syed Nasir Ismail. Pelancaran penggunaan sistem Ejaan Baharu ini
adalah hasil
daripada persetujuan antara Malaysia dan Indonesia yang sejak
dahulu lagi citacita
menyediakan satu sistem ejaan yang sama dengan menggunakan bahasa
yang sama dan memberi faedah kepada kedua-dua negara. Di samping
itu, ini
juga bertujuan memperbaiki sistem ejaan Rumi Bahasa Malaysia dan
menyesuaikannya dengan unsur-unsur dan perkembangan-perkembangan
yang
telah mempengaruhi bahasa Malaysia sejak beratus tahun.
Sejarah perkembangan tulisan Rumi ini bermula pada tahun 1902,
apabila tulisan
Rumi yang pertama telah disusun oleh Jawatankuasa Ejaan R.J.
Wilkinson.
Sistem ini kemudiannya diperbaiki oleh Pendita Zaaba dan dikenali
sebagai
Sistem Ejaan Sekolah. Sistem ini dijadikan tulisan rasmi sehingga
beberapa
tahun. Ketika Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga diadakan
di
Singapura dan Johor Bahru pada tahun 1956 satu sistem ejaan yang
dinamakan
Ejaan Kongres telah dibentuk. Malangnya, sistem ini tidak dapat
dilaksanakan
kerana terdapat beberapa huruf di dalam sistem ini yang agak sukar
untuk
diikuti.
TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Pada tahun 1959 sistem Ejaan Malindo diperkenalkan setelah
beberapa
rundingan diadakan antara Malaya dan Indonesia tetapi sistem ini
tidak dapat
dilaksanakan atas sebab-sebab tertentu. Kemudiannya pada tahun
1966, Kerajaan
telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bahasa dan Ejaan yang
dipengerusikan
oleh Tan Sri Syed Nasir Ismail. Jawatankuasa ini telah mengadakan
siri-siri
rundingan baru dengan Indonesia sehingga tercapai persetujuannya
pada 27 Jun
1967 dan ini dikenali sebagai Sistem Ejaan Bersama
Malaysia/Indonesia.
Perlaksanaan sistem ini juga terpaksa ditangguh sehingga bulan Jun
1972, satu
rombongan Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Sujak b. Rahiman
telah pergi
ke Indonesia dan mengadakan rundingan dengan Pendita Ejaan Bahasa
Indonesia yang diketuai oleh Ibu Dra. Mulyadi. Kedua-dua pihak
akhirnya
bersetuju berdasarkan kepada semangat keputusan 1967.
Akhirnya pada tahun 1972, Sistem Ejaan Bahasa Malaysia-Indonesia
dilancarkan
penggunaannya. Ejaan baru ini akan bertugas sebagai alat yang akan
mengawal
perkembangan serta pertumbuhan bahasa Malaysia selanjutnya di masa
depan.
Ini adalah satu kejayaan yang amat besar maknanya bagi masa
hadapan keduadua
bahasa Malaysia-Indonesia. Dengan adanya sistem ejaan baharu ini,
tidak
akan timbul lagi masalah sistem ejaan yang harus diikuti dan
digunakan
terutama di sekolah-sekolah dan media massa.
PUEBM (1975) telah menetapkan lima perkara dalam ejaan Rumi bahasa
Melayu,
iaitu:
(i) Pemakaian huruf:
(a) Senarai abjad Rumi yang dipakai;
(b) Lima huruf vokal a,e,i,o,u dan pola keserasian vokal dalam
suku kata
pertama dan akhir tertutup, iaitu vokal u dan i digunakan pada
suku
kata akhir tertutup jika vokal pada suku kata bukan akhir bukan o
atau u, dengan satu kekecualian yang tidak mematuhi keserasian
itu,
iaitu dalam ejaan kata pinjaman, sama ada dari Asia atau Barat
(misalnya aneh, lakon, pamer, perabot, tulen, traktor, karbon)
(c) Tiga diftong yang dilambangkan oleh tiga pasangan huruf vokal,
iaitu
ai, au, dan oi.
(d) Huruf konsonan yang berjumlah 26 termasuk q dan x bagi menulis
istilah dan huruf k untuk melambangkan huruf Jawi Ain dan
Hamzah, iaitu b,c,f,g,gh,h,j,k,l,m,n,ng,ny,p,q,r,s,sy,t,v,x,y,z.
(ii) Senarai gugus konsonan untuk mengeja kata/istilah pinjaman
daripada
bahasa Inggeris dan bahasa asing yang lain dan juga senarai pola
persukuan kata bahasa Melayu.
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
147
(iii) Penulisan nama khas tempat, orang dan sebagainya disesuaikan
dengan
pedoman ejaan baharu ini, kecuali jika ada pertimbangan khusus
untuk
mengekalkannya.
(iv) Kaedah penulisan huruf, iaitu huruf besar yang mempunyai 12
kaedah dan
huruf miring yang mengandungi tiga kaedah ejaan.
(v) Penulisan yang terdiri daripada:
(a) Kata dasar yang dieja terpisah
(b) Kata turunan, iaitu dibentuk daripada imbuhan dengan kata
dasar yang
dieja secara bercantum kecuali jika bentuk imbuhan yang dipinjam
diletakkan di hadapan huruf besar, maka dieja dengan sempang (pan-
Afrikan, pan-Asian)
(c) Kata gandaan yang dieja menggunakan sempang di antara bentuk
yang
diganda dan angka dua tidak boleh digunakan.
(d) Kata ganti singkatan ku, kau, mu dan nya ditulis serangkai
dengan
perkataan yang mendahulu atau mengikutinya.
(e) Kata depan di, ke dan dari ditulis terpisah daripada perkataan
yang
mengikutinya.
(f) Kata panggilan si dan sang dieja terpisah.
(g) Partikel lah, kah, tah dieja berangkai dengan perkataan yang
mendahuluinya, manakala pun dieja terpisah kecuali beberapa
perkataan
yang pada kelazimannya ditulis bercantum misalnya adapun,
walaupun,
bagaimanapun.
(h) Kata gabungan dieja dengan dua cara, iaitu secara terpisah dan
secara
bercantum. Kata yang dieja terpisah terbahagi kepada tiga bentuk,
iaitu
bentuk rangkai kata umum termasuk istilah (air hujan, kapal
terbang),
bentuk parataksis atau rangkai setara (hidup, mati, ibu, bapa),
dan bentuk
simpulan bahasa (buah hati, anak emas). Kata yang dieja berangkai
pula
terdiri daripada beberapa bentu. Pertama, semua bentuk gabungan
yang
dieja terpisah apabila menerima gabungan apabila menerima imbuhan
hendaklah ditulis bercantum. Kedua, gabungan kata yang sudah
dianggap
sebagai satu kata yang tersenarai sepenuhnya dalam daftar ejaan
Rumi
Bahasa Malaysia tetap dieja sebagai satu perkataan kecuali yang
tidak
tersenarai, dieja terpisah. Ketiga, gabungan kata yang dieja terpisah
apabila
digandakan hanya bahagian pertama kata yang diulang.
Bahagian akhir dalam sistem ejaan adalah yang berkaitan dengan
tanda baca.
Aspek yang diperkatakan ialah penggunaan tanda titik, tanda koma,
tanda koma
bertindih, tanda sempang, pisah elipsis, tanya, tanda kurung,
tanda kurung siku,
tanda petik, tanda petik tunggal, tanda ulang, tanda garis miring
dan
penyingkat.
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Pada tahun 1981, Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia telah
diterbitkan dan
sentiasa dikemas kini oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pedoman Umum
Ejaan
Bahasa Malaysia mempunyai beberapa siri cetakan terbaharu dan juga
dikemaskinikan oleh DBP melalui persetujuan Jawatankuasa Tetap
Bahasa
Malaysia yang sekretariatnya juga ialah DBP. Oleh itu, dapat
dikatakan bahawa
perkembangan tulisan bahasa Melayu kini sentiasa dipantau dan
diawasi
perkembangannya selari dengan perkembangan ilmu semasa.
PEDOMAN
EJAAN KATA PINJAMAN
BAHASA
MELAYU
Dalam proses perkembangan bahasa Melayu, banyak pengaruh daripada
dunia
Melayu telah menyerap masuk khususnya bahasa Arab dan bahasa
Inggeris.
Secara kasar kata pinjaman bahasa Inggeris dapat dikelaskan kepada
dua
golongan, iaitu kata-kata yang telah meresap masuk sejak dahulu
lagi. Kata-kata
ini tidak dirancang pengambilannya. Oleh itu, kata ini tidak
menunjukkan ejaan
yang seragam malah ada yang telah disesuaikan dengan sebutan lidah
Melayu
misalnya preman, joli, buku, sekolah dan lain-lain. Kumpulan kedua
ialah katakata
yang dirancang pengambilannya khususnya istilah. Ejaan kata-kata
ini lebih
mirip kepada ejaan asal dalam bahasa Inggeris misalnya asid,
aktiviti, diploma,
kritik dan lain-lain.
AKTIVITI
7.2
SEMAK
KENDIRI 7.2
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
2. a=menjadi= e=
(bagi=kata=katayang=telah=lama=terserap=ke=dalam=BM)
acre= ekar
agent= ejen
allowance =elaun
apple=epal
3. ai menjadi e
campaign kempen
mail mel
train tren
mosaic mosaik
kecuali bagi trailer tetap dieja trailer
4. au tetap au
audit menjadi audit
auditorium auditorium
autonomy autonomi
5. c (sebelum vokal a,u,o konsonan) dilafazkan sebagai (k) menjadi
(k)
classic menjadi klasik
coat kot
cocoa koko
cube kiub
6. c (sebelum e, i, dan y) yang dilafazkan sebagai (s) menjadi (s)
ceiling menjadi siling
cent sen
circus sirkus
7. cc menjadi k
account akaun
accordian akordian
8. ch yang dilafazkan (c) menjadi (c)
charge caj
chart carta
March Mac
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
. ch yang dilafazkan sebagai (k) menjadi (k)
architect menjadi arkitek
mechanic mekanik
scheme skema
10. cl menjadi kl
classic klasik
clinic klinik
clause klausa
kecuali class dan club menjadi kelas dan kelab
11. e tetap e
economy ekonomi
electric elektrik
emotion emosi
12. e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata digugurkan
arcade menjadi arked
brake brek
cake kek
case kes
13. e (yang tidak dibunyikan) pada akhir kata menjadi a
caste menjadi kasta
note nota
scale skala
14. ea tetap ea
creative menjadi kreatif
gear gear
ideal ideal
15. ea yang dilafakan (i) menjadi i
beefsteak menjadi bifstik
cream krim
peas pis
kecuali sergeant menjadi sarjan
16. ee menjadi i
beer menjadi bir
jeep jip
puree puri
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
17. ei tetap ei
atheist menjadi ateis
protein protein
kecuali receipt menjadi resit
18. eo tetap eo
geometry menjadi geometri
neon neon
stereo stereo
19. eu tetap eu
neutral menjadi neutral
petroleum petroleum
kecuali amateur dan museum menjadi amatur dan muzium
20. ew menjadi u
pewter menjadi piuter
screw skru
kecuali stew tetap stew
21. f tetap f
fact menjadi fakta
focus fokus
formal formal
kecuali fiesta dan freeman menjadi pesta dan preman
22. g tetap g
gas menjadi gas
glass gelas
goal gol
kecuali bagi kata yang sudah lama terserap ke dalam BM seperti
general,
margarine, giraffe menjadi jeneral, majerin, zirafah.
23. i tetap i
individual menjadi individu
script skrip
unit unit
kecuali pencil menjadi pensel
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
152
24. i yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai
file menjadi fail
pipe paip
slide slaid
25. ia tetap ia
dialect menjadi dialek
piano piano
radiator radiator
26. ie tetap ie
diesel menjadi diesel
oriental oriental
orientation orientasi
kecuali bagi kata fiesta, plier dan science menjadi pesta, playar
dan sains.
27. ie pada akhir kata menjadi i
calorie menjadi kalori
coolie kuli
28. io tetap io
polio menjadi polio
radio radio
studio studio
29. iu tetap iu
aquarium menjadi akuarium
premium premium
stadium stadium
30. ng tetap ng
congress menjadi kongres
singlet singlet
dubbing dabing
31. o tetap o
note menjadi nota
editor editor
sector sektor
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
32. oa menjadi o
boat menjadi bot
cocoa koko
goal gol
33. oo yang dilafazkan (u) menjadi u
monsoon menjadi monsun
cartoon kartun
taboo tabu
kecuali book menjadi buku
34. ou yang dilafazkan (u) atau (e) menjadi u
coupon menjadi kupon
journal jurnal
soup sup
35. ou yang dilafakan (au) menjadi au
counter menjadi kaunter
pound paun
accountant akauntan
36. q menjadi k
quiz menjadi kuiz
squash skuasy
squadron skuadron
37. s tetap s
gas menjadi gas
stamp setem
salad salad
38. sc menjadi sk
scale menjadi skala
scope skop
script skrip
sc dilafazkan (s) bagi science menjadi sains
39. sch menjadi sk
scheme menjadi skema
scolastic skolastik
kecuali school menjadi sekolah
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
154
40. th menjadi t
ethics menjadi etik
marathon maraton
theory teori
41. u menjadi a
bus menjadi bas
custom kastam
truck trak
42. u tetap u
cushion menjadi kusyen
republic republik
university universiti
43. u yang dilafazkan (iu) menjadi iu
cube menjadi kiub
fuse fius
tube tiub
44. ue di akhir kata menjadi u
glue menjadi glu
issue isu
45. ue di akhir kata (selepas q atau g) digugurkan
antique menjadi antik
cheque cek
catalogue katalog
46. ui menjadi u
biscuit menjadi biskut
juice jus
recruit rekrut
47. v menjadi b (bagi kata-kata yang telah lama terserap ke dalam
BM dan
telah mantap ejaannya)
governor menjadi gabenor
private prebet
violin biola
TOPIK 7 SEJARAH PERKEMBANGAN
SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
48. v tetap v
novel menjadi novel
vitamin vitamin
university universiti
49. x yang tidak terletak pada awal kata menjadi ks
express menjadi ekspres
maximum maksimum
sex seks
tetapi x di awal perkataan tetap x seperti x-ray
50 y yang tidak terletak pada awal kata menjadi i
harmony menjadi harmoni
lorry lori
51. y yang dilafazkan sebagai (ai) menjadi ai
style menjadi stail
type taip
kecuali nylon menjadi nilon
52. z tetap z
zinc menjadi zink
zip zip
53. Konsonan ganda menjadi konsonan tunggal
aggresive menjadi agresif
battery bateri
lorry lori
54. Kata yang terdiri daripada suku kata ditambah a di hujungnya
lens menjadi lensa
lymph limpa
pulpa palpa
kecuali bag (beg), brake (brek), gas (gas), golf (golf) film
(filem), plan
(pelan)
TOPIK 7 SEJARAH
PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI
BAHASA MELAYU
Orang pertama yang menggunakan tulisan Rumi ialah
David Barbosa pada
tahun 1516 (Mohd. Naim Daipi, 1990:28) di Melaka, iaitu setelah
Melaka
ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.
Perkataan Melayu yang mula-mula dicatat oleh
Pigafetta mengandung
lebih kurang 426 perkataan dengan beberapa perkataan tempatan yang
lain. Perkataan ini dikatakan dikumpul daripada seorang hamba
kepada
Magellan yang bernama Hendrick, seorang Melayu Sumatera.
Cornelius de Houtman, seorang pelayar Belanda pada
abad ke-16 pula
telah menghasilkan senarai perkataan bahasa Melayu yang ditulis
dalam
skrip Rumi. Senarai terkumpul semasa beliau berada dalam penjara
setelah
ditangkap oleh Sultan Bantam III, pangeran Muhamad setelah
berkonflik
dengan baginda kerana kekasaran rombongan Belanda.
ZaEba telah membahagikan fonem vokal yang
diistilahkan sebagai „huruf
saksi‰ (istilah Wilkinson 1903) kepada enam bunyi yang
dilambangkan
dengan enam huruf vokal.
Ejaan Kongres dihasilkan berasaskan persetujuan
yang dicapai dalam
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan pada 16-21
September 1956 yang membincangkan perkembangan bahasa Melayu.
Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi bahasa Melayu pada sidang tersebut
telah
membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa melayu, dan dua
ketetapan
tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan Jawi.
Penulisan huruf besar dalam sistem ejaan ini sama
dengan sistem ejaan
yang baik, tetapi hanya tidak pernah digunakan secara rasmi.
Sistem ejaan
ini hanya digunakan oleh anggota ASAS 50 dalam karya mereka.
Huraikan bagaimanakah ejaan akhir kata pinjaman bahasa Inggeris
dieja.
AKTIVITI
7.3
SEMAK
KENDIRI 7.3